Saturday 30 July 2016

SERIBU RINDU a.k.a Teruterubozu Bab 7 is here!

Pagi-pagi lagi hujan turun dengan lebatnya. Biarlah, sudah berapa lama bumi Terengganu ini dahagakan limpahan air hujan. Sesudah subuh tadi dia bertolak, memecut laju dengan baju hujan kuning. Sampai di kuarters, semuanya masih membuta. Cepat-cepat dia mandi dan menyalin uniform kerja. Setelah selesai berpakaian, Ida sudah ada dihadapan, merenung kopi yang masih panas. Zarra ambil sekeping roti, tuangkan sedikit susu pekat. Kopi o yang masih panas itu pula diteguknya perlahan. Dia labuhkan duduk, pandang Ida yang dari tadi mengadap telefon.
“Kau okay, Da?”
Ida angkat wajah, berikan senyuman hambar. Bunyi mesej whatapps yang bertalu-talu masuk buat dia berhenti mengunyah. Tangannya pantas melihat skrin.
“Halim?”
Ida hilang senyuman, angguk perlahan.
Zarra sandarkan badan pada kerusi. Mungkin dia tidak layak bersuara, namun dia tahu, Ida tak layak diperlakukan begitu. Lebam hari itu memang sudah tiada, tapi bagaimana dengan luka pada hati? Benarkah Ida sanggup menahan kesemuanya demi cintanya pada Halim? Benarkah kuasa cinta sedahsyat itu?
“Kau sayang, betul-betul sayang sayangkan dia ke, Ida?” soalnya ingin tahu. Sayang yang bagaimana sehingga Ida benar-benar sanggup bertahan.
Ida hanya dia. Ada airmata yang menuruni pipi.
“Kalau dia tiada, tiada cinta untuk aku lagi, Zarra.”
Zarra hentikan kunyahan. Biar betul. Sampai begitu sekali dangkalnya fikiran gadis dihadapannya ini. Dia letakkan cawan kopi ke meja.
“Kau gila ke, Ida?! Kau baik, cantik. Kalau si Halim tu tak ada, ramai lagi yang mahukan kau, tahu?”
Ida geleng. Matanya yang berkaca pandang Zarra. Dia senyum dalam hiba. “Kau tak bercinta Zarra, kau tak faham apa maksudnya punyai orang yang kita sayang. Dia yang hanya untuk kita. Kau tak faham selagi kau tak jatuh cinta, bercinta.”
Penat berbalah dengan orang buta cinta ni. Dia bangun, baik dia masuk kerja. Dipegangnya bahu Ida yang masih merenung telefon.
“Cinta bukan macam tu, Ida. Ya, sekalipun aku tak pernah bercinta, aku pasti, definasi cinta kau terlalu sempit. Tolonglah, Ida. Jangan seksa diri kau lama-lama.”
Ida hanya bungkam, mengalirkan hiba dalam diam.

Pagi ini sahaja sudah tujuh bilik dia dan Wanie selesaikan. Mahu kejang bahu dibuatnya. Kata Wanie, bila sudah lama nanti, biasalah. Alah bisa tegal biasa. Masalahnya dia bukan kisah tentang sakit, itu sememangnya lumrah. Kalau kerja bos besar, lain cerita.
“Assalamualaikum.”
Semua mata yang ada terbeliak seketika. Cepat-cepat mereka bangun. Aduh,  kenapa dengan lelaki ini? Datang lagi.
“Waalaikumussalam, Encik Hisham. Spot check kami ke?” tanya Wanie separuh bergurau. Hensem juga AGM baru ni. Gigit karang.
Hisham seluk tangan dalam poket, pamerkan senyuman manis. Zarra ada di kerusi hujung, baca suratkhabar tanpa memandangnya. Wajah gadis itu yang tunduk membaca buat dia tersenyum lagi. Ni kalau dia pergi duduk sebelah Zarra, mahu meletup perang dunia antara dia dengan Kartini.
Pengecut.
Coward.
Chicken.
Dia mengeluh sendiri. Betulkah dia semua itu?
“Macam mana hari ni, semua okay?” soalnya lembut. Dia labuhkan duduk di kerusi hadapan. Matanya tak lepas memandang Zarra yang masih dingin.
“Alhamdulillah, okay. Kami ada jumpa Ipad Mini yang tetamu kita laporkan tu. Ada bawah bed, Encik Hisham. Kami dah hantar ke Lost and Found.”
Hisham anggukkan kepala. “Bagus. Saya harap semua yang ada kat sini buat tindakan yang sama. Pastikan semua barang guests kita yang tertinggal kita tulis dalam buku log, bawa ke Lost and Found.”
Zarra, pandanglah abang. Abang rindukan Zarra. Dia teringat sesuatu lalu mengeluarkan telefon.
Zarra ambil telefon, tolak skrin ke tepi. Nombor siapa ni? Dia buka mesej whatapps itu. Gambar seekor kucing menangis sambil memegang belon ‘I Miss You’ buat dia mahu melompat. Perlahan dia menjeling.
Hisham senyum lebar. Pandang pun. Dia kenyitkan mata, pantas.
Ewahhh...nak kena cungkil mata ke mamat ni? Berani kenyit-kenyit mata dengan dia pula. Aku sembur dengan Febreeze ni baru rabun mata tu. Dia kembali pandang suratkhabar.
“Zarra, mak dengan nenek sihat?” Biarlah, baik dia tanya. Kalau nak harapkan Zarra bercakap dengan dia, kiamat pun belum tentu.
“Sihat.”
Aik, sepatah je. Itu pun nasib baik dia jawab juga. Dia senyum lagi. Beberapa mata yang lain semuanya memandang mereka.
“Baguslah. Ingat nak ziarah mereka. Lama tak jumpa.”
Zarra angkat muka. “Tak payah.”
Hisham mahu ketawa. Lajunya. Tak sempat dia nak sambung soalan yang ada.
“Okaylah, kerja baik-baik. Zarra, ingat nak jumpa mak dengan nenek. Jumaat nanti abang pergi kot.” Simbah minyak gas tu, biar nyala sampai terbakar. Muka Zarra yang merah padam memang buat dia mahu gelak kuat-kuat.
Abang jadah dia depan semua manusia ni! Kalau tahu dengan Kartini, baru padan muka. Ya Allah...geramnya dia! Cepatlah blah. Menyemak sungguh mamat gila sekor nihhhh...
Hisham bangun, sengaja dia berlalu di hadapan Zarra. “Jumpa nanti ya, Zarra.”
Ala Kassim...kang aku cucuk mata tu terus jadi Kassim Selamat!
Wanie dan Mak Jan tergelak. Apahal dengan si Zarra ni? Muka pun dah terbakar tahap unggun api. Bila saja kelibat Hisham hilang dari pandangan, laju saja mereke menyerbu.
“Zarra, kau kenal dengan AGM kita ni? Siap ber’abang’ bagai? Amboiii...ada skandal ke? Kau jangan, tahu dengan Miss Kartini, masak kau.”
Masak apa? Kari, masak merah? Ambiklah, tak ingin dia. Zarra urut dahi. Memang cari pasal jantan tu.
“Dulu dia tinggal sebelah kampung Zarra. Mak pun sekarang ni kerja di bengkel batik famili dia. Memang kenal.”
“Ohhhh...”
Semua bulatkan mulut. Dah macam sotong kurita. Terkejut sangat ke?
“Maksud kau kenal dari kecik lah ni?” soal Wanie lagi. Patut pun boleh abang bagai, dah lama kenal rupanya.
Malas dia nak menjawab. Dia angguk sahaja. Jawab lebih-lebih karang kecoh pula. Itupun dengan Miss Kartini tu pun dah naik angin sebab dia kenal Hisham. Telefonnya berbunyi lagi.
Jumpa nanti jangan lupa sedekahkan abang senyuman.
Weekkk...muntah hijau juga dia. Hampehnyaaaaa...

Dress BCBG yang baru dibelinya itu sedikit meliuk ditiup angin. Dia melangkah yakin dengan senyuman. Kartini tahu, semua mata memandangnya. Biarlah, kecantikan untuk dihargai, bukan? Bukannya luak kalau mata yang memandang itu meratah susuknya. Dia bangga. Rambutnya juga yang dipotong pendek buat dia nampak chic. Elegan dan fresh. Kata Suria di salon tadi, a million dollar look. Kartini senyum sinis, pandang beberapa staf yang memandangnya kagum.
“Selamat tengahari, Miss Tini. Cantiknya hari ni.”
Dia senyum lagi. Absolutely.
“Kenapa? Selama ni I tak cantik ke?” soalnya dalam nada serius. Matanya menyorot staf yang bersuara tadi.
“Tak, bukan itu maksud saya. Miss Tini memang cantik, tapi hari ni memang superb!”
Dia ketawa, kuak rambut ke tepi dengan lemah lembut.
“Pandai you. Ohh well, thank you.”
Staf itu tersenyum, sempat menelan liur. Nasib baik akalnya cepat memberi jawapan yang tepat. Kalau tak makan penyepak kot.
Dia kembali melangkah, kali ini menuju ke Heaven and Earth Coffee House. Mana Hisham? Bukan tadi Hisham maklumkan yang dia sudah di lobi. Kartini membuang pandangan, mencari susuk Hisham.
“Tini.”
Dia menoleh lalu tersenyum. There he is. Ada pun. Pantas dia memaut lengan, mengheret Hisham melangkah bersama.
“Tini, don’t this. Janganlah, orang tengok tu. Tak manis,” tegur Hisham dalam nada suara paling perlahan.
Kartini pekakkan telinga. The hell with everybody. Hisham ditariknya lembut tanpa lepaskan pegangan.
Mengeluh pendek saja dia mampu. Seeloknya dia cepat ke coffee house. Lagi cepat lagi baik. Kakinya pantas melangkah, kali ini Kartini pula yang terpaksa menyainginya. Terkial-kial juga gadis itu. Pakai high heels, tahulah akibatnya.
“Sham, pelanlah sikit...”
Hisham kakukan langkah, pandang Kartini yang mencuka. “Kalau macam tu, you jalan sendiri, jangan jalan macam orang crippled.”
Kartini ketawa kecil. “You marahkan I lagi, kan? I’m really sorry, Sham. I do. I menyesal...”
Aduhhhh...dia gosok tengkuk. “Fine. You’re forgiven. Dah...jom duduk, I ada benda nak bincang.”
Kartini menyorak dalam hati. Akhirnya. Akhirnya Hisham sedar yang dia yang menjadi plilihan. Tak sia-sia dia berhabis cantik hari ini. Akhirnya hari ini tiba jua. Dia pandang Hisham yang tenang dihadapannya. Matanya menjeling Hisham. Mana Hisham sorokkan kotak cincin. Dalam poket seluarkah? Dia tak mampu menahan senyum. Bila Hisham telefon, mahu berjumpa, dia sudah melonjak gembira. Pastinya apa yang dia kejar dan impikan selama ini akan menjadi kenyataan. Oh my...she’s in heaven. Wajahnya masih tak mampu menahan senyum yang terukir. Dia pandang langit, cantik dan membiru.
“Tini dah makan?’ soal Hisham lembut. Wajah Kartini yang berseri-seri buat dia mengeluh kecil.
“Tak. Lapar ni...Sham orderkan untuk Tini. Beef steak, medium rare. Salad dan green tea.”
Hisham angguk. Mungkin dia perlu tinggalkan Kartini seketika. Dia juga perlu tenangkan diri. Bukan mudah untuk dia menyebut segalanya yang telah disusun semalaman.
 “Tini tunggu. Sham minta chef sendiri sediakan untuk Tini.”
Kartini kian lebar senyumannya. Jadi benarlah, Hisham ada sesuatu yang istimewa mahu dinyatakan. Hatinya berbunga, mekar bak taman yang baru disirami hujan. Yes, yes! Dia tarik nafas perlahan-lahan, mengawal diri daripada nampak berlebihan. Bila Hisham kembali, dia lontarkan senyuman paling manis.
“Nanti sampai. Kita minum dulu.”
Kartini angguk, menjuraikan senyum yang tak sudah-sudah. Hatinya masih hebat bergetar. Hisham dikejarnya sepuluh tahun yang lalu, sewaktu mereka sama-sama belajar di luar negara. Hisham sememangnya dingin namum dia tetap tak berputus asa. Dia rapatkan diri, sentiasa mencari ruang dan peluang. Akhirnya Hisham buka pintu hati, menerima dia beberapa tahun lepas. Itupun selepas dia mengekori ke mana saja Hisham pergi, dia ada. Pulang dari luar negara, Hisham menjawat jawatan di syarikat telekomunikasi. Dia juga ada di situ. Jawatan itu pun Hisham dapat kerana dia minta papa menolong Hisham, juga dia. Bila Hisham suarakan mahu pulang dan mencari tempat di Terengganu, dia sedikit kecewa. Terengganu bukan Kuala Lumpur, tapi dia okay sahaja. Dia ucapkan selamat tinggal kepada semua shopping malls dan social events, namun dia mahukan Hisham lebih dari semuanya. Kerana itu dia sekali lagi merayu pada papa. Merayu agar papa mengambil Hisham bekerja di The Bliss. Lagi dekat dengan dia. Dia sudah banyak berkorban. So, kesimpulannya, Hisham sudah sedar. Hisham mahukannya. Steak yang dihidangkan buat dia lapar. Pantas tangannya mengambil pisau steak dan garfu.
“Sham, jom makan. Nanti kenyang kita start our discussion.” Dia mahu senyum lagi. Discussion, kan. More to proposition sebenarnya. Dia menyuap steak sambil cuba sembunyikan senyum. Hisham pandang dia dengan senyuman.
Hanya senyuman yang mampu dia berikan. Air fresh orange sudah hampir separuh dia teguk. Lapar namun tiada selera untuk dia penuhkan keinginan itu. Kartini masih ralit menyuap, merenung manja padanya. Hisham tarik nafas perlahan. Mungkin dia patut mulakan.
“Tini...”
Kartini senyum, angkat tangan buat tanda berhenti.
“Wait...I dah nak siap ni...”ujarnya manja.
Hisham hembus nafas, senyum dalam hambar.
“Kita mula sebagai kawan...apa kita akhirinya juga sebagai kawan,” tuturnya berhati-hati. Matanya tak lepas memandang Kartini yang tiba-tiba kepucatan. Aduhhh...dah cakap kan, terus sajalah.
“You cakap apa?” Kartini letakkan garfu, pandang Hisham bagai orang hilang akal. Orang bengong yang tidak sedar. Hisham bergurau kan, hanya mahu mengusik kan?
“I want us to be friends again.”
Friend? Kawan? Dia telan liur kemudian teguk air dihadapannya perlahan-lahan. “You prank I kan, Sham?” soalnya dalam getaran. Jantungnya mula berkompang laju.
Hisham geleng. Dia lelaki. Lelaki kena berani, kena tekad untuk buat keputusan yang betul. Kalau Kartini mengamuk sekali pun, dia terima. Paling penting untuk dia beritahu, berterus-terang seadanya dengan Kartini. Cinta? Selama ini bukan dia cinta, dia hanya mahu gembirakan Kartini, itu saja. Kasihankan gadis itu yang terkejar-kejar dari dulu lagi.
Menggeletar tangannya. Hisham serius. Dia tahu Hisham serius kerana Hisham pandangnya penuh simpati, kasihan. Kartini gigit bibir, menyumpah dirinya. Cool, Tini...cool. Sabar, rileks. Kau wanita softikated, jangan tunjuk perangai lagi. Dia tarik nafas dalam-dalam, paksa satu senyuman paling manis.
“Well...what a suprise. Kenapa tiba-tiba saja?”
Hisham senyum lagi, hambar. “Sham mahukan ruang, mahu buat pilihan. Tini juga. Tini boleh cari kebebasan untuk Tini, pilihan yang lain mungkin.”
Hahaha...mahu saja dia tampar Hisham. Ruang? Pilihan? Hisham sudah gilakah? Bukan selama ini dia sudah sediakan segalanya? Kartini senyum sinis. “You tak cintakan I lagi, kan?”
Berani, Hisham. Jadi berani. “I sayang you macam seoarang kawan, Tini. You kawan I paling rapat, paling baik.”
Terbeliak matanya. Benarlah, Hisham sudah gila. Hisham sudah hilang akal. Dia ketapkan bibir, ramas tangan kuat-kuat. Matanya meliar pandang sekeliling. Nafas turun naik, dia masih mengawal keadaan. Yes, control the situation, Tini. Jangan melatah, rileks.
“Okay, I bagi you tiga bulan...ermmm, no...two months. Kalau lepas tu kita still single and available, kita get back together again, terus kawin. Settle?” Kan, pandai dia. Dia lepaskan Hisham cuma bukan lepas terus. Hanya longgarkan ikatan. Hisham masih lagi secara eksklusif jadi milknya.
Hisham geleng kepala perlahan-lahan. Dia tahu Kartini faham tapi sengaja buat tidak faham. Mungkin dia perlu katakan dengan lebih jelas dan terang.
“Kita break. Stop. No more.”
Dia gelak, pandang Hisham sambil jungkitkan kening. “Fine. Kita stop untuk dua bulan. I bagi you bebas lepas, puaskan hati you, buat pilihan atau apa saja yang you nak buat. After two months, I’m in. Okay. Thank you for today. I nak balik, penat.”
Kartini bangun, jalan cepat-cepat. Langsung dia tak menoleh. Senyuman dilemparkan kepada mata yang memandang. Ini Kartini. Tiada siapa boleh kalahkan Kartini, faham?
Hisham nganga. Aduh...pening dia. Kejar Kartini? Malas dia. Biarlah dulu, dia tahu Kartini faham apa yang dikatakannya. Dia urut dahi, ketawa kecil. Padan muka kau Hisham. Sekarang ni, buatlah apa yang perlu.
Zarra.
Dia mahukan Zarra. Dia mahu tebus segala kesilapan yang dilakukannya dahulu. Dia mahu Zarra tahu, dia akan kotakan janji. Dia mahu bertanggungjawab.

Zarra buka mata. Kenapa saat dia menadah doa, hatinya bergetar, berdebar-debar? Dia raupkan sepasang tangan ke muka. Dia lipat baik sejadah lalu lunjurkan kaki. Laparnya. Nak masak, rasa macam terlampau malas. Dilla dan Lili ralit menonton di ruang hadapan. Malas dia mahu mengadap televisyen. Kalau tidur sekarang, boleh je kan? Nanti bangun, sambung solat Isyak dengan tahajud. Dia baring, peluk bantal. Rindu Abam. Kalau ada si Abam kan best, boleh peluk sambil tidur. Baru saja matanya terpejam, mesej whatappsnya berbunyi. Siapa pula? Lambat saja tangannya mahu mencapai telefon itu.
Turun kejap. Abang ada kat bawah.
Mencanak dia bangun. Biar betul. Tolonglah...jangan buat gila kat sini. Zarra bangun, perlahan mengintai dari tingkap. Kereta Hisham memang ada diluar pintu pagar kuarters itu. Dia nampak Hisham sedang berkepul asap rokok ke udara. Beberapa kali dia tampar dahi, pastikan semua ini bukan mimpi.
Abang balik. Zarra tak nak turun!
Dia nampak Hisham pegang telefon.
Kalau Zarra tak turun, abang naik.
Eeee...karang dia bertukar jadi pontianak, gigit mamat tu sampai mati. Apalah yang tak faham sangat ni. Kalau Hisham naik betul-betul, macam mana? Mahu kecoh nanti. Alahai...geramnya dia. Telefon itu dicampaknya perlahan ke katil. Pantas dia sarungkan tudung. Lantaklah dengan seluar trek pun. Senang dia nak terajang mamat bodoh tu nanti. Telefonnya dikutip kembali. Telefon baru ni kau, sayang wooo...
“Kau nak gi mana?” soal Dilla sambil sumbat keropok.
“Aku turun jap.” Laju saja langkahnya. Malas dia nak bersoal jawab. Lagipun bila dia bagi penampar satu das nanti, selesailah perjumpaan mereka. Macam kilat dia menuruni tangga.
“Nak apa?!” soalnya sedikit kuat. Geram juga dia.
“Nak Zarra.”
Ehh toyanya muka...aku karate juga dia ni. Zarra ketap bibir.
“Seriously...abang nak apa?”
Hisham senyum. Garangnya kau. Aku cium karang. “Masuk jap. Kejap je. Abang ada hal nak bincang.” Perlahan saja suaranya memujuk. Kalau tak makan pujuk, dia culik saja si Zarra ni.
Terbeliak dia memandang Hisham yang sedikit sugul.
“Apa, cakaplah!”
“Nenek masuk hospital. Kak Ina telefon abang tadi. Mak tak sempat call Zarra.”
What!? Dia ternganga. Menggeletar tangannya. “Purse Zarra...”
“Tak payah. Kita pergi dulu.”
Dia cuma mampu angguk. Menggeletar tangannya membuka pintu kereta. Tanpa berfikir, dia terus duduk apabila enjin dihidupkan. Laju saja kereta itu menyusuri malam. Ya Allah...kenapa dengan nenek? Dia cuba telefon mak. Beberapa kali namun tidak berjaya.
“Zarra buat apa?”
Dia geleng kepala. Tongkat dagu pada dinding kereta. “Call mak. Tak dapat.”
Hisham telan liur. “Tak apa. Kita pergi terus. Bawak bertenang, istighfar banyak-banyak.”
Angguk saja dia mampu. Hatinya? Sudah bergetar beribu-ribu kali. Mahu saja dia menangis, namun dia tahu dia perlu kuat. Mungkin nenek demam atau penat. Nenek tak apa-apa bukan.
Hisham tekan minyak rapat-rapat. Biar cepat mereka sampai.

“Kenapa kita kat sini? Nenek dah balik ke?” soalnya hairan. Boleh pula dia terlelap dalam kereta tadi. Sedarinya bila enjin kereta dimatikan. Paling dia hairan, mereka bukan di hospital tapi dirumahnya.
“Nenek dah balik dari hospital ke?” Dia bangun, masih sedikit mamai. Lampu rumah semua sudah terpasang. Dia pandang Hisham yang sudah membuka pintu. Zarra pantas melompat keluar. Belum sempat dia berikan salam, pintu rumah terlebih dahulu dikuak. Wajah mak yang kehairanan di muka pintu buat dia tersenyum.
“Assalamualaikum.” Dia memberi salam. Pantas dia mendaki anak tangga. Tangan mak diciumnya.
“Waalaikumussalam. Apahal kamu balik? Mak baru nak telefon kamu,” soal Aini kehairanan. Matanya tertancap pada anak muda disebelah Zarra. Siapa? Macam dia kenal.
“Hisham cakap nenek masuk hospital...kenapa mak tak telefon awal-awal,” marahnya sambil jenguk ke dalam. Eh, tu nenek. Siap tidur depan televisyen lagi. Dah sihat kot.
Ohhh...Hisham anak Tuan Haji Yusof. Aini pandang Hisham, menyoal dengan kening yang terjungkit. “Bila pulak? Tu, nenek...kami baru balik dari surau. Bila masanya nenek kamu masuk hospital?”
Aduhhhh...ini mesti dia dah kena kelentong. Zarra genggam penumbuk, berpaling mengadap Hisham yang tersenyum-senyum.
“Kau memang nak ke...”
Cepat-cepat Aini tarik tangan Zarra ke dalam rumah. “Dah, dah...masuk. Kamu dah makan? Kalau belum mari ke dapur. Kejutkan nenek. Sham, kamu ke sini.”
Zarra tarik nafas beberapa kali. Uiii...melampau. Suka hati cakap nenek aku masuk hospital. Kang aku ‘hospiyalkan’ mamat bengong tu baru senang hati. Dahlah lapar, kena kelentong pula. Memang angin satu badan. Siutnya...
“Nek, nek...rumah terbakar, bangunlah.” Sengaja dia kuatkan suara. Mahu tak terkejut orang tua tu.
“Mana? Ya Allah...cepat lari.” Terkocoh-kocoh Tuk Teh bangun. Senget kain batik orang tua itu.
“Tu ha, ikan bakar kat dapur. Bangun makan nasi.”
Pelepuk!
Kan, tak pasal-pasal makan penampar kat belakang. Pedih siut. Mahu dia menggeliat kesakitan, tapi air muka kena jaga, beb.
“Cabul! Perkataan tu doa Zarra. Cili mulut kamu barulah kamu...”
Dia peluk nenek, ketawa sambil gosok belakang. Memang sakit wooo...
“Hisham kan?”soal Aini sambil hidangkan lauk. Sesekali dia jeling anak muda di sebelahnya yang sibuk menolong mengatur pinggan.
“Ya saya, makcik. Maaf susahkan makcik, tapi saya ada hajat nak jumpa makcik.” Dia duduk di meja. Ikan panggang tawar, budu, bayar tumis air dengan telur dadar. Sedap.
Aini letakkan jag kopi ‘o’ di hujung meja. Segannya dia. Kalau dia tahu Zarra mahu balik, dia minta Rahman sebelah rumah sembelihkan seekor ayam kampung.
“Hajat apa?” soalnya sambil tuangkan air ke gelas.
“Saya nak peristerikan Zarra.”
“Aku tak nak, bodoh!!!”
Hah kau, bergegar tiang rumah. Si Abam yang melepak di tangga dapur pun melompat terkejut. Mengiau kucing itu.
Hisham tergelak bila melihat mulut Aini yang ternganga, Zarra yang dilepuk Tuk Teh sekali lagi. Kecoh malam ni nampak.
“Zarra Zainal, kamu jaga mulut kamu tu. Turun makan. Nasib baik tak mati terkejut nenek kamu,” marah Aini geram. Sorang menyinga atas tangga, sorang senyum lebar atas kerusi. Sakit kepala dia.
Tuk Teh piat telinga Zarra kuat-kuat. “Ambik pinggan, makan kat luar dengan kucing kamu. Apa punya perangai dia nih...”
Ini sudah lebih. Apasal nenek dengan mak sibuk marahkan dia. Tu, marahlah jantan senget yang senyum-senyum tu. Eeeiii...gilalah!
“Mak, bak budu,” pintanya keras.
Aini beliakkan mata. “Kamu nak buat apa?”
Zarra sengih, cuba capai mangkuk budu tapi tak berjaya. “Bak sini, mak. Zarra nak basuh muka orang gila biar dia sedar diri. Bak sini ,mak...”rayunya bersungguh-sungguh.
Tuk Teh tarik telinga Zarra. “Duduk. Makan. Kalau tak, aku lempang semua.”
Dia telan liur. Kalau nenek dah cakap ‘aku’, maknanya nenek betul-betul naik angin. Dia denguskan nafas, duduk berhadapan Hisham yang tersenyum manis. Biarlah kau hensem, aku tak ingin!
“Dah, makan. Nanti kita bincang.”
Zarra jeling mak. Bincang apanya. Cincang adalah. Cincang orang gila depan dia. Perutnya berbunyi lagi. Lantaklah, baik dia makan dulu.

Kopi ‘o’ masih berasap. Perlahan Hisham menghirupnya. Semua tiga pasang mata masih memandanganya. Pergghh...rasa macam kena soal siasat. Nak minum kopi pun rasa macam minum batu kerikil, tersekat di anak tekak. Perlahan dia letakkan cawan. Dia tarik nafas, lepaskan satu senyuman.
“Makcik, nenek...saya nak peristerikan Zarra. Sham nak jadikan Zarra isteri Sham, dunia dan akhirat.”
Disepaknya meja rotan yang sememangnya tak berapa nak teguh. Bergegar air kopi dalam cawan. Nasib baik tidak tumpah.
“Aku tak nak! Tak faham ke?!”
Mak aiii...macam singa bengkengnya. Dia telan liur tapi mahu tergelak bila Tuk Teh sekali lagi piat telinga Zarra di balik tudung.
“Amboi! Patah meja ni, nenek patahkan kaki kamu. Duduk situ diam-diam.”
Okay, kalau dia gelak, nanti susah juga dia. Mahu Zarra terajang dia, boleh sampai ke tanah. Dia jeling jam, dah sembilan setengah malam.
“Sham, makcik rasa Zarra ni tak empuk lagi, kurang masak untuk dijadikan isteri. Sham tengok sendiri perangai dia, kan? Makcik rasa baik tak payah. Sham carilah orang lain,” balas Aini berhati-hati. Geram juga dia dengan si Zarra. Kalau tak kerana sabar, dia lepuk-lepuk anak nan seorang itu dengan dulang depan dia ni ha.
“Entahnya...jangan nak berangan. Pergilah kawin dengan Miss Tini pujaan hati, apasal tiba-tiba aku pulak?” Marahnya masih membara. Hujan tidak, payung pun tak ada, tiba-tiba saja mahu kawin. Gila!
Dia toleh, bertentang mata dengan Zarra. “Zarra rasa abang perlu cerita ke sebab kita perlu kahwin?” soalnya serius. Mata mereka bertaut. Umpama meneroka kembali ke masa silam. Wajah Zarra dilihatnya kepucatan.
“Don’t you dare...” Matanya bergenang, cepat-cepat dia lap mata sebelum mak dan nenek sedar.
“Apa maksud kamu?” tanya Aini. Pelik juga dia. Dia toleh, pandang anak gadisnya yang tiba-tiba membisu.
“Maksud Sham, kami pernah kenal dulu. Sham jatuh cinta dengan Zarra, jadi Sham mahu jadikan dia isteri Sham, makcik.”
Aini angguk, pandang Zarra untuk mencari kepastian namun anak itu hanya menggigit bibir. Dia pandang Hisham yang mula serius.
“Boleh nenek cakap?”
Semua mata memandang, menunggu butir-butir perkataan.
“Kalau betul kamu mahu nikah dengan Zarra, datang dengan keluarga kamu. Kita bincang dengan hormat. Kamu anak siapa?”
Hisham angguk. Nenek lebih kurang macam setujulah, kan. Dia jeling Zarra yang masih menahan diri, marah dengan segala penuh perasaan.
“Anak Yusof dengan Kalsom, dulu yang duduk sebelah kampung.”
Terbuka luas mata orang tua itu. Dipeluknya bahu Hisham kuat-kuat. “Ya Allah, kamu anak Yusof ya. Adik Halina, kan?”
Hisham angguk.
“Alhamdulillah...lama nenek tak tengok kamu. Mak ayah kamu sihat?”
Hisham angguk. “Alhamdulillah, sihat. Nanti saya ajak mereka datang berbincang.” Dia jeling Zarra. Amboi, makin marah nampak.
“Kalau macam tu, baguslah...kamu anak orang baik-baik. Nenek setuju.”
What!
What!!
What!!!
Okay, dia marah sambil speaking dalam hati ke ni? Bulat matanya memandang semua yang ada. Yang si Abam ni pun ada tercatuk sebelah dia, pandang dia macam dia yang gila. Kucing ni kucing ke manusia jelmaan?
“Zarra tak setuju!!!” Tangan kanannya kuat menghentak meja. Bergegar cawan kopi itu. Nasib baik tak melambung terus.
Aini urut dahi. Dah kata kenal dulu lagi, jatuh cinta. Ni sekarang dah macam nak perang dunia. Dijelingnya Tuk Teh yang geleng-geleng kepala. “Sham, makcik rasa ada baiknya kamu bincangkan perkara ni dengan Zarra. Untuk makcik, apa yang Zarra mahukan, makcik ikut. Kalau dia tak mahu, makcik tak memaksa.”
Hisham angguk. Dia pandang wajah Zarra yang sedikit lega. Tersenyum dia seketika. Takut sangat ke nak kahwin dengan aku? Dia ketawa kecil.
“Bila Zarra dah setuju nanti, Sham akan bawa keluarga Sham. Cuma yang perlukan sekarang, restu makcik dan nenek.”
Tuk Teh hirup kopi itu perlahan. Diletaknya cawan dengan berhati-hati. “Kami ni orang susah, kalau keluarga kamu sanggup terima orang susah, tak apalah.”
Ehhh...nenek pun macam dah bagi greenlight. Pelik dia. “Nek, kalau nenek berkenan dengan si gila ni, nenek kawin je dengan dia!”
Tuk Teh ketawa kecil. “Masalahnya dia mahukan kamu. Kalau dia mahukan nenek, nenek kawin saja. Apa susahnya.”
Nah, tergelak si Hisham dibuatnya. Amboi nenek, sempat lagi buat lawak tanpa kimia ya. Zarra garu kepala. Baik dia diamkan diri.lagi banyak dia menyampuk, lagi berbakul dia kena. Ohhh...melampau.
“Ni gila, balik! Jangan nak meyemak kat sini, aku tak suka.” Biarlah bunyinya kasar tapi dia mahu halau Hisham dari sini.
“Kalau abang balik, Zarra pun kena balik juga,” tuturnya lembut.
“Kenapa pulak? Ini rumah aku, aku punya sukalah nak buat apa.” Dia bercekak pinggang, jungkit kening berkali-kali.
“Habis tu esok nak pergi kerja dengan apa?” soal Hisham dengan senyuman. Amboi, garangnya. Nanti bila dah jadi isterinya, tahulah dia ‘jinakkan’ dengan kasih sayang.
Allah...lupa pula dia. Macam mana ni?
“Awak yang ambik saya tadi, kan? Sekarang ni hantar saya balik ke kuarters.”
Dia tahan gelak. Wajah Zarra yang selamba bodoh memang mahu buat dia ketawa lagi. Dia tahu Zarra malu namun dia biarkan saja.
Cepat-cepat dia menyalami tangan mak dan nenek. Panas rasanya muka. Itulah, cakap tanpa berfikir, tak pasal-pasal malu dua kilo. Hampeh.

Diam saja dia mampu. Matanya memandang ke luar tingkap. Perlahan saja dia rasakan kereta ini bergerak.
“Zarra marah?”
Dia diam lagi.
“Abang serius mahu tebus semua kesilapan abang, Zarra.” Hisham lirikkan mata.
Dia sapu pipi, entah bila pula airmata ini jatuh. Matanya dipejamkan, namun apa yang terbayang hanyalah peristiwa sepuluh tahun yang lalu. Pedih dan peritnya masih terasa. Sakitnya kian mencucuk jiwa, merobek hati remajanya sekian lama.
“Abang kejam...” Dia tersedu, menangisi zaman remaja yang penuh kepahitan. Kerana Hisham.
“Abang kejam...” Kali ini esaknya kian kuat, membelah kesunyian dalam pekat malam.
Hisham gigit bibir, tahan suara yang mahu bergetar. Maafkan abang, Zarra. Ampunkan, abang. Abang janji, abang akan perbetulkan segalanya.
“Maafkan abang, Zarra...” Serak suaranya melontar keluar. Menggeletar tangannya memegang stereng. Tak mampu dia memandang gadis itu yang esaknya kian ribut. Mahu sahaja ditariknya Zarra ke dalam pelukan namun dia tahu ini bukan masanya.
“Tolong Zarra, tolong jangan menangis...abang mohon ampun. Abang janji, abang akan jadikan Zarra lebih bahagia, gembira. Abang sayangkan Zarra. Abang cintakan Zarra, sejak dulu lagi. Tolong abang...”
Tangannya menutup mulut, menahan esak yang kian perlahan. Beberapa kali jemarinya mengesat pipi.
Hisham hentikan kereta, pangku kepala pada stereng. Dia toleh, pandang gadis itu yang masih menangis dalam hiba. Dia senyum, cuba memujuk hatinya sendiri. Ada baiknya Zarra menangis, lepaskan perasaan yang lama terpendam.
“Zarra nak balik.”
Dia angguk lalu menolak gear.

Bila kereta Hisham berlalu, dia melangkah longlai. Hampir tengah malam, semuanya sudah lelap mungkin.
“Are you okay, sweet pie?”
Allahuakbar. Terkejut dia. Zarra urut dada, mencari pemilik suara. Zachary ada di bangku simen di bawah pokok, dalam gelap.
“Zach buat apa kat sini? Kenapa tak tidur lagi?” soalnya kembali. Zachary nampak ke siapa yang hantar dia tadi? Dia telan liur, tercegat memandang Zachary.
Zachary bangun, berdiri di hadapan gadis itu. “Are you okay?” soalnya lembut.
Dia terpaksa senyum. “Okay, terima kasih kerana bertanya.”
“Zarra dari mana?” Dia ingin tahu kerana kereta yang hantar Zarra tadi kereta Hisham. Dia pasti.
“Dari kampung. Encik Hisham tumpangkan.”
Okay, ingatkan keluar dating dengan Hisham tadi. Jelaous? Mana ada, dia cemburu je kot. Dia melangkah, kian dekat. “Kenapa? Ada kecemasan ke?”
Zarra telan liur. Apahal kakinya kaku? Sepasang mata Zachary menerobos pandangan dalam kelam cahaya lampu jalan.
“Nenek demam. Encik Hisham tolong tumpangkan. Nak balik dengan motor dah jauh malam.” Kenapa dia tipu? Zarra lemparkan senyuman dalam gentar.
“Ohh...dia orang kampung Zarra, kan. I lupa. Dah lewat, better Zarra naik tidur. Nanti...”
Zarra undur satu langkah. “Nanti apa? Hantu keluar?”soalnya berkelakar.
Zachary geleng, ambil satu lagi langkah. “Nanti I kiss you here, you pengsan.”
Okay, dia cabut lari macam ribut. Tak sukalah Zachary bergurau macam tu. Haishhhhh! Belum sempat dia sampai di muka pintu, telefonnya bergegar.
Selamat malam. Harap Zarra lena dalam mimpi.
Hisham.
Dia gigit bibir.
Dia bencikan Hisham. Benci sebenci bencinya.




Tuesday 26 July 2016

Apa Selepas SERIBU RINDU?

Assalamualaikum, salam sayang..(ewahhh...sayang siapa tu?)

Almaklum, alhamdulillah manuskrip SERIBU RINDU ataupun dulu namanya Teruterubozu sudahpun lulus penilaian akhir. Inshaa Allah, bila sudah kuar cover depan dari pihak penerbit ku akan up di sini. Facebook tak leh bukak, phone ku masih dirawat di ICU, kahkahkah...padan muka daku.
Jadi, untuk SERIBU RINDU ni ku hanya tepek sampai bab 10 (kalau aku baik ...). Tatkala kejam ku datang, sampai bab 8...muahahaha...seterusnya...huuuu...tolonglah menyokong daku dengan membelinya nanti..(Eeee..tak malunya aiii...)

Juga, selepas SERIBU RINDU, projek novel terbaru dalam pembikinan. Tajuknya, korang tahulah kan, aku suka tajuk yang entah apa-apa. Kali ni tajuknya THE MISADVENTURES OF CIK REEN AND MR. NGOK NGEK.
Hambik kau..kuikuikui...kenapa ku buat tajuk cam gitu, Inshaa Allah bila korang dapat baca nanti korang akan paham la kot. kalau tak paham, silap aku la tu.
Apapun, terima kasih atas sokongan. Daku masih baby dalam dunia penulisan. cerita pun ala-ala sempoi. Malu je.

Lupa,yang tanya pasal diri daku? Kahkahkah...segan ai. Nantilah kita cerita ceritut ya. Ai pemalu orangnya...uhuk.
Okaylah, happy reading ya. Bab seterusnya? Minggu depan kot...muahahaha.

Tade keje...

Hisham...kuikuikui..malampau tahap gaban aku punya imaginasi...

Sesaje lagi...

ZARRA! Kihkihkih...


Imaginasi daku untuk Seribu Rindu

ZACHARY! Muahahaha...


Monday 25 July 2016

SERIBU RINDU a.k.a Teruterubozu BAB 6 is here !

Puas hatinya. Kartini menyedut air itu perlahan-lahan. Hatinya sesejuk air yang ditelan. Beberapa potongan daging juga disuapnya ke mulut. Sedap, lembut dan berjus.
“Baru kena dengan tempat dia, Miss Tini. Kalau dia tak larat nanti, tahulah dia berhenti kerja sendiri.”
Kartini senyum senget. Dia bukannya kejam sangat. Kerjalah kalau nak kerja, jangan ganggu Hisham sudah. Sekampung ke, satu sekolah ke, itu cerita lama. Manusia banyak sangat emosi. Cerita lama pun mahu dikenang-kenang. Kenal masa kecil, sekarang sudah besar, takkan mahu bermain pondok-pondok lagi kot. Childish.
“Jadi orang kampung Hisham tu dah start kerja di housekeeping lah?”
Liyana angguk laju-laju.
“Tapi Puan Fetty dengan Madam Jayasri sibuk tanyakan dia, boleh ke buat kerja kat situ. Menyibuk je dua manusia tu.”
“Fetty dengan Jayasri di HR tu? Cakap dengan dorang, jangan menyibuk. Nanti dengan dorang I suruh buat kerja Housekeeping.”
Liyana tergelak. Kan, kalau Fetty kena pecat lagi baik, boleh dia minta Kartini naikkan pangkat, gantikan tempat Fetty.
“I tak rasa Hisham tahu niat si Zarra tu, Miss Tini.”
Kartini telan daging steak itu perlahan-lahan. “Maksud you?”
Liyana pandang Kartini, kerutkan dahi seketika. “I rasa kan, Miss Tini...Zarra tu memang ada niat nak usha Hisham. Yalah, dia tahu Hisham tu kan sekarang ni dah berjawatan besar, anak orang senang kan. Mesti dia ada niat mahu dekatkan diri.”
Kali ini dia letakkan garfu dia perlahan-lahan. Kartini angkat gelas, teguk air beberapa kali. “Betul juga cakap kau ni kan. Takkan Hisham, mesti budak bodoh tu yang menyibuk nak menempel. Parasit.”
Bulat mata Liyana. “Betul tu, Miss Tini. Dia memang parasit.”
Kartini senyum. Dia sudah masak dengan perangai ‘parasit’. Ni ha, depan mata dia, sama juga. Si Liyana ni parasit juga, bezanya Liyana pandai mengambil hatinya, pandai cari berita dan cerita. Lebih tepat lagi, Liyana jadi mata dan telinga dia di sini. Hah! Kalau dah lumpur, palit kat mana-mana pun tetap lumpur. Dia tersenyum sendiri.
“Bila Miss Tini nak buat spotcheck lagi?” soal Liyana serius.
Kartini geleng kepala. “I tak boleh selalu datang, Sham marah. Papa pun. Papa tu selalu take side, sokong Sham.”
Liyana ketawa kecil. “Laa...kalau bukan papa you, siapa lagi yang nak sokong Hisham. Dia kan bakal menantu Tengku, mesti dia sokong Hisham.”
Logik juga alasan si Liyana ni. Kartini kembali senyum. “Okaylah...nanti I belikan handbag baru untuk you. Minggu depan I nak pergi KL, pergi Pavillion.”
Liyana tersengih macam kera dapat bunga. Tak sia-sia dia mengorek cerita. Akhirnya dapat juga habuan yang diidam-idamkan.
“Alaaa...it’s okay, Miss Tini. I cuma nak tolong you saja.”
Kartini senyum. Huh...aku kenal siapa kau.
“No, no...you memang penting buat I. You are my friend, right?”
Liyana cepat-cepat tersenyum. Huihhh...kembang hatinya.

Alahai...macam tongkang pecah. Comforter kat lantai, bantal pun kat lantai. Nasib baik tilam tak bergerak. Tidur ke mengamuk penghuni bilik ni? Zarra geleng kepala. Dia kutip semuanya lalu susunkan di hujung bilik. Pintu bathroom itu dibukanya perlahan. Amboiii...tuala pun main campak macam tu...orang ke monyet ni?
Wanie tarik troli perlahan-lahan ke dalam ruang bilik. Terbeliak matanya memandang. Sah. Ni mesti couple honeymoon punya kerja. Bunga mawar pun main tabur-tabur atas lantai. Dia cekak pinggang.
“Aku tahu ni kerja kita, tapi manusia macam ginilah yang paling aku benci. Ingat ni bapak dia punya hotel ke apa,” bebel Wanie sambil memasang plug vacuum cleaner. Bongok betul. Nak buat apa dalam bilik ni, buatlah. Bukan dia kisah pun. Namun, biarlah ada otak sikit. Baik yang berkeluarga pula, pandai pesan pada anak-anak supaya jaga kebersihan.
“Kalau macam ni punya gaya, couple baru kawin takpun baru dapat bini muda. Mau tunggang terbalik bilik ni dibuatnya.”
Zarra gelak. Tangannya pantas menukar cadar dan comforter. Bantal juga digantikan sarungnya selepas dikebas beberapa kali. Ni kalau nenek nampak, mahu nenek sumpah penghuni bilik ni jadi gobek sirih. Dia tersenyum sendiri. Bunyi Wanie ketawa dari dalam bathroom buat dia menjenguk.
“Apa hal?” soalnya ingin tahu.
Wanie masih gelak kuat-kuat.
“Aku kan, rela kutip pampers dari benda ni...bengong betul dorang nih...”
Ditangannya yang bersarung, ada sehelai panties merah jarang.
Zarra tutup mulut sambil terduduk. Aduhai...
“Zarra rasa kan kak, dia tinggalkan untuk akak. Tanda ingatan tulus ikhlas.”
Mereka sama-sama ketawa.
“Eh Zarra...perut akak memulas la...akak pergi tandas dulu.”
“Laaa...guna je yang sini, nanti basuhlah.”
Wanie geleng kepala.
“Gila kau, mana boleh. Akak turun jap.”
Zarra ketawa lagi.
“Akak pergi je. Biar Zarra sudahkan bilik ni. Pergi jelah...”
Bagai ribut Wanie berlari keluar. Mahu Zarra ketawa kuat-kuat. Dia kembali ke katil, mengemas sebaik mungkin. Beberapa tong sampah dia kosongkan. Langsir juga dibukanya luas agar cahaya matahari dapat masuk. Bunyi pintu ditutup buat dia tersenyum.
“Amboi, cepatnya melabur, kak.”
Tangannya masih lincah menyembur pewangi fabrik.
“Zarra okay?”
Kaku tangannya di udara. Perlahan dia menoleh.
Hisham.
Hisham yang tersenyum memandangnya. Berdiri dihadapannya dengan tangan memeluk tubuh. Sepasang mata itu memandangnya lembut, tersenyum padanya. Allah...kuatkan hatinya. Dia menarik nafas berkali-kali, memujuk hati supaya jangan bergetar terlampau hebat.
“Zarra okay?”
Dia diamkan sahaja. Biar lelaki itu bercakap sendiri. Lebih penting baginya untuk menyiapkan kerja.
Hisham tarik nafas dalam-dalam. Kebetulan dia lalu, terserempak dia dengan Wanie yang laju saja lariannya. Bukan niatnya untuk mengacau Zarra, namun hatinya rindu. Kalau dulu, boleh saja dia melirik pada gadis itu di kaunter resepsi, kini dia perlu gunakan segala peluang, segala ruang.
“Zarra, Zarra tak nak cakap langsung dengan abang ke? Fine. Abang tunggu di sini.”
Eeiiii...aku baling dengan botol syampu ni karang benjol dahi tu. Dia terus membisu. Semua sudah siap. Tinggal bathroom sahaja. Dia berjalan, pantas dan laju.
Hisham cuba meraih tangan itu namun hatinya melarang. Dibuatnya Zarra menjerit, mahu kecoh satu hotel. Biru mukanya nanti. Aduhhh...kerasnya hati gadis nan seorang ini. Dia jeling Zarra yang mula mengemop lantai bathroom. Kali ini dia tekad. Hisham melangkah masuk, mengunci pintu bathroom lalu bersandar padanya.
“Abang buat apa ni?!”
Haaa...kan bercakap pun. Ingatkan nak bisu kelu terus. Hisham sembunyikan senyum dibalik jemarinya.
“Abang nak tolong Zarra basuh tandas, boleh?” soalnya bergurau. Aduhai, manisnya gadis itu menyinga marahnya. Marahlah, asalkan kau ampunkan aku, Zarra.
“Nah, mop lantai ni. Ke tepi, Zarra nak keluar!” Sedikit kuat suara gadis itu. Dia sudah geram. Kalau diikutkan hatinya, ditonyohnya mop itu ke muka Hisham yang tersenyum lebar. Senyum apa senyum!
Hisham sandarkan badan ke pintu, depakan tangan. Ni kalau si Zarra betul tonyoh muka dia dengan mop, memang dia pengsan kot. Dia telan liur perlahan-lahan.
“Abang nak jumpa Zarra. Abang nak kita duduk dan berbincang, boleh?”
Kali ini dia betul-betul naik angin.
“For real? Nak bincang dalam bathroom ni? Kat sini? Encik Hisham nak saya kena buang kerja? Siapa? Siapa yang tanggung mak dan nenek saya? Ke tepi!”
“Abang.”
Zarra angkat wajah, mengetapkan bibir beberapa kali.
“Abang apa abang?” soalnya sakit hati.
“Biar abang tanggung Zarra. Abang tanggung mak. Abang tanggung nenek.”
Hatinya bergetar. Tangannya dikepal beberapa kali. Tubir matanya sudah lama berair namun dia masih mampu menahannya. Kenapa? Kenapa kau seksa aku begini ya Allah...
Hisham tarik nafas dalam-dalam. Tak mampu dia melihat wajah gadis itu yang mulai hiba. Hatinya ngilu. Dia perlu betulkan segalanya.
“Abang akan bertangungjawab atas semuanya.”
Zarra geleng. “Zarra tak ingin. Zarra benci abang!”
Lelaki itu mengukir senyum, hiba dan sesal.
“Berikan abang peluang, Zarra...”
Dia mengesat pipi, berkali-kali. Dipandangnya lelaki itu dalam air mata yang berjuraian. Bukankah dia sudah berjanji untuk tidak menangis lagi dihadapan lelaki ini?
“Tolonglah...izinkan Zarra keluar...” rintihnya perlahan.
Dia mengalah. “Abang minta maaf. Kita jumpa lagi. Sungguh, antara kita masih banyak yang perlu kita bincangkan, Zarra. Abang minta maaf untuk hari ini.”
Perlahan lelaki itu keluar lalu menarik daun pintu. Bila saja pintu itu dikatup rapat, Zarra terduduk di lantai. Dia menangis dan terus menangis.

Dia bersandar pada sofa, merenung langit diluar tingkap. Jemari diangkat, menghadang sinar yang perlahan menusuk penglihatan. Jari-jemari ini juga yang pernah memegang Zarra, mengasari gadis itu dan membuat sesuatu yang diluar fikirannya. Dia menarik tangan, meletakkannya ke dahi.
“Kenapa dengan kau?”
Matanya perlahan dibuka. Yusri melunjurkan kaki disofa disebelahnya.
“Masalah yang kusut.”
Yusri tersenyum, matanya pula yang terpejam. Kalaulah mampu dia lelap sebentar.
“Kalau kusut, leraikan perlahan-lahan. Yang kusut bukannya boleh kita tarik, nanti putus. Leraikan dari awal, perlahan dan berhati-hati. Inshaa Allah, ada penghujungnya.”
Hisham luruskan badan, pandang Yusri yang seakan terlelap. Boleh tahan juga kata-kata hikmat si botak ni.
“Apa yang kusut sangat? Aku tengok kau dengan Miss Tini tu okay je.”
Dia kembali menyandar. Lepaskan nafas sepanjang mungkin.
“Bukan dia.”
Kali ini Yusri buka mata, pandang dia luas-luas.
“Siapa?”
Hisham senyum hambar.
“Cinta lama.”
Ahhhh...itu memang sakit. Lagi sakit kalau cinta lama hadir tatkala cinta baru mahu berputik, mewangi dilaman hati. Susah tu.
“Apa kusutnya, lupakanlah saja.’
Hisham geleng beberapa kali. “Tak boleh, Yus. Ada ikatan antara kami yang  belum selesai.”
Yusri menyeringai, sedikit menggeliat. “Kalau macam tu, kawin dua-dua terus. Bukannya kau tak mampu.”
Hisham tergelak kecil. Nak mati? Mahu dia dicampak ke gaung paling dalam? Hooo...pantang ummi anaknya menduakan cinta. Kata ummi, abi mampu terus setia, takkan anak-anaknya tak mampu buat perkara yang sama.
“Tak nak cari penyakit, Yus. Dari tak ada penyakit, dapat bertimpa-timpa”
“Siapa dia?” soal Yusri ingin tahu. Siapa yang mampu menggegarkan hati si Hisham ni. Kartini anak bongsu Tengku Adnan cantiknya mengalahkan selebriti. Mulus dan kaya raya. Takkan Hisham sanggup tinggalkan Kartini demi cinta lama.
“Rahsia. Bukan masanya lagi. Nanti kalau kau tahu, mesti kau terkejut.”
Yusri bangun. Mencerut dia lapar. Kena turun bawah ni, isi perut dulu. “Tak apa. Nanti aku tahu jugak.”

“Eh, kenapa dengan Zarra ni? Zarra okay? Jatuh bilik air ke?” soal Wanie sedikit gementar. Apa kena dengan si Zarra, menangis di birai katil.
Dia geleng kepala. Beberapa kali dia sapu pipi, mahu segera kering. “Zarra migrain. Pening kepala sangat.” Sengaja dia menekan-nekan dahi, mengerutkan kening.
Wanie urut dada. “Huhhh...berdebar akak, kau...dah, biar aku sambung.”
“Dah siap. Jom Wanie, makan nak. Laparlah...”
Wanie tersenyum lebar. “Samalah. Selepas ‘kosongkan’, kenalah refill balik.” Ditariknya tangan Zarra. Migrain. Masuk angin pun mungkin. Wanie senyum lagi. Biasalah, budak-budak baru kerja memang macam tu. Itupun belum masuk musim cuti sekolah. Hoooo...cuti sekolah jawabnya tiga kali ganda beban kerjalah.
“Dah, nanti makan panadol. Kita makan dulu. Aku goreng nasi ikan kukus dengan cili padi. Sedap wooo...makan, makan ubat, Zarra rehat.”
Dia geleng lagi.
“Lepas makan kita sambung kerja. Zarra dah okay.”
Wanie cebikkan bibir. Degil. Okay apanya merah mata macam naga berapi. Zarra, Zarra.

“Sedap?”
Abid angkat dua ibu jari. Digigitnya lagi hirisan daging masak asam tadi. Kalau kena dengan nasi panas ni lagi haru. Tambah sambal belacan dengan petai jeruk.
“Zach?”
“What?”
“Kau suka si Zarra tu eh?”
Zachary hentikan gerak, letakkan pinggan berhati-hati. Soalan datang macam taufan, terkejut dia. Abid yang tersenyum-senyum itu buat dia mahu ketawa. Muka miang pun ada. Haru sungguh.
“Zarra?”
“Yalah, takkan pak guard kita kot...”
Zachary gelak kecil. Mental dibuatnya kalau dengan si Abid. Sekilas wajah Zarra yang tersenyum lembut terlintas di wayang ingatan.
“Kalau ya, apa salahnya. Dia single, I’m also single.”
Abid ketawa kuat-kuat. “Kau memanglah single, tapi mata air keliling bangunan.” Dia tahu. Mana dia pergi dengan Zachary, ada saja perempuan yang ‘terjatuh’ cinta dengan mat salih celup tepung gomak ni. Dah muka hensem macam model majalah, mahunya hati tak terpikat. Dia lainlah, melayu asli. Kacukan mak dan ayah, hehehehe...
“Tapi seriously, she’s so beautiful...buat hati aku tergendala rentaknya.”
Amboi, tergendala terus mamat ni. Boleh tahan juga ayatnya. “Habis tu, Liyana baby nak letak mana?” usik Abid. Tangannya pantas dilap. Dia mahu segera siapkan puding roti karamel untuk minum petang.
Kahkahkahkah...malaunnya. “Liyana? Adoi...tolonglah...she’s too full of herself. Tak nak aku.”
Abid gelak juga. Kan...cantik bergaya kalau akal pendek, perangai senget, baik tak payah. Dia rela kahwin dengan Salina, anak Pak Mat guru KAFA depan rumahnya. Memang tak cantik macam Liyana, tapi cantik asli. Tak ada palsu sana-sini. Mengaji pun pandai. Masak? Dia boleh masak. Abid senyum sendiri. Masalahnya Salina tu tunang orang. Alahai...melepas.
“Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Kau yang nakkan si Liyana tu, kan? Screw you funny head la, Bid.”
“Woiii...simpang junction empat puluh empat aku tak mau weiii...”
Meledak ketawa mereka.
“Kalau kau tak berkenan, aku nak usha.”
“Siapa? Liyana?” soal Zachary kembali.
“Zarra la bodoh...hadoiii...”
Zachary ketawa lagi. “No.”
“No apanya?”
“She’s mine.”
Abid geleng kepala. “Beranganlah kau.”
Zachary senyum kembali. Betulkah? Betulkah dia sukakan Zarra yang cantik perangai ala-ala tomboy tu? Dia dah gila agaknya. Kalau gila pun, gilalah. Hati sudah terpaut, sangkut terus. Dia senyum, bayangkan Zarra yang kembali tersenyum padanya.
“Hoi! Parah kau ni...” Abid terus bantai ketawa. Memang Zachary dilanda angau.

“Aku dengar sendiri, Yana. Dorang puji si Zarra tu melambung-lambung, lepas tu kutuk-kutuk kau berbakul-bakul. Sakit hati aku, beb.”
Membara hatinya. Memang nak kena kan si Zarra tu. Dia menyandar pada kerusi.
“Kau jangan buat cerita Izrin, aku tampar kau nanti.”
Izrin angkat bahu, suap roti ke mulut. “Telinga aku yang dengar,beb. Kalau kau nak percaya ke, tak percaya ke, up to you. Hah, tu hah...panjang umur si Zarra tu.”
Liyana angkat wajah. Matanya menyorot langkah Zarra yang juga menuju ke arah mereka. Dia tersenyum sinis. Sengaja dia tolak beberapa helai tisu dan macaron itu ke lantai sewaktu Zarra di berlalu di hadapan mereka.
“Excuse me, cleaning people, kan? Kutip ni...” Dia lunjurkan kaki, sentuh hujung tisu dan macaron yang berserakan di lantai marmar. Izrin pula menutup mulut, menahan ketawa yang membuak perlahan. Liyana angkat kening, pandang Zarra dengan penuh makna.
Dia menahan nafas. Perlahan dia beristighfar dalam hati. Zarra tarik nafas, lebarkan senyuman. Dia duduk, mengeluarkan beberapa helai tisu bersih yang tersedia dari poket seluar. Tisu kotor dan kepingan macaron itu dikutipnya berhati-hati. Dia lakukannya sebaik mungkin, hingga licin dan bersih lantai itu. Semuanya dibalutkan dalam tisu lalu dibuangnya ke dalam bakul sampah yang tersedia tidak jauh dari meja Liyana dan Izrin.
Liyana kian jengkel. Diambilnya sekeping lagi macaron merah jambu lalu ditaburnya ke lantai.
“Hello, ada lagilah...bersihkan cepat.”
Izrin menggelekek ketawa. Cepat-cepat dia mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil gambar Zarra. Hahahaha...bodoh macam lembu. Dia snap beberapa gambar lagi.
Zarra senyum, tunduk kembali. Biarlah, biarlah dia pujuk hatinya ini sendiri. Tak rugi, boleh juga dia pahala free. Marah? Memang dia marah tapi dia masih ingat kata nenek. Orang yang marah namun berjaya menahan marahnya adalah orang yang menang. Dia sedang menang, bukan?
Liyana senyum sambil ketawa sinis. Tunduk. Tunduk lagi. Kau ingat kau siapa? Ini Liyana lah! Perlahan dia menghulur kasut dan memijak macaron tadi hingga hancur. Rasakan sial!

Dia pandang cermin. Wajahnya yang sedikit comot ditenungnya beberapa ketika. Sabar. Ini kecil saja. Masih ada lagi masalah yang lebih besar daripada ini. Nun, luar sana, ada yang kebuluran, ada yang menghadapi perang. Dia? Masalah dia kecil saja. Bertabahlah, Zarra. Dia senyum, menyapu pipi berkali-kali. Bunyi telefon buat dia tersedar.
“Kau kat mana?”
Dia telan liur, tarik nafas panjang-panjang.
“Kat tandas. Kenapa?”
“Nanti pukul 3.30 ada staf meeting sekejap di staff hall sebelah Grand Ballroom 1. Ada taklimat sepuluh minit.”
Dia angguk, pandang wajah pada cermin.
“Okay, thank you, kak.”
Jam tangan milik arwah ayah ditenungnya. Lagi lima minit. Sempatlah dia bersihkan wajah.

Ramainya. Memang yang shift hari ni punya. Dia pandang jam beberapa kali. Cepatlah, dia nak balik kuarters, mahu mandi dan bersihkan diri. Dilla yang tercatuk disebelahnya asyik dengan smartphonenya dari tadi. Wanie pula mata separuh terpejam sambil berdiri.
“Hai sweet pie.”
Dia menoleh, sudah dapat mengagak tuan punya suara.
“Apa pai-pai? Kalau bake kan kita satu beef pie kan sedap,” usiknya sambil menjeling Zachary yang tercegat disebelahnya. Aduh, lagi dekat lagi hensem. Betul ke si Zachary ni assistant chef? Macam hensem sangat, tak layak duduk dapur. Selayaknya Zachary di cover majalah, takpun layar televisyen.
“Do you want to? Zach boleh buat. Petang ni, tapi Zarra kena sokong Zach lawan pingpong kat tempat biasa lah.”
Dia ketawa. Hai, main pingpong pun nak kena ada pom-pom girl juga ke? Dia pandang sekeliling. Banyak mata yang memandang, terutama si gadis-gadis manis. Mesti semuanya secret admirer si Zachary yang tercegat di sebelahnya ini. Dia mahu ketawa namun terhenti tatkala matanya bertentang dengan sepasang mata yang penuh amarah.
Liyana.
Zarra denguskan nafas, pandang Liyana dan lemparkan senyuman. Amboi, tengok dia macam nak makan.
“Zarra tengok apa?” soal Zachary hairan.
“Your admirers. Semua pandang sini macam nak makan Zarra. Takut weiii...duduk jauh-jauh sikit.”
Wanie angguk, tunjal bahu Zachary kuat-kuat. “Entahnya, jauh sikit. Mana boleh duduk dekat-dekat dengan si Zarra ni. Dia anak dara lagi tau.”
Hatinya terhenti seketika. Anak dara. Allah...pedihnya. Zarra tunduk pandang lantai. Mahu saja dia menangis, namun dia bertahan. Nanti pelik pula orang sekeliling.
“Tu, Liyana Barbie tu pandang Zarra macam nak makan. Dia kan peminat nombor satu kau, Zach. Nanti ada budak Zarra ni kena santau dek si Liyana tu,” tambah Wanie lagi. Matanya sekilas memandang Liyana yang panjang muncungnya. Boleh gantung baju.
“Okay, assalamualaikum, attention please.”
Semua suara terus bisu. Hisham berdiri di pentas, tersenyum lebar sambil memberi isyarat. Layar LCD mula bercahaya.
“Saya dimaklumkan, setiap bulan kita ada anugerah cemerlang. Anugerah kali ni bukan baucer makan ya, kali ni kita bagi special sikit. Untuk seorang lelaki dan wanita. Dua-dua best staff of the month kita kali ni akan dapat satu set telefon pintar. Sponsor rahsia.”
Bersorak-sorak semua staf yang ada. Zarra tumpang senyum. Dia buang pandangan ke arah lain. Tak mahu dia memandang Hisham. Hatinya masih sebu.
Layar LCD kemudian terang. Dua gambar terpapar. Terasa pinggangnya disigung. Zarra angkat wajah, ternganga. Apasal pulak muka dia ada kat situ?
Zachary galak tergelak disebelahnya. “Congrats, sweetheart.”
Dia geleng kepala. Pandang Hisham yang sekilas memandangnya dari atas pentas.
“Dipersilakan Cik Zarra Zainal dari housekeeping dan Encik Atif dari maintance. Tahniah. Jemput naik ambil hadiah anda.”
Heiii...geramnya. Tak ada manusia lain ke yang nak sampaikan hadiah tu. Dia buat-buat senyum, perlahan berjalan ke pentas.
“Excuse me, Encik Hisham? Atas dasar apa mereka dipilih?” soal Liyana kuat. Wajahnya serius, pandang Zarra yang berdiri tenang berhampiran pentas. Dia kerutkan wajah, geram.
Hisham senyum, beri isyarat. Gambar Atif sedang membetulkan sesuatu dipaparkan.
“Encik Atif layak kerana beliau berjaya membuat pemantauan dan mengatasi beberapa masalah teknikal dengan pantas. Paling penting, beliau buat dengan cermat, rekod tugasannya juga kemas dan lengkap.”
Atif angkat tangan, tersenyum-senyum.
“As for Miss Zarra, saya rasa gambar ni boleh tolong kot.”
Semua mata memandang layar yang terbentang. Zarra telan liur. Beberapa gambarnya yang sedang ralit mengutip dan membersihkan macaron serta tisu di laman coffee house hari itu dipapar terang.
“Kebetulan hari itu ada seorang pelancong, tetamu kita sedang makan. Dia yang ambil gambar ni. Dia rasa Cik Zarra seorang yang sangat prihatin. Cuma dia hairan dengan orang yang membuang sisa tu. Saya kaburkan gambar kerana si pembuat tu staff kita juga.”
Berdengung suara ramai di situ. Masing-masing berspekulasi. Ada juga yang memandang sana-sini.
“Saya tak nak cakap siapa, tapi semestinya saya tahu. Saya fikir mungkin dia sedang menguji kecekapan Cik Zarra atau sememangnya orang dalam gambar ini otaknya tidak betul.”
Menggelegak ketawa. Beberapa mata memandang Liyana yang kepucatan.
“So, saya rasa fair kan?”
“Ya!!!”
Hisham tersenyum lebar. Dihulurkan kotak berbalut vantik itu pada Atif, juga Zarra. Langsung Zarra tidak memandangnya, sekadar angguk kecil dan ucapan terima kasih. Cepat-cepat dia kembali ke sisi Zachary yang sibuk tersengih.
“Tahniah sweet pie, good work. Siapa yang buat macam tu? Cakap dengan Zach, biar Zach gasak dia. Bodohnya.” Dia sendiri terkejut apabila melihat gambar itu.
“Dah kerja Zarra, Zarra buat sajalah. Siapa yang buat bukan penting pun. Zach nak phone ni? Ambiklah, Zarra tak mau. Pakai telefon cikai lagi bagus, tak sakitkan otak.”
Zachary ketawa, buat ramai mata menoleh. “Pakai sajalah. Nanti masuk whatapps group, senang nak mengumpat. Boleh video call dengan Zach tengah malam ke, dalam bathroom ke...”
Eeehhh...boleh tahan gatal juga mamat ni. Dia tumbuk bahu Zachary, kuat dan padu. Mengaduh lelaki itu sambil mengusap bahu.
“Zarra, you are lucky tau.” Perlahan saja tutur Zachary.
Dia jungkit kening. “Kenapa pulak? Sebab dapat phone ni?” Eleh, dia tak heran. Bukan keperluan untuk dia. Banyak lagi benda yang dia perlu utamakan.
Lelaki ini menyeringai, geleng sambil pandang kiri-kanan.
“No. You are lucky because there are so many peoplee here. If not...”
“Apa, apa?” soalnya mahu tergelak, seriusnya si Zachary.
“I shall kiss u on the spot...”
Gulp. Mana air liur? Apasal tekak tiba-tiba kering. Dia telan liur sekali lagi. Pandang zachary yang tersenyum dalam serius.
“Okaylah, I jalan dulu. See ya.” Cepat-cepat dia buka langkah. Laju dan pantas.
Zachary ketawa kecil. Tahu takut.

Kotak smartphone itu dia pandang tanpa rasa. Bukan dia tidak bersyukur tapi dia masih terkejut. Siapa yang ambil gambarnya? Setahunya Izrin, tapi gambar yang tadi dari jauh.
“Kenapa kau bagi muka sangat pada Liyana bodoh tu?” soal Wanie tiba-tiba.
Zarra terkesima.
“Kami tahu dia yang buat. Tengok kasut dia pun kami tahu.”
Ohhh...dia tersenyum, menyandar pada sofa. Dilla juga ada, ralit menyuap roti telur.
“Kau nak suruh aku buat apa, smackdown dia? Lempang dia? Cakap je,” tambah Dilla geram. Memang dia tahu itu kerja Liyana. Semua orang tahu.
“Tak payah. Dah kerja aku, aku buat ajelah. Lagipun takkan nak biarkan sisa tu kat lantai.”
Dilla geleng kepala. “Kau jangan lurus sangat. Izrin tu, dia yang jaga coffee house, bukan kau. Jangan sampai dorang buli kau lebih-lebih, Zarra.”
Dia hela nafas, pegang tangan Dilla. “Tak. Aku tak biarkan. Aku malas nak cari gaduh, itu je.” Betul. Dia mahu cari rezeki. Bukan tak ada tempat lain tapi dia rasa seronok di sini. Ada kawan-kawan yang baik seperti mereka semua, kebajikan juga terjaga.
“Kau ni baik sangat.”
Dia senyum, belek smartphone itu sekali lagi.
“Bak sini telefon buruk kau. Aku nak masukkan sim card. Nanti boleh aku add dalam group. Senang nak mengumpat.”
Zarra ketawa. Dia hulurkan saja. Buatlah, dia ikut asalkan benda baik. Apa yang susah sangat kan?

“Susah kau. Aku rasa dia ada pasang spy ni...tak boleh jadi,” rungutnya geram. Nasib baik gambarnya dan Izrin dikaburkan. Kalau tidak, malu juga. Siapalah yang jahanam sangat ambil gambar-gambar tu?
Izrin masih kepucatan. Dia perasan beberapa staff yang lain menjeling sinis. Dia rasa ada yang sudah tahu.
“Persetankan. Budak Zarra ni, satu hari nanti, dia tahu langit tu tinggi ke rendah.”
Ehhh..langit memang tinggi, semua orang tahu. Bodoh ke si Liyana ni? Izrin terkulat-kulat, mahu senyum atau tidak.
“Silap kau jugak, melampau sangat hari tu.”
Liyana bulatkan mata. Aku tonyoh juga mulut bodoh si Izrin ni. “Hoi, yang engkau siap gelak-gelak ambil gambar tu pun bukan sama je ke? Kau jangan nak dajalkan aku sorang. Kalau aku jatuh, aku heret kau sekali.”
Izrin garu pipi, telan liur beberapa kali.
“Janganlah marah, Yana. Aku rasa baik kita berhati-hati. Si Zarra banyak geng jugak. Even Zach pujaan kau pun sokong dia.”
Lagilah dia naik angin. Zachary dia punya. Dia tahu Zachary ramai kekasih yang memuja, tapi dia tetap tahu, Zachary hanya untuknya. Dia yang terlebih dahulu kenal Zachary. Jangan nak cari pasal dengan dia.
Izrin terus diam. Baik dia tutup mulut. Meletup si Liyana nanti dia juga tumpang malu.
“Okaylah babe, aku balik dulu.”
Liyana diam saja. Otak semutar berfikir. Zarra. Dia mesti singkirkan Zarra.

Jendela itu dibukanya seluas mungkin. Hanya berkain pelekat, Hisham berteleku memandang langit. Nun, jauh di awan yang terapung bak kapas, wajah Zarra bersilih ganti. Zarra yang tersenyum, Zarra yang menangis, Zarra yang marah. Semuanya Zarra. Dia pandang langit itu lagi. Ada pelangi yang merentasi. Hisham geleng kepala, tergelak sendiri. Kena sampuk ke kena minyak senyonyong? Telefon yang menjerit hentikan segala lamunannya. Pantas dia menyambar, memandang skrin
Kartini.
“Buat apa?”
“Waalaikumussalam.”
Kartini gelak kecil.
“Sorry. Assalamualaikum sayang.”
“Waalaikumussalam.”
“You buat apa?”
“Talking to you, kan?”
Terdengar bunyi suara gadis itu mendengus perlahan.
“Keluar jom. Pergi Sushi King.”
Aduhhh...malasnya dia. Dia sudah kenyang, sambal petai ikan bilis dengan kerapu tiga rasa.
“Please, Sham...I miss you so much...” pujuk Kartini manja.
Hisham pandang langit. Wajah Zarra masih ada. Biarlah, sekejap saja. Mungkin dia boleh berbincang dengan Kartini, berterus-terang.
“Okay. Give me thirty minutes.”
Suara lunak Kartini ketawa riang buat dia rasa bersalah. Belum sempat dia menyambung kata, talian dimatikan.

“Suprise!!!”
Dia terpempan. Wajah papa dan mama Kartini yang tersenyum lebar buat dia kaku seketika. Bukan tidak dia berjumpa keduanya, namun dia tidak menyangka kejutan yang disediakan. Hisham hulurkan tangan, bersalaman dan bertukar senyuman.
“Mesti you terkejut, kan?” soal Kartini riang.
Sangat. Aduhhh...asalnya mahu berbincang dengan Kartini. Dia mengambil tempat, duduk disebelah Tengku Adnan.
“Duduk sinilah,” pelawa Kartini manja.
Dia geleng, berikan senyuman. “I’m not your husband.”
Kartini senyum, kenyitkan mata. “Will be.” Dia hulurkan tangan, cuba meraih jemari Hisham namun hampa. Hisham memandangnya lalu gelengkan kepala. Dia cebikkan bibir, cuba tersenyum walaupun hati terasa pahit.
“So, ada apa sampai heret papa dengan mama kat sini?”
Kartini senyum lebar. Dia pandang Hisham lalu lentokkan bahu dengan senyuman yang paling manis.
“Papa, mama...Tini dengan Hisham nak bertunang. Enganged.”
Hisham berhenti bernafas. Matanya tak lepas memandang Kartini yang tersenyum manis sambil memeluk mamanya. Bahunya ditepuk-tepuk Tengku Adnan berkali-kali. Dia kaku.
“Well done, my boy. Bila Hisham lamar Tini?” soal Tengku Adnan ingin tahu. Dia pandang wajah Hisham yang terkejut. Terkejut? Pelik.
Dia geleng kepala, urut dahi beberapa kali.
“Bila Hisham lamar Tini?”
Dia angkat wajah, pandang Tengku Adnan yang tertanya-tanya.
“Maaf, uncle. Sham tak pernah lamar Tini.” Keras kali ini dia bersuara. Matanya memandang Kartini yang mula mencuka.
“Tini, apa ni? Cuba cakap betul-betul.”
Kartini gigit bibir, pandang Hisham dengan hatinya yang bercampur baur. Dia jeling mama yang sudah berkerut dahi, juga papa yang sudah memeluk tubuh.
“Okay, memang Hisham tak lamar Tini. So what? Sham, you love me, right?” soalnya perlahan. Dia tak mahu telinga dan mata yang ada disekeliling  mendapat tahu. Dia malu. Dia malu tapi dia tetap mahukan Hisham.
Tengku Adnan tarik nafas dalam-dalam. Dia tepuk bahu Hisham lembut. Dia kenal Kartini, anak bongsu yang seribu macam perangai. Dia tersenyum hambar. Kasihan Hisham.
“Mamanya, I think we should go. Let them discuss this matter together. And you...papa kecewa. Grow up, Tini. Belajar jadi dewasa.”
Kartini ketap bibir, cuba menahan malu yang meyerbu pipi. Nasiblah tidak ramai yang ada, namun dia sudah cukup malu. Dengan papa dan mama. Dengan Hisham semestinya. Mama tunduk, menciumnya sambil melangkah pergi. Dia gigit bibir, pandang Hisham lama-lama.
“Tak bolehkah you cakap yes saja?”
Hisham ketawa hambar. Dia sandarkan badan pada kerusi. Wajah cantik Kartini yang muram dan geram buat dia mahu bangun. Bangun dan melangkah pergi.
“Yes untuk apa?”
“Our engagement.”
Kali ini dia betul-betul ketawa. Aduhai Tini. Kenapa dengan kau? Dia hirup green tea itu perlahan-lahan. Silap diakah? Pernahkah dia menjanjikan sesuatu yang pasti dengan Kartini? Salah cakapkah dia?
“Tini...kita tak pernah declare apa-apa, bukan? Yes, maybe Sham silap. Sham layan Tini dengan baik sebab Sham fikir Tini akan faham dan akan beri Sham ruang.”
Kartini mendengus kasar. Dia tarik nafas laju – laju. “Sham, I kan girlfriend you, kan? Kan?”
Dia pangku dahi. Di Korea lagi Kartini mengejarnya, sentiasa mendekatinya. Entah, dia juga membuka ruang kepada Kartini. Silap diakah?
“Kita mula dengan kawan, ya sekarang kita rapat.”
“Rapat!?” Kali ini suara Kartini sedikit tinggi. Dia tak kisah. Hisham dia punya. Dia sudah lama berusaha mahu dekatkan diri. Dari dulu lagi sehinggalah mereka sama-sama pulang ke tanahair. Bila Hisham kembali ke Terengganu, dia yang berikan peluang kepada Hisham untuk bekerja di The Bliss. Memang pada mulanya Hisham menolak tapi dia tahu Hisham sudah bosan di Kuala Lumpur. Dia yang bersungguh-sungguh memujuk papa.
“Bertunang? Sham tak pernah jangkan itu dari Tini. Sham baru belajar mahu bekerja dengan baik. I mahu tingkatkan diri, Tini. Buat sesuatu dengan berjaya, baru I mahu bina keluarga, kahwin.”
Kartini gigit bibir, ramas tangan beberapa kali.
“Damn you. You sukakan orang lain bukan? You sukakan orang kampung you tu, kan?”
Dia diam. Be a man Hisham, tell her.
“Dahlah, jom balik. You balik, tenangkan diri. Esok kita jumpa, boleh?” pujuknya lembut.
Gadis itu bangun, menyambar tas tangan dengan pantas.
“Hantar I balik.”
Dia angguk.

Tangannya masih pada dahi. Siling yang muram dengan cahaya minimum buat dia terfikir sendiri. Kenapa tak mampu dia nyatakan segalanya? Kenapa dia tak berterus-terang? Dia perlu lakukan sesuatu. Untuk Zarra. Dia perlu kotakan janjinya pada Zarra. Hisham senyum sendiri. Saat matanya tertutup, wajah Zarra yang menyinga marahnya buat jantungnya berdebar. Jelingan maut Zarra buat hatinya bergetar. Tangisan lirih gadis itu buat dia nanar. Dia mahukan Zarra. Dia betul-betul mahukan Zarra. Dia mengambil telefon menolak skrin lalu mencari nama Zarra. Ahhh...sudah ada whatapps. Dia menekan gambar profail, tersenyum sendiri. Gambar seekor kucing tidur tergolek dijadikan Zarra gambar profailnya. Hisham ketawa kecil. Biarlah, malam ini dia biarkan Zarra tidur lena. Nantilah, nanti dia mahu atur strategi.
Kartini?
Dia urut dahi. Apa yang perlu dia buat?

Mengaduh dia sana-sini. Tangan kurus nenek nampak saja lengking tapi bila mengurut, mahu terkucil dia. Zarra menggeliat. Nenak kalau mengurut jangan keluar suara, nanti lagi kejam urutannya. Terasa jemari nenek menekan urat yang berselirat di bahagian bahu dan pinggangnya. Aduhai...sakit namun seronok.
“Menggeliat macam cacing.”
Dia diam. Saja la tu nak umpan suruh dia bercakap. Zarra ketapkan mulut, tahan suara dari muntah keluar. Mak aiii...mahu dia keluar airmata. Sakit wooo...
Tuk Teh senyum-senyum. Umur muda lagi, urat dah tersimpul sana sini. Bersenam malas. Balik rumah tahu terbungkang tidur. Padanlah badan jadi sakit-sakit, lenguh-lenguh.
“Kami kerja angkat bata ke, Zarra?”
Dia ketawa kecil. Apa? Ingat dia kerja buruh binaan ke apa? Dia kerutkan dahi, tahan sakit yang menyengat. Nenek ni nak mengurut ke nak patahkan tukang aku? Zarra menggeliat.
“Angkat bantal, angkat tilam, angkat kain gebar, angkat kaki.”
Tuk Teh senyum sambil pulas telinga. Bab menjawab serahkan pada Zarra. Makan ke tidak budak ni? Lengking semacam.
“Dah, pergi rehat. Lepas ni mandi dengan air daun pandan dan limau nipis, bagi badan harum. Tu, daun jambu batu yang nenek ikat siap-siap tu kami gosok satu badan, biar daki hilang. Harapkan sabun, berkaratlah daki kamu.”
Dia gelak, ikat kain batik kuat-kuat. Ni kalau terlerai kain ni, mahu terbeliak mata si Abam. Mimpi ngeri kucing dia nanti. Zarra gelak lagi.
“Ni bukan sebarang daki, nek. Ni daki duit,” jawabnya berseloroh. Yelah, mana tak berdaki. Kerja kemas bilik lepas tolak troli sana sini. Dia ambil daun jambu batu yang diikat kemas. Cakap nenek memang betul. Guna daun jambu memang bagus, kalah guna sabun paling mahal. Sebab itu ada dua tiga pohon jambu batu yang ditanam nenek.
“Beras goreng tumbuk pun ada. Basuh muka kamu. Dah anak dara, kena jaga rupa paras. Manalah tahu nanti ada yang berkenan nak buat menantu.”
Haishhh...tak nak dia jadi isteri sesiapa. “Tak adanya orang berkenan dengan cucu nenek ni.” Dia menggeliat, sedapnya berurut.
Tuk Teh cebik bibir, suap sirih ke mulut. “Hati orang, mana kamu nampak Zarra oiii...”
“Memanglah, kalau nampak maknanya matilah dia...” Zarra ketawa lalu berlari ke dapur. Semalam kena maki, baik dia lari. Abam sudah ada di dapur. Tidur, macam tak ada kerja lain nak dibuat. Melampaulah tu. Dia menguis Abam, mengiau lembut kucing itu.
“Masak apa , mak?” soalnya sengaja. Bukan dia tak tahu, bau pun sudah cam apa hidangan hari ini.
Aini senyum. Pandai pula tanya ya.
“Ada mata, ada hidung sendirikan?”
Zarra mengekek ketawa. Sardin tumis, telur dadar dan kangkung belacan. Ada pucuk ubi celur dengan budu. Sedapnya. Mahu tiga pinggan dia habiskan nanti.
“Pergi mandi. Nanti selesai solat, kita makan sama-sama. Tu, gaul nasi dengan isi ikan sardin untuk kucing kamu. Nanti orang makan nasi mulalah dia menyibuk duduk atas riba.” Dijelingnya si Abam yang masih tergolek tidur dihujung dapur. Amboi, kerja overtime ke semalam?
Zarra peluk Aini. Diciumnya lembut pipi insan kesayangannya itu. Bau harum bedal talkum ibunya buat dia tersenyum.
“Sayang mak.”
Aini senyum, tepuk kepala anak nan seorang itu penuh lembut.
“Mak sayang Zarra juga. Moga Allah lindungi kita semua.”
Zarra senyum lagi. Inshaa Allah. Lagipun, hidup mereka terlalu sederhana untuk fikitkan kemungkinan yang terlalu jauh. Mereka pasti okay, pasti tak ada apa-apa.

“Semalam balik kampung ke?”
Oh mak kau! Nasib baik dia tak tergolek depan lobi. Mana datang mamat ni, magic betul. Tiba-tiba saja ada tercatuk di hadapannya. Dia angguk.
“Iya. Rindu, kenalah balik kampung.”
“Rindu siapa, boyfriend kat sana?” soal lelaki itu kembali.
Dia tergelak. Yalah tu, dia rindu boyfriend dia kat kampung. Si Abam tu. “Saya rindu mak, rindu nenek, Rindu Abam. Tak boleh ke?”
Abam? Abang ke Abam? Silap telinga dia mendengar ke. Zachary hentikan langkah, depa tangan tahan langkah Zarra. Bulat mata gadis itu memandangnya.
“Siapa dia?  Abanm, Abang tu?”
Hahahaha...dia gelak. Wajah serius Zachary buat dia kembali serius. “My cat. Ke tepilah.”
Ahhhh...kucing dia ke? Zachary garu kepala, biarkan Zarra berlalu.
“Zarra!”
Lagi. Dia hentikan langkah, toleh pada Zachary yang tersengih. Kacak amat, buat hati terusik saja.
“Balik kampung bila-bila nanti, ajaklah Zach.”
Aikk..buat apa? Nak kena tangkap khalwat? “ Apasal pulak?”
“Nak kenal bakal mertua.”
Cehhhh...melalut latu. Dia angkat penumbuk, berlalu pergi dalam ketawa.

Teruterubozu Jadi Seribu Rindu

Assalamualaikum dan salam sayang...(chewahhh...)
Daku ada berita gembira. Alhamdulillah, manuskrip Teruterubozu sudah diluluskan ya. Juga, tajuknya den kena tukar. Nanti, bila dilharikan dalam bentuk novel (amboi ayattttt!!!), tajuknya ialah SERIBU RINDU.
Nanti bila dah ada cover, dan keluar masuk kedai buku, ku pasti, PASTI! update kat sini...muahahaha!

Nanti ku up bab seterusnya ya. Kejap je lagi.
Mekasihhhh...I lappp UUUU...kikikiki

Tuesday 19 July 2016

Teruterubozu BAB 5.

Sunyi.
Ida tarik daun pintu pelan-pelan.
Memang sunyi.
Lili dah masuk kerja agaknya. Dia mahu mandi. Pagi tadi pun, dia hanya sempat ambil wuduk, tak mahu dia bertembung dengan sesiapa.
“Aku ingat kau dah mati.”
Nasib baik tak tergolek dia di situ. Ida urut dada.
“Ida, apa ni? Apa kena ni?!”
Dia mahu masuk ke bilik namun tangan Zarra lebih pantas memegangnya. Dilla juga sama, siap berkawal di depan pintu.
“Ya Allah…kenapa bibir kau pecah ni, Da? Kau taruk ubat tak?”
“Aku jatuh kat tangga semalam. Mengantuk kot.”
Dilla dengus nafas. “Kau cakap betul-betul, Da, aku lempang kau nanti.”
Ida pandang Dilla, pegang tangan Dilla kuat-kuat. “Betul, La…aku jatuh semalam.”Ada getar dalam suaranya. Beberapa kali dia mengalihkan wajah, menyembunyikannya di balik tuala.
“Kalau kau jatuh, dengan gigi kau sekali patah tau. Ini. Ini pecah macam kena tumbuk!”
Zarra diamkan diri. Tarik tangan Ida yang sejuk.
“Ida, tolong. Tolong kami tolong kau. Kalau kau betul jatuh sekalipun, jom kita ke klinik.”
Ida geleng cepat-cepat. “Aku okay, aku dah taruk minyak gamat dah.”
“Minyak gamat? Mari aku taruk minyak panas kat muka kau, mau?!”
“La…sabar…”
Dilla peluk tubuh. Dia tahu. Ibunya sama macam Ida. Kena belasah dengan bapaknya, masih cakap jatuh, tergelincir. Sehinggalah saat bapak meninggal dunia akibat kemalangan, ibu tetap setia. Dia tahu, dia faham segala keperitan yang dilalui Ida.
“Ida, aku ni, kalau kau nak mampus sekalipun, jangan depan aku, depan kawan-kawan kita. Aku tahu kau sayang Halim, tapi ini bukan sayang. Apa guna kau bela dia, cintakan dia kalau ini yang kau dapat hari-hari, Da? Cuba kau  cakap dengan aku, Da? Apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat?!”
Kali ini dia menangis. Airmata yang turun tak dapat ditahannya lagi. Semalam juga dia menangis, namun seperlahan mungkin.
“Cukuplah, Da. Putus saja dengan Halim. Aku tak sanggup tengok kau macam ni…”
Ida menangis dan menangis lagi. Kalaulah dia mampu dan semudah itu.

Mahu dia melompat bila tengok mak. Diambilnya si Abam yang sedang tidur dipangkin kayu. Amboi…membuta kerjanya. Nasib baik kucing, kalau orang dia dah ikat pada tiang, sesen tak guna kalau asyik membuta.
“Bangunlah! Aku suruh kau jaga rumah, jaga mak, jaga nenek…ni siapa yang jaga siapa ni?!”
Kucing itu menggeliat. Mengiau panjang sambil menjilat mukanya.
Zarra gomol si Abam. Rindunya dia pada anak bulusnya ini. Dia letakkan Abam kembali ke pangkin, menyalami tangan Aini.
“Kenapa balik? Esok shift petang ke?” soal Aini mengah. Petang-petang macam ni memang dia senang ke tanah. Berkebun, bersihkan laman rumah.
“Esok Zarra off. Baliklah. Lagipun rindu mak…mana nenek?”
Aini senyum simpul.
“Ada, lelap kot. Nenek demam sikit semalam. Mak suruh dia rehat saja. Lagipun cuaca pun panas sangat campur dengan jerebu ni.”
“La…habis tu dah ada ubat? Kalau tak ada, Zarra pergi beli kejap. Mak, ambik ni. Zarra cari ubat nenek kejap.”
“Eh, kalau ya pun, naik dulu.”
“Nanti Zarra naiklah, mak. Zarra jalan dulu.”
Aini tak terkata. Kalau sudah cakap Zarra, larang macam mana pun, tetap dia buat. Keras kepala, macam arwah suaminya.  Dia tengok dalam plastik. Huh, macam-macam ada. Beras, gula, susu, bawang. Hai, underwear pun ada. Dia tergelak. Dapat gajilah tu.

Seronoknya dapat pecut motor laju-laju. Angin yang menderu umpama mahu mengajak dia berlumba bersama-sama. Ni kalau nenek tengok mesti dia kena pulas telinga. Zarra ketawa sendiri.  Seronok bukan, kala berseorangan, bawa motor laju-laju, menyanyi sorang-sorang macam orang gila. Yalah, kalau pandu kereta lain cerita. Bolehlah buka radio, takpun masuk cd, lepas tu karaoke dalam kereta kuat-kuat. Hidup. Hanya sekali,kan? Apa lagi, hiduplah betul-betul. Dia pulas minyak motor, mahu segera sampai ke Pekan Bukit Payung. Sampai di hadapan klinik, dia perlahankan motorsikal lalu mengambil parkir. Perlahan dia tanggalkan topi keledar.
“Dah agak dah. Gaya memang betul, tak sangka dah bertudung sekarang ni. Dah taubat ke?”
Zarra menoleh pantas, siapa pula yang cabul nak makan selipar jepun di petang hari nan mulia ini? Dia betulkan tudung yang senget, senyum manis.
Ahhh…manusia ini.
“Ya, saya. Abang Nuar dari mana? Baru bangun tidur? Mesti tak sembahyang Zuhur lagi, kan?”
Anuar sengih saja. Mulut Zarra memang bisa. Kalau nak cakap, cakap terus. Dia cabut spek mata hitam yang baru dibelinya di pasar karat di Kuala Berang minggu lepas.
“Biasalah, Zarra kan tahu jadual abang Nuar, penuh tiap hari. Kerja mana sekarang? Kalau tak kerja, 7 Eleven abang sentiasa terbuka untuk Zarra.”
Hahahaha…7 Eleven dia kepala otak berjambul. 7 Eleven tu, bapak dia yang punya. Yang si anak, berlagak nak mampus. Nak kerja kat situ lagi? Hohoho…tak nak dia. Tak pasal-pasal kena raba nanti. Anuar inilah yang dia karate dulu. Berani raba dia lebih kurang, ingat dia kucing macam si Abam ke. Sorry naik feri, ini Zarra Zainal!
“Tak apalah, abang Nuar. Terima kasih. Zarra dah kerja pun.”
Anuar senyum sinis. “Kerja apa, mekanik, jual air tebu?”
Ohhh…memang nak kenal rumput jantan ni. Dia senyum lagi, lebar dan bercahaya. “Menoreh.”
Ketawa besar lelaki itu. Mahu saja dilempangnya, tapi nanti kecoh pula. Masuk suratkhabar tak pasal-pasal. Muahahahaha!
“Itulah, abang Nuar ajak Zarra kawin dengan abang Nuar, Zarra tak nak. Tak payah Zarra kerja, menoreh ke apa. Goyang kaki.”
Kahkahkah…goyang kaki dangdut dia. Diri sendiri pun mak bapak yang tanggung, ada hati nak tanggung orang lain.
“Hishhh, mana layak Zarra untuk abang. Ramai lagi yang suka abang tau, abang je tak tau.” Dia mahu jalan, makin lama melayan, makin parah.
“Huh, sombong Zarra ni. Tahulah nanti siapa abang.”
Kali ini dia mahu gelak. Kenapa? Kau siapa? Bumblebee? Iron Man 5.0 ke Running Man ahli ke 8? Kalau bukan semua tu, tak payah auta, dia tak heran.
“Okaylah, bang. Jumpa lagi.” Oh no. Tak payah jumpa lagi, menyemak kepala otak saja. Sila blah!

Matanya separuh terbuka. Mengantuk jangan cakaplah. Selepas balik dari surau dengan mak dan nenek, terus dia tidur terguling di kerusi.
“Bangunlah, tidur dalam bilik.”
Dia buka mata, pandang mak yang tersenyum memandangnya. “Nantilah mak. Orang tak daya nak angkat kaki ni. Kalau merangkak masuk bilik aci tak?”
“Merangkak masuk kubur terus Zarra oiii…” sampuk Tuk Teh. Mulutnya asyik mengunyah sirih.
Pedihnya jawapanmu nenek weiii…mahu dia bertaubat terus.
Aini gelak sambil elus pipi Zarra. Kesian anak ini. Diciumnya dahi Zarra lembut.
“Apa ni mak, mana boleh cium-cium gitu,” marahnya olok-olok.
“Eleh, kalau mak cium boleh, nanti dah ada pakwe, kamu yang gatal nak cium dulu.”
“Buatlah. Kirim salam kat Abu Lahab kat neraka nanti,” sampuk nenek bersahaja.
Alahhh…nenek punya sampukan memang pedas amat. Dia ketawa, peluk Aini kuat-kuat, cium dahi itu dengan lembut juga.
“Zarra sayang mak.”
Dia bangun, peluk dan cium Tuk Teh.
“Zarra sayang nenek.”
Tuk Teh cubit pipi cucu nan seorang itu kuat-kuat. “Nenek tahu. Tidur, esok kita bungkus tapai.”
Dia ketawa lagi. Seronoknya hati, hanya Tuhan saja yang tahu.

“Beli ikan ke?”
Dia toleh.  Tuty.
“Ya. Tuty dari mana?” soalnya berbahasa.
“Tunggu Zatil. Nak pergi Paya Bunga Square, beli handphone baru.”
Ohh…panjangnya jawapan. Dia senyum. Mesti beli smartphone, kan? Dia ada telefon cikai ni pun dah kira okay.
“Kau kerja mana sekarang? Kau belajar U dulu kan?”
Kenapa semua orang sibuk nak temuduga dia ni? Glamour sangatkah dia.
“Menoreh kat hujung kampung,” jawabnya malas. Tangannya membelek-belek kangkung yang segar. Suruh mak goreng belacan sedap ni.
“Kan? Belajar tinggi-tinggi tak semestinya kerja pun tinggi. Membazir.”
Haishhh…aku libas dengan kangkung kang, malu satu kampung.
“Tak membazir, Tuty. Ilmu yang dapat tu penting. Kalau tak ada ilmu, bercakap pun orang tak mahu dengar, tong kosong. Kalau ada ilmu, kerja apa pun, ilmu tetap ada. Orang malas dengan pendek akal je yang fikir macam kamu.”
Zarra toleh.
Kak Halina. Kakak Hisham. Dia telan liur. Sudah lama dia tidak bersua dengan Halina. Kalau dia nampak, memang sengaja dia mengelak.
Tuty senyum-senyum, buat-buat pandang jam tangan. Bila Kancil milik Zatil sampai, cepat-cepat dia masuk ke perut kereta.
“Zarra cuti ke hari ni?”
Dia angguk, menyalami tangan Halina.
“Ye kak, off sehari. Lama tak jumpa mak dengan nenek.”
“Zarra kerja kat mana? Lama tak nampak.” Dia pandang Zarra dengan senyuman. Sudah dewasa, makin cantik. Nanti dia cakap dengan ummi, Zarra ada di kampung. Mesti ummi suka.
Dia berkira-kira sebentar, nak tipu ke cakap betul-betul?
“Kerja kat Bandar KT. Cashier, kak.”
Halina senyum.
“Baguslah. Asal kerja. Lama tak datang bengkel batik akak. Kalau ada masa, datanglah. Design yang mak Zarra buat memang cantik. Lagi cantik dari dulu tau.”
“Ya, kak. Inshaa Allah. Zarra jalan dulu ya, kak.”
Halina angguk.
Cepat-cepat dia membayar, lalu berlalu pergi. Entah kenapa, hatinya mahu menangis.

“Asal balik kampung je, muka cemerlang, gemilang,” usik Dilla. Hari ini ramai yang check out, jadi sebelah petang begini bolehlah mereka bertenang sedikit.
Dia senyum lebar sambil susun segala borang di dalam bakul. “Ambik semangat, La. Seronok aku. Ida kerja tak hari ni?”
Dilla angguk. “Kerja. Tapi macam tu lah. Bercakap tak mana. Banyak berkurung dalam bilik. Kerja pun kata kak Wanie, macam zombie. Zarra, tu…”
Zarra angkat muka. Hatinya kaku seketika.
Hisham.
Seluar khaki warna hitam dan t-shirt putih berkolar. Dia palingkan wajah, pandang ke arah lain.
“Hai ladies. Macam mana hari ni, okay?”
“Okay sangat, Encik Hisham.”
“Dilla, bukan setiap department ada group whatsapp masing-masing ke?”
“Ya, Encik Hisham. Tapi si Zarra ni, nak add dia pun tak boleh, pakai telefon zaman kanak-kanak Ribena dulu kala lagi.”
Aduhhh…merah padam mukanya. Takkan itu pun nak cerita, bongoknya kau Dilla.
Hisham senyum, pandang Zarra yang tunduk. Marah ke malu tu? Dia mahu ketawa, tapi dia tahan.
“Oh, dah dapat gaji belum, Cik Zarra? Belilah satu smartphone. Yang murah-murah pun banyak sekarang.”
“Inshaa Allah.” Apa? Ingat gaji aku tu tak ada benda lain nak buat ke? Sibuk je.
Aik, sepatah saja jawabnya.
“Entah, ni ha Naim, order je phone dengan dia, dia semua kedai telefon dia kenal.”
Zarra ketap bibir. Yelah, mangkuk. Ni apahal tercegat lagi kat sini? Pergi jauh-jauh.
“Lusa kita buat cabutan Employee of The Month. Jangan lupa tengok bulletin board sebelah wall Sky of Love.”
Aku tahu. Pergilah jauh-jauh.
Hisham tenung seketika wajah itu. Zarra, pandanglah abang walaupun sekejap. Tolong.
Dia terus tunduk. Ya Allah, tolonglah jauhkan dia dari lelaki ini. Kakinya sudah hampir longlai.
“Okay, keep it up. Selamat bertugas semua.”
Dia berlalu, meninggalkan Zarra yang masih sepi tanpa memandangnya. Zarra, sampai bila kita mahu begini?

Liyana senyum sinis. Dia pandang balik skrin smartphonenya. Gambar-gambar tadi telah dihantarnya kepada Kartini. Hai Zarra, makan tapak kakilah nampaknya.

Kartini ketap bibir. Sengaja dia hentikan Mini Cooper miliknya di bahu jalan. Dia tahu, kalau whatsapp dari Liyana, mesti ada sesuatu yang penting.  Cepat-cepat dia menyentuh skrin telefon. Ada lima keping gambar semuanya.
Hisham.
Hisham pandang Zarra.
Gambar Hisham yang tak lepas-lepas memandang Zarra.
IPhone itu dicampaknya ke seat sebelah. Baik. Dia mahu dengar, apa pula alasan Hisham kali ini.

Hisham urut dahi. Bukan sebab kerja dia sakit kepala, tapi kerana wanita ini. Selamba saja Kartini datang, menyerbu biliknya di pejabat. Mata yang memandang, bukan Kartini kisah. Kalau Tengku Adnan tahu, pasti dia juga yang dapat natijahnya.
“Kenapa dengan Tini ni? Sham banyak kerja nak dibuat, Tini.”
Kartini hempaskan diri pada sofa, pandang Hisham dalam renungan tajam.
“Kerja apa? Melawat kawasan, melawat lobi? Ziarah orang kampung?”
Haa…itu ke sebabnya? Hisham geleng kepala. Dia duduk di sofa berhadapan dengan Kartini yang masam macam yogurt basi.
“Ya. Sham melawat lobi, pantau coffee house, pantau restoran, pantau kitchen, pantau semua department dalam hotel ni. Itu tugas Sham. Kerja Sham. Kalau Tini tak suka, Sham jumpa dengan papa Tini, mintak dia tukar position Sham. Tini nak Sham kerja kat mana? Guard? Waiter? Receptionist? Mana Tini nak Sham pergi? Mana?”
Kartini telan liur, pandang wajah Hisham yang tenang walaupun nada suaranya sedikit keras. Dia gigit bibir, bermain-main dengan tali tas tangan diribaannya.
“Sham kerja kat sini, Tini. Sham bukan datang goyang kaki. I’m here to work my ass, babe.”
“Sambil flirting, kan?” Dia tak mahu kalah. Dia pandang Hisham, berlaga pandangan.
Hisham bangun, masuk tangan poket.
“Kalau Tini fikir macam tu, fine. Teruskan. Alang-alang dah orang cakap kita flirting, kita buat saja.”
Kartini tersentak. Terus dia bangun, pegang tangan Hisham.
“Sham…I’m sorry. Tini tahu Tini salah, but…Tini cemburu. You are mine, right?”
Hisham dengus nafas perlahan.
“Nobody owns me, Tini.”
Kartini tarik nafas, mahu dia menangis di situ.
“Maafkan, Tini…please…”
Hisham kembali duduk. Dia pangku dahi, pandang wajah Kartini yang mengharap. “Jangan buat lagi, Tini. You are too sophisticated to deal with all this nonsense.”
Terhenyak dia dengan kata-kata itu. Dia hanya mampu bungkam.
“Dah, tenangkan diri. Takpun pergi coffee house, isi perut you.”
“Temankan I ya, Sham.”
Hisham hanya mampu angguk.


“Zarra, tengok tu…meluat aku. Macam Miss Bitchy dengan Mr. Awesome. Langsung tak padan.”
Dia pandang ke arah yang ditunjukkan. Bergetar hatinya sesaat dua. Dia hanya pandang sekilas apabila Hisham dan Kartini melintas bersama-sama di lobi. Dia kembali tunduk.
Interkom disebelahnya tiba-tiba berbunyi.
“Zarra?”
“Ya, saya. Ada apa, Puan Jayasri?”
“Habis shift nanti naik ke HR department sekejap ya.”
“Okay, nanti Zarra naik.” Dia letakkan gagang.
“Siapa?”
“Madam Jayasri.”
“Apahal?”
“Entahlah, La. Nantilah aku cerita balik.”
Dilla angkat kening.
Zarra pandang depan. Ada lagi. Siap duduk-duduk lagi depan lounge di lobi. Biarlah. Bukan ada kena mengena dengan dia pun.
“Tak malu. Hari-hari datang menempel.”
“Biarlah, La. Hotel bapak dia. Kalau ini hotel bapak aku pun aku datang hari-hari.”
“Kau datang mesti nak kerja, kan? Dia? Dia tahu datang makan, mandi dalam pool, lepas tu pergi spa. Spa sendiri ada, buat apa datang sini. Makan gaji buta.”
Tergelak dia.
“Tak baik, La. Dah rezeki dia Allah beri macam tu.”
“Tapi serius, Zarra…aku tak paham kenapa Encik Hisham boleh couple dengan Miss Bitchy tu? Kalau dengan aku ke, kau ke, lain cerita.”
“Sebab mereka belajar kat oversea sama-samalah. Korang apa tahu, mengumpat je kerjanya,” sampuk Naim tiba-tiba.
“Dorang belajar mana dulu? Hebat. Oversea kau.”
“Korea.”
Naim dan Dilla pandang dia. Zarra tergamam seketika.
“Mana kau tau, Zarra?”
“La, bukan hari tu Ida ada cakap kan?”
“Ohhhh…betul juga. Anak orang berduit. Alaska pun boleh hantar, jangan cakap Korea.”
Zarra setuju dalam hati. Entah, tiba-tiba saja matanya mahu melirik, memandang pasangan itu yang mula bangun bergerak ke arah coffee house.
“Kita ni tengok saja bolehlah, Zarra. Dunia kita lain, dunia dorang lain.”
Dia senyum hambar namun jantung terhenti apabila Hisham memandangnya sekilas. Walaupun hanya beberapa saat, pandangan mereka bertaut.
Ya Allah…kenapa jantung ini kian bergetar-getar?

“Ummi, ada hal sikit Sham nak cakap dengan ummi.”
Hajah Kalsom letakkan kacamata di meja. Kitabnya ditutup.
“Abi mana?”
“Masjidlah. Lepas Isyak nanti dia baliklah. Ummi tak larat nak ikut malam ni, sakit pinggang.”
Dia diam saja, dengar keluhan ummi tanpa mencelah.
“Hal apa, Sham? Serius bunyinya.”
“Sham dah jumpa Zarra.”
Hajah Kalsom pula yang diam.
“Mana kamu jumpa dia? Kat kampung dia?” Huh, bukan dia tak tahu, Halina baru saja cakap dengan dia. Jadi betul lah Zarra ada di kampung sana sekarang.
Hisham geleng.
“Kat hotel tempat Sham kerja. Dia kerja kat situ jugak. Ummi ada jumpa dia ke sebelum ni?” soalnya kembali. Dia tengok ummi cool saja.
“Lepas dia masuk universiti, ummi langsung tak pernah jumpa dia. Akak kamu ada terserempak dengan dia hari tu. Jadi ummi tahu dia ada di sini. Nak ummi jumpa dia?” soalnya kembali, mencari jawapan pada wajah Hisham.
Buat apa? Tak payahlah. Dia dah besar panjang. Pandailah dia selesaikan sendiri.
“Tak payah, mi. Ini masalah Sham, biar Sham yang uruskan.”
“Kamu anggap Zarra tu sebagai satu masalah ke, Sham?” soal umminya tiba-tiba.
Aduhhh, silap penggunaan ayat pulak.
“Bukan macam tu, mi. Maksud Sham, antara Zarra dan Sham, biar Sham usahakan untuk cari jalan penyelesaian. Lagipun pun Sham dah mohon maaf dengan dia, mi.”
“Dia maafkan kamu?”
Hisham genggam dua belah tangan, pandang umminya yang berkerut dahi. “Ya, dia maafkan Sham.” Sekadar memaafkan tapi tak melupakan.
“Maaf tu boleh dengan mulut, Sham…tapi maaf yang tulus dari hati, itu yang payah. Kalau kamu fikir dengan maaf dari mulut itu sudah dapat legakan hati kamu, terpulanglah.”
“Ummi nak Sham buat apa sebenarnya?” soalnya menduga.
“Ummi mahu kamu lunaskan janji kamu sepuluh tahun yang dulu.”
Hisham sandarkan tubuh, sepasang tangan ke dahi. Inshaa Allah, ummi. Sham akan tunaikan.
“Kalau Sham tak boleh tunaikan janji tu?”
Hajah Kalsom pandang dia terkebil-kebil. “Itu antara kamu, Zarra dan Allah.”
Dia senyum. Dia tahu, dia sudah jangkakan jawapan itu.

“Da, kau dah macam mana?”
“Aku okay.”
Semua diam. Masing-masing kembali pandang televisyen.
“Kau sayang Halim, Da?” soal Zarra berani. Berani mati dia kali ini.
Dilla dengan Lili nganga pandang dia. Lepas itu pandang Ida yang juga nganga. Apahal semua nganga nih…
“Kalau kita sayang orang, kadang-kadang semua kelemahan dan kesilapan dia kita terima. Masalahnya sekarang, dia asyik ulang kesilapan yang sama, betul tak?”
Ida tunduk, pandang lantai. Dia tarik nafas dalam-dalam. Matanya mulai berkaca.
“Aku sayang dia, Zarra. Dari sekolah menengah lagi kami bercinta. Perangai panas baran dia saja yang tak elok…”
“Panas baran saja? Kau jangan nak bela dia, Ida…yang dia pukul, sepak terajang kau tu apa?” Keras suara Dilla.
Zarra jeling Dilla. Asal nak berbincang, terus naik suara. Bila masalah nak selesai. Cuba cakap elok-elok macam manusia ada akal. Dia angkat penumbuk.
“Betul cakap Dilla tu, Ida. Aku tahu kau sayang, tapi jangan sampai jadi hamba sayang, jadi mangsa.”
Ida tekup wajah pada bantal kecil. Sungguh, dia sayangkan Halim. Dia terlalu sayangkan Halim.
“Kau nak kau mati, baru kau nak sedar? Masa tu dah tak guna, Da. Kau nak bangun dari kubur, cari dia, hisap darah dia? Tak adanya jadi macam tu. Dalam filem bolehlah…”
“Dilla!”
Gadis itu gulingkan mata.
“Bukan macam tu. Aku tahu, dia boleh berubah. Aku cuma perlu sabar, La.”
“Da, kalau dalam setahun, setiap bulan kau kena, itu bukannya sabar, itu namanya bodoh. Tolonglah, Da. Tolonglah tinggalkan dia. Aku tahu kau sayang dia, tapi yang paling penting kat sini, kau sayang diri kau sendiri.”
“Kau tak faham. Bila dah cinta, besar mana pun salah dia, hati tetap cinta.”
Zarra terdiam. Macam salah Hisham pada dia? Sanggup ke dia maafkan Hisham? Tak mungkin.
“Dengar cakap aku. Kau bukan sayang, tapi bodoh. Kau bukan cinta, tapi buta! Faham!” Dilla bangun, masuk ke bilik laju-laju.
Zarra tarik nafas, tarik Ida dalam pelukan. Hai Ida, kuatkan hati kau, sahabat.

“Maaf, Puan. Zarra terlupa hari tu. Kenapa Puan nak jumpa Zarra?”
Jayasri pegang fail, senyum pada gadis dihadapannya. “Zarra, starting tomorrow, you kena masuk department Housekeeping.”
Ohh…pasal itu je ke? Dia okay je.
“Laa…okaylah tu. Lagi seronok. Boleh jalan-jalan masuk bilik sana-sinun. Start shift minggu ni ke, Puan?”
Jayasri angguk. “Seluar panjang hitam dah beli?”
Zarra senyum sambil angguk. “Dah, don’t worry. Terima kasih. I’ll do my best.”
Jayasri sambut huluran tangan itu. Kalaulah Zarra tahu yang dia dapat bertukar department bukan kerana permintaan dia dulu, tapi kerana arahan Miss Kartini. Jayasri mengeluh pendek. Kaya berkuasa, semua benda main petik jari.
Zarra tarik daun pintu.
“Kau kenapa? Dah kena pecat ke?”
Hak alah…kenapa selalu saja dia bertembung dengan Liyana ni?
“Tak, Cik Liyana. Naik pangkat, jadi mem.”
Liyana jungkit bibir. Hah, ingat dia tak tahu. Padan muka. Biar perempuan itu rasakan. Kerjalah sampai tertonggeng kat housekeeping tu.
“Mem apa. Kalau babu, tetap babu, Zarra. Tak payah nak ke langit tinggi sangat.”
“Tak teringin pun nak ke langit, Cik Liyana. Mati nanti masuk dalam tanah jugak, kan?”
Liyana ketap bibir. Satu hari nanti, makan penampar juga si Zarra ni. Dia jegilkan mata. Kau belum kenal siapa Liyana, Cik Zarra!

Wanie gelak sambil tepuk-tepuk dahi dia. Melampaulah tu.
“Sakitlah, akak!”
“Elehhh…tepuk dahi dah sakit. Ni..nanti kena basuh bilik air, kemas katil, lagi penat wooo…”
Dia senyum, betulkan tudung yang sedikit senget. Apasal asyik senget aje tudung dia. Saja dia datang menjenguk di sini. Lagi seronok kot dari berdiri macam patung mannequin di lobi. Esok dia kan mulakan kerja di department ini. Okaylah, shift mula pukul tujuh pagi, habis jam tiga petang. Kalau petang, tiga petang habis jam sembilan malam. Dia okay saja. Senang dia balik rumah. Kalau malas pun dia balik kuarters. Seluar slack hitam dia beli tiga pasang. Cukuplah tu.
“Kau okay ke? Dah lah lengking, nanti patah riuk tulang-temulang habislah…”
“Akak, kalau tengok tulang memang tak daya…tapi Zarra ni tulang tak sama dengan kederatlah…”
“Kederat kelaut kamu…tahulah esok macam mana.”
Dia mengekek-ngekek ketawa. Zarra lunjurkan kaki. Tak mengapalah. Dia hanya mahu mencari rezeki. Cukuplah untuk dia, mak, nenek dan si Abam. Bukannya dia mahu gaji sampai beribu-riban. Ini pun sudah cukup. Yang penting, dia tak menyusahkan sesiapa.
“Malam ni, Zarra makan nasi banyak-banyak. Esok datang semua bilik boleh Zarra bungkus.”
Mak Jan gelak bersama Wanie. Amboi, bersungguh benor gelakkan aku ya. Caitttt…
“Jangan nak cakap besar Zarra oiiii…kalau setakat kemas bilik kau, sambil korek hidung pun siap. Ini, ini lain wehhh…”
Dia bangun, cebikkan bibir.
“See the legs lah…”
Lagi kuat Wanie ketawa. “Kaki cam batang kayu nak suruh tengok. Dah, dah…pergi balik.”
Zarra angkat tangan, menggeliat macam kucing.
“See you tomorrow.”
Mak Jan senyum simpul. Ya, jumpa esok. Jangan melalak sudah.

Dia sengaja perlahankan kaki. Buat-buat muka serius sambil pandang sana-sini. Sekali lagi dia menjeling. Memang sah bukan. Dah tukar shift ke?
“Cari apa, Encik Hisham?”
Dia menoleh, pandang Dilla yang tersenyum lebar.
“Tak ada, nampak lain lobi hari ni. Baru mop ke?” Hahahaha…bodoh tak dia?
Dilla batuk-batuk kecil. Ni mesti tak pernah menipu. Nak tipu pun tipulah yang logik-logik sikit. Harunya mamat sorang ni.
“Zarra dah tak kerja kat sini.”
Terhenti jantungnya seketika. “Kenapa? Dia ada masalah ke?” Kena pecat dengan Kartinikah?
“Tak, bukan macam tu. Dia dah tukar department. Start hari ni, dia masuk kerja bahagian housekeeping, Encik Hisham.”
Ahhhh…macam tu ke. Mahu juga jantungnya gugur sebentar.
“Apasal kena tukar?”
“Dia yang mintak.”
Ohhh…nak larikan diri dari aku ke? Hisham gosok tengkuk.
“Nanti jangan pulak Encik Hisham tak jenguk kami kat sini,” tutur Dilla lembut. Mahu dia tergelak tengok Hisham tersengih-sengih. Nasib baiklah orang hensem, kalau tak nampak macam badut tak cukup make-up.
“Hisshhh…saya jenguk semua. Mana saya tinggal-tinggal.”
Dilla batuk lagi. Yelah tu…tak sabar dia nak bercerita dengan si Zarra. Kalau nak ziarah orang kampung pun takkanlah macam ni punya gaya. Ini dah kesampukan, kerasukan hati. Ohhh Miss Bitchy, mahu aku tepuk tangan laju-laju.
“Semua okay kat sini?” soal Hisham serius.
“Alhamdulillah, okay. Encik Hisham okay?”
“Ehhh…saya okay sangat. Tak apalah, saya nak round department lain kejap. Good work.”
Dilla tahan ketawa. “Jangan lupa jenguk housekeeping ya.”
Hisham gelak, tersenyum sambil melangkah. Rileks, buat macam tak tahu apa-apa. Aduh Zarra…payahlah abang mahu bertemu mata.

Baru dua bilik, mahu patah pinggang dia. Bilik standard dengan deluxe okaylah, kalau bilik Family dengan Suite, mahu dia terduduk kejap. Memang nampak macam sikit, tapi cerewet. Cadar kalau ada kotor tompok kecil pun kena tukar. Bilik air mesti kena pastikan bersih dan kering. Semua benda kena kemas dan rapi. Paling penting, bersih dan tersedia. Mula-mula memang dia okay. Masuk bilik kedua dah macam kena dera dengan Wanie. Semua benda dia kena buat. Wanie bahagian betulkan dan tegur saja. Kata Wanie, housekeeping ni macam duta kecil hotel. Kalau cantik kerja geng housekeeping, cantiklah juga nama hotel. Sebab tu kena buat betul-betul.
“Semalam cakap senang macam kacang. Sekarang apahal,cik adik?”
Dia tersengih-sengih. Semalam tak buat lagi, manalah dia tahu.
Zarra betulkan pinggang. Ni kalau balik rumah minta nenek urutkan mesti masyuk. Heaven. “Orang okaylah, akak. Saja buat-buat lenguh sana-sinun.” Okay amenda, mahu tercabut pinggang. Bawak motor jauh-jauh pun dah macam nak nangis, ini kan buat yang ini.
Tepuk-tepuk paha si Wanie ketawa. Amboi kau…melampaulah tu.
“Mula-mula memang cam gitu, Zarra. Nanti dah biasa, okaylah. Cakap kat kampung hari-hari angkut balak, ini angkut comforter tu pun muka macam kesiangan.”
Zarra gelak, kebas comforter beberapa kali. Bestkan kalau dapat tidur atas katil depan mata dia ni. Empuk dan nyenyak.
“Balak tu lain kak…balak yang Zarra angkut besar jari kelingking je.”
“Korang buat kerja ke korang borak? Ingat hotel ni bapak kau punya ke?”
Mereka sama-sama menoleh. Wajah sinis Liyana tercatuk di depan pintu buat dia rasa mahu campak bantal. Hai…kat sini datang spotcheck juga ke?
“Ni kau tukar kerja ke? Jadi mandur? Siput sedut gila kuasa?” soal Wanie bercekak pinggang. Melampau perempuan ni. Semua benda mahu mahu diselak. Kain sendiri tak cukup tak pula ambil tahu. Memang melampau.
“Aku tak cakap dengan kau ye, gendut!”
Ini sudah lebih. Kalau lumur dengan Fabuloso ni karang ada yang melalak pulak.
“Gendut aku, ada laki. Kau? Daki banyaklah…hah! Masuklah kalau berani. Kau ingat aku takut!”
Zarra pegang Wanie. Pegang kuat-kuat. Bimbang dia, sekali Wanie hentak si Liyana tu, mahu patah empat kerat bahagi dua puluh. Hancur.
“Dahlah…cuba bawak bersabar sikit, kak…”
“Ada laki pun tak guna kalau kau mandul, bahlul!”
Wanie terdiam, ketapkan bibir sekuat mungkin. Jangan sebut pasal anak, hatinya tersentuh. Terduduk dia di hujung katil.
Liyana jegilkan mata, melambai sinis lalu berlalu pergi. Melenggang gadis itu berjalan, ketawa kecil bagai tiada rasa bersalah.
“Kak Wanie…kalau dengan kata-kata busuk si Liyana tu akak termakan, akak memang tak patut. Anak, jodoh, rezeki, semuanya datang dari Dia. Dah, mengucap, istighfar.”
Wanie kesat pipi. Sebak dadanya sebentar. Cakaplah apa saja pasal dia, dia telan. Jangan dimainkan pasal anak, hatinya tersentuh. Betul, suami dan keluarga mertuanya sangat baik, tapi kalau bab anak, dia sensitif.
“Akak muda lagilah. Ada masa lagi. Dah, kita sambung buat kerja. Nanti semua bilik Zarra kemaskan hari ni. Round ni, Zarra buat semua.”
Wanie tarik Zarra, peluk gadis itu kuat-kuat.
“Terima kasih, Zarra.”
Zarra gelak kecil. Tepuk paha Wanie lembut. “Sama-sama. Jom, kita buat kerja kita. Berkat tau kak kerja kita ni. Yang penting, halalan toyyiban.”

Allah…penatnya. Lima belas bilik dia bersihkan hari ni. Kalaulah dia boleh pejamlan mata, seronoknya. Dia melunjurkan kaki. Mahu meletup urat dibuatnya. Wanie sudah ke surau mini di tingkat yang sama di belakang pantry pekerja. Dia awal-awal lagi sudah solat Zuhur. Bukan apa, baik kerjakan solat awal-awal, taklah terlajak nanti. Stor housekeeping ini cukup teratur kemas. Paling dia seronok, tempat inilah. Ruang rehat yang lengkap dengan sofa, televisyen dan juga pantry. Di belakang pantry ada surau mini. Bersebelah surau mini pula ada bilik khas untuk pekerja wanita menyimpan barang, mandi dan menyalin pakaian. Bilik khas lelaki di tingkat bawah, bersebelahan dobi. Zarra pejamkan mata. Dapat lelap sepuluh minit pun cukuplah.
Wanie betulkan tudung. Perutnya sudah mencerut. Kena makan ni. Dijelingnya Zarra yang terlelap. Patut ke dia kejutkan? Kesian pula. Tak apalah, nanti dia bungkuskan makanan. Kalau hotel lima bintang tempat dia bekerja dahulu, jauhlah macam The Bliss. Mana ada layanan sangat. Tempat berehat pun surau. Makan pun ala kadar. Bila dia bekerja di sini, dia terus terpaut. Manakan tidak, gaji walaupun dulu lebih sedikit tapi masih lebih baik dari dulu. Makan minum untuk pekerja pun ada. Paling dia seronok bila ada setiap deparment ada ruang khas masing-masing. Buat kerja pun hati senang. Kuarters pun siap dibina.
“Mak Jan, kami turun makan dulu. Nanti kalau Zarra bangun, cakap saya dah tapau untuk dia. Biarlah dia rehat. Dia penat tu.”
Mak Jan angguk, pandang Zarra yang sedang lena.
“Mak Jan nak bungkus?”
Mak Jan geleng. “Puasa sunat hari ni.”
Wanie angguk. Dia pandang Zarra sekali lagi. Tersenyum dia dalam hati. Tidurlah. Moga kau mimpikan yang indah-indah.

Hisham diam. Wajah yang lena di sofa itu dipandangnya lama. Cantik. Tatkala Zarra tidur, dia akui, Zarra yang tercantik di matanya. Umpama sepuluh tahun yang lalu. Ruang itu kosong. Hanya ada dia dan Zarra di situ. Dia perlahankan langkah, duduk sesenyap mungkin. Wajah dihadapannya ini buat hatinya kian luluh. Kau masih bencikan abang, Zarra?
“Encik Hisham.”
Dia menoleh, memberi isyarat supaya pemilik suara itu diam.
Wanie gigit bibir. Aduhai Zarra…matilah kau.
“Maaf Encik Hisham. Dia letih sangat tu. Hari ni dekat sepuluh bilik dia bersihkan. Maaf, nanti saya kejutkan dia.”
Hisham senyum sahaja. “Tak apa, saya faham. Biarlah dia tidur. Saya pun datang nak tengok-tengok semua department.”
Huiih…lega. Kalau tak ada yang kenal pecat on the spot. Naya.
“Nanti bila dia bangun, saya pulas-pulas telinga dia ya, Encik Hisham.”
Kali ini Hisham tergelak. Dia bangun, pandang sekilas si gadis yang masih lena.
“Jangan kuat-kuat sangat, sikit je.”
Wanie angguk. Dia telan liur. Nasib baik dengan Encik Hisham Zarra oiii…kalau dengan Cik Kartini, mau makan tapak kasut tumit tinggi tu gamaknya. Aiyyakkk…
“Saya jalan dulu. Keep up the good work.”
“Yes, Sir.” Amboi, speaking.
Sebaik saja Hisham hilang dari pandangan, Wanie terduduk.
“Huihhh…speaking. Yes Sir gitu.”
“Terkejut aku gila!”
Zarra bantai gelak kuat-kuat. Dia bangun, menggeliat macam kucing. Gila. Mahu saja jantung dia pecah bila dia sedar Hisham datang. Mujurlah dia buat-buat tidur. Mahu saja dia pengsan terus.
“Kau sedarlah masa Encik Hisham ada kat sini tadi?”
Dia angguk. Caitt…habis senget tudungnya.
Wanie gelengkan kepala.
“Tolol. Nah, makan.”
Zarra ketawa. Memang dia dah lama bangun. Lapar kau. Perghhh…mujurlah Hisham malaun tu dah angkat kaki.
“Zarra, bismillah dulu.”
Dia sengih, gelak-gelak kecil. Hai hati, tadi kenapa kau menyanyi riang?