Thursday 2 April 2015

Teruterubozu Part 1 (Sudah mari!!!!)

Prolog:

Hujan. 
Lebatnya. Langit juga kian gelap, ditemani angin yang mula menampar pipi remajanya. Dia berlari, menuju ke bumbung yang hanya beberapa langkah lagi. Aduhhh...basah lencunlah dia kali ini. Sudah dipesan tadi, tapi dia degil. Kalau dia bawa payung, pasti panjang saja langkahnya. Basikalnya pula, waktu beginilah mahu putus rantai. Haishhhh...tapi kalau tak kerana dia yang mahu makan cekodok pisang, taklah dia yang kena ke kedai. Nasib baik tepung gandum dan telur yang dibelinya kalis air, selamat dalam plastik yang dijinjingnya. Huh, kalau tak makan pisang masak sajalah. Dia memeluk tubuhnya. Lencun. Basah lencun dia. Mungkin masih belum jam tujuh, tapi hujan dan kilat meneduhkan cuaca. Kian gelap. Bunyi motorsikal masuk ke laman rumah tinggal itu buat hatinya berdebar. 
Zarra peluk lutut. Matanya bulat memandang sesusuk tubuh. Siapa tu? Dia telan liur, kecilkan tubuh. Bila kelibat itu memanjat tangga dan duduk di anak tangga yang kedua, dia sekali lagi telan liur. Oh...sepupu kak Husna, ustazah di sekolahnya. Hisham kan, anak orang kaya kampung sebelah. Inilah jejaka yang selalu disebut-sebut Tuty dan kawan-kawan sekelasnya yang lain. Nampak dari sisi memang hensem. Dia palingkan muka, tarik nafas dalam-dalam. Bila dia kembali menoleh, matanya bulat memandang Hisham yang memandangnya tajam. Lelaki itu tiba-tiba bergerak mendekatinya. Hati remaja diselubung risau. Kali ini jejaka itu bangun, menguak rambut yang terjurai di dahi. Hatinya kian melompat ketakutan. Apa mahunya?

Ya Allah...ya Allah...
Dia buka mata, perlahan-lahan.
“Abang Sham minta maaf, maafkan abang...”
Lelaki itu merayu, berlutut dihadapannya. 
Zarra mengongoi. Ya Allah, kenapa aku? Dia mengesat bibirnya yang sedikit berdarah. Pakaiannya disarung kembali dengan perlahan. Tubuhnya serasa luruh dari tulang dan lemah. Dia menangis lagi. Hujan masih lebat, guruh kian sabung-menyabung tanpa sedar ada insan yang menderita kerananya.
“Abang Sham minta maaf, I’m really sorry...ya Allah...ampunkan abang...”
Kali ini lelaki itu merayu, pandang tepat pada matanya yang masih merembes airmata.
“Pergi! Pergi!!!”
Hisham terpana. Ya Allah...apa yang sudah dia lakukan? Dia pandang Zarra yang kian hebat tangisnya. Apa yang dah kau buat, Hisham Adli, apa yang dah kau lakukan ni? Dia ketuk dahi berkali-kali. Tak sanggup dia memandang Zarra yang masih lagi teresak. 
Zarra.
Dia tahu. Dia kenal siapa Zarra. Dia selalu pandang gadis itu sewaktu pulang dari sekolah. Cuti semesternya yang pertama, dia banyak ke kampung ini untuk bermain futsal. Sesekali dia menjeling apabila gadis ini mula menampakkan bayang. Ke kedai mahupun ke bengkel batik Haji Ripin, bapa saudaranya. Hati mudanya terpaut dengan kelembutan dara sunti itu. Namun, apa yang dia dah perlakukan pada Zarra sebentar tadi bukan niatnya. Dia digoda nafsu. Allah...ya Allah, dia tewas pada bisikan nafsu. Macam mana ni? 
“Pergi! Aku bunuh kau! Pergi!!!”
Hisham berteluku, menyarung t-shirtnya lalu meredah hujan bersama EX-5 milik abangnya. Sekilas dia memandang, mengutuk diri yang hilang pertimbangan.

Dia tekup mulut. Segala barang yang dibelinya diletak pada meja didapur. Dia masuk ke bilik, mengunci diri dan menangis dibantal dalam diam. Ya Allah, apa salah aku? Kenapa aku? Nafasnya turun naik, menahan gegar dalam dada. Pintu biliknya diketuk beberapa kali. 
“Zarra? Zarra tak apa-apa?”
Dia kesat mata, telan liur.
“Zarra okay, mak. Nak salin baju, basah. Zarra nak mandi kejap, nanti Zarra keluar.”
“Okay. Mak buat jemput-jemput dulu ya. Nanti sudah mandi, kita makan sama-sama.”
“Okay.”
Bunyi derap kaki dari lantai kayu itu buat dia menangis lagi. Mak, andainya kau tahu...




















“LOVE is not how we forget, but how we forgive. LOVE is not what we see, but what we understand. And LOVE is not what we hear, but what we feel.”

BAB 1

“Mak!!! Orang dah balik!”
Dia menekan brek. Berdecit tayar motorsikal itu. Melompat juga si Abam, kucing kesayangannya yang ralit mengejar ayam. Zarra mematikan enjin, mencabut topi keledar perlahan-lahan. Pergghhh...matahari bergaduh dengan siapa hari ni? Panas semacam sinarnya. Rambut potongan pixie cut itu diselusurnya dengan jemari. Fuhhh...mau naik kelemumur tiga tan kalau hari-hari makan debu.
“ Orang apa orang, cuba bagi salam Zarra, mak stapler mulut kamu nak?”
Amboih...mentang-mentanglah pandang guna stapler nak bungkus tapai, mulut anak sorang ni pun nak stapler jugak ke. Mak, mak...
“Kalau mak stapler, Zack nak makan ikut hidung? Ke ikut lubang telinga?” Dia senyum-senyum. Abam diangkatnya lalu digomol kuat. Mengiau-ngiau kucing itu. Gelilah konon. Campak dalam longkang karang kucing ni.
Puan Aini geleng kepala. Tak daya dia mahu marah-marah. Bukan didengar anak itu pun. “Zack kepala tapai kamu. Mak bagi nama kamu Zarra. Zack apa jadahnya.”
Perghhh...nasib baik jauh. Kalau tidak memang jemari mak pasti hinggap ke telinganya. Silap haribulan, berlubang terus boleh sangkut subang. Kahkahkah...ketawakan diriku ini. “Yalah, yalah...Zarra naik ya, mak.” Digalasnya bagpack itu pada bahu, lalu mencium dahi manusia yang paling disayanginya. Mak.
Puan Aini buang pandangan ke tepi pagar. Hatinya tiba-tiba sebak. Teringat dia dengan lelaki yang dicintainya dahulu. Perkara yang sama itulah yang dibuat Zarra. Serupa dengan ayahnya. Arwah ayahnya. Pulang dari kerja, dahi itulah yang jadi sasaran. Dia mengelap pipi.
“ Kenapa mak nangis?” soalnya dengan debar. Mak betul marah diakah?”
Aini geleng kepala, senyum simpul.
“ Aik, takkan saja-saja nak wiper mata? Mak marah dengan Zarra ke?”
Tangan anak itu ditariknya.
Dia duduk, menongkat dagu di sisi sang ibu.
“ Mak rindu ayah kamu. Setiap kali dia balik kerja, dia mesti cium dahi mak, macam apa yang Zarra buat tadi.”
Bulat matanya. Dia peluk bahu mak lembut. “Kalau macam tu, setiap hari Zarra balik kerja, Zarra cium dahi mak, ya.”
Puan Aini angguk, ketawa dalam hiba.
“Tapi mak kena janji, jangan stapler mulut seksi Zarra ni tau...”
Dia ketawa lagi. “Yalah, mak janji.”
Zarra bangun, menggeliat di muka pintu.
“Zarra, kalau kamu pakai tudung, mak rasa lagi cantik.”
Alahhh...keluar lagi. Dia garu kepala. “Nantilah...”
Aini senyum sambil bangun. “Mak tak paksa, tapi aurat tetap aurat. Jangan tangguh lama-lama.”
Dia garu kepala lagi. “Zarra tahu. Zarra akan buat juga, tapi bukan sekarang.”
“Dah, pergi mandi. Dapat kerja hari ni?”
Geleng, dengus kecil.
“Tak apalah, belum ada rezeki. Naik mandi, solat.”
Dia akur.

Sepuluh tahun. Lamanya dia tinggalkan Terengganu. Dia tarik nafas dalam-dalam. Masih sama, namun sudah banyak kemajuan. Pantainya masih cantik, masih bersih dan memutih.
“What are you looking at, Sham?”
“The sea.”
“Why? It just well, the sea.”
Kan? Untuk manusia yang ada segalanya, laut hanyalah laut. Dia bangun, seluk tangan dalam poket.
“Come on, my parents dah lama tunggu. You know how my dad is always on time, kan.” Kartini menyauk lengan, mengheret Hisham agar terus berjalan.
“Babe...”
Gadis itu kerutkan kening. “What?”
“I’m not yours, not your hubby, so...remember?”
Kartini cebikkan bibir. “Fine. I’ll let you go. Kolot.” Dia melepaskan pegangan, membuka langkah seluasnya.
Hisham hanya mampu senyum. Merajuklah tu. Nantilah, nantilah dia pujuk. I’m back now, for good.

“Zarra?”
Dia menoleh. Gamam dia disitu.
“Ustazah?”
Husna memeluk gadis itu seerat mungkin. 
“Ya, ya Allah...lamanya menghilang. Cantik rambut. Tudung terbang ke mana?”
Aiyakkk! Baru lima saat terus kena bambu. Dia garu kepala.
“Cantiknya sekarang...dah besar panjang. Kalau tutup kepala tu lagi cantik.”
Aduhhh...pedihnya ulu hati. Rasa macam kena cubit-cubit. Dia tersengih-sengih. “Anak kak Husna ke?”
Husna angguk, usap kepala Qaira yang tercegat disebelahnya.
“Hello sayang...”
“Bukan helo, assalamualaikumlah.”
Nah, tadi kena dengan maknya, sekarang ni anaknya pulas kasi sedas.pedih weiiii...
“Assalamualaikum sweetie? Nama siapa?”
“Qaira binti Aqil.”
Amboi, jawapan penuh. Memang anak cikgu...kikikiki.
“Kak Husna dari mana?” Ya, dia selesa memanggil Husna dengan gelaran kakak. Sememangnya Husna bagaikan kakaknya sendiri. Manusia yang banyak menolongnya lebih-lebih lagi selepas peristiwa itu.
“Hantar Abqari ke kelas silat. Abi dia ada meeting hari ni. Zarra ni nak ke mana?”
Dia garu tengkuk, sengih-sengih macam kerang busuk. Tapi dia tak busuk, cantik apa. “Round pekan cari kerja.”
Husna kerutkan kening. “Dulu masa kat U ambil apa?”
Sekali lagi dia garu tengkuk, senyum dalam serba salah. “Master in Bussiness Administration.”
Husna geleng kepala. Ni, yang dah besar panjang , cantik menawan ala-ala tomboy depan muka dia ni, rupanya ada Master. Mashaa Allah....
“Habis tu kamu nak cari kerja apa macam ni rupanya, Zarra oiii...”
“Dua minggu lepas kerja 7 Eleven, tapi Zarra berenti.”
“Apasal?”
“Anak tokey dia tu, gatal. Suka nak raba-raba orang. Sekali dia raba Zarra, Zarra debik muka dia, tergoleklah....”
Allah...begitu pulak. Husna tahan ketawa. Kalau dia jadi Zarra, dia buat perkara yang sama. “Habis tu Zarra tak try mintak mana-mana company?”
“Ala...dorang nak yang ada pengalaman kerja, kak. Zarra adalah juga pengalaman, kerja kat 7 Eleven, KFC, kedai keropok lekor pastu kedai jual motor. Pastu nak kena ada ‘kabel’. Zarra kabel letrik adalah.”
Kali ini dia terpaksa senyum. Kedai jual motor. Haru betul si Zarra ni. “Pergilah bandar besar. KL ke, Kuantan ke, Pekan Bukit Payong tak padan dengan kelulusan Zarra.”
Dia senyum, geleng kepala. “Tak boleh. Zarra kesiankan mak. Mak dan tuk dah banyak berkorban untuk Zarra. Zarra kena duduk sini, jaga mereka berdua.”
Husna tarik nafas dalam-dalam. Dia berfikir sejenak. “Nombor phone ada? Mai sini nombor telefon.”
“Nak buat apa?”
“Mintak sajalah, banyak soal.”
Zarra senyum, menulis nombornya pada sampul surat yang selalu dikeleknya dalam bagpack kelabunya.
“Bagus. Wait for my call. Pergi balik.”
Amboih, kena balik ke ni? “Zarra nak round sini kejap. Mana tau ada kerja kosong...”
“Tak payah, pergi balik. Ni...kirimkan untuk Tuk Teh dan Mak. Cakap kak Husna kirim salam.”
Husna letak sekeping tisu, lalu masuk ke kereta.
Zarra nganga sambil pandang kereta Toyota Vios itu berlalu pergi. Dia pandang tisu yang berlipat kemas. Kenapa lain macam saja tisu ni. Kali ini terbeliak matanya. Tiga keping not seratus terlipat di dalam tisu itu. Dia gigit bibir, menahan airmata yang perlahan turun.

“Welcome to The Bliss Hotel and Resort, En. Hisham.”
Dia anggukkan kepala. “Terima kasih. Encik Yusri, kan?”
Lelaki berkepala botak itu angguk kepala. “Ya, panggil abang Yus.”
Hisham tergelak kecil. “Mana boleh. You are the manager here. I’m only the assisstant manager.”
“Betul, tapi Sham nanti akan jadi bakal menantu Tengku Adnan. Tu lagi dahsyat.”
Hisham geleng kepala. Ya ke dia akan jadi menantu Tengku Adnan? Dia mengeluh perlahan. Ini mesti kerja Kartini. Baru sehari dia disini, sudah keluar khabar yang sebegitu. Sudah dia katakan, dia bukan milik sesiapa. Not for now.
“Tak adalah, abang Yus. Rumors je tu. I am for me only.”
Yusri longgarkan tali leher. Dia senyum sambil menyandar pada sofa. “You know what, Sham...Sham ingatkan abang pada seseorang.”
Hisham angkat kening. 
“Okay, now...ikut abang. Kita pergi round hotel ni sampai kau hafal semuanya.”
Hisham gelak kecil namun tetap bangun mengekori langkah Yusri yang kian panjang.

Kat sini ke?
Gulp.
Dia telan liur. Kalau tak kerana kak Husna yang minta dia ke sini, mampus dia tak datang. Seluar khakis slimfit dan blouse putih itu digosoknya dalam gementar. Alah, nak minta bahagian housekeeping aje pun, bukan mintak manager.
“Dey macha, mau jumpa siapa?”
Macha? Aku punya cantik dia panggil macha. Zarra betulkan rambut. Pendek. Gamaknya memang nampak macam macha kot. Dia ketawa dalam hati.
“I’m sorry, Sir. Puan Husna cakap Puan Amni minta sayang datang sini.” Hah. Itulah jawapan yang diajar Kak Husna.”
Pengawal keselamatan itu tersenyum lebar. “You  are a girl.”
Tu dia, statement of the year.
“Yes, Sir.”
Sekali lagi pengawal keselamatan itu senyum. “ About job vacancy, right? You masuk dalam, pergi ke receptionist. Nanti dia tunjuk you mana mau pergi.”
Zarra angguk kepala. “Thank you, Sir.”
Lelaki India itu ketawa. “No need to call me Sir, Uncle Ravi can do.”
Zarra senyum lebar. “Thank you, Uncle Ravi.” Fuh, masuk langkah kanan, baca bismillah dalam hati. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...

Bulat mata wanita dihadapannya. “Zarra nak minta kerja housekeeping kat sini dengan kelulusan ni?”
Alamak, bukan dia dah cabut segala ijazah dan sijil universiti yang sewaktu dengannya. Apasal la pula ada balik dalam fail dia? Ini mesti operasi sulit mak.
“Ya, Puan Fetty.”
“Housekeeping?” Soal Fetty sekali lagi. Biar betul. Ada Master dari universti terkemuka Malaysia nak mintak kerja kat sini jadi kuli? “Why?”
“I need money to take care of my mom, and my grandma.”
Ya Allah, ni kalau dengan kelulusan macam ni, mintak pengurus pun lepas. Fetty senyum. Selama dia tiga tahun dia menguruskan HR department, macam-macam manusia yang dia jumpa. Ada yang datang bawa ijazah, tapi hidung tinggi. Yang datang bawa sijil SPM pun ramai, tapi taste pulak tinggi. Manusia.
“Kalau kak Fetty letakkan position Zarra di dobi ke, kitchen ke, Zarra nak?”
Angguk. Cepat-cepat dia angguk. Mana-mana dia sanggup, asalkan dia ada kerja.
“Kalau macam tu, Zarra tunggu kat luar. I want to make some call.”
“Okay, puan.” Dia bangun, tunduk hormat.
Okay...boleh je. Tapi memang hotel ni macam ni ke? Semua memang ramah mesra? Well, bagus juga.

“Wow, sedapnya bau...apa tu Zach?”
“This?”
“Yep.”
“I’m trying a new recipe. Urat keting goreng kunyit dengan kulat sisir.”
“Perghhh....hawau...mesti sedap,kan?’
Zachary gelak sambil menghidu. Kurang garam kot. Dia letakkan sedikit lagi. Kali ini dia hulurkan pada Abid yang dari tadi kembang kempis hidungnya. 
“Sedap la weiii...!” Dia mengambil sekeping lagi. Panas tapi sedap. Pedas pun kena. Lagi sedap kunyah dengan urat keting yang kenyal. Mervelous!
“Zach...kau dahlah hensem sikit dari aku, masak pun terrer dari aku...perghhh...aku dengki.”
“Kau lain, kau master of pastry. Aku mana boleh lawan bab tu.”
Kali ini Abid ketawa. “Banyaklah kau. Kau punya pastry lagi kebabom.”
Mereka sama-sama ketawa. “Dah, jom siap. Lunch time dah ni. Standby mode la wei...”

Cantiknya seragam. Macam pramugari. Kebaya biru laut dengan motif bunga tanjung warna merah jambu. Ehhh...nikan design Haji Ripin and Co. Huishhh...patut pun macam kenal. Lengan baju kebaya itu panjangnya lebih sedikit dari siku. Selesa. Kainnya pula kain lipat, tak ada belah sana sinun. Seronoknya, memang lawas  untuk dipakai, tak adalah sempit sangat.Jadi perempuan melayu terakhirlah gamaknya dia hari ni. Jalan mesti sopan santun punya. Dia minta seragam yang berseluar tapi kata Mak Jan yang berseluar hanya untuk yang ada halkum. Kehkehkeh...terkena dia. Shiftnya akan bermula jam tiga petang, habis jam sebelas malam. 
“Budak baru?”
Zarra toleh, tilik sang pemilik suara. Siapa ni? Pakai tudung hitam corak  batik yang sama. Maskara tebal gila, kalah bulu mata Che Ta. Dia hulur senyum. “Ya, orang baru.” Budak kau panggil aku...kau ingat aku darjah satu ke?
“Wei Wani, ada budak barulah wei...”
Wani, yang chubby macam pelakon kat tv datang berlenggang disisi si maskara hitam. Wani senyum senget padanya. “ Nama kau sape?”
Zarra senyum. “Nak ikut surat beranak ke nak ikut IC?”
Wani nganga. “Fuhhh, boleh tahan. Kau tanya dia pulak Ida.”
Ohhh...Ida. 
“What is your name? Can you understand that?”
“Look here, miss. My given name, as written on my identity card or my birth certificate, is the same.  So, my point here, which name do you want to know?”
Ida pandang Wani. Wani sengih-sengih. “Kau paham tak?”
Wani geleng.”Dia cakap laju sangat la, beb.”
Zarra ketawa. Lawak betul manusia berdua ni. Dia hulurkan salam. “Zarra binti Zaid. Zack.”
Ida angkat kening, jeling Wani yang melopong. Wani angguk laju-laju.
“Wahida binti Adnan, Ida.”
Wani hulurkan salam.”Nur Syazwani Rabiatul Adawiyah binti Noh. Wani.”
Mak aihhh...panjangnya. Zarra tergelak.
“Sorry, kami usik je tadi. Welcome to The Bliss family.”
Zarra peluk Wani dan Ida. “Terima kasih. Sorry kalau Zack sound macam biadap tadi. My style. Memang gaya cakap macam gini.”
Wani ketawa. “Tak apa, kami pun. Tapi depan guest tak bolehlah. Nanti kena piat telinga dengan Mak Jan. Lemah lembut dan beradab. Ha, ingat tu.”
Ida gelak sambil angguk. “Zack? Tak sedaplah. Panggil Zarra lah, baru sweet. Ni nama macam jantan. Nanti tertukar dengan Zach si Zakaria kat coffee house.”
“Zachary lah. Suka hati kau cakap nama dia Zakaria. Muka hensem tahap lima bintang plus-plus kau cakap nama Zakaria. Tongong.”
Zarra ledak tawa. Okay. Mesti seronok kerja kat sini.
“Now Zack adikku, jom kita pergi ke istana housekeeping. Jap, umur berapa?”
“26.”
“Bagus. Aku 26 jugak, si Wani ni 28. Sila hormat dia.”
Wani geleng kepala . Cehhh...hormat konon. Kena buli adalah. Dia jalan cepat-cepat. Sesekali dia jeling Zarra yang tersenyum. Cantik budak ni. Kalu rambut pendek tu panjang sikit, takpun pakai tudung, mesti lagi cantik. “Zarra...?”
“Ya kak?”
“Dah kawin?”
Hahahaha...gelak sakan dia. Kawin? Sampai mati dia takkan kawin. “Belum lagi, kak. Akak?”
“Dah. Baru dua bulan.” Wani senyum malu-malu. 
Zarra dan Ida sama-sama gelak. “Suami dia kerja kat sini jugak, bahagian technician.”
“Kau, Ida?”
Ida angkat jari. “Dah bertunang. Nanti ada duit, langsung on the spot.”
Huihhh...semua dah berpunya la ni.
“Putus je dengan Halim tu, Ida. Aku tak suka.”
Ida diam.
Zarra pun diam.
Ida jalan cepat-cepat. “Aku pergi tandas jap.” Pantas langkahnya meninggalkan Zarra dan Wani. Wani dengus nafas.
“Kenapa,kak?”
 Wani garu pipi. Geleng kepala. “Nantilah, satu hari kau tau jugak.” Dia tarik tangan Zarra, menuju ke bilik operasi housekeeping. 
Mak...luasnya. dia pandang atas bawah. Setiap rak tersusun rapi dengan segala kelengkapan dan amenities. Zarra telan liur. Kalau cilok bawak balik syampu dengan shower gel boleh aje kan.
“Tengok saja tau. Bawak balik tak boleh, berdosa.”
Zarra gelak kuat-kuat.”Serius ah kak Wani...macam mana boleh tau isi hati Zack ni...”
“Eleh, akak mula-mula datang macam tu juga. Tengok towel ni, gred vvip. Kita pakai pun cap pasar malam. Ini kalau hampar sepuluh lapis dah jadi tilam.”
“Kak apasal akak dengan Ida boleh pakai seluar, saya kena pakai kain? Saya mintak seluar, Mak Jan cakap tu untuk lelaki je.”
Wani henjut bahu, terkekek dia ketawa. “Memanglah. Seluar ni kami beli sendirilah, Zack. Kain ni untuk receptionist. Kau pakai buat sementara. Nanti belilah seluar sendiri, Zack...takkan nak suruh Mak Jan beli kot.”
Laaa...itu macam ka. Yelah,yelah...esok dia beli.
“Mak Jan cakap lelaki je boleh pakai seluar?”
Zarra angguk.
“Habis tu akak dengan Ida ni lelakilah, kan?”
Kali ini mereka gelak sama-sama. 
“Okay ,akak terangkan jadual. Dengar baik-baik tau.”

“How’s your day, Sham?” soalnya manja. Kartini hirup fresh orange itu perlahan-lahan. Sejuknya memecah kehangatan cuaca hari ini.
“Good.”
Kartini muncung bibir. “Good? Just good?”
“Yelah, hari pertama, takkan nak cakap awesome terus,kan.” Hisham pandang keliling. Cantik betul hotel ni. Staff-staff juga ramah mesra.
“Tak emosilah you ni. At least ambik hati I, cakap hotel ni memang hebat.”
Dia mengeluh kecil. “Tini, tadi you tanya how’s my day,kan...the hotel memanglah amazing, but not my day. My day is good. Itu saja.”
Kartini bangun, hentak kaki atas lantai. “You ni kan...”
Hisham ukir senyum. Kan, merajuk pulak. Aduhai...biarlah, pergilah merajuk jauh-jauh. Nanti dia pujuk. Dia bangun, betulkan pinggang. Penat dia pusing keliling hotel hari ni. Kata Yusri, dulu hotel ni ada satu bangunan utama sahaja. Sekarang ni dah bertambah. Sebelah kanan, gym dan bengkel batik untuk pelancong serta spa. Sebelah kiri ada pool dewasa dan kanak-kanak, mini cinema, pusat riadah dan Pet A Pet House. Sebelum pintu masuk utama pula, ada dua bangunan lima tingkat. Kata Yusri, kuarters untuk pekerja yang tinggal jauh. Bagus. Jarang hotel sediakan kuarters. Bunyi gelak ketawa buat dia menoleh. Hisham senyum sendiri. Betul kata Yusri. Homey dan friendly. 

Mak Jan gelak kuat-kuat. Termakan juga tipunya dengan Zarra. “Kalau macam tu, hari ni Zarra ikut Dilla jaga front desk. Berlatih jadi receptionist. Muka kena senyum, tutur kena lemah lembut. Paling penting, kerja dengan ikhlas.
Zarra angguk. Seksa wooo buat kerja pakai kain kemas sana sini. Wani dengan Ida dari tadi gelakkan dia. Cehhh...
“ Assistant Manager baru tu...hensemnya...”
Zarra toleh. Dahsyatlah Mak Jan. Dari belakang pun tau hensem. “Mak Jan, Zarra pergi front desk dulu ya.”
“Aik, tak nak makan dulu?”
Zarra geleng. Air carrot susu itu sudah cukup baginya. “Nanti lain kali ya.” Dia bangun, betulkan kain kebayanya yang senget sebelah. Hisshhh...aku bako kain ni kang.
Mak Jan gelak tutup mulut.
“Honey...gelak kan siapa tu?”
Mak Jan angkat muka. Dia muncungkan bibir, tunjuk pada Zarra yang terkial-kial berjalan. Macam itik ronggeng.
Zachary duduk, lepaskan nafas perlahan-lahan. “Siapa tu?” Dia juga ketawa. Jalan macam mabuk laut. Kalau jatuh dia mahu gelak kuat-kuat.
“Zack.”
Zachary angkat sebelah kening. “Saya?”
“Bukan Zach ni...Z. A. C. K, Zack, Zarra.”
Ohhh...nama Zarra kan cantik, apasal tukar jadi Zack pulak. Lainlah dia, takkan nak panggil dia Zaki, tak masuk akal. “Budak baru?”
“ Iya. Cantik tapi lasak semacam. Fetty suruh letak dia dengan Dilla dekat front desk, biar belajar lemah-lembut gitu.”
Zachary geleng kepala. Komplotlah tu. “ Mak Jan dah makan?”
Angguk. “Dah. Kitchen menu apa hari ni?”
Dia menyeringai. “ Tengok sendiri.” Dia sandar pada kerusi rotan. 
Mak Jan senyum, tinggalkan jejaka itu sendirian. Kalau aku ada anak perempuan, dah lama aku sambar si Zach ni buat menantu. Dia perlahan berjalan, meninggalkan Zachary yang terlelap di kerusi.

“ Thank you, Sir. Please come again, ya.”
Lelaki mat salih itu angguk, senyum manis padanya. “Of course I will. This is for you. For your sweet smile.”
Zarra telan liur namun sempat tunduk hormat. “Thank you, sir. Safe journey ya.” Lelaki separuh umur itu berlalu pergi. Dia buka tapak tangan. Pergh, dapat tip. Duapuluh ringgit. Boleh isi minyak motor. Alhamdulillah.
Dilla dan Naim gelakkan dia. “ Seronok kan dapat tip.”
“ Uiihh...bestnya. receptionist pun dorang kasi tip ke?”
“ Pelancong asing memang macam tu. Depa tak kedekut macam orang kita. Tapi kalau Pak Arab, lagi best. Kalau yang gila baik, geng-geng bellboy dan conceirge tu dapat limapuluh ringgit tu dalam tangan je,”terang Naim panjang.
Wow. Wow. Banyak tu. 
“ Memang kita tak mintak, tapi kalau orang bagi jangan tolak. Rezeki, Zack,” sambung Dilla pula. Betul, mereka tak pernah meminta-meminta, buat kerja pun dah dibayar gaji. Rezeki, ada bersyukurlah.
“ Shh, shh...she’s coming.”
Zarra telan liur, angkat muka. Siapa datang? Dia tegakkan badan bagai mahu nyanyikan lagu Negaraku.
“ Apasal bisu nih? Boraklah.”
“ Assalamualaikum Miss Kartini.”
Gadis dihadapan mereka itu jeling, juih bibir. 
Zarra pandang sekilas. Siapa ni? Gaya macam artis. Rambut panjang hitam berkulat...ehh,berkilat. Silap. Maxi dress corak tribal warna-warni. Handbag yang tergantung pada lengan kalau tak silap dia jenama Prada. Prada, berada. Bukan untuk orang papa macam dia. Cantik, macam model...tapi sayang budi bahasa fail.
“ Kau? What are looking at?”
Terkejut dia. Zarra senyum. “ Your bag, Miss Kartini. So lovely, macam Miss Kartini juga.”
Kartini senyum simpul. “Of courselah. Rare item, kan. Dah, buat kerja.” Dia buka langkah, menuju ke pintu utama.
Dilla urut dada. “Perghhhh...nasib baik Miss Devil dah blah.”
Bulat mata Zarra. “Miss Devil?”
Naim dan Dilla angguk kepala serentak. “ Ha ah...Miss Devil. Nama penuh dia Tengku Kartini Alia binti Tengku Adnan. Hotel ni boleh kata bapak dia punyalah, ada share kat sini dengan sorang lagi tokey mat salih, Mr. Lehmann. Family dia semua okay, dia je yang besar kepala. Bapak dia, fuhhh...thumbs up. Baik gila. Dia, boleh masuk neraka!”
Kali ini Zarra ketawa kuat-kuat. Gila bangang Dilla. Lantaklah, masuk apapun, bukan hal dia. Dia mahu cari rezeki, bukan cari mati!

“Nak pergi mana?” soalnya sambil butangkan kemeja. Blazer coklat gelap dia sarungkan. Hisham bangun, menurut langkah Yusri yang senyum lebar.
“ Eye to eye dengan staff. Perkenalkan diri Sham la. Nanti langgar bahu pun tak kenal.”
“ Tak payahlah...buat apa.”
Yusri sapu kepalanya yang licin. “ Haishhh...mana boleh, kenalah perkenalkan diri. Jom, jom.”
Alaa...nak kena pergi ke? Dia turutkan saja. Kenalkan diri saja,kan. What harms will do?

Grandballroom Heaven 1 itu sudah dipenuhi dengan staf yang ada. Zarra hanya mampu menjeling. Dia kena ada disini, di kaunter reception. Tinggal dia, Dilla dan Naim. Yelah, takkan nak tinggalkan, datang guests siapa nak layan, hantu? Mau cabut lari semua yang ada.
“ Dorang buat apa tu, Dilla?”
Dilla jenguk. “Ohh, ada eye to eye lah tu. Mesti nak kenalkan assistant manager baru. Aku dengar hensem gila. Bestnya kalau dapat join. Nanti aku suruh Ida ambik gambar, whatsapp dalam group.”
Huhhh...itu je ke. Tak apalah, tak penting pun.
“Zack, bak no phone, aku add dalam group whatsapp kita.”
Zarra garu telinga. “ Dilla, aku pakai phone cikai jelah. Boleh buat call ngan sms je.”
Naim tepuk dahi. Yang si Dilla pula mengekek-ngekek ketawa. “Haru betul kau ni. Nanti dapat gaji belilah wei...skang ni dah banyak yang murah. Mashaa Allah...”
Dia senyum malu. Nantilah, kalau ada keperluan dia beli. Lagipun dia terlalu bijak untuk pakai smartphone. Tak payah smart bertingkat-tingkat, nanti poket ketat dengan hutang.
Dilla buka telefon. “ Alaa...gambar jauh lah. Bengong si Ida ni. Ambiklah gambar dekat sikit kalau ye pun,” bebelnya sambil merenung skrin.
“ Dahlah, nanti kalau dia lalu, kita sergah dia. Terus havoc.”
“Sergah siapa? Ida?”
“ Bukanlah ngok, assistant manager baru tulah. Kau ni...”
“ Kau gila? Nak kena pecat.”
Zarra gelak. Dah kemaruk sangat nak tengok, jumpa depan-depan jelah. Kihkihkih...
Oppo 7 milik Dilla berbunyi lagi. “Ehhh...mudanya. baru nak masuk 31 tahun dah boleh jadi boss. Hebatnya. “
Zarra hanya dengar. Biasalah, mesti anak orang kaya raya bagai.
“ Hmmm...lulusan oversea, patut pun.”
Zarra gelak. Suara Dilla dah lah kuat, bergema ruang legar itu.
“Nama,nama,” soal Naim.
“ Sham. Hisham.”
Hatinya terhenti seketika. Nama itu. Dia mengucap panjang perlahan. Rileks Zarra. Ramai manusia yang nama sama. Takkan itu pun dah kalut. Dia ketap bibir, tarik nafas panjang-panjang. No. Not him. Bukan lelaki itu. Be cool, Zarra. You are safe here.

Penat dia bersalaman. Dah macam YB. Hisham lurutkan blazer. Yusri sudah ke pejabat. Dia sangkut blazer pada lengan. Melintasi ruang legar berhadapan receptionist, matanya melirik pada seorang gadis yang melopong memandangnya. Dia memberi senyuman. “ Hai, I’m Hisham.”
Dilla tutup mulut. “Dilla Abu Bakar, En. Hisham.” Ya Allah Zarra, ruginya kau pergi tandas. Hensemnya makhluk dihadapannya. 
Hisham gelak kecil. “ See you around, Dilla.”
Okay, dia hanya mampu angguk. Oh Mr. Cupid, I’m in love!!!