Bab 10
Laman
balai polis itu tempat mereka berkumpul kembali. Lega dia. Sekurang-kurangnya
laporan polis tentang apa yang berlaku telah dibuat.
“Encik
Harris, jangan lupa nanti. Salinan report tu minta simpan baik-baik. Nanti
kalau kena tahan, tunjuk saja salinan report tu. Dah maklum pada mak ayah?”
Harris
tepuk dahi. Aduh! Memang langsung dia lupa terus. Dia pandang Azreen. “Ada call ibu?”
Geleng.
Nak call macam mana, telefon semua
kena rembat. Nasib baik ada beg pakaian, kalau tak mahu pakai kain batik Tuk
Chik naik motor. Haru biru jadinya.
Saiful
hulurkan telefon. “Nah, telefon mak bapak korang. Maklumkan dorang korang kat
mana, macam mana.”
“Reen,
awak call ibu. Minta ibu cakap dengan
ummi.”
Huh,
itupun nak suruh dia ke? Azreen ambil telefon, pantas mendail.
Harris
jeling Azreen yang tenang berbicara. Sekali angguk, sekali diam, sekali geleng.
Entah apa yang disoal ibu mertuanya.
“Ibu
kirim salam. Dia dah separuh nyawa bimbang. Nanti dia call ummi. Kalau nak pakai duit, ibu cakap call saja. Tapi Reen cakap tak payah. Nak transfer macam mana, kad dengan wallet
semua kena kebas. Padanlah dengan duit yang Tuk Chik kasi tadi.”
Riak
terkejut menampar wajah Harris. “Tuk Chik kasi duit?”
“Iya.
Lima ratus.”
Allahu…sungguh
dia tidak tahu menahu. “Mana Tuk Chik dapat duit banyak-banyak macam tu?”
Ketawa
Saiful menyapa telinga. “Korang perasan tak rumah Tuk Chik kat mana?”
“Dalam
kebun getah, kan. Kenapa?”
Saiful
senyum. “Kebun getah tu dia punya la. Enam ekar luasnya. Pakcik aku dan ada
beberapa orang kampung yang lain yang menoreh kat situ. Tuk Chik tu banyak
harta, banyak tanah. Duit dia ayah aku yang tolong simpankan di bank. Ayah aku
tu bukan orang lain. Anak saudara dia.’
Patut
pun. Harris geleng kepala. Orang kampung, kalau tengok kaya tak sangka
berharta. Orang bandar, kalau pakai BMW belum tentu sendiri punya. Entah-entah
sewa takpun bos punya.
“Patut
pun dia cakap duit dia banyak lagi bawah tilam,” sampuk Azreen kagum. Memang
simpan bawah tilam kot, hahahaha…dahsyat Tuk Chik.
“Memang
pun. Tu pun puas ayah aku membebel. Bukan apa, takut orang pecah masuk. Biasanya
aku atau adik aku si Syahir temankan dia. Dah korang ada hari tu, kami tak
pergilah. Lagipun aku tahu korang memang orang baik.”
Harris
senyum lagi. “Kau pun. Dahlah pinjamkan motor, tolong kami buat report lagi.
Bertuah kami jumpa kau, jumpa Tuk Chik. Nak buat adik ipar pun adik aku jantan
juga.”
Berdekah-dekah
Saiful ketawa. “Kita permudahkan urusan orang, Inshaa Allah di lain masa Allah
permudahkan urusan kita. Itu prinsip aku. Ni, bawak motor baik-baik. Dah settle semua nanti, jangan lupa datang
sini.”
Mereka
saling berpelukan, bertukar salam.
“Saiful,
terima kasih. Tengokkan-tengokkan Tuk Chik ya.”
Dia
angguk, angkat ibu jari.
“Harris,
kau jangan pergi join budak-budak motor tu pulak!”
Harris
ketawa. “Langkah KLCC dulu.”
Azreen gulingkan biji mata lalu bonceng motor.
Beg galas satu dibelakangnya, digalas kemas. Satu lagi di dalam raga motor.
“Let’s ride.”
Huh,
macamlah bawa Harley Davidson.
Geli
geleman sesekali bila angin mencium pipi. Seronok juga bermotorsikal. Matahari
yang kian meninggi tak dihiraukan. Angin yang sentiasa menampar pipi buat dia
menyanyi riang. Pesan Saiful, dalam raga motorsikal tu ada baju hujan. Kalau
perlu gunalah. Aishh…matahari garang semacam, hujan pun takut. Azreen gelak
sendiri. Bonceng motor dengan Harris buat dia sedar sesuatu. Belakang Harris
nampak lebar, kekar. Depan memang dah selalu nampak, mamat tu selalu buat
tayangan percuma. Memang buat dia telan liurlah. Tak sangka, belakang Harris
pun boleh jadi magnet matanya. Sudah kerasukan gamaknya dia. Tongong.
Oh
mak kau!
Terkejut
dia. Mana tidaknya, motor itu tiba-tiba sahaja dihentikan dengan mengejut.
Terpeluk dia akan Encik Harris. Sila faham. T.E.R.P.E.L.U.K.
“Kenapa?”
Harris
toleh. Mahu dia tergelak tengok muka Harris yang merah padam. Cermin visor yang
ada pada helmet tu dia tak gunakan ke?
“Tu,
tengok apa yang melintas.”
Okay,
dia terbelalak. Bukan harimau ya, harap maklum. Seekor musang yang juga nampak
cemas memandang mereka. Saling bertukar pandangan.
“Saya
rasa kan, musang ni baru balik kenduri durian.”
Meletup
ketawa Harris. Dengan Azreen memang kadang-kadang tak masuk akal. Dia toleh ke
belakang, tengok Azreen buat muka selamba.
“Kalau
saya langgar dia tadi macam mana?”
“Awak
sampai hati ke nak yatim piatukan anak-anak dia? Nak isteri dia jadi ibu
tunggal?”
Kali
ini Harris ketawa lagi. Mencirit musang itu melarikan diri mendengar ketawa
itu.
“Mana
awak tahu dia ada anak bini? Dia cakap dengan awak ke?”
Harris cabut topi keledar. Panasnya. Bukan
tiada cermin visor, ada. Cuma dia tidak biasa dengan cermin itu. Kalau ada
rayban atau kaca mata hitam kan senang.
“Takkan
dia bujang kot. Haiwan pun nak hidup berpasang-pasangan. Sudah fitrah yang
dijadikan Allah untuk mereka. Awak ingat manusia je ke yang tahu nak nikah
kahwin?”
Nah,
tidak pasal-pasal dia kena ceramah. Harris tergelak-gelak. Comel Azreen dengan
topi separuh penuh itu. Wajah itu bersih, mulus tanpa sebarang calit alat
solek. Pandangannya jatuh ke bibir merah jambu Azreen yang merekah mekar. Bibir
yang bual bicara dengan bibirnya semalam. Yang bawa dia ke langit ke tujuh,
terbang dalam khayalan.
Jantungnya
berkocak-kocak dalam dada. Dia pandang langit, silau. Bila dia alihkan
pandangan, mata mereka bertentangan.
“Awak
lapar tak?”
Cepat-cepat
angguk. Lapar atau tidak, bukan masalahnya. Lebih baik cakap ya sahaja. Azreen
telan liur beberapa kali. Buat-buat pandang jalan. Habis tu, takkan dia nak
pandang Harris.
“Kalau
ikut signboard tadi, kawasan R&R
dah tak jauh. Tadi dah jam sebelas pagi kan masa kita gerak dari balai polis?”
Azreen
angguk. Payah juga tiada jam atau telefon bimbit.
“Kita
gerak dulu. Nanti berhenti, kita makan, solat jamak siap-siap.”
Harris
pula yang angguk.
“Awak
penat ke? Nak saya bawa motor?”
“Awak
pandai?”
Azreen
senyum senget. “See the legs lah…”
Dia
selak seluar jeans Azreen.
“Woii!
Awak apa hal?!”
“Dah
tadi cakap see the legs.”
Eeee…tongongnya
manusia ini. Perlukah dia tolak si Harris ke tengah jalan, bagi lori langgar
jadi lempeng. Sia-sia muka hensem otak senget. Azreen acukan penumbuk.
“Dahlah…awak
bawak sajalah motor tu.”
Harris
pulas minyak, masuk gear dan pulas minyak sekali lagi. Tersembam Azreen di
belakangnya. Dia ketawa besar.
Hishhhh!
Ada yang makan jalan tar nanti ni.
Dia
terlelap ke? Mana tidaknya, belakang Harris dia jadikan tempat sandaran. Yang
tangannya pula gatal melingkar dan memeluk Harris dari belakang juga dah
kenapa? Motor itu dah lama berhentikah?
“Awak
dah bangun?”
Okay,
memang dia tidur tadi. Aduhai…malunya. Azreen pandang sekeliling. Motor itu
sudah dimatikan enjin. Di bawah rimbun pokok yang rendang, jauh sedikit dari
mata dan kesibukan di R&R itu. Dia cepat-cepat turun, tanggalkan topi keledar.
Harris
betulkan belakang. Lenguh. Sampai saja di kawasan R&R itu dia terus matikan
enjin. Hajatnya dia mahu terus turun, ke tandas untuk basahkan wajah. Namun,
sampai di situ, dia sedar yang Azreen masih erat mendakapnya dari belakang,
lena. Rasanya dalam setengah jam juga gadis itu tidur dan memeluknya erat dari
belakang. Mahu juga dia tergelak. Mahu dikejutkan bimbang Azreen malu. Jadi dia
biarkan saja Azreen menyambung lelap.
“Dah
masuk waktu Zuhur kot. Surau kat depan sana. Awak nak solat, solatlah dulu.
Nanti nak makan, panggil saya.”
“Awak
nak buat apa?” soalnya kembali.
Dia
menyeringai. Dia tunjukkan pondok rehat yang teduh di depan sana.
“Saya
nak tidur kejap.”
Azreen
tunduk. Malu. Tadi dia yang enak tidur. Biarlah Harris pula yang melepaskan
lelah.
“Beg
kita biar saya jaga. Awak pergilah dulu. Nanti cukup sejam kejutkan saya.”
Mereka
sama-sama bergerak. Dua beg galas itu Harris letakkan di bangku simen. Satu
dijadikan bantal, satu lagi dipeluknya. Kedua topi keledar itu pula disusunnya dihujung
kepala.
“Saya
solat dulu. Awak tidurlah.” Habis sahaja dia menutur kata, Harris sudahpun
pejamkan mata. Dia senyum. Tidur pun hensem, payah tu. Sekali lagi dia toleh,
pandang wajah itu dengan senyum yang terukir. Sudah kenapa dengan dia? Azreen
tepuk pipi beberapa kali. Azreen Che Azhan! Jangan berangan, faham!
Alhamdulillah.
Selesai solat tadi, dia menyandar pada dinding. Tenang rasanya di sini. Surau
yang disediakan memang cantik dan selesa. Bayu yang sesekali bergesel buat dia
dilamun asyik. Jam pada surau menunjukkan hampir tiga petang. Patut pun
perutnya mencerut. Dia pandang kiri-kanan. Segan kalau keroncong laparnya
didengari orang lain. Baik dia bersegera belikan makanan, kemudian kejutkan
Harris.
“Hensem…aku
suka.”
“Kau
memang, kalau yang mana ada rupa, semua kau suka. Eee…bukan taste akulah. Setakat bawak motor cabuk,
baik tak payah. Biarlah hensem macam mana pun. Mintak simpang malaikat empat
puluh empat.”
Dia
bukakan telinga. Azreen tunduk, lipat sejadah dan tanggalkan telekung solat berhati-hati.
“Motor
cabuk pun kenderaan, Iza. Kau taste
tinggi. Kau nak kalau yang tua bangka kubur kat mari, dunia kata boleh pergi?”
Gadis
yang bernama Iza itu tersengih. “Dah kalau berduit, apa salahnya. Kau suka
sangat dengan mamat yang tidur kat pondok tadi, kan? Hah, pergilah nanti.
Tinggalkan nombor phone. Muka hensem
kocek kosong tak gunalah, Diha.”
Terdetik
di hatinya seketika. Mereka cakap tentang Harris kah? Azreen jeling gadis yang
dipanggil Diha itu. Ayu, lemah lembut. Dia ketap bibir. Eh, dia cemburukah?
Pantas dia bangun, mahu segera keluar.
Sayup
di pendengarannya namanya dipanggil-panggil. Harris lunjurkan kaki, betulkan
urat-urat yang bersimpang siur. Perlahan-lahan dia membuka mata.
“Har,
dah dekat tiga setengah ni. Awak pergilah solat. Saya dah bungkuskan nasi untuk
kita.”
Dia
bangun, menggeliat beberapa kali. Seronoknya dapat lelap sebentar tadi. Harris
buka beg galas, menggagau sesuatu.
“Lauk
apa?”
“Saya
belikan awak ayam goreng dengan kangkung belacan. Saya punya patin masak
tempoyak dengan terung berlada. Air kopi ais.”
Dia
senyum. Bolehlah. Mana nak cari Subway ke Coffee Bean kat sini. Dia sangkutkan
tuala pada bahu. “Saya nak mandi, solat. Awak nak makan dulu pun makanlah.”
Azreen
geleng. “Saya tunggu.”
Tanpa
kata, dia bergerak. Selesai mandi dan solat nanti, barulah segar agaknya dia.
Harris bersiual riang.
Tersenyum
dia melihat Harris yang galak menyanyi. Tertanya-tanya dia jauh di sudut hati,
kenapa dan mengapa dia dan Harris ditakdirkan untuk melalui ini semua. Mungkin
kerana dia banyak dosa dengan ibu dan ayah, juga dengan Allah. Azreen sentuh
bibir. Semalam. Semalam ujian yang paling kuat pernah dia lalui. Bibir ini yang
tidak taat padanya. Hati ini yang tidak mengendahkan larangannya. Terasa getar
sentuhan Harris semalam pada bibirnya. Dia gelengkan kepala, istighfar dalam
hati. Masih terasa aliran umpama elektrik yang terasa di hujung jari, di hujung
deria rasa sewaktu jemari Harris menggosok belakangnya perlahan-lahan. Azreen
geleng lagi. Aduh…kenapa dengan dia. Dia tampar pipi beberapa kali. Keluhan
berat terkeluar dari bibir. Lebih dia termenung dan melayan perasaan, ada
baiknya dari teringat tentang semalam yang menggetarkan.
“Err...sis,
nampak tak lelaki yang pakai t-shirt hitam yang tidur kat sini tadi?”
Dia
angkat wajah. Serius, dua gadis tadi memang serius mahu mengenali Harris kah?
Iza dan Diha kalau tidak silap. Dia senyum simpul.
“Dia
solat.”
“Sis
ni siapa?” tanya yang bernama Iza tadi dengan lirikan mata yang tajam sambil
menyigung Diha yang nampak malu-malu.
Sebenarnya…sayalah
isteri dia. Boleh tak dia jawab macam tu, sambil buat muka comel. Azreen mahu
ketawa. Tongongnya dia.
“Saya
isteri dia.” Ringkas sahaja jawapannya. Sekadar untuk makluman, bukan
pengumuman.
Dia
dapat lihat riak kecewa di wajah gadis yang bergelar Diha itu dan riak terkejut
di wajah Iza. Azreen tarik nafas dalam-dalam.
“Serius?
Sis pun cantik, memang padan dengan dia. Tapi…serius ke sis ni isteri dia?”
Gadis yang bernama Iza itu menyoalnya berani. Disigungnya Diha yang terpana,
terkult-kulat di sebelahnya.
“Ya,
saya.” Aduhai, kenapa, tak percaya? Dia sendiri pun masih belum menerima
kenyataan yang dia sekarang memegang gelaran isteri. Diha dilihatnya mula
menarik tangan Iza yang masih tegak berdiri.
“Ohhh…students, kawin awal? Ke dah kerja?”
Mahu
saja dia tergelak di situ. Mana tidaknya, macam kena interview televisyen. Mahu dia tak nganga?
“Saya
bawak lori. Lori kontena. Yang isteri saya ni, kerja dia jadi isteri saja.
Goyang kaki, cantikkan diri, sediakan keperluan saya. Dari suratkhabar ke majalah
ni?”
Nasib
baik tidak melompat gadis itu. Azreen menahan senyum. Matanya menangkap wajah
Harris yang penuh persoalan. Namun, paling menggegarkan hati, tubuh tegap
Harris yang bertelenjang tanpa baju. Hanya berseluar jeans sahaja. T-shirt
masih tersadai dihujung bahu. Sehelai tuala dipegang Harris sambil tersenyum.
Aduhhh…perlu ke tayang badan yang kekar itu. Gadis berdua itu pula masih
ternganga. Sumbat dengan daun ni bagus juga.
“Err…sorry.
Salah orang. Jom, Iza.” Pantas saja Diha menarik tangan si Iza yang masih
terbeliak.
“Hensemnya.
Kalau hensem macam gitu, drebar lori pun aku sanggup. Aku nak buat laki…”
Tergelak
juga Azreen mendengarnya. Selamba saja si Iza itu menutur pendapat. Harris
simpuhkan duduk, senyum-senyum.
“Apa
senyum-senyum?”
“Aik,
saya senyum pun awak marah ke? Kenapa, jealous?”
Hek
eleh, simpang jalan cabang empat dia tak jealous.
Eeee…tolonglah. Azreen keluarkan nasi bungkus yang dibelinya tadi.
“Boleh
tak kalau awak pakai baju dulu sebelum makan?”
“Kenapa?
Tak boleh ke? Takut bulu ketiak masuk nasi?” Dia ambil air kopi sejuk yang
dibeli Azreen, sedut lama-lama. Ahhh…sejuk tekak.
“Tak
senonohlah.”
Harris
menyeringai, buka bungkusan nasi.
“Badan
saya lembab lagi ni. Takkan terus nak sarung baju. Lekat panau nanti, jatuh
saham.” Dengan lafaz bismillah, dia suapkan makanan.
Malas
dia mahu bertekak. Biar sajalah Harris begitu. Makin dilarang, makin galak si
Harris. Dia juga memulakan suap. Laparnya dari tadi menjerit-jerit minta di
isi.
“Nanti
sampai Kuantan ke, Kemaman ke, kita pergi JPN, bawa laporan polis, buat IC
sementara. Lepas tu kita buat kad bank. Awak dah minta semua bank hold dan batalkan semua kad awak kan?”
Angguk.
Sewaktu di balai polis hari tu, dia buat semua panggilan ke bank. Itupun atas
nasihat polis. Kalau tak mahu tinggal satu sen sahaja dalam akaunnya.
“Kalau
kita tak jumpa mereka, macam mana?”
Kunyahannya
ditelan beberapa kali. Dia termenung seketika. “Kita ambil masa paling lama dua
hari. Kalau tak jumpa, kita balik KL dulu. Har tak boleh tinggalkan kerja lama
sangat.”
Sekali
saya, sekali Har. Azreen angguk. Tak boleh tinggalkan Zaza, kan? Cakap
terus-terang sahaja. Dia tidak kisah.
“Okay.”
Dia sambung suap, pandang ke arah satu pasangan yang juga sedang makan di bawah
pondok di hadapan mereka. Galak bersuap-suap dan ketawa. Pantas Azreen
palingkan muka. Kalaulah dia dan Harris macam tu.
“Har
harap kita jumpa Yan dan Q. Kalau tak jumpa, tak berbaloi lalui macam-macam.”
Kan?
Betul juga kata Harris. Kerana Izyan dan Iqram, tunggang terbalik dunia mereka.
Nasiblah dalam Malaysia lagi, kalau kena macam ini di luar negara, silap-silap
masuk lokap. Pendatang asing tanpa izin.
“Awak
dah call Zaza?” Eee…kenapa rajin
sangat mulut ini mahu bertanya? Terkebil-kebil dia memandang nasi. Bodohnya kau
Azreen…
“Dah.
Saya call mama dia. Dia kat luar
negara. Ada job kat sana. Kenapa,
awak nak jadi model macam dia?”
Terbelahak
dia. Batuk-batuk kecil buat dia sedikit kurang selesa. Dicapainya air lalu
diteguknya laju.
“Awak
nak saya jadi model? Jalan atas pentas pakai bikini?” Celupar mulut ni,
celupar!
“Awak
sanggup pakai?” soal lelaki itu kembali.
Sekali
lagi dia teguk air.
“Kalau
saya sanggup, kenapa?”
Harris
geleng.
“Saya
tak nak isteri saya tayang badan sana sini. Cukup untuk saya sudahlah. Zaza
pun, bila kami nikah nanti, saya nak dia berhenti jadi model. Buka bisnes
sendiri. Takpun duduk rumah.”
“Itu
Zaza, bukan saya.” Ya Allah…apa kena dengan mulut dia hari ini? Aduhai…
Harris
angkat wajah, menentang wajah Azreen yang selamba.
“Ya,
itu bila Zaza jadi isteri saya nanti. Nanti. Sekarang ni, awak isteri saya.
Takkan saya nak suruh awak naik pentas catwalk pakai bikin macam model Victoria Secret tu…”
Ahhh…tahu
je pasal Victoria Secret. Dia jungkit
kening. “Pernah tengok ke?”
Lebar
senyum itu menghias wajah boyish
Harris. “Pernah sekali, masa temankan Zaza buat show. Terbelalak biji mata.”
Elehhh…cakap
je meleleh air liur. Drooling sampai
pengsan, kan.
“Tapi
awak tahu tak, Reen?”
“Apa?”
“Bila
awak berkemban lagi seksa dari semua model tu.”
Harris
sebut seksa, kan? Bukan seksi, kan? Melampaunya gurauan. Dia angkat penumbuk.
Yalah, body dia bukan cutting Zaza.
“Awak
marah ke pasal semalam?”
Terbelalak
lagi. Kenapa suka sangat panah dia dengan soalan-soalan yang penuh kejutan ni?
Boleh tak biarkan dia makan dengan aman dan damai? Boleh tak?
“Kenapa
semalam?” Buat bodoh sudah. Muka? Merah macam udang kena campak atas grill.
Nasib tak keluar asap.
Lelaki
itu batuk-batuk kecil. “Kalau Har ada buat sesuatu yang di luar batasan dan
sesuatu yang Reen tak suka, Har minta maaf. Har janji takkan berlaku lagi.”
Dia
bangun, renyuk kertas nasi bungkus yang masih lagi bersisa. Kenyang terus
dibuatnya. Langsung dia tidak memandang Harris.
“Jangan
bimbang, tak ada apa-apa berlaku. Mimpi awak saja kot.” Air diteguknya laju.
Panas di pipi masih terasa. Janganlah cakap tentang hal ini lagi, dia bukan
kura-kura. Kalau tidak, boleh saja dia masukkan kepala dalam badan.
“Kalau
macam tu, baguslah.” Harris juga bangun, jalan beriringan untuk membasuh
tangan. Sempat dia menjeling Azreen yang merah padam. Simbah dengan air mineral
berasap mungkin. Dia menahan tawa.
Selesai
mengisi minyak motor, mereka kembali di lebuhraya. Cuaca sudah agak redup.
Azreen dongak ke atas. Matahari mula menghilang di balik awan tebal yang
memutih. Ada di antara awan itu mula kelabu dan sedikit mendung. Dia telan
liur. Janganlah hujan lagi. Susah mereka berdua nanti. Mahu patah balik ke
R&R tadi pun sudah jauh, tak boleh. Angin mula menggeser pipi, buat dia
rasa sejuk. Dia dekatkan tubuh. Dekat sedikit saja. Tangannya tiba-tiba
ditarik.
“Peluk
saya kuat-kuat!”
Eh,
kenapa pula?
Harris
pulas minyak sehabis laju. Dia ketawa bila terasa Azreen mula memeluknya dari
belakang. Tahu takut. Seronok pula bermotorsikal begini. Lebih mencabar, paling
seronok, dia teruja. Laju saja dia merempuh angin.
Sudah
kenapa dengan Harris? Sudahlah laju semacam, siap ketawa besar. Tanya nanti
panjang pula jawapannya. Biar sajalah. Paling penting, mereka perlu teruskan
perjalanan dan selamat sampai.
Nah,
hujan mulai turun melantun ke bumi. Mulanya hanya titis-titis lembut, kini kian
kasar butirnya. Langit juga kian kelam tanpa cahaya mentari. Nun di sana ada
tempat berlindung. Harris pulas miyak namun masih berhati-hati. Sampai sahaja
di bawah jejambat, dia tolak motorsikal itu jauh dari hujan. Hanya mereka
berdua. Kereta yang lalu berdesup di jalanraya selamba saja membelah laluan.
Ada bumbung, bolehlah.
“Awak
basah?”
Terbatuk-batuk
Azreen. Cepat-cepat dia geleng. Tempias hujan mula menimpa pipi, dia berkalih.
Langit
kian gelap, Harris gosok tapak tangan. Baju hujan yang ada dikeluarkan. Satu
warna hitam, satu lagi warna kuning. Yang kuning dia buka dan tutup beg juga
motor. Bimbang basah lencun.
“Reen,
tinggal lagi satu, kita kongsi. Kalau nak guna-dua-dua, nanti basah motor,
basah beg-beg kita.” Baju hujan hitam itu dikebasnya beberapa kali.
Serba
salah dia. Kalau menolak, nanti dia juga yang lencun. Tempias pun boleh tahan
menampar wajah. Dia bergerak ke arah Harris.
Baju
itu lebar, masih mampu melindungi mereka berdua. Azreen peluk tubuh, pandang
hujan yang kian lebat butirnya. Panahan kilat dan dentuman guruh juga mulai
berselang-seli. Dia telan liur. Tanpa sedar, badannya mencari Harris.
Dia
senyum. Sejuk terasa kulit Azreen menyentuh kulitnya. Terdetik rasa kasihan.
Harris menarik Azreen dalam rangkulan.
Oh
mak jantung jatuh!
Sungguh
dia terkejut namun dia tidak menolak. Menggeletar dia dengan hujan dan angin
yang bertiup.
“Reen…”
Dia
diam, panggil dia ke?
“Reen,
Reen…”
Eh
dia ni…
Azreen
tolehkan wajah, pandang Harris yang tersenyum-senyum.
“Rain, rain …go away. Come again another day…”
Isshhh!
Makan buku lima lelaki ni nanti. Dia jegilkan mata, berikan satu jelingan maut.
Hahahaha…macam
kena saja lagu itu dengan Azreen. Dia tahan diri dari ketawa. Jangan cari pasal
masa hujan macam ni. Harris berdehem kecil.
“Awak
takut ke?”
“Takut
apa?”
“Hujan.
Guruh. Kilat.”
Azreen
toleh. Oh mak, dekatnya muka. Dia pandang semula ke hadapan.
“Takut.
Tapi saya lagi takut duduk berdua dengan awak.”
Hahahaha…memang
dia sudah agak jawapan itu yang bakal terpacul dari bibir munggil itu. Eh,
apahal dia fikir pasal bibir mula. Harris, jangan cari pasal.
“Saya
tak buat apa-apa.”
Dia
tahu. Bukannya dia batang kayu.
“Harris…”
“Ya,
Cik Reen.”
Dia
gelak. Formal bunyinya.
“Saya
minta maaf.”
“Tentang?”
Dia
telan liur, cuba mencari kekuatan untuk mengucapkan. Perkataan-perkataan yang
telah dia susun pada lidah dari semalam lagi. Dari hari pertama dia dan Harris
diikat janji.
“Tentang
kita. Tentang semua ini.”
Terasa
rangkulan Harris kian kemas, jantungnya berkompang rancak. Nafas dihela
berkali-kali menahan debaran yang bertiup kencang.
“Benda
dah nak jadi, nak buat macam mana. Lagipun kita sedang mencari jalan
penyelesaian. Selesai nanti, kita bebas.”
Perlahan
dia mengiakan dalam hati. Bila dia lepaskan nafas, wap kecil bergumpal di
udara. Comel, macam dalam kartun. Pelukan Harris buat dia kembali ke dunia
nyata.
“Harris.
Saya nak awak tahu, saya tak halang awak untuk bebas walaupun kita masih ada
ikatan. Saya tahu, saya faham. Terserahlah pada awak.”
Dia
jenguk ke hadapan, mencari wajah Azreen.
“Maksudnya?”
Ala…faham-faham
sendiri tak boleh ke?
“Macam
yang awak katakan, selesai atau tidak, awak masih bebas. Awak bebas nak
bercinta atau bertemu Zaza. Saya tak akan ambil peduli. Saya tak mahu jadi
gangguan, halangan.”
Ohhh…itukah
maksudnya.
“Masalahnya
Cik Reen, awak tu isteri saya.”
Kali
ini dia yang menoleh dalam terkedu. Matanya melapah wajah lelaki itu, mencari
makna di sebalik kata.
“Tak
apa, saya faham.”
“Apa
yang awak faham?” Kali ini Harris benar-benar ingin tahu.
Aduhhh…payah.
“Saya
faham kalau awak nak keluar, nak dating, nak bercinta dengan Zaza. Awak nak
nikah dengan dia pun saya faham, saya tak kisah.”
Serius?
Serius Azreen tak kisah? Dia pandang Azreen. Pandang wajah Azreen yang sedikit
muram.
“Awak
tak kisah kalau saya pegang dia, cium dia? Making
passionate love with her? To her only?” Sengaja dia simbahkan minyak. Mahu
lihat setakat mana api cemburu yang ada pada Azreen. Dia mahu tahu, perlu tahu.
Terjojol
matanya dengan kata-kata itu.
“Awak
nak masuk neraka? Kalau ya pun nak buat semua tu dengan dia, kahwinlah dulu.
Jadikan dia isteri yang sah. Lepas tu awak nak buat apa, buatlah.”
Eeee…meremang bulu tengkuknya. Sudahlah Harris pandang dia dengan sorotan
tajam. Cungkil biji mata baru tahu. Jadi Kassim Selamat. Tukar, Harris Selamat.
Selamat dunia akhirat.
“Dia
tak nak lagi. Dia ada kerjaya yang perlu dia daki. Saya pun tak kisah.”
“Kenapa
awak tak kisah?”
Kali
ini Harris lebarkan senyum dengan mata yang bercahaya.
“Sebab
saya dah ada isteri yang sah untuk buat semua tu. Awaklah.”
Ehhh…tolong
sikit. Perlukah dia luku lelaki ini empat puluh empat kali? Azreen nganga
pandang Harris yang tergelak besar. Tolonglah jangan buat lawak seram di waktu
hujan begini. Mencacang bulu roma.
“Bergurau
tak kena tempat,” bebelnya geram.
“Ala,
janganlah marah. Kan saya dah janji, saya tak apa-apakan awak.”
Dia
cebikkan bibir, buang pandangan pada langit. Matanya pejam celik. Mengantuk
sehabisnya. Dia sandarkan badan, pejamkan mata.
Azreen
dilihatnya sudah diam. Mengantuk agaknya. Bersandar pada dinding jejambat,
mereka diam dalam nyanyian hujan.
Dunia
mulai aman. Hujan sudah diam. Terkebil-kebil Harris memandang langit. Azreen
yang masih lena dipeluknya erat. Kasihan dia melihat Azreen. Sebuah motorsikal
berhenti berdekatan mereka.
“Assalamualaikum,
ada masalah ke, bro?”
Dia
senyum, geleng sambil membalas salam.
“Hujan,
berhenti dulu. Isteri saya ni, tertidur.”
Lelaki
bermotorsikal itu membalas senyuman. “Depan sana, exit 821, menghala ke Seri
Jaya Maran. Nanti ambik exit 827. Ada hotel budget kalau saudara nak berehat.
Nak ke mana?”
“Terengganu.”
“Jauh
lagi ni. Hari pun dah nak malam. Baik awak rehat dulu. Hotel Sri Jaya namanya.
Lagipun bahaya perjalanan dengan motorsikal. Nak ikut saya pun boleh. Saya
menghala ke situ juga.”
Alhamdulillah,
ada Allah utuskan pertolongan.
“Reen,
bangun.” Dia tepuk pipi Azreen berkali-kali dengan lembut.
“Ermmm…”
“Jom,
kita follow saudara ni. Kita kena
cari tempat tidur. Kalau hujan lagi, susah.”
Azreen
angguk. Ikut sajalah. Dia pun sudah penat.
“Lupa,
saya Harris. Ini isteri saya, Azreen.”
“Faizul.
Ijoy. Tak kahwin lagi, bang.” Kata pemuda itu dengan senyuman.
Harris
tergelak kecil.
“Jom,
kita gerak.”
Bile nii ada sambungan. . tak sabar alahai sob sob
ReplyDeleteNk beli novel...no sy 0195280609
ReplyDeleteNk beli jgk lh novel nii. .
ReplyDeleteNk beli novel
ReplyDeleteNk beli novel
ReplyDeleteNak beli novel
ReplyDelete