Sunday 6 December 2015

Nahhh !!! Ambik....Teruterubozu Bab 2

BAB 2

“Yang engkau senyum manjang macam kena sampuk ni kenapa?”
Dilla muncungkan bibir. Tangannya meregang kemudian gadis itu menggeliat.
“Rugi kau.”
Rugi apa bendanya. Bukannya dia main saham ke apa? Zarra betulkan kain yang sedikit senget. Haishhh…menyusahkan betul.
“Tadi, AGM baru datang sini…humangai…meletup, marbeles dia punya kekacakan. Aku tergoda…”
Dah sudah…kena penangan angin senyonyong  la ni…
“Dah kalau hensem sangat, apasal kau tak telan aje dia.”
Dilla sengih-sengih. “Zack…kalau dia izinkan, aku telan dia dia betul-betul.”
Mereka sama-sama ketawa.
Bongok. Beranganlah. Berangan saja sudah cukup. Bukan salah pun.
“Hoi, dah gila ke apa korang nih?” tegur Naim dengan jungkitan kening.
Zarra pandang Dilla, Dilla pandang dia. Kali ini serentak mereka ketawa.
Naim geleng-geleng kepala. Apalah nasibnya kena kerja dengan budak dua ekor nih…

Dia lunjurkan kaki. Bukan penat sangat, Cuma rasa mengantuk mula mengusai fikiran. Hisham sandar badan, pejamkan mata.
“Penat, Sham?”
Dia senyum dalam diam, buka mata pun tidak. Ummi.
“Tak, mengantuk. Apa tu?”
Hajah Zaiton duduk, meletakkan hidangan.
“Laksam dengan kopi. Minum dulu, nanti mandi, solat maghrib. Dah tak lama ni nak masuk maghrib.”
Ohhh…patut pun sedap baunya. Ummi buat laksam. Dia menggeliat, buka mata. “Tini kirim salam.”
Hajah Zaiton dia sahaja. Angguk cuma.
“Waalaikumussalam.”
Perlahan saja dia menjawab.
Hisham senyum. “Amboi, jawab macam tak nak jawab saja.” Diangkatnya mangkuk kaca yang berisi laksam itu lalu dihirup kuah. Hmmm…sedapnya.
“Ummi tetap jawab,kan?”
Dia suapkan laksam ke mulut. Sedapnya. Lemak dan masin serba kena. Kuah pun pekat dengan ulam-ulam.
“Iya. Sham dengar.”
“Kamu betul sukakan dia?”
Aduh, dia baru mahu menyambung suap.
“Kenapa, tak boleh?”
Hajah Zaiton pandang Hisham lama-lama. Anak itu tersengih, sibuk menyuap laksam ke mulut.
“Bukan, Sham. Kita ni pipit, dia tu enggang…”
Hah! Keluar cerita burung pula. Hisham letakkan mangkuk. Diteguknya kopi yang masih suam itu perlahan-lahan.
“Pipit dengan enggang pun sama, mi. Kalau masuk dalam zoo, sama juga darjatnya.” Hehehe…pandai tak dia?
Huh. Ni yang dia malas nak bertekak dengan Hisham. Cakap jalan kiri, dia tetap pusing ke kanan.
“Janji kamu macam mana?”
Kali ini dia diam. Hisham sandarkan badan, renung siling seketika.
“Sham rasa dia dah kahwin, mi.”
Kali ini umminya kembali duduk. “Mana kamu tahu? Kamu ada jumpa dia?”
Hisham geleng kepala. Mana mungkin dia jumpa dengan gadis itu. Sepuluh tahun lamanya dia tinggalkan Malaysia, juga Terengganu. Gadis itu mungkin sudah berubah, menjadi milik seseorang.
“Janji tetap janji, Sham.”
Dia senyum, hambar dan bermakna.
“Ya. Janji tetap janji. Tapi Sham kan lelaki…”
“Maksud kamu?”
“Sham boleh kawin empat.”
Aishhh…karang ada dia hempuk budak Hisham ni dengan pasu bunga, mati masuk suratkhabar.
“Suka hati kamulah. Ummi nak tengok, berani ke kamu kotakan kata-kata kamu tu…”
Elehhh…merajuklah tu. Sikit-sikit merajuk. Dengan abi okay je.

Aduh…lenguhnya kaki. Lagi penat mulutnya. Senyum duapuluh empat jam, dah macam patung MacDonalds.
“Mak, orang laparlah…
Aini kautkan nasi goreng. Telur mata dan kicap lada juga diangkatnya ke meja makan yang masih kukuh.
“Makan. Nanti ummi bancuhkan air sirap.”
Zarra terus sinsing lengan. Dengan bismillah, dia suapkan nasi. Telur mata itu ditelannya dengan tiga kali suap. Ya, dia sudah makan di The Bliis Hotel tadi, Cuma roti sandwich tuna dan fresh oren. Mana kenyang dia makam macam gitu. Dia mahu nasi. Wajib dengan nasi. Sekali sehari pun sudah cukup.
“Perlahanlah sikit, Zarra. Kamu tak makan langsung ke tadi?”
Dia angguk. Malas lagi mahu menjawab. Perutnya perlu diisi terlebih dahulu, nanti kenyang dia ceritakan semua pada mak.
Aini geleng kepala. Baik dia biarkan anak itu makan kenyang-kenyang. Sudah kenyang nanti, tahulah budak itu buka mulut. Si Abam pun ada makan sama di bawah meja. Sama naik dengan tuannya. Aini bangun, bancuh sirap dengan ais. Kasihan Zarra.

Dengan telekung solat, dia tergolek atas kusyen. Abam pula tidur terlentang di hujung kaki. Hujan yang turun buat Aini cepat-cepat bangun. Ibunya sudah masuk tidur seawal jam sembilan. Sebelum tempias, baik dia tutup tingkap. Zarra bukannya sedar kalau sudah terlentang tidur.
“Zarra, bangun…tidur dalam bilik.”
Diam.
Aini cuba sekali lagi, kali ini Zarra hanya berkalih tidur. Biarlah. Asalkan anak itu lelap.

Dia menguap. Nasib baik tiada sesiapa di situ. Dilla dari tadi ke tandas. Naim pula naik ke pejabat.
“Good morning, sir,madam.”
“Good morning, dear. Have a nice day.”
Zarra kembali senyum. Hahaha…sepatutnya dia yang cakap macam tu.
“Kau ni lelaki ke perempuan?”
Dia menoleh. Siapa pula ni? Amboi, dressing, kalah artis. Memanglah pakai kebaya seragam The Bliss, tapi belahan pada kain itu punyalah panjang. Kalau jalan entah-entah nampak parut kat paha. Bulu mata, mak aiii…panjangnya. Palsu ke tu?
“Zarra Zainal. Perempuan.”
Gadis dihadapannya tersenyum sinis. “Budak baru?”
Muka aku macam budak sekolah ke? Ada dia sepak ducky face depan dia. Zarra panjang senyum.
“Iya, cik.”
“Cik Liyana.”
Ohhhh…tak tanya pun.
“Iya, Cik Liyana.”
“Baru habis SPM ke STPM?”
Okay…kalau dia gelak guling-guling, nescaya si Liyana ingat dia gila,kan?
“STPM, Cik Liyana.”
Gadis itu dilihatnya juihkan bibir. “Patut pun. I belajar UITM.”
Aha! Sekali lagi dia tak tanya ya.
“Hebatnya…”
Liyana jungkitkan bibir. “Memanglah. Ni, tolong hormat I. Kartini tu bestfriend I, faham?”
“Oi Liyana! Kau jangan nak menyibuk kat sini boleh tak? Menyemak. Pergilah masuk takhta kau. Kau kan kaum kerabat Miss Kartini. Apa kelas kau datang sini.”
Fuhhhh, nasib baik si Dilla dah sampai.
“Kenapa, kau dengki? Memang patut pun korang kerja kat sini. So, tolong buat kerja baik-baik ya.”
“Ya, Cik Liyana yang mulia. Blah!”
Liyana cerlangkan mata, jalan melenggang ke coffee house dihujung sana.
“Lain kali, kalau Liyana tu datang, kau buat tak Nampak je, faham?”
Zarra senyum dan angguk.
“Dia siapa,Dilla?”
“Minah perasan tu human resource department punya manusia, tapi perasan kerja dia penting macam presiden Amerika.”
Ohhhh, ingatkan kerja apa. Kuli macam dia jugalah.
“Tapi dia besar kepala sebabnya Miss Kartini sayang dia. Dalam erti kata yang lebih beradab sopan, dia tu lembu cucuk hidung Miss Kartini. Clear water?”
Hahahaha…tak menahan dia gelak. Beradab sopan amendanya. Bangang.
“Clear water no buaya,Dilla.”
Dilla senyum lebar. “Kalau faham, good. Jom kita senyum, mana tau hari ni dapat tips.”

“Hai Zach…so handsome la you today.’
“Am I? Thank you so much, Yana. You pun so lovely hari ni. Bersinar-sinar.”
Liyana ketawa kecil. Aduhai, bisa gugur jantungnya. Sebaris gigi Zachary yang memutih buat dia terpesona. Juga wajah kacak lelaki itu.
“You baru nak breakfast ke?”
“Hmmm…ya. Laparlah. Izrin mana?”
Zachary menjenguk, mencari kembar tak rasmi si Liyana.
“Izrin on duty kot. Makanlah, I nak masuk kitchen.”
Liyana cebikkan bibir. Ala…dia baru nak bermanja, dah nak kerja.
“Temankan I makan?”
“Sorry, I puasa. Lain kali ya.”
Cepat-cepat dia berlalu. Puasa bubur lambuk dia. Tak kuasa dia menemankan si Liyana. Rela dia makan dengan Mak Jan dari makan dengan Barbie doll hidup tu. Kakinya melangkah masuk, tinggalkan Liyana yang terkebil-kebil.

Sekejapnya sudah Zuhur. Naim dan Dilla ada tercatuk di kaunter resepsi, main handphone.
“La, aku solat dulu.”
Dilla angguk.
“Pergilah. Nanti kau pergi coffee house, makan siap-siap tau.”
Zarra angguk. Betul juga. Lepas solat, dia pergi lunch. Lapar dia. Pagi tadi pun sempat dia telan jemput-jemput ikan bilis air tangan mak. Itu saja yang jadi alas perutnya.
“Jom, makan sekali nanti. Tinggal je Naim tu sorang-sorang.”
Dilla geleng.
“Aku on dietlah,Zack.”
Huh. Apa ke dietnya. Makan sajalah.
Dia melangkah, pantas menuju ke surau. Selesai solat, dia betulkan rambut. Lama dia memandang cermin. Teringat kata-kata nenek. Rambutnya memang cantik, tapi apa gunanya andai dibakar api neraka. Zarra senyum sambil pandang cermin. Yelah, yelah. Balik nanti dia carikan tudung instant shawl sehelai dua.
“Zack kan?”
Ohh…siapa pula ni?
“Zarra. Zack. Boleh saja.”
Lelaki itu tersenyum. Amboi jantung, kenapa tetiba saja kamu jadi laju? Berdentung-dentang.
“Zachary. Juga Zach.”
Ohhhh…Zachary yang hari tu. Semalam mereka sudah jumpa, namun hanya sekilas pandang. Zarra kuntumkan senyum.
“I’m sorry. I’m Zarra Zainal. Newbie.”
“Zachary Sulaiman. Nobody.”
Dia senyum lebar.
“Zach chef ke?”
Lelaki itu ketawa, dalam dan lembut ditelinganya.
“Chef main-main. Assistant chef only.”
“Chef jugalah,kan?”
“Well, yelah kot.”
Zarra ketawa.
“Zack, sorry, Zarra makanlah. Zach sambung kerja. Bon appetite.”
“Merci, mon mosieur.”
Zachary hentikan langkah. Bukan calang-calang gadis ini. Dia melirik pandang. Cantik, memang cantik. Dia senyum sendiri.
Sedapnya. Dia kembali menyambung suap. Nasi putih dan sambal petai udang disuapnya lagi. Seronoknya hidup. Kali ini dia menyambung suap.

“Assalamualaikum, selamat petang.”
Dilla cepat-cepat angkat wajah. Oiiittt…datang sudah.
“Waalaikumussalam, selamat petang, Encik Hisyam.”
Hisham senyum simpul.
“Dua orang je?”
Naim cepat-cepat menjawab, “Bertiga, Encik. Sorang lagi ke surau, solat.”
Hisham angguk.
“Okay, selamat bertugas. See you again.”
Dilla dan Naim sama-sama angguk.
“Sham!”
Ketiga mereka menoleh.
“You nak pergi mana?”
Manja saja suara Kartini memupuk telinga.
Hisham masukkan tangan dalam poket sambil lemparkan senyuman. “I nak jalan-jalan tengok kawasan. Kenapa?”
Kartini paut lengan Hisham, menjeling manja.
“Ala…temankan Tini. Tini belum lunch lagi ni…’
Hisham gelengkan kepala.
“I’m sorry, Tini. I banyak kerja. Sham datang sini bukan makan angin ya. I’m here to work.”
Kartini cubit lengan Hisham. “Bukan papa marah pun.”
Kali ini Hisham garu kepala.
“Tini, your dad beri kepercayaan pada Sham untuk buat kerja, so sepatutnya Sham kerja. You pergi lunch dulu,okay. Sham nak naik atas, check housekeeping department. Malam nanti, kita dinner.”
Kartini cebikkan bibir. “Kalau macam tu, baik I pergi spa dulu.”
Hisham angguk, lerailan pegangan Kartini dari lengannya. “Go. Do whatever, okay. I’ll see you later, babe.”
Kartini angguk manja.
Bila kedua manusia itu pergi, Dilla lembutkan wajah, pandang Naim yang tertanya-tanya.
“Darling, I pergi spa dulu ya, daki I banyak sangat. Lagipun ketiak I berbulu. Nanti malam kita jumpa ya.”
Menggelegak Naim ketawa. Gila betul si Dilla ni. Mahunya dengar dek Miss Bitchy Kartini, mau makan tapak kasut.
“Kau belakang kau berani la, Dilla. Cuba kau buat depan-depan,”cabarnya sambil ketawa.
“Kalau kau sanggup bayar aku satu juta dollar, aku buat sekarang juga!”
Ceh! Malaun.

“Zack!”
Dia toleh. Ida dan Wanie. Melenggang Mak Limah aje dua manusia itu.
“Nak balik dah ke?”
“Iya, cik kak. Kenapa?”
Ida pandang kiri kanan.
“Mana kereta kau?”
Zarra ketawa kecil.
“Tu, Honda aku.”
Melopong  mulut insan berdua itu.
“Honda City kelabu tu?’
Kali ini Zarra ketawa kuat.
“Tulah cik kak, Honda EX5 kuasa turbo enjin kuasa kuda kepang. Nampak?’
Wanie jungkit bibir. Cehhh…terkena dia. Yang si Ida sudah terduduk, gelak sakan nampak. Zarra sarungkan topi keledar.
“Aku jalan dulu. Jauh ni.”
“Mana rumah kau?”
Dia sarungkan jaket pemberian arwah abah. “Nun, Bukit Payong.”
Nganga si Ida juga Wanie. Mak aii…jauhnya.
“Zack, hati-hati. Jangan langgar lori.”
Adeehhhh…cabulnya.

Dia cuba sekali lagi. Payah juga. Terkial-kial dia. Sudah lama tak pakai, mulalah.
“Payahlah kalau yang macam itu.”
Zarra toleh. Teacher Amni. Cepat-cepat dia berpusing, menyalami tangan mulus itu. Masih cantik. Bukan, kian cantik cikgunya ini.
“Teacher dari mana? Ponteng ehhh…”
Amni gelak kecil. “Pergi isi minyaklah. Yang Zarra ni dari mana pulak?”
Elehhhh, buat tanya. “Dari hotel. Terima kasih, teacher. Tolong Zarra dapatkan kerja.”
Amni senyum manis. Cantik betul Zarra sekarang. Cuma rambutnya masih pendek, macam tomboy.
“Rezeki Allah juga. Zarra nak beli tudung ke?”
Kali ini dia terkulat-kulat senyum. “Iya, teacher. Nak start pakai tudunglah. Pelan-pelan mula. Mana tahu satu hari nanti lekat sampai ke mati.”
“Baguslah. Ambik yang ni, jenama ni. Ringkas, mudah pakai. Zarra sarung je, tak payah belit-belit.”
Ohh…jenama artis. Dia tengok tanda harga lalu telan liur. Tak mampu. Bukan dia tak berduit, tapi duit tu ada lagi benda yang lebih penting untuk dia gunakan.
“Tak mahulah, teacher. Saya ambik yang biasa-biasa dulu.”
Amni jegilkan mata. “Cuba, tengok saiz padan ke tidak.”
Dia sengih-sengih. Pakai sajalah, nanti letak balik. Dia terus cuba, sarungkan pada wajah. Alahai…cantik siut. Fabriknya tebal tapi lembut.
“Padan? Kena dengan saiz?”soal Amni serius.
Zarra angguk, cepat-cepat cabut tudung itu.
“Dik, sini kejap. Saya nak tudung ni, saiz ni. Warna hitam tiga, kelabu tiga, coklat tiga.”
Zarra senyum simpul. Amboi teacher, shopping sakan. Baik dia cari kedai lain, kedai yang lebih murah.
“Zarra nak pergi mana tu?”
Errr…
“Zarra balik dulu, teacher.”
“Balik apanya, sini.”
Alaaa…apa lagi. Takkan nak piat telinga dia kot.
“Nah. Pakai elok-elok, biar kekal sampai mati.”
Dia terlopong. Geleng-geleng kepala.
“Apa geleng-geleng? Cepat, ambik. Kalau tak, teacher tak mengaku anak murid sampai mati, tak halalkan segala ilmu.”
Aisehhhh…boleh ke macam tu? Dia masih tercegat di situ, macam orang bodoh.
Amni senyum simpul. Dipautnya tangan Zarra yang kaku. “Dalam tu ada foundation, ada lipgloss. Pakai. Biar Nampak keterampilan bekerja tu, faham?”
Ya Allah, semua tu dia punya ke. Dia jenguk dalam beg eksklusif. Terketar-ketar tangannya.
“Zarra tak boleh…”
“Mana boleh tak boleh. Membazirlah duit teacher.”
Dia nganga.
“Okay, ada apa-apa, call me. Sampaikan salam teacher pada mak dan nenek ya.”
Dia hanya mampu angguk. Bila kelibat teacher nan seorang itu hilang dari pandangan, airmatanya jatuh ke pipi. Terima kasih, cikgu.
Terima kasih.

Bersembur air tea ‘o’ Aini. Nasb baik tak terkena ibunya yang ralit menganyam ketupat.
“Kenapa dengan kamu?”
Aini lapkan mulut, tunjuk pada Zarra yang tersengih-sengih di tangga dapur.
Tuk Teh angkat muka, kemudian senyum lebar.
“Cantiknya kamu,macam nenek dulu-dulu.”
Zarra ketawa. Hari ini dia ambil shift petang. Jam sembilan malam baru habis kerja. Tudung hitam yang dipakainya itu terletak cantik. Barang mahal, memang berbaloi. Kali pertama dia layangkan bedak dengan lipgloss, dia sendiri mahu tergelak. Cantik juga dia rupanya. Cehhh…perasan.
“Zarra jalan dulu,mak, nenek.”
Tuk Teh senyum, perhatikan cucunya itu.
“Baca doa naik kenderaan tu dulu. Jangan laju-laju.”
“Alah, orang bawak motor macam siput. Mana laju pun.” Dia turun, menyalami tangan mak dan nenek. Dahi mak diciumnya. Juga dahi nenek.
“Cantik kan, mak?”
Tuk Teh senyum lagi.
“Iya. Sebiji macam aku.”
Aini palingkan wajah, sembunyikan senyum bergilir tawa. Ya, sebiji macam maknya, juga dia. Cuma mata coklat cair Zarra itu milik arwah suaminya. Itu buat Zarra lagi cantik. Dia lepaskan nafas, memandang motor Zarra yang jauh meninggalkan mereka.
Tuhan, lindungi anak gadisnya itu.

Naim double take.
Lagi sekali dia pandang, mulutnya macam huruf O besar. Mau masuk lalat.
“Kau kenapa?”soalnya kasar.
“Kaulah.”
“Apasal aku pulak?”
“Lain. Macam pompuan, dah jadi cantik amat.”
Zarra angkat penumbuk. Hampehnya kau Naim. Kau ingat aku lelaki ke?
Naim gelak. “Sorry, Zack. Aku terkejut je. Tapi serius, kau cantik amat. Kalau aku tak ada makwe, aku ngorat kau,Zack.”
Hadap dia mahu melayan si Naim. Ni karang ada dia bagitau Si Lili, awek Naim yang kerja di Rumah Batik.
“Eh, orang baru lagi?”
Serentak mereka menoleh.
Dilla bulatkan mata.
“Ya Allah! Zack!!!”
Aduiiii…perlukah dia tampar dahi kawan-kawannya secara berjemaah?

“So, it is you.”
Zarra toleh.
Lesung pipit itu.
Zachary.
“Good evening, masterchef.’
Zachary ketawa, melabuh duduk di hadapan Zarra dan Dilla.
“You all dah habis shift ke?” Jam sudah sembilan dua puluh malam.
Dilla angguk. “Kau tak balik lagi ke, Zach?”
Zachary geleng.
“Nope. Ada meeting dengan geng-geng management nanti. Dorang nak buat semakan menu dengan geng-geng kami.”
“Amboi, main geng lagi. Macam mafia mana je,”usik Zarra. Sedapnya puding roti ni. Dia suap lagi, sambil tengok jam. Dah lewat, dia patut gerak. Nanti mak membebel.
“Mana dapat jam tu? Klasiknya. Bukan jam tangan lelaki ke?”soal Zachary tiba-tiba.
Merah serasa wajahnya. Jam tangan dipergelangan tangan kanannya itu ditenungnya seketika. “Jam arwah abah.”
Ohh…silapnya. “Sorry Zarra…I…”
“It’s okay. No heart feeling. La, aku jalan dulu. Zach, see you around.”
Zachary turut sama bangun.
“Zarra.”
Dia toleh, pandang Zachary.
“Beautiful. The most beautiful.”
Dia angkat penumbuk. Cehhh…ada-ada saja mat salih celup sorang ni.

“You cakap nak keluar semalam. Malam ni mungkir lagi.”
Hisham senyum. Merajuk ke si Kartini ni?
“Tini, Sham tak janji. Sham cakap kalau ada kelapangan. Malam ni kebetulannya ada short meeting. Tini faham, kan?”ujarnya lembut.
Bunyi dengus nafas kartini dijujung corong telefon buat Hisham senyum sendiri. Bila dia sampai di Heaven and Earth Coffee House, Zachary dan Dilla sedang tersenyum padanya.
“Nanti I call you balik ya, babe. Assalamualaikum.”
Talian dimatikan disebelah sana. Alahai…merajuk sudah.
“Zach, yang lain mana?”
“Ada, dalam meeting room. Jom. Dilla, be careful.”
“Ala, don’t worry. Aku ada silat pulut tau.”
“Ehhh, ni purse siapa?” soal Zachary dengan kerutan.
Dilla tampar dahi.
“Ini Zarra punyalah ni…nyanyuk ke apa budak Zarra ni. Tak apa, Dilla bawak balik kuarters, esok bagi dia.”
Jantungnya terhenti seketika.
Zarra.
Nama itu.
Zarra.
Tak mungkin Zarra yang dia kenali. Hisham tarik nafas panjang-panjang.
“Are you okay, Mr. Hisham. Macam nampak hantu.”
Hisham ketawa. “Nonsense. Jom, let’s go.”
Zarra.
Zarra.
Adakah nama itu akan mengganggu tidurnya seperti sepuluh tahun yang dulu. Hisham buka langkah. Mungkin tidak.

Pergghhh…cuti sekolah datang jua. Mahu pengsan dia dibuatnya. Punyalah ramai, Zuhur dia pun mahu masuk ke Asar. Minggu ini dia menumpang di kuarters Dilla dan Ida. Shiftnya mula awal pagi, tak larat dia mahu menunggang motorsikal sesudah Subuh. Kata mak, baik dia tinggal di kuarters. Yelah, buat sementara. Nanti dia dapat gaji pertama, dia akan tanyakan Ida dan Dilla. Lili juga menginap di situ. Kalau mereka terima, dia mahu pindah masuk.
“Zarra, kau dah makan belum? Laprlah aku…”
“Belum. Kau makan dulu. Nanti aku pun nak solat, curi makan kejap. Kau pergi dulu sementara orang tak ramai ni.”
Cepat-cepat Dilla bangun.
“Excuse me, Miss. Where is the coffee house?”
Dia toleh, tundukkan badan lalu tunjukkan jalan.
“Have a nice day, madam.”
Pelancong itu berlalu, tersenyum manis padanya.
“Excuse me, sweetheart…can I borrow your smile for a while?”
Aik, siapa pulak ni? Zarra toleh.
Caittt…mengada-ngada.
“Hello, Mr. Zachary. Cuti ke hari ni?”
Lelaki itu ketawa. Dengan kemeja Oxford warna kelabu dan seluar slack putih, Zachary memang smashing. Rambut yang terurai didahi buat Zachary nampak boyish. Bergetar juga jantung dia.
“Iya. Ada date. Jaga hotel betul-betul tau.”
Dia angkat penumbuk. “Yelah. Dah, pergi main jauh-jauh.” Dating ya. Mesti mata air dia rupa macam model dalam majalah. Kan?
“See you later, sweetie.”
Sweetie, sweetheart, pang karangggg…

“Tak boleh.”
Kartini denguskan nafas. Semua tak boleh. Nak ajak makan sama-sama pun tak boleh. Nak melepak kat bilik ofis Hisham pun tak boleh. Dia gigit bibir, jeling Hisham dengan tajam.
“Babe…can you?”
Kartini bangun. “Okay, fine. Tapi you kena tebus kembali hari ni, dan hari-hari yang sebelumnya. Kalau tak, I cakap dengan papa, suruh dia pecat you!”
Hisham ketawa kecil. Hari tu beria-ia sangat suruh dia apply position ni. Bila dah dapat, dia kerja sungguh-sungguh, nak kena buang pula ke.
“Tini, leave Hisham alone.”
Aha! Tepat pada masanya. Tengku Adnan berkerut dahi memandang mereka.
“Pa…”
“Pa apa pa…jangan nak jadi budak manja kat sini. Biar Hisham jalankan tugas dia. Tini boleh grow up tak? Fikir macam orang dewasa yang matang. Ni, butik-butik Tini macam mana? Dah pergi jenguk, tanya khabar? Melangut saja kat sini, I don’t like it!”
Hah! Sekali kena marah, berkaca dibuatnya mata Kartini. Hisham seluk poket, cuba pandang ke arah lain. Bimbang dia mahu memandang Kartini yang kian merah muka.
“Sham, minggu depan kita ada meeting dengan boss besar.”
Kartini juihkan bibir. “Bukan papa ke boss?”
Tengku Adnan geleng kepala. Dalam tiga anaknya, Kartini yang banyak buat dia sakit kepala. Kamila paling menyenangkan, Kamil pula senang berdikari. Kartini silapnya juga, dimanjakan, diberikan segala. Nah, perangai itu dibawa hingga ke dewasa. Kalau kecil dulu dia tangankan juga, mungkin anak bongsunya ini lain gayanya.
“I’m not the boss. Mr. Lehmann is. Understand? Now, go. Sham, jom kita jumpa Yusri, bincang apa yang perlu.”
Hisham angguk kecil. Sempat dia menjeling Kartini yang kian panjang muncungnya. Aduhai…

Berdekah-dekah Yusri ketawa. Sebaik saja Tengku Adnan berlalu, hanya tinggal mereka berdua.
“Papa dia marah dia? Depan-depan kau?”
Angguk. Dihirupnya kopi yang masih suam.
“Betul juga cakap orang, Miss Tini tu dengan papa dia saja dia dengar cakap. Sham, boleh aku tanya kau satu soalan?”
Angguk lagi. Kali ini mulutnya sibuk mengunyah nasi dagang gulai udang dengan belimbing buluh. Sedapnya. Heaven.
“Kau serius ke dengan Miss Bithcy…ops, sorry…Miss Tini tu?”
Terlekat dia sekejap. Jadi benarlah. Miss Bitchy. Dia teguk kopi perlahan-lahan, pandang Yusri yang serba salah dihadapannya.
“Jadi betul lah orang panggil dia Miss Bitchy,Yus?”
Yusri garu kepalanya yang botak. Senyum serba salah.
“Yep, correct.”
Hisham sandarkan tubuh, sendawa kecil.
“Why?”
“Err…aku nak kena cerita ke ni?”
Hisham jungkit kening, senyum lebar.
“Dia…macam mana aku nak cakap baik-baik ya…”
“Bitchy?”
Yusri ketawa. Angguk banyak kali.
“Yelah tu kot.”
Hisham gelak kecil. Dia kenal siapa Kartini. Memang itu sifat dan perangai Kartini.
“Habis tu, kau betul…yelah, errr…serius dengan dia?”
Kali ini dia renung siling.
“Entah.”
“Entah?”
“Ya.”
“Why?”
“Aku pun tak tahu. Maybe yes, maybe no. Maybe.”
Uh, payah. Baik jangan tanya. Yusri bangun, betulkan urat-urat.
“Kalau kau serius, aku tabik spring. Hopefully, korang bahagia dunia dan akhirat.”
Kali ini Hisham ketawa.
Kenapa? Kenapa hati enggan akui yang dia tiada rasa.

Ya Allah, penatnya. Hari ni dia balik rumahlah. Dia rindukan Abam. Lama tak tidur dengan kucing kesayangannya itu. Mesti si Abam merajuk. Zarra ketawa sendiri. Ada baiknya dia selesaikan solat Zuhur dulu. Nanti dia mahu ke kuarters, ambil barang-barangnya. Esok shiftnya mula jam tiga untuk seminggu. Dia mahu balik.
“Miss?”
Dia hentikan langkah.
“Yes, do you need any help?”
Remaja bermata biru dengan rambut blonde yang cantik itu tersenyum manis padanya. Ditangannya ada beberapa keping gambar.
“Where is the wall picture?”
Ohh…dinding magnet yang boleh tampal-tampal gambar tu kan. Apa ntah namanya. “Oh, that one. Let me show the way, miss.”
Sampai di sana, remaja itu ucapkan terima kasih.
Sky of Love.
Dia tersenyum, memandang dinding magnet berwarna biru yang dihias cantik. Pelbagai gambar kenangan para pengunjung tertampal di situ. Satu hari mungkin, dia mahu tampalkan sekeping gambarnya di situ.
Zarra pusing badan, mahu melangkah kembali ke ruang lobi. Topi keledar dan jaketnya masih di situ.
Hisham kaku.
Matanya tak salah, walaupun sepuluh tahun sudah berlalu. Dia pasti, gadis dihadapannya ini adalah manusia itu.
Insan itu.
Gadis itu.
Zarra.
Sepasang matanya tidak bergerak. Kakinya tiba-tiba beku. Dunia seakan terhenti.
Hisham.
Hisham ada tercegat dihadapannya.
Apa dunia sudah kiamat?