Sunday 29 March 2015

Bab 14 Dreamcatcher...sambungannya, beli novel..kihkihkih ^0^

BAB 14


Dia hanya memerhati. Menelan liur perlahan-lahan.
“Betul tak nak ikut?”soal Khalid tanpa emosi. Dia sebenarnya tidak mahu Amni pergi, cuma dia perlu tahu, sekadar mahu mengambil hati. Jarakkan hubungan mereka, lebih mudah nanti. Mudah untuk mereka mencari ruang untuk berpisah dengan nyata. Cuma bukan sekarang masanya. Tunggu, tunggu sehingga hatinya berkata pergi.
Angguk. Macam mana nak ikut, ajak pun macam tak nak ajak. Lagipun dia tahu, Khalid bukan nak ajak sangat.  Matanya melirik , memndang Khalid yang siap berpakaian. Kemeja kosong atau jalur diganti Khalid dengan kemeja batik, sut hitam dan seluar hitam. Wajahnya segar dengan bau wangian. Hmmm...dia hanya mampu melihat, bukan miliknya.
“Abang pergi dulu. Munglin late at night baru balik.”
Amni membisu, melemparkan senyum hambar. Pergilah, bang. Kau tak perlu izin aku, kau punya dunia sendiri,bukan.

“Khalid dah pergi?”
Angguk.
Safiah dan Khalida saling berpandangan. “Kenapa tak ikut?” Khalida menyigung lembut. Ruginya. Kenalah pergi, time grand opening biasanya makan pasti havoc.
“Tak maulah. Bukannya Am tahu nak buat apa.”
“Buat bodoh dah la. Duduk,duduk. Makan, makan. Senyum, senyum.”
Amni tergelak kecil. Kay, abang Khalid tak mahu aku pergi. Kalau dia nak, dia sah ajak aku mati-matian. Ni ajak pun macam suruh jangan pergi.
Safiah diam, memandang menantunya yang tersenyum sendiri. “Am kena pergi.”
Serentak mereka memandang Safiah.
“Am kena pergi. Lid tu, memang macam tu. Dia bukan pandai nak berbahasa. Cakap pun macam tak de perasaan. Mama rasa, Am perlu peergi. Kenal dengan rakan Lid. Kenl tempat kerja dia. Yang penting, kenalkan diri Am sebagai isteri dia. Ada yang belum kenal, siapa am. Inilah masanya.”
Aduh...masalahnya, Khalid bagai mahu dia diam, sebolehnya jangan kenalkan diri pada sesiapa. Hanya Yusri dan Azfar yang dikenalinya. Yang lain, mungkin yang mana hadir waktu majlis pernikahnnya. “Am tak naklah, ma. Khalid sibuk, mana ada masa dia nak layan Am. Biarlah dia buat kerja dia malam ni.”
“Sebab itu mama kata pergi. Pergi tolong Khalid. Am ni ramah mesra. Bila orang tanya, who are you, say it proudlylah.”
Khalida mengangguk laju. Bijak betul idea mama.  Yalah, apa salahnya pergi dan kenalkan diri. Amni cantik apa...Pasti kembang lubang hidung abangnya.
“Kay, jom,kita siapkan si Am ni.”
Allah...macam mana ni....

Bagai mahu terbelit kakinya melangkah. Dia kemudiannya berhenti beberapa kali, menarik nafas, membetulkan lengan dress batik princess cut itu. Sungguh, dia tidak mahu hadir, seperti yang diberitahuya pada Khalid petang tadi, dia tidak akan hadir, dia tidak biasa. Bukan tempatnya disini. Namun, Khalida dan mama benar beria-ia menyuruh agar dia menunjuk muka. Kata Kay, memperkenalkan diri sebagai isteri Khalid dimata rakan-rakannya. Amni mengeluh panjang. Dress batik muslimah rona hijau turqoise dan tudung butterfly warna putih dan kelabu sedikit bermanik itu memang sudah tersedia dialmarinya. Bukan hajatnya untuk memakai persalinan itu malam ini, namun entah kenapa dia menurut juga. Dia beli dress batik ini beberapa bulan yang lalu, mana tahu ada majlis pernikahan rakan-rakan yang perlu dihadiri. Itulah niatnya. Clutch tangan mutiara yang diberi abang Im sewaktu dia mengajar di Sarawak itu dipeluk erat, kaki akhirnya mula menuju ke pintu dewan ballroom yang bersimbah cahaya. Dengan lafaz bismillah, dia menolak daun pintu.

“Iqa, tu bukan wife Khalid ke?” soal Kamila dengan anak matanya masih membuntuti langkah sesusuk tubuh. Cantiknya, tersenyum manis dan ayu. Dia melihat pun rasa tenang. Khalid tidak pernah bercerita, namun dia pasti, pasti Khalid memuja sang isteri yang serba sempurna.
“Mana? Mana?”soalnya dengan hati yang kian memutar. Syafiqa melilau matanya, mencari empunya yang dikata.
“Itu, dekat meja dessert tu. Kau ni rabun ke?’usiknya mencucuk bahu Sayfiqa. Mahu dia mencucuk sekali lagi, namun dia terhenti melihat airmuka sahabatnya sudah kelam, berkerut bagai nenek tua. Apahal?
“Kau pergi sambut dia. Nanti bawa dia ke depan, dekat meja utama. Faham?”
Belum sempat dia mengangguk, Syafiqa sudah berlalu. Sakit perut ke,laju semacam jalannya. Kamila tersenyum, menghampiri Amni yang ralit menyuap puding karamel.
“Assalamualaikum, sorry...you ni, wife Mr. Khalid kan?” Kamila menghulur salam.
“Waalaikumussalam, ya saya, Amni. And you are?” soalnya kembali dengan senyuman paling manis.
“Oh sorry, Kamila. Saya pun kerja di The Bliss, kuli sajalah. Your husband is my boss,”jawabnya dengan ketawa kecil.
“Ishhhh...tak baik macam tu. Mana tahu nanti, Mila bisa jadi bos besar.”
Kamila ketawa lagi. Kan, sudah dia katakan, isteri Khalid memang baik orangnya. “Puan Amni, apa kata saya bawa puan ke meja Khalid, nanti tertunggu-tunggu pula dia.”
Amni menghela nafas, seketika. “Please, panggil saya Am, and actually, Khalid tak tahu saya datang. Dia memang ajak, tapi saya yang menolak. In the end, I’ve change my mind. Tak apalah, saya duduk sini saja.”
“Eh, jangan macam tu. Let meet the others, boleh Puan, sorry...boleh Am kenal dengan yang lain. Jom, tak kan dia marah isteri dia kot,”balas Kamila bersungguh-sungguh. Yalah, isteri cantik macam ni tak kan kena marah juga.
Dia serba salah. Perlukah dia pergi? Belum habis lagi dia berfikir, Kamila sudah menariknya pergi, menuju ke hadapan, berdekatan pentas utama.

“Lid, what a nice party...memang hebat. Deko klasik, makanan pun sedap. You are a geniuslah. I tengok Mr. Lehmann dan Tengku Adnan sangat berpuas hati.” Dia memaut lengan Khalid erat, matanya memandang Khalid, tersenyum manis pada jejaka itu.
“Thanks Iqa. Pergilah makan, I nak ke restroom kejap.” Dia terkejut. Kenapa tiba-tiba pula Syafiqa memaut lengannya. Khalid biarkan saja, bimbang kalau menolak, Syafiqa malu sendiri.
“Nantilah, duduklah sini.’’ Pautan itu kian kejap. Mana si Kamila ni?
“Hai guys...err...”
There, sampai pun. Dia berpusing, menoleh ke arah suara yang menegur. Pautan itu dibiarkan kejap. Namun hanya seketika. Jari-jemarinya ditolak lembut oleh Khalid. Panas mukanya namun dia tetap melemparkan senyum.
“Bila Am sampai?”
Hatinya masih bergendang dengan rasa cemburu, tapi dia menarik nafas dalam-dalam. Inikah isteri Khalid yang selama ini dimaksudkan? Dia menunduk, mengetap bibir seketika.
 “Baru je. You ok?”soalnya berbahasa pada Syafiqa yang tegak berdiri. Nampak gadis yang sedang berpaut pada lengan Khalid sedikit kepucatan. Pening mungkin.
“She’s fine. Jom duduk, makan.” Tangannya menarik lengan Amni dengan lembut, menuju ke meja sedikit jauh.
Amni memandang Kamila yang tersenyum lebar. Dia melangkah, menurut langkah Khalid yang sedikit laju. Bila duduk dikerusi, Khalid bangun ke meja, menuang air lalu kembali ke sebelahnya.
“Am buat apa kat sini? Tadi cakap tak nak datang.” Wajahnya serius merenung Amni. Betul, semalam, hari ini, dia beria-ia mengajak, Amni bersungguh hati menolak. Kenapa tiba-tiba malam ini muncul? Nak jadi stalker, sengaja mahu mengendap dia?
“Am memang tak nak datang, tapi mama yang suruh.”
“Habis tu,kalau mama suruh Am terjun lombong, Am ikut?” Entah kenapa panas hatinya mendengar jawapan itu. Lurus bendul. Apa yang disuruh mama, semuanya diikut. Dia memandang sekeliling.
Haa...inilah natijahnya. Menggigil hatinya dirasuk kecewa. “I’m sorry. Am minta maaf. Am cuma mahu...”
“Mahu apa? Mengendap abang?” Dia benar marah.
“Bukan...abang...tolonglah, Am...” Dia kehilangan kata. Semuanya tersekat dikerongkong. Gelas yang berisi air itu dicapainya.
“Fine. Kalau macam tu, duduk diam-diam, makan. We talk about this later.” Dia bangun, menuju ke meja utama. Banyak perkara yang perlu difikirkannya. Tetamu pula kian ramai. Ini bukan masanya untuk dia berfikir tentang perkara lain.
Bila kelibat Khalid hilang ditelan manusia, dia bangun. Well, good night. Dia tidak diperlukan, tidak dialu-alukan. Perlahan dia bangun, tersenyum manis pada yang memandang.
“Hey, nak pergi mana?”sergah Kamila dari belakang. Terkejut dia.
“Restroom jap. Kat mana ya,Mila?”
“Ahhh...ikut pintu sebelah kanan, nanti nampak signboard. Minum air banyak sangat la ni,”usik Kamila. “Nak Mila temankan?”soalnya lagi.
Amni ketawa kecil. “Hishh...Am bukan budak sekolah pergi tandas kena berteman. Lawaklah Mila ni. See you later.”
“Okay, I’ll wait here. Jangan lama-lama.”
Dia bangun, menyelit dikalangan orang ramai. Tangannya tiba-tiba ditarik. Amni menoleh. Gadis tadi.
“Do you need any help?”
“Oh, no thanks. I need to use the restroom.”
Syafiqa tersenyum kelat.  Matanya menilik susuk Amni yang berada di hadapannya. Please, jauh panggang dari api. She’s prettier. Patutlah Khalid tidak cinta.
“I harap you enjoy malam ni. Khalid dah bertungkus-lumus. Kesian dia. He don’t need any small nuisance person for now. You faham,kan?”soalnya dengan sinis.
Dia terkedu, diam tanpa kata.
“By the way, I’m Syafiqa. Remember my name, okay.” Syafiqa berlalu, jalan melenggang di balik simpang siur tetamu.
Dia masih di situ, berdiri dengan hati yang penuh persoalan.

Dia masih disitu. Tangannya dikepal, menahan perasaan. Dewan yang penuh meriah itu  dipandangnya. No, ini bukan dunianya. Suara Kamila yang tertawa menangkap telinga. Amni gamam seketika. Biarlah, nanti ada kesempatan, dia mohon maaf dengan Kamila. Sewaktu dia mengatur langkah, sempat matanya menangkap susuk Khalid yang sedang berbual riang dengan beberapa tetamu kenamaan. Bukan. Ini bukan dunianya. Sempat juga dia melihat Syafiqa berdiri di sebelah khalid sambil ketawa riang. Abang, ini dunia abang. Am akan cuba memahaminya. Pintu itu dikatupnya perlahan dalam diam.

Sudah jam sembilan lima puluh. Dia melabuh duduk, meneguk fresh orange. Amni. Dia bingkas bangun, memandang kelibat manusia yang lalu lalang. Dia berjalan ke arah meja Amni. Kosong. Khalid menoleh, mencari-cari wajah Amni disebalik wajah yang lain. Diredahnya lautan manusia yang berdiri bak lalang. Tetap tiada.
“Mila, nampak wife saya tak?”soalnya pada Kamila yang berseorangan di meja.
“Sejam tadi dia cakap nak pergi tandas, tapi tak balik-balik ke dewan. Maybe dia ambil angin kat luar kot.” Betul, jenuh dia menunggu, namun bayang Amni pun langsung tiada.
Khalid mengangguk, mengucap terima kasih. Dewan itu ditinggalkan, menuju ke taman bersebelahan dengan kolam mandi. Ramai juga yang bersantai diluar, namun Amni tetap tiada. Dia mencapai telefon. Satu mesej Whatsapp.
‘Going home. Headache. Enjoy yourself.’
Dia menarik nafas. Merajuk. Amni mungkin merajuk, melarikan diri. Aduhhh...janganlah sampai mama tahu. Dia menggosok leher, mengeluh berat dan panjang. Dia menekan skrin telefon.
“Yus, aku balik dulu. Headache. Kau dan Iqa uruskan ya. Please send my regards to all.” Telefon dimatikan. Dia berlari, mencari kereta yang diparkirnya tadi.

Penat. Menangis buat kita jadi penat, tapi sekurang-kurangnya hati kian lega. Dia menarik langsir, memandang keluar tingkap, merenung langit. Belaian angin yang perlahan masuk buat dia kembali sebu. Beginikah rasanya menyintai seseorang? Penat, letih, keseorangan. Cinta sebelah tangan, tiada sambutan, tiada balasan. Kalau sudah tahu cinta ini tiada haluan, kenapa mahu dia teruskan? Sebab dia cinta. Sebab dia bodoh. Airmata keluar lagi. Murahnya airmata kini.
“Am, are you in there?”
Terkejut dia. Khalid. Kenapa sudah pulang? Baru jam berapa? Jarak penthouse milik mereka hanya sekitar tiga kilometer dari Hotel The Bliss. Tak kan majlis sudah selesai. Dia membatukan diri.
“Am okay?” soal Khalid dari luar pintu.
Hatinya merusuh, menyuruhnya membuka pintu. Tangannya pula kaki, tidak mahu membantu.
“Am...at least say something...”
Nafasnya ditarik perlahan. Okay, kan dah biasa jadi pelakon terbaik, just do it. Dia bergerak ke muka pintu. “Am okay. Dah ambil panadol. Sorry ya,bang. Am tidur dulu.” Tangannya perlahan menolak kembali daun pintu.
“No. We need to talk.” Tangan Khalid menahan pintu, kejap dan kuat. Ya, dia ada mata. Wajah isteri ini lansung pucat. Mata sedikit bengkak. Menangis. Dia tahu Amni menangis.
“Esok boleh? Am betul mengantuk.” Hatinya kembali bergetar. Dia hanya memandang kemeja putih Khalid, tidak berani mengangkat muka.
“Fine. Kalau macam tu, malam ni abang tidur sini.” Dia melangkah masuk,menghempas diri ke katil.
Ternganga. Ternganga dia sebentar. Dia hanya mampu melihat Khalid melunjur diri di katil. Dah macam mana pula ni...? Adoi...aku baru mahu layan jiwang, ini pula yang datang. Matanya menyorot gerak Khalid yang bangun membuka butang baju. Khalid dilihatnya membuka almari pakaian, mencapai tuala yang berlipat. Cepat-cepat dia memusingkan badan, mengelak dari bertemu mata. Mengelak dari memandang segalanya.
“Am nak tidur, tidurlah.”
Angguk, dia mengangguk tanpa menoleh. Sunyi. Dia mendengar lagi. Sunyi. Khalid sudah dibilik air mungkin. Dia menoleh, namun hampir menjerit.
“Am menangis?”soal Khalid yang kini memeluk tubuh dihadapannya.
“Ya. Sakit kepala sangat tadi. Am tidur dulu ya,bang.”
Khalid masih disitu, menahannya dari bergerak. Amni membuka langkah ke kanan, mengelak dari melanggar Khalid yang masih terpaku. Pantas lengannya disambar Khalid.
“Am marahkan abang?”
Dia menggeleng. Konon. Masa menangis tadi, sebakul sumpahnya pada Khalid. “Tak, buat apa marah abang. Am tidur dulu ya.” Dia cuba melepaskan diri.
Khalid mengeluh lagi. Huh, muka macam nak menangis lagi, masih lagi nak menipu. Dia mengangkat dagu Amni. Bulat mata isterinya itu. Mahu tergelak pula dia. Dia mengucup kening Amni perlahan. “Abang minta maaf. Lepas mandi nanti, abang tidur di bilik abang.”
Khalid melepas pelukan. Dia menggigit bibir, cuba menahan airmata dari menerjah keluar. Sungguh dia marah, namun amarahnya sudi hilang. Benar dia berharap, berharap agar Khalid balik memujuknya begini. Sudahlah, cukuplah hati berharap. Dia mengundur, mengangguk perlahan. Kepala diletaknya ke bantal. Belum sempat dia pejamkan mata,telefon tangan Khalid menjerit-jerit minta diangkat.
“Where’s Khalid?”
Okay, tiada salam atau apa-apa. Dia menarik nafas. “Dia mandi, nak saya panggilkan?”
Suara itu kaku sebentar dihujung talian. “No. Tell him to call me back, urgent.” Talian itu mati.
Huhhh...okay. Nanti Khalid keluar, dia beritahu. Takkan dia mahu ketuk pnitu bilik air, nak cari nahas. Dia kembali ke katil. Menarik comforter hingga ke dada. Berat, kelopaknya kian berat. Tunggu, jangan tidur lagi. Dia ada pesanan untuk Khalid.

Pantas dia bangun, menjeling alarm clock yang menyala. Sudah jam enam dua puluh tiga. Allah. Pesanan Khalid Amni mengurut kpala. Aduh, sudah dia berpesan pada diri, jangan tidur, jangan tidur. Dia bangun, tapi terkaku. Siapa di sebelahnya? Bodohnya soalan. Khalid masih diam dalam lena, tidur meniarap dengan lengan memeluk pinggangnya.
“Abang, bangun. Dah pagi. Subuh dah ni.” Dia memegang bahu Khalid, menggoncangnya kuat.
“Semalam ada orang call, dia cakap urgent. Am lupa nak cakap, Am terlelap.”
Khalid terus bangun, menyelak selimut. Dahinyo digosok beberapa kali. Kenapa pula dia di sini. Bukan semalam dia mahu tidur dibiliknya sendiri? “Siapa?”
“Perempuan.”
Khalid diam. Iqa, mungkin Mila. “Kenapa tak beritahu abang?”
“Am mengantuk, maaf...”
“Tak boleh tulis note, tulis atas kertas?”
Diam cuma.
Huhhh...Khalid mendengus kuat. “Damn.” Dia bangun, berlalu tanpa kata.
Sabar Am, sabar. Subuh. Dia perlu solat, mengadu sehabisnya pada Yang Esa.

“Kentut?”
Geleng.
“Korek hidung?”
Gelak dan geleng.
“Korek telinga, korek gigi?”
Gelak, geleng dan gelak.
“Siapa sebenarnya suami kau ni, Am? Superman? Aku rasa Superman pun boleh kentut, korek hidung. Robot kot?”
Amni terdiam seketika. Mungkin. Mungkin ada benarnya. Khalid seorang robot. Masih teringat dia pagi tadi. Setelah dia bersiap mahu ke sekolah, Khalid terlebih dahulu keluar. Tanpa kata, tanpa salam.
“Kau dah okay?”
“Dah.”
“Am.”
“Iye...”
“Kau bahagia tak sebenarnya?”
Menoleh, tersenyum hambar. Bahagia? Apa yang boleh dia cakap tentang bahagia? Maksud bahagia berbeza untuk semua orang. Ada yang bahagia walapun bertahun-tahun hidup bersama tanpa zuriat. Ada juga yang bahagia walaupun skadar diam di dalam mahligai seluas bilik tidur. Juga, ada yang bahagia yang hidup sndiri. Bahagia? Dia menggosok tangan. Dia bahagia menyintai, walau tak dicintai. Bolehkah itu dikira sebagai bahagia? Amni mengeluh perlahan.
“Am, aku tanya ni?’
“Dah, jom masuk kelas. Nanti aku buat karangan, ‘Bahagia dan saya.’ Pas tu kau baca sampai jumpa jawapannya.”
Husna ketawa, namun wajahnya serius. “Aku harap kau bahagia,Am. Kau berhak untuk bahagia.”
Kalaulah semudah yang dikata.

“Teacher, Masa teacher dah habis.”
Dia berhenti mengelamun. “Oh, sorry. I see you again tommorow ya. Please rewrite the poem,okay.” Amni mengangkat buku-buku.
“Let me help you,”ujar Adam, pelajar tingkatan dua itu tersenyum-senyum.
“Good boy. Take these to my desk ya, Adam. Thank you.”
“Welcome, I love you,teacher,”balasnya tersengih-sengih.
Cehhh, hahahaha...dia hanya mampu tersenyum. Biarlah, budak-budak remaja, suka bergurau itu dan ini. Telefonnya menjerit.
“Assalamualaikum.”
Nombor siapa ni?
“Waalaikumussalam.”
“Do you know who I am?”
Dia terdiam. Suara ini terasa biasa didengar. Amni memejamkan mata, semutar dia berfikir untuk beberapa ketika.
“You are abang Khalid’s first wife.”
Suara itu tergelak.
“Pandai. Patut pun jadi cikgu. Khalid yang minta kak Iqa call awak.”
“Ya,kak.” Iqa. Her name is Iqa. Entah apa yang perlu dia katakan, dia kelu. Apa jawapan yang mahu dia berikan, memang dia langsung tidak bersedia. “Am minta maaf. Am tak ada niat nak teruskan perkahwinan Am dengan Khalid. Abang Khalid pun sama. We do it for our family. Maafkan Am,kak. Am tak ada niat mahu ambil Khalid dari kakak.”
Suara itu tertawa dihujung talian. “Oh doll...jangan risau. Khalid loves me so much. Dia dah beritahu akak semuanya. No worries, doll. Lagipun nanti you nak tuntut cerai,kan? Berpisah.”
Kelu. Benarkah? Betulkah dia dan Khalid akan berpisah, bercerai? Amni tunduk, menggigit bibir dengan dengus nafas perlahan. Matanya memandang beberapa pelajar yang lalu-lalang. “Am ikut saja. Andai abang Khalid mhukan itu, Am ikut.” Nah, itu saja jawapan yang mampu dia sediakan.
“Good. Maaf, tak bermaksud untuk buat Am sedih or whatever, tapi just need to know. And, careful with Khalid. He loves himself and me too much, his heart don’t have any room for another. Don’t try too hard,doll.”
“Ya,kak.”
“Okay, nice to talk to you. Maybe someday we can get  a nice lunch together. Bye.”
“Bye, assalamualaikum.”
Tangannya menggeletar.  Terkaku dia di koridor. Jantung yang berdegup laju masih lagi belum hilang debarnya. Iqa. Syafiqa. Orang yang sama, mungkin? Tak baik dia berandaian sendiri. Amni masih berdiri, mencari kekuatan untuk berjalan.
Khalida tunduk memandang rumput. Beberapa kanak-kanak yang riang bermain ditaman permainan itu buat dia menolh. Seronoknya andai dapt dia putarkan masa, kembali ke zaman kanak-kanak. Suci dan murni. Indahnya kehidupan waktu itu, dunia milik mereka. Pulang dari sekolah, bermain sehabis tenaga. Ketawa, makan dan tidak perlu ikirkan tentang dunia. Khalida tersenyum tipis.
“Nah.”
Dia mengangkat wajah, memandang Imran yang tiba-tiba tercatuk disebelahnya. Tangan kiri Imran membulat dihadapanna, umpama menggenggam sesuatu.
“Apa?”
Imran tersengih, membuka kepalan tangan itu.
Ya Rabbi, busuknya. Khalid menekup hidung, berlari sambil mengibas-ngibas muka. “Apa tu?”soalnya dengan kerut pada dahi.
Imran menyeringai. “Kentut kepal.”
Serius!? Lelaki hensem didepanna ni, berikan dia kentut. Khalida terduduk, ketawa sambil memegang kepala. “Im! Are you crazy?” Dia ketawa lagi. Sudah pening antara mahu ketawa dengan menangis. Imrn yang menelefonnya jam lima tadi. Mahu berjumpa di sini, di taman permainan ini. Tapi apa yang dia dapat? Kentut kepal. Khalida ketawa lagi. Aduhai...
“Kay.”
“What?”
“Are you okay,Kay?”
“Of course I’m not you crazy man...”
Imran ketawa berdekah-dekah. Mendekati Khalida yang mula berair mata. Ni gelak sampai keluar airmata ke memang menangis? “Busuk tak?”
Khalida ternganga. Ketawa lagi. “Memanglah busuk. Mana ada kentut wangi, pleaselah...”
Imran tersenyum lebar. “Ada bau lagi?”
Khalida bangun, menarik nafas perlahan-lahan. Memanglah dah tak ada. Apa, ingat kentut tu gas sarin ke apa. Dia geleng. Duduk di sebelah Imran di bangku batu.
“Macam tu juga kenangan pahit.”
Dia diam, mengerutkan kening kembali.
“Apa yang berlaku pada Kay dulu, segala kenangan yang buruk, pahit dan busuk tu, anggap macam kentut tadi. Memang bau busuk, tapi berapa lama? Lagipun, lebih banyak kita buang, lagi lega perut kita. Let’s do the same for you. Itu semua mimpi ngeri, kenangan paling buruk. Throw it away. Let it gone with the wind.” Hah, tu dia. Tadi dalam kereta nak cakap lain. Bila sampai sini, lain la pulak. Mana ntah dia dapat idea mengong choa praya nih...
What?! Dia tergelak, dan gelak lagi. Ketawa sehingga airmatanya keluar kembali. Lukanya kian pedih. Wajah itu kembali mengintai pintu kenangan, buat dia menggigil ketakutan. Kerana cinta, kerana dosa. Hadi. Kerana Hadi.
Imran menyalakn rokok. Dia meraba kocek seluar. “Nah, lap air mata tu.”
Khalida tergelak. Apa ni? Kasi tali leher buat dia lap air mata. Apa ke mengarut mamat ni? Dia memegang tali leher itu, lap mengelap pipi perlahan-lahan. Dia pun agaknya sudah naik gila macam Imran. Dia hulurkan kembali pada Imran.
“Necktie ni, Im tak kan basuh. Im akan pakai setiap hari Rabu, tanda Im kasihkan Kay.”
Hatinya diterjah kejut. Kaki jari-jemarinya. Khalida mengetap bibir. “Kenapa nak jumpa Kay?"
“Im rindu.” Ringkas tapi benar.
Nafasnya ditarik, lepas laju-laju. “Nonsense.”
“Im rindu senyum Kay, Im rindu gelak Kay, Im rindu jeling Kay. Im rindukan segalanya tentang Kay.” Kali ini kuat dan tegas. Dia lelaki, dia kena berani. Kalau ditolak pun, dia kan cuba lagi. Sampai Khalida mengerti.
“Crazy.”
“Yes, I’m crazy for you. Nak Im nyanyi lagu Beyonce, apa tu, Crazy in Love? Nak?”
Cepat-cepat dia geleng kepala. Dah kenapa si Imran ni. Memang dah disampuk atau kerasukan? Nak menyanyi kat sini? Mahu menangis budak-budak yang suka-suki bermain. Silap-silap kena penampar dengan mak bapak budak. Gila.
“Khalida Maarof, I’m in love with you. For the first time when I saw you back then, walking out from the car, I realised, I have falling in love. With you.”
Jantungnya berhenti. Sebak dan ketat dihimpit perasaan yang dia rasakan selama ini sudah hilang. Perasaan yang sudah lama dia tinggalkan. Khalida menggeletar dalam diam. Merenung rumpur, membilang perasaan yang bersimpang siur-siur. “You dah gila? Dah lupa apa yang I cakap dulu? I’m not a virgin anymore, Im. I’m a sinner.” Dia sebak. Ya, dia seorang pendosa, dan masih lagi diburu dosa silam itu. Ya Allah, terampunkah aku...
“Ya, Im tahu. Im dengar dan ingat apa yang Kay cakapkan. Im terharu kerana Kay jujur tentangnya. Im tahu, I’m the only person in this whole world yang tahu perkara ni,kan?”
Khalida menelan. Benar. Dia pun tidak tahu, kenapa pada Imran dia ceritakan perkara itu? Khalida melirik, menjeling Imran yang tenang bersandar.
“Tu, layang-layang.”
Dia mendongak, memandang kaki langit. Beberapa layang-layang yang pelbagai bentuk terbang gagah di udara. Melayang cantik melayan angin. “Kenapa dengan layang-layang.”
Imran tersenyum, menyandar kepala pada lengannya. “Cuba you bayangkan, yang you ni layang-layang. What is your point of view? Dari atas sana, apa yang you nampak? Pasti berbeza,kan?”
Khalida masih diam, berfikir.
“Bila kat atas, you boleh nampak macam-macam. Better view. Kalau you jadi pokok, your view hanyalah apa yang ada sekeliling you saja.”
Khalida menoleh, merenung Imran.
“Apa yang Im nak cakap, yes, Kay lihat diri Kay macam tu, tapi pandangan orang tak sama. Other poeple judge other people differently. So, don’t be too hard to yourself. Forgive yourself, move on.”
Khalida bungkam, mengetap bibir.
“Okay, jom kita makan. Im lapar. Oleh kerana Im lelaki yang gentleman, Im belanja. Nanti bila kita kahwin, Im belanja apa semua yang Kay mahukan, selagi Im mampu.”
Dia terkedu. Jauh dihujung hati, dia rasa ada cahaya mula menerobosi.
Imran melepaskan nafas. Nah, dia sudah lega. Waktu melangkah, sempat dia menjeling Khalida yang berjalan beriringan. Kalau tak ingat pesan ummi, mahu saja dia sambar tangan Khalida, jalan beriringan. Namun dia tahu, he’s a man in love. So, he need to respect his woman. Cehhhh...his woman. Macamlah Khalida sudah terima cintanya. Hahaha...small matter. Dia akan buat hingga Khalida jatuh cinta kembali, dan menjadi isterinya.

“You really do that?”
Syafiqa mengangguk, tersenyum rasa bersalah. “You marah ke,Lid?”
Khalid geleng. Tak apalah, benda dah berlaku. Ingatkan Syafiqa sekadar main-main. Rupanya Syafiqa buat betul-betul.
“You marah?”soalnya lagi. “If you are, I’m sorry. I takkan buat lagi.”
“Tak apalah. Mungkin ada baiknya juga you pretend macam tu. Mana you dapat her number?” Dia bangun, menyeluk poket. Tapi, kenapa hatinya tidak tenang.
“Mila. Dia yang mintak dengan Am, I pun mintak dengan dia.”
Khalid diam. Betul ke apa yang aku buat ni? Dia jeling Syafiqa yang tersenyum.  Khalid duduk, pejamkan mata sebentar. Perlukah dia teruskan saja?

I'm back...huhuhuhuu...



Assalamualaikum...good evening everyone!!!

Okay, hahahha...baru je tukar gambo kat atas. Actually, the three pics there are the choices for novel, Dreamcatcher cover. Tak taulah yang mana akan terpilih.

One more thing, ku akan ada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Ku ada disana bersama Dreamcatcher. Dreamcatcher akan mula dijual disana start 24 April, tapi diriku hanya tampil pada last day, 3 Mei. Jom lah, kita beli Dreamcatcher ramai-rama...( ohhhh...tidak malunya diri ini...)

Okay, bab 14 akan ku upload sebentar lagi. Lepas ni, ku tak upload dah, sila dapatkan sambungannya dengan novelku yang bakal kuar nanti. Tak lama dah....sabaq nooo...

Belog ni? Ku akan upload projek novel baru, Teruterubozu. tungguuuuuuu....