Tuesday 20 September 2016

SERIBU RINDU dan projek novel terbaru.

Tu diaaa...berdebu terus blog daku. Maaflah daku dah tak update SERIBU RINDU, bukan apa, sedang menunggu giliran untuk dicetak dan diterbitkan oleh pihak penerbit. Surat setuju terbit pun dah settle, daku menunggu giliran. Alhamdulillah, sudi diterbitkan pun sudah besar maknanya. 

Untuk novel seterusnya, manuskrip dah separuh siap,

The Misadventures of Cik Reen dan Mr. Ngok Ngek.

Kalau dah tinggal dalam lima bab terakhir, daku up macam biasa bab 1 hingga 10 nahhh...hehehehe...
Ada yang nak baca sekarang ke? Sesaje letak gambo kat bawah. Tajuk dia daku cut skit...ada ke sesape yang pandai buat cover cantik-cantik? Tolonglah daku...hahahaha...tapi yang kat bawah tu memang AKU SUKA!!!!!
kikikkikiki...
Nanti jumpa lagi. Ku mahu siapkan manuskrip ni dan #CINTA TERAKHIR.
Tamak nauuuuu...muahhhh!






Saturday 20 August 2016

BAB 10 is coming! Happy Reading all...

Atas permintaan anak saudaraku Norhafiza Hanafi di SK Bukit Jejulong, marang nunnn...(hambik kau ku tulis namamu..hahaha) dan Juga Noraisyah Radhiah di PKD Hulu Terengganu...(Chah!!! This is for you...kikiki....) Bab 10 ku persembahahkan.
Juga tidak lupa untuk sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti belog dan karya daku. Happy reading semua.


SERIBU RINDU

BAB 10


Matanya tak mahu pejam. Sudah beberapa kali, namun masih terbuka luas memandang siling. Apa kena dengan dia? Rindukan Hisham? Mungkin. Zarra lirikkan senyum, tampar dahi beberapa kali.
Dia pusing perlahan-lahan, bimbang menganggu lena Dilla. Sekali lagi dia cuba pejamkan mata.
“He touched you, kan?”
Matanya pantas terbuka. Kenapa soalan Zachary itu datang menerobos kembali? Zarra bangun, peluk lutut. Apa sudah jadi antara dia dengan Zachary? Betulkah apa yang berlaku tadi? Dahinya terasa berat, sakit.
I’m sorry. Be happy. Good nite, sweetpie.
Bukan Hisham, tapi Zachary. Dia pandang skrin telefon itu dengan senyuman.
Thanks big bro. Sweet dreams.

Zachary senyum. Big bro. Okay, bro pun bro. Hati dia? Bleed and dry. Be happy, sweetpie. Please be happy. Dia letakkan tangan ke dahi. Hisham, baik kau jangan sia-siakan dia, kalau tidak kau akan menyesal!

Puas hatinya. Cantik, kemas, bersih. Paling penting, segar dan wangi. Inilah bilik paling besar di hotel ini. Fuhhh...gaji dia sebulan pun belum tentu dia boleh menginap kat sini. Siap ada private jacuzzi. Tumpang mandi karang kecoh pulak.
“Kak, settle belum kat bilik air.”
Wanie jenguk keluar. “Dah...penat dengan bilik air besar sama besar dengan bilik tidur nihh...” Menggeliat Wanie di muka pintu. Dia toleh, perhatikan betul-betul. Berkilat dan bersinar-sinar. Marbeles. Peluh didahinya dilapkan perlahan-lahan. Puas hati kalau dapat buat kerja dengan baik, lagi puas hati kalau buat dengan amanah dan ikhlas.
“Amboiii...cantik sangat ke bilik airnya, kak?” Dia bergerak ke muka pintu.
Wanie jungkit sebelah bibirnya. “Cuba kau tengok sendiri. Bathroom dia sama besar, tak...lebih besar dari bilik akak.”
Zarra jenguk ke dalam. Mak aiii...dahsyatnya. Siap boleh tidur buat karaoke lagi dalam ni kot. Dia perlahan-lahan masuk ke dalam.
“Kau kotorkan, kau lap balik.”
Dia ketawa. Memang sesuai Wanie kerja kat sini. Clean freak si Wanie ni. Habuk secuit pun dia tak tinggal. Lantai marmar heavy duty warna putih kelabu terhampar cantik, bathtub warna putih bersih berkilat dikerjakan Wanie. Aduhai...ni kalau tidur pun boleh kalau bathtub macam tu punya rupa.
“Dah, tinggal lagi dua bilik. Nanti guests nak check-in.” Wanie kemaskan semua barang lalu susunkan kembali ke atas troli.
Good work, kak. Kita memang couple paling best.”
Couple kepala lutut kau. So, macam mana dengan abang AGM? Okay? Miss Tini ada cari kau?”
Banyaknya nak kena jawab. Zarra senyum-senyum. “Dia ada apa, hidup lagi kat ofis besar bapak gila kat atas tu.” Jari telunjuknya dijungkit ke atas.
Wanie tarik telinga di sebalik tudung itu. Biasa ni. Kalau dengan mak mertua menjawab macam tu, makan maki kot. “Yelah. Kalau mati, kita kebumikan terus. Barulah kau melalak macam orang gila. Akak tanya status kau dengan dia? Kawan je ke?”
Elehhh...pandai tanya macam-macam ye. Lepuk karang. “Kami kawan-kawan gitulah. Lebih-lebih karang Miss Tini campak Zarra dalam laut.”
“Kau kawan baik-baik, Zarra. Lelaki dengan perempuan ni masa kecik-kecik bolehlah guna istilah kawan, zaman sekarang jangan wooo...payah. Kawan apa kalau sampai pukul dua tiga pagi angkut sana sini. Kawan jahanam tu.” Macam adik iparnya. Budak U, tapi otak tak berapa nak berakal kot. Keluar dengan kawan, yang kawan tu lelaki. Berdua. Sampai rumah jam dua tiga pagi. Semalam makan penampar dengan suaminya, nasiblah. Dia dan mak mertuanya sudah jenuh nasihatkan, kan tak pasal-pasal dapat upah free. Bukan sekali. Tiga kali pula tu. Silap tak bagi yang jantan tu sekali. Kalau ya pun keluar makan, jalan-jalan, sampai ke dinihari apa jadahnya.
“Kalau kawan tak boleh ke? Macam Zarra dengan Zach, Naim, Abid?”
“Itu memang kawan. Dengan Encik Hisham dah mengorat bagai. Bungalah, makan minum lagi. Nanti tak pasal-pasal ada cincin kat jari.”
Terhenti sebentar langkahnya.
Wanie beliakkan mata, mulutnya perlahan ternganga.
“Ahhhh...betul akak tembak, kan? Kau nak tunang dengan dia ke apa? Kau cakap betul-betul...”
Cepat-cepat dia tekup mulut Wanie. Aduhai, suara tu macam loud speaker, satu hotel boleh dengar.
“Apa? Cakap betul-betul? Karang aku up status dalam facebook, baru biru muka kau tu.”
Ditariknya lengan Wanie ke tepi koridor. “Akak, janganlah...nangis kang...”
Wanie gelak namun kembali serius. “Kau cakap, settle. Diam, tipu...sekarang jugak aku up status. So, how?”
Siap speaking lagi, tak tahan dia.
“Kalau akak cakap dengan orang lain, Zarra tak jemput akak datang tau...”
Bersinar sepasang mata Wanie. Mahu tergelak dia melihatnya.
“Cerita, sekarang.”
“Kami memang ada plan, kak. Inshaa Allah, kalau ada apa-apa perkembangan, Zarra bagitau akak. Nak cakap ya pun, Zarra sendiri tak pasti. Kalau tak jadi, Zarra sendiri yang malu. Lagipun Zarra tak sangka kami dipertemukan kembali.” Hahahaha...kalaulah Wanie tahu cerita sebenar. Dia senyum cuma.
“Jadi. Kenapa tak jadi pulak?”
Terkejut mereka berdua. Masa mana pula si Hisham boleh tiba-tiba ada kat sini?
“Dari mana, Encik Hisham?” Saja tanya, taklah nampak mengumpat sangat, kan.
“CCTV room. Nampak korang kat sini, saja datang nak jenguk buah hati saya.”
Aiiiihhhh...buah hati pulak. Mahu dia ketawa tapi bimbang kena seligi dengan Zarra yang terkedu disebelahnya. Terkejut macam tu sekali jadinya.
“Zarra habis kerja nanti, ikut abang kejap.”
Abang. Aduhai...geli lubang telinganya. Wanie tutup mulut, cuba tahan ketawa yang mula melonjak mahu keluar. Matanya pandang kiri-kanan. Manalah tahu, kalau tiba-tiba Miss Kartini tu pula yang menjelma, mahu melompat dia terjun bangunan.
“Pergi mana?” Kan hari tu dah jumpa dengan ummi dan abi. Nak pergi mana pula kali ni.
“Ukur cincin.”
Wanie melompat macam dugong tak cukup air, siap tutup-tutup mulut. Zarra tahan gelak. Aku pelangkung juga dia ni nanti.
“Abang tunggu. Bye, Wanie.”
“Bye, Encik Hensem..ehh, sorry...Encik Hisham.”
Aduhai mangkuk, seronok bebenor ya.
“Kak Wanie.”
“Ya sayang...”
“Rahsia.”
“Bayar.”
“Cili boh mau?”
“Boleh. Masak ayam tumis.”
Mereka sama-sama gelak.

Apron itu dilipatnya kemas. Moodnya sudah lama terbang pergi, sejak pagi lagi. Malam tadi tidurnya juga tidak lena. Berkalih kiri dan kanan. Mungkin dia patut ambil cuti, buang segala keresahan yang mula bersarang dalam hati.
Abid datang hampir, peluk tubuh. “Nak pergi mana, laju saja.”
“Pergi gym.”
Ahhh...ada yang tak kena tu.
“Kau kenapa, Zach? Mood macam awan mendung hari ni. Jangan kata ketawa, bercakap pun tidak.”
Butang seragam itu dibuangnya satu persatu. “Mood hilang, kena makan dengan naga.”
Naga pulak...aduhhh
You can talk to me, bro...”
Bro.
Teringat dia akan Zarra. Big bro. Aduh...lagi hatinya pedih di situ. “Jom, ikut aku pergi gym.”
Abid geleng. Mana dia ada hati nak masuk gym bagai. Jogging petang-petang pun dia paksa diri. Dia tak nafikan, body Zachary memang kaw. Taklah sado, kembang macam belon tapi memang ‘cantik’ macam ahli sukan. Perut tu, siap ada petak sawah lagi. Kalau dia buka baju, semua mata memandang. Makcik dobi pun tengok sampai dua kali. Anak dara? Huhhh...walaupun malu, pandang juga.
“Kau pergilah. Nanti borang keluar, aku tolong isikan. Duit menang kita bahagi sama rata.”
Borang? Duit? Apa benda pula karut si Abid hari ni. “Kau cakap pasal apa ni,bro?”
Model Manhunt of The Year.”
Caitttt...nonsense. Dia geleng, tonyoh kepala Abid dua tiga kali.
“Seratus ribu tu, Zach. Kalau kau tak mau, kau masuk, menang. Duit kasi aku.”
Hahahaha...itu lagi mengarut.
“Dah, baik kau ikut aku pergi gym, kau yang masuk. Habis cerita.”
Abid bantai gelak. Dia?
“Kalau badan cantik, muka macam botol budu nak buat apa. Aku baru tahap pelakon tambahan, kau dah tahap model antarabangsa, baru betul.”
Huhhh...pandai je. “Dah,kalau tak nak, kau balik tidur. Aku tak tumpang kuarters malam ni, aku balik rumah. Kesian pokok-pokok herba, nanti mati tanpa belaian.”
Hahahaha...kalau tengok tuan, macam bela harimau. Bila balik rumah, baru kenal belang. Zach oh Zach.

Kat sini ke? Tak ada kedai lain ke? Zarra telan liur.
“Zarra suka patern yang macam mana?”
Ahh...tanya dia ke? Zarra senyum, gosok peha perlahan-lahan. Beberapa pasang mata memandang dengan senyuman manis.
“Zarra ikut saja. Tak payahlah yang mahal-mahal, yang simple-simple sudahlah.” Habib Jewels ni ada semua kan. Dia memerhati. Cari yang paling simple. Simple murah kot.
“Dua-dua nak patern sama ke?”
Dua?
“Dua?”
Hisham sengih. “Satu untuk tanda, satu untuk akad nikah.”
“Membazirlah.”
Hisham sengih lagi. “Tak boleh, nanti ummi marah. Zarra jangan risau.”
Matanya menangkap sebentuk cincin. Cantik, simple. Permatanya hanya satu, taklah melampau atau menarik perhatian.
“Cantik?”
Dia angguk tanpa sedar.
“Boleh kami tengok yang tu?”
Segera gadis berseragam itu datang membantu.
“Yang ini, Tuan?”
Hisham angguk. Betul. Cantik dan ringkas. Dia jeling Zarra yang diam kembali. Mata Zarra masih menatap cincin itu. Hisham lebarkan senyuman. Cincin itu diambilnya berhati-hati lalu disarungkan pada jari. Jari manis milik Zarra.
Bergetar jantungnya saat cincin itu tersarung indah. Permatanya yang bersinar di bawah cahaya lampu buat ia kian gemilang. Berkilau dan menyentuh matanya dengan perlahan. Memikat hati. Zarra lepaskan nafas perlahan-lahan. Allah...cantiknya. Dia ambil tag harga.
Astarghfirullahalazim...matanya salah tengok ke? Dia pegang dan sekali lagi dia lihat tag harga itu. Allahuakbar. Cepat-cepat namun dengan berhati-hati dia menanggalkan cincin itu.
“Tak payahlah...Zarra rasa kita pilih yang lain, takpun kita cari kedai lain.” Dia serahkan kembali cincin itu kepada gadis itu.
“Ada diskaun, Cik.”
Diskaun? Hahahaha...dia pasti, harganya takkan jadi sampai murah sangat.
“Okay, saiz tadi padan dengan Zarra tak? Kalau okay, abang ambik yang ini. Zarra tengok yang lain, pilih lagi satu.”
Ehhh, bukankah dia cakap tak payah. Dia cubit Hisham, geleng-geleng. “Kita tengok kedai lain, boleh?” soalnya perlahan.
Kali ini dia genggam tangan Zarra. Terbeliak mata gadis itu buat dia mahu tergelak. “Kalau pergi kedai lain, abang jalan sambil pegang tangan Zarra sampai rumah, boleh?”
Dia tarik tangannya perlahan-lahan.
“Mahal. Membazir...tak payahlah...”
“Habis tu bak tangan.”
Geleng, muka sudah merah padam.
“Okay, kalau macam tu, kita ambil yang ni dulu. Boleh?”
Alahai...kalau cakap tak boleh, sama juga. Mesti kena bolehkan juga. “Mahal..”
Hisham keluarkan kad debit. “Tak apa, untuk Zarra juga.”
Tak terkata dia. Dia hanya mampu pandang cincin itu diletakkan dalam sebuah kotak kecil warna putih.
“Jom, abang lapar. Kita makan nak. Zarra nak makan apa?”
“Makan angin. Boleh?”
Marahlah tu kot. Kalau dia pegang tangan Zarra, mesti gadis itu bersilat di sini. “Kenyang ke? Nanti kentut banyak.”
Main-main. Dia mahu tergelak namun hatinya kata jangan.
“Kita makan kat satu tempat ni.”
Suka hatilah. Asalkan perutnya terisi cukuplah.

Kartini percepatkan langkah. Dia pasti, Hisham yang berjalan di hadapan sana. Hisham dan Zarra. Hatinya mula membahang. Langkahnya dihentikan seketika. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Senyum, jalan. Kena ada class, kena ada ketenangan. Sudah dia katakan, Hisham dia biar lepas bebas, nanti Hisham akan pulang ke pangkuannya. Cool, Tini.

“Makan apa kat sini?” soalnya resah. Dia lapar nasi. Nasi dengan ulam pun sudah cukup. Bukan dia tak suka makanan di situ, tak kena dengan lidah. Lebih-lebih lagi waktu tengah lapar begini.
“Makan sushilah. Pilih saja. Nasi dengan black pepper beef pun ada. Kalau Zarra nak makan mana-mana sushi pun, ambil saja kat atas tu.”
Pening dia melihat sushi yang berputar di sekeliling ruang. Mahu tergelak pun ada. Memang dia nampak jakun, dan rasanya memang dia terlebih jakun. Zaman universitinya hanya dipenuhi dengan masa ke perpustakaan atau kerja di kedai makanan segera. Mana ada masa mahu berjimba sana sini. Pernah dia dengar rakan-rakannya ke sana sini, berlibur, tapi bukan dia. Duit terlalu mahal untuk dia membuangnya begitu saja.
“Zarra nak makan nasi dengan daging black pepper tadi saja lah. Ice lemonade juga.” Tak reti dia makan sushi. Nampak sedap. Nantilah, kalau dia berani, dia cuba. Kalau nenek ada, mesti geleng kepala, keluar dari sini, balik rumah tanak nasi dengan singgang ikan aya. Sedapnya ikan singgang dengan budu. Ada pula celur pucuk ubi dan telur mata kicap. Dia jilat bibir.
“Lapar sangat ke? Ambil je mana Zarra berkenan. Try ni, sushi salmon. Atau nak try makan sashimi?”
Dia geleng. Entah apa benda yang disebut Hisham. Matanya memerhati pinggan yang bergerak. Macam marathon piring kecil. Siap ada warna yang berbeza. Cubalah, sementara nantikan hidangan yang dipesan tadi. Dia ambil satu. Ada penutup. Cantik juga sushi ni. Dia suapkan dalam mulut.
Hisham pandang wajah Zarra yang berubah. Dia mahu tergelak namun dia tahu Zarra pasti kecil hati. Berdehem dia beberapa kali.
“Telur ikan salmon. Sedap?”
Zarra angguk sambil senyum. Aduhhh...langsung tak kena dengan seleranya. Cepat-cepat dia teguk air yang baru saja sampai. Tobat, dia tak makan dah.
“Nak lagi?”
Geleng cepat-cepat. Rela dia tahan lapar. Sedap bagi Hisham, lain selera untuk dia. Nasib baik nasi yang dipesannya sudah sampai. Aik...ini sajakah? Nasi dalam mangkuk campur dengan daging lada hitam. Adoi...mana cukup. Memang dia tak gemuk, tapi selera makan dia besar. Zarra mengeluh kecil, suap satu sudu ke mulut. Ermmm...sedap. Nasinya berbeza dengan nasi kat rumah. Zarra teruskan suap.
“Okay?”soal Hisham ingin tahu. Dia suapkan beberapa keping sashimi. Sedap.
Zarra angkat ibu jari. Balik nanti tahulah dia belasah nasi dengan telur mata kicap taruk cili padi.
Hey you...dari mana?”
Allah.
Miss Tini.
Dia telan liur, senyum dalam debar. Kartini senyum sinis padanya.
Can I sit here? Boleh kan? So, sedap ke? You pandai makan sushi?”
Hisham sandarkan badan, sembunyikan beg Habib Jewels  di bawah meja dengan pantas. “Dari mana, Tini?”
“Laa...kan butik I ada satu kat tingkat atas. Saja nak tengok stok baru sampai. Buat apa kat sini? Belanja orang kampung makan?” Matanya menyorot Zarra yang senyum serba salah. Well, kau bukan saingan aku.
Dating.”
Kartini ketawa kecil, selak rambut pendeknya ke belakang telinga. Fine. Dia tak kisah. Lagipun Hisham sekadar mahu bermain, bukan betul-betul. Huh!
Good for you. Nanti dah puas dating, dah puas main, remember our promise ya. Okay, I jalan dulu. Zarra kan, enjoy your meal ya. Makan kenyang-kenyang.” Disambarnya tas tangan lalu berlalu pergi.
Hisham pangku dahi. Adoiii...nasib baik mood Kartini baik hari ini. Dia jeling beg kertas di bawah meja. Bukan dia mahu merahsiakan, dia tak mahu Kartini terluka. Bila Kartini terluka, dia bimbang Zarra yang jadi mangsa.
“Abang okay?”
Hisham senyum. “Okay. Dah siap? Jom abang hantar Zarra balik.”
Dia angguk saja. Ada baiknya dia balik, rehat. Tenangkan fikiran. Sebenarnya, betul ke dia mahu kahwin dengan Hisham?

“Zarra.”
Dia toleh, pandang Hisham. Kereta itu dimatikan enjin.
“Hulurkan jari jap.”
Berhenti jantungnya seketika. “Buat apa?”
Hisham kenyit mata. Keluarkan satu kotak warna biru gelap. Sebentuk cincin emas tanpa permata berada di tangannya. Perlahan dia sarungkan cincin itu ke jari Zarra. “Abang tahu Zarra marah abang beli cincin tadi. So, ini cincin tanda Zarra milik abang.”
Hatinya sebu, dia gigit bibir. Cantik. Dia suka. “Baguslah. Cincin tadi abang dah pulangkan, atau tukar dengan cincin ni?” Dipandangnya cincin yang tersarung pada jari manisnya itu. Cantik, ringkas tapi menarik.
Hisham senyum. “Mana boleh, itu cincin pilihan Zarra. Abang sarungkan hari akad nikah nanti. Boleh?”
Laa...ada lagi? Aduhai...sakit kepala.
“Bila abang beli ni?”
“Masa Zarra pergi solat tadi, sebelum kita makan.”
Dia tak mampu kata apa-apa.
“Zarra...”
Dia angkat muka, bertentang mata.
“Nikahi abang, jadi suri hidup abang dunia dan akhirat.”
Hatinya berbunga, kembang dan mengharum. Entah dari mana datangnya pelangi dan belon warna-warni dalam fikirannya, dia sendiri mahu tergelak. Mata bertaut.
“Abang akan tebus kembali segala kesilapan abang. Abang janji.”
Zarra angguk, cuba tahan sebak yang menguasai diri. “Inshaa Allah. Zarra naik atas dulu.”
Kiss me.”
“Nak mati?”
Hisham ketawa. “Selamat malam, sayang.”
Zarra angkat penumbuk, senyum dengan gembira di puncak dunia. Selamat malam, abang. Terima kasih.

Zachary senyum, seluk tangan dalam poket. Dia nampak Zarra yang tersenyum lebar, yang bahagia. Dia tunduk, ketawa kecil. Be happy, sweetpie. Dia pandang sekali lagi dari balik tiang. Mungkin dia patut perlahan-lahan lepaskan perasaan yang mekar. Dia punya banyak pilihan. Perlahan dia menapak tangga, menoleh seketika. Kalau sudah suratan, dia terima dalam rasa kehilangan.
Zarra toleh. Ada sesiapakah di bangunan kuarters sebelah sana? Dia menjenguk. Balam-balam cahaya lampu jalan hanya menyuluh kawasan sekeliling. Perasaannya mungkin. Dia sudah letih. Naik atas, dia mahu mandi dan lelap senyenyak mungkin. Cincin pada jari itu ditiliknya lagi. Pandang belakang, kosong.
“Yahu!!!”
Dia ketawa sendiri. Bengongkan dia, hehehe...

Bunyi ombak langsung tidak mampu membuang rasa hatinya yang sedang sakit. Pedih, ngilu. Jus guava itu dipaksa telan. Steaknya masih banyak, hilang selera dia untuk menjamahnya.
“Sorry Miss Tini. I tunggu Jayasri keluar rehat dulu. Ini copy fail si Honda EX5 tu.”
Datang pun. Dia tarik dokumen dari sampul surat itu. Huh, this is intresting. “Kau dah baca?”
Liyana geleng. “Tak sempat, kenapa?”
“Honda EX5 tu bukan calang-calang ya, Yana. She got a Master.”
What? Liyana buka mulut, nganga macam tadah lalat. Disambutnya helaian kertas itu. Satu persatu dibacanya.
“Dia lagi pandai, lagi genius dari kau. Funny...”
Liyana ketap bibir. Manalah dia tahu. Tengok pada pakaian macam lepas SPM pun tak mungkin. Tak ada taste langsung.
“Biarlah. Dia ada Master pun Cik Tini, dia masih kuli batak.”
Kartini ketawa. Kan, betul juga cakap si Liyana ni. Ada apapun kalau tak ada duit, tak payah nak berlagak. Lainlah dia, dia ada ilmu, dia ada duit. Bukan dia mahu berbangga, sudah ditakdirkan dia lahir dalam kemewahan, apa salahnya. Takdir dan suratan. Bukan, terpilih. Dia yang terpilih.
“Kenapa Miss Tini nak tahu sangat pasal dia?”
Dia senyum, pegang sampul surat itu erat-erat. “Not your bloody problems.”
Okay, dia tanya saja. Liyana tutup mulut. Kalau tanya banyak-banyak nanti kena lempang tak pasal-pasal
Anyway, thank you. Tu, dalam beg kertas tu, ada sepatu khas untuk kau.” Kartini bangun lalu tinggalkan Liyana yang tersenyum lebar.
Bila bayang Kartini menghilang, cepat-cepat dia menyelak beg kertas itu. Mahu saja dia menjerit keriangan.
Jimmy Choo!
Sepasang kasut impiannya. Liyana tepuk tangan. Berbaloi dia hambakan diri. Dipeluknya beg kertas itu sambil bersorak riang.

Aini duduk dalam gementar. Dihadapannya ini, majikannya juga insan yang dihormatinya. Kopi panas dan sedikit kuih bingka ubi dihidangkan Zarra tadi masih belum disentuh sesiapa.
“Tuan haji, Puan hajah...jemput minum.”
Hajah Kalsom cubit Aini main-main. “Apa pulak bertuan, puan ni Aini. Kita ni nak berbesan. Tak apa, jangan kalut dengan air tu. Mana Mak Teh?”
“Belum siap solat lagi. Nanti dia keluar.”
Hajah Kalsom anggukan kepala. Rumah ini masih sama macam dulu. Sudah lama dia tak berkunjung ke sini semenjak dia berpindah. Walaupun bukan jauh sangat, namun kesibukan dia melayan keluarga dan anak cucu buat dia terlupa. Kata Halina, Aini antara pekerja paling setia di kilang batik mereka. Dulu Ripin, abang suaminya yang usahakan, bila Ripin meninggal, suaminya yang diberi kepercayaan itu untuk meneruskan legasi keluarga. Walaupun sudah ada perniagaan sendiri, kilang batik itu terus dimajukan. Alhamdulillah, kilang utama mereka di Gong Badak juga sudah ada kompleks sendiri. Paling seronok bila anak-anak dan anak saudara berganding bahu untuk jayakan semuanya. Keluarga Ripin juga sudah berpindah ke bandar, beli rumah yang lebih selesa. Rumah lama mereka bersebelahan rumah lamanya kini dijadikan bengkel batik yang diuruskan Halina, anak sulong mereka.
“Kami datang ni ada hajat,” tutur Haji Yusof.
Tuk Teh yang baru siap solat duduk di sebelah Hajah Kalsom. Dipeluknya insan itu beberapa ketika.
“Mak Teh sihat?”
Tuk Teh angguk. “Alhamdulillah. Kamu pun, sihat juga. Berseri sekarang ni. Hati senang katakan, bagus.”
Hajah Kalsom genggam tangan orang tua itu. “Mak Teh, macam Yusof cakap tadi, kami datang ni ada hajat. Nak dekatkan sillaturahim antara kita. Itupun kalau Aini dan Mak Teh sudi terima kami.”
Tuk Teh senyum, pandang Aini yang turut melebar senyumnya. “Som...rumah kami ni kosong, tak penuh di isi. Tak padan dengan isi rumah kamu, Som.”
Dia geleng kepala. “Isi rumah tak boleh bandingkan dengan isi hati, isi iman, isi budi, kan abang?” katanya lembut.
Haji Yusof angguk. “Isi rumah kami, andainya penuh sekali pun, masih kurang sempurna. Jadi, izinkan kami serikan rumah kami dengan isi yang paling berharga, paling bernilai, dengan izin Aini, izin Mak Teh.”
Tuk Teh senyum, berair juga matanya. Kalau hajat baik, apa salahnya. Dia genggam tangan Aini yang sedikit sejuk. Tersenyum dia. Macamlah orang datang meminang kamu, Aini oiii...
“Aini, kamu maknya...yang lahirkan dia. Apa kata kamu?”
Nafasnya dilepaskan perlahan-lahan. “Kalau pintu sudah dibuka dengan pelawaan, tak mampu kami menolaknya. Harap Kak Som dan Abang Yusof fikirkan, apa betul milik kami yang mahu dijunjung? Kami tak layak...”
Haji Yusof senyum. “Biar tak layak di mata insan, redha di sisi Allah lebih afdal, kan?”
Dia senyum, mengalah. “Kalau begitu, semoga Allah permudahkan.”
Hajah Kalsom titiskan airmata. Ditariknya Aini ke dalam pelukan. “Alhamdulillah, terima kasih.” Terima kasih ya Allah.
Pelukan itu dibalasnya erat.
“Tarikh kita biarkan mereka berdua bincangkan ya, Aini. Nanti kalau dah ada kata sepakat, kami datang lagi. Kita tunangkan dulu, ikat secara rasmi. Minggu depan boleh?” Lagi cepat, lagi baik. Kalau boleh dia mahu akad nikah terus, tapi dia mahu menjaga adat. Biar dia gembirakan bakal besannya ini. Mahu gembirakan Zarra dengan cara terhormat.
“Cepatnya, kak. Takut tak sempat beli apa-apa.”
Hajah Kalsom pegang bahu Aini. “ Itu jangan bimbang, serahkan pada Hisham. Hari Jumaat depan, boleh?”
Tuk Teh angguk, Aini pun angguk.
Leganya, alhamdulillah, syukur ya Allah.

Jumaat depan? Allah, lagi seminggu. Mana dia nak cari barang, buat persiapan. Ya Allah...
Pintu biliknya dibuka, tergolek dia di lantai.
“Apa ni mak, ketuklah dulu kalau ya pun...” Zarra gosok kepala, sakit juga. Main kasar betul.
Aini hulurkan tangan, tarik anak nan seorang itu ke katil. “Yang kamu mengendap dalam gelap tu kenapa? Apasal tak keluar tadi?”
“Malulah, mak.”
Hah! Pandai malu rupanya ya. Aini senyum, ditariknya telinga anak itu kuat-kuat. “Jumaat depan, macam mana?”
Telinga itu dia gosok laju-laju. Sakitnya...pedih tau. “Macam mana apa, macam gitulah...”
“Esok temankan mak. Kamu shift petang, kan?”
Dia angguk. “Pergi mana?”
Aini bangun. “Adalah. Tunggu esok. Dah, tidur.”
Dia cebikkan bibir. Elehhh...rahsia konon. Suruh bawa motor tak tahu, dia juga yang jadi drebar kehormat, cehhhh...
“Yalah, mem. Selamat malam, mem.”
Aini ketawa.
“Zarra.”
Apa lagi...takkan nak pulas telinga satu lagi kot.
Aini pantas peluk anak nan seorang itu.
“Apa ni peluk-peluk, gelilah mak...”
Nah, kena luku sebiji.
“Dengan mak kamu gelilah...nanti dengan suami kamu, huh...tahulah...”
Mak!!!
“Mak! Eeee...tolonglah. Seram Zarra.” Menggeliat dia dihujung katil. Tak sangka, mak pun gatal juga ya.
Aini ketawa. Dia menarik daun pintu lalu menutupnya dengan rapat. Ya Allah...semoga kau permudahkan segalanya.

Monday 15 August 2016

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

Hai korang...
Sorry potong stim kejap. Okay, SERIBU RINDU dah up sampai bab 9. Jadinya...minggu depan ku akan up bab 10 kat belog ini. Pengumumannya, Inshaa Allah hanya sampai bab 10 saje kot, lepas tu ku stop untuk memberi laluan kepada SERIBU RINDU muncul dalam bentuk buku, Inshaa Allah. Covernya belum kuar lagi, ku pun dah terexcited lompat bintang. Keluar saja covernya nanti, memang sah-sah ku tempek kat sini. Masa tu kan...masa tu kannnnn...jomlah beli.
Uhuh, tak malunya...hahahaha
Apapun, terima kasih bagi yang mengikuti SERIBU RINDU. Tak tahulah apa kata korang baca citer ni, penulisnya senget jugak kot. Teruskan menyokong daku walaupun mungkin daku tidak kenal pun siapa kamu. 
Terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
I lap u.

# Lupa. Nanti kita jumpa untuk The Misadventures of Cik Reen dan Mr Ngok Ngek.

SERIBU RINDU Bab 9 sudah datangggg!!!!

“Kau jangan main-main, Izrin...aku sepak muka kau tu nanti.”
Izrin garu pipi, pandang kiri-kanan. “Nak cakap betul, aku pun cuma dengar atas angin. Tapi memang ada yang cakap-cakap, si EX5 tu makwe baru Encik Hisham.”
Terbeliak mata Liyana. Mana mungkin. Mana mungkin Zarra buah hati Hisham. Takkan Hisham mahu tinggalkan Kartini yang serba ada, serba cantik, serba lengkap? Orang bodoh saja yang buat macam tu.
“Kau kan, memang tak boleh diharap. Aku suruh pasang telinga, bukan reka cerita, mangkuk.”
Izrin helakan nafas. Memang dia buka telinga, buka mata. Hasilnya, itulah yang dia dapat. “Wei, kalau tak ada angin, manakan bergoyang pokoknya Yana oiii...”
Wajah Izrin dipandangnya. “Maksud kau?”
Bebal juga minah ni. Ingatkan belajar masuk universiti otak genius tujuh lapis, rupanya karat kebodohan tu ada ada lagi.
“Maksudnya, kalau benda tak ada, tak kan ada cerita. Mesti ada puncanya, sebab tu ada angin yang bawa cerita tu datang. Faham?”
Liyana pangku dagu. Biar betul, takkanlah. Tak mungkin.
“Ni, kau siasat benda ni betul-betul. Aku tak nak sampaikan cerita yang tak berpaksi, nanti ada Miss Tini tu bambu aku. Tak pasal-pasal makan maki.”
Izrin bangun, jungkit ibu jari. “Aku tahulah. Tu, jejaka pujaan dunia ada kat situ. Pergilah,” usiknya sambil muncungkan mulut.
Cepat-cepat dia bangun, betulkan baju dan senyuman.
“Dia aku punya, faham?”
Izrin gelak, geleng kepala. “Beranganlah kau. Dia punya makwe, keliling bangunan tau.”
Dia denguskan nafas. Peduli apa dia. Makwe lain, dia bakal suri, bakal isteri. Kena faham tu. Cepat-cepat dia melangkah, bimbang Zachary hilang dari pandangan.
“Hai you, busy ke?”
Zachary hadiahkan senyuman. “Busy tidak, lapang pun tidak. Yana dari mana? Lunch?”
Dia angguk. “Yalah, sian kita lunch sorang-sorang. Tak temankan Yana pun...” Dia layukan mata, juihkan bibir.
Ketawa Zachary melihatnya. Dilipatnya lengan baju, tanda sedia mulakan kerja.
“Sorang apanya, penuh je coffee house I tengok.”
Ishhh...tak faham ke apa yang dia cakap. Liyana muncungkan bibir. “Memanglah ramai, tapi yang semeja dengan Yana mana ada. Nak tunggu Zach sampai kiamat tak dapat kot. Hot guy katakan...”
Sengaja dia rendahkan nada, berlagu sayu.
Ketawa besar lelaki itu. Aduhhh...kacaknya. Kalau bukan kerana dia wanita sofistikated, dia peluk saja Zachary.
“Kalau dah tahu, tak payahlah Yana tunggu. My seat is only for my girl.”
Me?” soalnya teruja.
Zachary pamerkan gigi. “Maybe. Maybe yes, or maybe no. Heart is a matter of personal soul searching. Understand?”
Liyana senyum lebar. “Of course. I harap it’s gonna be me.” Dia pandang Zachary dengan renungan paling lembut.
Dia angkat ibu jari. “Okay Miss Yana, I nak sambung kerja dulu. Good day ahead ya.” Dia lambaikan tangan, tinggalkan Liyana yang masih tersenyum memandangnya. Hahahaha...ya ampun, mohon jauhkan dia dari gadis itu.

Berdenting bunyi tumit kasut itu menghentak lantai marmar. Langkahnya stabil dan penuh gaya. Dress biru polos itu dia gayakan dengan sepasang tumit tinggi putih. Kaca mata hitam jenama Coach juga masih terletak cantik. Dia leretkan senyuman.
Good morning, Miss Tini.”
Dia hanya senyum, teruskan langkah. Well, dia terlalu sibuk untuk berhenti. Masa baginya terlalu bernilai untuk dia luangkan pada manusia yang tidak penting.
Hisham.
Hanya Hisham yang ada dalam diari hidupnya. Sudah dia katakan, dia berikan Hisham masa dua bulan, bukan...dua minggu. Sudah lima hari berlalu, dia perlukan ruamg untuk dirinya. Jadi, dia datang ke sini. Apa salahnya, sesiapa pun boleh datang ke sini, bukan? Lebih-lebih lagi, dia anak Tengku Adnan. Punat lif ditekannya. Bila pintu itu dibuka, dia terkaku seketika.
“Tini?”
Dia lemparkan senyuman. Memang sudah jodohnya dengan Hisham.
“Hai. Breakfast jom,” pelawanya riang.
Hisham terkedu
Please...for old time sake...”
Hisham lepaskan nafas. “Okay, Tini jalan dulu. Sham ke restroom kejap.”
Hatinya melonjak riang namun dia menahan senyum. “Okay, Tini tunggu ya.” Dia berlalu pergi, melangkah penuh elegan. Huh, dia kan Kartini. Siapa mampu menolak, kan?

Tini datang. Abang cuma temankan dia sarapan. Zarra jangan salah faham ya. Antara kami sudah tiada apa-apa hubungan. Miss u so much.
Zarra jelirkan lidah pada telefon. Weekkk...macam aku kisah. Dia sambung kerjanya yang terbantut sebentar tadi. Telefonnya berbunyi lagi.
Miss u so much. Nanti jumpa, ya.
Eeehhh...sibuklah. Dia letakkan kembali telefon itu ke poket, lalu dia tersenyum sendiri. Gila. Aku dah sewel ke?

Hanya diam yang mampu berkata-kata. Hisham teguk kopi perlahan-lahan. Lambat sahaja rasanya waktu berjalan.
You tak nak breakfast sekali ke?” tanya Kartini lembut. Matanya menyorot Hisham yang diam dari tadi.
Geleng. “Sham dah sarapan kat rumah. Ummi tanakkan pulut dengan daging masin.”
Kartini senyum, sambung suap sedikit roti bakar ke mulut. Jus guava itu diteguknya beberapa kali. “Mesti sedap, kan? Bila you nak ajak I dinner kat rumah you, jumpa family you?”
Hisham terkedu seketika. “Tini...”
Kartini senyum senget. “As a friend, salahkah?”
Dia garu kepala, geleng. Telefonnya bergetar.
Tak kisah. Datinglah sampai kiamat.
Tersenyum dia. Kata tak kisah tapi kenapa balas mesejnya. Dia sembunyikan senyum.
Who is that?” soal Kartini ingin tahu. Dia nampak kilas senyuman Hisham sebentar tadi.
Somebody. Kerja. Kenapa?”
Nothing. Manalah tahu, new girlfriend you ke...” Sengaja dia mengumpan. Mahu dia mendengar jawapan Hisham.
Huh, boleh ke dia jawab dengan jujur? Hisham ketuk jari pada meja. “Yep. My new girlfriend.”
Kartini lap mulut, teguk jus sehingga habis. “Fine. I let you play with her in these two weeks. Lepas tu, you know what lah kan...”
Perlahan dia bangun, seluk tangan dalam poket. Tini, bilalah kau nak faham ye...
“Sham jalan dulu. Enjoy your day.”
Kartini gigit bibir, senyum sendiri.
Pergilah, terbang sebebas mungkin. Satu hari nanti, kau akan kembali pada aku. I can promise that.

Tengah penat bila makan memang best. Nasi sejuk dengan kicap pun sedap, inikan nasi goreng daging masin. Lagi kick. Dua tiga suap dia makan sekaligus. Lapar, nak buat macam mana. Kalau mak ada mesti mak cakap dia tak layak jadi menantu sesiapa. Hahahaha...tengok betislah, mak. Tak perlu berlakon bagai, jadi diri sendiri. Kalau betul orang sukakan kita, dia terima kita seadanya, kan? Gila, dia tanya siapa ni? Tanya nasi goreng? Zarra sambung suap senyum sendiri.
“Sedap? Kalau sedap abang nak sikit.”
Angkat muka sambil nganga. Bila pula Hisham ada tercatuk kat depan dia,
“Tadi dah breakfast dengan mata air kan?” Matanya mengecil melihat Hisham yang tersandar pada kerusi. Buat apa datang sini. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gossip, idea mengumpat. Dia tutup tupperware. Nantilah sambung makan.
“Eh, Zarra nak pergi mana?”
“Berak. Nak ikut?” sibuk saja. Nak duduk situ kan, duduklah diam-diam.
Hisham tutup mulut tahan ketawa. Lepas bebas sungguh jawapan itu. Dia geleng kepala perlahan-lahan. Kalau ummi dengar jawapan bakal menantunya tadi, nescaya sakit jantung juga gamaknya.
“Pergilah. Abang habiskan nasi goreng ni ya.” Dia buka tupperware lalu ambil sudu yang digunakan Zarra tadi.
Ya rabbi...memang malaun betul jantan ni. “Oii! Tu mak kita buat bekal pagi tadi tau. Nak makan buat sendiri ahhh...”
“Tadi cakap nak ‘melabur’, pergilah.”
Aku seligi juga dia ni.
“Jangan makan habis, saman karang. Faham?!”
Wanie yang baru selesai solat tergelak melihatnya. Jadi memang betul Encik Hisham dengan Zarra ni ada something. Mahu dia ketawa kuat-kuat tengok gelagat si Zarra yang naik angin. Yang Encik Hisham pula cool saja. Tahan pula telinga dia kena bambu dengan Zarra.
“Assalamualaikum, selamat tengahari , Encik Hisham.”
Hisham menyeringai. “Waalaikumussalam, Wanie. Janganlah macam tu, panggil saya Sham saja.”
Hahahaha...nak mati? Tahu dengan Miss Tini mampus dia kena pecat on the spot. Tapi, sekarang ni Miss Tini tak ada kan, so apa salahnya. Berani ke dia?
“Zarra, cakap tadi lapar kemain, tu nak gi mana tu?”tanyanya hairan. Nasi goreng dalam tupperware itu masih banyak lagi.
“Dia nak pergi ber...”
“Buat airlah. Sibuk je.” Cepat saja dia potong cakap. Mug ditangan ni ada yang makan orang. Dia tuangkan paket Nescafe Caramel Latte ke dalam mug.
“Nah, minum cepat. Lepas tu blah!” Geram dia. Dahlah tibai nasi aku, menyibuk kat sini. Kalau spy Kartini nampak mereka macam mana, tak ke susah dia.
Sayang juga dia ya. Kalau tak, takkan siap bancuh air. Hisham berdehem kecil, hirup air itu perlahan-lahan. Dia senyum lebar. “Panas. Mana boleh minum laju-laju. Abang tunggu sejuk abang pergilah.”
Banyaknya alasan...adoooiii...
Zarra bangun, senyum lagi lebar dari tadi. Diambilnya mug itu lalu dibawa ke pantry, panas ya, tunggu kejap. Dia buka peti sejuk, kaut air batu lalu letakkan dalam mug. Berlenggang dia berjalan sambil tersenyum-senyum. Wanie dilihatnya mahu ketawa dijelingnya sampai diam. Ketawalah, aku curah air ni karang.
“Ni Encik Hisham, dah sejuk. Minum cepat-cepat, nanti jangan lupa berambus. Pergi. Blah.”
Hisham tutup mulut. Kalau dia menjawab karang ada yang makan lantai. Dialah, siapa lagi. Mug itu diangkatnya lalu dibawa ke mulut. Sedikit demi sedikit dia menghirup. Perlahan lalu dihabiskan sekaligus.
“Okay, terima kasih. Nanti abang datang lagi. Sedap air Zarra buatkan untuk abang. Esok buat lagi ya.”
“Esok cuti. Jangan datang sini.”
“Cuti? Bagus tu. Kita pergi jalan nak?” soal Hisham dengan senyuman.
Laaa...dia ni memang memerang betul.
“Tak kuasa. Baik tidur lagi banyak faedah.”
Hisham bangun, dekatkan diri dengan Zarra yang masih berdiri. Bersebelahan namun cukup hampir.
Wanie tutup mulutnya yang ternganga luas. Mak Jan dan Nani juga nganga.
Hisham tunduk, dekatkan bibir pada telinga di sebalik tudung. “Abang rindu Zarra. Bye.” Dia berlalu, berjalan sambil senyum lebar pada semua yang ada di situ. Hai hati, aku mahu menari.
Dia? Masih kaku berdiri dengan jantung yang masih berdegup laju. Bibir yang diketap kuat buat dia buka mata. Mak!!! Zarra naik gila sudah!

Dilla ketawa sambil tepuk-tepuk lutut. Melampaulah tu. Lili pula berkerut-kerut kening memandang dia. Zarra urut dahi. Sakit hatinya masih belum hilang, tambah pula dengan gelak kejam si Dilla.
“Habis tu, kau buat apa, kau tampar dahi dia tak?”
“Kau gila, nak aku kena pecat?”
Dilla masih lagi ketawa. Aduhai...makan hati goreng kicaplah Miss Bitchy. Paling best, si Zarra ni yang lagi power.
“Takkan dia pecatnya. Kalau kau kena pecat pun, kau dapat job baru. Lumayan gitu,”balas Dilla serius.
Berkerut dahinya. “Kerja apa?”
Dilla senyum . “Jadi mem. Jadi bini dia.”
Dilemparnya bantal ke arah Dilla. Bengong.
“Hah! Diam. Kalau diam tandanya setuju weiii...”
“Aku diam sebab aku kentutlah bodoh...”
Dilla bantai gelak lagi. Zarra bangun, geleng kepala. Sakit hatinya kian bertambah. Tak guna punya kawan. Masuk ke bilik, dia terus baring di katil.
“Kak Zarra...”
Lili. Dia tongkat bahu, tepuk tilam minta Lili baring di sebelahnya.
“Kak Zarra serius ke dengan Encik Hisham tu?” soalnya dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Zarra kelipkan mata. “Kenapa, Lili suka dia eehhh?”
Lili gelak sambil geleng. “Kalau serius, adalah yang patah hati nanti. Kesian dia.”
Buntang seketika biji mata. Siapa lagi yang cukup gila berkenan pada dia? “Siapa yang bodoh sangat tu?”
Lili ketawa, peluk Zarra erat-erat. “Rahsia.” Dia bangun, cubit pipi Zarra kuat-kuat. “S.E.C.R.E.T”
Pirahhhh...kalau rahsia pun bukan dia heran. Zarra pejamkan mata, berlayar tanpa sedar ke alam mimpi paling indah.

Cepat-cepat dia menyorok di balik tiang yang besar itu. Liyana tahan nafas, mengintai perlahan dari tepi dalam diam. Perlahan dia menarik telefon tangan miliknya keluar. Be careful, Yana. Ini mungkin peluang yang kau nanti-nantikan.

“Zarra habis shitf lagi sejam kan? Ikut abang kejap.”
Dipandangnya kiri-kanan. “Pergi mana?”
“Adalah. Ikut abang kejap...boleh?”
Dia tarik nafas. Kalau cakap tak pun bukannya Hisham faham. Kadang-kadang dia fikir lelaki dihadapannya ini tuli agaknya. “Sekejap tu lama mana?”
Hisham buat-buat tengok jam, tersenyum nakal. “Selamanya?”
Ni yang dia malas ni. Zarra buka langkah. Aku tanya betul-betul, jawab main-main. Berdirilah kat situ sampai malam.
Disambarnya tangan Zarra lalu ditariknya lembut.
Wehhh! Apa pegang-pegang orang ni? Nak neraka free-free ke woi?! Disentapnya tangan namun genggaman Hisham kian erat. “Abang, nanti orang nampaklah. Lepaslah...” Dia telan liur. Nasib baik laluan itu jauh dari pandangan, kalau tidak matilah dia.
“Kalau Zarra setuju, abang lepas. Kalau tak, abang pegang Zarra, heret Zarra sana sini, mau?”
Apa? Ingat dia orang tawanan ke? Sepak kaki tu melutut atas lantai juga. “Yelah, Zarra ikut. Lepaslah. Nak makan penumbuk? Mau?”
Hisham ketawa, lepaskan genggaman. “Kalau Zarra tumbuk, abang pegang tangan Zarra sampai balik. Mau?”
Ishhh...malas dia. “Zarra banyak kerja. Kita bukan bos macam awak. Dah, tepi.”
Langkahnya dibuka ke tepi, memberi laluan pada Zarra yang menyinga. “Miss you so much. Tunggu abang nanti.”
Jalannya terus sahaja. Dia dengar tapi dia malas mahu menoleh. Bukan apa, hatinya terlalu berbunga. Aduhai...memang sah dia sudah gila. Sewel. Hilang akal!

Liyana tahan nafas. Diam diamkan diri. Perlahan dia menjenguk. Tiada. Zarra mahupun Hisham sudah berlalu. Dia senyum sinis. Jadi benarlah. Benarlah kata angin, rupanya pokok yang dikatakan itu memang bergoyang. Good job, Yana. Well, sorry, Miss Tini. Nampaknya dia sendiri kena sampaikan berita ini. Mahu dia melihat rupa Kartini nanti. Dia senyum lagi, ketawa kecil lalu berjalan pergi.

“Apa yang penting sangat sampai tiba-tiba call I ni? Better be good news, kalau tak...”
Hahaha...good news. Good news kepala lutut kau. Tak sabar dia mahu lihat rupa Kartini nanti, namun dia keruhkan wajah. Nak hidup, kena pandai berlakon. Kalau tak, jadilah katak bawah tempurung sampai bila-bila. Dia mahu jadi rama-rama. Cantik, jadi pujaan.
“Kau ni kenapa, senyum sorang-sorang? Cakap ada hal penting, cepatlah,” desak Kartini kurang sabar. Tergesa-gesa dia ke kafe itu. Baru saja berkira-kira mahu ke spa untuk manjakan diri. Kalau benda kecil, dia tonyoh kepala Liyana. Jangan ingat dia tak buat.
“Miss Tini, calm down. I takkan panggil you kalau hal tak penting, cuma I rasa you kena get ready.”
Kartini silangkan kaki, kecilkan mata. “Ready for what?”
Liyana hulurkan telefon, mainkan video itu dihadapan Kartini.
Ready for this.”

Damn. Damn, damn! Damn that bitch! Perempuan kampung tak sedar diri. Pedal minyak ditekannya kuat. Berdesup kereta itu membelah jalan, meninggalkan debu yang berterbangan. Jalan ini dianggapnya umpama Zarra, dilenyeknya sampai lumat. Sial kau! Rupanya kau yang menggoda Hisham dalam diam. Muka macam perempuan suci. Ptuii...sial! Ini Kartini. Kau mahu kenal siapa Kartini? Well, wait and see.

Dari tadi senyum saja. Sepak muka tu karang. Zarra tongkat kepala, pandang ke luar tingkap. Tadi dia dah tanya, mana destinasi mereka, Hisham hanya diam, senyum-senyum. Dia dongak, pandang langit yang membiru bak hamparan lautan di udara. Cantik dan tenang. Sesekali angin meraba pipi dan tudung, buat dia tersenyum kegelian. Kereta itu dirasakan kian perlahan, memasuki kawasan berpagar yang cantik dengan laman yang luas. Zarra betulkan tudung, pandang Hisham yang memandangnya.
“Kita dah sampai.”
Yelah, kalau tak masakan kau matikan enjin kereta, berhenti di sini. Rumah siapa ni? Ini bukan rumah ya. Banglo. Takpun villa. Besarnya, buat dia rasa kerdil. Zarra perlahan keluar dari perut kereta.
“Ummi nak jumpa Zarra.”
Allah...terhenti jantungnya seketika. Serasa darah menyerbu ke muka. Kaku dia memacangkan kaki di situ, tak mampu dia mahu melangkah. Betulkah keputusan yang dibuatnya hari ini? Zarra pejamkan mata, cuba mencari kekuatan.
“Zarra!”
Terbuka kelopak matanya. Tubuhnya dipeluk erat tanpa sempat dia berkata-kata. Kaku dia. Hangat pelukan itu buat dia sedikit hiba. Bibirnya digigit kuat, menahan sebak yang tiba-tiba datang membuak.
Hajah Kalsom sapu airmata. “Jom masuk. Makcik dah masak siap-siap. Makan dulu, nanti kita sembang. Mak dan nenek sihat? Lain kali ajak mak dan nenek sekali. Kamulah Sham, lain kali bawa mereka semua sekali. Banyak makcik masak tu,  entah kan habis atau tidak...”
“Ummi...ummi...tarik nafas, berhenti bercakap. Jom masuk dalam. Zarra, jom makan, abang lapar.”
“Amboi, abang apanya...bila kamu kawin dengan dia? Jom Zarra, kita masuk. Abi pun ada kat dalam. Kak Ina dengan Hafdi tak balik. Hisham ajelah yang ada. Malang nasib kamu.”
Aduh...sedapnya mengata dia. Hisham tolak daun pintu. Abi ada muka pintu, jungkit-jungkit kening sambil senyum nakal. “Sukalah tu ummi kamu. Malam ni bolehlah abi tidur lena.”
Hisham ketawa lalu toleh belakang. Entah apa yang ummi bebelkan, namun dia pasti, ummi gembira. Dia? Dia mahu terbang.

“Tak payah susah-susah, Zarra. Tinggalkan saja dalam sinki, biar si Hisham saja yang basuh.”
Aik, aku pulak yang kena. Ini sudah lebih, ummi. Kalau ya pun seronok, biarlah Zarra buat. Latihan untuk jadi isteri dan menantu yang baik tu. Apasal pulak dia. Mana macho jantan basuh pinggan. Basuh kereta lainlah.
“Tak apa, makcik dah penat masak, biar Zarra tolong yang mana patut.” Dia teruskan membasuh. Hatinya kian gementar, kalau boleh, dia mahu terus pulang.
“Jangan, mari duduk. Makcik ada perkara nak cakap dengan Zarra. Tolong...sekejap saja.” Hajah Kalsom kuit Zarra, tarik kerusi di sebelahnya. Sudah lama dia menunggu saat ini, setiap masa dia mimpikan pertemuan ini.
Berhati-hati dia duduk. Hisham juga. Abi dilihatnya perlahan berlalu ke ruang tamu dengan senyuman penuh makna.
“Ampunkan Hisham ya, Zarra. Apa yang Hisham buat pada Zarra dulu, memang buat jantung makcik dan pakcik kamu bagai disiat-siat. Kalau ikutkan hati pakcik kamu, dia pancung Hisham masa tu, campak dalam sungai. Kamu...kamu yang menanggung derita. Kamu langsung tak bersuara pada orang lain, lapor pada polis. Kamu tanggung semuanya sendiri, ya Allah...ampunkan Hisham...ampunkan kami semua, Zarra...”
Airmatanya tumpah jua. Sudah dia rasakan hal ini akan timbul namun dia masih teguh pada mulanya. Wajah mendung Hisham, riak kesal Hajah Kalsom buat matanya berbalam-balam.
“Abang tak layak untuk keampunan, untuk kemaafan Zarra...tapi tolong, tolong maafkan abang. Maafkan kami sekeluarga. Abang janji, abang buat yang terbaik untuk Zarra.”
Dia masih lagi menangis, tak mampu berkata-kata. Runtuh rasanya topeng keberanian yang sentiasa dia pakai selama ini. Dia sudah berjanji dengan dirinya, dia tidak mahu menangis kerana peristiwa itu namun hari ini, dia gagal. Kerana Hisham, kerana bencinya kian luntur, mengalir pergi entah ke mana.
“Zarra...izinkan Hisham peristerikan Zarra, muliakan Zarra sepanjang hidup, hingga ke akhir hayat...” tersekat-sekat kata-kata orang tua itu. Butir percakapannya bergilir sebak. Mahukah Zarra?
Dia sapu pipi, sapu hidung. “Zarra tak layak, makcik...”
Hisham geleng, renungannya tajam dan berkaca. “Abang yang tidak layak untuk Zarra. Abang yang hina, yang jijik, abang tak layak untuk Zarra. Berikan abang peluang, Zarra. Berikan abang peluang untuk tebus segala kesilapan.”
Dia menutup mulut, membiarkan airmata mengalir dan mengalir lagi. Merenung sepasang tangan yang menggeletar dikocak emosi. Perlahan dia mengangkat wajah, menentang mata Hisham yang turut berkaca. Wajah itu, tulus dan penuh kesal. Bibirnya diketap beberapa kali. Tangannya masih diramas Hajah Kalsom yang juga masih dalam sendu yang perlahan.
Hisham pandang, renung jauh ke dalam mata itu. Dia bertanya, dalam diam sekali lagi.
Bibirnya bergetar dalam sebak, dalam seribu rasa yang bercampur baur. Perlahan, perlahan namun nyata. Dia angguk, Sekali, dua kali.
Dadanya mahu meletup, namun dia sempat menarik nafas. “Zarra benar sudi?” soalnya dalam suara yang sedikit garau.
Angguk sekali lagi.
Allahuakbar.
Dia pegang dada, senyum dalam airmata lelaki yang setitis jatuh ke lantai.
Allah, kau satukanlah kami selamanya.

Tiada kata yang mampu mereka berdua tuturkan. Bintang sudah mula menjenguk, bersinar malu dari kejauhan. Kereta itu meluncur tanpa halangan.
“Terima kasih.”
Dia perlahan panggungkan kepala, lirikkan mata pada Hisham yang tersengih. Elehhh...tadi macam nak nangis, ni sengih-sengih macam zirafah lapar.
“Hmmm...”
Alahai...hmmm sajakah? Hisham ketawa, capai tangan Zarra lalu bawa ke dada.
“Oiit! Mana boleh pegang-pegang. Masuk neraka, mau?” marahnya separuh hati namun tangannya dibawa ke dada yang bergoncang jantungnya.
Aduhhh...soalan itu lagi. Dia sengih. “Lepas kawin nanti, abang pegang Zarra sampai lebam,” ugutnya separa serius.
Dia jelirkan lidah. Elehhh...ingat dia takut ke.
Masuk ke perkarangan kuarters, kereta itu berhenti perlahan-lahan.
Miss you so much.”
Dia angkat penumbuk namun senyum lebar dalam hati.
Hisham gelak lalu tolak gear. Selamat malam, sayang. Esok ketemu lagi. Kereta itu meluncur lalu menghilang dalam pekat malam.
“Dating ke?”
Opocot mak kau! Nasib baik dia tak tumbang di kaki lima ini. Dia angkat penumbuk, kali ini pada Zachary yang tercatuk di bangku bawah pokok. Buat apa malam-malam bawah pokok? Bertapa ke? Malam hari tu dah sekali jumpa Zachary macam ni.
“Iya...ingat you sorang ke pandai dating, Mr. Zachary...”
Dia lemparkan senyuman, menampakan barisan gigi yang putih dan teratur.
Aduhai...hensemnya mamat ni. Bertuahlah siapa jadi isterinya nanti. Dia duduk dibangku, lunjurkan kaki yang mulai lenguh.
Seriously, are you two a couple?” soalnya dalam balam cahaya lampu jalan. Wajah Zarra yang tersenyum malu menyentak jantungnya. Kau gembirakah, sweetpie?
“Kenapa, jealous ahhh...”
Zachary ketawa, sembunyikan pedih yang tiba-tiba datang menjalar dalam dada. Bodohnya dia. Dia boleh pilih siapa saja yang dia mahu. Ramai gadis yang terkejar-kejar namun dia sudah jadi buta. Dia hanya nampak gadis ini. Zarra. Dia hanya nampak Zarra. Zachary pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam.
“Dia serius atau main-main?” Hah! Entah kenapa dia bertanyakan soalan yang begitu.
Zarra ketawa. “You ni macam abang yang Zarra tak pernah ada. Bagus tu...”
Abang? Hahahaha...kalaulah kau tahu apa perasaan aku, apa yang aku inginkan, pasti kau cabut lari. Jauh dari sini. Dia tunduk, sembunyikan senyuman. Senyuman insan yang patah hati.
We got some history back then.”
Oppss! Apasal pula dia tiba-tiba terlepas cakap. Zachary dilihatnya jungkit kening, menyoal dalam diam.
What kind of history?”
Dia telan liur, cuba bangun namun Zachary lebih pantas menghadang laluan. Terbeliak juga matanya memandang Zachary yang mulai serius. Aduhhh...kenapalah mulut dia celupar sangat.
Nothing. Zarra cakap main-main sajalah.”
Good or bad?” soal Zachary tak mahu mengalah. Tangannya didepakan.
“Zarra nak lalu lah, rempuh kan...”
“Kalau Zarra rempuh, Zach peluk. Do you dare?”
Aik, lain macam bunyinya. Seriuskah si mamat ni?
Why do you care?” Kali ini dia pula yang bertukar nada.
I abang you yang you never had, kan?”
Tergelak dia. Ohhh...itu ke. Zarra angkat penumbuk, cuba untuk lalu. Zachary masih utuh di situ, tanpa seinci pun bergerak.
Just answer me, good or bad?”soalnya sekali lagi. Dia nampak kilas jawapan dimata Zarra sebentar tadi. Dia mahu tahu. Perlu tahu.
Fine. Bad, tapi it’s all okay now. We gonna get married anyway.”
Allah...apa yang dia jawab ni. Zarra tahan nafas, lemparkan senyuman. “Zarra naik dulu. See ya.” Kakinya pantas melangkah, mahu cepat pergi.
He touched you, kan?”
Kakinya berhenti melangkah. Dingin rasanya tapak tangan dengan soalan itu, toleh perlahan memandang Zachary yang berdiri di hujung sana. Menggeletar tangannya, namun dia cepat-cepat menahan, genggam erat dalam kepal penumbuk.
Membara dadanya. Jadi betul tekaannya. Dia hanya meneka, membaling sebab tanpa tujuan, tapi mengena. Wajah Zarra yang kepucatan mengesahkan jawapannya.
He touched you... damn, he touched you without your permission! Am I wrong, Zarra?”
Zarra kaku. Apa sudah jadi? Kenapa segala kata-kata Zachary itu benar. Perit ditelinganya. Dia lajukan langkah, pergi mengadap Zachary yang keberangan. Nafasnya turun naik. Dalam cahaya yang suram, dia nampak kemarahan yang membara di mata Zachary. Ya Allah, apa sudah dia lakukan. Sepatutnya dia diam sahaja.
“Zach, please don’t tell anyone. Zarra mati kalau Zach buat macam tu. Tolong...”rayunya perlahan. Dia pandang kiri dan kanan, bimbang ada telinga yang menadah cerita selain mereka.
Zachary duduk, ketawa tanpa sebab. Zarra juga dilihatnya duduk. “So, sekarang macam mana?”
Macam mana apa?
“Maksud Zach?”
“Apa yang Zarra nak buat, dia nak buat?” gesanya dalam serius. Patutlah. Dia selalu tengok Zarra cuba mengelak dari Hisham dari awal lagi. Zarra yang kepucatan bila Hisham muncul. Zarra yang cuba larikan diri bila Hisham ada. Gerak hatinya meneka sesuatu pernah berlaku antara Zarra dan hisham, bukan sedar orang satu kampung.
Zarra telan liur. “We gonna get married. Inshaa Allah next month.”
Zachary ketawa. Entah kenapa dia ketawa, dia sendiri keliru. Pastinya Hisham buat sesuatu pada Zarra. Dia mahu tahu, hatinya meronta mahu mencari kebenaran. Tunggu, dia akan berikan Zarra sedikit masa.
Congratulation. Make sure dia bahagiakan Zarra...” Kalau tidak, I kill him!
Zarra bingkas bangun, tinggalkan Zachary yang merenung bulan. Sekali lagi dia menoleh, Zachary memandangnya dengan senyuman. Senyuman paling hambar. Hatinya tiba-tiba bergetar hiba. Tuhan, apa yang sudah dia lakukan...