Sunday 15 March 2015

Nahhh!!! Bab 11 Dreamctacher..kuikuikui

BAB 11

Macam mana ni? Bantal golek tak ada. Takkan dia nak keluar ambil dalam bilik sebelah. Mak tuk dibilik hujung. Alah, keluarlah kejap. Jalan pelan-pelan.
“Yang kamu berjingkit macam pencuri ni kenapa?”
Mak aii...nasib baik dia tak melompat kat sini. Bila masa pulak tuk aki ada kat depan ni? “Nak turun dapur, dahaga.”
“Nak pergi dapur, jalanlah. Yang terjingkit-jingkit kenapa?”
“Takut mak tuk terkejut.”
Lebai Razali ketawa. “Mak tuk kamu kalau tidur, tak adanya dia terkejut dek tapak kaki kamu tu. Dah, masuk tidur.”
Amni berpatah ke bilik. Alah...punah rancangan. Masuk ke bilik, suaminya sudah siap terbaring dikatil. Dia menutup lampu, menekan suis kipas. Berdesup kipas itu berpusing. “Bantal golek tak ada.”
Khalid hanya diam.
“Assalamualaikum, selamat malam,bang.”
Waalaikumussalam, maafkan abang, Am.

Panas. Kenapa panas? Dia membuka mata. Alahai...mesti tak ada elektrik ni. Eh, apa yang berat atas perutnya. Dalam gelap, dia teraba-raba. Tangan. Sasa. Tegap. Khalid.
Makkkk...
Menggigil dia. Nak buat macam mana ni? Angkat pelan-pelan, mungkin Khalid tak bangun, tak sedar apa yang dia buat. Di memegang tangan Khalid, berhati-hati.
Ermmm...
Ah sudah, Khalid terkejutkah? Ala, matilah dia. Nanti bimbang Khalid tuduh dia saja nak menggoda. Kalau terus sampai jatuh katil, macam tak logik. Karang datang pula mak tuk dengan tuk aki.
Dia mencuba lagi. Kali ini lebih berhati-hati. Khalid menggumam perlahan dengan tiba-tiba. Tubuhnya ditarik ke dakapan Khalid. Amni kaku seketika. Dia lemas, namun selesa. Dada Khalid yang bidang itu tersentuh lembut dengan pipinya. Amni gamam.
Nak buat apa lagi ni? Boleh tak kalau dia loloskan diri perlahan-lahan? Buat macam Houdini. Amni mencuba lagi. Namun kali ini dakapan Khalid lebih kuat. Tangan kiri Khalid menggosok belakangnya perlahan-lahan, lembut dan mengasyikkan. Amni mahu menangis.
Ini bukan Khalid. Khalid tidak sedar apa yang dilakukannya. Dalam sedar, menyentuhnya Khalid langsung tidak mahu. Dia mendongak dalam kegelapan. Meraba pipi sang suami lembut dan perlahan. Inilah kali pertama dia beranikan diri untuk menyentuh Khalid, menyentuh suami yang dicintainya.
Allah, dia hampir menjerit. Tangannya pada pipi Khalid dipegang dengan tiba-tiba. Dia menggigil. Dia menggigil kerana tangan itu menyentuh pipi, dagu dan mengelus rambutnya. Tangan itu yang menariknya dagunya sedikit ke atas. Lembut. Kucupan itu cukup lembut bak rama-rama singgah dibibirnya. Amni menahan nafas. Jantungnya menghentak dinding tubuh, kuat dan laju. Dia hanya diam, menahan nafas yang tersekat-sekat. Kali ini ini, kucupan ini lebih lembut, lama. Amni menangis, membalas kucupan itu dalam diam. Dengan rela.
Khalid membuka mata. Amni dilepasnya segera umpama tersentuh bara api yang panas. Nafasnya berat, lalu dilepaskan segera. Mujur dia sedar. Mujur dia tidak terlanjur meneruskan tindakannya. Kipas mula berpusing, lampu diruang tamu yang menyala memberi sedikit cahaya ke bilik mereka. Dia bangun, duduk dibirai katil. Matanya melirik pada Amni yang tunduk kelu disebelah. Kain batik yang dipakai Amni sudah tersingkap hingga ke paha. T-shirt Amni juga sudah jatuh ke lantai. Khalid meraup muka, berkali-kali. Nasib baik. Nasib baik dia tersedar. Kalau tidak...
“Abang minta maaf. Abang tak sedar. Maafkan abang...”
Amni hanya mampu diam. Ditariknya selimut menutup tubuhnya yang separa terdedah. Dia mahu menangis, namun hatinya menjerit jangan.
“Abang janji, perkara macam ni tak berlaku lagi.” Khalid bangun. Mencapai tuala. Dia perlu mandi, tenangkan diri. Perlahan dia melangkah, menuju ke dapur, ke bilik air.
Bila saja pintu ditutup, Amni menekup muka. Dia menangis, menangis seperlahan mungkin, menekup mulut agar tiada esakan keluar. Ya Allah,tolonglah dia...

Dia menyentuh pinggan, sedikit saja suapnya masuk ke mulut. Selepas subuh, Khalid minta izin dengan tuk aki untuk pulang dulu. Mahu ke hotel, membuat persiapan untuk menyambut pengurus besar yang akan tiba hari ini. Lega. Dia lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu memandang muka Khalid. Apa yang terjadi semalam buat dia betul-betul malu, terpukul. Khalid tidak mahukannya. Suaminya sungguh tidak menginginkannya.
“Amboi, suami baru pergi sekejap, sudah hilang selera makan. Cepat benar kamu rindukan dia. Kalau dah rindu sangat, sudah makan, balik rumah.”
Amni menggigit bibir. Mak tuk, andai mak tuk tahu, pasti mak tuk sedihkan. Dia tersenyum, buat-buat senyum malu. Hati yang rebis, berkecai-lerai jangan ditunjuk pada airmuka. “Eleh, mak tuk dengan tuk aki dulu macam tu juga,kan. Mengata orang.”
Mak Wan ketawa. Dia menyuap lempeng itu, mengunyahnya perlahan. “Kamu tak tahu, masa kami kahwin dulu, mana kami pernah jumpa. Tak kenal pun muka, wajah masing-masing. Jumpa tak jumpa, masa hari sanding.”
Ehh, dah macam nak sama dengan cerita dia dengan Khalid.
“Habis tu macam mana,mak tuk?”
Terbelahak Mak Wan. “Macam mana apanya?”
Nak kena tanya macam mana ni? “Maksud Am, macam mana mak tuk boleh bercinta dengan tuk aki, bertahan sampai sekarang?”
Diambilnya tangan Amni, ditepuknya perlahan-lahan. “Orang dulu-dulu, lepas berkahwin baru bercinta. Tak banyak dosa, tak ada kes-kes buang anak macam sekarang. Kami kalau jalan, tunduk tengok tanah, tak berani nak bertentang mata macam kamu orang-orang muda sekarang ni. Nak ketawa pun tutup mulut. Jalan tertib, tak ada terkinja-kinja macam monyet banyak kutu. Masak wajib tahu, mengaji Al Quran lagilah.”
Hah, panjangnya mukadimah. Amni menghirup kopi.
“Aki kamu, malam mula-mula, dia tidur atas lantai, beralas tikar mengkuang,”sambung mak tuk lagi dengan ketawa. Matanya jauh memandang keluar, bagai terbayang-bayang sesuatu.
“Bila mak tuk tanya, dia diam. Malam esok, dia tidur bawah lagi. Mak tuk tak kisah. Lagi seronok tidur sorang-sorang, satu katil tu mak tuk guling-guling.” Mak Wan ketawa, menyuap lempeng kelapa itu lagi.
“Sampai bila aki tidur kat lantai?”soalnya ingin tahu. Baik punya cerita. Boleh buat guidance ni.
“Malam ke sembilan.”
Aik, ingat kan tahan sampai setahun. Dia ketawa. “Kenapa sekejap sangat,mak tuk?”
Mak Wan menyambung tawa. “Dia kata sakit badan, tak larat nak tidur lama-lama atas tikar. Padan muka dia.”
Hahaha...patut pun. Nampak macam macho sangat, sekali lenguh belakang daa....
“Lepas tu, kami pelan-pelan kenali diri. Aki kamu tu pendiam, cakap bila perlu. Tapi bila dengan kawan-kawan, macam bertih goreng. Mak tuk pun ada usaha mak tuk sendiri. Mak tuk tanya dengan mak mertua apa yang aki kamu suka, tak suka. Jaga makan minum dia, jaga baju pakai dia. Kalau dia tak sihat, mak tuk manjakan dia. Kalau dia nak kan mak tuk, mak tuk tak tolak. Lama-lama hati mak tuk terbuka untuk dia.”
Merah padam sekejap mukanya. Yalah, mak tuk bercerita, ada juga sentuh bab-bab intimasi. Yalah, kalau orang lain, dia boleh buat bodoh tau ketawa. Ini mak tuk, neneknya sendiri.
“Yang kamu tersipu-sipu ni kenapa? Malu? Eleh, dah nikah kawin, malu apanya.”
Tergaru-garu dia nak menjawab.
“Ni mak tuk nak pesan. Kamu dah jadi isteri orang. Jadi isteri ni senang nak masuk syurga kalau betul caranya. Taat dan kasih pada suami. Kalau dia mahukan kamu, jangan tolak, kalau nak tolak, biar lembut, ada sebab. Tu, makan pakai dia, jaga elok-elok. Maruah kamu pun sama. Jangan buat airmuka dia jatuh, jaga diri, jaga penampilan, rupa pakai kamu. Ini orang zaman sekarang, pakai baju, pundak tu macam nak terkeluar. Geli aku tengok. Pakai baju kain banyak, melekat pula pada tubuh. Habis segala alur lumpur nampak.”
Haa...nasib baik mak tuk bukan ustazah. Kalau tak, ramai la yang kena bambu. Amni tersenyum, mengangguk tanda faham. Tapi, huh...menolak. Masalahnya sekarang, dia yang ditolak. Hai, kalaulah mak tuk tahu.
“Am kena ingat sampai bila-bila. Kalau dalam drama selalu sebut, kalau kita mati, kita masuk syurga sama-sama ya, sayang. Heh, suami, kalau nak isteri masuk syurga sama-sama, tegur, bimbing isteri. Isteri, kalau nak masuk syurga dengan suami, taat, patuh dan jaga maruah diri.”
“Ya, mak tuk. Betul sangat-sangat.” Amni tergelak lagi. Dah sudah, naik syeikh gamaknya mak tuk. Kalau bagi mikrofon, mahu dia khutbahkan satu kampung, baru betul-betul havoc. Dia tersenyum lagi, meneguk sisa kopi yang masih ada.
“Dah bila agak-agaknya kamu nak bagi mak tuk cucu?”
Bersembur kopi itu. Nasib baik sedikit, kalau tidak hitamlah muka neneknya. “Ala, sorry mak tuk...”Tangannya mengelap lengan Mak Wan.
“Apa kena dengan kamu ni? Tanya macam tu dah gelabah...”
Yalah, mana tak gelabah. Dah sebulan menikah, dara lagi. Tanya pula soalan cepumas, jahanam mahu fikir jawapannya.
“Gaya macam orang baru nak menikah...kamu tu dah sebulan tidur bersama, malu apanya.”
Ala, kalau macam ni punya gaya, baik dia balik rumah. Rumah keluarganya. Ni karang tak pasal-pasal ada yang menangis melalak kat sini.

Tangan abi disalamnya, lalu diciumnya lembut. Bau ikan kering, heh. “Abi sihat?”
Haji Muaz meletakkan tangannya ke kepala Amni, lembut dan bersahaja. “Alhamdulillah, sihat. Am kenapa tiba-tiba balik?”
Dia tersengih, masuk ke dalam lalu melempar diri ke sofa. “Tak, semalam Am dengan Lid tidur kat umah mak tuk. Ni, pekasam ikan talapia. Mak tuk pesan, cakap kat anak dia, senang-senang balik jenguk mak bapak dia,”tutur sambil melunjur kaki. Mengantuknya. Suara alunan ayat-ayat suci Al Quran mula berkemundang. Solat Jumaat pasti menyusul.
Haji Muaz ketawa. Ibunya memang begitu. Suka bergurau, cakap lepas. Tiap-tiap minggu, kalau tak ada urusan, mereka balik. Bukan jauh sangat pun, sepuluh minit berkereta.
“Lid mana?”
“Pergi The Bliss. Katanya manager hotel nak datang hari ni.”
“Kalau macam tu, tak apalah. Ummi kamu dah masak, nanti makan. Dia tidur dalam bilik. Semalam buat qiamulail, qada’ tidur lah tu.”
Ohhh...patut pun diam saja.
“Abi nak pergi dulu. Ni, jenguk abang kamu, lepas sarapan tadi terus sambung membuta.” Haji Muaz melangkah keluar, mahu cepat ke masjid.
Abang Im, standardlah tu. Nasib baik bangun solat je. Kalau lelaki boleh datang uzur macam perempuan, mahu tidur satu hari satu malam tak bangkit bangun. Belum sempat dia ketuk pintu bilik, Imran yang lengkap berbaju melayu sudah tercacak di muka pintu.
“Apa, apa, apa, apa, apa, apa?”
“Apa apa?”
“Apa buat sini?”
“Rumah mak kita, suka hatilah.”
Dijentiknya dahi si adik. Sekali, dua kali.
“Ummi, tengok abang ni...”
Imran ketawa. Makin cantik, tapi apasal macam lengking. Hari tu macam pipi tu comel cantik je. “Bambi buat apa kat sini?” Lama dia tak panggil Amni dengan nama itu. Waktu kecil dulu, Amni paling suka menonton cerita Bambi, sampai-sampai menangis-nangis. Tu yang lekat nama panggilan tu sampai sekarang. Cuma bila dah jadi milik orang, sudah dewasa, dia tak mahu Amni malu.
“Saja nak jenguk abanglah. Nak pergi mana hensem sangat ni?” Dia bukan tak tahu, tapi sengaja mahu bergurau senda.
“Pergi pinang Kay. Jom, temankan abang.”
Cehhh...tak habis lagi dengan angaunya pada Khalida. Amni tertawa, membetulkan songkok Imran. “Abang ni biar betul. Nak sungguh ke pada Khalida, kalau betul-betul nak, nanti Am cakap dengan mama Khalida.”
“Hishhh...nanti dulu. Tak payah pakai posmen, abang boleh cakap sendiri. Lelaki biar gentleman, ada keberanian. Baru bakal mertua suka. Dah, abang nak ke masjid. Kesian orang kampung tunggu abang baca khutbah.”
Mangkuk tingkat dia, baca khutbah konon. Terkekek dia ketawa. Sekali lagi dia membetulkan songkok Imran, lalu mencium pipi abang nan seorang.
Tersenyum Imran, namun dia memandang Amni sedikit pelik. “Nape tiba-tiba cium, mau bodek apa ni?”
“Saja. Hadiah. Abang lelaki terbaik, bertuah kalau Kay dapat abang tau.” Hatinya tiba-tiba sebak. Betul, gila-gila abangnya, Imran manusia yang penyayang. Dia tahu, sudah dua puluh enam tahun dia jadi adik Imran, dia tahu, dia kenal abangnya.
“Yang mata berkaca-kaca bagai ni kenapa?” Pelik, kenapa pula dia nampak mata Amni bagai bergenang air. Sedih ke apa?
“Terharulah ada abang macam bang Im.”
Huh, pandai saja. Sebelum menarik pintu sliding kayu, dia menjeling adiknya yang tegak berdiri. Kenapa hatinya rasa tidak enak. Tidak enak macam terminum susu basi. Biarlah, mungkin dia saja yang melebih-lebih fikir.

Dia baring, mengesat pipi yang basah. Mahu tidur, namun mata tak mahu pejam. Bantal golek itu dipeluknya erat. Kalaulah dia dapat memeluk Khalid seperti ini. Beranganlah Amni, beranganlah sampai ke puncak langit yang ke tujuh. Namun, kalau diikut kata mak tuk, isteri kena banyak bersabar. Kahwin bukan main-main, ianya suci. Dia tak kan mengalah. Dia akan terus mencuba, selagi dia bernama isteri, dia akan mencuba mencari syurga.
“Am, kamu ke kat dalam?”
Ummi.
Pantas dia mengelap wajah, bangun membuka pintu. Jebat yang tadi lena juga menggeliat dihujung katil. “Ya, kejap Am buka pintu.”
Hajah Amina masuk, duduk dibirai katil. “Kamu kenapa, demam ke? Merah mata, muka pun?”
“Migrain rasanya,mi. Dah lama tak kena ni.”
Hajah Amina menggeleng-geleng kepala. Dia mengelus rambut Amni yang hitam pekat. “Khalid mana, tak ikut?”
“Tak. Semalam kami tidur rumah mak tuk, pagi ni dia kena pergi The Bliss, boss nak datang katanya.”
Umminya mengangguk.
“Kalau macam tu, marilah kita makan. Abi dengan abang Im dah makan sebelum jumaat lagi tadi. Patut pun ummi tak rasa nak makan tadi, rupanya kamu nak balik.”
Senyum. Balik ke sini  baru dia mampu tersenyum.
“Tu, pekasam ikan talapia dah ummi bakar tadi. Budu nak ke tidak?”
Angguk. Terbuka seleranya. Kan seronok dapat balik rumah. Dia yang dilayan bagai puteri. Dia bangun, mengambil cili padi yang sedia ada dalam peti sejuk.
“Ummi, masa ummi kawin dengan abi, ummi kenal tak?”
Hajah Amina tersenyum seketika. “Kenal, kami satu sekolah. Kenapa tanya?”
“Tak ada, tadi dengar cerita mak tuk, mana tahu dapat dengar cerita ummi pula.” Umminya menutup mulut, menahan tawa yang mahu meletus.
“Abi kamu tu popular. Budak sukan katakan. Main bola pandai, main takraw pun pandai. Ramailah budak perempuan sekolah kami gilakan dia.”
“Ummi?”
“Ummi...jauh sekali nak mengorat dia. Ummi masa sekolah pakai spek besar, spek belalang. Ummi tahu belajar je, nak mengorat, ummi tak tahu.”
Amni meyuap nasi.
“Pernah dating?”
Hajah Amina ketawa. “Pernah, naik vespa ayam belanda. Pergi Pantai  Batu Buruk. Pukul lima dah balik, kalau lambat kena piat telinga.” Dia juga menyambung suap. “Kami dating tak lama, tiga bulan. Lepas tu abi terus masuk meminang.”
Seronoknya. Indahnya seandainya itu kisahnya.
“Am.”
“Hmmm...”
“Ummi tahu kamu struggle. Cuba kenal Khalid perlahan-lahan, izinkan Khalid kenal siapa kamu juga pelan-pelan.”
Dia hanya membisu, mengangguk tanda faham.
“Bercinta lepas kahwin, lagi seronok, percayalah.”
Masalahnya ummi, cintakah dia pada Am?

Hanya lampu diruang tamu yang terpasang. Salam yang diberinya tidak bersahut. Dia masuk, menuju ke meja pulau di ruang dapur. Di bawah pasu kecil diatas meja pulau itu, ada satu nota.
‘Off to KL, esok balik. Call Am tak dapat.’
Ohh...dia menepuk dahi. Digagaunya telefon tangan, aduh...bateri kong. Silapnya. Segera dia mengecas pada plug yang berdekatan. Lega, hatinya lega. Sekurang-kurangnya mereka tidak bersua beberapa ketika. Dia ke sofa, menghempas badan. Penatnya ke sana sini seharian. Lebih penat bila emosi juga terbeban. Hampir sembilan setengah malam, dia sudah selesai solat Isyak berjemaah di masjid bersama-sama ummi. Seronok bila dapat bermanja dengan ummi, dengan abi. Bunyi kucing mengiau dari telefon buat dia kembali bangun. Lima panggilan miss called, empat sms. Huh, padan muka dia. Dia bangun, menepuk tangan tiba-tiba. Bolehkah? Bukan dia mahu buat apapun, sekadar mahu melihat (ye ke...). Shawlnya diletak kemas di sofa. Lampu dibuka sepenuhnya. Pintu sliding di balkoni dibukanya luas. Kata nak buat, kenapa melangut disini. Amni bangun, menarik nafas dalam-dalam. Sekejap saja. Dia mahu masuk sekejap saja.
Pintu bilik itu ditolaknya perlahan. Gelap. Suis lampu dipetik. Okay, tarik nafas. Bukan stalker, just want to know. Itu saja. Amni tergelak sendiri. Katil itu masih kemas. Bakul baju kotor sudah terisi. Beberapa helai kemeja dan baju pakai Khalid yang lain bergomol didalam bakul. Dia mengangkat sweatshirt yang dipakai Khalid ke gim. Membawanya ke hidung, menciumnya lama. Serupa. Baunya serupa sewaktu Khalid memeluknya dalam dakapan, sewaktu suaminya mengucupnya lembut. Dilempangnya pipi beberapa kali. “Bodoh ya kau ni, berangan tak sudah”.
Dia baring, baring di katil yang jadi tempat lena Khalid. Dia baring, memeluk baju Khalid dalam dakapan, seterusnya lena tanpa mimpi indah yang tak kunjung datang.

Pesawat itu mendarat dengan selamat. Khalid bangun, menarik bagpack Diesel miliknya dari ruang simpanan barang.
“Lid, boleh hantar I balik? Malaslah nak naik cab.”
“Okay.”
Syafiqa tersenyum lebar. “I pergi ambil bagasi I dulu, I tunggu you kat luar ya.”
Khalid mengangguk. Masih belum pukul empat, jadi masih sempat dia singgah ke rumah mama. Dia belikan tas tangan untuk mama, juga untuk Amni.
Amni.
Masih terasa lembutnya bak sutera bibir nan mungil itu dibibirnya. Lembutnya jari-jemari isterinya menyentuh dada. Hey, wake up,Khalid. Apa yang sudah kau janjikan, kotakan. Jangan hanyut, kau pernah cinta, bagaimana cinta itu? Wake up!
Syafiqa tersenyum sendiri. Dia nampak beg-beg kertas berisi bungkusan yang disampul cantik. Khalid dilihatnya berjalan ke arahnya sambil melambai. Beberapa pasang mata di balai ketibaan memandang mereka. Well, mereka pasti nampak secocok kan. Bagai Jack and Jill, umpama David dan Victoria Beckham pastinya.
“Sorry, susahkan you.” Dia bangun, melentuk tubuh bagai mahu menggeliat.
“Tak apa, small matter. Jom, I need to stop at my family’s house.”
“Oh, okay.” Peluang. Boleh dia kenal dengan mama Khalid.
Hampir sepuluh minit, mereka tiba di perkarangan banglo milik Khalid. Syafiqa menilik sekeliling. Wow, not bad. Nampak homey, ala English.
“Kejap ya, I jumpa mama I.”
Beg kertas jenama Bonia itu dibawanya bersama. Well, for his mom. Touche. Mummy’s boy, excellent man. Seorang wanita hampir seusia mamanya keluar dari pintu utama. Wanita itu memeluk Khalid erat, tersenyum melihat apa yang dibawa Khalid. Dia perasan Khalid menunjuk padanya didalam kereta. Syafiqa melambai mesra. Patutkah dia keluar? Oh no, she’s wearing a short pencil skirt. Nantilah, ada masa dia datang sendiri.

“Kamu ni, kalau Amni tahu, jealous dia nanti.”
“Kalau mama tak bagi tahu, macam mana dia nak tahu. She’s a colleaugue lah,ma. No fuss,okay. Dia mahu tumpang saja. Okay ma, Lid pergi dulu. Nanti papa balik, sampaikan salam.”
Safiah mengangguk cuma. “Lid, hantar anak dara orang tu balik cepat. Kamu tu suami orang.”
Tersenyum dia. Mama, entah berapa kali mahu dipesan. “Yalah, I know.”
Syafiqa membuka dashboard, matanya mencuri pandang pada Khalid yang sedang menyalami mamanya. Diambilnya lipstik Bobbi Brown miliknya, lalu diletakkan ke dalam tas tangan. Cepat-cepat dia menutupnya sewaktu Khalid membuka pintu kereta. “Okay, let’s go.”

Dia menggalas tas tangan ke bahu. Apabila Honda CRV Khalid berhenti dihadapan pagar rumah teres dua tingkat itu, dia meriba tas tangan itu. Bersedia untuk turun.
“Thank you,Lid. Susahkan you saja.” Dia menjeling pada beg kertas Burberry yang bersandar pada kerusi belakang.
“Tak susah pun. I harap you dapat rehat, kesian berkejar sana-sini. Oh, there’s something for you.”
Cemerlang matanya bersinar. Dia menyembunyikan senyum. “This is nothing. I tak tahu nak beli apa, so ini aja. Thanks for all the good work.”
Beg kertas jenama Hermes yang sedikit kecil dihulur padanya. Okay, walaupun bukan ini yang dia harapkan. Dia membukanya. Wow! A scarf. Cantik. “Ohh...cantiknya. Thank you so much,Lid.” I love you so much,Khalid, really, I do. Kereta Khalid mula meluncur pergi.

Hah! Hari ini dia berkemas satu rumah. Dibukanya cd Weezer, band kegemaran abang Im. Juga kegemarannya (dah abang Im hari-hari bukak, dia dengar jugalah..) Seluar pendek kuning dengan t-shirt merah diikatnya paras pinggang. Rambutnya diikat tocang. Dengan mop yang sudah hampir kering, dia menyanyi sekuat hati. Bilik sudah. Tandas pun sudah. Dapur dengan ruang tamu juga berkilat. Tinggal lagi dinding cermin dan pintu sliding diruang hadapan. Mop dijemurnya diruang balkoni. Magic sponge yang diberi ummi ditenyehnya pada cermin dinding. Kali ini track My Name is Jonas pula berkumandang. Amni ketawa riang, menyanyi sambil menggoyang pinggang ke kanan dan kiri.
Well, this is new. Sewaktu membuka pintu dan memberi salam, dia memang terlopong seketika. Another side of Amni. Hilang Amni yang lemah lembut, yang tunduk diam. Sekali hari ni, dia dapat lihat dengan mata kepalanya sendiri, Amni yang apa nak cakap, bertenaga? Perlahan dia masuk, bersandar pada sofa dan melunjur kaki. Isterinya masih menyanyi, menyanyi sambil goyang kanan dan kiri. Well, I’ll be damn. Dia tersenyum, mahu ketawa, namun masih menahan diri. Bila lagu itu, tamat dia bertepuk tangan, kuat dan berkali-kali.
Opah kau! Nasib baik dia tidak jatuh terjelepuk di lantai. Kalau tidak, jauh lebih buruk dari nangka busuk. Laju dia berlari, meluru ke bilik. Mashaa Allah, malunya. Seribu kali malu dia dapat petang ini. Okay Amni, cool down. Pergi salin baju, sambut suami kau balik. Suami tetap suami. Tunggu apa lagi, cepat.
Khalid tergelak tanpa suara. Refreshing. Dia membuka butang kemeja, memetik suis penghawa dingin.
“Maaf bang, Am tak dengar abang balik tadi.” Memanglah, mana nak dengar, volume suara kuat nak mampus. Nasib tak runtuh bangunan ni. Dia menyalami tangan Khalid, lalu kembali duduk.
Aik, dah tukar pakai seluar track. Muka comot sana sini, cute. Khalid, Khalid...tahan, ingat. “Tak apa, abang tak kisah.”
“Abang nak minum, nak apa-apa?” Isteri tetap isteri. Biarpun tidak dilayan bagai isteri, tanggungjawab tetap tanggungjawab.
“Apa ada dalam fridge? Kesian Am dah penat.”
“Err...orange jus pagi tadi ada. Nak? Am buatkan french toast, boleh?”
“Boleh. Tapi pergilah mandi dulu. Comot.”
Ahh...betul. dia comot. Gotta go. Buat malu saja. Cepat-cepat dia bangun, cabut lari masuk ke bilik

Bau french toast buat dia keluar dari bilik. Leganya mandi dengan air panas, hilang sebentar lenguh badannya. Hanya berseluar pendek, dia keluar, duduk di meja pulau. Amni masih ralit menyiapkan roti. Dengan seluar trek yang sama cuma t-shirt lain warna. Rambutnya yang panjang diikat kuda, kemas dan cantik.
“Am, ambilkan gelas.”
Dia menoleh. Oh my Ganu, kenapa Khalid tak berbaju pulak. Ingatannya terbang pada malam itu. Rileks, chill...buat macam biasa. Anggap Khalid macam hero Korea atau mamat hensem dalam cerita mat saleh yang selalu dia tengok. Dia membuka kabinet dapur bahagian atas, mencapai gelas lalu menuangkan jus oren. Beberapa keping french toast yang siap dihidangnya bersama scrambled egg.
“Abang makan ya.” Dia berpusing, kembali menutup suis dapur. Nak pergi mana, tak kan nak mengadap Khalid, malu dia.
“Am tak nak makan?”
“Dah makan banyak tengahari tadi. Makan, Am nak tengok tv.” Cepat-cepat dia lari, melunjur di sofa. Kalau lelap kan seronok. Dia menekan punat Astro. Hah, cantik. Cerita Korea.
Khalid menyuap tanpa henti. Tak sangka, lapar rupanya dia. Jus oren tadi ditambahnya. Sedap, masam dan manisnya cukup-cukup. Kali ini dia mengangkat gelas, duduk di sebelah Amni yang memanah mata ke televisyen.
“Abang ada nak tengok channel lain ke?”soal Amni tanpa menoleh. Tak mahu dia bertentangan mata dengan Khalid.
“Nope. Tengoklah, abang nak bersandar, mengantuk.”
Okay, tidur, sila tidur. Dia memperlahankan volume televisyen. Bila ditolehnya sekilas, Khalid sudah lelap. Tu dia, senang sangat. Amni tersenyum, kembali menatap televisyen.

Bergoyang bahu si Husna mengetawakannya. Sekeh baru tau. Dia biarkan saja Husna ketawa, diam nanti, tahulah dia.
“Kau tau tak, aku tak dapat bayangkan, gaya engkau masa tu, mesti gedik gila,kan? Mesti laki kau nganga mulut masuk lalat, kan, kan?” Ketawanya masih ada. Buat lawak betul si Amni. Tahap jurus paksi ninja ke sembilanpuluh sembilan.
“Mana ada, dia tu gentleman lah. Ketawa pun tak berbunyi, bukan macam kau,minah.”
Husna menutup mulut. Alah, dia bukan ketawa kuat sangat pun, sekadar gelak-gelak riang ria gitu.
“Macam mana dengan Zarra? Apa perkembangan?”
“Ha, aku jumpa kau nak cakap tentang hal ni lah. Tadi mak aku telefon, mak Zarra beritahu mak aku, Zarra demam pulak. Aku rasa nak pergi rumah dialah. Balik sekolah nanti jom ikut aku nak?”
Dia diam sebentar. “Boleh, tapi tunggulah kejap. Kelas aku masa last, kita solat siap-siap kat surau, lepas tu baru jalan.”
Bunyi kecoh di koridor luar menghentikan perbualan. Beberapa guru lain juga turut menjenguk keluar. Aqil dan Ustaz Ayub sedang mengheret dua pelajar lelaki yang comot sana sini. Ni apahal pulak? Main polis sentri kaa...
“Kenapa budak berdua ni,Ustaz?”soal Hajah Habibah, Penolong Kanan HEM merangkap pegawai siasatan juvana (tu karut...hehehehe).
“Bergaduh kat tandas hujung tadi. Bergasak sampai ke longkang.”
“Bawa masuk, duduk sini.”
Dua pelajar itu duduk, moyok, keletihan.
“Cerita, kasi story morry apa pasal maa...” Hajah Habibah duduk, mengadap dua hero.
“Luqman ni cikgu, mengata saya dalam facebook, boom wall saya.” Salah seorang daripadanya bersuara.
“Eleh, kau jangan nak mengata aku la mangkuk, kau yang add gambar pelik-pelik kat wall aku tu kenapa. Kau ingat aku bodoh ke,Izham!!”
“Amboi...cantiknya kosakata. Mangkuk, bodoh...Luqman, tak mau tambah?”
Luqman menjeling Izham. Izham membuat muka, muka ayam berak kapur.
“Cikgu Aqil, tolong saya, ambil dua bulu ayam bak sini.”
Aqil bergerak, mengambilnya segera.
“Ni, satu untuk kamu, satu ni untuk kamu.”
Luqman dan Izham saling berpandangan. “Nak buat apa, cikgu?”
“Ai, tadi nak bergasak sangat, sambunglah. Guna bulu ayam ni, kami nak tengok.”
Izham menggaru kepala, Luqman pula tersengih-sengih. Beberapa guru yang lain juga ketawa kecil.
“Tak mau dah, cikgu.”
Hajah Habibah tersenyum. Huh, masa kepala angin datang, apa pun tak takut. Budak-budak. “Kalau macam tu, tolong pergi duduk sana. Saya nak telefon mak bapak kamu. Aqil, ambil first aid, letak ubat luka.”
Mendung kedua wajah itu. Dah pandai buat, pandailah tanggung kan.
“Cikgu, kalau kami minta maaf, boleh tak cikgu jangan call mak ayah kami?” Perlahan soalan (rayuan kot) keluar dari mulut Luqman.
Hajah Habibah tersenyum tawar. “Maafkan saya. Cikgu kena beritahu. Muka dah bengkak sana sini, tak kan nak biar saja. Saya sekadar mahu maklumkan saja, untuk pengetahuan ibubapa awak,faham.’
Angguk, dua-dua angguk.
“And one more...buat apa nak bergaduh pasal facebook. Kalau betul tak suka dengan kawan kita, unfriend saja. Itu pun susah ke.”
Tersipu-sipu dua hero itu. Padan muka.

Pucat lesi Zarra diperbaringan. Berpeluh-peluh dia menahan kesakitan. Matanya berair, menangis dari tadi. Puan Aini, ibunya juga hanya mampu menangis, tidak tahu hujung pangkal, apa yang tidak kena dengan Zarra.
“Mak cik, kami bawa Zarra pergi klinik. Mak cik rehat, Inshaa Allah tak ada apa-apa.”
Wanita itu mengangguk lemah. Buatlah, asal Zarra kembali sihat. Dia mahu Zarra cepat sembuh, boleh bergelak ketawa dengannya.
“Zarra, bangun pelan-pelan. Kita ke klinik ya.” Airmatanya mahu jatuh, namun Husna menarik nafas panjang. Nanti tertanya-tanya pula makcik Aini. Dia mahu selesaikan semua sebaik mungkin. Ibubapanya sudah tahu, begitu juga ibubapa Hisham. Terkedu mereka. Kata pak ngah, dia akan ke Korea, bertemu empat mata dengan Hisham. Kalau perlu dibawa pulang, dia akan heret Hisham balik dengan tangannya sendiri.
Dalam kereta, Zarra hanya menangis, teresak-esak bagai derita yang ditanggung sesak mengasak dada. “Kak Husna, teacher...”
Amni menoleh, memandang wajah Zarra yang basah dengan airmata. “Ya, kenapa Zarra?”
“Semalam Zarra ke tandas, bila Zarra kencing, pedih, sakit...macam keluar sesuatu...”
Husna menelan liur, memandang Amni yang juga pucat mendengar penjelasan itu.
“Lepas tu Zarra rasa sakit, tak tahan...”
Husna menarik nafas, menggigit bibir dari keluar bersuara. Airmatanya kian laju.

“Dia keguguran.”
Mereka berdua terduduk, lesu dan sebu. Airmata mula melangkah keluar dari tubir mata. “So, apa perlu kami buat,doc?”
Doktor Iman diam seketika. Dia tahu apa yang terjadi, semuanya diceritakan oleh Husna. Mungkin ada baiknya Zarra keguguran, mungkin Allah mahu menolong gadis itu dari terus menderita.
“Bila saya scan tadi, saya tengok dah tak ada lagi kantung dalam rahimnya. Makan ubat ni dulu. Kalau ada apa-apa, datang balik segera.”
Zarra mereka papah ke dalam kereta. Gadis sunti itu sudah lena setelah diberi ubat. Mungkin juga keletihan menguasai diri.
“Kau tahu kan,Am...aku tak tahu apa yang aku rasa betul atau salah, tapi aku lega.” Airmatanya turun lagi. Kali ini Amni yang memandu.
“Aku lega sebab aku tahu, Zarra punya peluang kembali ke sekolah, punya masa depan.”
Amni mengangguk. Betul, mungkin ada rahmah yang mereka tdak tahu, tidak nampak.
“Tapi, Hisham tetap kena bertanggungjawab, kami akan pastikan itu.”
Hujan yang dari tadi lebat, mula berhenti. Dihujung sana, ada pelangi merentang langit.


Feninggg!!

Niat dihatiku sebenarnya mau pulun Teruterubozu, tapi projek baru tiba-tiba datang.
Nak buat yang mana satu nihhhh..adoiiii...


Bab 11 Dreamcatcher, malam ni ku up ya...hehhehe