Sunday 28 February 2016

BAB 4 suda maiiiii....

Bunyi ombak buat dia tersenyum. Hari ini dia shift pagi. Sengaja dia ke sini, mahu berehat sebelum pulang ke kuarters. Dilla dah lama balik, membuta la tu. Dia bersandar pada pohon kelapa yang jauh dari pandangan mata. Kalau lelapkan mata pun boleh saja kan? Dia tersenyum sendiri.
“Boleh abang join Zarra?”
Allahuakbar.
Berhenti degup jantungnya. Dia pandang keliling.
“Zarra cari siapa? Abang datang sorang-soranglah…”
Dia bungkam. Kau datang sorang-sorang ke, dengan rombongan Cik Kiah ke, ada dia kisah? Cepat-cepat dia bangun, kebas kain laju-laju.
Hisham garu kepala. Ni kalau dia peluk si Zarra, mesti dia kena campak dalam laut. Pantas dia ke depan, menghalang laluan.
Terbeliak matanya. Karang aku sepak kelangkang jantan ni kang susah pula dia di kemudian hari.
Step aside, Mr. Hisham.”
Ouihh…speaking.
“Saya tak paham,”balasnya senyum-senyum.
Hah! Lupa. Si tongong depan ni kan belajar kat Korea, mana dia faham bahasa lain kan?
“Tolong ke tepi.”
“Tepi sebelah mana? Kanan ke kiri?” Hahahaha…bijaknya soalan. Bangga dia kejap.
Ohhh…kau memang nak cari penyakit, kan? Zarra pusing belakang, jalan laju-laju.
Okay, pandai. Tricky juga minah ni. Hisham berlari, pantas dan laju.
Stop! Please Zarra…”
“Huh…saya tak paham.”
Hisham renung wajah amarah itu. Aduhai, cantiknya. Dulu, sewaktu mereka sama-sama remaja, Zarra gadis tercantik di matanya. Kini, bila gadis itu bertukar menjadi wanita, Zarra sememangnya tercantik di matanya sampai bila-bila. Mata itu. Sepasang mata coklat cair itu buat dia mahu melutut.
Melutut.
Ya, melutut.
Kali ini dia betul-betul melutut. Melutut di hadapan Zarra.
Ya Allah, apa ni? Dia pandang kiri-kanan. Janganlah ada orang nampak. Kenapa jantan ni siap melutut bagai ni? Aku bagi deathkick karang…adoiiiiii!
“Abang mohon ampun. Abang mohon maaf. Abang tahu abang salah. Abang berdosa. Apa yang abang buat pada Zarra, tak ada alas an untuknya. Abang ikut nafsu. Abang gila hari tu. Abang gilakan Zarra.”
Zarra kaku. Segala ingatannya pada hari itu datang kembali. Terketar-ketar tangannya, mahu saja dia rebah di situ. Berani Hisham. Berani lelaki itu menyebut peristiwa itu. Dia ketapkan bibir, menahan sebak yang kian  menunjal.
Hisham bangun perlahan-lahan, berhadapan dengan dosa silam sesungguhnya sangat memeritkan. Lebih-lebih lagi bila dosa yang dibuatnya melibatkan insae lain. Melibatkan maruah dan kehormatan.
“Tolong abang, Zarra…ampunkan abang, maafkan abang.” Bergetar suara lelakinya. Dia ikhlas memohon maaf. Sungguh, dia mahu Zarra memaafkan dia. Beban dan dosa itu terlalu berat untuk dia tanggung.
Kenapa? Kenapa hatinya yang dia pagar, teguhkan selama ini akhirnya runtuh dalam airmata. Kalau diikutkan hatinya, dia tampar, dia sepak terajang lelaki di hadapannya ini. Apa? Apa yang maaf yang dia berikan mampu buat? Legakan hati lelaki itu? Bagaimana dengan dia? Ya. Selama ini dia kuat. Dia kuat kerana dia pasti, sebaik saja keluarga Hisham berpindah, dia aman. Dia pasti yang dia dan Hisham takkan bertemu hingga mati. Dia sangat pasti. Zarra kesat pipi, berkali-kali.
Dia tak mampu memandang. Wajah pilu dan marah sang gadis dihadapannya ini buat hatinya kian dihurungi rasa bersalah. Ya. Dia yang bersalah, berdosa. Kejam, jijik. Semuanya dia.
“Zarra…”
Dia tarik nafas panjang, lepaskan perlahan-lahan. Airmata masih ada, belum berhenti. Dia tarik nafas lagi. Panjang dan lama.
“Zarra bencikan abang Sham. Apa yang abang Sham buat, Zarra tak mampu lupakan. Apa yang abang Sham buat, Zarra tak boleh buang. Setiap malam bila Zarra tidur sepuluh tahun yang lalu, Zarra menangis. Zarra basuh diri Zarra. Zarra cuci badan Zarra, berkali-kali setiap hari.Tapi Zarra tahu, Zarra takkan suci lagi. Abang…abanglah manusia yang rampas semua harga diri Zarra…”
Nafasnya tersekat-sekat. Airmatanya kembali berlari.
“Ya. Zarra maafkan abang, Zarra ampunkan abang. Zarra dah ambik semua yang hitam, yang busuk, yang membunuh Zarra sepuluh tahun dulu, Zarra bungkus, Zarra buang. Zarra buang semua tu. Zarra juga sudah buang abang. Kosong. Antara kita, kosong-kosong. Please, leave me alone now.”
Umpama ditumbuk berkali-kali, dia kalah. Hisham angguk perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya Zarra ucapkan juga perkataan maaf yang dia tunggu selama-lama ini. Dia menoleh, memandang Zarra yang terduduk dirumput, menangis dalam diam. Abang janji Zarra, abang akan betulkan semuanya. Abang janji.

“Kau kenapa ni?”
Dia geleng kepala. Cepat-cepat masuk ke bilik sambil diekori Ida.
“Zarra, kau kenapa? Kau sakit? Zarra…”
Dia geleng. Geleng dan geleng. Kenapa dengan dia? Kenapa dia masih belum berhenti menangis.
Ida tarik nafas, tarik lengan Zarra.
“Cuba kau cakap dengan aku…apa kena dengan kau ni?”
Dia bangun, peluk Ida sambil senyum tawar.
“Aku jumpa seseorang yang lukakan hati. Lama dulu. Aku ingat aku takkan jumpa dia lagi.”
Ida bersandar pada dinding, dia renung siling. Lelaki. Samalah. Dia juga menangis kerana lelaki. Dia senyum hambar, tepuk lengan Zarra pelan-pelan.
“Aku paham.”
Zarra diam, tuala diambilnya, dilekapkan pada wajah.
“Mana kau jumpa dia?” soal Ida perlahan.
“Hotel. Kebetulan dia datang menginap.” Biarlah. Biarlah dia tipu.
Ida ketawa kecil. “Dia datang dengan family dia, kan?”
“Ya.”
“Hmmm…kelakarkan. Kita ingat, kitalah insan yang paling dia sayang, dia cinta.”
Zarra senyum dalam hiba. Sayang? Cinta? Mana mungkin. Hanya nafsu sahaja yang ada. Dia lap wajah berkali-kali.
“Dah, pergi mandi. Hingus banyak weiiii…”
Mereka sama-sama ketawa.
Ketawalah. Biarpun hati menangis, ketawalah.

“Sham…you ni kenapa? Dari tadi diam je. You tak suka keluar dengan I malam ni?” Memberontak saja suara Kartini. Dia geram. Hisham hanya membisu. Makan tidak. Minum pun hanya separuh. Bercakap, memang taklah.
“Sham?!”
Dia tersentak, pandang wajah merajuk Kartini yang kian mencuka.
Sorry, Tini. Sham penat sangat.”
Kartini tarik nafas. Okay, dia nampak. Dia tahu.
“Kalau macam tu, jom baliklah. Ingatkan boleh jalan-jalan ambik angin.”
“Lain kali ya, Tini. Sham janji.” Hahaha…janji. Mudahnya dia berjanji.
Kartini kembali tersenyum. “Okay. Janji tetap janji.”
Hisham angguk.
Janji tetap janji. Jadi? Bagaimana dengan janjinya pada Zarra? Dia mengeluh perlahan.
Kartini senyum, peluk erat lengan Hisham. Fine. Malam ni dia lepaskan Hisham. Dia tahu, Hisham akan kotakan janjinya.
Sempat dia melirik pada Kartini yang tersenyum manja.
“Tini, dah lupa? I’m not your husband.”
Kartini cebikkan bibir. Huh, pegang sikit pun bising.

Dia mahu tergelak. Membebel si Ida. Nak buat macam mana, dia, Dilla dan Lili bukannya tahu masak. Masak maggi, goreng telur, masak ala-ala bodoh alang tahulah.
“Woi! Jahanamlah kangkung tu Cik Lili oiii…aku pelangkung korang semua ni karang…”
Lili garu-garu kepala, sengih-sengih sambil pandang Dilla yang terguling gelak. Amboi melampaunya reaksi.
“Zarra, kau pandai tanak nasi tak?”
Dia angguk. Ha, kalau yang itu memang dia terrer amat.
“Kalau gitu, kau letak nasi. Dilla, dari kau terguling macam dugong, basuhkan ikan bilis ni. Nak makan ke tak ni?!”
Dilla tutup mulut. Bila time memasak, ginilah jadinya. Mana taknya, si Ida ni yang tahu masak. Ingatkan Zarra pandai, sekali buat cekodok pisang pun masin. Baling ayam, ayam pun mati. Hahahahaha…jahanam, jahanam.
Zarra cepat-cepat bangun. “Da, nanti aku buat telur dadar ya.”
Ida angguk. Adoiii…siapalah nak bermenantukan semua ni? Dia tergelak sendiri.
Penatnya hari ini. Lenguh berdiri, dia duduk.puas duduk, dia kembali berdiri. Awan masih cantik di luar sana. Berarak lembut. Dia pandang jam. Lagi setengah jam shiftnya akan tamat. Cepatlah, dia tak mahu ada di sini lama-lama.
“Kau kenapa?”
Zarra paksa senyum. “Aku penatlah. Ramai sangat orang hari ni.”
Dilla angguk. Betul. Punyalah ramai, tak sempat nak duduk lama-lama. Naim pun sampai serak suara melayan tetamu yang datang.
“Naim, petang ni ada match, jom join.”
Mereka semua angkat muka.
Abid, dengan Zachary.
“Wokeh, set.”
Match apa? Bola sepak?”
Naim senyum. “Ping pong. Jom ah, kami main dekat garaj kereta kuarters kami.”
Zachary melangut, memangku dagu di kaunter. Dia tenang sebaik saja memandang Zarra.
Ni apahal?Aku cucuk biji mata tu karang. Mata tu dahlah cantik, huhuhu…
“Zarra, datanglah. Nanti Zach masak sedap-sedap.”
Dilla tepuk tangan. Tang ada makan free tu best. Zachary dengan Abid kan kitchen punya manusia, mesti makanan kaw-kaw punya. “Korang nak masak apa?”
Abid jungkit kening. “Maggi goreng. Mau?”
Hak elehhh…setakat Maggi goreng dia pun boleh buat. “Buat taik gigi.”
Zarra ketawa kecil. Banyak pulak songeh minah sorang ni.
“Zarra nak makan apa? Zach buatkan.”
Eh eh…tanya aku ke? “Buatlah, asal sedap.”
So, you gonna come?”
Hehehe…soalan cepumas sungguh. “Inshaa Allah, kalau ada kelapangan.”
I’ll wait,” tegas Zachary.
Ah sudah…mamat ni, aku lepuk juga. “ Zach, Zarra tak janji.”
Zachary luruskan tubuh, ukir senyman paling manis. “I’ll wait.”
Haisshhh…aku bersilat karang…
Excuse me…korang ni nak bekerja ke nak berborak?”
Ahhh…sudah datang.
Liyana membuka langkah. Di belakangnya Izrin yang mencuka. Elok sangatlah tu. Sekoq macam itik , sekoq macam ayam belanda. Dua-dua perasan bagus. Jalan pun penuh gaya drastik, ingat depa model ke apa. Mahu terjeluak Dilla dibuatnya.
“Kami tengah kerjalah, bahlul. Kau tu, merayap sana sini, tak buat kerja kat ofis ke?”
Izrin ketap bibir, jeling Liyana yang merah padam wajahnya. “Kami nak pergi makanlah, bodoh.”
Zarra diamkan diri. Elok sangat. Sorang bahlul, sorang bodoh. Kalau kat sekolah, mau makan penampor cikgu disiplin.
“Hai beautiful, nak lunch ke? Nak Zach temankan?”
Fuhhhh…gila ahhhh…
Mana taknya, meleret senyum si Liyana. Macam merak kembang ekor. Dia pandang Zachary yang tersenyum lebar. Hawau.
“Zach…temankan Yana, jom.”
“Zach temankan sampai pintu je ya. Nanti makan sendiri.”
Mahu saja dia tergelak. Tongongnya mat salih celup tepung ni. Boleh je dia mainkan si Liyana macam tu sekali. Yang si Izrin pulak macam babu. Ikut saja kata si Liyana. Hamba sahaya ke?
You ni main-mainlah…” Liyana muncungkan bibir, redupkan mata.
Sorry babe, I dah habis shift. You makan je dengan Izrin, okay. Lain kali I temankan sampai you jilat pinggan.”
Adehhhh…nak ketawa, tapi dia tahan. Sempat dia jeling Dilla yang terkemut-kemut menahan senyum. Kau jangan gelak, Dilla. Mati kita nanti.
Check out, please.”
Fuhhh…nasib baik ada tetamu ni. Pantas dia membalas sapaan, melarikan diri dari situasi itu. Nasib baik sungguh.
“Zarra, Dilla. Don’t forget ya.”
Dia angkat muka. Si Liyana pandang dia dengan mata terbeliak. Heh, seram dia.
“Inshaa Allah.”
You all janji apa ni?” soal Liyana ingin tahu. Tak boleh jadi ni. Dengan si Hisham pun si Zarra ni kenal, dengan Zachary jejaka pujaan hotel ini pun si Zarra budak kampung tu nak rampas juga. Melampau.
“Kami ada solat berjemaah, pas tu malam ni ada ceramah sikit dekat masjid besar. Korang nak ikut?” soal Abid dengan serius.
Telan air liur si Liyana. Terkulat-kulat kejap.
“Ohhh…ingatkan apa. Sorry, I’m busy. Lain kali je.”
Haaa…memang. Kalau pergi masjid, baca Al Quran ke, dengar ceramah ke, semua busy kau. Cuba buat parti harijadi sambil karaoke, maunya penuh satu laman, kan?
“Ehhh…datanglah. Seronok.”
Liyana senyum-senyum, tarik tangan Izrin. “Okaylah, kami jalan dulu. Laparlah.”
“Silakan, Cik Liyana. Hati-hati jalan tau,” usik Zachary.
Thanks. See you again, Zach.”
See ya.”
Bila saja dua manusia itu pergi, si Dilla sudah terduduk di lantai marmar. Gelak sakan.
“Amboi…lembut gigi korang berdua ya. Mau pengsan aku nengok korang berlakon. Zach, you are the best. Best actor.”
Lelaki itu menyeringai. Boyish, kasi gegar jantung saja.
Well, I’m the man, right. Okay girls, see ya.”
See ya, see ya. Suka benor ayat tu.
“Zarra my sweet, keep your promise ya.”
Bila pulak dia janji, mangkuk! Zarra angkat penumbuk.

Alhamdulillah, selesai juga solatnya. Zarra lunjurkan kaki, melepaskan lelah seketika. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia balik rumah, jumpa mak dan nenek, tapi dia penat. Lagipun mak mesti marah kalau pagi-pagi buta esok dia pergi kerja dari rumah. Minggu depanlah, bila dia shift petang. Perutnya kembali berbunyi. Kena makan ni. Nanti malam belum tentu dia nak mengisi perut. Lepas Isyak biasanya dia dah lelap.
“La, bangunlah. Takkan kau nak membuta dalam surau ni.”
Dilla mengeluh panjang.
“La, jomlah makan. Lapar gila aku.”
Dilla buka mata. Tu pun separuh je. Lawak sungguh.
“Kau pergi makan dulu, aku ngantuk sangat ni.”
Zarra geleng kepala. “Yalah, nanti aku kejutkan kau. Tu, beg tu, jaga baik-baik.”
Dilla angguk, kembali pejam mata.
Bila dia sampai, tak ramai guests yang ada di coffee house.
“Zarra baru nak makan ke?”
Dia toleh, berikan senyuman.
“Ya, Mak Jan. Jomlah.”
Mak Jan geleng. “Puasa sunat hari ni. Zarra makanlah.”
Dia angguk. Nasi goreng dengan beef bacon pun sedap juga, kan.
“Ni, kalau tak makan kat sini boleh tak? Menyemak aku tengok. Nun, sana ada meja. Jauh dari guests.”
Aduhhh…dari mana pula si minah ni datang. Ingat tadi dah hilang, ghaib.
Dia pekakkan telinga. Perut dah lapar, datang hujan ribut pun bukan dia kisah.
“Cik Liyana, saya rasa cara cakap Cik Liyana tu kurang sopan. Tak kiralah kita dengan guests ke, dengan staff ke, ataupun dengan sesiapa saja dalam kawasan hotel ni, semuanya kita kena hormat.”
Allah.
Hisham.
Kenapalah si Hisham ni pulak yang datang. Perlukah dia teruskan hajatnya. Zarra tarik nafas dalam-dalam. Tak apalah, nanti balik kuarters dia makan apa yang ada.
“Zarra nak pergi mana?” soal Hisham. Tiba-tiba saja Zarra bangun, terkejut dia.
“Saya nak balik , Encik Hisham. Shift saya dah tamat.”
Liyana senyum sumbing. Tak boleh jadi, dia kena beritahu Kartini. Baik benar Hisham. Siap mahu temankan makan. Kalau ya pun sekampung, takkan macam tu sekali.
“Ni Cik Liyana, jangan lupa laporkan pada Miss Tini. Awak kan pemberita terbaik kat sini.”
Liyana telan liur, pandang wajah Hisham yang sinis memandangnya.
Zarra tarik nafas, laju saja dia membuka langkah. Aduhhh…laparnya!

Puding roti dengan spagethi Oglio Olio ada dua Tupperware. Mahu saja dia lahap tapi dia malu.
“Zarra, makanlah. Sambil-sambil tengok kami main, korang makan je. Banyak tu si Zach masak. Puding roti air tangan si Abid.”
Dilla sigung dia, dia sigung Dilla. Si Lili pula hanya sengih-sengih.
Ida tiba-tiba bangun. Wajahnya keruh. “Weh, aku keluar kejap. Ada hal.”
“Kau nak jumpa Halim ke?” soal Dilla keras.
Ida hentikan langkah, pandang wajah Dilla yang sedikit marah.
“Kejap saja. Nanti aku balik.” Cepat-cepat dia pergi.
“La, kenapa kau marah sangat ni?”
Dilla denguskan nafas. “Kami tak suka dia dengan Halim. Kalau kak Wanie, dia memang marah sangat Ida dengan Halim tu.”
“Apa masalahnya dengan Halim? Aku tengok dia okay je.”
Dilla gelak sinis.
“Depan kita, memanglah pijak semut tak mati. Masalahnya, tunang si Ida tu taik judi, taik dadah. Kami dah cakap, putuskan, tapi si Ida ni degil. Lembut hati.”
Allah…macam tu ke.
“Kau ingat tak hari tu, masa dia datang dia cakap dia jatuh bilik air? Mana ada! Halim yang pukul dia. Jantan tu mintak duit, Ida tak kasi. Apa lagi, kenalah.”
Zachary angkat kening, pandang Naim dan Abid yang ternganga.
“Kenapa korang tak report polis?”
“Masalahnya, Ida yang tak kasi. Kata dia, kesian. Kesian, kesian...diri sendiri tak kesian. Geram aku!”
Naim dan Abid angguk-angguk.
“Tak apa, nanti kita tengok macam mana. Kalau jantan tu buat lagi, korang pergi balun dia ramai-ramai.”
Abid dan Naim gelak.
“Pastu, kami yang masuk lokap? Hah, eloklah tu.”
“Zarra, makan. Don’t be shy. Makan je.”
Dilla senyum simpul. Mahu tergelak dia dengan Zarra. Yalah, perut dah menyanyi dari tadi pun buat muka toye. Dia bangun, ambil pinggan kertas.
“Kalau korang tak nak, biar aku makan.”
Zarra gelak kecil. Malu lapar,kan? Dia pandang Zachary, Naim dan Abid yang ralit di meja ping pong. Makan je. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.
“Assalamualaikum, buat apa? Meriah nampak.”
Allah.
Bala sudah datang.
Semua yang ada kelu seketika.
Zachary letakkan bat ping-pong. “La...kau ke,Sham? Dari mana, jomlah join, makan-makan.”
Zarra jeling Hisham dan Zachary. Baik ke manusia berdua ni?
“Amboi, main pakai Sham je? Tak ada encik-encik dah?” soal Lili hairan.
Bagus Lili, macam tau saja apa yang dia fikirkan. Zarra sambung suapan. Lantaklah dengan Hisham, dia lapar.
“Luar waktu kerja, tak payahlah berencik dengan saya.”
Dilla dan Lili senyum-senyum. “Tak boleh, Encik Hisham. Kalau si Zach and the geng ni tak apalah, kalau kami, tak boleh. Nanti makan pelempang dengan Miss Bitchy.”
Hisham tergelak besar, matanya menyorot Zarra yang ralit menyambung suap. Miss Bitchy? Aduh Tini, apa yang Tini buat ya?
Dia duduk di sebelah Zarra, sejengkal jauhnya. Hatinya bergetar sedikit.
Apa ni…aduhhh…nak makan pun tak senang. Zarra kengsotkan punggung.
“Kenapa panggil dia Miss Bitchy?”
Dilla gigit bibir, pandang Lili yang merah padam mukanya.
“Maaf, Encik Hisham. Maaf.”
Hisham lipat lengan baju. “It’s okay. Saya hanya nak tahu.”
“Encik Hisham tak marah kami panggil tunang Encik Hisham macam tu?” soal Lili takut-takut.
Dia terpempan. Mahu terlekat air liurnya.
“Tunang? Bila masa Miss Tini jadi tunang saya?”soalnya kembali.
Mereka semua saling berpandangan. “Liyana yang cakap.”
Ohhh…Liyana yang cakap. Kalau Liyana yang cakap, mesti dari mulut Kartini juga, kan? Tini, Tini.
She’s not my fiancée.”
Nganga semua mulut kat situ, kecuali si Zarra dan Zachary.
“Dia, dia just…”
Girlfriend?” tanya Dilla ingin tahu. Sayangnya. Hisham ni nampak baik juga. Kalau Miss Bitchy tu betul girlfriend dia, memang malangnya nasib.
Dia tarik nafas panjang-panjang. Zarra masih makan, buat bodoh tanpa memandangnya. “Macam tu lah kot.”
Dilla mengeluh kecil. Tak adilnya. Kenapalah mamat si hensem Hisham ni dapat kat si Kartini yang hidung tinggi tu. “Bertuah, Encik Hisham. Baguslah, Miss Tini tu anak orang kaya, kena dengan Encik Hisham. Macam betik dibelah dua.”
Nasib baik tak tersembur spagethinya. Apahal budak Dilla ni, betiklah, apalah.
“Okaylah, jumpa korang lagi. Zarra, abang balik dulu. Sampaikan salam abang pada mak dan nenek.”
Eeee….aku tenyeh-tenyeh pinggan kertas ni karang!!! Abang kepala lutut dia!

Berpeluh juga dia. Ingat main ping-pong tak keluar peluh ke? Zachary buka baju. Panas sangat.
Ni lagi sekoq. Nasib baik air dia sempat telan. Ni apahal pulak buka baju sana sinun. Badan tu, entah apa nak cakap ya, cantik? Haishhhh…
“Macam mana kenal dengan si Sham?” soal Zachary yang melabuh duduk disebelahnya.
Pakai baju tu boleh tak? Mau juling biji mata dia. Si Dilla dan Lili dah buntang biji mata. Ya ampun…
“Dulu duduk sebelah kampung…”
“Dulu lah? Sekarang?”
Zarra jungkit bahu. “Tak tau. Dia dah pindah lama dah rasanya.”
Zachary lunjurkan kaki. “Got some kind of history with him?”
Zarra geleng cepat-cepat. Itu, biar aku saja yang tahu.
“La, aku naik dulu. Zach, Abis, terima kasih. Semua sedap. Marvellous!” Dia angkat dua ibu jari. Sepasang matanya menangkap mata Zachary yang seakan tersenyum. Pang karang.
You are most welcome, sweetheart.”
Malas dia. Mulut tu, manis sangat. Lap dengan tudung aku baru tau.

Dia berteleku di sejadah. Dipandangnya sepasang tangan dihadapannya. Tangan yang pernah melukakan hati seorang gadis kecil yang dikenalinya dulu. Tangan yang melemparkan Zarra ke lubang paling hitam, paling dalam. Bagaimana mahu dia betulkan semua kesilapan? Pulihkan semua kesakitan yang dia telah berikan pada Zarra?
“Sham, Tini call. Telefon Sham habis bateri ke?” soal ummi dari muka pintu.
Dia tepuk dahi. Aduh…terlupa lagi janjinya dengan Kartini. “Nanti ummi cakap dengan Tini, Sham call dia balik. Phone Sham dalam kereta rasanya.”
Hajah Kalsom geleng kepala.
“Sham ni kenapa? Ummi tengok lain macam je dua tiga hari ni?”
Hahahaha…dahsyat betul penangan seorang ibu, kan? Boleh je hidu kalau ada apa-apa tak kena.
“Sham penat, mi. Duduk dalam aircond pun letih, mi. Letih mental.”
“Dah kalau macam tu, tak payahlah kamu keluar malam ni. Tidur awal, rehat.”
Dia bangun, sangkut sejadah pada tempatnya. “Tak boleh, mi. Sham dah janji dengan Tini. Sham keluar kejap.”
Hajah Zaitun mengeluh kecil. “Ikutlah, Sham. Asal Sham bahagia.” Daun pintu ditariknya kembali.
Bahagia?
Aduh ummi…

Zarra buka mata.
“Apahal korang ni?”
“Ida dah balik.”
Dia bingkas bangun, pandang jam pada dinding. Hampir satu pagi. Satu pagi? Dia pandang Dilla dengan Lili yang juga separa mengantuk.
“Mana dia?”
“Dalam bilik, tak nak bukak pintu. Kami panggil dia banyak kali, tak bukak-bukak jugak.”
“Dia tidur kot,” tukas Zarra positif. Dia bangun juga, betulkan urat.
“Zarra, jomlah. Jom jenguk si Ida tu,” ajak Dilla sungguh-sungguh. Hatinya tak sedap, runsing dari petang tadi.
Dia angguk, pelan-pelan jalan ke bilik Ida, bilik tengah. Bilik utama si Dilla dan Lili yang gunakan. Tombol pintu dipulasnya perlahan. Memang tersekat, terkunci. Dia toleh, lihat Dilla yang runsing, Lili yang menguap panjang. Kali ini daun pintu diketuknya, kuat namun sopan.
“Ida? Kau ada kat dalam ke?” soalnya sedikit kuat. Daun pintu itu diketuknya beberapa kali lagi.
“Memanglah dia, takkan hantu kot,” sampuk Lili. Tak pasal makan cubit dengan Dilla.
“Kau jangan cabul boleh tak? Ni tengah malam lagi tau. Aku cili budak ni karang…”
Lili sengih-sengih.
Zarra ketuk lagi, kuat dan berkali-kali. “Assalamualaikum…Ida, kau ada kat dalam kan? Kau okay?”
“Aku okay, ngantuklah. Esoklah.”
Mereka bertiga diam, saling pandang-memandang.
“Esok ya, Ida. Kita buat projek baru ya, aku ambil resepi puding roti caramel dengan Abid tadi. Esok balik kerja kita buat ya.”
“Okay.” Hanya itu saja jawapannya dari dalam.
Dilla angkat tangan, mahu menyambung ketuk namun Zarra sempat menghalang.
“Dah, esok saja. Jom, kita tidur. Esok kita tunggu dia awal-awal pagi.”
“Puding?” soal Lili tiba-tiba.
Adehhh…kayunya budak ni.
“Li, ni pukul 1 pagi. Kau nak buat masa ni ke?”
Dilla bantai gelak. Memang kayu si Lili ni. Muka cute, otak lurus sangat.
“Dah, tidur,” arah Zarra tegas.
“Aku nak solat Isyak dulu. Tadi mengantuk sangat, terlupa.”
Zarra geleng kepala. Samalah macam dia. Kalau dah mengantuk, tengah mandi pun dia bantai tidur.
“Cepat. Alang-alang solat Isyak, baik kau sambung tahajud. Senaman pagi juga tu.”
Dilla angkat ibu jari, terus bergerak masuk dalam bilik.

Lajunya kereta. Nasib baik dia dan Dilla tak tersungkur di aspal.
“Celaka punya betina. Kereta Axia pun nak menunjuk ke? Lainlah kalau kau bawak Honda ke, Ferrari ke. Aku baling batu ni karang!”
“Siapa tu, La?”
“Siapa lagi, Yana Barbie bengong tulah. Boleh beli kereta pun kecoh. Bawak pun macam samseng. Kalau aku ada kereta nanti, aku lenyek-lenyek dia jadi lempeng!”
Tak menahan dia ketawa. “Macam manalah Allah nak bagi kau beli kereta, niat tu dah serong, bengkang-bengkok.”
“Aku geram.”
Pon, pon…
“Good morning, ladies,” sapa Yusri sambil menurunkan cermin kereta.
“Good morning, Mr. Yus ensem!”
Tergelak Yusri. Dia tekan miyak perlahan-lahan sambil lambaikan tangan.
“Tengok. Tu, GM. General Manager. Bawak kereta pun kereta Honda tapi langsung tak macam si Yana tu. Adab sopan tu ada. Melayu macam tulah. Kaya sikit dari mat pit pun dah berlagak.”
Amboiii…marah benor ya si Dilla pagi ni. Zarra ambil tangan Dilla, tepuk perlahan-lahan. “Kau kenapa marah-marah ni, cuba cakap ngan aku.”
Dilla kuis batu-batu kecil dihadapannya.
“Ida. Aku risau pasal Ida. Pagi ni pun dia tak bukak pintu. Mesti ada yang tak kena.”
Zarra perlahankan langkah. Angin yang bertiup dari arah pantai menggeser wajah. Dinginnya.
“Aku pun sama. Tak apalah, kita kan dah pesan dengan Lili. Malam nanti kita jumpa, buat mesyuarat rumah.”
“Hah, good idea.”
“Hai, baru sampai ke?”
Mereka sama-sama menoleh.
“Dilla, adab sopan. Ingat.”
Adab sopan ya. Dia berikan satu senyuman paling lebar kepada si Liyana yang senyum sinis pada mereka.
“Baru sampai, bahlul…kenapa, nak makan penampar?”
Aduhhh…baru je dia pesan, adab sopan. Cepat-cepat dia tarik tangan Dilla. Sebelum kena sembur dengan si Liyana, baik angkat kaki.
“Perempuan gila,” desis Liyana.
“Gila glamour tak sedar diri!” Balas si Dilla pula.
Marvelous. Elok sangatlah tu.
“La! Jom masuk kerja. Aku karate dua-dua karang.”
Dilla sengih, lambaikan tangan pada Liyana yang mencuka.

Kartini hanya diam. Liyana dari tadi tak berhenti-henti bercerita. Pening juga kepala dia. Banyak sangat informasi.
“Ni, kau cakap pelan-pelan boleh tak? Rimas aku.”
Sorry, sorry…darling.”
Kartini hirup latte itu perlahan-lahan. Apa sebenarnya yang mahu dibuat Hisham dengan budak reception tu? Ya, dia akui, Zarra tu cantik, tapi dia lagi cantik. Jauh lebih cantik. Nak dibandingkan dengan budak kampung hulu mana, dia lebih segala-galanya.
“I rasa kan, dorang ada skandal.”
Hah! Nak makan pelempang si Liyana ni. Berani tuduh-tuduh Hisham dia buat macam tu. Dia ambil tangan Liyana, genggam kuat-kuat.
“Kau berani tuduh tunang aku bukan-bukan, aku pecat kau, faham!?”
Terkulat-kulat juga si Liyana.
“Sorry, Miss Tini. Salah mata I kot.”
Salah mata, salah telinga, diri sendiri tak salah. Tonyoh bulu mata palsu tu baru tau.
“Kau buat kerja baik-baik, Yana. Jangan sampaikan benda yang tak pasti. I don’t like it.”
“Hai, dah lama sampai? Ohh…Miss Liyana. Sampaikan berita ke?” soal Hisham lalu duduk di sebelah Kartini yang mula tersenyum manja. Cekap betul kerja si Liyana ni. Pantas.
“Selamat pagi, Encik Hisham. Miss Tini, kita jumpa lagi nanti.”
Kartini anggukkan kepala.
“Banyak berita you dapat hari ni? Berapa bakul?”
Kartini muncungkan bibir. Dia ambil tangan Hisham, pegang dan usap perlahan-lahan.
“Tini, behave. Malulah kalau orang tengok. Kita bukan husband and wife…” Perlahan Hisham tarik tangan tangannya.
Kali ini Kartini mendengus kecil.
“Jadi betullah you ada affair dengan budak kampung you tu, Sham?!”
Aduhai…terus kena bambu. Dia pandang Kartini yang kian masam wajahnya.
“Kalau ada, you nak buat apa? Pecat I?” soalnya mahu menduga.
I pecat dia. Biar merempat.”
Hahaha…mahu dia tergelak. Kalaulah Kartini tahu, apa kelulusan Zarra, mahu malu sendiri. Betul, mereka belajar di luar Negara, tapi setakat degree sajalah.
Zarra?
Zarra siap ada Master lagi. Memang Zarra anak kampung macam dia, tapi Zarra sebenarnya lebih hebat dari dia dan Kartini.
“Takkanlah macam tu sekali…tak baik, Tini.”
“Sekarang ni, I nak tahu, betul ke you ada affair dengan budak tu?” soal Kartini kian tegas.
Huh, betul cakap abang iparnya. Perempuan, kalau dah datang angin, lingkup segala dunia.
“Tak. Dia sekampung, family dia pun kenal family I, Tini. Dah kenal, takkan I nak buat-buat tak kenal, nak menyombong. Nanti kalau ummi I tahu, mesti dia marah.”
Memang pun. Kalau ummi tahu, hari ni juga dia kena terajang. Ummi memang lemah lembut, tapi kalau dah naik angin, jubah dia pun boleh bertukar jadi seluar. Jangan dibuat main-main.
Dijelingnya Hisham yang tenang tersenyum.
Fine, Tini percayakan Sham.”
Hisham sandarkan badan. Mata mereka bertentang beberapa ketika. “Kalau macam tu, baguslah. Sham nak makan. Kalau Tini nak bersoal jawab lagi, hah, tanya sekarang. Nanti hilang selera nak melahap.”
Kartini pegang lengan Hisham, wajahnya dilembutkanlalu tersenyum manis.
“Alaa…I’m sorry, sayang. You makan ya, I temankan. I love you so much, Sham.”
Hisham senyum. Tawar dan hambar.
Zarra, bila lagi kita dapat bicara?

Sengaja dia jalan perlahan-lahan. Selesai taklimat ringkas tadi, sengaja juga dia turun ke lobi hotel. Sesekali dia menegur dan berbual-bual dengan guests yang datang dan lalu-lalang. Ekor matanya melirik pada Zarra yang ralit menjalankan tugas di kaunter resepsi.
“Hai Mr. Hisham, turun padang hari ni?” Garau suara itu menegurnya.
Dia tersenyum lebar.
“Sekali sekala bagus juga. Taklah terperuk macam patung hiasan kat dalam ofis sana. Ramai guests minggu ni ya, Zach.”
“Memang ramai. Rombongan dari Singapore. Dua dewan kita pun full untuk seminar. Jomlah ke coffee house, minggu ni minggu English bakery dan Sarawak In The House.”
Okay juga.
“Jangan jeling-jeling sangat, Zarra I punya tau,” usik Zachary dengan senyuman.
Hatinya terhenti seketika. Pantas dia menoleh pada Zarra yang langsung tidak sedar akan kehadirannya di situ.
Really?” soalnya separa serius.
Wow! Do you really care, Mr. Hisham? You suka dia ke?” jolok Zachary lagi.
Hisham ketawa. Kena main aku rupanya. “Kalau suka, apalah salahnya kan. She’s not belongs to anyone, right?”
Kali ini Zachary ketawa, tepuk belakang Hisham berkali-kali.
Not yet. She will be, someday.”
Hisham angguk. Ya, miliknya. Akan jadi miliknya satu hari nanti.

Pergi pun.
Penat dia berlakon macam tak nampak. Kenapa? Kenapa jantungnya bergegar-gegar bila Hisham memandang ke arahnya. Hei hati, kau dah lupa, yang kau benci dia? Tolong ingatkan aku, faham!