Mentari
yang terik memancar di awal pagi buat tekaknya dahaga. Dewan itu sudah lengkap
dengan hiasan. Tunggu bunga-bungaan segar untuk dihantar awal pagi lusa nanti.
Izyan dilihatnya sibuk ke sana-sini, entah apa lagi yang belum selesai. Hari
ini mungkin dia langsung tidak ke pejabat. Tidak mengapalah, setiap taska dan
tadikanya sudah ada pengurus sendiri, cuma selaku pengetua dia perlu ambil tahu
apa yang perlu. Sunquick sejuk dengan sandwich telur masih banyak tersusun.
Begitu juga dengan pulut manis air tangan ibu.
“Kak
Reen, Yan dengan Ifah perlu pergi spa dulu. Boleh Kak Reen tengokkan apa yang
patut. Yan rasa semua dah clear.”
“Baju
pakai ada kat rumah ke kau dah masuk bilik persalinan kat sini?”
“Kat
rumah. Pagi esok kita pakai kat sini. Luq Andam pun nak siapkan Yan kat sini.
Akak pun kena touch up juga tau,”
usiknya.
Azreen
cebikkan bibir. “Kau jangan nak memandai. Kau tahu kan Yan, muka akak ni bedak
bayi saja yang boleh sentuh.”
“Alaaa…esok
saja, please…”
Mata
kebil-kebil, bulat pandang dia. Apa, si Yan ingat mata dia tu macam mata si Puss in Boots ke? Cucuk baru jadi Kassim
Selamat. Cehhh…
“Yalah,
yalah. Pergilah cepat, nanti petang akak pun nak try mandi lulur. Berdaki kulit akak kau punya pasal Yan,” bebelnya
separuh marah.
Izyan
ketawa, peluk Azreen kuat-kuat. “Okay, Yan pergi dulu tau. Muah!”
Muah
apa muah, mual ada la…bueekkk!
Sayup
ditelinganya bunyi nada dering telefon. Telefon diakah?
“Kak,
akak punya phone tu,” maklum gadis
itu sambil masukkan beberapa titik minyak sari limau ke dalam air.
“Boleh
tolong ambilkan tak?” pintanya. Iyalah, dia sedang enak berendam, ada pula
panggilan masuk. Sempat dia lihat jam pada dinding, hampir pukul empat petang.
Bila telefon bimbit itu dihulur, dia sapukan skrin.
“Ya,
Ifah…waalaikumusslam.”
“Yan
hilang, Kak Reen.” Terketar-ketar suara Nazifah di hujung sana.
Hilang?
Bukan mereka berdua balik rumah ke tadi? “Ifah, cuba bawa bertenang. Yan
hilang? Bukan dia dengan Ifah balik rumah kami tengahari tadi?”
“Betul.
Memang lepas balik dari spa tengahari tadi, kami lunch kat rumah akak. Lepas solat Zuhur, Yan lelap sekejap, Ifah
pun sama. Cuma Ifah perasan, masa tu ada call
masuk. Yan keluar, sampai sekarang tak balik-balik, kak.”
Ohhh…bukan
hilang tu. Pergi dating dengan Iqram kot. Mengada-ngada sungguh. Esok dah nak
nikah pun sibuk nak jumpa. Nanti hari-hari jumpa lepas ni barulah muntah hijau.
Rasakan.
“Ada
tu. Hilang apanya. Kau ni cemas sangat.”
“Bukan
kak, hati saya rasa lain macam. Sebab Iqram pun call saya tanya mana Yan. Dia tanya Yan pergi mana, jumpa siapa.”
Aik?
Biar betul. Habis tu adiknya keluar jumpa siapa kalau bukan jumpa tunangnya,
Iqram? Termenung dia seketika. “Macam ni, kau call Yan. Cuba sampai dapat. Biar Kak Reen call Q. Ada tu, sengaja nak prank
kita ni kot.”
Bunyi
Nazifah hela nafas buat dia tersenyum. Bagus juga si Ifah, ambil berat pasal
Izyan. Dari kecil bersahabat, sampai sekarang mereka berdua memang rapat.
“Okay,
kak. Nanti kalau ada apa-apa, Ifah beritahu. Sorry kak, kalut je. Akak dekat spa lagi ke?”
“Tak
apa. Iya, habis semua ni, jumpa akak kejap. Dalam sejam lagi boleh. Kalau Yan
dah balik, ajak dia sekali. Jumpa kat The
Cucur ya.”
“Okay,
kak. Asslamualaikum.” Talian itu dimatikan. Dia letakkan telefon di meja
sebelah tab mandi lalu pejamkan mata. Lelap sekejap pun jadi ni.
Teh
halia dengan tepung bungkus itu memang enak. Penuh juga tempat ini dengan
pengunjung untuk minum petang. Pulut panggang Terengganu juga telah habis bila
dia sampai tadi, melepas.
“Kak
Reen.”
Dia
dongak. Wajah keruh Nazifah buat dia tersenyum. “Tak payah kerut-kerut
sangat-sangat. Dia tak angkat phone?”
Nazifah
duduk, geleng kecil.
“Tak
apalah, lapar nanti dia baliklah. Biar akak ceramahkan dia malam ni. Nak makan
apa, order. Kak Reen belanja hari ni.”
Barulah
bercahaya mata gadis itu.
Telefon
bimbitnya tiba-tiba menjerit, Izyan, panjang umur.
“Kau
kat mana, Yan? Kesian Ifah cari kau merata-riti.”
Tiada
jawapan, hanya bunyi suara esak tangis di hujung talian. Azreen dekatkan
telingan sehampir mungkin. Dah kenapa pula?
“Kau
menangis ke ni, Yan? Kau kat mana, apahal ni?”
“Ad…ada
kat parking kereta kat luar…huk…huk…”
“Depan
The Cucur ni?”
“Huk…huk…ya.”
Aduhhh…apa
yang tak kena? Si Izyan ni telefon hang
pun dia menangis. Hati kecil. Langsung tak boleh silap, melalaklah. Sudah
termaktub sejak azali kot sifatnya itu.
“Kau
nangis dulu. Nanti dah siap, datang sini, makan lepas tu cerita semuanya.”
Talian
itu dimatikan Izyan. Azreen letakkan telefon di meja.
“Yan?”
Dia
angguk. “Makan. Dia ada dalam kereta kat luar. Tengah menangis tu. Nanti dia
siap melalak, aku suruh dia masuk. Ada la yang tak kena tu,” bebelnya geram.
Susah kalau mahu melayan sangat emosi membuak Izyan. Dia kenal adiknya siapa.
Memang begitulah perangainya adiknya dari kecil. Silap minum susu lembu banyak
sangat ke apa.
Nazifah
urut dada. “Baguslah kalau macam tu. Ifah bimbang dia gaduh dengan Q aje, kak.
Mati kita. Dibuatnya merajuk aras tinggi, mahu bengkak hati mahu memujuk.”
“Dah,
dah jangan risau. Tak ada apa-apa tu.”
Memang
dia risau. Sekarang sudah jam sembilan malam, batang hidung Izyan pun belum
melintas. Bila dia telefon tadi, Izyan cakap nanti dia balik, dia ada
berdekatan, mahu tenangkan fikiran katanya. Ibu sudah berapa kali keluar masuk
ke biliknya, cemas.
“Reen,
cuba kamu call lagi sekali. Mana dia
pergi ni, Reen. Kita report polislah.”
Dia
tarik ibunya ke birai katil, dudukkan ibu dengan lembut. “Bu, dia dah cakap
tadi, nanti dia balik. Inshaa Allah dia balik. Ibu tolong bertenang ya,” pujuknya
berhati-hati. Ayah sudah keluar, pusing-pusing di luar, mana tahu bertembung
dengan Izyan. Bunyi dua buah kereta masuk ke perkarangan rumah buat kedua
mereka berkejar ke pintu utama. Wajah lega ayah dan wajah muram Izyan melangkah
masuk. Cepat-cepat Che Embun peluk Izyan.
“Kamu
ke mana, Yan? Apa hal dengan kamu ni? Ibu risau, Yan…”
Izyan
membisu, cium pipi Che Embun lama-lama. “Yan masuk tidur dulu. Maafkan Yan.”
Habis bertutur, dia melangkah longlai. Che Embun mahu menahan namun Azreen
tarik tangan ibunya.
“Bagi
dia masa bersendirian, bu. Biar dia rehat dulu. Pagi nanti eloklah dia.”
Che
Embun duduk di kerusi, istighfar lama-lama. “Nasib baik nenek dengan aki kamu
sampai esok, kalau tak mahu kena bambu adik kamu.” Menitis juga airmatanya.
Yalah, dia bimbang. Izyan anak gadis bongsunya, kalau terjadi apa-apa, mati
dia.
“Dahlah,
awak rehat, Embun. Esok sibuk, mak dengan ayah pun sampai esok. Inshaa Allah,
semuanya akan baik-baik saja.”
Alhamdulillah,
pagi mula mendatang. Perlahan-lahan sang suria menjamah bumi. Selesai
bersarapan, dia ke stesen bas. Pintu bilik Izyan masih terkunci rapat. Sampai
di rumah kereta Myvi Izyan sudah tiada. Ke dewan, takpun jumpa Ifah agaknya.
“Nek,
orang suruh naik kapal terbang, dia nak naik bas. Kesian atuk, sakit pinggang,”
usiknya nakal.
Hajah
Che Ah pulas telinga cucunya itu. Dijelingnya Haji Saad yang lelap di sofa.
“Tak kuasa aku nak panjat benda alah tu. Dibuatnya jatuh terhempas, mana kau
nak cari aku. Atuk kamu tu mengada-ngada. Pergi Mekah dua tiga kali setahun tak
puas lagi ke?”
Azreen
ketawa. Inilah satu-satunya atuk dan nenek. Atuk dan nenek sebelah ayah sudah
lama tiada, waktu dia kecil lagi. Haji Saad, atuknya rakan kongsi sebuah
syarikat umrah dan haji di Terengganu. Sesekali kali dia rajin, dia ikut
rombongan umrah atau haji, jadi mutawif. Kalau dia malas, dia goyang kaki dalam
pejabatnya.
“Naik
baslah seronok, boleh tengok pemandangan.”
“Pemandangan
apanya Che Ah oiii…malam-malam buta. Hantu adalah…”
Kahkahkah…dia
gelak. Atuk, atuk. Nasib baik nenek cebik, kalau nenek debik, haru.
“Ni,
jom masuk bilik. Reen dah kemas sebulan lepas tau, nak kasi nenek tidur sampai
tak mahu balik.”
Hajah
Che Ah senyum. Bagus betul cucunya ini, kembang hatinya. “Patutnya kamu yang
nikah dulu, Reen. Ini Yan yang macam budak sekolah tu. Perangai pun tak berapa
masak lagi, runsing nenek. Mana dia?”
“Pergi
dewan rasanya. Nanti dia baliklah tu. Nenek masuk rehat. Kat dapur ada mak
tanakkan nasi dagang, tapi gulai udanglah.”
“Nenek
nak solat dhuha sekejap. Nanti nenek keluar makan. Ni Reen, bancuhkan kopi ‘o’
pekat untuk atuk kamu. Mata dia saja pejam, perut dia berkeroncong. Bila bau
kopi nanti, tahulah dia bangun.”
Banglo
itu mula riuh dengan sanak-saudara. Ada yang datang bertanya khabar, ada juga
yang datang membawa buah tangan, hadiah unyuk pengantin. Malas mahu bawa ke
dewan esok, senang hantar sekarang. Ibu dan mak ngahnya sibuk di dapur. Begitu
juga mak usu dan yang lain. Tengahari tadi mereka buat solat hajat selepas
Zuhur. Panggil saudara mara dan jiran sekeliling saja. Menunya singgang daging,
bayam tumis air, ikan panggang dan gulai kambing. Ulam dan budu juga tak
ketinggalan. Selesai semuanya, ramai yang beransur pulang dahulu. Bukan ada
kerja mahu dibuatpun, semuanya tempah katering di dewan esok hari. Bunga telur
dan cenderahati untuk tetamu juga sudah siap dihantar ke dewan tengahari tadi.
“Yan
mana, Reen? Lepas solat hajat tadi dia keluar lagi. Pergi dewan pula ke?” tanya
ibunya separuh runsing. Izyan berbeza hari ini. Tidak banyak cakap. Sekadar
senyum dan angguk dengan saudara mara. Makan pun sejemput dua. Itupun memaksa
diri.
“Eh,
bukan dia ada dalam bilik ke tadi, bu? Jap, Reen jenguk dia.” Selesai bersihkan
rumah, dia baring sekejap di bilik. Tidak pula dia dengar Izyan keluar. Pintu
bilik Izyan diketuk beberapa kali.
Sunyi.
Perlahan
dia pulaskan tombol, tak berkunci. “Yan?”
Sepi.
Bilik Izyan yang berhias cantik dengan tema warna krim itu nampak tersusun.
Semua teratur. Pakaian bersanding juga masih tersangkut di dinding. Azreen
melangkah masuk. Entah kenapa hatinya berdentum-dentam. Dia tarik pintu
gelangsar almari milik Izyan perlahan-lahan. Beg pakaian warna emas milik Izyan
sudah tiada. Juga beberapa pakaian yang biasa tergantung, juga tampak sedikit
kosong. Azreen gigit bibir. Izyan hantar dobi mungkin. Dia Tarik laci, dompet
Izyan juga tiada, begitu juga dengan pengecas telefon bimbit. Azreen pegang
dahi.
‘Bertenang,
Reen. Yan simpan dalam kereta. Yan ada. Dia ada di dewan.’ Dia usap dada, pujuk
dirinya sendiri. Dia kena bertenang, kalau tidak kecoh saja, benda kecil, bila
kecoh lain jadinya. Dia duduk di katil, pandang sekeliling.
“Ada
adik kamu, Reen?” soal ibu tibu-tiba dari muka pintu. Terjenguk-jenguk Che
Embun. Risaunya kian membuak.
“Dia
ke dewan, bu. Nanti dia balik. Dia tengok pelamin kot. Ibu tahu-tahu sajalah
perangai dia, mesti nak perfect.
Kejap lagi Reen pergi sana. Lagipun Reen nak pergi taska kejap,” tuturnya
yakin. Dia tidak mahu ibu runsing. Ibu sudah penat.
“Kalau
macam tu, tak apalah. Nanti suruh dia balik, rehat. Esok hari besar dia, biar
ada tenaga, ada seri. Kalau asyik keluar sana sini, boleh pengsan dia esok.
Kamu pun Reen, selesai urusan kamu, balik terus. Malam ni semua makan kat
rumah. Nenek yang masak.”
Dia
angkat ibu, sengih tanda bagus. Biarpun tatkala itu, hatinya dicengkam risau.
Sampai
di hadapan dewan, dia terus lompat keluar. Ya Allah, mintalah Yan ada di sini.
Hatinya sudah bergegar-gegar dari tadi. Kelibat Siti Mariam dan Nazifah yang
datang menolong di dalam dewan buat hatinya sedikit lega. Izyan pasti ada di
sini.
“Mana
Yan? Kat bilik belakang ke?” soalnya dengan langkah yang laju.
Dua
sahabatnya itu saling berpandangan, geleng kepala. “Mana ada. Dari tadi kami
berdua saja. Bukan dia ada kat rumah lepas makan-makan tadi?” soal Nazifah
kehairanan.
Azreen
garu kepala. “Dia keluar. Kereta dia pun tak ada. Betul dia tak datang sini,
Ti?”
“Ya
Allah, betul. Takkan kami nak main-main pula, Reen. Dia tak datang sini. Kalau
ada pun pagi tadi saja.” Serius kali ini jawapan Siti Mariam.
Terduduk
dia di kerusi. Dia keluarkan telefon bimbit, buat panggilan entah yang ke
berapa. Masih tidak diangkat. Izyan memang melampau. Hampir saja dia hempaskan
telefon itu ke lantai, namun dia sempat beristighfar.
“Korang
tunggu sini kejap. Kalau dia datang, suruh dia balik. Segera. Faham?”
Dua-duanya
angguk, macam askar terima arahan. Belum sempat dia bangun, mesej whatappsnya berdenting beberapa kali.
Azreen sapu skrin.
Kak, Yan dah tekad. Yan tak nak nikah
dengan jantan sial tu. Maafkan Yan. Izinkan Yan tenangkan diri. Jangan cari
Yan. Bagitau ibu, ayah…Yan mintak ampun. Bila Yan sedia nak balik. Yan balik.
Terduduk
dia kembali di kerusi. Mesej whatappsnya
masuk bertalu-talu.
Kenapa Yan buat begini, akak tanya Q.
Dia memang tak guna. Pergi mampus dengan dia!
Azreen
urut kepala, Tarik nafas yang mulai tersekat-sekat. Oksigen, dia perlukan
oksigen.
Yan jumpa Irma hari tu. Irma dah
pregnant, kak. Dia sumpah yang anak dalam kandungannya tu anak Q. Sampai hati Q
buat Yan macam ni, kak…Yan takkan maafkan dia sampai mati, kak!
Kali
ini Azreen terjelupuk di lantai, mengongoi dan mengongoi lagi.
Sugul.
Muram. Itu sahaja riak wajah insan-insan dihadapannya. Dia masih kehilangan
kata-kata. Silapnya. Patutnya dia lebih peka dengan apa yang berlaku. Dia yang
cuai, lalai memberi perhatian kepada satu-satunya adik yang disayangi. Andainya
dia bersungguh-sungguh atau luangkan sedikit masa bertanya atau duduk bersama
Izyan, perkara ini pasti tidak akan berlaku. Dia kesal.
“Keluarga
Iqram dah sampai,” maklum ayah lemah.
Azreen
ketap bibir. Tidak sanggup rasanya dia memandang wajah ibu yang masih bersisa
tangisan. Nenek dan atuk juga banyak beristighfar. Pesan ayah, jangan
diberitahu sanak-saudara yang lain dahulu, mungkin malam nanti atau pagi esok,
Izyan pulang.
Che
Azhan sambut salam Haji Manaf sekeluarga. Hajah Jawaher serta Harris juga turut
sama hadir. Mana Iqram?
“Iqram
mana, makcik?” soalnya pantas. Mahu saja dia debik-debik lelaki itu. Betulkah
apa yang diberitahu Izyan, Iqram buntingkan anak dara orang?
“Q
hilang. Macam Yan juga. Baju pakainya ada yang kurang. Dia tinggalkan nota
untuk kami,” balas Harris mendatar. Dia sendiri pun bingung, geram. Apa sudah
jadi? Apa kena dengan Si Iqram dan Izyan, sudah hilang waras? Dia hulurkan nota
itu pada Che Azhan.
Q
mohon maaf. Q kena cari Yan. Inshaa Allah Q akan selesaikan masalah kami sebaik
mungkin. Ampunkan Q. Doakan yang terbaik untuk kami.
“Ya
Allah…apa masalahnya? Apa besar sangat masalah ini sampai tak boleh dibawa
berbincang?” keluh Che Azhan kesal. Dia benar-benar buntu.
“Sebenarnya,
Yan ada cakap kenapa dia buat semua ni dalam whatapps dia. Tapi Reen tak pasti, mana benar mana yang tidak.”
Semua
mata pandang dia. Dia telan liur.
“Yan
cakap apa, Reen?” soal Hajah Jawaher dalam debar.
“Maafkan
Reen, makcik. Reen tak tahu apa yang Reen nak sebut ni benda betul atau tak…”
Wanita
itu angguk. “Tak mengapa. Benar atau tidak, kita akan pastikan nanti. Apa yang
Yan cakap, Reen?”
Telan
liur lagi. “Yan beritahu yang Q dah buntingkan anak dara orang…perempuan tu
sendiri yang jumpa Yan dan mengaku, makcik…”
“Astarghfirullahalazim…”
Hajah Jawaher longlai, tersandar pada sofa.
“Waher,
Waher…mengucap. Ingat Allah…mengucap Waher,” arah Haji Manaf lembut. Pucat
putih wajah isterinya.
Azreen
pantas bangun ke dapur, ambil segelas air masak lalu dihulurkan pada Haji
Manaf. Haji Manaf suakan pada bibir isterinya perlahan-lahan.
“Waher,
bawa bertenang. Embun rasa Q tak buat semua tu. Ini salah faham. Embun percaya
Q bukan budak macam tu…” pujuk Che Embun. Dia juga pada mulanya terkejut besar
bila dimaklumkan Azreen sebelum ini, namun sekarang dia lebih tenang. Dia kenal
keluarga bakal besannya, Iqram terutamanya. Iqram anak yang baik, bukan lelaki
jongos macam yang dituduh.
“Har
rasa Har tahu siapa yang Reen maksudkan. Irma, kan?” soal Harris serius.
Hatinya membara. Memang cari nahas betul betina itu.
Bulat
mata Azreen, dia angguk. “Q ada cakap apa-apa pada Harris ke?”
Angguk.
“Bukan hari tu mereka bergaduh pasal gambar yang Irma hantar dulu?”
Sekali
lagi Azreen angguk. Beberapa pasang mata yang lain semua pandang mereka. Hajah
Jawaher kembali buka mata. “Siapa budak Irma ni, Har? Cakap.”
“Betina
sundal satu kolej dengan Q dulu. Q pernah cakap yang Irma suka dengan dia,
selalu cari peluang untuk pikat dia, tapi Q tolak, ummi. Kata Q, Irma perempuan
‘mudah’. Boleh diangkut sesiapa ke sana sini asalkan berduit, ada rupa.”
Mengucap
panjang kesemua mereka.
“Habis
tu, betul ke adik kamu buntingkan budak perempuan tu, Har?” soal umminya dalam
sebak.
“Reen
rasa tak, makcik. Q bukan macam tu.”
“Kalau
bukan, kenapa Yan boleh lari, merajuk sampai begitu sekali. Kalau bukan kenapa
boleh jadi macam ni?” Sebaknya tidak tertahan. Airmatanya mula meleleh-leleh.
Che Embun peluk dia kuat-kuat, minta dia bertenang.
“Beberapa
hari lepas Yan ada keluar jumpa seseorang. Reen rasa Irma yang mahu jumpa dia.
Mesti ada sesuatu yang Irma buat sampaikan Yan percaya apa yang dia cakap.”
Beberapa
kepala mengangguk.
“Macam
ni, biar Har dengan Reen pergi rumah Irma. Kalau tak silap, kawan-kawan Q yang
satu kolej tahu kat mana rumah betina tu. Biar Har campak dia dalam lokap.”
Haji
Manaf senyum tawar. Harris jangan dibuat main, darah cepat panas kalau ada
perkara tak betul berlaku.
“Kamu
nak pergi berdua?” tanya nenek serius. Bukan apa, nanti yang berdua ni pula
hilang, lagi cari nahas.
“Reen
minta Ifah temankan kot.”
“Har
ajak Judin, kawan baik Q.”
Semua
angguk.
“Kalau
macam tu, kamu pergi dulu. Ayah nak telefon Ustaz Salam, minta pendapat dia.
Nanti cepat balik ke sini.”
Berdesup
kereta itu membelah jalan. Nazifah pegang tangannya erat. Azreen buang
pandangan ke luar tingkap, mencari kepastian dalam selirat persoalan.
“Ifah
rasa Yan ada dekat-dekat sini, kak. Kita sama-sama berdoa, kak.”
Dia
angguk beberapa kali namun tidak mampu bercakap.” Sewaktu sampai di rumah
pangsa keluarga Irma di Taman Melati, wajah tua ibu Irma juga kelihatan sugul.
Kata ibunya, Irma sudah lama pindah ke taman perumahan di Ampang. Dia sendiri
tidak berjumpa Irma hampir berbulan lamanya. Nasib baik alamat tempat tinggal
Irma masih dalam simpanannya juga.
“Inilah
perumahan tu. Nombor dua puluh tiga, Lorong Bakawali,” kata Judin sambil
terjenguk-jenguk keluar. Kereta itu perlahan meluncur sambil mereka jenguk
keluar.
“Berhenti,
Harris. Ni, ni rumahnya.”
Nasib
baik brek itu tidak ditekan kuat, kalau tidak mahu semua tergolek. Rumah teres
kuning air dengan sebuah kereta Kancil itu terpasang lampunya. Azreen kepal
penumbuk, istighfar dalam hati.
“Macam
ni, kita datang cara baik. Kita cakap pun baik-baik, Inshaa Allah hal ni boleh
selesai kalau betul caranya,” ucap Judin yakin. Dia tepuk bahu Harris. Dia
sudah lama kenal abang Iqram, dia faham perangainya.
“Ifah,
kau bagi salam.”
Nazifah
ketuk pintu, laungkan salam sedikit kuat. Pintu itu terbuka luas. Seorang gadis
manis dengan rambut kerinting panjang tercegat dimuka pintu. Hanya berseluar
pendek dan berbaju t-shirt. Perutnya nampak sedikit buncit.
“Irma?”
soal Nazifah dengan suara tertahan-tahan.
“Ya.
Aku Irma. Kau siapa? Apahal ramai-ramai datang rumah aku ni?” soalnya kembali
dengan nada garang. Bila dia pandang Harris, dia tutup pintu namun tangan
Harris lebih pantas.
“Kalau
kau tak nak aku campak kau dalam lokap malam ni jugak, baik kau buka mulut, talk!”
Seorang
lelaki muda tidak berbaju dan berseluar pendek keluar dari bilik depan, masih
terpisat-pisat dalam kantuk.
“Kau
siapa?!” jerkah Harris geram.
Pemuda
itu telan liur, cepat-cepat sarung baju yang tersangkut pada kerusi. “Azlan,
tunang Irma.”
Dia
lihat wajah Irma masam kelat.
“Habis
tu, yang kau mengaku kau mengandungkan anak adik aku tu macam mana pulak? Kau
cakap baik-baik, betina. Kalau tak malam ni aku bawak kau pergi balai, lepas tu
pergi hospital, korek rahim kau, ambik DNA bayi dalam perut kau tau, kau nak!?”
Ugutan
Harris mula membawa kesan. Wajah kelat gadis itu mula bertukar pucat. “Mana
boleh, kau ingat kau siapa nak buat aku macam tu?”
“Judin,
telefon polis sekarang. Kita angkut semua masuk balai, lepas tu kita angkut
betina ni pergi hospital, buat DNA testing.”
Judin
sapu skrin telefon.
“Jangan!”
Semua
mata toleh Irma yang mula kalut mahu menangis. “Tolong jangan campak aku dalam
lokap, aku minta maaf…tolong…”
Terjelepuk
gadis itu dimuka pintu. Azlan yang masih berada di sisinya juga kelihatan
muram.
“Habis
tu, kenapa kau buat semua tu? Kau tahu tak kau dah munsahkan hidup adik aku?”
soal Azreen geram. Kalau tidak kerana dia sabar, dia tempeleng saja perempuan
dihadapannya ini.
“Aku…aku
perlu duit. Aku tipu Q untuk minta duit, tapi dia tak percaya…”
“Q
pernah sentuh kau ke, betina?” soal Harris geram.
Irma
geleng. “Pernah aku perangkap dia di hotel tapi ubat tidur tu kuat kesannya.
Aku cuma ambil gambar dan duit dia saja,” akuinya perlahan. Azlan diam,
termenung tanpa kata.
“Anak
yang dia kandung sekarang ni anak aku.”
Semua
mata pandang Azlan.
“Aku
sendiri tak tahu apa yang Irma buat. Ma, apa ni? Kenapa Ma buat macam ni?
Bukankah abang dah janji, minggu depan kita nikah, kita mula hidup baru…” lirih
suara lelaki itu bertanya.
Irma
ketap bibir, tunduk pandang lantai.
“Aku
rasa semua persoalan dah terjawab. Kau, sekali lagi kau buat apa yang kau buat,
aku takkan agak-agak campak kau masuk lokap. Bersyukurlah ada lelaki baik macam
yang mahu buat kau isteri, faham?!”
Gadis
itu sudah tersedu-sedu menitiskan airmata. Azlan sudah hilang di dalam bilik.
“Jom
balik, kita kena maklumkan pada semua.”
Sewaktu
kereta mereka bergerak, Azreen lihat Azlan juga mengundurkan kereta
meninggalkan Irma yang mengejar kereta itu sambil meraung. Dia pejam mata, tak
sanggup melihat. Yan, kalaulah kau tahu kebenarannya.
Sudah
hampir sepuluh malam. Selesai makan malam, dia minta Judin hantarkan Nazifah
pulang. Keluarga Iqram dan Ustaz Salam masih diruang tamu menghirup kopi panas.
Mereka kembali duduk, cuba mencari jalan penyelesaian. Seorang lelaki
bersongkok juga ada bersama di ruang itu.
“Begitukah
ceritanya…Allah…macam-macam. Pening saya dibuatnya.” Hajah Jawaher termenung di
kerusi. Che Embun ada setia disebelahnya, turut geleng-geleng kepala.
“Macam
mana tuan haji, kalau mereka tak balik-balik sampai esok, apa kita nak buat.
Nak batalkan ke?” soal Che Azhan serba salah. Orang lain yang petik bunga,
orang lain yang kena duri yang ditinggalkam.
“Kalau
batalkan jadi macam mana, boleh dapat balik ke semua bayaran, terutamanya
catering dan dewan?” soal Ustaz Salam ingin tahu.
Haji
Manaf dan Che Azhan sama-sama geleng kepala. Memang sudah termaktub dalam
perjanjian, kalau seminggu sebelum hari langsung boleh dapat kembali, itupun
tigapuluh peratus deposit tetap burn.
“Boleh
saya bagi satu cadangan?”
Semua
mata menoleh ke arah lelaki bersongkok di sebelah Ustaz Salam.
“Andainya,
pagi esok kedua-dua bakal pengantin tidak pulang, kita gantikan dengan yang
lain. Daripada membazir dan habiskan duit macam tu saja, apa kata kita langsungkan
juga. Haji Manaf dan Che Azhan teruskan berbesan, sampai akhirnya.”
“Maksud
Ustaz Ayub?” soal Che Embun keliru. Hajah Jawaher disebelah ternganga-nganga.
“Masing-masing
masih ada seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, kan? Yang kat depan
saya ni, anak-anak tuan puan, kan?” soal Ustaz Ayub tersenyum.
Buntang
mata Azreen. Dia pandang kiri kanan, telan liur.
“Saya?”
soalnya gementar. Dia pandang wajah nenek yang tiba-tiba tersenyum. Ohhh jangan…nenek
pun nampak semacam saja. Janganlah ustaz itu cakap apa yang dia sedang
fikirkan. Tolong jangan.
“Ya,
saudarilah. Kakak pengantin, kan?”
Dia
angguk. Ya, memang dia kakak pengantin, itu kenyataannya.
“Saudara
Harris, bukan? Awak abang pengantin lelaki, ya?”
Dia
dapat lihat Harris juga telan liur, muka resah macam ayam berak kapur. Harris
angguk tapi lambat-lambat.
“Maksud
ustaz, kalau Izyan dan Iqram tak balik juga esok, kita nikahkan si Reen dengan
Harris, macam tu?” tanya Haji Saad bersemangat. Boleh pakai juga idea itu, dia
setuju.
“Kami
bantah!”
Serentak
Azreen dan Harris bangun, menyebut ayat yang sama. Hajah Che Ah ketawa kecil.
“Apasal
nenek ketawa?” soal Azreen jengkel. Sempat lagi nenek gelakkan dia ke? Melampau
ni.
“Tak
adalah, kamu berdua macam dah berjanji-janji, sama-sama bangun, sama-sama
bantah. Sehati-sejiwa kot.”
Harris
garu kepala. Nenek si Azreen ni mengusik ke menyindir? Dia pandang Azreen yang
kepucatan, asyik geleng-geleng kepala.
“Duduk,
duduk kamu berdua. Nanti abah ikat pada kerusi,” ugut Haji Manaf. Amboi,
dua-dua bangun macam spring buruk, nasib baik dia tak kena serangan jantung.
Dia jeling tajam, anak jantannya itu duduk, begitu juga Azreen yang
tersipu-sipu.
“Boleh
ke, ustaz? Boleh ke buat macam tu?”
Ustaz
Ayub senyum. “Islam ni mudah tapi tetap bersyariat. Kalau diikutkan hukum, kita
hanya perlukan pengantin, wali, saksi. Azreen dan Harris dah pergi kursus
nikah?”
Dua-dua
angguk, memanglah mereka pergi untuk temankan adik masing-masing.
Ustaz
itu tepuk paha. “Haa…baguslah tu. Kalau betul-betul nak teruskan, serahkan pada
saya. esok saya uruskan di pejabat. Lepas Zuhur boleh akad nikah terus sanding.
Itupun kalau kedua belah keluarga setuju?”
Che
Azhan pandang Azreen dengan wajah penuh belas. “Kalau kami setuju, apa yang
perlu kami buat, ustaz?”
“Minta
saya salinan kad pengenalan keduanya. Yang lain saya uruskan.”
Apa
betul ke apa yang dia dengar? Azreen geleng-geleng kepala. “Saya tak nak,
ustaz. Saya tak berapa kenal si Harris ni, ustaz. Lagipun kalau tak silap saya,
dia dah ada girlfriend.”
Harris
cepat-cepat angguk. Kenapa dia jadi bisu kelu? Nasib baik Azreen tolong
sampaikan isi hatinya, kalau tak masak dia.
“Kalau
macam tu, apa kata Harris tanya teman Harris, mahu tak dia nikah dengan Harris,
esok?”
Dia
pandang ummi yang mengharap, abah yang angguk beberapa kali. Bingung dia. Zaza
ada di luar negara, mahukah Zaza? Kalau mahu, sempatkah Zaza sampai sebelum
tengahari esok? Aduhhhh…dia pening.
“Saya
call dia kejap.” Dia bangun lalu
melangkah ke luar laman. Tangannya pantas mendail.
“You jangan buat gila, Har! I tengah ada show ni. Nikah dengan you esok? Nonsense, mana mungkin. Bukan ke I dah cakap lagi dua minggu I
balik, you ni kenapa?!
Dahinya
disandar pada tiang, pening.
“Habis
tu, you tak boleh atau you tak nak nikah dengan I, Za?”
Terdengar
dengusan nafas Zaza di hujung corong. “I
nak kahwin dengan you, tapi bukan sekarang. Karier I baru nak berkembang Har. Bagi I
masa tiga empat tahun lagi. Oh my gosh,
kan kita dah bincang hal ni.”
Harris
sebu. Dia tahu, itulah jawapan yang pasti Zaza berikan. “Kalau macam tu, you tak kisahkan kalau I terpaksa kahwin dulu, selamatkan
majlis ni, maruah keluarga I? You okay dengan semua tu?”
Diam
seketika. “You terpaksa, kan? Dan apa
kerja budak perempuan tu?”
Apa
kena kerja Azreen dengan semua ni? Dia lepaskan nafas. “Cikgu tadika.”
Bunyi
ketawa Azreen bergegar di corong telinga. “Cikgu tadika? Langsung tak menawan
hati. Macam ni lah, I tahu sekarang
ni you terdesak nak selamatkan air
muka family you, kan? So, fine.
Teruskan. I tak fikir seorang cikgu
tadika boleh gugat I dalam hati you. But do promise me, selesai saja
semua ni, you ceraikan dia talak tiga. Can
you do that?”
Dia
diam. “Okay, okay.”
“Kalau
macam tu, see you again. Raptai dah
nak mula. Good luck, sayang.” Talian
dimatikan dari sana. Dia masih kelu, bingung dan keliru.
“Macam
mana, dia mahu?”
Geleng.
Hajah
Jawaher gigit bibir, pandang Azreen. “Reen, tolong…”
Azreen
hilang punca. Baru tadi dia menarik nafas lega bila dengar cadangan Harris.
Yalah, perempuan mana menolak andai pakwe ajak kahwin. Mesti mahu punya. Namun,
dia silap perhitungan. Girlfriend
Harris tak setuju.
“Reen,
ibu tak nak paksa Reen, juga Harris. Nikah kahwin ni bukan main-main. Kalau
Reen tak mahu, kami tak memaksa. Tak apalah, bila tetamu datang esok, kita
ramai-ramai tunggu dan maklumkan pada mereka. Makan minum yang ada, kita
teruskan saja. Kita buat doa selamat. Malu sekejap, duit pun boleh cari.”
Terpukul
dia dengan kata-kata ibu. Dia tunduk pandang lantai.
“Macam
ni, minta buat dulu tiga salinan kad pengenalan mereka berdua sekarang. Kalau
Izyan dan Iqram balik, kita anggap perbincangan ni tak pernah wujud. Kalau
mereka tak balik juga, terserah pada Azreen dan Harris untuk buat keputusan.
Saya akan siapkan dokumen yang mana perlu sebagai back up plan. Setuju?” cadang Ustaz Ayub tegas.
Haji
Saad angkat tangan. “Saya setuju, ustaz. Ni, mintak kad pengenalan kamu. Azhan,
kamu tolong photostatkan sekejap.”
Harris
pandang Azreen yang mendung wajahnya. Dia kemudiannya toleh, lihat ummi yang
terangguk-angguk. Nafas dihela.
“Sekarang
Harris. Reen pun sama, sekarang.”
Tangannya
masih pada dahi, renung siling dalam gelap. Dia jeling jam pada dinding, sudah
hampir dua pagi. Kantuknya belum datang, matanya masih terbuka luas. Telefonnya
tiba-tiba bergetar.
Harris.
“Awak
dah tidur?”
Bengongnya
jantan itu. Kalau dia sudah lelap, tak kan dia mahu jawab panggilan ini. “Ya,
saya dah tidur. Sekarang ni saya sleeptalking.”
Harris
mengeluh berat. “Azreen, can be serious
for a second? Ini penting.”
Dia
diam, bangun lalu bersandar pada kepala katil. “Awak nak apa?”
“Kita
kena bincang, Reen. Awak sanggup ke nak teruskan rancangan ni? Saya tak mahu,”
tegasnya lembut.
“Saya
pun tak mahu, tapi saya tak sampai hati. Maruah keluarga saya…” Dia sebak. Apa
yang kau dah buat ni, Yan? Kau susahkan semua, susahkan akak. Tolonglah balik,
Yan.
“Saya
dah call Q beribu-ribu kali, memang langsung tiada respon. Yan macam mana?”
Azreen
sapu airmata. “Samalah. Saya dah buntu.”
Harris
tekan liur. Dia dapat mendengar esak Azreen walaupun perlahan. “Saya minta
maaf. Sama-samalah kita berdoa Yan dan Q cukup sedar apa yang dorang dah buat
dan balik esok. Kalau tak…”
Kalau
tak, apa? Dia sapu pipi sekali lagi.
“Kalau
tak, kita tengok esok macam mana,” sambung Harris lemah.
Dia
hanya mampu diam. Berat terasa beban yang dibawanya sekarang, dia mahu rebah.
“Awak
tidurlah, Reen. Nanti pucat muka nak bersanding dengan saya esok,” gurau Harris
dalam kepedihan.
Dia
ketawa dalam tangisan lalu matikan talian.
Yan,
baliklah Yan…
No comments:
Post a Comment