Wednesday 18 March 2015

Bab 12 Dreamcatcher sudah mari...^0^

BAB 12


Langkahnya teratur. Bunyi high heelsnya mengetuk lantai buat semua yang ada menoleh. Hari ini, dia mengenakan blouse putih bersama pencil skirt warna merah bata belah tepi. Pada lehernya yang jinjang, sehelai skarf terikat kemas. Syafiqa melempar senyum, melambai pada yang melihatnya. Dia menekan butang lif. Pintu itu terbuka.
“Wow, you dah pakai. I punya masih ada dalam beg ni. Cantikkan? Baik betul Khalid.”
Suara Kamila yang melontar tiba ke telinganya umpama peluru berpandu. What?! Terbeliak matanya memandang ber kertas yang dibimbit Kamila. “Apa? You pun dapat ke?” soalnya dengan senyum yang dibuat-buat. Palsu.
“Tu lah, cantik kan? Bila you pakai, I tengok lagi cantik.”
Syafiqa tersenyum sinis. Yelah, bukan semua orang boleh gayakan. Silap pakai jadi bahan lawak. “Thanks. Sorry to say, I don’t think you should wear it. Tak kena dengan stail you, Mila.”
Mila tersenyum. “Betul juga. I nak ikat pada handbag lah kalau macam tu, nampak ranggi. Jom, makan.”
“Sorry, on diet.” Dia masuk, menekan butang lif. Kamila melempar senyum, namun tak diendahkan. Buang masa. Sebaik saja pintu lif dibuka, Khalid sudah ada terpacul.
“Morning Iqa, wow...lovely. I harap you suka.”
Dia tersenyum manis. Disentuhnya skarf satin itu lembut. “Definitely. Cantik, I suka. You nak pergi mana ni?”
“Kudapan kat bawah. Nak join jomlah.”
“Boleh sangat...I tengah lapar ni,”balasnya dengan muka manja. Dengan Khalid, ajak ke mana saja, dia rela. Dia kan buat semua.
Khalid tergelak. “Okay, jom.”
“You pakai pefume apa?” soal Syafiqa bersahaja.
“Ni, yang I pakai sekarang ke?”
Angguk.
“Ralph Lauren, Romance. Hadiah hantaran nikah dulu, why?”
Huh...wife dia. “I rasa tak sesuai dengan you. Too strong. Nanti I belikan yang lain, hadiah untuk you juga. I pun nak berikan hadiah, baru fair,kan?”
Khalid tergelak kecil. “Jangan susah-susah, Iqa. Lagipun I suka dengan perfume ni. Tak payahlah bazirkan duit you.”
Dia tersenyum, mengangkat kening. Oh...tak membazir, sayang. Apa saja untukmu.

Dia lagi. Khalida mahu tergelak . Dah kenapa asyik terserempak dengan abang si Amni ni? Hensem hari ni, balik sekolah terus pergi dating ke.
“Sayang abang buat apa kat sini?” Lembut perkataan yang keluar dari mulut itu, mahu saja Khalida cubit. Sayang mangkuk tingkat dia.
“Shopping batu-bata. Abang hensem pulak kenapa kat sini, dating?”
Abang hensem? Aduhh...pergi tekan ATM boleh tak? Ambil duit, kasi ummi untuk masuk meminang Khalida. Amboi, makan pujinya dia. Imran tersenyum, lebar dan malu-malu. “Beli susu anak. Sian kita kan...”
Tergelak dia. Nak marah pun tak jadi. Selalunya dia tak begini. Entah kenapa, kalau dengan Imran, dia rasa bebas. Dia boleh jadi dirinya sendiri. Pakai ilmu ke mamat ni? “Anak apa? Anak angsa, anak kucing?”
“Eee...pandainya. iya, belikan kibbles dan wet food untuk kucing kat umah. Lagipun saje nak try mall baru ni. Jom, makan nak?”
Bila jumpa je, ajak makan. Ajak jogging ke, karaokae ke tak pun ajak shopping, kan lain sikit. Old school betul mamat ni. “Makan apa?”
“Ayam penyet, nak? Best, ayam dangdut, kena penyet dengan rempah. Best wooo...”
Ya Allah, seramnya perincian. Khalida tergelak lagi. “You belanja.”
“Yalah, Im yang belanja. Takkan nak suruh perempuan belanja lelaki, malulah, tak gentleman kata ummi tau.”
Kali ini dia betul kagum. Well, rezeki jangan ditolak kan?

Biar betul. Bulat matanya memandang. Ada secret affair ke dua manusia ni? Troli kosong diletaknya ditepi. Dia berjalan masuk, buat muka selamba.
“Ni buat apa kat sini, makan-makan, gelak-gelak berdua ni?”
Terbatuk Imran. Mana pulak datang minah ni...baru nak bermesra-mesraan, cehhhh...
“Wey Am, jom makan, dari mana?” Khalida menarik lengannya, buat dia terduduk. Ganas betul minah sorang ni.
“Cari barang dapur, cari buku. Yang Kay dengan abang Im ni pulak apa cer? Amboi, pandai dah skang dating-dating, makan sama-sama ya. Tak sangka.” Kelakar melihat abang Im buat muka menyampah.
“Kebetulan lah...tak kuasa nak dating dengan Im ni. Beli apa, ni mesti plan nak masak sedap-sedap untuk abang,kan? Bertuah abang Khalid dapat Am.” Sungguh, dia tak tipu. Abangnya bertuah, dapat isteri macam Amni. Memasak pandai, cantik, gred super A, akhlak terbaik punya. Cuma dia bimbang, bimbang abangnya masih dirantai kenangan. Susah manusia yang hidup dengan masa silam. Dia tahu, dia tahu kerana setiap hujan ribut pada waktu malam, Khalid akan tenggelam. Tenggelam dalam dunia dan mimpi ngerinya. Wajah Amni yang manis disebelahnya ditenungnya lama.
“Abang pergi toilet, jangan makan ayam abang, luku kang.” Imran bangun, memegang perut. Apa kes, masa nak menyuap ni lah dia nak memulas.
Amni dan Khalida tersenyimpul simpul.
“Am...”
Amni menoleh, bertentang mata dengan Khalida. Kenapa lain saja?
“Am jangan tinggalkan abang Lid, ya.”
Berderau darahnya. Apa yang Khalida tahu? Serasa darah dimukanya semua turun ke perut, bergoncang bak batu-batu kecil. “Ishh, apa cakap macam tu?” Berdebar, jangan cakaplah. Rasa macam mahu saja dia pengsan kat sini.
“Bukan. Jangan salah paham tau. Abang tu susah sikit. Lain. Bukan macam Im. Dia tak banyak cakap, tak pandai nak berkongsi perasaan. Tapi percayalah, dia baik.”
Dia tahu Khalid baik. Jangan tinggalkan Khalid? Hah! Nanti Khalid yang mungkin tinggalkan dia. “Am okay. Abang Khalid memang baik pada Am, jangan risau. Am pun sedang belajar bagaimana nak jadi isteri yang baik. Give us time to adjust everything, betul tak?”
Nafas lega keluar dari mulut Khalida. Mahu saja dia bertanya, namun dia tahu bukan tempatnya. Bukan haknya. Yang lebih berhak untuk bercerita, Khalid sendiri.
Amni berkira-kira. Tahukah Khalida dan keluarganya tentang isteri Khalid yang pertama, madunya? Perlukah dia tanya?
“Am.”
“Kay.”
Mereka sama-sama tergelak.
“You dulu.”
Gelak lagi.
“Nothing, saja nak buat gempak. Okaylah, sambung makan. Sampaikan salam pada abang Im. Am balik dulu ya.” Dia memeluk Khalida, mencium pipi iparnya itu.
Pelukan Amni dibalasnya erat. Be good, Am. Jangan tinggalkan abang aku, walau apapun yang berlaku, tolong. Tolonglah...

Cantiknya...dia terkedu. Mahal ni kan,kan. Nak peluk Khalid, takut nanti kena lempang. Dia selalu tengok dalam majalah, tapi sekadar tengok sajalah. Nak beli, huh...kopak gaji. Kalau boleh beli macam buat duit kutu, bolehlah dia berangan.Tadi baru dia tanya encik Google, harga tas tangan Burberry yang ada atas ribanya sekarang jumlahnya RM3,495. Medium Canvas Check Leather Chevron Hobo Bag. Nah, panjang siut namanya.  Warna military, merah dan hitam. Makkk...menangislah si Husna kalau dia pakai yang ini ke sekolah. Dirabanya tas tangan itu, lembut, wangi. Amni tergelak sendiri. Dia meletakkannya kembali ke dalam dustbag. Nak kena masak dulu. Dia menonong ke dapur, mengelak dari bertembung dengan Khalid yang asyik menonton televisyen.
“Am, sini jap.”
Aduhh, ada mata kat belakang ke? Dia mengheret kaki.
“Suka?”
Suka apa? Oh, beg tadi. Lupa, dia lupa. Terkejut kena panggil punya pasal. “Alhamdulillah, cantik. Terima kasih,bang.”
Okay, dia suka. Baguslah tu.
Diam. Masing-masing diam.
Amni bangun. Dia tahu, itu signal Khalid yang membawa maksud no more conversation. Okaylah tu. Nak borak panjang-panjang, lagi dia kekok.
“Abang, terima kasih ya.”
Khalid mengangkat muka, memberi senyum senget. Bila amni melangkah, dicapainya tangan itu.
Mak, elektrik! Apahal lagi ni...
“Nak masak apa?”
“Abang nak makan apa?”
“Daging steak ada?” Dia tahu ada, baru tadi dia tengok dalam fridge.
“Ada. Nak makan steak, Am buatkan. Steak black pepper, mushroom omellete dengan kentang bakar. Boleh?” Lepas tangan tu, karang kalau aku pengsan, barulah berlapar.
“Okay.” Lengan itu dilepasnya.

Siap. Semua dah siap. Tinggal nak hidang saja lagi. Sempat dia siapkan semua sebelum jam enam petang. Lima minit lagipun. Bukan apa, dia ada janji dengan novel Ezza Mysara. Baru chapter lima, kena baca cepat-cepat.
“Am, abang keluar kejap. My friend nak jumpa. Sorry, balik nanti abang makan.” Dengan seluar khaki warna kelabu, kemeja putih lengan panjang, Khalid umpama catwalk model.
Ohh...tak makan sekarang ke ni? Hatinya sedikit terusik. No,no,no...Amni, kan dia dah cakap, hidup masing-masing. Jangan tanya apa-apa,faham.
“Okay.”
 Itu saja mampu dijawabnya. Segala hidangan yang tersedia dipandangnya sepi. Tak apalah, bila Khalid balik nanti, dia panaskan semula.

Syafiqa melambai padanya. Khalid masuk, menyelit dibalik kerusi. Pertama Steak and Sushi House itu agak penuh dengan pelanggan.
“Thanks for coming. Ingatkan dah tak sudi.” Rambutnya sengaja dilepas bebas. Disisirnya ke belakang telinga, memberi senyuman paling manis untuk jejaka dihadapannya.
“Kata urgent, I datanglah. Mana Mila, Azfar?”
Bibirnya dimuncungkan. “Mila tak dapat datang, headache. Azfar katanya tak siap lagi main futsal. Tinggal the two of us saja sekarang ni.”
“Hmmm...tak apalah kalau macam tu. Apa yang urgent? Tell me?”
Syafiqa ketawa manja. “Kalau ya pun, order dulu. Temankan I makan. Balik tadi tak sempat jamah apa-apa,”rengeknya lemah lembut.
“Okaylah. Sambil makan, cerita apa yang you nak cerita. Pasal grand opening tu kan?” Khalid menyoal lagi. Dia membuat pesanan.
Syafiqa bersorak dalam hati. Finally, a date with Mr. Awesome. Good job, Syafiqa. Okay, sekarang ni, step yang seterusnya. “Before that, I harap you sudi terima. A gift, a memento.”
Dia mengangkat kening, memegang bungkusan yang berbalut kemas, siap dengan reben warna gold. “ Apa la you ni, kan I dah cakap, tak perlu susah-susah. Anway, thank you.”
Mahu saja dia bertepuk tangan, namun digantikannya dengan selembar senyuman. “Ala...bukan selalu pun. Jom, makan dulu. Nanti I terangkan planning yang I rasa bagus masa event nanti.”

Beep,beep.
Amni meletakkan buku. Dicapainya telefon. Mesej whatsapp dari Nawja.
Babe, u kat mana?
Home. Why?
Kalau Wa hantar pics, u jangan marah.
K.
Dia menunggu beberapa keping gambar itu untuk loading sepenuhnya. Bergetar jantungnya, berpinar mata dia melihat. Khalid. Dengan seorang wanita.  Cantik, seksi, jelita. Semua lengkap. Di atas meja mereka, ada bungkusan cantik. Gambar ketiga, gambar wanita itu ketawa riang dengan Khalid yang tersenyum lebar.
Babe, dapat?
Yep.
Sorry, takde niat apa-apa.
K. tq.
Telefon itu diam. Pasti, itulah isteri Khalid yang pertama. Madunya. Tangannya menggeletar. Dipeluknya bantal, seerat yang mungkin. Bahunya mula bergoyang.

Sudah dua pagi. Selesai makan dengan Syafiqa, dia singgah di The Bliss. Banyak perkara yang perlu dia pastikan. Mr. Johan Alain, pengurus besarnya akan turun meninjau persiapan esok petang. Dia perlu pastikan semuanya sempurna. Naik ke pejabat, dia terlelap sebentar di sofa. Aduhh...lena dia tidur. Penthouse itu sunyi sepi. Lampu pada ruang tamu dan ruang dapur sahaja yang menyala. Dapur. Steak. Aduhhh...lupa lagi. Petang tadi dia minta Amni masakkan steak untuknya. Dia ke ruang dapur. Tudung mengkuang diangkatnya. Semuanya masih ada lagi, belum disentuh. Dia menarik nafas. Steak itu diambilnya, dipanaskan dalam microvave. Begitu juga dengan kentang bakar. Fridge dibuka. Jus oren juga masih ada. Khalid menggeleng sendiri. Sedap. Lagi sedap dari restoran yang dia pergi tadi. Habis licin semua hidangan dihabiskannya. Menjilat jari. Selesai makan, semua pinggan dan mangkuk dibasuhnya sampai bersih. Mungkin, mungkin ada baiknya dia berterima kasih pada Amni.
Pintu itu diketuknya beberapa kali. Diam saja. Mungkin sudah lama isterinya tidur. Pemegang pintu ditekannya ke bawah, terbuka pintu itu. Balam cahaya lampu tidur menjemputnya masuk. Khalid meniti lantai perlahan-lahan. Susuk tubuh itu tenggelam di balik comforter. Sebuah novel serta telefon tangan milik isterinya ada di meja sisi. Tengok saja, bukan apa pun. Telefon itu dipegangnya lama.
Huh, langsung tak ada password atau langkah keselamatan. Sekali swipe sudah terbuka. Perempuan. Bukan selalunya perempuan suka berahsia. Jantungnya terhenti. Sebaik saja menyala, gambarnya sedang makan bersama Syafiqa pada skrin. Apa ini? Dia memetik suis lampu.
“Get up, bangun!”
Susuk tubuh itu masih kaku.
“Am, get up, bangun sekarang!” Kali ini dia separa menjerit.
Terpisat-pisat dia bangun, menyelak comforter.
Khalid. Bersama telefon miliknya. Dalam mengantuk yang masih ada, dia mahu menangis.
“Apa ni, apa hal dengan gambar ni? Am suruh orang intip abang ke? Jawab!?”
Menggeletar dia dibawah selimut. Ya Allah, kenapa tidak dia padamkan saja gambar-gambar tadi. Ya Allah...
“Tell me, Am, tell me now!”
Terketar-ketar dia mahu bercakapa. “ Kawan Am hantar. Am tak suruh, Am tak mintak. Dia hantar sebab dia mahu tanya, apa betul itu abang atau bukan...”
“Kalau abang kenapa? Apa Am nak buat?!”
Ya Allah...apa perlu dia jawab. Tenang, tarik nafas. “Am takkan buat apa-apa. Am tak kan buat apa-apa,bang. Am tahu Am siapa. Dia isteri pertama abang,kan. Am faham, Am sedar Am siapa...”
Menangis. Perempuan mudah saja. Guna airmata. Kalau semua perempuan guna airmata seperti Amni, pasti lingkup satu dunia. Pening, sakit kepalanya.
“Dia siapa bukan masalahnya. Dah, enough...enough all of this. Abang dah letih...” Amni masih menangis, menyembunyikan wajah dibalik gebar. Khalid menutup pintu bilik, bersandar dalam kesal.

Semua kerja rasanya macam tak kena. Tulis RPH pun salah. Isi borang pun salah. Punch kad pagi tadi pun hampir-hampir ambil orang punya. Dia menongkat dagu. Lapar. Selepas sediakan sarapan untuk Khalid awal pagi tadi, dia cepat-cepat keluar. Tak mahu dia, bertentang muka dengan Khalid. Hmmm...kalau hari ni tak balik rumah boleh tak? Balik rumah ummi. Wajah Khalid yang menyinga semalam masih terkesan di mata. Suara kasar Khalid mengasaknya dengan pelbagai soalan juga buat dia hampir rebah pagi tadi. Ketranya belum hilang. Bawa kereta pun tangannya masih menggeletar.
“Ni kenapa bakal ibu pucat semacam je? Alahan teruk sangat ke?”
Mengucap dia dalam hati. Aqil duduk dimeja sebelah, memegang suratkhabar.
“Penat la, bukan alahan. Penat berkejar dengan budak-budak kelas dua Za’aba. Muka suci murni, perangai ...Ya Allah, rasa macam nak terjun bangunan.”
Jejaka itu ketawa. Yalah, kelas Za’aba tu kelas last. Memang muka semua suci murni mcam tepung gomak, masalahnya sikap dan perangai. Yang bergasak, tiap-tiap minggu. Tak bawa buku teks dan siapkan homework? Huh, hari-hari. Kalau yang baik ada dalam kelas tu, sebulan boleh jadi mereng. Namun bukan semua, dalam satu kelas, adalah sekumpulan yang berani mati. Remaja, nak buat macam mana. Kenalah pandai handle, ambil hati. Silap cakap, glamour nama cikgu kena maki tulis dalam tandas. Hampeh.
“Aqil tak ada kelas ke?”
“Baru habis. Free satu masa. Nanti ada kelas direct empat masa. Am?”
Dia tersenyum. “Pagi tadi dah direct empat masa. Nanti ada satu kelas lagi.”
“Am sakit ke? Atau betul-betul alahan?”soal Aqil serius kali ini. Beberapa hari kebelakangan ni, Amni banyak diam. Kalau bercakap pun, bila ada Husna, Najwa. Mata nampak sedih walaupun bibir selalu tersenyum.
Kenapa ditanya soalan itu? Hatinya tersentuh. Khalid jarang menanya keadaan dia. Huh, samalah dengan dia. “Okay, Am okay. Baru nak adjust hidup berdua, lagipun banyak benda berlaku seminggu dua ni. Kenapa, nampak pucat sngat ke?”
Pucat tu memanglah. “Pucat memang pucat. Tapi jangan marah, Aqil nampak Am sedih, macam sembunyikan masalah je.” Ha, akhirnya berani juga dia bertanya.
Amni ketawa. Ketawa dalam pedihnya hati. “Memanglah sedih. Selama ni duduk bawah ketiak mak, sekarang ni bawah ketiak suami. Seram wooo...”guraunya separuh hati.
Betulkah? Aqil memandang lama. Kau nampak sedih, nampak berbeza. Mana sinar yang selalu aku nampak dalam matamu bila kau berbicara? Mana alun gembira dalam ombak tawamu bagai dulu? “Betul?”
“Betul apa?”
“Betul Am tak apa-apa?”
Amni tergelak lagi. “Serius. Kalau Am tak okay, tak kan nak datang kerja, baik duduk rumah, menangis bawah gebar.”
Tergelak Aqil mendengarnya. “Kalau macam tu tak apalah. Bimbang juga takut sakit ke, apa ke?”
Amni tersenyum lagi. “Thank you for caring. Kau memang kawan yang baik.”
Aqil mengangguk. Kawan. Kalaulah dia lebih cepat, lebih berani, pasti mereka bukan sekadar kawan.

Kenapa dengan dia? Semua kerjanya serba tak kena. Belum pernah lagi dai tengking sesiapa, tapi hari ini dalam sejarah, dia tengking semua orang, bukan semua oranglah. Tapi, macam dia tengking semualah. Khalid mengurut kepala. Apa kena dengan dia?
“Lid, boleh aku masuk?”
“Boleh.”
Yusri duduk, menyandar pada sofa. “Kenapa dengan engkau?”
Khalid menyandar pada sofa, mendongak ke atas, mencari sesuatu yang dia tidak pasti. “Entah, gila kot.”
Terbeliak mata Yusri. Jarang sekali dia mendengar Khalid berkata macam tu. Nak marah-marah macam hari juga tak pernah. Pagi ni, semua kecut perut. Entah ribut mana datang, habis dimarahnya mana yang tak kena. Ternganga dia dan Syafiqa melihatnya. Azfar lagilah, tak berani tunjuk muka.
“Gila apa, tak paham aku.”
“Yus, kau pernah tak rasa bersalah, sampai rasa nak tampar diri sendiri?”
Yusri diam seketika. Ada kot. “Ada.”
“Kau buat apa masa tu?”
Dia berfikir sejenak, mengundur ingatan beberapa tahun yang lalu. “Aku tengking Ju. Masa tu dia merengek tengah malam nak makan roti tisu. Pukul dua pagi. Aku tengah ngantuk, dia pula rengek itu ini, apa lagi... kenalah tengking ngan aku.”
Hah, boleh tahan juga si Yusri ni. “Kenapa kau rasa bersalah sangat?”
Yusri senyum simpul. “Dia pregnant. Aku pun tak tahu, dia pun tak tahu. Bukan tak tahu, cuma dia tak pasti. Esok pagi dia balik rumah mak dia. Biru muka aku,Lid.”
Hahahaha...macam tu. “Biru pasal apa, kena lepuk?”
“Bukanlah...biru nak mengadap bapak mertua akulah. Yalah, masa bercinta dulu, janji bintang bulan, ni mintak roti tisu pun dah naik angin. Malu aku weiii...”
Khalid tersengih. Kalau Amni buat begitu, berani ke dia mengadap abi dan ummi? “dah tu, macam mana kau pujuk.”
Tersengih Yusri. “Tak payah, bapak dia suruh dia balik. Masa balik, aku singgah kedai roti canai. Dia pulun enam keping roti tisu sambil nangis.” Yusri ketawa. Sungguh dia mahu tergelak bila teringatkan tika itu. Kelakar ada, terharu pun ada.
“Lagi lawak, masuk kereta je, terus dia muntah. Aku bawak dia pi klinik. Kat situlah kami tau betul-betul.” Senyumnya lebar, matanya bergenang air. Itulah, saat itulah dia melompat, berjoget dalam bilik doktor. Doktor tu pun bantai gelak tengok dia.
Wajah Yusri yang bercahaya buat dia terkedu. Nampak riak gembira. Khalid menekup muka, memejamkan mata. Pucat wajah Amni semalam buat dia dirantai bersalah yang amat. Apa perlu dia buat? Terus buat Amni benci, buat Amni tinggalkan dia. Itu lebih baik. Amni gadis yang terlalu sempurna untuk dia. Isterinya berhak untuk hidup yang lebih gembira, tanpa dia.
“Lid, cuba kau cakap, apa kena? Kalau aku boleh tolong, aku tolong.”
“Aku nak lepaskan Amni, tapi aku tak sanggup.”
Diam alam sesaat dua.
“Kenapa, apa yang tak kena dengan dia?”soal Yusri lembut. Betul, walau dia tak kenal sangat, namun dari cerita Khalid selama ini, dia pasti Amni yang terbaik untuk Khalid.
“Bukan dia, aku. Nurul Ain. Entah, aku tak tahu, aku tak pasti...”
Nurul Ain lagi. Kenapa nama itu masih perlu disebut-sebut? “Lid, aku tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan Nurul Ain, tapi Nurul Ain dah tak ada, dia dah jadi sejarah. Kenapa kau nak hidup dan terikat dengan kenangan? Apa yang kau dapat. Kau ada Amni, beri kasih sayang, cinta kau pada dia. Cuba. Bukan mengalah, bukan sembunyi dari awal.”
“Nurul Ain dah bawa cinta aku pergi,Yus. Aku dah tak ada cinta lagi, aku tak mampu nak bercinta lagi. Aku berikan segalanya pada Nurul Ain. Sekarang ni dia dah tak ada, cinta aku pun sama, berkubur.”
Gila. Kerja gila. Kenapa nak kuburkan cinta. “Kau ni bengap ke? Kecil sangat ke cinta engkau tu,Lid? Sampai sekaligus kau boleh kuburkan macam tu. Apa yang kau fikir. Mana mungkin cinta yang ada pada kau, pada aku sekecil itu. Pasti ada, jauh dalam sudut hati kau tu, masih ada cinta.”
Iya ke? Benarkah masa ada? Huh...dia rasa tidak. Hatinya kosong. Zero. Nada.
“Kalau tak ada jugak macam mana, Yus?”soalnya perlahan.
Yusri geleng kepala. Khalid bukan orang begini. Apa yang hebatnya Nurul Ain, sampaikan Khalid tidak mampu mencintai orang lain? “Kalau kau tak mahu, aku ulang sekali lagi, tak MAHU, kau bebaskan dia. Lepaskan dia. Biar dia cari lelaki yang mampu jaga dia, kasihkan dia, berikan dia cinta.”
Geleng, berkali-kali dia geleng.
Dah geleng pulak. Tadi kata tak mampu, tak boleh. “Apa yang kau geleng ni? Dah betul tak mampu, tak mahu, lepas sajalah. Cakap baik-baik dengan orang tua dia, dengan mak ayah engkau. Marah kecewa, memanglah. Itu lumrah. Berani buat, kena berani tanggung,Lid.”
“Aku tak sanggup.”
“Tak sanggup apa?”
“Lepaskan dia.”
Haishhh...kang aku buka langkah silat, seligi si Khalid ni bagus juga. Tongong ke sakit otak? “Dah tadi kau cakap...aduhhhh...pening aku.”
“Dia baik,Yus. Keluarga dia pun. Aku tak sampai hati nak lukakan dia, kecewakan keluarga aku, keluarga dia. Kecewakan semua orang.”
“Aku tahu, tapi adil ke untuk dia?”
Tak, sangat tidak adil. “Tak.”
Mereka sama-sama diam.
“Aku rasa, biar dia bencikan, menampah dengan aku, mungkin dia sendiri yang akan tinggalkan aku.”
“Kau nak buat macam mana?”
“Semalam ada kawan dia ambil gambar aku dengan Iqa tengah dinner. Kau ingatkan, aku pernah cakap yang aku ada isteri lain dengan Amni. Dia sangka Iqa tu isteri pertama aku, madu dia.”
“Kalau macam tu, biar sajalah. I boleh tolong you.”
Serentak mereka menoleh. Sudah berapa lama Syafiqa, juga Kamila tercegat dibelakang mereka. Ralit benar, sampai bunyi ketuk kasut dua sekawan itu mereka tidak sedar.
Kamila mengerut dahi, memandang Yusri yang terlopong.
“Kalau you nak I tolong, I tolong.” Oh my God, peluang. Ini satu peluang. Jangan tunjuk,Iqa. Rileks, buat macam biasa. “Nanti I tolong jelaskan pada isteri you, yang kita tak ada apa-apa. I tak nak dia salah faham.”
Semua diam. Yusri pandang Khalid, Kamila pandang Syafiqa (siapa nak pandang saya?)
“Yus, Mila...leave us or a while, boleh?”
Yusri angguk, menguit Kamila agar mengikutnya. Dipandangnya Syafiqa yang tegak berdiri. Ada apa pul dengan Syafiqa? Tak kan ada affair kot. Kalau niat Syafiqa mahu settlekan salah faham itu, lagi baik. Pintu pejabat Khalid ditutp rapat.
“Bitch.”
Terkedu dia. “Mila cakap apa tadi?”
“Bitch. She’s a bitch.”
Yusri menghentikan langkah. “Kenapa cakap macam tu?” Hairan, jarang dia mendengar Kamila berbicara sekasar itu. Gerun dia.
“I’m a woman, I know. Better you perhatikan Khalid, jangan sampai terjerat.” Dia tahu kerana Syafiqa selalu bercerita itu dan ini tentang impiannya bersama Khalid. Dia sedar Khalid lelaki yang baik, namun lelaki yang baik ni senang kena main, kena perdaya.
Yusri menggaru kepala. Dia tidak faham. Langsung tidak faham.

“Apa maksud you?”
Safiqa membetulkan duduk, memanggung dagu merenung Khalid. “Maksud I, biar I tolong clearkan salah faham tu. Mana wife you dapat tahu pasal kita?”
“Her friend kebetulan makan kat situ. Tak apalah, biar sajalah. Lagipun I nak dia...”
“Nak dia bencikan you? Sorry, I tak sengaja dengar tadi.” Mukanya dikeruhkan,bibirnya digigit umpama bersalah yang amat.
Dia mengeluh. “She’s tought you are my wife, my other wife.” My dead wife.
“Kalau macam tu, let her be. Mungkin you boleh suruh I cakap dengan dia, kenalkan kononnya I ni, yelah...your other wife.”
Berkerut keningnya. Dia menoleh, memndang syafiqa yang mnengangkat bahu. “Maksud you, pretending?”
Syafiqa mengangkat bahu. “Why not? Kalau you mahu I tolonglah, I tak paksa. Just an opinion.” Please say yes. Please...
Dia duduk berhadapan dengan Syafiqa. “Kenapa you nak tolong?”
Gadis itu tertawa, menentang matanya.
“What are friend for, kan? Don’t ge me wrong, I hanya nak tolong, itupun kalau you perlukan pertolongan. Kalau tak, we can stop this conversation right now.”
Khalid membisu, otaknya menerawang tinggi. “Thank you,Iqa. Let me think about this,okay.”
“Tak apa, I just nak tolong.” Okay, dia tak kata tidak, cuma perlukan masa. Be positif,Iqa. Sabar.

Mereka berdua duduk dibangku itu, mengadap padang yang menghijau. Husna menghulurkan beberapa keping tisu.
“Kalau macam tu, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi, selama ni dia bukan macam tu,kan?”
Geleng.
“Mungkin kak madu kau tu hasut dia kot, takpun dia rasa terancam dengan kau.” Digosoknya bahu Amni perlahan.
Angkat bahu.
“Kalau rasa tak boleh teruskan, bincang dengan dia baik-baik, duduk semeja dengan semua.”
“Lepas tu?”
“Lepas tu cari jalan tengah. Aku rasa tak ada apa-apa kot, dia penat tu.”
Mungkin dia yang banyak berfikir yang bukan-bukan. Mungkin juga ada benarnya kata Husna.
“Balik rumah nanti, buat macam biasa. Jalankan tanggungjawab kau sepenuhnya. Biasalah,Am...mood kita pun ada pasang surutnya. Kau jangan pikir lain macam tau.”
Dipeluknya Husna kuat-kuat. Hanya pada Husna dia mampu bercerita. Tak mahu dia sampai cerita ini pada orang lain, lebih-lebih lagi pada keluarganya.
“Dah, dah...buat malu je. Nasib baik semua orang dah balik, tak pasal-pasal aku dating dengan kau tepi padang sekolah ni. Jom balik, aku ada urusan sikit petang ni.”
“Pasal Zarra?”
“Ya.”
“Macam mana dia?”
“Ada, berpantang kat rumah. Gugur pun kena pantang jugak. Habis pantang nanti, dia nak sambung sekolah. Alhamdulillah, pakcik aku akan tanggung dia sampai berjaya. Cuma Hisham je...”
“Kenapa dengan Hisham?”
“Biasalah, jantan...geram aku. Kalau adik aku, tahulah aku tanam hidup-hidup.”
Amni tergelak, kelakar melihat Husna yang mencuka. Garang gila.
“Ha, ketawa pun. Dah, blah. Jangan sesakkan otak, balik , tidur."



No comments:

Post a Comment