Wednesday 25 March 2015

Dreamcatcher Bab 13 sudah ada!!!

BAB 13


Macam mana nak tidur. Sudah tiga hari dia dan Khalid tidak berbicara. Dia keluar, Khalid pun sama. Dia pulang ke rumah, Khalid lebih banyak sibuk dibiliknya, mahupun berbual ditelefon. Dia tahu, tidak lama lagi The Bliss akan dibuka secara rasminya. Bunyinya macam sehari dua lagi. Dia tak mahu mengganggu. Adanya dia dalam hidup Khalid juga sudah menyusahkan, bukan? Dia termenung diluar. Di buaian kayu, dia menghayun sebelah kaki. Bunyi pintu utama dibuka membuat hatinya terhenti seketika. Buaian itu terhenti. Amni menahan nafas, membekukan diri di luar. Bunyi Khalid bergerak ke ruang dapur buat dia kian berdebar. Dia sudah siapkan lauk. Pintu fridge dibuka, kemuadian kembali ditutup. Kelam kembali. Gelas dibasuh, lalu diletak kembali pada rak. Tapak kaki kembali berbunyi, ke bilik. Pintu ditutup, rapat dan perlahan.
Fuhhh...dia melepaskan nafas. Kepalanya menjenguk ke dalam. Khalid sudah masuk ke biliknya. Amni mengusap muka, melepaskan nafas yang lama tersekat. Perlahan dia berjalan masuk, menarik pintu sliding seperlahan yang mungkin.
Tudung saji itu tidak disentuh. Dia mengangkatnya. Betul. Lauk pauk itu langsung tidak terusik. Pintu Khalid tiba-tiba berbunyi. Pantas dia menyorok dihujung meja pula itu. Dadanya bergendang, bak gendang perang.
“Sampai dah. Baru je. Thanks for tonight. Sedap.”
Liur ditelannya perlahan. Bunyi fridge dibuka buat dia kaku. Janganlah Khalid datang ke sini. Dia memeluk lutut.
“Iya..I dah kenyang. Good night, princess. Sweet dream.” Gelasnya diletak perlahan. Kenyang? Memang perutnya sudah terisi, namun seleranya masih terbuka. Tudung saji itu diangkatnya. Sup tulang, kangkung goreng. Sedapnya.
Jangan Khalid, kau dah janji. Mulai hari ini, kau kena jauhkan diri dari dia. Jangan sentuh dia, jangan sentuh makan minumnya. Kau dah janji, kau kena kotakan. Makanlah apa saja, jangan dari air tangan Amni. Dia menutup kembali. Termenung seketika. Perutnya berkeroncong, masih lapar. Mata dipejamkan rapat, tangan digenggam. Dia berlalu, masuk kembali ke dalam bilik.
Kepalanya dihantuk-hantuk pada meja pulau itu. Sakit, namun sakit lagi hatinya. Tak apalah, sudah tugasnya. Betul tak mau makan? Okaylah, tak apa. Sudah kenyangkan. Kenapa perlu menangis? Benda kecik macam ni pun dia nak menangis ke...buat malu. Dia menyapu pipi. Nak buang ke nak biarkan? Kalau biarkan, bukan Khalid makan pun. Dia menarik laci, mengeluarkan plastik sampah. Kalau ummi tahu, mesti ummi marah. Aduh...letak balik dalam periuk. Nanti dia panaskan. Boleh buat lauk pergi sekolah esok. Betul. Esok dia bawak bkal, apa susah.

“Kau kenapa?”
“Lapar.”
“Aik, semalam tak makan ke?”
“Makan. Syafiqa ajak aku makan spegetti.”
Berdekah-dekah ketawa Yusri. “Spagetti, jadi taik gigi je,Lid. Kalau aku, aku nak nasi.”
Yalah, aku pun nak makan nasi. Pagi tadi Amni buat jemput-jemput ikan bilis. Itupun tak disentuhnya. Waktu ke dapur, semua lauk semalam telah tiada. Sepinggan jemput-jemput itu sahaja yang tinggal. Masih panas dan harum. Hatinya kata jangan, jadi dia melihat sahaja. Berlalu tanpa menyentuhnya.
“Kenapa, Amni tak masak ke?”
“Masak.”
Dah tu?”
Gosok tengkuk, kepala tunduk.  “Aku tak makan.”
Yusri diam, menilik asbak pada meja. “Kenapa, kau takut kena racun?”
Aih, macam mana ni...wajah Yusri yang serius memandangnya buat Khalid serba salah. Aduhai...nak kena cerita ke, nak kena makan sampai habis.
“Bukan. Aku memang tak nak makan. Aku janji, aku takkan sentuh makan minum yang dia buat.”
Mashaa Allah...sampai macam tu.
“Lid...kalau aku cakap, kau jangan terasa.”
Khalid diam, mengagkat cangkir ke mulut.
“Aku rasa, tak baik kau buat dia macam tu. Kalau kau betul tak suka sekalipun, makanlah apa yang dia buat. Bukan selama ni kau selalu puji-puji makan minum yang dia buat tu sedap sampai jilat tapak kaki. Dah ni kenapa jadi macam ni pulak?”
“Aku tak mahu susahkan dia,Lid. Aku dah biasa hidup sendiri.”
“Kalau macam tu, cakap dengan dia. Tak payah masak, tak payah buat apa-apa. Jadi isteri pada nama je, abis cerita.”
“Aku lagi tak sampai hati.”
Allah...nak ajar macam mana lagi. Aku cakap direct tak paham, cakap berlapik lagilah tak paham kan. “Dah tu, buat apa simpan, lepaskan dia. Dia muda lagi, kan. Biar dia cari orang lain. Kau pun bebas, tak sakit kepala.”
Jari-jarinya mengetuk meja. “Tak boleh.”
Aduhh...tak boleh pulak. Habis tu apa yang boleh?  Susah bercakap dengan bijak pandai ni. “Kenapa tak boleh? Cuba kau buat list. Aku betul-betul tak paham.”
“Aku tak nak kecewakan famili aku, famili dia. Mama, aku tak nak kecewakan mama.”
Alasan. “Dah, kalau betul kau tak suka, terus-terang dengan semua. Kau jangan seksa hati perempuan,Lid. Sekali terluka, selamanya terasa.”
Nasi goreng itu hanya separuh mampu dihabiskan.
“Lid, dengar baik-baik. Allah dah berikan kau yang terbaik, jangan sampai terlepas. Menyesal kemudian hari tak ada gunanya,Lid...” Yusri bangun. Sebagai rakan, dia mahu menolong, tapi bab hati dan perasan, dia hanya mampu menasihati. Ditepuknya bahu Khalid lembut.

Bunyi hon dari belakang buat dia kembali ke alam nyata. Gear ditariknya, menekan pedal minyak perlahan-lahan. Di sekolah tadi pun dia bagai tak berpijak di bumi. Terapung fikirannya entah ke mana. Dah ke mana dia? Aduh, sepatutnya dia ambil simpang ke kanan, ni dah jalan terus. Biarlah, alang-alang dah terus, baik dia ke tempat favouritenya.

“Kenapa you tak cakap, tak pe,hari ni I belanja you Stewed Aussie Beef Steak. Kesian you, kerja kuat sampai lapar-lapar macam ni.” Syafiqa tergelak besar. Keluar dari bank, mereka ke Aik Hoe untuk menyerahkan cek. Alang-alang keluar, baik dia mencuri Khalid buat seketika. Hensem hari ni. Tak puas matanya memandang. Kalaulah dia boleh peluk tubuh tegap Khalid itu, seronok kan. Dia peluk ketat-ketat, takkan dilepaskan.
“I lupa nak makan tengahari. Banyak sangat benda dalam kepala ni.”
“Apasal, about your wife lagi ke?”
“Tak adalah. About me.”
Syafiqa menghulur tangan, menyentuh lutut Khalid lembut. “I tahu, jangan tipulah. Tak kan pasal you, you perfect...110 markah.”
Khalid ketawa. “You ni, asyik dengan I, pak we you tak marah ke?” Jus tembikai itu disedutnya. Kalu Amni buat mesti lagi sedap.
“I mana ada pak we. Sibuk sangat, siapa nak layan I. You je yang layan karenah I ni,”jawabnya dengan suara perlahan. Wajahnya muram, senyumnya hambar.
Khalid diam, menyambung senyumnya yang terkaku sebentar  tadi. Jari jemari Syafiqa masih disitu.

Kaku.
Langkahnya kaku. Mujur dia belum sempat menolak daun pintu kaca itu.
Khalid, suaminya ada di dalam, bersama seorang gadis manis memakai skirt putih. Gadis itu. Bukankah itu orangnya yang dilihat dalam gambar whatsapp? Whatsapp dari Najwa dulu. Orang yang sama bukan. Khalid dilihatnya tersenyum memandang si cantik manis yang tertawa manja. Itukah madunya? Patutlah Khalid langsung tidak memandangnya. Nafasnya seakan terhenti. Pergi dari sini, jangan tunggu. Dia memandang, buat kali terakhir.
Kenapa dadanya berdebar-debar? Mengapa hatinya bagai disentap? Khalid menoleh seketika. Cukup untuk melihat Amni tercegat sayu.
Kali ini kakinya terpaku. Kenapa dari tadi dia tak angkat kaki? Kan, kan sudah terlambat. Dia melihat Khalid tiba-tiba bangun, memandangnya sambil berpeluk tubuh. Ya Allah, pergi cepat. Sekarang.
Khalid tercegat. Tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Amni sudah pergi. Pantas melangkah tanpa menoleh.
“Kenapa dengan you, Lid?” Syafiqa menjenguk keluar. Kosong.
“Nothing. Let’s eat.”

Sakitnya, namun dia dapat menahan. Kau menumpang kasih, bukan...bukan. Kau hanya berkongsi ruang, tiada istilah ksih di sini. Telekung putih itu masih padanya. Sewaktu mengangkat doa, hatinya masih sebu. Lutut ditarik, peluk sedikit kuat.
“Hari tu Am mintak kawan Am intip abang, sekarang ni Am sendiri yang buat? Hebat.”
Amni menoleh. Wajah serius Khalid berselang marah buat jantungnya kecut. Khalid masih lagi di muka pintu. Tangannya di dalam poket, matanya menyinga.
“What? You want to be a stalker pulak ke? Nak abang tolong pasangkan tracker pada telefon, pasang cctv pada dahi? Nak? Kalau mahu, abang boleh buat sekarang.”
Jangan jawab Amni, diam di situ. Dia sedang marah, diam saja. Tangannya kuat mengcengkam betis, menggeletar dalam diam.
“What more do ou want to do? Nak password, nombor pin ? Apa lagi? Just tell me what you want?! Cakaplah!!!”
Ya Allah, ya Allah, ya Allah...
“I thought you were different. Huh, no, you are the same. Sama macam semua kat luar sana. Selfish, pengejar cinta. No, a heartbreaker.”
Mashaa Allah...
Khalid melangkah masuk, mencampakkan kot ke lantai, duduk melutut, mengadap isterinya yang kepucatan tanpa suara. “Tell me la...cakap, nak apa? Am nak apa? Or dou you want me? Do you want a man? Fine. I give you me. Bangun, bangun aku cakap!”
Tangannya ditarik, tubuh kecilnya dihumban ke katil.
“Buang telekung tu, dah la...jangan nak buat muka kesian dengan aku. Buang sekarang!!!”
Menggeletar tangannya, namun dia turutkan. Hatinya kian gentar. Khalid dihadapannya berdiri dihujung katil, membuka butang kemeja satu persatu.
“Kau nak aku, kan? Ni, aku datang. Ambik, ambiklah.” Kemeja itu dicampaknya ke lantai. Kali ini dia menarik tali pinggang, melemparnya disudut bilik.
Pejam rapat matanya. Dia menekup muka. Kenapa dengan Khalid? Mana hilangnya Khalid yang berlemah lembut padanya? Mana Khalid yang itu. Tangannya direntap kasar.
“Pandanglah, Am kan mahu abang. Pandang, sentuh. Ambik apa yang Am mahu, ambiklah.” Dia mengambil tangan mulus itu, lalu diletaknya pada dada. Bagi terkena renjatan elektrik, tangan Amni lari darinya. Sudahlah, cukuplah berlakon. Dia tunduk, mencari Amni yang menyembunyikan wajah di balik sebelah tangannya lagi. Ditolaknya tubuh itu ke katil.
Tak mampu. Tak daya dia mahu menahan amarah Khalid. Dia hanya menangis dalam diam. Membiarkan airmata berlari dan terus berlari. Bibirnya diketap kuat, menahan pedih hati yang kian membuak. Buatlah apa saja, dia terima. Hari ini akan jadi hari terakhirnya di sini. Dia sudah mencuba yang terbaik. Menjadi isteri yang terbaik.
Bagai ditampar, dia tersedar. Khalid mengucap panjang, mengurut dahi berkali-kali. Dia teduduk dihujung katil. Melompat bangun, lalu pergi.

“Jangan pergi. Abang tak izinkan.”
Amni terkedu. Sebaik saja pintu dibuka, Khalid sudah ada. Pergelangan tangannya dipegang kuat.
“Abang dah tukar kod papan kekunci. Am takkan boleh keluar selagi abang tak izinkan.” Dia tahu, pasti Amni mahu pergi. Dia berkampung dihadapan bilik itu lima jam yang lalu. Dia mendengar esak tangis Amni yang sesekali sayup ke tlinga. Dia dengar semuanya.
“Bang, tak guna abang simpan Am macam ni...izinkan Am keluar, tolong...” Bergetar suaranya.
“Dah larut malam,Am. Dah jam tiga pagi. Am nak pergi mana? Balik rumah ummi, rumah mama. Am mahu abang mati?”
Kenapa, kisahkah aku kalau kau mati? Pergi jahanam!
“Kalau Am keluar, abang beritahu ummi, beritahu mama. Abang beritahu Am nusyuz, Am yang keluar dari rumah tanpa izin. Am penyebabnya.”
What!? Gila. Kenapa mahu salahkan dia? Kenapa mahu letakkan segala beban padanya? Dia menarik nafas, menggalas backpack miliknya. “I don’t care. Let me go, okay. We should end this earlier. I’m the one who being stupid after all this time.”
“Fine. Kalau Am rasa Am tahu apa kodnya, bukalah.” Dia bangun, menyandar pada dinding.
Kombinasi nombor itu ditekannya. Satu bunyi. Maksudnya salah. Amni menggigit bibir. Mungkin dia silap. Ditekannya nombor itu sekali lagi. Masih sama. Kombinasi itu masih silap.
“Tekanlah sampai puas hati. Abang nak tidur. Khalid bergerak ke sofa, melunjur tubuh lalu memejamkan mata.

Sudah hampir satu jam dia di sini. Letih, mengantuk, semuanya ada. Amni terduduk, memeluk backpacknya kuat. Khalid sudah sunyi, lelap di sofa. Ya Allah, sakitnya hati. Kali ini dia mencuba lagi. Nombor keretanya, juga kereta Khalid. 36327715. Treet. Haisshhhh...nombor yang sama hanya boleh dicuba tiga kali, jika tidak menyalaklah alarm seluruh bangunan. Okay, bertenang. Dia perlukan rehat. Kepalanya sudah berpusing. Kalau berterusan macam ni, dia boleh pengsan, mati katak. Huh...

Sungguh, kepalanya berdenyut. Sesudah subuh setengah jam yang lalu, dia kembali merangkak ke katil, memeluk bantal. Walaupun selepas mandi, denyut itu belum hilang. Pintu biliknya dikuak lagi. Khalid masuk dengan langkah pantas, menyambar telefonnya dari meja. Ternganga dia melihatnya. Khalid masih lagi emegang telefon miliknya, seakan mencari sesuatu.
“Tak buat password lagi? Clueless.”
Sedap mulut cakap aku clueless. Tampar muka tu baru tau. Hishhh...bergelodak hatinya dengan amarah.
“Assalamualaikum. Maaf, saya suami Amni. Dia sakit, tak dapat datang hari ni. Maaf susahkan cikgu. Terima kasih.”
Khalid kemudiannya mengangguk, tersenyum.
“Terima kasih, cikgu. Ya, saya akan jaga dia. Assalamualaikum.” Telefon itu dicampaknya ke katil. “Duduk rumah. Rehat, tidur.”
Eeee!!! Kalau dia gigit muka Khalid sekarang ni ummi marah tak?! Mashaa Allah, sabar  hati, sabar. Nanti dia usahakan sesuatu. Tunggu, jangan mengalah, jangan rebah. Telefon Kay. Mungkin bila Kay datang, Khalid terpaksa buka pintu. Dia tak mahu libatkan mama, mahupun ummi. Jauh sekali abang Im. Jangan, dia tak mahu heret abang Im. Lain jadinya nanti. Pintu sedikit terbuka. Khalid masuk kembali, wajahnya keruh, merenungnya tanpa kelip. Telefonnya kini di tangan Khalid.
“Bagi balik phone Am,”desisnya perlahan.
Cantik bila si Amni marah. Menggeletar bibir itu menahan marah. Mata bening itu pula sedang merenungnya tajam. Macam kucing betina naik angin. Kalau betul kucing, boleh juga dia belai. Aduhh...kau yang cari penyakit, Khalid, so tanggunglah.
“What for?”
Ya Allah...dia ambik telefon aku, dia tanya apa aku nak buat? Telefon aku, aku punya sukalah, mangkuk!
“My phone, my bussines. Bagi balik.”
Amni masih berkurung dibilik. Pintunya dikunci dari dalam. Tak lapar ke? Khalid menggosok dahi. Pintu itu diketuknya beberapa kali.
“Abang nak apa?”
Pintu masih terkatup, dikunci dari dalam. “Abang nak ambik baju, nak masuk pejabat. Bukak.”
Pintu itu terbuka sedikit. Pantas Khalid menahannya, membuka pintu itu seluas mungkin. Dia menarik tangan Amni, menariknya keluar.
“Abang!”
“Ya. Keluar makan, please... Abang serius nak masuk office. Esok kami ada grand opening hotel. Boleh tak Am kawal diri, Am?” Gila. Dia yang sengaja cari pasal, dia yang menanggung gilanya hari ini.
Dia berhenti seketika, melihat wajah Khalid yang rusuh, yang kurang tidur. Terduduk Amni di sofa. Bukan ini yang dia mahukan. Mereka bermula dengan baik, bagai kawan. Kini mereka umpama musuh. Amni menekup muka. Masalahnya jelas, mereka tidak sepatutnya bersama, meneruskan kerja gila ini. Ini semua gila. Gila!
“Baik, kalau macam tu, izinkan Am pergi. Kita buat senyap-senyap. Kita buat macam tiada apa yang berlaku. Am cari rumah lain, tak jauh dari sini kalau mungkin. Abang perlukan Am, Am datang. Famili kita datang, Am akan ada. Abang boleh teruskan kehidupan macam biasa, tak perlu sakitkan kepala. Lepaskan Am, bang.” Dia merintih tanpa segan. Cintanya pada Khalid? Masih ada. Mana mungkin hilang begitu saja. Amni mengesat pipi. Khalid lelaki pertama yang dia cinta.
Khalid juga duduk, memanggung dahi. “Am, abang minta maaf. Kita bincangkan dulu, boleh? Give me time,okay.”
Dia tidak bersuara. Memeluk lutut. Telefonnya pada tangan Khalid tiba-tiba berbunyi. Khalid berikan padanya, memandang dalam diam.
“Ya, kat rumah.”
“Tak daya, migrain kot. Esok aku pergilah.”
“Okay, thanks ya,Na.”
Dia kembali diam.
“Am...”
“Apa?”
“00000000.”
Dahinya berkerut, dipandangnya Khalid bagai mahu dilekuk.
“Nombor kod.”
Itu je ke? Buat penat dia berfikir semalaman. Betul-betul rasa nak menangis, melalak macam orang gila.
Khalid bangun, menuju ke bilik utama. Tipis senyumanya. Baju pakainya masih digosok kemas. Amni masih menunaikan tugasnya. Diambilnya bajupakainya. “Terima kasih, Am.”
Amni dia, tidak menoleh. Bukan dia nak seterika sangat, tapi dah tak boleh tidur, dia buat kerja. Bodohkan dia? Sila tepuk tangan ramai-ramai, lepas tu tepuk dahi.

Fuhhh...kopi pekat dan nasi dagang. Dia makan macam sebulan tak kedarah. Dia tinggalkan Amni setengah jam yang lalu. Amni masih di sofa, merenung laut. Kalau pulang nanti, Amni tiada, dia terpaksa hadapi semua orang. Nasib baik nasi dah habis, kalau tak hilang seleranya. Segala hustle and bustle disekelilingnya tak dihiraukan. Otaknya penat, badanmya letih.
“What happen to you?”
Johan Alain.
“Nothing, a bit tired maybe.”
Johan Alain ketawa. “Please my man, you look awful. Come on, tell me.” Johan Alain mengangkat kening.
Haru. Betul mahu cerita pada boss. “How old are you,boss?”
“Mind your words, please. Don’t call me boss lah...Johan, call me Johan. Boss apanya, my dad lah boss.”
Khalid tergelak, gelak ikhlas. Mula-mula Johan Alain datang, dia bimbang juga. Yelah, mahu berurusan dengan anak boss besar. Johan Alain merangkap general manager The Bliss memang jauh dari jangkaan. Cakap melayu memang petah habis. Slang mat saleh memang ada, tapi bicaranya tetap laju.
“Tell me. Or you nak mintak naik gaji?”
Heh, kang mintak tambah lagi lima ribu baru tau. Hmmm...gaji sekarang pun tak habis.
“Woman. Am I right?”
Kali ini dia tersenyum. “How do you know? Pandai je tembak.”
“It’s all witten all over your face lah. Lelaki ni, ada tiga masalah utama dalam hidup. Money, cars and woman. Betul tak?”
Memang pandai. Patutlah boleh jadi GM. Dia mengangguk.
“I’m thirty-five. You are thirty-three, right?”
Amnoi, mana tahu ni. Takkan umurnya pun tertulis kat dahi.
“I read your profile,”jawab Johan Alain dengun senyuman.
Ohhh...patutlah. “Macam mana nak pujuk perempuan?” Eh, tiba-tiba saja soalan itu keluar. Malunya dia.
“You buat salah ke?”
Hah, direct question, terus punya pukulan. I like. “Yep.”
“What does she like?”
Hmmm...Amni suka apa? Masak? Dia mengetuk dahi.
“Buy something she want, talk to her, make love passionately.” Johan alain tersenyum lebar, mengenyitkan mata.
Okay, yang nombor satu tu boleh sangat. Beli apa, beli periuk cap buaya? Talk? Tadi dah, bukan talk, silent treatment, bertikam lidah. Yang nombor tiga? Huihhhhh...itu tak boleh. Termaktub dalam peraturannya dengan Amni.
“You already married,Johan?”
Lelaki itu menyeringai, menepuk bahunya berkali-kali. “If I tell you, I have to kill you.”
Amboih, kuat benor ayat dalam filem. Khalid trgelak kecil.
“Khalid!”
“What?”
“Good luck, man.”
Good luck? Suck!

Apa? Telinganya silap dengar ke apa? Dia membuka pintu, menjenguk keluar dari dalam bilik. Lena dia tadi, mengantuk jangan cakaplah. Nasib baik panadol sudah sedia ada, hilang bengongnya hari ini. Bunyi itu datang lagi. Kian dekat.
Meowww...
Okay, serius dia tak berhalunisasi. Amni duduk, mengintai sambil tertonggeng. Seekor kucing kelabu tiba-tiba menggesel muka. “Makkk!!!” Terkujat dia weiii...ya Allah, dari mana datangnya si comel ni. Takkan terbang dari balkoni kot. Takjub.
“Mimi, mai sini sayang...cuk cuk cuk...”
Mimi? Amni kembali menutup pintu. Itu nama kucing dia. Dah lama kucing tu mati, sakit dua tahun yang lalu. Dia menarik nafas, membuka sedikit daun pintu.
Meowww...
Okay, gila comel. Diambilnya kucing itu, lalu dipeluknya kuat-kuat. Alahai comelnya...gigit karang. Wanginya, lembutnya bulu. Amni mencium kucing itu lagi. Pintunya ditolak. Kepala Khalid terjongol.
“Nama dia Mimi. Umur enam bulan. Tokey tu cakap jenis Silver classic tabby. Dah deworm, dah inject. Semua benda abang dah beli. Pasir, kebbles? Kibbles...wet food, rumah kucing...”
Ops, ops,ops...apakah ini? Merujuk ke? ( Merujuk apa kejadahnya...) memujuk diakah? Dia menjenguk sedikit, nampak Khalid meletakkan barang-barang yang berbagai-bagai. Apa? Ingat boleh rasuah dia dengan kucing comel ke? Alolololo...comel siut kucing nihhh...
Hahhhh...ingatkan dah cabut lari. Dia terduduk. Sepanjang jalan dia memandu, hatinya tak keruan. Kalaulah Amni pergi, mengadu pada mama, atau pada ummi, macam mana dia nak jawab. Sepnjang jalan itu jugalah si budak bulus itu menyanyi acapella versi kucing. Sebenarnya, dia mahu berhenti merokok. Rupa-rupanya berhenti di depan pet shop. Pernah dulu Imran beritahu dia, si Amni gilakan kucing. Kucing kurap ke, kucing jalanan ke, kucing miang pun Amni layan. Mula-mula masuk ke kedai itu, matanya terus tertangkap si comel yang dibawa baliknya tadi. Muka kesian, warna kelabu silver (macam kaler penthouse dia, kihkihkih...). paling penting, mata macam Amni (err...betul ke?). Kucing, makanan kucing dan semua serba barang tentang kucing, habis dekat dua ribu. Mak aii...beli cincin emas sebentuk pun lepas. Dia memasang telinga, mendengar Amni berbual riang dengan si Mimi. Paham ke kucing tu?

Alahai, geram dia. Mimi duduk melangut di kaunter meja pulau. Amni tersenyum lebar. Khalid sudah keluar, mahu ke pejabat. Itu pun ckap hanya sepatah. Pejabat. Itu saja katanya. Dah macam robot. Lain kali dia nak jawab sepatah juga. Baik. Ya. Tidak. Blah. Boleh je kan. Lepas zuhur, dia membuka fridge. Perut dah lapar. Buat nasi goreng ala campak pun sedap.
“Mimi, tidur ka? Mai lah main dengan mama...”
Kucing itu mengiau halus, menggolekkan diri.
Omomo...comel!!! “Pandai kau ye, subahat dengan Mr. Jaguar tu. Ingat, ni mama, yang bawa balik kamu tu Mr. Jaguar, jangan kawan dengan dia, paham!!!”
Kucing itu sudah lelap. Berlunjur selesa tanpa suara.
Hampeh. Serupa macam Mr. Jaguar. Masalahnya Mr. Jaguar tu spesis bapak kucing, bukan boleh dibelai manja, kena cakar lagilah. Amni terkekeh-kekeh ketawa. Macam kena je gelaran itu untuk Khalid. Mr. Jaguar. Alone, powerful and stupid. Wekkk! Telefonnya berbunyi.
“Walaikumussalam.”
Mama. Heh, Mr. Jag bukak ceritalah ni.
“Kamu okay,Am?”
“Okay,ma. Dah makan ubat tadi, alhamdulillah.”
“Lain kali jangan buat assignment sampai lewat malam, tak bagus. Mama nak datang rumah dengan Kay lepas Asar nanti. Rehatlah dulu ya.”
“Okay ma, terima kasih.”
Mama sudah matikan talian. Assignment taik kucing dia. Sedap mulut je si Mr. Jag tu cakap aku buat assignment. Apa, ingat dia belajar lagi ke? Memandai je. Heh, ngadu ngan mama petang nanti baru tau. Dicincangnya  bawang hingga hancur. Memang nak kena!

Selaju mungkin kaki dibuka. Sempat lagi dia menghadiahkan senyum manis pada gadis-gadis yang lalu lalang. Matlamatnya hanya satu, nun di sana, Khalida. Imran tersnyum sendiri. Ada jodohnya dengan Khalida. Hari ini pun boleh terserempak lagi.
“Hai sayang.”
Lempang karang. Terkejut dia. Air mata yang jatuh ke pipi disapunya pantas. Wajah kacak Imran yang tersenyum manis padanya buat dia mahu ketawa. Kenapalah dengan mamat ni? Macam bayang-bayang.
Ehhh...menangis ke? Dia berhenti di depan Khalida, mendepakan tangan. Mata yang memandang tak dihiraukan. “Kenapa ni?”soalnya serius dalam lembut.
Khalida geleng-geleng.
“Sayang ni kenapa? Cuba cakap dengan abang...boss marah ke? Mana boss, meh abang ni pergi bantai.”
Bodoh, orang dah menangis, lagi nak buat orang ketawa. Buat malu je menangis depan Paya Bunga Square ni. Dahlah ramai orng lalu-lalang.
“Jom, kita makan nasi ayam, nak?”
Memang dia lapar. Selepas kejadian tadi, langsung dia lupa untuk makan tengahari. Wajah itu masih melintas, buat airmatanya bergenang kembali. Wajah lelaki itu, lelaki yang dicintainya dua tahun yang lalu. Tatkala tas tangannya ditarik Imran, dia hanya mengikut. Sedu-sedannya kian galak.
Imran menarik nafas, menjeling Khalida yang tunduk berjalan. Kenapa dengan kau, sayang?

Langsung tidak disentuhnya. Dia memang lapar, namun entahlah, dia sudah kenyang. Khalida menanggung dagu, menilik pinggan dihadapannya.
“Nak Im suapkan?”
Geleng.
“Nak Im suapkan?”
Geleng lagi.
“Kita kawin lari, nak?”
Angkat muka. Gila. Lepuk sedas mamat ni. Dahlah senyum-senyum, macam kucing miang. Khalida tergelak.
Haa...gelak pun. Imran menyandar, memerhati dalam diam. Pelik. Khalida bukan Khalida yang selalu dia jumpa. Khalida kali ini nampak vulnerable, macam lagu Roxette, She’s so vulnerable, like china in my hands, oh so vulnerable and I don’t understand...
“Im...”
Oh, dia panggil aku. “Ya sayang...”
“Lelaki ni semuanya jahatkan...”
Alah...macam kena penumbuk kat muka, sakit juga. Dia muncung bibir, angkat kening. “Nape cakap cam gitu. Terluka hatiku,Kay.”
“Lelaki memang jahat. Luka dalam hati tu boleh sembuh, tapi macam mana dengan parut yang takkan hilang, kekal sampai bila-bila? Itu lagi terkesan.”
Imran diam. Kenapa, kau prnah terlukakah,Kay? Wajah Khalida direnungnya lama. Mencari kepastian. Hanya orang terluka sahaja yang berani bicara tentang pedihnya satu kelukaan. “Siapa lukakan,Kay?”
“Lelaki.”
“Siapa dia?”
“Lelaki jahanam.”
“Nama apa lelaki jahanam tu?”
“Jahanam bin sialan.”
Marah tu,memang marah benor bunyinya. Imran mengetuk meja, lalu mengeluarkan telefon.
“Im nak buat apa?”
“Tanya abang Google, siapa si Jahanam bin Sialan ni.”
Mahu tak mahu, dia ketawa. Payah nak marah dengan mamat mereng ni. Khlida menyelitkan rambut dibelakang telinga.
“Kay...”
“Apa?”
“Makanlah, membazir. Kalau tak nak, abang bungkus kasi kucing.”
Ketawa lagi. Kalau jumpa, mesti cakap pasal kucing dia. “Yalah, Kay makanlah ni.” Dia kembali menggali pinggan, menyuap satu persatu.
“Lepas makan, Im nak pergi rumah.”
Suapannya terhenti. “Rumah siapa?”
“Rumah Kay lah,”jawabnya serius.
“Buat apa?”
“Masuk meminang.”
Khalida mengeluh. Tiba-tiba saja airmatanya kembali menuruni tubir mata. Dia senyum pahit. “Kalau Kay ceritakan semuanya, sanggupkah Im masuk meminang?”
Imran terpaku, menentang mata Khalida yang kian bergenang dengan tangisan. “Maksud Kay?”
Khalida meletakkan sudu dan garfu, menundukkan wajah. “Kalau Kay katakan yang Kay dah tak suci lagi, Im masih sanggup ke datang meminang?”soalnya lirih. Airmata kian laju, sebu.
Imran terkaku.

Tangannya didahi. Entah berapa lama dia merenung siling, dia tidak sedar. Jebat juga disisinya, berteleku bersama. Kata-kata Khalida petang tadi masih mencucuk minda, sakit kepalanya. Tangisan Khalida buat jiwanya lara. Pengakuan gadis itu but dia separuh gila. Separuh gila kerana selepas kata-kata itu, Khalida terus bangun, meninggalkannya ternganga di meja. Bukan bergurau. Dia tahu, kerana airmata Khalida yang tumpah bukan kerana gurauan. Imran pejamkan mata. Wajah Khalida yang menangis mengisi ruang fikiran. “Bat, kalau kau jadi aku, apa kau nak buat?”
Kucing itu diam.
“Bat, aku cakap dengan kau ni, bagilah idea sikit.” Ditepuknya lembut belakang kucing itu. Jebat mengiau panjang, menggeliat lalu menyambung tidur.
“Carry on ke? Pasti?”
Mengiau lagi.
Imran senyum dalam semutar otak yang masih berfikir. Ya, dia kan teruskan. Namun, dia perlu jumpa Khalida, mendapatkan kepastian.

No comments:

Post a Comment