Tuesday 24 February 2015

Previem manuskrip 'Teruterubozu'...^0^

Assalamualaikum...good evening korang...

Aku tengah usahakan manuskrip novel seterusnya. Tajuknya 'Teruterubozu'. So, nak kasi preview skettt, hahahha...kalau nak komen pun, dialu-alukan. okay, sila...boleh baca...


Preview 'Teruterubozu'.

“Kenapa datang sini?”
“I want to see you.”
Zarra betulkan tudung.
“No need.”
“I need to.”
“Why?”
“I want to.”
Aduhhh...pening dia. Sudahlah matanya bengkak dengan tangisan. Datang pulak lelaki ini. Karang dia bangun,nyanyi lagu ‘Lelaki Ini’ mesti Zachary melompat balik. Zarra senyum sendiri.
Okay. She’s smilling. A weird smile actually. Zachary tarik nafas. Let’s do it now, Zach. Now or never. “Let’s get married.”
“What?”
“I said, let’s get married. Now, today.”
Okay, sekarang ni dia yang mereng atau si Zachary ni yang gila? Ribut tak ada, langit pun cerah, takkan tiba-tiba hujan kot.
“Are you crazy?”
“Crazy about you.” I want to save you, Zarra. I want to take care of you.
Zarra bangun, pandang Zachary bagai nampak alien turun dari bumi. Alien yang hensem. Okay, sila tampar pipi. Jangan dengan kau sekali berjangkit kegilaan yang apakah ini.
“Zach...”
“Yes...I’m here.”
Aku belum habis cakap dia dah potong queue. Bukak teakwando kang bersepai gigi. Cool down, Zarra, cool down. 
“I don’t want to get married to you, or to anyone. Leave me alone, Zach.”
“Kalau you tak nak kawin dengan I, I ajak mak you kawin.’
Nah, bersembur air tea yang baru saja diteguknya. Puan Aini urut dada. Apasal pulak dia yang terheret dalam drama budak berdua ni? Nak baca suratkhabar pun tak senang.
Zachary sengih. Nampaknya mak Zarra yang duduk diberanda luar tu telinga lintah juga. 
“Gila. Jangan nak buat gila, Zach. I slap you nanti.”
“Why nanti? Slap me now, sampai you puas hati, sampai I mati. Then I tak payah menderita sebab you tak nak kawin dengan I.”
“I can’t...” Kali ini suaranya lirih. Ya Allah, ujian apa yang kau berikan padaku ini. Aku tak mampu, ya Allah...
“Why? Because you still have the feeling towards Hisham? Sebab dia cinta you sampai mati?” Dia geram. Gila. Hisham sudah banyak melukakan, perlukah Zarra terus mencintai?
“God dammit, Zarra. He’s gonna get married two weeks from now!” Kali ini suara bergegar. Terlompat si Abam yang ralit tidur.
“Ni, boleh tak kamu kalau nak berbincang, cakap bahasa yang boleh nenek faham? Cakap bahasa Melayu!”
Terkejut dia. Bila masa pula Tuk Teh bangun dari tidur. Telan air liur, nasib baik tak lekat. Kalau tak mati lemas dia kat situ. Cepat-cepat dia menyalami tangan itu.
“I’m so...Zach mintak maaf,nek. Zach nak ajak Zarra nikah, tapi dia tak mahu.”
Zarra nganga mulut. How dare you!
“Kenapa kamu tak mahu nikah dengan dia?”
Aik, nenek tanya diakah?
“Jawablah,” sambung Zachary serius.
Ehhh...aku lempang jugak mat saleh celup ni.
“Zarra muda lagi, nek.”
“Muda kata kamu? Aku kawin umur enam belas, kamu tu dah duapuluh enam tahun, dah berkarat!”
Fuhhhh...panas betul ayat nenek si Zarra. Bagus, bagus.
“Ni, kamu pun satu. Nak ajak anak dara orang kawin, bukan main redah je. Mana mak bapak kamu? Mana rombongan merisik, meminang?”
Zarra cebik bibir. Padan muka kau, bahlul!
“Saya anak yatim, tapi kalau nak uruskan rombongan merisik dan meminang, esok saya boleh uruskan.” Tegas jawapannya sambil dia menjeling Zarra yang hilang senyum. Yes, I will come for you again. As fast as lightning, Zarra.
“Baik, kalau itu kata kamu, nenek tunggu esok. Lepas maghrib mesti sampai. Kalau tak, batal.”
Puan Aini nganga, Zarra lagilah.
Zachary? Dia double nganga. Cepat-cepat dia tutup mulut.
“Esok saya datang, I promise, nek.”
“Bahasa Melayu!”
“Esok saya datang, saya janji, nek.”
“Good. Now, balik.”
Fuyyoo...nenek Zarra speaking. Dahsyat. Dia salam tangan tuk Teh, dia salam dengan Puan Aini, bakal mertuanya. Dia jeling Zarra yang kembali ternganga.
“Darling, tutup mulut, nanti masuk lalat.”
Gila ahhhhhh! Dia mahu terjun sungai biar masuk suratkhabar!!!

No comments:

Post a Comment