Erat
pelukan ibu buat Azreen sesak nafas. Dia cium kedua belah pipi ibunya
kuat-kuat. “Sakitlah, bu. Apa peluk orang kuat-kuat ni,” guraunya mahu
mengusik.
“Kamu
sihat, Reen?”
“Sihat.
Kalau tak sihat, lama dah Reen masuk kubur.” Ewahhh…cabulnya mulut. Dia
gelak-gelak, balas pelukan ibunya dengan erat. Singgah satu cubitan pada
lengannya. Sakit wooo…
“Kenapa
balik dengan teksi? Suami kamu mana?”
Dia
melangkah masuk bersama-sama ibunya ke ruang tamu. “Dia ada hal. Nanti
sampailah dia. Ayah mana, bu?”
Che
Embun senyum. “Ke ofis dialah. Kamu dah jenguk taska?”
Dia
geleng. Tiada mood lagi untuk dia ke taska-taskanya. Dia tahu Siti Mariam dan Kak
Huda mampu menguruskan dengan baik.
“Semalam
Yan telefon.”
Terbeliak
mata Che Embun. Kuat dia menggenggam tangan Azreen. “Dia nak balik ke Reen?
Sihatkah dia?”
Kasihan
pula dia melihat ibunya yang mula bergenang hiba. Ditariknya ibu ke dalam
pelukan. “Dia sihat. Dia minta maaf. Reen yakin dia ke Terengganu. Nanti try call nenek. Mana tahu dia ada kat
sana.”
Pipinya
disapu. Che Embun lepaskan nafas lega. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia
tahu Izyan sihat. “Ibu rindukan dia, Reen…”
Dia
mengeluh kecil. Cium pipi Che Embun dengan lembut. “Reen tahu. Reen pun
rindukan dia juga…” Dia bukan sahaja rindu, dia juga bimbang.
“Maaflah,
ibu betul-betul rindu dia, Reen. Kalau ibu susahkan hati Reen, ibu minta maaf. Kamu
dah makan? Ibu masakkan ayam masak Bali, sayur lemak petola dan juga sambal
belacan. Ikan goreng pun ada. Kita makan jom.”
Azreen
lukis senyum hiba. Semuanya lauk kegemaran Izyan. Dia jenis makan apa saja, dia
tak kisah. Namun dia tahu, ibu mesti tertunggu-tunggu. Paling dia tersentuh
bila ibunya mohon maaf. Aduhai ibu…
“Ibu
tak makan lagi?”
Che
Embun geleng. “Tak selera nak makan sorang-sorang. Takkan nak makan dengan si
Jimi.” Amboi kucing tu, terus bangun dan geselkan badan. Tahu-tahu saja namanya
disebut agaknya. Azreen peluk cium kucing itu kuat-kuat. Mengiau panjang si
bulus hitam. Mengadalah-ngadalah tu.
“Ibu
rasa baik kamu carikan kucing betina untuk dia, Reen. Buat bini. Nanti ada
anak-anak kucing, taklah bosan sangat. Nak menunggu cucu agaknya tunggu ibu
masuk kubur dululah kot.”
Jauh
hati saja bunyinya. Azreen garu kepala, bukan ada kutu tapi tak terkata. Mahu
gelak takut kena cubit lagi.
“Yalah,
yalah…dah…kita makan dulu.” Dia tarik tangan Che Embun, tuntun ke dapur.
Makanlah, bu. Nanti Reen usahakan bawa Izyan pulang.
Bertalu-talu
dia sendawa. Kenyang melampau agaknya. Nasi panas, masak lemak cili padi gelama
masin, kangkung belacan, ikan goreng dengan sambal belacan. Itu saja pun
lauknya tapi dia tambah dua kali. Azreen pula buntang biji mata tengok dia
makan. Lapar, nak buat macam mana. Kalau temankan Zaza, makan salad dengan
sandwich sajalah. Mahu menangis tali perut minta diisi.
“Reen,
nanti bancuh kopi ‘o’. Potong tembikai sekali bawa ke depan,” arah Che Azhan
selesai mengisi perut. Seronok dia melihat Harris yang beberapa kali menyambung
suap. Sambal belacan dan ulam pegaga pun hampir licin. Dia kenyit mata pada
Azreen.
Eh,
dah kenapa dengan ayah dia? Siap kenyit-kenyit mata lagi. Nak luku, bapak.
Kalau budak-budak boleh juga dia jentik-jentik telinga tu. Siap semuanya, dia
bawa talam ke ruang depan. Harris siap bergelak ketawa dengan ayahnya. Amboi,
mengumpat dia kah?
“Ayah,
ni airnya.”
“Jemput
ayah saja je ke? Jemputlah suami kamu sekali ni.”
Mengada-ngadalah
pula ayah dia hari ini. Azreen lemparkan senyuman.
“Abang,
jemput minum. Minum dengan tekonya sekali pun tak apa.” Matanya jatuh pandangan
ke mata Harris. Terkejut dia melihat Harris yang makan tak ingat dunia tadi.
Bukan tadi hantar Zaza ke? Takkan tak makan minum kot?
“Reen…”
Suara itu memanggilnya dalam amaran.
Ala
ayah…bela sangat menantu hantu dia.
“Bergurau
itu separuh dari kasih sayang kan…” katanya penuh makna.
Terbatuk-batuk
Harris dengan cawan di mulut. Boleh tahan minah ini punya penangan. Wajah bapa
mertuanya yang kurang senang buat dia mahu ketawa.
“Bergurau
apanya macam gitu. Ni, duduk. Ada hal kami nak bincang.”
Terus
dia duduk, bertentangan dengan Harris.
“Harris
cakap tadi Iqram ada call dia. Dia
nak ke Terengganu cari Yan. Kamu tahu apa-apa pasal ni, Reen?” Tajam mata ayah
meyorot dia.
Azreen
angguk, mengeluh lembut.
“Semalam
pun Yan ada call. Reen rasa memang dia ke sana. Dia naik bas. Kereta dia entah
kat mana dia tinggalkan.”
Harris
angguk, sandar pada sofa. Iqram bertalu-talu mohon ampun dan maaf. Juga memohon
masa untuk cari Izyan dan selesaikan semuanya. Puas dia memujuk Iqram untuk
pulang terlebih dahulu, langsung tak diendah.
“Apa
kata kalau Reen pergi Terengganu, bawak Yan balik?” tanyanya tiba-tiba. Dia
sedar ibu nampak terkejut.
“Kamu
sanggup buat macam tu, Reen? Cari Yan, bawa dia balik?” Lirih soalan itu
menyapa telinga. Airmata mula berderaian.
“Ala
bu…Terengganu bukannya jauh sangat pun. Lima enam jam drive, sampailah. Reen yakin dia ke rumah nenek.”
“Har
ikut.”
Semua
mata pandang dia, Harris angguk tanda serius. “Har ikut. Kalau kita jumpa Yan,
pastinya kita juga akan jumpa Q. Lagipun takkan nak biarkan Reen drive sorang-sorang. Har ikut sekali,”
tuturnya tegas.
Ehhh…tak
payah boleh tak? Pergi sendirilah.
“Ayah
setuju. Lagipun lebih baik kalau Reen pergi berteman. Yan dan Q adik kamu
berdua. Pakat sama-sama mencari. Kalau Reen nak pergi sorang-sorang, ayah tak
izinkan.”
Ya
Allah…cepatnya ayahnya makan umpan si Harris, geram pula dia. “Ayah, Reen boleh
pergi sorang-sorang. Selama ni pun Reen bukan tak biasa pergi mana-mana
sorang-sorang. Har banyak kerja, takkan nak paksa-paksa dia. Lagipun kereta
banyak sepanjang jalan ke sana, nak takut apa?”
Che
Azhan geleng kepala. “Sebab kereta banyaklah ayah tak izinkan. Mana tahu antara
yang banyak tu ada yang berniat jahat. Kalau ada yang culik kamu, import pergi
Bangladesh, mana nak cari?”
Eh
eh…ada ke muka macam dia nak import pergi Bangladesh, pergi Dubai ada kelaslah
sikit. Melampau.
“Saya
pun tak kena paksa. Saya rela nak cari mereka berdua. Lagipun sebagai suami,
ini juga tanggungjawab saya untuk lindungi awak.”
Okay,
mata dia terbeliak mendengat kata-kata Harris. Tanggungjawab? Boleh tahan.
“Bukan, saya tak nak susahkan awak. Saya okay kalau saya sorang-sorang pun.”
Ayahnya
sudah geleng-geleng kepala. “Tak. Kalau Harris tak ikut, kamu jangan pergi.
Faham?”
Yalah,
yalah…dia mengangguk, jeling Harris yang senyum simpul.
“Kalau
macam tu, lusa kita bertolak. Esok Har nak masuk ofis, tinggalkan kerja pada
Kamal dulu, selesaikan yang mana patut.”
Azreen
diam sambil perhatikan ayah dan ibu terangguk-angguk dengan kata-kata Harris. Dia
yang buat cadangan, lelaki itu yang jadi sanjungan. Kalau bukan kerana Izyan,
tak mahunya dia. Lusa. Bolehlah. Pergi dalam dua tiga hari, boleh balik dan
selesaikan semuanya. Dia bangun dan tinggalkan ruang itu. Baik solat isyak
lepas tu lelap. Lagi baik.
“Awak
dah tidur ke?”
Oh
anak rimau mati dilanggar lori! Kus semangat dia. Memanglah dia dah tidur.
Nyenyak macam bayi lagi. Dengar sahaja suara garau itu menyapa telinga, mahu tak
terbangun. Bukan tadi cakap nak balik rumah abah dan ummi ke? Azreen tarik
selimut, biar tinggal dua biji mata.
“Tadi
dah lelap. Kenapa?” soalnya perlahan. Jangan nak ajak dia buat yang
bukan-bukan, makan seligi nanti. Takpun dia campak si Jimi yang sedap
terbungkang di hujung katil. Bolehlah merasa cakar kucing ala-ala manja.
Harris
kalihkan badan, mengadap Azreen yang baring bersempadankan bantal golek. Mahu
tergelak pun ada. Yalah, dua biji mata tu terkebil-kebil pandang dia. Lain kali
pakai telekung solat terus, Cik Reen. Ini berselimut penuh dah macam ninja. Dia
senyum.
“Awak
memang serius ke nak cari Yan di Terengganu?”
Dia
angguk laju-laju.
“Seriuslah.
Takkan tiga rius pulak.”
Adoiii…karang
kalau dia gelak nanti makan lepuk dengan Azreen. Mahu lebam biji mata kot.
“Kalau macam tu, baguslah. Saya rasa Q pun mesti ada sama. Kalau tak bersama,
berdekatan. Inshaa Allah kalau awak jumpa Yan, saya pasti saya akan jumpa Q.”
Dia
lihat ada kilat runsing terpancar pada wajah Harris.
“Awak
risaukan Q?”
Angguk,
senyum hambar.
“Q
tu satu-satunya adik saya sebagaimana Yan pada awak, Reen. Mana saya tak risau.
Lelaki ke, perempuan ke, bila sudah darah daging, saya risau.”
Perlahan
dia turunkan selimut, sandarkan diri pada kepala katil. Huh, baru selesa.
Sekilas wajah Izyan melintas, juga wajah ibu yang hiba juga turut berkias.
Azreen lepaskan nafas kecil.
“Saya
pun. Saya tak sangka hal ni boleh jadi besar dan menyusahkan. Paling saya tak
sangka, Yan lah. Mana datangnya idea dia mahu bawa diri, cabut lari sebelum
majlis nikah. Saya betul-betul tak jangkakan itu dari Yan. Dia bukan orang Yan
macam tu.”
“Cinta
ni boleh buat orang buat apa saja tau, Reen…”
Azreen
toleh sekilas. Lembut saja namanya disebut Harris. Geli geleman dia.
“Budak
perempuan tu, apa namanya…Irma, kan. Sebab dibutakan cinta juga dia sanggup
mengaku yang dia kandungkan anak Q. Walaupun cinta tak terbalas, dia masih
tekad. Creepy amat.”
Azreen
gelak kecil. Memang creepy pun. Ada
juga perempuan yang sanggup buat apa saja asal mereka dapat apa atau siapa yang
mereka mahukan. Seram sejuk dia.
“Macam
apa yang awak dan Zaza sanggup buat untuk diri masing-masing?” soalnya tanpa
fikir.
Allah.
Apahal
dengan mulut dia ni…celupar sungguh.
Harris
alihkan pandangan, kali ini matanya merenung tajam wajah dihadapannya. “Kenapa,
awak cemburu?”
Eh
eh, ke situ pula. Nak makan tumit kaki? Dia cebikkan bibir.
“Maksud
saya, awak dan Zaza sangat bertuah. Saling menyintai dan menyayangi satu sama
lain. Saya tak pernah rasa perasaan macam tu. Itu maksud saya.”
“Kenapa,
awak tak pernah bercinta?” tanya Harris pelik. Takkanlah. Gadis cantik macam
Azreen tidak pernah dicintai atau mencintai, takkanlah kot.
Dia
senyum, peluk comforter itu tanpa sedar sambil perlahan gelengkan kepala. “Tak.
Mungkin kerana saya sibuk atau kerana sememangnya Allah belum titipkan lagi
seseorang untuk saya.”
Dia
dekatkan wajah, tersenyum bila Azreen buntang biji mata memandang dia.
“Awak
kan ada saya.”
Buat
lawak slapstick ke mamat ni? Dia telan liur, tunjal bahu Harris supaya menjauh.
“Awak
Zaza punya, apa awak dah lupa?” soalnya sinis.
Harris
menyeringai. “Waktu lafaz akad, nama awak yang saya sebut, batang tubuh awak
yang menerima, keluarga kita yang jadi saksi. Bukan Zaza.” Eh, apa yang dia
cakap ni? Apa yang dia mengarut dan melalut ni? Kali ini Harris pula yang telan
liur.
Makkk…Reen
seram ni! Dia kembali angkat selimut.
“Saya
tidur dulu.”
Macam
robot bunyinya, Harris digeletek rasa gelihati. Dia tarik selimut Azreen.
“Apa?!”
Tu
dia, bengkeng wooo!
“Goodnight kiss saya mana?” tanyanya
lembut.
Ni
dia goodnight kiss!
Harris
mengaduh kuat sambil ketawa. Dapat cubit kat pipi dia sedas. Perit tapi macam
bestlah pula. Dia usap pipi kemudian baru dia tersedar. Apahal dengan dia?
Kenapa gatal saja dia bergurau-senda dengan Azreen, sudah buang akal gamaknya
dia. Ni Harris Zakuan Haji Manaf, kau apa kena?
Lena
pula dia tidur. Selesai solat subuh tadi, dia baring di sofa. Kucing Azreen si
Jimi pun datang join sama tidur di sebelahnya. Berdengkur halus kucing itu.
Harris peluk tubuh, cuba pejamkan mata kembali bila hidungnya kembang kempis.
Bau apa tu? Sedapnya.
“Har,
jom sarapan. Tinggalkan saja Jimi kat situ. Nanti lapar dia bangunlah.”
Dia
senyum, alihkan kucing itu ke tengah sofa. Lena lagi.
“Reen
dah turun?”
Che
Azhan larikkan senyuman. “Lepas subuh tadi dia yang sibuk di dapur. Katanya
nanti nak ke taska dia kejap. Jom, dah bergendang perut ayah dari tadi.”
Menggeliat
dia lalu bangun menuju ke ruang dapur. Betul. Azreen sudah siap menghidangkan
sarapan.
“Reen
masak apa ni? Sedapnya bau. Terbuka selera ayah.”
“Nasi
daging, ayam merah serai, air asam. Makanlah.”
Harris
sudah tercatuk di kerusi. Kopi panas yang dituang Azreen buat seleranya membuak
tinggi.
“Reen
nak pergi taska kejap. Nanti selesai kerja, lepas Zuhur boleh kita gerak kot.
Awak betul nak ikut saya ke Terengganu?”
Kopi
itu dihirupnya perlahan-lahan. Alahai sedapnya…
“Inshaa
Allah. Saya pun nak masuk ofis sekejap. Kalau saya lambat, saya call awak dulu.”
Che
Azhan sembunyikan senyum di balik cawan. Awak, saya saja ke? Hai budak-budak
ni.
“Ayah,
Har…makanlah. Reen nak kejutkan ibu. Tadi dia tidur sekejap, pening. Darah
tinggi datang balik kot.”
“Tak
apalah. Lepas makan nanti ayah bawa ibu kamu pergi klinik kejap. Reen pergilah
uruskan yang mana patut. Ibu kamu tu bukan apa, banyak berfikir. Bila dah
banyak fikir, mulalah tidur tak lena. Datanglah darah tingginya tu. Kamu
kejutkan dia, suruh dia makan dulu.”
Azreen
akur.
“Cik
murai nak cuti lagi ke?”
Azreen
toleh, jelirkan lidah. Menyibuk saja budak berdua ni. Telinga macam telinga
lintah. Dia cakap pelan-pelan pun boleh dengar. Pelangkung karang.
“Ya
sayang. Nadrah dengan Anum kan bagus. Nanti tolonglah Cikgu Siti dengan Kak
Huda jaga taska ya.
Nadrah
temukan kening. “Cik murai nak pergi mana nak cuti lagi ni?” Tangannya
bersilang pada dada.
Kenapa
dia rasa macam kena soal siasat saja. Malaun sungguh dua budak cilik ni.
“Dia
pergi luckymoon lagilah tu…” sampuk
Anum dengan wajah yang hampir sama, wajah jengkel kelat.
“Honeymoon lah,” bisik Nadrah pula sambil
menjeling.
Kahkahkah…hadoi
budak…mana korang dapat istilah yang macam-macam ni ya. “Suka hatilah cik murai
nak pergi mana. Sibuk je lah korang,” marahnya sambil mencelangkan mata.
“Ya,
orang tahulah. Cik murai kan cik tua taska. Berlagak.”
Nadrah
tahan senyum, sekali lagi suakan mulut ke telinga Anum. “Pengetualah. Bukan cik
tua.”
Okay,
dia bantai gelak. Mesti dia rindukan budak berdua ini nanti. Alah…pergi sekejap
je pun. Sehari dua lepas selesai semuanya, dia baliklah. Selesai tandatangan
beberapa keping cek, dia pastikan Siti dan Kak Huda lengkapkan senarai apa yang
perlu. Kalau dia lambat sikit pun, dia pesan pada ayah untuk selesaikan.
“Okay
Reen, semua settle. Kau cakap nak
gerak lepas Zuhur. Ni dah dekat pukul tiga ni,” ujar Siti Mariam
tertanya-tanya.
Dia
garu pipi, senyum-senyum. “Harris pun tak siap lagi. Dia cakap lepas Asar nanti
pergi rumah dia. Selesai Maghrib kot kami bertolak.”
Tersenyum-senyum
Siti Mariam. “Tak sangka aku…”
“Apanya?”
“Kau
dengan Harris, travel sama-sama.”
Azreen
jelirkan lidah, angkat penumbuk. “Kau jangan nak buat spekulasi bunga api,
tonyoh mulut tu karang…”
Ketawa
besar Siti Mariam. “Kau tahu Reen, mungkin ada hikmah perjalanan korang berdua
nanti. Tengoklah. Perancangan Allah siapa yang tahu, kan?”
Okay,
dia meremang bulu tengkuk. Dah macam doa pula kata-kata si Siti ni. “Kau jangan
pedajalkan aku, Ti. Aku nak pergi cari Yan. Dia nak cari Q. Esok kami sampai,
dua hari lepas tu kami baliklah.”
Dia
tenung wajah Azreen lama-lama. “Lepas tu, apa seterusnya?”
Terkebil-kebil
dia dengan soalan itu. Perlahan dia menghela nafas. “Entahlah…kami bawa haluan
masing-masing kot.”
“Bercerai?
Itu maksud kau kan?”
Dia
telan liur, pegang tangan Siti erat-erat. “Kau pun tahu, kan…rumahtangga yang
aku dan dia simpulkan ni bukannya untuk sepanjang hayat, bukan kerana cinta.
Pura-pura, kerana keluarga, kerana air muka dan maruah keluarga kami.”
“Aku
tahu, aku faham…tapi apa dari titik pura-pura ni kau tak pernah mencuba untuk
jadikan ianya benar, satu kenyataan? Lagipun aku tengok Harris tu baik juga.
Kalau tak, takkan dia mahu terima permintaan keluarga korang berdua.”
Mengeluh
kecil dia, senyum dalam hiba. “Hati dia sudah dipateri, dimiliki insan lain,
Ti. Aku tak berhak.”
Siti
Mariam geleng. “Kau berhak. Kau isteri dia.”
“Aku
isteri di atas kertas. Sampai masanya aku perlu kembali pada realiti. Dahlah,
aku balik dulu. Jaga taska aku baik-baik tau. Nanti tolong pastikan semua cek
untuk taska lain kau edarkan. Dua tiga hari lagi aku baliklah…”
Dia
raih Azreen dalam pelukan. “Jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal.”
Azreen
ketawa besar. Alah…macamlah dia pergi lama sangat.
“You serius nak cari Q dengan wife you tu? Pergi sama-sama?” soal Zaza
perlahan. Dia bimbang suaranya menyapa telinga yang lain. Harris ditenungnya
lama. Bukan dia sangsi namun hatinya kurang senang.
“Ya,
babe. Lagipun you yang sibuk sangat suruh I
selesaikan hal ni secepat mungkin, kan?” tanyanya kembali. Hari tu beria-ia
minta dia selesaikan hal ini secepat mungkin, sekarang ni tunjuk muncung pula.
“I tahu. Tapi…I suruh you selesaikan
dengan cara lain.”
Keningnya
dijungkit. “Maksud you?”
“Lafaz
talak terus, kan lagi senang.” Matanya tajam menikam wajah Harris.
Aduh…pening
dia. Digenggamnya tangan Zaza lalu bawa ke mulut. “Babe, you tahu I tak
boleh buat macam tu sekarang ni. Har kena selesaikan satu persatu. Mula-mula, I need to find Q, seperti mana dia perlu
cari adik dia. Then, kalau hal Q dan
Yan dah selesai, Har janji, Har ceraikan dia. Boleh faham?”
“Talak
tiga.”
“What?”
Zaza
tarik tangan, tegakkan badan. “You
ceraikan dia dengan talak tiga sekaligus.”
Harris
geleng kepala. “Tak boleh. Islam tak ajar macam tu. Sekurang-kurangnya Har kena
lepaskan dia dengan cara terhormat. Talak tiga sekaligus tu untuk isteri yang
memang nusyuz, bermasalah. Azreen tak salah apa-apa. Hal ni, biar Har yang
uruskan. Za, you jangan fikir
macam-macam. Tolong bertenang.”
Bibirnya
diketap beberapa kali. “You pergi
berapa hari?”
“Dua
tiga hari. Harap kami jumpa Q dan Yan secepat mungkin. Lagipun Reen pasti
mereka berdua ada di Terengganu, kampung halaman keluarga Reen. Dan Har pasti Q
ada berdekatan dengan Yan.”
“You ingat senang ke nak cari mereka?”
Dia
kembali duduk, senyum pada Zaza yang berkerut. “Senang kalau usaha. Susah kalau
goyang kaki. Har dah edarkan gambar Yan dan Q pada kawan-kawan kat sana. Reen
pun sama. Inshaa Allah kami akan jumpa dorang.”
Mendengus
kecil Zaza. “Next week I kena fly. London.”
Harris
angguk. “Balik saja dari Terengganu, kita jumpa. You nak pergi mana, beli apa, buat apa, Har temankan,” ujarnya
sambil mengenyit mata.
Tersenyum
gadis itu. Dia tahu Harris pandai memujuk. “Together?
Holiday nak?”
Ketawa
kecil Harris mendengarnya. “Holiday
tunggu honeymoon nantilah. Kita lunch, dinner, shopping dan tengok movie sama-sama.
You cakap you berkenan bracelet
Pandora terbaru hari tu, kan?”
Kali
ini Zaza bangun lalu duduk kembali di sebelah Harris. “You jahat.”
“Nak
ke tak nak?”
Dia
angguk, peluk Harris dengan erat sambil ketawa riang.
Terima
saja panggilan dari Harris, dia bergegas ke rumah mertuanya. Beg pakaian
dibawanya bersama. Sekadar bagpack
ringkas. Adalah dua tiga helai t-shirt dan sehelai seluar jeans kegemarannya.
Bukan berlama sangat pun. Sekejap saja. Kalau dalam masa tiga hari mereka
gagal, mereka akan kembali ke Kuala Lumpur. Buat apa berlama-lama. Nanti Izyan
dan Iqram akan balik juga. Cuma buat masa sekarang, dia betul-betul risaukan
ibu. Sebolehnya dia mahu bawa Izyan pulang, biar ibu hilang segala risau. Bila
dia sampai di halaman banglo itu, kereta Harris masih belum kelihatan.
Isshhh…tadi suruh dia cepat-cepat. Salam yang dilontarnya dijawab dari dalam.
“Jom
minum petang dulu, Reen. Harris dan abah pun dah ada kat dapur.”
Eh,
Harris dah sampai? Mana pergi keretanya? Sampai di ruang dapur, Harris dan abah
dilihatnya ralit mengunyah makanan.
“Jemput-jemput
udang. Reen minum ke air tea ‘o’? Ke nak air sejuk, ummi bancuhkan sirap.”
Cepat-cepat
dia geleng. “Eh…tak payah, ummi. Reen minum semua. Ummi pun duduklah, kita
minum sama-sama.”
Hajah
Jawaher senyum. Lega hatinya dengan perhatian menantu. Dia perasan Harris
jeling dia yang tersenyum. Suka hati ummilah, Harris. Dah Azreen ni budak baik,
memanglah ummi suka. Dia labuhkan duduk.
“Kereta
Har masuk bengkel. Kita pergi dengan kereta Reen, boleh?”
Ohhh…patutlah.
“Boleh. Kereta juga.”
“Kalau
nak pakai kereta abah pun boleh,” sampuk Haji Manaf.
Kereta
abah? BMW Sport tu? Hahahaha…tak mahu dia. Bukan nak pergi makan angin ni.
Azreen geleng laju-laju.
Harris
angguk beberapa kali.
“Tak
naklah.”
“Boleh
juga.”
Serentak
mereka bersuara.
Juga
bertentang mata. Azreen jegilkan mata. Jangan nak memngada-ngada ya. Tak kuasa
dia.
“Ummi
rasa baik kamu berdua bertolak esok pagi. Bimbang malam-malam macam ni.” Lembut
saja tuturnya sambil memandang Harris.
Azreen
mahu angguk namun matanya menyorot riak Harris terlebih dahulu. Laju sahaja
lelaki itu gelengkan kepala. Sudah agak, pasti Harris menolak. Mesti mahu pergi
cepat-cepat, selesaikan cepat-cepat dan berpisah pun laju-laju. Dia tunduk
pandang tangan.
“Malam
ni selesa sikit, mi. Kereta pun tak banyak. Sampai Terengganu kami boleh rehat,
tidur dulu. Pagi esok dalam pukul sepuluh, sebelas kami dah boleh cari Q dan
Yan. Lagipun Reen dah cakap Yan ada di rumah atuk dia. Q pun Har rasa tak jauh
dari situ la kan.”
“Mungkin.
Reen tak pasti sama ada Yan ada kat situ atau tak, tapi kalau ikut arah
perjalanan, Reen yakin dia ada di situ. Harapnya dapat juga kita jumpa dengan
mereka,” balasnya berharap. Ya. Dia berharap mereka akan jumpa Izyan dan Iqram.
Bukan kerana dia mahu segera berpisah dengan Harris, kerana ibu. Dia tak mahu
ibu susah hati, sakit kerana Izyan. Tentang Harris, dia sudah redha. Kalau itu
yang tertulis.
Hajah
Jawaher lembutkan riak, senyum pada Azreen. “Kalau kamu semua bertegas, ummi tak
boleh nak larang. Apa kata mandi dulu, solat Isyak. Juga mohon Allah
permudahkan segala urusan kamu. Reen, naiklah mandi, segarkan badan. Jauh juga
perjalanan tu. Kalau pergi dengan flight
kan senang.”
Harris
menyeringai. “Flight memang senang,
mi. Masalahnya kita nak trace dorang
atas jalan. Manalah tahu berselisih kat mana-mana nanti. Dah, ummi jangan
fikir, Har dengan Reen pergi tak lama. Esok lusa, jumpa atau tidak, kami balik
segera.”
“Dah
siap?” Dingin sahaja soalan itu menerpa telinga. Azreen toleh, angguk
cepat-cepat. Selesai solat Isyak tadi, dia double-check
bagpack miliknya. Padanlah dengan apa yang dia bawa. Tadi dia lihat Harris juga
berkemas apa yang patut. Bawa beg bimbit kulit lagi. Ada gaya macam mahu pergi meeting pun ada.
“Dah
siap belum?” soal Harris sekali lagi. Kuat.
Laa…bukan
tadi dia dah angguk kepala. Buta ke mamat ni? “Dah.” Dia jawab sahaja. Terasa
jauh di sudut hati Harris dilanda resah. Mood tidak baik mungkin.
“Reen…”
Dia
pakukan langkah sambil galas bagpack. Pandang Harris yang berdiri dengan wajah
yang serius. Hensem. Oiiit! Siapa yang cakap hensem tu, nak kena tempeleng ke?!
“Kalau
kita jumpa Q dengan Yan, kita balik segera.”
Dia
angguk. Yalah, buat apa berlama-lama. Dia pun ada kerja buat juga.
“Jumpa
atau tidak, hal kita pun kita kena selesaikan.” Kali ini keras suaranya
dilontar buat Azreen gamam.
“Cerai?”
soalnya separuh berbisik.
Harris
telan liur, angguk. Serba salah dia. Sorotan matanya tak lepas memandang Azreen
yang melayang senyum hambar di wajah.
“Reen
ikut saja. Kalau Har mahu lepaskan Reen sekarang juga Reen terima.” Dia senyum
lagi. Ya Allah, dia redha. Dia tahu ini semua tidak lama. Kalau Harris mahu
lafazkan sekarang juga dia menerimanya. Dia bersedia.
“Bukan
sekarang. Nanti, bila semua ini sudah selesai. Kalau sekarang macam mana kita
nak cari Q dan Yan sama-sama,” bantah Harris pantas.
“Reen
pergi sendiri, Har pergi sendiri.” Baguskan cadangan dia. Sila tepuk tangan
ramai-ramai untuk dia. Sebak mula menujah, namun dia keraskan hati. Dia pulas
tombol pintu, mahu segera keluar namun reflek Harris lebih pantas. Tiba-tiba
saja lengannya di pegang Harris, bertentang mata.
“Awak
memang tak sukakan saya, bukan?”
Hahahaha…mahu
saja dia gelak kuat-kuat di hadapan muka lelaki itu. “Encik Harris, awak yang
tak sukakan saya, yang mahu segera ceraikan saya. dah lupa?” Berkaca juga bingkai
matanya.
Mata
Azreen ditentang lama. Dia denguskan nafas. “Kenapa, awak dah jatuh cinta
dengan saya, Reen?”
Kali
ini dia betul-betul ketawa. Diangkatnya wajah melawan pandangan Harris. “Kalau
saya jatuh cinta dengan awak, sayalah perempuan yang paling malang dalam dunia
ini. Jangan mimpi.”
Dia
lepaskan genggaman, membiarkan Azreen keluar dari situ. Mimpi? Takkan. Cinta?
Maaf, hatinya sudah dimiliki. Kau bukan wanita idaman aku, Azreen!
No comments:
Post a Comment