Monday 23 February 2015

Tada!!! Bab 7 maiii....

BAB 7


Bulat mata Khalida. Ikan kerapu yang siap disiang Amni sudah bersih. “Nak masak apa ni,Am?”
“Ikan bakar petai. Makan petai tak?”soalnya sambil tangannya lincah mengupas beberapa ulas bawang putih.
“Ala...rempah ikan bakar dah habis. Nak Kay belikan?”
“Jangan susah. Am buat sendiri.”
“Buat rempah ikan bakar sendiri?”soal Khalida kehairanan. Ini sudah baik. Baik, cantik, pandai masak...huihhhh...bertuah abang Khalid. “Tunggu,Kay salin pakaian jap. Nak tolong jugalah.”
Amni tersenyum lebar. Hari ini dia ke rumah mama. Kata ummi, kena belajar ada dua ibu. Ibu kandung, ibu mertua. Dua-dua kena sayang, kena hormat. Jadi kena pandai bawa diri.
“Okay, I’m here. So,tell me...apa bahan-bahan rahsia tu?”
Dia ketawa. “Mana ada rahsia. Ini resepi mak tuk. Untuk seekor ikan, kita guna ini saja. Okay, rempah ikan bakar, mak tuk stail. Bunga kantan (sebelah saja tau). 7 ulas bawang merah. 5 ulas bawah putih. Beberapa batang serai. Sedikit lengkuas. Sedikit halia .Daun kesum (ikut kesukaan banyak mana). Belacan (jangan banyak, nanti rompong hidung). Gula (agak sendiri). Gula melaka (satu keping bulat dah cukup). Lada kering(senang guna cili kering yang dah proses. Ala cap Babas pun ada jual. Nak pedas taruk banyak). Daun limau purut (taruk lepas semua bahan dah siap tumis). Last sekali, minyak masak, dalam setengah cawan. Nak wangi, guna minyak jagung. Garam secukup rasa. Air secukupnya untuk diblend.”
“Mak aihhh...itu je?”
Dia ketawa. “Iya cik Kay yang manis. Kita blend semua ni bersama, kecuali daun limau purut. Jauh sikit, nanti kena minyak panas ni. Tumis semua ni dulu. Nanti dah naik minyak, tambah air sikit.” Nasihat Amni sambil tangannya menuang semua bahan.
“Kay nak tolong apa ni?’
“Tolong kupaskan petai, boleh?”
Khalida tersenum. Ala, senang sangat. “Boleh sangat. Semua ni?”
“Iya sayang.” Amni mengacau rempah yang kini mula menggelegak perlahan. Biar menggelegak dulu. Nanti dia tambahkan lagi secawan air.
“Am buat apa?”
Mereka berdua menoleh. Mama dan papa baru pulang dari masjid. Hari ini ada bacaan kitab selepas Asar bersama Ustaz Mat.
“Am buat rempah ikan bakar sendiri,ma. Dia nak masak ikan bakar petai. Sukalah abang nanti.”
Kembang hati Safiah. Tidak silap dia memilih Amni jadi menantunya. Matanya hanya melihat, memerhati. Seronok tidak terkata. Selama ini dia mengimpikan menantu yang sebegini. Yang tahu serba serbi, yang hatinya suci. Menantu yang boleh mengikat Khalid menjadi manusia yang lebih baik. Dia tahu, dia menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang ibu, namun dia percaya. Dia percaya Khalid tak kan menerima bulat-bulat cadangannya. Dia percaya, Khalid kian membuka hati, atau sedang mencuba.
“Mama, ni kenapa jauh benar renungannya. Macam nak tembus dinding Kay tengok.”
Safiah tersentak. Dia menggosok pipi, bangun menuju ke sinki. Dia tersenyum, menjeling Khalida yang tersengih-sengih. Ada anak perempuan seorang ini pun buat dia sakit kepala. Muka memang perempuan, cantik bak rembulan...tapi, bila masuk gaya dan fiil perangai, dia sendiri rasa hairan. Pengasar macam jantan. “Mama tengok kamulah. Rambut dah panjang sikit, jangan potong. Biar lepas bahu.”
“Cehhh...bab rambut orang, sila jangan sentuh. Esok orang nak pergi potong, tau tak,”balas Khalida penuh jengkel. Mama memang macam itu. Selalu saja cari pasal tentang rambutnya.
“Kalau nak cantik lagi, pakai tudung. Macam Am, cantik, lemah lembut. Kamu...”
Khalida ketawa. Sempat lagi mama menusuk jarum nasihatnya.
“Tak apa, Kay. Slow-slow. Nanti kalau Kay rasa nak pakai, biar Am carikan tudung atau shawl yang cantik-cantik. Kita shopping sama-sama.” Amni tersenyum lembut. Sewaktu di kampus, dia ada teman yang tidak bertudung. Mahu mengajak mereka bertudung bukan dengan celaan, bukan dengan makian. Berhemah, berlemah-lembut. Pilihan ditangan mereka, bukan untuk dia atau sesiapa memaksa. Dia tahu, Khalida baik orangnya. Cantik, sangat cantik. Cuma dikaburi dengan sifat kasarnya. Kalau tidak, macam mana abang Im boleh gila bayang. Dia ketawa.
“Ni pasal apa gelak-gelak, cuba cerita sikit?”soal Khalida mengangkat kening.
“Am bayangkan Kay dengan abang Im atas pelamin,”balasnya jujur.
Terbahak-bahak Khalida ketawa. Amboi, seronok betul khayalan kakak iparnya ini ya. Sampai ke situ pula. Dicubitnya pipi Amni separuh hati. “Jangan nak mengada-ngada. Abang awak tu mereng. Harap muka saja hensem.”
Ahhh...abang Im hensem ya. Ni kalau beritahu abang Im, matilah tak tidur dua tiga malam. Amni tergelak sendiri.
“Assalamualaikum.”
Serentak mereka menoleh. Cepat-cepat Amni kembali merenung dapur. Tak mampu dia bertentang mata. Hatinya masih lemah, masih meronta mahu memandang lelaki yang bergelar suaminya itu. Kan sudah aku pesan, teguhlah hati. Kenapa mudah engkau jatuh cinta sekelip mata? What are you, a moron? A stupid brainless moron.
“Well, well, well...encik hubby kakak ipar saya sudah balik. Awal nampak, sudah rindu ke?”usik Khalida mengejek. Cehhhh...power juga si Amni ni ya. Selama ni mana abangnya balik rumah awal-awal. Asyik dengan kerja. Kadang-kadang makan pun terlepas.
Dijentiknya dahi Khalida yang tersengih-sengih dari tadi. Aihhh...macam manalah nak dapat laki kalau begini rupa gaya.
“Aduhhh...main kasar nampak,bukak langkah teakwando karang.” Dahinya digosok berkali-kali. Dari kecil Khalid suka benar menjentik dahinya. Nasib baik tak bodoh sampai sekarang.
Segelas jus oren sejuk dihulur padanya. Khalid tersenyum lebar, menjeling Khalida yang menyambung sengih.
Cepat-cepat kembali ke dapur, menjaga api. Dia tidak mahu memandang Khalid, dia mahu menangis. Pengakuan Khalid masih berlegar-legar ditelinga. Benarkah dia dari pejabat? Atau dari rumah si isteri pertamanya. Amni menggigit bibir. Cool Amni, cool. Bertahan, bersabarlah.
“Lain kali, biar dia ambik sendiri. Tangan dengan kaki ada, tak payah manjakan sangat. Nanti naik minyak. Kalau minyak tu boleh buat goreng ikan tak apa jugak.”
Khalid buat-buat tuli. Dia hanya memandang Amni yang ralit merenung dapur. Huh...tenung dapur pun boleh ralit ke? Nampak sangat berlakon. Dilukunya kepala Khalida. “Am masak apa?”
“Hoooo...hari ni semua air tangan Am. Paling best, your lovely wife bakar ikan dengan petai. Homemade rempah tau,”sampuk Khalida.
Khalid menggaru tengkuk. “Kau pergi main jauh-jauh, adoiii...” Mama hanya tergelak melihat mereka, berlalu dalam diam.
Khalida menongkat dagu. “Kenapa, nak beromen...silakan. Dah biasa tengok kat tv, tak heran pun.”
Ya Allah, menyerbu darah darah naik ke muka. Gila betul si Kay ni. Sama taraf dengan abang Im. Dia menutup api, mahu mencari pinggan mangkuk.
“Am nak buat apa? Nak hidang lauk ke? Don’t worry, let me. Abang Lid, well...apa lagi, go on lah.” Khalida ketawa berdekah-dekah. Seronok dia melihat Amni yang menggelabah, Khalid yang kaku kelu di situ. Macam ni ke rupa gaya pengantin baru. Elehhhh...berlakon malu je kot. Dia melenggang mengangkat pinggan mangkuk, tersenyum-senyum menuju ke ruang makan disebelah.
Khalid menarik kerusi, duduk dengan menghela nafas panjang. Jus oren itu diteguknya beberapa kali. Amni masih belum memandangnya, belum bertentang mata. Dia bangun, memegang lengan isterinya yang sibuk menyenduk lauk ke mangkuk.
“Am okay?”
Angguk.
“Am marah abang?”
Geleng, geleng lagi.
“Talk to me, please.”
Amni menarik nafas. Bagaimana? Apa yang hendak diucapkannya? Dia mengangkat muka, bertentang mata.
Aduh...mata yang bening berkaca itu buat dia hampir tersungkur.
“Amboi...lawan mata je? Join sekali boleh?”
Khalida lagi.
Khalid menarik nafas. Kalau dihambatnya Khalida sampai keluar rumah boleh tak?
Amni tergelak. Pandai timing betul si Kay ni. At least, dia terselamat kali ini. Mujur. Mujur dia terselamat kali ini. Dia sudah kehilangan abjad untuk disusun menjadi kata. Semua dialog terbang dari alam nyata. Dia mati akal.
“Dah, please lah. Sila sembahyang Asar, makan. Lepas tu, nak smoochy mochy sila carry on dalam bilik.”
Khalid melepaskan pegangan. Aduhai...dia kena buat keputusan. Lepas makan nantilah. Biar semua orang sudah kenyang, sudah bertenang. “Kay...”
“Yes dear bro...”
“You gonna get it someday.”
“What? Whooo...creepy.”
Khalid menggelengkan kepala. Parah, parah. Memang adiknya sudah parah. Nanti jumpa lelaki yang tahu jinakkan si Kay, dia janji dia akan berikan ganjaran terhebat. Kesian mama, mesti sakit jiwa melayan adiknya nan seorang ini. “Abang mandi dulu. Let’s talk tonight,okay.”
Amni menahan nafas, hanya mampu mengangguk kecil.
Khalida ketawa. “Elehhh...talk konon.”
Khalid mengangkat kedua belah tangan ke udara. Dia surrender. Ya Allah, please help my dear sister. Please!

“Ma, minggu depan Lid nak bawa Am masuk rumah.”
Khalida berdehem nakal. Dia mengunyah kacang sambil matanya menatap televisyen. Yang penting, telinganya terbuka untuk mendengar. Amni yang membelek majalah dilihatnya tergamam.
“Aik, cepatnya. Mama belum puas nak bermanja dengan menantu mama. Bulan depan tak boleh ke,Lid?”rayu Safiah perlahan. Dia tahu kondominium milik Khalid sudah hampir sempurna. Cuma mahu menunggu pelengkapnya sahaja, seorang isteri. Amni.
“Biarlah ma. Mama nak buat apa nak bermanja, abang tu yang nak bermanja. Cakap nak cucu, kasi je.”
Tersembur kopi Maarof. Budak Khalida ni. Bercakap bukan tahu pandang kiri kanan. Nak pelangkung, dah besar panjang. Diletaknya cawan itu diatas meja kopi.
Khalida terkekek-kekek ketawa. “Amboi papa...terkejut kenapa?”
Maarof bangun. Baik dia masuk tidur dari melayan si Khalida. Entah apa lagi yang bakal keluar dari mulut anak daranya. Itulah, silap dia juga. Kecil-kecil dulu biarkan sangat si Khalida itu lepas bebas. Cepat-cepat dia melangkah.
“Pa, nak tidur ke? Baru pukul sembilan setengah...”
Maarof terus melangkah. Hishhh...malas dia.
Khalida ketawa lagi namun tawanya mati. Berdecit dia menahan sakit. Jejeri runcing milik mama memulas lengannya kuat.
“Kalau tak menyampuk boleh tak? Semua benda dibawanya bergurau. Cuba bercakap tu lapik sikit. Padanlah tak ada yang meminang kamu.”
“Eleh...itu pun susah ke? Ni, nanti orang iklankan diri orang kat facebook, kat suratkhabar...tengok berapa ramai yang datang melutut. Beratur, ma...beratur nanti.”
Safiah mendengus nafas. Amni dilihatnya tergelak dihujung sofa. “Iya, yang datang beratur tu sebelum dia tahu perangai kamu. Dah buka mulut, tunjuk belang, semua cabut lari.”
Khalid tidak mampu menahan tawa. Dia ketawa, namun matanya mencuri pandang. Isterinya sedang ketawa. Sepasang lesung pipit terserlah, matanya bercahaya. Bibir merah nan mekar itu segar menguntum senyum. Hatinya bergetar seketika. Jangan Lid, nanti kau kan kecewakan dia. Kau dah lupa Nurul Ain? Dia kembali menatap sepasang tangannya.
“Mama tak kisah. Sesekali tidurlah juga kat sini, balik ke rumah ummi Amni juga. Jangan dikurung dia dalam rumah kamu macam burung.’
Amboi...baik punya kiasan. Terkecik hatinya. “Iya, Lid tahu. Tak kan Lid nak kurung Am. Dia pun kena pergi kerja, pergi sana sinun.”
Safiah mencebik bibir. Dia merenung khalid yang kembali diam. Okay ke mereka berdua? Tak banyak bicara pun. Cuma yang sana menjeling, yang sinun tersenyum. Dia menarik nafas. Moga segalanya baik-baik saja. Sungguh, dia tidak mahu kecewakan Amina. Dia yang beria-ia mahu menjadikan Amni sebagai menantunya. Tak mahu dia Amni dimain-mainkan Khalid. Namun, dia tahu, Khalid anak yang baik, anak yang taat. “Fine, asalkan Lid bahagiakan Am, mama tak kisah.”
Ya,ma. Lid akan cuba bahagiakan dia, akan bahagiakan mama juga. Lid akan cuba ,ma. Lid akan cuba.
“Abang, mama...Am masuk tidur dulu ya.”
Khalid menoleh. Dia dapat melihat wajah Amni yang muram walaupun gadis itu tersenyum. Mahu saja dia mencapai tangan Amni, namun dia menahan diri. Dia mengangguk.
Amni menghulur salam, menyalami tangan ibu mertuanya.
“Abang? Tak masuk tidur sekali?”soal Khalida tiba-tiba. Mama cepat-cepat mencubitnya.
“Mengada-ngada. Pergi masuk tidur ya,Am. Penat Am hari ni ikut kehendak mama. Kamu, jangan ganggu dia malam ni. Biar dia tidur tenang-tenang sikit.”
Khalid menutup mata, menyandar pada sofa. Dia memang tidur setenang mungkin,ma. Ada tembok antara kami. Dia tersenyum pahit. “Jadi okaylah ni?”
Safiah diam, merenung Khalid yang terbaring disofa. “Iya.”
Khalid tersenyum. Matanya masih terpejam, namun wajah Amni yang muram masih berlegar. Sepasang mata bening ini masih menikam jantung, menghenyak perasaan. Dia perlu bawa Amni bersama. They need to learn more about one another. Dia perlu membina kekuatan, membina tembok. They have to be alone.
“Mama nak tidur. Nanti malam boleh bangun untuk tahajud. Kamu tu, sekali-sekali solat malam juga. Banyak faedahnya. Berjaga malam sampai dua tiga pagi tengok bola boleh, tak kan bangun solat dua rakaat tak boleh.”
Hahahaha...sekali macam kena lempang kat pipi rasanya. Malas dia membuka mata. Pasti mama ada tercegat didepannya, menjeling penuh makna. Hooo...pejam mata, pejam. Bunyi derap kaki mama meninggalkan ruang itu buat dia kembali bernafas. Dia membuka sebelah mata. Fuhhh...tiada. kaki dilunjur. Aman. Yang ada cuma dia dan televisyen.

Baring perlahan-lahan. Tidak mahu dia mengejutkan sang isteri terbaring lena. Seperti biasa, bantal golek masih lagi jadi pemisah. Itu peraturan yang dibuatnya sendiri. Dia menyandar pada katil. Menjenguk ke sebelah perbaringan Amni,menguak rambut itu perlahan. Tenang, aman. Bak Sleeping Beauty. Huh...apa kartun pulak. Dia tersenyum sendiri. Kepalanya kian rapat. Dahi. Dia hanya mahu mencium dahi Amni. Namun, kurang seinci, dia terhenti. Nurul Ain. Perkara yang sama dia buat pada Nurul Ain sewaktu mereka bersama. Perlahan dia mengundur, menarik nafas panjang-panjang. Maafkan abang, Am.

Airmatanya mengalir dalam diam. Mengalir lagi. Hujung selimut itu digigitnya kuat. Sedu dihatinya kian parah.

Gamam. Matanya bulat seketika. Sungguh. Sungguh cantik. Simple namun menarik hati. Dia menggigit bibir. Inikah rumahnya? Istananya bersama Khalid. Amni melangkah lagi. Jantungnya seakan terhenti. Cantik, sungguh cantik. Cozy and homey. Amni melangkah masuk lagi, perlahan-lahan memendang sekeliling. Pintu masuk kondominium itu dilengkapi dengan nombor pin. Khalid sudah menukarnya, kepada tarikh hari pernikahan mereka. Kata Khalid, kondominium ini hanya ada sepuluh tingkat. Tingkat pertama hingga ke tujuh, setiap tingkat ada dua unit bersebelahan. Untuk tingkat lapan hingga ke sepuluh, unitnya hanya satu untuk satu tingkat. Kata Khalid penthouse, macam milik Khalid sekarang. Jadi, mak aiii...luasnya. Tingkat paling atas, kepunyaan anak Mr. Leehman, manakala tingkat sembilan milik pasangan doktor bedah.
Dia kaku. Sungguh, dia terpikat. Penthouse itu dicat putih dan kelabu. Langsirnya yang berwarna putih terbuai ditiup angin sebaik saja Khalid membuka pintu sliding. Angin dari laut yang berhadapan dengan penthouse itu buat dia terasa bagaikan sedang terbang diudara. Sebahagian dinding yang mengadap laut juga dari cermin, membuka pandangan ke alam yang lebih luas. Biasanya kata Khalid, dapur dibina disebelah pintu masuk, namun kali ini mereka membuatnya bersebelahan ruang tamu, lebih mudah dan praktikal.
“Penthouse ni, abang punya?”
“Tak, abang rompak.”
Dia tergelak, melabuh duduk di sofa kelabu. Sekelilingnya dinding, kebanyakkannya dinding kaca. Hebat. Tak sangka di Terengganu ada kondominium sebegitu hebat.
“Beg pakaian Am dah abang letak dalam bilik. Am pergilah rehat dulu. Nanti kita keluar, makan. Am nak beli barang basah dengan barang dapur pun boleh. Kita pergi Giant ke, mydin ke.”
“Okay.” Dia masih lagi berjalan, mengelilingi segenap ruang.
“Am, duduk kejap.”
Dia menoleh, melihat wajah Khalid yang serba salah di sofa kelabu. Dia menarik  nafas, melabuh duduk.
“Master bedroom tu bilik Am. Bilik tetamu kedua yang kat sebelah tu, bilik abang.”
Bergetar jantungnya, dia tunduk memandang permaidani.
“Baju pakai abang, semua dalam bilik Am. Abang cuma tidur saja kat dalam bilik tetamu tu. Abang rasa ada baiknya abang beri masa untuk kita sesuaikan diri, kan?”soalnya perlahan. Tidak sanggup dia menatap wajah Amni yang kelihatan kecewa.
“Tak apa, Am faham.”
“Kalau famili kita datang, I will sleep in your room,okay?”
Your room, my room. Tiada our room.
“Okay. Boleh Am masuk kemas baju dulu? Nanti malam dah kenyang takut terus lena,”pintanya dengan suara ceria. Hatinya? Remuk redam.
“Carry on. Abang pun nak lelap kejap. Lagi sejam kita gerak ya.”
“Fine. Am masuk dulu ya.” Pantas dia bangun. Tidak mahu dia terus berada disitu. Dia bimbang airmatanya keluar. Tidak. Dia tidak mahu menangis didepan Khalid. Dia sudah berjanji untuk kuat.
“Am...”
Langkahnya terhenti, namun dia tidak menoleh.
“I’m sorry.”
Dia ketawa. “Sorry naik lori.” Kakinya melangkah tatkala titik pertama tangisannya jatuh ke pipi.

Hari minggu memang begini gayanya. Segenap pelusuk pasaraya Giant itu penuh dengan manusia. Selesai makan tengahari di The Chicken Rice Shop, mereka bergerak ke tingkat bawah. Seronok melihat anak-anak kecil yang keriangan berlari-lari dan meletus tawa. Seronok kan jadi kanak-kanak. Dunia ini terlalu indah, simple buat mereka. Keluhuran hati dan keriangan mereka buat dunia ini makin berseri. Amni tersenyum sambil memerhati.
“Am, kenapa? Ada nak beli apa-apa ke kat sini?”
Dia terkejut, memandang Khalid yang turut sama berhenti bersamanya. Erkkk...bila masa pula dia berhenti kat sini? Panas serasa pipinya.
“Do you need to buy something here?”soal Khalid sedikit perlahan. Dia tersenyum-senyum. Beberapa wanita dan gadis yang lalu lalang melemparkan senyuman padanya. Dia hanya tersenyum kembali, sekadar bersopan.
Amni menggeleng kepala. Macam mana dia boleh berhenti di hadapan kedai Audrey ni? Bengong betul dia. Cepat-cepat dia membuka langkah.
Khalid mahu tergelak, namun dia menahan diri. Bimbang dilihat Amni, nanti merajuk, macam mana nak pujuk. Dia bukan pandai sangat dalam pujuk-memujuk ni. Dia hanya tahu mengalah. Baginya mengalah lebih baik, mudahkan kerja.
“Am, tunggulah abang.”
Terhenti langkahnya. Serius dia seakan lupa dia ada seorang suami di sisi. Dia menunggu, melihat Khalid melangkah. Berseluar khaki warna putih dengan kemeja kelabu lengan panjang buat Khalid bagai model dipentas catwalk. Langkahnya tenang, teratur. Amni menarik nafas. Dia sedar, ramai mata memandang Khalid, dia menggigit bawah bibir. Cepat-cepat memandang ke luar.
Huh...bagaikan puteri. Lembut wajahnya sesekali buat hati lelakinya bergetar. Mata bening coklat lembut milik Amni buat dia tenggelam di alam fantasi. Walaupun sekadar berseluar jeans, blouse ungu dan tudung putih, Amni tetap yang terindah dimatanya. Khalid menarik nafas, menggumam sendiri.
“Lajunya jalan, tak ingat abang ke?”
Amni ketawa. Halus dan lembut. Meyelinap ke urat darahnya.
“Dah abang tu, sibuk main mata sana-sini.”
“Ishhh...mana ada. Jom, Am nak beli apa?” Dia menarik sebuah troli, menyorongnya disisi Amni.
“Macam-macam. Fridge kat rumah tu besar, so Amni nak penuhkan. Amni masakkan untuk bang setiap hari,okay.” Kata ummi, laluan ke hati seorang lelaki antaranya ialah melalui perutnya. Layan dia bak raja, sediakan makan minum, Inshaa Allah, ada ganjaran tersendiri. Biarpun dia tidak cintai aku. Amni menjeling, melepaskan nafas. Hebatkan, dapat suami seperti Khalid. Ya, itulah pandangan semua. Andainya mereka tahu, mereka hanyalah orang asing yang hidup bersama.
“Am pandai masak ke?” Saja dia bertanya. Dia tahu Amni serba boleh. Ikan bakar petai itu masih lagi terbayang-bayang. Dia bertuah, kerana itu dia akan pastikan Amni tidak disia-siakan. Kenapa, tak bolehkah hidup tanpa cinta? Ada perkahwinan yang begitu,banyak. Banyak lagi yang boleh hidupkan sebuah perkahwinan. Persahabatan, kesetiaan, kasih sayang, hormat dan kesungguhan. Cuma baginya, cinta sahaja yang belum dia mampu cari dan berikan. Dia telah berikan segalanya untuk Nurul Ain.
“Abang, Am rasa baik kita solat Zuhur dulu. Surau kat hujung sana.”
Khalid mengangguk.

Kamila menyentak lengan blouse itu sedikit kuat. “Iqa, look.”
Langkahnya terhenti. Rambutnya yang lembut mengurai diselak ke tepi. Khalid dilihatnya sedang menyorong troli. Disebelahnya seorang wanita muda tersenyum manis. So, itulah isteri Khalid. Syafiqa menghela nafas. Entah kenapa dadanya panas, berdebar hebat.
“Wow, she’s pretty. Lucky for her to have Khalid. Sama cantik, sama padan.”
Syafiqa mendengus perlahan. “Shut up,Mila. Kau semua orang cantik. Makcik cleaner pun cantik. Jom, let’s go.”
“Mana?”
“Mana lagi, tandaslah.” Dia sudah mula melangkah, mengejar langkah Khalid yang semakin jauh.
“Hai, what a coincidence...you shopping apa?”
Dia menoleh, melempar satu senyuman. “Temankan my wife. Saja shopping barang dapur. You shopping apa pulak?”
“Saja cuci mata. Where is she?”soalnya kali ini. Tadi ada disebelah, bila dia sampai di sisi Khalid, gadis itu sudah tiada.
“Ohh, Amni? Tandas kot, takpun dah masuk surau. I masuk solat dulu. See you. You too,Mila.”
Syafiqa tersenyum manis, melambai pada Khalid yang membuka pintu surau. Pantas dia menghala ke tandas, namun langkahnya terhenti.
There she is.
Syafiqa memerhati. Lemah lembut, berkulit putih. That’s all. Biasa-biasa saja.
“Opss...sorry.”
“My fault.”
Amni tersenyum, mengalihkan diri ke tepi. Dia tersenyum sekali lagi, lalu membawa diri ke surau.
“Wei, apasal tak kenalkan diri. Lovely dia,kan. Sweet and lovely.”
Syafiqa menggeleng-gelengkan kepal. Kamila memang buta kayu. Malas dia mahu melayan, baik dia pergi makan, lagi senang hatinya. Ya, dia ada hati pada Khalid, so what? She’s better and prettier. Huh...life. What a life. Dia tidak bimbang, Khalid akan sentiasa dihadapan matanya. They work together. Maybe someday Khalid will notice her. Well, take your time, I’m not going anywhere.

Sejuknya. Memang sejuk. Angin yang bertiup dari laut membawa kedinginan yang berbeza. Dia memeluk tubuh. Bintang tiada menjenguk, mungkin bersembunyi di balik awan yang gelap. Mahu hujan mungkin malam ini.
“Buat apa kat luar, sejuk ni.” Tuala lembut itu dibalutnya pada bahu Amni. Dia menyandar pada pagar balkoni. Menjeling Amni yang tersenyum mendongak langit.
“Saja, tengok kalau-kalau ada meteor melintas.”
Tergelak dia. “Kenapa, nak buat wish?”
“Mengarutlah abang ni. Buat apa minta pada meteor, minta pada Allah lah. Dia yang maha mengetahui.”
Khalid terdiam seketika. Jujur perkataan yang keluar dari mulut itu buat dia terkedu. “ Am minta apa kalau berdoa?”
Langit kian gelap. Awan yang hitam itu masih disitu. “Am mintak Allah lindungi semua insan yang Am sayang. Mohon balasan syurga dariNya. Tak apalah andai tiada syurga di dunia, harap di akhirat nanti, Am salah seorang penghuninya.”
Liur ditelan. Dia mendongak, juga melihat langit. “So, apa Am nak buat untuk dapatkannya?”
“Syurga?”soalnya kembali, menoleh memandang Khalid yang kini merenung langit. Dia memandang suaminya dengan hati yang sebu, penuh seribu rasa.
“Ya,syurga.” Khalid menatap wajah itu. Hatinya tunggang langgang, sesat dalam perjalanan mencari perasaan yang hilang.
“As I am now a wife, isteri abang, Am kena taat pada abang. Tidak meninggalkan suruhanNya, dan be good, no...be the best to all.”
“Taat pada abang?”
“Yes. Selagi Am bergelar isteri kepada abang, Am akan cuba jadi yang terbaik, yang taat, yang solehah. Cuma...”
Khalid berhenti bernafas seketika. “Cuma apa?”
“Isteri abang tahu ke yang dia dimadukan? Terlukakah dia?” Halus suaranya bertanya. Pedihnya mahu menyoal, namun dia juga wanita. Dia faham.
Huhh...macam mana, jawablah. “She’s okay.”
Itu sajakah jawapannya. Amni mengeluh perlahan. “Abang, Am masuk tidur dulu ya.” Kakinya masih kaku, namun dia akhirnya bergerak. Tangannya tiba-tiba dipaut. Hatinya jatuh ke tanah, bergetar tidak sanggup bangun lagi.
“Am, thanks for dinner. Sedap.”
Dia mengangguk. Perlahan dia menyalami dan mengucup tangan itu. “Good night,bang. Maafkan Am untuk hari ini.” Di mengangkat muka, senyum dan berlalu.
Jari-jemari itu dilepasnya. Selamat malam, Am. Moga mimpimu indah. Dia kembali merenung langit.

Sejuknya...kenapa sejuk sangat ni? Dia bangun, memetik lampu. Cahaya dari lampu meja sedikit sebanyak menerangi ruang. Comforter itu diselaknya berhati-hati. Remote control penghawa dingin dicapainya, lalu mematikan alat itu. Sejuk sangat, menggeletar ia dibawah comforter. Amni perlahan berjingkit keluar, membuka pintu bilik. Dinding cermin disebelah pintu sliding itu basah dengan hujan. Kilat masih sabung menyabung. Patutlah sejuk sangat. Dia menggelengkan kepala, menjeling jam pada dinding. Hampir tiga pagi. Hujan masih lebat. Guruh dan kilat saling menari. Sesekali cahayanya membelah pekat malam. Amni memeluk tubuh. Pintu dibilik sebelah sedikit terbuka. Nafas ditarik berkali-kali. Bolehkah? Dia sekadar mahu menjenguk. Dadanya berdebar-debar. Duan pintu yang cantik berukir itu ditolaknya perlahan. Lampu meja yang terpasang memberi cahaya. Dia menolak lagi, membuka pintu itu agar lebih luas. Katil itu kosong. Dia mengetap bibir. Ke mana Khalid? Kakinya melangkah.
“Abang?”
Sunyi, mungkin suaranya tenggelam dengan segala keributan alam.
“Abang?”
Kali ini dia melangkah lagi, ke sisi katil.
Mashaa Allah...apa sudah jadi. Bulat matanya melihat Khalid yang tidur dilantai kayu. Hanya berbekalkan bantal dan comferter. Khalid dilihatnya berpeluh-peluh, mengerutkan muka bagai bermimpi ngeri. Tangan dan kakinya pantas bergerak ke sana-sini, bagai menendang sesuatu.
“Pergi...”
Amni mengurut dada. Dia tahu bukan dia yang dimaksudkan. Mata Khalid masih rapat terpejam. Dalam kedinginan, lelaki itu berpeluh bagai berlari mengelilingi padang.
“Abang, mengucap bang...” Dia bersimpuh, memegang tangan Khalid yang masih lagi terawang-awang. Dia membaca surah Al Fatihah, menghembus ubun Khalid berkali-kali. Diusapnya dahi sang suami.
“Abang, mengucap...abang mengigau ni...” Genggamannya kian erat. Khalid mulai perlahan geraknya. Amni menarik nafas, termengah-mengah. Tangan Khalid dibawanya ke mulut. Diciumnya tangan itu lama. Ya Allah, ini kali kedua. Apa yang mengganggu Khalid, apakah mimpinya? Dia menatap wajah itu yang kian tenang. Perlahan dia bangun, menarik diri.
“Jangan tinggalkan abang.” Tangannya digenggam erat. Amni terpana. Mata Khalid masih lagi terpejam. Dia mencuba lagi, namun genggaman Khalid kian erat.
Macam mana ni? Dia mengalah. Menyandar pada katil, dia melelapkan mata. Nanti, dia kan bangun seawal pagi, sebelum Khalid terjaga.

Selesanya. Tangannya memeluk bantal, lembut dan gebu. Matanya terbuka? Selesa? Pantas dia bangun, memandang keliling. Mak! Bila masa pula dia diatas katil. Lagipun ini bukan katilnya, ini katil dibilik Khalid. Dia menyelak selimut. Fuhhh! Lengkap. Pakaian tidurnya masih lengkap. Lega. Langsir sudah sedikit terselak. Dia bangun, melompat turun. Langsir putih itu dibukanya luas. Cahaya matahari mula menyerbu masuk. Sekeping kertas dimeja komputer milik Khalid menangkap mata.
Abang jogging.
Will be right back.
Amni meraup muka, alhamdulillah. Kalau tidak mesti malu mahu bertentang mata. Walaupun bukannya ada apa-apa pun, tapi nampak sangat dia yang menyelinap masuk. Kalau abang Im tahu, mesti kena boo. Hehhhh...malu,malu. Mandi dululah, nanti dia siapkan sarapan pagi untuk Khalid. Katil dikemasnya indah. Sebelum keluar, dia tersenyum sendiri. Berdebar kau, ingatkan malam tadi...
Dia menepuk pipi. Wake up,Amni...berangan! ketawa, dia ketawa sendiri.

“Assalamualaikum.” Pintu ditolak. Bau wangi kopi panas mula mencucuk hidung. Khalid tersenyum lebar. Kalau mama tahu, mesti mama suka. Maklumlah, menantunya pandai ambil hati suami. Khalid melangkah ke ruang dapur dihujung sebelah kiri.
“Am masak apa?”
Amni  tersenyum, menoleh padanya. “Omelette, beef bacon dan roti bakar. Boleh?”
Dia menarik kerusi, menongkat tangan pada meja pulau itu. “Dah lebih dari okay. Tu buat apa lagi?”
“Am blend oren for fresh juice, okay?” Nervousnya. Kuatkan semangat Amni, buat macam biasa. Nak malu apa, I’m his wife. Ngeee....siutnya.
Angguk. Layanan first class, bertuahnya dia. Dia saja yang bodoh. Dia tahu sang isteri yang ligat menyediakan itu dan ini sedang termalu. Khalid menyembunyikan senyum di balik bibir mug yang berisi kopi. Asap nipis dan bau harum kopi itu buat dia terliur dari tadi. Pipi Amni masih lagi merah. Huh...pemalu sangat. Ni kalau dia tegur gamaknya, boleh jadi gelas di tangan mulus itu jatuh terhemps ke lantai.
“Okay, breakfast ready. Dig in, handsome.” Oppsss! Alahai mulut, lempangkan. Kenapalah laju sangat mulutnya pagi ini, dah berjangkit dengan fiil si Husna agaknya. Ohhh...esok dah sekolah. Huh, malam ni kena prepared jawapan, mesti banyak saja soalan si Husna dan Najwa tu nanti.
Tergelak dia. Refreshing. Kdang-kadang seronok melihat Amni gembira begini, tersenyum simpul dihadapannya. “Thank you. Jom temankan abang makan.”
“Hmmm...jap, Am potong epal.” Pantas tangannya bekerja. Membasuh dan memotong epal hijau kegemarannya. Secubit garam diambil lalu ditaburnya pada epal yang siap dipotong.
“Am letak garam?”
“Haaaa...ala, sorry...memang ni cara favourite Am makan epal. Sorry bang. Nanti Am potong yang lain.”
Khalid ketawa. “No,no... I wanna try. Dah, jom makan.” Dia mengambil epal tadi. Kunyahannya perlahan dalam diam.
Berkerut dahinya melihat Khalid menyuap epal itu. Ala, mengapalah time macam ni keluar semua habit buruknya.
“Hmmm...okay, not bad. Juicy and salty. A very extra ordinary taste, abang suka. Macam mana boleh buat macam ni? Siapa yang ajar?”
Amni ketawa kecil, menutup mulut yang juga penuh dengan epal. “Masa kami kecik-kecik dulu, mak tuk selalu kupaskan buah mempelam. Kalau yang muda, kami cicah garam. Dah bila besar, habis buah kami nak letak garam. Kalau abang Im lagi dahsyat, siap dengan belacan lagi dibantainya makan dengan epal ni.”
Menggeleng kepala Khalid mendengarnya. Kalau dah epal dengan belacan tu, macam dah melampaulah pula. Kali ini dia menyuap roti yang diletakkan omelette, beef bacon dan sedikit sos mustard bersama sos black pepper. Okay, ini sangat sedap. Dia menggigit lagi. Now, he’s addicted to the taste. So nice. Kalau ada tomato dengan salad, lagi bagus ni. “Am.”
“Hmmm...”
“Am boleh buka kedai, tasty.”
Ohhh...puji akukah? Perlukah aku termalu atau mengembangkan hidung. “Ye ke,pandailah abang auta.”
“Iya, sedap. Betul sedap. Kalau abang auta bukan ada hasil,kan?”
Amni kembali tersenyum lebar. Why oh why, this man makes my heart flutters and soar up high? Jangan Am, hold yourself together. “Abang, can I ask you something?”
“Boleh,shoot.”
“Am nak minta izin dengan abang. Am isteri abang, jadi Am rasa Am kena minta izin abang. Am mohon abang izinkan Am bekerja, balik rumah ummi dan mama, and also time of my own, bolehkan bang?”
Khalid terkaku sebentar. Wow, masih ada lagikah isteri sebegini zaman sekarang rupanya. Isteri aku pula tu. “Abang izinkan. Abang berbesar hati Am tanya abang. It’s okay, woman can do everything these day, no need to ask me sebenarnya.”
“Tak boleh, Am isteri abang. Abang jalan Am ke syurga, Am wajib kena minta izin. Lagi satu, boleh ke kalau kawan-kawan Am nak datang sini?”
“Ehh, why not? Boleh. Apa kata nanti bila Am tak busy, kita masak, Am masak. Jemput kawan-kawan Am datang. Abang pun nak kenal juga. I can ask my friends also. Boleh?”
Hmmm...bagus juga. Bolehlah dia kenal siapa kawan-kawan Khalid. “Boleh. Nanti kita bincang lagi ya.” Dia bangun, menuang jus ke dalam gelas, lalu meneguknya perlahan.
“Am...thank you for coming and be at my side last night. I really need  a companion at that time. Terima kasih.”
Terbelahak dia. Nasib baik tidak tersembur air itu. Khalid dilihat tersenyum-senyum. “Sorry, Am tak ada niat nak ceroboh bilik abang.” Aduhhh...malunya.
“It’s okay, abang faham. Am takut guruh kilat,kan? I will remember that in the future.
Aik...aku pulak yang takut. Amni tergelak dalam hati. Up tou you,bang...up to you.

No comments:

Post a Comment