Wednesday 4 March 2015

Fuhhhh...Dreamcatcher Bab 10 ^0^

The Ghost of You
All the things that you never ever told me
And all the smiles that are never ever...
My Chemical Romance


BAB 10


Dia menangis semahu-mahunya. Mulutnya dikatup rapat. Ya Allah...kenapa dengan dia? Kenapa mesti dia menangis? Bukankah dia sudah berjanji, dia kena kuat. Dia menggigit bibir, menahan esak dari menyerbu keluar. Pada dinding tandas, dia menyandarkan diri. Menahan diri dari jatuh ke lantai. Nafas yang tertahan-tahan buat dia sesak. Buat dia pening. Amni mengesat wajah. Pintu tandas dibukanya perlahan.
Kosong.
Dia melangkah keluar. Meluru pada cermin yang tersusun pada dinding marmar. Wajahnya dibasahkan, lalu dilap dengan sapu tngan yang sentiasa tersedia. Nafas ditarik beberapa kali. Be strong, Amni. Perjalanan masih jauh, tak kan perkara begini sudah buat kau rasa kerdil. Be strong. Compact foundation The Body Shop dikeluarkan dari tas tangan. Dia memandang biasan diri di cermin. Smile to the world, Am. Biar hati yang menangis, jangan tunjuk, jangan war-warkan.

“Pergi mana?”
“Rumah Zarra. Budak form four yang histeria dua hari lepas tu,”balas Husna bersungguh-sungguh.
“Yalah, yalah...pukul berapa nak gerak. Kereta kau mana,Na?”
“Hantar servis. Kejap lagi, dalam pukul tiga, boleh?” Lagi lima belas minit.
Sempat mungkin. Namun, baru dia teringat, Khalid belum dimaklumkan apa-apa tentang rancangannya. “Aku call husband aku dulu, kalau okay, aku beritahu engkau.”
“Bagus, ini baru isteri yang bagus. Aku bagi tabik spring untuk kau,Am. “
Mengarut. Tabik itu mungkin hilang andai Husna tahu bagaimana mahligainya yang sebenar. Dia menggagau telefon.

“Assalamualaikum. Am ganggu kah?”
“I’m in the middle of a presentation. Kenapa?”
“Maaf. Am nak pergi rumah mak tuk, boleh? Mungkin lewat sikit balik.”
Huhh...biar betul. Memang bagai malaikatkah si isteri yang dikahwininya ini. Minta izin bagai. “Bukan abang dah beritahu dulu, you can do whatever you wanna do,kan?”
Diam seketika.
“Maaf, Am lupa. Terima kasih, assalamualaikum.”
Senyap. Talian dihujung sana telah mati. Khalid meletak telefon ke meja. Dia bangun, mengadap laut yang kuat ombaknya dari kejauhan. Amni bagai ombak. Tetap datang tak kira apa pun terjadi. Rimas? Entah. Mungkin sekadar perasaannya. Kalau dia ceraikan Amni, apa mama dan papa akan marahkah? Khalid mengurut dahi. Kenapa mesti dia terseret jauh? Kenapa tidak kotakan saja janjinya pada Amni untuk melepaskannya pergi tatkala bulan madu mereka. Apa yang buat dia mahu terus berada dalam kota khayalan yang tidak nyata ini? Aduh, sesak otaknya. Pintu biliknya diketuk dan dibuka perlahan.
“Kenapa dengan you? Berkerut bagai...” Syafiqa melabuh duduk, memandang Khalid yang tegak berdiri.
Khalid mengjingkit senyum. “Problems. Masalah yang I cari sendiri.”
Ohhh...
“Your marriage ke?” soalnya berhati-hati.
Angguk.
Okay, kalau dia melompat kegembiraan disini, pasti terlalu obivious, kan. Dia membetulkan duduk, menarik nafas selembut mungkin. “Why? I tengok wife you okay, cantik. Apa masalahnya?” matanya merenung tajam Khalid yang mula duduk menongkat dahi.
“Yes, she’s almost perfect. Perasaan. Cinta. I tak ada semua tu,Iqa. Dah lama I buang perasaan tu jauh-jauh,”keluhnya perlahan. Nurul Ain kaut semuanya, gunakan semua cintanya untuk diri sendiri.
Dia tersenyum dalam hati. So, Khalid kahwin tanpa cinta. What a good news! “Tak apalah, nanti datanglah perasaan tu. Yalah, you pun baru kenal isteri you, kan?”
Angguk.
“I rasa, nanti bila you dah biasa dengan dia, datanglah rasa cinta itu.” Kahkahkah, memang dia boleh menang Oscar kalau macam ni. Hatinya melonjak gembira. Nampaknya peluang masih ada. Sabar Syafiqa, jangan terburu-buru. Go with the flow. Masanya akan tiba.
Khalid menoleh, tersenyum hambar. “If I can...Sorry Iqa, tak pasal-pasal kena dengan problem I.”
Ketawanya manis dan lembut. “ I tak kisah. What a friend for,kan? Okay, I datang pun nak serahkan fail ni. Good luck with your marriage.” Dia bangun, melangkah penuh gaya. Good luck to me. Dia tersenyum lebar.

Patutlah. Zarra rupanya sekampung dengan si Husna. Tumpang balik sekalilah ni. Cehhh...terkena dia. Sewaktu melepasi banglo putih milik keluarga Husna, gadis disebelahnya tersenyum-senyum. Hantu raya betul. Amni memusing stereng, masuk ke sebuah laman rumah papan tidak bercat.
“Ini ke?”soalnya sambil mematikan enjin kereta. Rumah papan itu terbuka tingkapnya. Beberapa ekor kucing galak bermain dilaman berpasir.
“Iya. Aku kenal mak dan nenek dia. Ayah dia meninggal tiga tahun lepas, strok. Mak dia kerja di bengkel batik keluarga aku. Assalamualaikum!”
Amni menepuk bahu Husna.
“Nenek dia tak berapa dengar, kena cakap kuat-kuat.”
Amni tergelak.
“Assalamualaikum. Tok teh, Husna ni.”
Terjojol wajah tua dibalik daun pintu. “Husna? Anak Zaiton ke?”
“Iya. Boleh kami naik?”
Daun pintu dibuka seluasnya. “Masuklah. Tok teh baring, lenguh tanam pisang kat belakang. Ni siapa?”
Husna menarik tangan Amni. “Ini kawan kita, Amni. Dia cikgu kat sekolah Zarra.” Mereka berdua menyimpuh duduk di permaidani nan usang.
“Ohh, Zarra ada. Demam. Tadi dah bangun mandi, lepas tu tidur balik. Pergilah, dia dalam bilik hujung sekali.”
Husna menguit bahunya. Berhati-hati mereka memijak lantai yang berkeriang-keriut bunyinya. Amni memandang sekeliling. Ada televisyen kecil diruang tamu yang serba sederhana. Seekor anak kucing sedang lena di atas kusyen yang pudar warnanya.
“Zarra, kak Husna masuk ya.”
Diam, tiada balasan.
Husna menolak daun pintu, meluru pada Zarra yang terbaring dalam kepucatan. Dahi Zarra ditekannya lembut. “Ya Allah, panasnya Am. Aku rasa kena bawak pergi klinik ni.”
Amni meletakkan tapak tangan ke dahi. Betul, panas sangat. “Na, kau ambil purse dia. Kita kena papah dia, bawa ke klinik. Bahaya kalau melarat.”
Rakannya itu mengangguk. Sama-sama mereka memapah Zarra yang longlai.
“Tok teh, Zarra demam. Kami bawak dia ke klinik. Tok teh duduk rumah ya.”
Menitis airmata nenek itu, mengangguk kepala. “Terima kasih. Pergilah, nanti tok teh kabor pada maknya. Pergilah.”

“Kakak dia?”
“Bukan, kami cikgu dia.”
Jururawat bertubuh kecil itu mengangguk kecil. “Boleh cikgu masuk, saya rasa ada sesuatu yang doktor nak cakap.”
Amni dan Husna saling berpandangan. Mereka sama-sama bangun, melangkah masuk ke bilik rawatan.
“Assalamualaikum doktor.”
“Waalaikumussalam. Silakan duduk. Yang mana satu ahli keluarga adik Zarra?”
Geleng.
“Kami guru sekolahnya. Kenapa doktor?”
Keruh wajah Doktor Iman yang bersandar pada kerusi. “Maafkan saya, nampaknya adik Zarra mengandung. Dalam lapan minggu usia kandungannya.”
Kelu, tiada kata.
Amni meramas tangan Husna yang sejuk ketar. Zarra yang terbaring dikatil, menangis dalam diam. Husna bangun, menerpa Zarra yang mula teresak-esak.
“Betulkah? Ya Allah, betulkah,doktor?”soalnya sekali lagi. Mungkin dia tersilap dengar. Amni menelan liur.
Perlahan saja anggukan Doktor Iman. “Maafkan, saya...dari ujian air kencingnya dan juga soal jawabnya dengan saya, itulah kenyataannya. Saya rasa ada baiknya cikgu berbincang dengan dia. But laporan polis jika perlu.”
Terpempan sebentar dia. Amni bangun, memeluk Husna yang mengongoi, memeluk Zarra yang esaknya kian nyata.
“Cikgu, tolong pastikan dia sihat. Ini saya bekalkan ubat demam dan juga sedikit vitamin. Jangan lupa bawa dia ke klinik dua minggu lagi. Dan cikgu, adik Zarra perlukan orang macam anda berdua. Tolong berinya kekuatan.”
Mereka sama-sama mengangguk.

Semuanya diam. Nasi ayam tiga pinggan itu tidak tersentuh.
“Zarra, makan sikit. Macam mana mahu makan ubat kalau perut kosong. Makan dulu, nanti kita fikirkan sama-sama.”
Gadis itu hanya tunduk memandang meja. Sudunya menguis nasi yang terhidang. Airmatanya masih mengalir, tiada henti.
Tangan itu dielusnya lembut. “Zarra, awak kena makan. Nanti teacher dan ustazah akan fikirkan jalan penyelesaian. Makan, kuatkan diri Ida dulu.”
Zarra mengangguk, menyuap sedikit nasi.
“Siapa yang buat benda tu pada Zarra? Kak Husna nak tahu. Kak Husna kena tahu,”pujuk Husna lembut.
Geleng.
“Kalau macam tu, kita terus pergi balai, buat report. Biar polis saja yang cari siapa jahanam tu. Biar polis ketuk semua pintu orang kampung, tanya siap pelakunya. Mahu?” Kali ini keras suara Husna mengugut. Dia terpaksa. Dia mahu Zarra membuka mulut.
Pantas Zarra menggeleng. Jangan. Tidak. Dia tidak mahu sampai begitu sekali. Nanti mak dan nenek akan malu.
“Kalau tak mahu semua orang tahu, beritahu kak Husna. Beritahu sekarang!”
“Abang Sham.”
Husna terkedu.
“Sham?”
Angguk dengan tangisan. “Sham yang selalu datang rumah akak?”soalnya perlahan.
Angguk.
“Maksud Zarra, Hisham Adli, anak orang kaya kampung sebelah tu?”soal Husna terkejut. Bulat matanya memandang Zarra yang mula menangis kembali. Mashaa Allah...
Angguk lagi. Airmata dikesatnya dengan hujung selendang.
“Masa tu hujan, Zarra pergi kedai...”
Suara itu tertahan-tahan.
“Masa hujan lebat, Zarra tumpang pondok lama sebelah tadika. Dia pun sama.”
Diam lagi. Nafasnya ditarik panjang.
“Zarra tak bercakap, tak pandang pun dia. Zarra kenal dia,kak. Dia selalu senyum kalau jumpa. Tapi Zarra duduk diam saja. Zarra malu, baju Zarra basah lencun.”
Husna menarik nafas. Amni menutup mulut, menahan tangis yang mahu keluar. Wajah Zarra yang rusuh buat hatinya kian sebak.
“Tiba-tiba dia tarik Zarra, dia...” Zarra terus diam. Hanya esakan kecil yang keluar.
Ya Allah, beratnya ujian untuk gadis semuda Zarra. Amni menyapu pipi. Nah, Amni...apalah sangat kesedihan yang dilalui berbanding dengan pelajar dihadapannya. Dia menyapu pipi, memegang tangan Zarra yang menggeletar.
Bibirnya digigit kuat. Husna menyandar pada kerusi. Seleranya terbang pergi. Dia kenal Hisham. Dia kenal kerana Hisham itu sepupunya. Baru berumur dua puluh tahun, pelajar terbaik sekolah. Hisham tiada dikampungnya sekarang, Hisham sudah terbang ke Korea, menyambung pelajaran di sana. Dia tahu kerana dia juga ada di lapangan terbang, turut menghantar Hisham pergi. Ya Allah...Hisham budak baik, kenapa mesti berlaku hal ini? Dia perlu buat sesuatu. Dia kena selamatkan Zarra, lindungi maruah Zarra.
“Kak Husna akan tolong Zarra. Kita akan selesaikan hal ini bersama-sama. Kak Husna mahu Zarra kuat, jaga kesihatan diri. Nanti kak Husna cari jalan penyelesaian. Kalau perlu, kita buat report polis. Zarra kena bertenang, Zarra kena kuat, faham?”
Zarra mengangguk lemah.

Keretanya berhenti di laman. Husna dari tdi bungkam. Amni mematikan suis radio. “Na, dah sampai.”
Husna masih kaku, merenung ke hadapan, jauh dan terasing.
“Na, dah sampailah.”
“Oh, okay. Terima kasih,Am.”
“Kasihmu diterima. Betul kau nak settle hal ni?”soal Amni serius.
“Ya. Lagipun ku kenal Hisham, keluarganya.”
Amni sedikt terkejut.
“Dia sepupu aku, anak mak ngah aku.” Husna tunduk,memandang rumput yang menghijau. Wajahnya kelam, senyumnya juga tawar.
Kali ini dia betul-betul terpempan.

Mak tuk mencium pipinya lembut. Mengekek-ngekek Amni ketawa. Dipeluknya mak tuk erat-erat. “Mak tuk sihat?”
“Sihat, kalau tak dah lama masuk kubur.”
Amni ketawa. Mulut machinegun, pakai tembak, cakap tanpa tapis. “Tuk aki mana?”
“Menjala, apa lagi. Selepas Asar tadi terus dia turun. Tahu kamu nak datang, gaduhlah dia.” Mak Wan memeluk cucunya erat,kuat. Dipandangnya Amni tak berkelip.
“Nape tengok Am gitu?”
“Kamu sakit ke? Pucat, kurus. Apa kena dengan kamu?”soal Mak Wan. Langsung dia menarik tangan Amni, mengajaknya duduk di sofa.
“Mana ada. Kan orang puasa hari ni. Tu yang nampak lain macam. Ngarut mak tuk ni...”
Mak Wan senyum sinis. “Apa kamu ingat, mak tuk ni dah tua, mata rabun? Silap tengok? Mak tuk makan garam belacan dulu dari kamu, Am. Tak kan sebab puasa sehari terus jadi macam gini. Tak kan kamu apa tu, dayak? Dayek?”
“Dietlah...” Amni ketawa besar. Tu dia aihhh...siap dayak, dayek lagi. Mak tuk bukan kisah. “Am sibuk sikit. Maklumlah, sekolah baru ni besar. Banyaklah kerja,mak tuk.”
Mak Wan membetulkan kain batiknya, melunjur kaki meleraikan urat-urat yang lama bersimpung-siur. “Laki kamu tu bukan kaya ke? Berenti kerja, duduk rumah, beranak. Habis cerita.”
Perghhh...cadangan pun ada turutan. Tersengih-sengih dia. “Itu duit dia,mak tuk. Am nak kerja. Buat apa belajar penat-penat kalau tak kerja. Sayang ilmu tu tak disampaikan.”
“Tau tak apa. Kamu nak makan apa ? Tadi tuk aki cabutkan ubi kayu, boleh buat pengat.”
Ohhh...buat pengat ubi kayu, taruk jagung dengan biji sagu. Amboi...bila puasa je, idea nak makan pun melebih-lebih. “Boleh sangat. Biar Am buat, mak tuk rileks tengok tv.”
Mak Wan ketawa. “Hmmm...memanglah kamu yang kena masak. Pucuk ubi dah rebus, ikan kukus dah siap. Singgang sotong pun dah masak.”
Itulah, itulah sebab kenapa dia sayangkan mak tuk. Dia peluk mak tuk kuat-kuat. Ketawa orang tua itu.
“Cepat, dah pukul enam lebih.”
Bunyi kereta tiba diperkarangan rumah buat langkahnya ke dapur terhenti. Amni kembali menyarung tudung, menjenguk keluar dari tingkap. Eh, itu kereta Khalid. Dia menelan liur. Mak tuk dilihatnya sudah turun ke laman rumah, menyambut cucu menantu (betul ke cucu menantu, lantaklah...)
Khalid tersenyum, menyalami tangan mak tuk. “Mak tuk apa khabar. Maaf datang tak beritahu.  Lid bawakan kuih akok penganan. Ummi cakap mak tuk suka kuih ni.”
Tersenyum lebar Mak Wan mendengarnya. Bagus adab budak ni. Pandai mak bapak dia ajar. Orang muda zaman sekarang jarang mahu hormat orang tua. Kalau lalu main redah. Ketawa pun kuat-kuat, tutup mulut jauh sekali.
“Mari naik. Kamu pun puasa sunat macam Amni ke?”
Dia mendongak, melihat Amni yang tersenyum, serba salah di beranda. Puasa rupanya. Patut pun pagi tadi lepas sediakan sarapan dan menyalami tangannya, amni terus minta izin keluar bekerja. Sampai diatas, Amni menghulurkan tangan.
“Mana abang tahu umah mak tuk?”soalnya perlahan, bimbang kalau mak tuk dengar, kena piat telinganya. Bukan dia tak mahu ajak Khalid, dia tak mahu Khalid rasa terganggu. Bukan sudah Khalid katakan, jalani hidup masing-masing?
“GPS ada, papan tanda pun ada.”
Betul juga. “Maksud Am, kampung ni, mana abang tahu mak tuk dengan tuk aki duduk sini?”
“Abang tanya ummi.”
Huh...ummi.

Bunyi gelak tuk akinya dari beranda luar buat Amni geleng kepala. Amboi...mesra benar. Pandai Khalid ambil hati tuk aki dan mak tuknya. Sekali jumpa terus gelak tepuk-tepuk meja. Dia mengangkat talam berisi dua kopi panas dan pengat ubi kayu.
“Minum bang, tuk aki.”
Dua lelaki itu hanya menjelingnya. Yang kedengaran hanyalah gelak tawa yang berterusan.
“Abang, Am balik rumah dulu,boleh?”
Lebai Razali mendengus kuat. “Balik apanya, tidur sinilah. Esok kan hari Jumaat, bukannya kamu kerja.”
“Kita tidur sini. Lagipun hari dah malam sangat, abang pun letih. Takkan nak biarkan Am drive sorang-sorang. Tak apalah, malam ni kita tidur sini.”
Ah sudah...nak kena berlakon lagilah ni. Dia melebarkan senyum. “Baju pakai abang macam mana?”
“Baju dengan seluar Imran ada, baju Irfad pun ada. Pakai sajalah. Kain pelikat dengan tuala, tu ha, satu almari. Pakai saja yang mana ada.”
Ehhh tuk aki ni, seronok benar ke bersembang dengan si Khalid. Siap semua benda nak bagi Khalid pakai. Kenapa tak offer seluar dalam sekali. Menyampah dia.
“Dah, kamu masuk dalam. Orang perempuan bukan boleh dengar apa yang aku nak cakap dengan laki kamu, rahsia.”
Cehhhh...rahsia kaki gout dia. Rahsia konon. Cakap bagai guruh, bergempa-gempa suara,satu kampung boleh dengar. Rahsia apa ke bendanya. Baik dia masuk, nanti dikata menyibuk. Baik tidur, lagi nyaman dunia.
“Perempuan ni halus, lembut.”
Khalid menyedut rokok daun itu beberapa kali. Mulanya dia tidak pandai, lebih-lebih lagi tembakau kampung yang keras rasanya. Terbatuk-batuk dia. Itu yang tuk aki gelak sampai tepuk-tepuk lutut.
“Maksud aki?”
“Perempuan ni makhluk Allah yang istimewa. Kalau tak, takkan Allah jadikan Hawa untuk Adam. Kerana Hawa, manusia ni wujud. Dari rahim Hawa, manusia menyambung warisan.”
Angguk.
“Sebab itu, sebagai lelaki, kita kena sabar, Lid. Lebih-lebih lagi sebagai suami. Kita yang kena bimbing dia, tunjukkan kasih sayang kita. Inshaa Allah, kalau kita layan isteri kita baik-baik, dia lagi hormat dan sayangkan kita. Rumahtangga ni bukan main-main.’
Aduh, terpukulnya dia. Tuk aki mengata diakah? Takkanlah. Tak kan Amni nak bercerita.
“Kalau kita tak mampu jadi suami yang baik?”
Lebai Razali tersenyum. “Jadi sahabat, pendengar yang setia. Tapi buat apa nikah kalau tak mahu jadi suami, baik  membujang.”
Betul, masalahnya dia tak mahu lukakan hati mama. Amni pula taat pada abi dan ummi. Kami yang menurut perintah. Dia merenung malam, kelam bagai cerita rumahtangganya.
“Dah, jom tidur. Tak baik tinggalkan isteri lama-lama. Malam ni kan malam jumaat.” Tersenyum orang tua itu memandang Khalid.
Huh, kalaulah mereka tahu.