Monday 15 August 2016

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

Hai korang...
Sorry potong stim kejap. Okay, SERIBU RINDU dah up sampai bab 9. Jadinya...minggu depan ku akan up bab 10 kat belog ini. Pengumumannya, Inshaa Allah hanya sampai bab 10 saje kot, lepas tu ku stop untuk memberi laluan kepada SERIBU RINDU muncul dalam bentuk buku, Inshaa Allah. Covernya belum kuar lagi, ku pun dah terexcited lompat bintang. Keluar saja covernya nanti, memang sah-sah ku tempek kat sini. Masa tu kan...masa tu kannnnn...jomlah beli.
Uhuh, tak malunya...hahahaha
Apapun, terima kasih bagi yang mengikuti SERIBU RINDU. Tak tahulah apa kata korang baca citer ni, penulisnya senget jugak kot. Teruskan menyokong daku walaupun mungkin daku tidak kenal pun siapa kamu. 
Terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
I lap u.

# Lupa. Nanti kita jumpa untuk The Misadventures of Cik Reen dan Mr Ngok Ngek.

SERIBU RINDU Bab 9 sudah datangggg!!!!

“Kau jangan main-main, Izrin...aku sepak muka kau tu nanti.”
Izrin garu pipi, pandang kiri-kanan. “Nak cakap betul, aku pun cuma dengar atas angin. Tapi memang ada yang cakap-cakap, si EX5 tu makwe baru Encik Hisham.”
Terbeliak mata Liyana. Mana mungkin. Mana mungkin Zarra buah hati Hisham. Takkan Hisham mahu tinggalkan Kartini yang serba ada, serba cantik, serba lengkap? Orang bodoh saja yang buat macam tu.
“Kau kan, memang tak boleh diharap. Aku suruh pasang telinga, bukan reka cerita, mangkuk.”
Izrin helakan nafas. Memang dia buka telinga, buka mata. Hasilnya, itulah yang dia dapat. “Wei, kalau tak ada angin, manakan bergoyang pokoknya Yana oiii...”
Wajah Izrin dipandangnya. “Maksud kau?”
Bebal juga minah ni. Ingatkan belajar masuk universiti otak genius tujuh lapis, rupanya karat kebodohan tu ada ada lagi.
“Maksudnya, kalau benda tak ada, tak kan ada cerita. Mesti ada puncanya, sebab tu ada angin yang bawa cerita tu datang. Faham?”
Liyana pangku dagu. Biar betul, takkanlah. Tak mungkin.
“Ni, kau siasat benda ni betul-betul. Aku tak nak sampaikan cerita yang tak berpaksi, nanti ada Miss Tini tu bambu aku. Tak pasal-pasal makan maki.”
Izrin bangun, jungkit ibu jari. “Aku tahulah. Tu, jejaka pujaan dunia ada kat situ. Pergilah,” usiknya sambil muncungkan mulut.
Cepat-cepat dia bangun, betulkan baju dan senyuman.
“Dia aku punya, faham?”
Izrin gelak, geleng kepala. “Beranganlah kau. Dia punya makwe, keliling bangunan tau.”
Dia denguskan nafas. Peduli apa dia. Makwe lain, dia bakal suri, bakal isteri. Kena faham tu. Cepat-cepat dia melangkah, bimbang Zachary hilang dari pandangan.
“Hai you, busy ke?”
Zachary hadiahkan senyuman. “Busy tidak, lapang pun tidak. Yana dari mana? Lunch?”
Dia angguk. “Yalah, sian kita lunch sorang-sorang. Tak temankan Yana pun...” Dia layukan mata, juihkan bibir.
Ketawa Zachary melihatnya. Dilipatnya lengan baju, tanda sedia mulakan kerja.
“Sorang apanya, penuh je coffee house I tengok.”
Ishhh...tak faham ke apa yang dia cakap. Liyana muncungkan bibir. “Memanglah ramai, tapi yang semeja dengan Yana mana ada. Nak tunggu Zach sampai kiamat tak dapat kot. Hot guy katakan...”
Sengaja dia rendahkan nada, berlagu sayu.
Ketawa besar lelaki itu. Aduhhh...kacaknya. Kalau bukan kerana dia wanita sofistikated, dia peluk saja Zachary.
“Kalau dah tahu, tak payahlah Yana tunggu. My seat is only for my girl.”
Me?” soalnya teruja.
Zachary pamerkan gigi. “Maybe. Maybe yes, or maybe no. Heart is a matter of personal soul searching. Understand?”
Liyana senyum lebar. “Of course. I harap it’s gonna be me.” Dia pandang Zachary dengan renungan paling lembut.
Dia angkat ibu jari. “Okay Miss Yana, I nak sambung kerja dulu. Good day ahead ya.” Dia lambaikan tangan, tinggalkan Liyana yang masih tersenyum memandangnya. Hahahaha...ya ampun, mohon jauhkan dia dari gadis itu.

Berdenting bunyi tumit kasut itu menghentak lantai marmar. Langkahnya stabil dan penuh gaya. Dress biru polos itu dia gayakan dengan sepasang tumit tinggi putih. Kaca mata hitam jenama Coach juga masih terletak cantik. Dia leretkan senyuman.
Good morning, Miss Tini.”
Dia hanya senyum, teruskan langkah. Well, dia terlalu sibuk untuk berhenti. Masa baginya terlalu bernilai untuk dia luangkan pada manusia yang tidak penting.
Hisham.
Hanya Hisham yang ada dalam diari hidupnya. Sudah dia katakan, dia berikan Hisham masa dua bulan, bukan...dua minggu. Sudah lima hari berlalu, dia perlukan ruamg untuk dirinya. Jadi, dia datang ke sini. Apa salahnya, sesiapa pun boleh datang ke sini, bukan? Lebih-lebih lagi, dia anak Tengku Adnan. Punat lif ditekannya. Bila pintu itu dibuka, dia terkaku seketika.
“Tini?”
Dia lemparkan senyuman. Memang sudah jodohnya dengan Hisham.
“Hai. Breakfast jom,” pelawanya riang.
Hisham terkedu
Please...for old time sake...”
Hisham lepaskan nafas. “Okay, Tini jalan dulu. Sham ke restroom kejap.”
Hatinya melonjak riang namun dia menahan senyum. “Okay, Tini tunggu ya.” Dia berlalu pergi, melangkah penuh elegan. Huh, dia kan Kartini. Siapa mampu menolak, kan?

Tini datang. Abang cuma temankan dia sarapan. Zarra jangan salah faham ya. Antara kami sudah tiada apa-apa hubungan. Miss u so much.
Zarra jelirkan lidah pada telefon. Weekkk...macam aku kisah. Dia sambung kerjanya yang terbantut sebentar tadi. Telefonnya berbunyi lagi.
Miss u so much. Nanti jumpa, ya.
Eeehhh...sibuklah. Dia letakkan kembali telefon itu ke poket, lalu dia tersenyum sendiri. Gila. Aku dah sewel ke?

Hanya diam yang mampu berkata-kata. Hisham teguk kopi perlahan-lahan. Lambat sahaja rasanya waktu berjalan.
You tak nak breakfast sekali ke?” tanya Kartini lembut. Matanya menyorot Hisham yang diam dari tadi.
Geleng. “Sham dah sarapan kat rumah. Ummi tanakkan pulut dengan daging masin.”
Kartini senyum, sambung suap sedikit roti bakar ke mulut. Jus guava itu diteguknya beberapa kali. “Mesti sedap, kan? Bila you nak ajak I dinner kat rumah you, jumpa family you?”
Hisham terkedu seketika. “Tini...”
Kartini senyum senget. “As a friend, salahkah?”
Dia garu kepala, geleng. Telefonnya bergetar.
Tak kisah. Datinglah sampai kiamat.
Tersenyum dia. Kata tak kisah tapi kenapa balas mesejnya. Dia sembunyikan senyum.
Who is that?” soal Kartini ingin tahu. Dia nampak kilas senyuman Hisham sebentar tadi.
Somebody. Kerja. Kenapa?”
Nothing. Manalah tahu, new girlfriend you ke...” Sengaja dia mengumpan. Mahu dia mendengar jawapan Hisham.
Huh, boleh ke dia jawab dengan jujur? Hisham ketuk jari pada meja. “Yep. My new girlfriend.”
Kartini lap mulut, teguk jus sehingga habis. “Fine. I let you play with her in these two weeks. Lepas tu, you know what lah kan...”
Perlahan dia bangun, seluk tangan dalam poket. Tini, bilalah kau nak faham ye...
“Sham jalan dulu. Enjoy your day.”
Kartini gigit bibir, senyum sendiri.
Pergilah, terbang sebebas mungkin. Satu hari nanti, kau akan kembali pada aku. I can promise that.

Tengah penat bila makan memang best. Nasi sejuk dengan kicap pun sedap, inikan nasi goreng daging masin. Lagi kick. Dua tiga suap dia makan sekaligus. Lapar, nak buat macam mana. Kalau mak ada mesti mak cakap dia tak layak jadi menantu sesiapa. Hahahaha...tengok betislah, mak. Tak perlu berlakon bagai, jadi diri sendiri. Kalau betul orang sukakan kita, dia terima kita seadanya, kan? Gila, dia tanya siapa ni? Tanya nasi goreng? Zarra sambung suap senyum sendiri.
“Sedap? Kalau sedap abang nak sikit.”
Angkat muka sambil nganga. Bila pula Hisham ada tercatuk kat depan dia,
“Tadi dah breakfast dengan mata air kan?” Matanya mengecil melihat Hisham yang tersandar pada kerusi. Buat apa datang sini. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gossip, idea mengumpat. Dia tutup tupperware. Nantilah sambung makan.
“Eh, Zarra nak pergi mana?”
“Berak. Nak ikut?” sibuk saja. Nak duduk situ kan, duduklah diam-diam.
Hisham tutup mulut tahan ketawa. Lepas bebas sungguh jawapan itu. Dia geleng kepala perlahan-lahan. Kalau ummi dengar jawapan bakal menantunya tadi, nescaya sakit jantung juga gamaknya.
“Pergilah. Abang habiskan nasi goreng ni ya.” Dia buka tupperware lalu ambil sudu yang digunakan Zarra tadi.
Ya rabbi...memang malaun betul jantan ni. “Oii! Tu mak kita buat bekal pagi tadi tau. Nak makan buat sendiri ahhh...”
“Tadi cakap nak ‘melabur’, pergilah.”
Aku seligi juga dia ni.
“Jangan makan habis, saman karang. Faham?!”
Wanie yang baru selesai solat tergelak melihatnya. Jadi memang betul Encik Hisham dengan Zarra ni ada something. Mahu dia ketawa kuat-kuat tengok gelagat si Zarra yang naik angin. Yang Encik Hisham pula cool saja. Tahan pula telinga dia kena bambu dengan Zarra.
“Assalamualaikum, selamat tengahari , Encik Hisham.”
Hisham menyeringai. “Waalaikumussalam, Wanie. Janganlah macam tu, panggil saya Sham saja.”
Hahahaha...nak mati? Tahu dengan Miss Tini mampus dia kena pecat on the spot. Tapi, sekarang ni Miss Tini tak ada kan, so apa salahnya. Berani ke dia?
“Zarra, cakap tadi lapar kemain, tu nak gi mana tu?”tanyanya hairan. Nasi goreng dalam tupperware itu masih banyak lagi.
“Dia nak pergi ber...”
“Buat airlah. Sibuk je.” Cepat saja dia potong cakap. Mug ditangan ni ada yang makan orang. Dia tuangkan paket Nescafe Caramel Latte ke dalam mug.
“Nah, minum cepat. Lepas tu blah!” Geram dia. Dahlah tibai nasi aku, menyibuk kat sini. Kalau spy Kartini nampak mereka macam mana, tak ke susah dia.
Sayang juga dia ya. Kalau tak, takkan siap bancuh air. Hisham berdehem kecil, hirup air itu perlahan-lahan. Dia senyum lebar. “Panas. Mana boleh minum laju-laju. Abang tunggu sejuk abang pergilah.”
Banyaknya alasan...adoooiii...
Zarra bangun, senyum lagi lebar dari tadi. Diambilnya mug itu lalu dibawa ke pantry, panas ya, tunggu kejap. Dia buka peti sejuk, kaut air batu lalu letakkan dalam mug. Berlenggang dia berjalan sambil tersenyum-senyum. Wanie dilihatnya mahu ketawa dijelingnya sampai diam. Ketawalah, aku curah air ni karang.
“Ni Encik Hisham, dah sejuk. Minum cepat-cepat, nanti jangan lupa berambus. Pergi. Blah.”
Hisham tutup mulut. Kalau dia menjawab karang ada yang makan lantai. Dialah, siapa lagi. Mug itu diangkatnya lalu dibawa ke mulut. Sedikit demi sedikit dia menghirup. Perlahan lalu dihabiskan sekaligus.
“Okay, terima kasih. Nanti abang datang lagi. Sedap air Zarra buatkan untuk abang. Esok buat lagi ya.”
“Esok cuti. Jangan datang sini.”
“Cuti? Bagus tu. Kita pergi jalan nak?” soal Hisham dengan senyuman.
Laaa...dia ni memang memerang betul.
“Tak kuasa. Baik tidur lagi banyak faedah.”
Hisham bangun, dekatkan diri dengan Zarra yang masih berdiri. Bersebelahan namun cukup hampir.
Wanie tutup mulutnya yang ternganga luas. Mak Jan dan Nani juga nganga.
Hisham tunduk, dekatkan bibir pada telinga di sebalik tudung. “Abang rindu Zarra. Bye.” Dia berlalu, berjalan sambil senyum lebar pada semua yang ada di situ. Hai hati, aku mahu menari.
Dia? Masih kaku berdiri dengan jantung yang masih berdegup laju. Bibir yang diketap kuat buat dia buka mata. Mak!!! Zarra naik gila sudah!

Dilla ketawa sambil tepuk-tepuk lutut. Melampaulah tu. Lili pula berkerut-kerut kening memandang dia. Zarra urut dahi. Sakit hatinya masih belum hilang, tambah pula dengan gelak kejam si Dilla.
“Habis tu, kau buat apa, kau tampar dahi dia tak?”
“Kau gila, nak aku kena pecat?”
Dilla masih lagi ketawa. Aduhai...makan hati goreng kicaplah Miss Bitchy. Paling best, si Zarra ni yang lagi power.
“Takkan dia pecatnya. Kalau kau kena pecat pun, kau dapat job baru. Lumayan gitu,”balas Dilla serius.
Berkerut dahinya. “Kerja apa?”
Dilla senyum . “Jadi mem. Jadi bini dia.”
Dilemparnya bantal ke arah Dilla. Bengong.
“Hah! Diam. Kalau diam tandanya setuju weiii...”
“Aku diam sebab aku kentutlah bodoh...”
Dilla bantai gelak lagi. Zarra bangun, geleng kepala. Sakit hatinya kian bertambah. Tak guna punya kawan. Masuk ke bilik, dia terus baring di katil.
“Kak Zarra...”
Lili. Dia tongkat bahu, tepuk tilam minta Lili baring di sebelahnya.
“Kak Zarra serius ke dengan Encik Hisham tu?” soalnya dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
Zarra kelipkan mata. “Kenapa, Lili suka dia eehhh?”
Lili gelak sambil geleng. “Kalau serius, adalah yang patah hati nanti. Kesian dia.”
Buntang seketika biji mata. Siapa lagi yang cukup gila berkenan pada dia? “Siapa yang bodoh sangat tu?”
Lili ketawa, peluk Zarra erat-erat. “Rahsia.” Dia bangun, cubit pipi Zarra kuat-kuat. “S.E.C.R.E.T”
Pirahhhh...kalau rahsia pun bukan dia heran. Zarra pejamkan mata, berlayar tanpa sedar ke alam mimpi paling indah.

Cepat-cepat dia menyorok di balik tiang yang besar itu. Liyana tahan nafas, mengintai perlahan dari tepi dalam diam. Perlahan dia menarik telefon tangan miliknya keluar. Be careful, Yana. Ini mungkin peluang yang kau nanti-nantikan.

“Zarra habis shitf lagi sejam kan? Ikut abang kejap.”
Dipandangnya kiri-kanan. “Pergi mana?”
“Adalah. Ikut abang kejap...boleh?”
Dia tarik nafas. Kalau cakap tak pun bukannya Hisham faham. Kadang-kadang dia fikir lelaki dihadapannya ini tuli agaknya. “Sekejap tu lama mana?”
Hisham buat-buat tengok jam, tersenyum nakal. “Selamanya?”
Ni yang dia malas ni. Zarra buka langkah. Aku tanya betul-betul, jawab main-main. Berdirilah kat situ sampai malam.
Disambarnya tangan Zarra lalu ditariknya lembut.
Wehhh! Apa pegang-pegang orang ni? Nak neraka free-free ke woi?! Disentapnya tangan namun genggaman Hisham kian erat. “Abang, nanti orang nampaklah. Lepaslah...” Dia telan liur. Nasib baik laluan itu jauh dari pandangan, kalau tidak matilah dia.
“Kalau Zarra setuju, abang lepas. Kalau tak, abang pegang Zarra, heret Zarra sana sini, mau?”
Apa? Ingat dia orang tawanan ke? Sepak kaki tu melutut atas lantai juga. “Yelah, Zarra ikut. Lepaslah. Nak makan penumbuk? Mau?”
Hisham ketawa, lepaskan genggaman. “Kalau Zarra tumbuk, abang pegang tangan Zarra sampai balik. Mau?”
Ishhh...malas dia. “Zarra banyak kerja. Kita bukan bos macam awak. Dah, tepi.”
Langkahnya dibuka ke tepi, memberi laluan pada Zarra yang menyinga. “Miss you so much. Tunggu abang nanti.”
Jalannya terus sahaja. Dia dengar tapi dia malas mahu menoleh. Bukan apa, hatinya terlalu berbunga. Aduhai...memang sah dia sudah gila. Sewel. Hilang akal!

Liyana tahan nafas. Diam diamkan diri. Perlahan dia menjenguk. Tiada. Zarra mahupun Hisham sudah berlalu. Dia senyum sinis. Jadi benarlah. Benarlah kata angin, rupanya pokok yang dikatakan itu memang bergoyang. Good job, Yana. Well, sorry, Miss Tini. Nampaknya dia sendiri kena sampaikan berita ini. Mahu dia melihat rupa Kartini nanti. Dia senyum lagi, ketawa kecil lalu berjalan pergi.

“Apa yang penting sangat sampai tiba-tiba call I ni? Better be good news, kalau tak...”
Hahaha...good news. Good news kepala lutut kau. Tak sabar dia mahu lihat rupa Kartini nanti, namun dia keruhkan wajah. Nak hidup, kena pandai berlakon. Kalau tak, jadilah katak bawah tempurung sampai bila-bila. Dia mahu jadi rama-rama. Cantik, jadi pujaan.
“Kau ni kenapa, senyum sorang-sorang? Cakap ada hal penting, cepatlah,” desak Kartini kurang sabar. Tergesa-gesa dia ke kafe itu. Baru saja berkira-kira mahu ke spa untuk manjakan diri. Kalau benda kecil, dia tonyoh kepala Liyana. Jangan ingat dia tak buat.
“Miss Tini, calm down. I takkan panggil you kalau hal tak penting, cuma I rasa you kena get ready.”
Kartini silangkan kaki, kecilkan mata. “Ready for what?”
Liyana hulurkan telefon, mainkan video itu dihadapan Kartini.
Ready for this.”

Damn. Damn, damn! Damn that bitch! Perempuan kampung tak sedar diri. Pedal minyak ditekannya kuat. Berdesup kereta itu membelah jalan, meninggalkan debu yang berterbangan. Jalan ini dianggapnya umpama Zarra, dilenyeknya sampai lumat. Sial kau! Rupanya kau yang menggoda Hisham dalam diam. Muka macam perempuan suci. Ptuii...sial! Ini Kartini. Kau mahu kenal siapa Kartini? Well, wait and see.

Dari tadi senyum saja. Sepak muka tu karang. Zarra tongkat kepala, pandang ke luar tingkap. Tadi dia dah tanya, mana destinasi mereka, Hisham hanya diam, senyum-senyum. Dia dongak, pandang langit yang membiru bak hamparan lautan di udara. Cantik dan tenang. Sesekali angin meraba pipi dan tudung, buat dia tersenyum kegelian. Kereta itu dirasakan kian perlahan, memasuki kawasan berpagar yang cantik dengan laman yang luas. Zarra betulkan tudung, pandang Hisham yang memandangnya.
“Kita dah sampai.”
Yelah, kalau tak masakan kau matikan enjin kereta, berhenti di sini. Rumah siapa ni? Ini bukan rumah ya. Banglo. Takpun villa. Besarnya, buat dia rasa kerdil. Zarra perlahan keluar dari perut kereta.
“Ummi nak jumpa Zarra.”
Allah...terhenti jantungnya seketika. Serasa darah menyerbu ke muka. Kaku dia memacangkan kaki di situ, tak mampu dia mahu melangkah. Betulkah keputusan yang dibuatnya hari ini? Zarra pejamkan mata, cuba mencari kekuatan.
“Zarra!”
Terbuka kelopak matanya. Tubuhnya dipeluk erat tanpa sempat dia berkata-kata. Kaku dia. Hangat pelukan itu buat dia sedikit hiba. Bibirnya digigit kuat, menahan sebak yang tiba-tiba datang membuak.
Hajah Kalsom sapu airmata. “Jom masuk. Makcik dah masak siap-siap. Makan dulu, nanti kita sembang. Mak dan nenek sihat? Lain kali ajak mak dan nenek sekali. Kamulah Sham, lain kali bawa mereka semua sekali. Banyak makcik masak tu,  entah kan habis atau tidak...”
“Ummi...ummi...tarik nafas, berhenti bercakap. Jom masuk dalam. Zarra, jom makan, abang lapar.”
“Amboi, abang apanya...bila kamu kawin dengan dia? Jom Zarra, kita masuk. Abi pun ada kat dalam. Kak Ina dengan Hafdi tak balik. Hisham ajelah yang ada. Malang nasib kamu.”
Aduh...sedapnya mengata dia. Hisham tolak daun pintu. Abi ada muka pintu, jungkit-jungkit kening sambil senyum nakal. “Sukalah tu ummi kamu. Malam ni bolehlah abi tidur lena.”
Hisham ketawa lalu toleh belakang. Entah apa yang ummi bebelkan, namun dia pasti, ummi gembira. Dia? Dia mahu terbang.

“Tak payah susah-susah, Zarra. Tinggalkan saja dalam sinki, biar si Hisham saja yang basuh.”
Aik, aku pulak yang kena. Ini sudah lebih, ummi. Kalau ya pun seronok, biarlah Zarra buat. Latihan untuk jadi isteri dan menantu yang baik tu. Apasal pulak dia. Mana macho jantan basuh pinggan. Basuh kereta lainlah.
“Tak apa, makcik dah penat masak, biar Zarra tolong yang mana patut.” Dia teruskan membasuh. Hatinya kian gementar, kalau boleh, dia mahu terus pulang.
“Jangan, mari duduk. Makcik ada perkara nak cakap dengan Zarra. Tolong...sekejap saja.” Hajah Kalsom kuit Zarra, tarik kerusi di sebelahnya. Sudah lama dia menunggu saat ini, setiap masa dia mimpikan pertemuan ini.
Berhati-hati dia duduk. Hisham juga. Abi dilihatnya perlahan berlalu ke ruang tamu dengan senyuman penuh makna.
“Ampunkan Hisham ya, Zarra. Apa yang Hisham buat pada Zarra dulu, memang buat jantung makcik dan pakcik kamu bagai disiat-siat. Kalau ikutkan hati pakcik kamu, dia pancung Hisham masa tu, campak dalam sungai. Kamu...kamu yang menanggung derita. Kamu langsung tak bersuara pada orang lain, lapor pada polis. Kamu tanggung semuanya sendiri, ya Allah...ampunkan Hisham...ampunkan kami semua, Zarra...”
Airmatanya tumpah jua. Sudah dia rasakan hal ini akan timbul namun dia masih teguh pada mulanya. Wajah mendung Hisham, riak kesal Hajah Kalsom buat matanya berbalam-balam.
“Abang tak layak untuk keampunan, untuk kemaafan Zarra...tapi tolong, tolong maafkan abang. Maafkan kami sekeluarga. Abang janji, abang buat yang terbaik untuk Zarra.”
Dia masih lagi menangis, tak mampu berkata-kata. Runtuh rasanya topeng keberanian yang sentiasa dia pakai selama ini. Dia sudah berjanji dengan dirinya, dia tidak mahu menangis kerana peristiwa itu namun hari ini, dia gagal. Kerana Hisham, kerana bencinya kian luntur, mengalir pergi entah ke mana.
“Zarra...izinkan Hisham peristerikan Zarra, muliakan Zarra sepanjang hidup, hingga ke akhir hayat...” tersekat-sekat kata-kata orang tua itu. Butir percakapannya bergilir sebak. Mahukah Zarra?
Dia sapu pipi, sapu hidung. “Zarra tak layak, makcik...”
Hisham geleng, renungannya tajam dan berkaca. “Abang yang tidak layak untuk Zarra. Abang yang hina, yang jijik, abang tak layak untuk Zarra. Berikan abang peluang, Zarra. Berikan abang peluang untuk tebus segala kesilapan.”
Dia menutup mulut, membiarkan airmata mengalir dan mengalir lagi. Merenung sepasang tangan yang menggeletar dikocak emosi. Perlahan dia mengangkat wajah, menentang mata Hisham yang turut berkaca. Wajah itu, tulus dan penuh kesal. Bibirnya diketap beberapa kali. Tangannya masih diramas Hajah Kalsom yang juga masih dalam sendu yang perlahan.
Hisham pandang, renung jauh ke dalam mata itu. Dia bertanya, dalam diam sekali lagi.
Bibirnya bergetar dalam sebak, dalam seribu rasa yang bercampur baur. Perlahan, perlahan namun nyata. Dia angguk, Sekali, dua kali.
Dadanya mahu meletup, namun dia sempat menarik nafas. “Zarra benar sudi?” soalnya dalam suara yang sedikit garau.
Angguk sekali lagi.
Allahuakbar.
Dia pegang dada, senyum dalam airmata lelaki yang setitis jatuh ke lantai.
Allah, kau satukanlah kami selamanya.

Tiada kata yang mampu mereka berdua tuturkan. Bintang sudah mula menjenguk, bersinar malu dari kejauhan. Kereta itu meluncur tanpa halangan.
“Terima kasih.”
Dia perlahan panggungkan kepala, lirikkan mata pada Hisham yang tersengih. Elehhh...tadi macam nak nangis, ni sengih-sengih macam zirafah lapar.
“Hmmm...”
Alahai...hmmm sajakah? Hisham ketawa, capai tangan Zarra lalu bawa ke dada.
“Oiit! Mana boleh pegang-pegang. Masuk neraka, mau?” marahnya separuh hati namun tangannya dibawa ke dada yang bergoncang jantungnya.
Aduhhh...soalan itu lagi. Dia sengih. “Lepas kawin nanti, abang pegang Zarra sampai lebam,” ugutnya separa serius.
Dia jelirkan lidah. Elehhh...ingat dia takut ke.
Masuk ke perkarangan kuarters, kereta itu berhenti perlahan-lahan.
Miss you so much.”
Dia angkat penumbuk namun senyum lebar dalam hati.
Hisham gelak lalu tolak gear. Selamat malam, sayang. Esok ketemu lagi. Kereta itu meluncur lalu menghilang dalam pekat malam.
“Dating ke?”
Opocot mak kau! Nasib baik dia tak tumbang di kaki lima ini. Dia angkat penumbuk, kali ini pada Zachary yang tercatuk di bangku bawah pokok. Buat apa malam-malam bawah pokok? Bertapa ke? Malam hari tu dah sekali jumpa Zachary macam ni.
“Iya...ingat you sorang ke pandai dating, Mr. Zachary...”
Dia lemparkan senyuman, menampakan barisan gigi yang putih dan teratur.
Aduhai...hensemnya mamat ni. Bertuahlah siapa jadi isterinya nanti. Dia duduk dibangku, lunjurkan kaki yang mulai lenguh.
Seriously, are you two a couple?” soalnya dalam balam cahaya lampu jalan. Wajah Zarra yang tersenyum malu menyentak jantungnya. Kau gembirakah, sweetpie?
“Kenapa, jealous ahhh...”
Zachary ketawa, sembunyikan pedih yang tiba-tiba datang menjalar dalam dada. Bodohnya dia. Dia boleh pilih siapa saja yang dia mahu. Ramai gadis yang terkejar-kejar namun dia sudah jadi buta. Dia hanya nampak gadis ini. Zarra. Dia hanya nampak Zarra. Zachary pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam.
“Dia serius atau main-main?” Hah! Entah kenapa dia bertanyakan soalan yang begitu.
Zarra ketawa. “You ni macam abang yang Zarra tak pernah ada. Bagus tu...”
Abang? Hahahaha...kalaulah kau tahu apa perasaan aku, apa yang aku inginkan, pasti kau cabut lari. Jauh dari sini. Dia tunduk, sembunyikan senyuman. Senyuman insan yang patah hati.
We got some history back then.”
Oppss! Apasal pula dia tiba-tiba terlepas cakap. Zachary dilihatnya jungkit kening, menyoal dalam diam.
What kind of history?”
Dia telan liur, cuba bangun namun Zachary lebih pantas menghadang laluan. Terbeliak juga matanya memandang Zachary yang mulai serius. Aduhhh...kenapalah mulut dia celupar sangat.
Nothing. Zarra cakap main-main sajalah.”
Good or bad?” soal Zachary tak mahu mengalah. Tangannya didepakan.
“Zarra nak lalu lah, rempuh kan...”
“Kalau Zarra rempuh, Zach peluk. Do you dare?”
Aik, lain macam bunyinya. Seriuskah si mamat ni?
Why do you care?” Kali ini dia pula yang bertukar nada.
I abang you yang you never had, kan?”
Tergelak dia. Ohhh...itu ke. Zarra angkat penumbuk, cuba untuk lalu. Zachary masih utuh di situ, tanpa seinci pun bergerak.
Just answer me, good or bad?”soalnya sekali lagi. Dia nampak kilas jawapan dimata Zarra sebentar tadi. Dia mahu tahu. Perlu tahu.
Fine. Bad, tapi it’s all okay now. We gonna get married anyway.”
Allah...apa yang dia jawab ni. Zarra tahan nafas, lemparkan senyuman. “Zarra naik dulu. See ya.” Kakinya pantas melangkah, mahu cepat pergi.
He touched you, kan?”
Kakinya berhenti melangkah. Dingin rasanya tapak tangan dengan soalan itu, toleh perlahan memandang Zachary yang berdiri di hujung sana. Menggeletar tangannya, namun dia cepat-cepat menahan, genggam erat dalam kepal penumbuk.
Membara dadanya. Jadi betul tekaannya. Dia hanya meneka, membaling sebab tanpa tujuan, tapi mengena. Wajah Zarra yang kepucatan mengesahkan jawapannya.
He touched you... damn, he touched you without your permission! Am I wrong, Zarra?”
Zarra kaku. Apa sudah jadi? Kenapa segala kata-kata Zachary itu benar. Perit ditelinganya. Dia lajukan langkah, pergi mengadap Zachary yang keberangan. Nafasnya turun naik. Dalam cahaya yang suram, dia nampak kemarahan yang membara di mata Zachary. Ya Allah, apa sudah dia lakukan. Sepatutnya dia diam sahaja.
“Zach, please don’t tell anyone. Zarra mati kalau Zach buat macam tu. Tolong...”rayunya perlahan. Dia pandang kiri dan kanan, bimbang ada telinga yang menadah cerita selain mereka.
Zachary duduk, ketawa tanpa sebab. Zarra juga dilihatnya duduk. “So, sekarang macam mana?”
Macam mana apa?
“Maksud Zach?”
“Apa yang Zarra nak buat, dia nak buat?” gesanya dalam serius. Patutlah. Dia selalu tengok Zarra cuba mengelak dari Hisham dari awal lagi. Zarra yang kepucatan bila Hisham muncul. Zarra yang cuba larikan diri bila Hisham ada. Gerak hatinya meneka sesuatu pernah berlaku antara Zarra dan hisham, bukan sedar orang satu kampung.
Zarra telan liur. “We gonna get married. Inshaa Allah next month.”
Zachary ketawa. Entah kenapa dia ketawa, dia sendiri keliru. Pastinya Hisham buat sesuatu pada Zarra. Dia mahu tahu, hatinya meronta mahu mencari kebenaran. Tunggu, dia akan berikan Zarra sedikit masa.
Congratulation. Make sure dia bahagiakan Zarra...” Kalau tidak, I kill him!
Zarra bingkas bangun, tinggalkan Zachary yang merenung bulan. Sekali lagi dia menoleh, Zachary memandangnya dengan senyuman. Senyuman paling hambar. Hatinya tiba-tiba bergetar hiba. Tuhan, apa yang sudah dia lakukan...