Tuesday, 28 February 2017

BAB 2 : CIK REEN DAN EN. NGOK NGEK...SUDAH DATANGGGGGG...


BAB 2: Cik Reen dan En. Ngok Ngek

Reen, Yan datang. “
Dia letakkan pen, jungkit kening tanda menyoal.
“Kan dia memang biasa datang sini, apa masalahnya?” soalnya hairan. Biasalah, boring di pejabat, Izyan datang ke sini. Biasanya bermain-main dengan anak-anak asuhan di sini, takpun melantak air tangan Kak Huda.
“Dia menangis. Ada dalam kereta tak turun-turun,” terang Siti Mariam dengan wajah yang runsing.
Dah apahal pulak ni? Gaduh pasal baju ke? Takpun pasal hantaran mahu warna apa. Izyan kalau anginnya tak baik, kucing langgar kaki pun menangis. Dia bangun, tutup pintu pejabatnya. Kanak-kanak masih riang tertawa belajar melukis. Bila dia sampai ke laman hadapan tadika itu, kereta Myvi Izyan masih belum dimatikan enjinnya. Ada kat dalam lagilah tu. Dia cuba buka pintu kereta, berkunci. Cermin kereta itu kemudiannya diketuk.
“Yan? Kau kenapa?”
Bunyi klik buat dia buka pintu. Pantas dia tarik pintu, masuk ke dalam perut kereta. Bila dia menoleh, mahu dia bersilat sekejap. Terkejut dia. Mahunya tidak, maskara yang cair memenuhi pipi, make up Izyan juga comot, dah macam minah metal kena hujan. Apahal pulak ni…aduhhh…
“Q…”
“Kenapa dengan kau punya PQRST tu?” tanyanya sengaja mahu menceriakan suasana. Izyan makin kuat tangisannya. Aduhhh…parah ni.
“Q curang Kak Reen…dia ada perempuan lain…” Terhingguk-hingguk bahu adiknya menahan esak. Alahai hingus. Dia ambil tisu, hulurkan pada Izyan. Bergegar kereta minah itu menghembus hidung. Dia senyum dalam kasihan.
“Curang dengan siapa? Kucing dia? Model suratkhabar? Manalah dia nak curang, ni kan dah dekat majlis nikah. Takkan lah kot,” pujuknya lembut. Dia hulur lagi beberapa keping tisu. Lagi kuat Izyan menghembus hingus.
“Cuba akak baca whatapss ni. Perempuan tu siap hantar gambar dia dengan Q lagi. Cuba akak tengok…”
Azreen ambik telefon itu, lihat gambar yang dimaksudkan. Siapa pula perempuan yang terlebih manja di ribaan Iqram. Yang si Iqram pun satu, bodoh tak habis-habis. Sudah tahu hari pernikahan makin dekat, cubalah jauhkan diri buat perkara yang tak masuk akal. Dia garu pipi, serahkan kembali telefon itu.
“Akak baca apa betina tu tulis.”
Hah, ada lagi. Dia sentuh skrin telefon.
Doll.
Iqram and me are hot item, ya…forget him.
Kau sandinglah sorang-sorang!
Serius, perempuan dalam gambar ni memang cari nahas. Mau mati ke?
“Siapa dia ni?” Memang dia mahu tahu. Manalah tahu, kot-kot terserempak tengah jalan, boleh dia hadiah tempeleng sedas dua.
“Nama dia Irma. Satu kolej dengan Q dulu. Minggu lepas dia ada call Yan, maki-hamun Yan cakap Yan rampas Q dari dia. Crazy bitch!”
Sekali lagi dia garu kepala. “Yan, kalau kau dah tahu dia tu crazy bitch, kenapa kau nak ambik pusing? Biarlah dia meroyan sorang-sorang.”
Izyan sapu pipi, habis comot dengan mascara…aduhai. Kalau keluar masuk ke tadikanya, mahu cabut lari budak-budak di situ.
The problem is kak, si Irma tu cakap mereka pernah …you know…”
I know apa bendanya? “Apa? Cakap sajalah. Kau jangan nak main teka silangkata, Yan.”
Slept together!”
Oh mak kau! Serius dia nganga. Bulat matanya memandang Izyan yang kini menyambung tangis. Ahh sudah…karang dia pula melalak sama. Tenang Azreen, be reasonable.
“Akak rasa, she’s just bluffing. Saja nak sakitkan hati kau, Yan. Akak tak rasa Q sanggup buat macam tu. Dia bukan orang macam tu.”
“Habis tu, akak tak tengok gambar tadi!? Mana ada orang nak bergambar mesra terlebih macam tu. Q memang such an ass! I hate him!”
Melalak lagi. Sakit kepalanya kalau macam ni.
“Yan, jom kita keluar. Kita makan, kita tenangkan fikiran. Ke tepi, biar akak drive.”

Semua mata memandangnya. Dia hanya melangkah, menghayun pinggul dengan yakin dan menggoda. Dia wanita. Apa salahnya dia menjadi wanita yang berkeyakinan, yang berkebolehan dan yang paling penting, wanita pujaan. Beberapa pasang mata yang mengekori langkahnya juga masih melekap padanya. Well. Biasalah. Dia sudah biasa jadi tontonan di pentas peragaan. Hari ini, dengan jeans senteng dari GAP, blaus putih juga dari jenama yang sama dan kasut tumit tinggi Jimmy Choo pujaannya, dia menawan dunia. Zaza tersenyum manis.
Harris sembunyikan senyum. Dari jauh dia lihat Zaza jadi tumpuan, melangkah bergaya. Rambut pendek potong ala Pixie Cut itu meyerlahkan rahang cantik gadis pujaannya. Kembang hatinya melihat lelaki lain ternganga memandang Zaza. Of course Zaza Azra, supermodel terkenal Malaysia itu miliknya. Kau ada?
You kalau jalan macam insan marhaen tak bolehkah? Macam atas pentas catwalk…”
Zaza ketawa riang, melabuh duduk di sebelah lelaki itu. Dipeluknya lengan Harris kuat-kuat, mahu dia layangkan satu ciuman ke pipi.
No. Not here. Not now.”
Dia juihkan bibir. “Kolotlah you ni…”
Perlahan dia tolak wajah itu dari mukanya. Nasib baik. Bukan, dia memang lelaki yang terbuka, namun bukan begini. Dia masih punya keluarga yang perlu di jaga maruah dan air muka. Kalaulah dibuatnya gambar mereka bercumbuan di khalayak terpapar di seluruh alam maya, pasti ummi takkan maafkannya. Abah? Abah pancung kepala dia agaknya.
I bukan kolot, Za. I menjaga you dan juga keluarga I. You seronok ke kalau berita panas pasal you keluar kat ruang gossip, blog-blog di internet? You nak kena hentam dengan netizen?” Kopi pekat itu dihirupnya perlahan-lahan. Wajah Zaza dilihatnya keruh, muncung lagi. Ingat ni photoshoot lipstick ke? Mahu gelak karang ada yang menonong balik. Nak memujuk payah oiii…
“Biarlah. Baru dunia tahu you I punya,” tukas Zaza selamba. Entahnya. Apa salahnya kalau dunia tahu, dia lagi bangga. Harris lelaki yang berkarisma. Rakan-rakan modelnya yang lain juga setuju. Siap agensi minta dia pujuk Harris untuk menjadi model sambilan. Huh, puas dia memujuk, lelaki itu langsung menolak. Geram dia.
I you punya bila tok kadi cakap sah. Sekarang ni, I bukan kepunyaan siapa-siapa, babe.”
Sekali lagi dia menjeling. Dia tahu apa maksud Harris. Perkara ini sudah disebut Harris dari tahun lepas, dia rimas.
I’m not ready, Har. Kalau I rasa dah tibanya untuk kita tie the knot, then we will. You faham, kan?”
Senyum hambar, jenguk langit yang sedikit suram. Kalau wanita lain diajak kahwin, dia pasti sekarang juga majlis itu langsung. Bukan kerana dia mahukan Zaza selalu disisinya, dia mahu menghalalkan Zaza untuknya. Senang dia mahu ke sana sini dengan Zaza. Ummi memang tak berkenan kalau dia selalu temankan Zaza, terutamanya kalau ke luar negara. Memang dia tak buat perkara yang diluar batasan, namun dia masih lagi lelaki.
“Kalau macam tu, I kahwin dengan orang lain sajalah.”
Ketawa besar gadis dihadapannya.
Go on. I nak tengok berapa lama you bertahan. Mintak ummi you carikan anak dara fresh dari kampung hulu mana, takpun ustazah yang tertib teratur. You kan suka perempuan macam tu.”
Harris denguskan nafas. Hooo…jangan cabar dia. Memang kalau ikut taste ummi, itu antara ciri-cirinya. Zaza? Memang jauh kambing dari panggang. Kata ummi, lebih baik Zaza jadi model muslimah, baru tenang mata dan hatinya.
“Inshaa Allah, mana tahu Allah berikan pada Har, masa tu nanti you jangan merangkak merayu pada I pula.”
Merayu, merangkak? Hahahaha…nonsense.

Kalau dia boleh merayu, dia merayu. Kalau perlu dia melutut, dia melutut. Iqram pandang Izyan yang membisu, menoleh ke arah lain. Azreen ada di sebelah, tersenyum-senyum sambil garu pipi yang tak gatal. Sewaktu dia terima panggilan dari Kak Reen, dia sangka hanya gurauan. Sampai di sini, dilihatnya sepasang mata Izyan sudah bengkak dengan wajah yang comot dengan maskara yang masih bersisa. Comelnya, macam panda.
“Yan…kenapa nangis ni? Yan sakit?” tanya penuh lemah lembut. Nasib baik Kak Reen ada, kalau tak dia peluk saja Izyan di sini.
Go to hell!”
Amboi, betul-betul marah ke? Dia pandang Kak Reen, cuba bertanya dengan isyarat. Azreen pula buat-buat selamba. Iqram garu kepala. Mati kutu dia. Susahlah kalau macam ni. Yang si Irma malaun tu apa masalahnya pula? Memanglah dia ada bergambar dengan si Irma, tapi bergambar sajalah. Dia tahu Irma gilakan dia, tapi dia tak. Buat apa, cari nahas. Kata ummi, bukan perempuan yang boleh dibuat isteri. Macam mana nak jadikan isteri kalau awal-awal lagi ‘bersuami’ sana sini. Gerun dia.
“Kak Reen, akak balik dulu, bawak kereta Q. Tinggalkan Yan kat sini.”
“Aku tak mau!” jerit Izyan kuat.
Azreen sengih, cepat-cepat keluar dari perut kereta. Kunci kereta Iqram diambilnya pantas. Sebelum budak Izyan bertukar jadi Incredible Hulk, baik dia cepat-cepat angkat kaki. Nanti dia pula yang susah lagi menyusahkan. Dia jeling Izyan yang sudah menangis. Kasihan pula dia, tapi dia rasa dia patut biarkan Iqram dan Izyan berbicara, selesaikan segalanya sebaik mungkin. Hari langsung dah nak dekat. Kenalah buat yang terbaik, leraikan yang mana kusut. Dia hulurkan tangan, pegang bahu Izyan.
“Yan, janganlah nangis. Cakap, bincang dengan Q. Q, nanti hantar Yan kat taska akak. Kereta Q akak bawa dulu.”
Iqram angguk, angkat ibu jari tanda setuju. Dia jeling Izyan yang masih menangis. Alahai cinta hatinya…

“Habis tu kau buat apa dengan si PQRST tu?”
Dia kunyah mempelam jeruk itu macam nasi, sedap. “Aku nak buat apa, aku tinggalkan si PQRST dengan Yan. Biarlah dorang bawak berbincang. Tak lama lagi nak nikah, settle la tu…”
Siti Mariam pusingkan mata. “Kau tak bimbang ke, Reen? Silap haribulan dia apa-apakan si Yan, dia tempeleng ke, cabul ke? Eeee…jantan sekarang bukan boleh percaya sangat.”
Berdegar-degar dia ketawa. “Q? Apa-apakan Yan? Aku bimbang Yan yang patah-patahkan tulang dia, merempat budak tu nanti. Inshaa Allah, Q budak baik. Yan tu pun satu, kepala angin. Tapi serius Ti, kalau aku jumpa budak Irma tu, bukan tempeleng dah, aku siat-siat dia buat handbag, jual kat eBay. Cilanat malaun betul. Keturunan lanun auta mana minah tu.”
Siti Mariam pula yang tergelak. Jangan tak percaya. Kalau Azreen cakap dia nak buat, memang dia buat. Minah ni bukan tahu cakap kosong.
“Cik Murai, Cik Murai…”
Datang dah budak berdua ni. Dia buka pintu pejabat. Nak makan kuaci pun tak senang.
“Nak apa sayang?”
Nadrah cebikkan bibir, Anum jelirkan lidah. “Kak Huda dan Cikgu Anis cakap kalau dah siap menyembang, keluar makan. Lunch is ready.”
Elehhh…dia tempeleng juga budak berdua ni.
“Nadrah, tak baik tau cakap macam tu. Cik Murai kan orang tua taska. Kita kena hormat dia,” tutur Anum lembut.
Orang tua kepala lutut kau! “Pengetua. P.E.N.G.E.T.U.A, pengetualah!”
Siti Mariam gelak bahak-bahak. Entah kenapa si Nadrah dan Anum suka benar cari pasal dengan Azreen. Dia cepat-cepat halau dua budak kecil itu. Silap haribulan ada yang bergusti nanti.
“Eh…Cik Murai ingat kita tak pandai baca ke, siap-eja-ejakan untuk kita. Tua-tua pun bodoh lagi kan, Anum,” ujar si Nadrah pula.
“Entahnya. Jomlah Cikgu Siti, nanti berjangkit dengan Cik Murai, kesian Cikgu Siti.”
Cepat-cepat Siti Mariam tarik dua budak itu ke hadapan. Ketawanya masih keluar bertalu-talu. Aduhai…nasib kau lah, Reen. “Korang ni, nak kena cili ke?” soalnya separuh bergurau.
“Cililah, nak kena saman?” balas Nadrah dengan wajah paling serius.
Dia ketawa lagi. Ni yang malas dengan budak-budak zaman sekarang, salah sikit terus saman. Mahu kaya semua peguam kat Malaysia.
Kain telekung disangkutnya berhati-hati. Selesai makan malam tadi, terus dia solat Isyak. Kalau melayan televisyen, takut Isyak jadi sehampir Subuh. Yalah, tidur tak sedar diri. Buka-buka mata pukul empat pagi, baru kelam kabut nak tunaikan solat. Sengaja dia jenguk keluar, ke pintu sebelah. Perlahan dia pulaskan tombol, berkunci.
“Yan, kau okay?” soalnya sambil mengetuk pintu bilik. Makan pun tidak tadi. Balik saja ke rumah, terus Izyan masuk bilik, berkurung, bertapa di bawah selimut kot.
“Tak keluar lagi?” soal Che Embun. Dia masih bertelekung, baru pulang dari masjid.
“Belum, bu.”
“Cuba kamu tengok nasi kat dapur, luak ke tidak,” arah ibunya perlahan.
Azreen angguk, segera berjengket ke dapur. Si Jimi, kucing mereka ada tidur terlentang di depan peti sejuk. Catguard ke kucing tu? Tidur pun terbungkang, buruk sungguh. Dia angkat tudung saji. Haaaa…ayam percik dengan daging asam dah licin. Azreen ketawa. Agaknya masa dia masuk mandi dan solat tadi, Izyan keluar curi-curi makan. Yalah, takkan si Jimi pandai buka tudung saji, makan semua sampai licin, melampau. Bunyi tapak kaki dibelakang buat dia toleh.
Ibu.
“Macam mana?”
Dia sengih, angkat ibu jari. “Licin.”
Che Embun tutup mulut ketawa. Elehhh…konon. Ingat tak nak makan, melantak juga rupanya. “Baguslah. Kalau tak mahu hari sanding nanti kurus macam tiang lampu.”
Mereka sama-sama ketawa.
“Amboi, mengumpat kita la tu…”
Izyan cekak pinggang, jeling terbalik. Beberapa kali dia sendawa. Sedap daging masak asam, tiga pinggan dia makan.
“Tak habis kau merajuk?”
Izyan buka peti sejuk, tuang air lemon dalam gelas. “Merajuk? Siapa merajuk?”
Che Embun jebikkan bibir. “Baguslah kalau tak ada siapa-siapa merajuk. Majlis tak berapa hari lagi, Yan. Jangan peningkan ibu. Ayah kamu tu nasib jantung tu kuat lagi, kalau tak…”
“Kalau tak ibu kahwin lain?” sampuknya bersahaja.
Ketawa Azreen mendengarnya. Mood dah baiklah tu, kalau tak takkan berani Izyan mengusik ibu. Dia geleng kepala.
“Ha ah. Biar kamu dapat bapak tiri, lepas tu kena jual jadi pengemis. Mulut tu cabul. Kenapalah si Iqram tu berkenan dengan kamu pun ibu tak faham,” leter Che Embun.
“Cinta tu buta, bu,” balasnya pula.
Che Embun bangun, mahu ke bilik. “Yalah tu, tak pasal-pasal salahkan cinta. Macamlah cinta tu ada mata macam Iqram.”
Izyan sengih-sengih, cepat-cepat peluk ibunya. “Sayang ibu.”

Harris gelak kuat-kuat. Nasib baik tak biru muka Iqram. Dia baca whatapps yang ditunjukkan Iqram sebentar tadi. Berani juga budak perempuan tu ugut mainkan perasaan si Izyan.
“Habis tu Yan macam mana?” soalnya dengan mata tertancap pada kaca televisyen.
“Macam mana apa, nak cancel majlis lah, tak nak kahwin.”
Toleh macam kilat, pandang Iqram yang mendung saja airmukanya. “Kau jangan main-main Q, takkan batal kot.”
Iqram tongkat dagu. “Nasib Kak Reen pujuk, aku pun pujuk. Eee…nak je aku sepak muka si Irma tu. Melampau.”
Dia sumbat kacang gajus itu dua tiba biji ke mulut. “Kau betul tak ada apa-apa dengan budak tu, Q?”
“Ya Allah, tak…masa satu kolej dulu semua orang tahu dia macam mana. Pantang dia nampak yang hensem macam kita ni ha, siaplah dia pasang perangkap. Lepas tu tak malu sebarkan cerita yang dia dah ‘on’ dengan orang itu ini, hiissshhh…simpang malaikat empat puluh empat, tak ingin aku weiii…”
Harris angguk-angguk kepala. Dia tahu, perempuan sekarang bukan macam dulu. Kalau sudah terdesak, atuk orang pun mereka sambar, asalkan berduit. Ada yang betul-betul sayang, tapi berapa ramailah sangat. Nina, setiausahanya, umur baru dua puluh lima, pergi kerja pakai Mini Cooper, isteri nombor tiga hartawan yang seusia abah. Langsung tak kisah dengan umpat keji. Kata Nina, hidupnya terjaga. Nafkah batin lain kira, adehhhh…
“Habis tu Yan dah okaylah ni?”
Adiknya angguk. “Nasib baik dia faham, nak dengar apa aku cakap, kalau tak…”
“Kalau tak, tak menikahlah kau bodoh…kahkahkah…”
Tersengih-sengih si Iqram. “Cilanat kau, bang. Kau tahu bang, aku doakan satu hari nanti ada seorang perempuan yang akan buat kau melutut, merayu dan menangis dengan cinta dia. Kau tengoklah nanti,” balasnya serius.
Harris gelak lagi kuat. Siap tepuk-tepuk lutut. “Baik, kalau hari tu datang, aku bagi apa saja kau nak. Faham?”
Iqram juihkan bibir tapi tetap angkat ibu jari. Kita tengoklah nanti.

Pening kepalanya melihat barang-barang hantaran. Berapa dulang yang adiknya mahu bawa? Bukan ibu cakap sebelas dulang sudah cukup. Ini sudah macam lima puluh dulang hantaran, berpinar matanya.
“Eh Yan, kau biar betul. Berapa semua jumlah hantaran kau ni? Melonggok macam gunung akak tengok.”
Izyan sengih-sengih sambil melilau kiri kanan. Nazifah, sahabat baik Izyan juga ada di sebelahnya, sambung geleng kepala.
“Hantaran dua puluh satu dulang je. Yang lain-lain tu untuk pulut kuning dan bunga telur. Dua puluh tujuh dulang semuanya.”
Ya Rabbi…dekat tiga puluh. Azreen tepuk dahi. “Kau ni membazirlah, Yan. Buat apa banyak-banyak sangat…”
“Ala…kahwin kan sekali je seumur hidup. Yan nak bagi grand-grand amat gitu.”
Haa…positif pula adiknya hari ini. Dua hari lepas bukan main merajuk tak mahu nikah. Buat malu saja. Merajuk bagai nak rak, sekali persiapan mengalahkan tuan puteri…bueekkk!
“Kak Reen, Kak Dayah dari butik tu pesan suruh kita check persiapan kat dewan, tengok pelamin dan susunan meja. Sekarang juga,” sampuk Nazifah. Baru saja dia bercakap dengan Kak Dayah, wedding planner si Izyan.
“Hah, akak tolong jenguk kejap sana. Biar Yan dengan Ifah settlekan yang kat sini. Boleh ya, kak?” pujuk Izyan merayu.
Kau nak kahwin, aku yang lelah, melampau! “Kau ni, nasib baik satu-satunya adik aku tau, kalau tak, makan tapak kakilah. Yalah, yalah…tapi ni, siapkan hantaran ni, kau jangan akak balik nanti bersepah lagi, aku bakar semuanya tau!”
Tergelak-gelak dua dara itu. Ketawalah, jangan ingat dia tak buat. Nasib baik dewan tak jauh mana, dalam dua puluh minit dari rumah mereka. Buat pula di dewan bagai, buatlah kat rumah. Luas apa laman rumah mereka, boleh muat empat kanopi apa. Mengada-ngada betul si Izyan ni, mentang-mentanglah nikah anak orang berduit. Dia masuk ke perut kereta. Toyota Vios itu meluncur laju. Selesai urusan di dewan, dia mahu ke pejabat taskanya. Banyak lagi benda lain yang perlu dia buat.

Boleh tahan. Dia pandang sekeliling. Tema dewan warna krim dan turquoise. Masalahnya, dua pengantin bongok tu mahu pakai persalinan warna merah. Apa kena budak dua orang tu, sudah sawan agaknya. Harris ketawa kecil. Lantak kaulah, Q. Hari bahagia kau, kau hadap sajalah.
“Pengantin lelaki ke?”
Dia toleh, cepat-cepat geleng.
“Harris, abang pengantin. Pengantin buat facial hari ni, mandi lulur, mandi susu.” Dia mahu ketawa, tapi itulah hakikatnya. Mahu pula si Iqram tu buat semua benda. Bukannya nak sanding esok, lagi tiga hari. Sehari sebelum sempat lagi. Beria-ia sangat.
Wanita itu senyum. “Okay, ini checklist yang Encik Harris perlu buat semak semula. Untuk aturan dewan, sebelah kanan untuk ahli keluarga dan tetamu keluarga pengantin lelaki, sebelah kiri untuk pengantin perempuan, okay?”
Dia angguk, pandang checklist itu tanpa makna. Bukan dia tahu sangat, asal majlis berlangsung dengan jayanya sudah cukup untuk dia dan semua.
“Kak Dayah!”
Mereka sama-sama menoleh.
Ala, Encik Ngok Ngek pula ada kat sini. Dia buat-buat senyum, melangkah selamba. Fuhh…cantiknya. Ini belum masuk hiasan bunga sana sini, kan? Kalau siap sepenuhnya nanti mesti jadi apa, garden wedding? Menarik.
“La…mana Yan, Reen?”
“Ada, separuh mampus kat rumah. Cool, cantiklah kak. I like…” Dia pandang keliling sekali lagi. Muka mamat kat depan ni saja dia tak like. Apa pandang-pandang? Nak makan tapak kaki dia ke?
Amboi…lemah lembutnya bahasa, langsung tak serupa dengan muka. Ini baru pertama kali dia tengok cik naga pakai seluar jeans, t-shirt lengan panjang dengan tudung kelabu. Nampak moden sikit. Berdiri tu adalah gaya macam model, sekali jalan macam kerbau naik angin. Fail.
“Okay, korang duduk kejap. Tu, makan minum pun ada sikit. Boleh tolong semak checklist sama-sama? Nanti beritahu akak yang mana okay, nak buang atau nak tambah. Lusa dah kena clear, perfect. Boleh?”
Sama-sama angguk, macam berjanji. Dia jeling Harris yang senyum-senyum. Dia senyum kembali, ikhlas sikit saja. Okaylah dari palsu sangat, kan. Dia tuju meja hujung. Ada sunquick sejuk dan jemput-jemput ikan bilis. Agar-agar santan pun ada. Sedap nihhh…
“Ni, Kak Dayah suruh semak checklist, pekak ke wei…”
Dia jungkitkan sebelah bibir. Sedap mulut cakap dia pekak. “Ni kekanda harapan bangsa, kekanda buatlah dulu, apa susahnya. Adinda puteri kayangan nak melantak, main jauh-jauh.”
Puteti kayangan atuk dia naik vespa! Kalau adik dia, sudah lama dia hentak ke lantai, pro-wrestling gitu. Nasib baik anak dara orang. Membara hati dibuatnya. Kerusi disebelah Azreen ditariknya kasar.
“Kau mesti tak ada pakwe, kan?” serangnya serius.
Azreen senyum sambil suap agar-agar. “Tak. Buat menyemak. Lebih baik bela kucing. Lagipun buat apa dengan pakwe, buat maksiat adalah. Keluar sana, pegang sini. Romen sana, beranak sini.”
Adehhhh…pedihnya jawapan, macam luka kena perah air limau, perit lagi memeritkan. Cool Harris, dia sengaja curah minyak petrol tu.
“Alhamdulillah, memang insan terpilih kau ni. Dengan mulut macam kau, aku tak rasa ada orang nak, kan? Ala…rilekslah, jangan malu…”
Haaa…kali ini dia pula tuang gasoline, biar lagi terbakar cik naga di depannya ini.
“Tu lah, kalau orang buta, memang dia tak nak. Mulut jahat. Tapi, kalau mak cik-mak cik kat masjid aku, memang paling sayang kat aku kau tau. Cantik, penyayang, boleh mengaji. Paling penting tak selak sana-sini, tayang body free-free.”
Menggelegak darahnya, namun dia tarik nafas dalam-dalam. Eeee…makan kasut juga minah ni.
“Reen, kau sembang apa? Cepatlah siapkan checklist tu. Harris pun.”
Nasib baik Kak Dayah tolong menyampuk, kalau tak mahu perang mulut sampai kiamat.
“Okaylah puteri kayangan, kanda buat kerja dulu. Kat meja hujung sana. Tak kuasa hadap muka kau.” Dia bangun, ambik checklist itu dari meja.
Azreen sengih. “Baik kanda. Sila berambus.”
Harris hentikan langkah. Aduhhh…nasib baik kau kahwin dengan Izyan, Q. Kalau kau nikah dengan minah tadi, tak sampai sebulan masuk wad sakit jiwa. Dijamin seratus peratus!    

Jam tangan dipandangnya sekali lagi. Sudah jam tiga setengah petang. Nasiblah dia bendera merah hari ni, tak kalut nak solat. Masuk saja ke taska itu, datang dua dayang cilik yang paling dia rasa nak tumbuk-tumbuk buat belacan. Tadika dan taskanya yang lain dia minta Siti Mariam dan Anis tengok-tengokkan. Lagipun dia tahu semua pekerja dan pengurus yang dia lantik boleh diharap. Bukan makan gaji buta tapi amanah, siddiq, fatanah.
“Cik murai baru sampai? Kenapa tak datang esok je?”
Wahhhh…sedapnya soalan. Manis macam gula.
“Kenapa kau sibuk? Ini taska I yang punya tau, suka hati I lah…”
Nadrah senyum senget.
“Nadrah, jomlah kita sambung buat puzzle. Anum rasa cik murai ni tak makan nasi lagi, sebab tu dia garang macam tiger. Tiger pun lagi cantik dari dia, tolonglah…”
Ni lagi seorang. Buat naik naik angin saja. Dia cekak pinggang, bulatkan mata pada budak berdua itu.
“Ni, Kak Huda buat nasi goreng kampung dengan sup ayam. Pergilah makan. Tak payah nak bulat-bulatkan mata tu. Rabun ke? Tu lah, suruh kita makan carrot, dia tak makan. Kan Anum, kan?”
Hoooo…melampau. “Cik murai kira sampai lima, kalau korang tak blah, semua toys dengan buku dalam taska ni, korang yang simpan sampai hujung bulan ni. Satu! Dua! Ti…”
Berdesup keduanya cabut lari. Tahu takut. Ini Cik Murai lah! Ehhh…kejap, apasal pula dia mengaku dia Cik Murai…ala padan doh! Tak pasal-pasal dia makan umpan budak berdua tu. Hampeh!

“Cium?”
Harris toleh, senyum tapi geleng.
Zaza cebikkan bibir. “Cium kat pipi pun tak boleh ke?” soalnya geram. Dia tarik kerusi, duduk di sebelah Harris.
“Boleh. Kita nikah. You nak Har cium ke, golek ke, gigit ke…semua boleh. Janji kita nikah dulu.”
You ni kenapa? Tak ada topik lain ke nak discuss. Bosan.” Dia sandarkan tubuh pada kerusi. Beberapa mata memandangnya, Zaza berikan senyuman. Kuak rambut dengan lembut. Dia sudah biasa jadi tumpuan, dia tak kisah.
“Habis tu topik apa yang you nak bincang? Tadi call macam urgent sangat.”
Gadis itu senyum meleret. “Har, I dapat job besar tau. Kat London Fashion Week. Dua minggu. After that, Dubai. Juga dua minggu. Hebat, kan?”
Dia sudah dapat mengagak. Perlahan dia lepaskan nafas. “Habis tu, wedding Q you sempat tak?” soalnya lemah.
I’m so sorry, Har. I can’t. Pagi lusa I dah kena bertolak. I janji, kalau ada majlis lain, I cuba hadir. Maafkan I, boleh?
Majlis lain, majlis apa? Majlis cukur jambul anak Q yang bakal mendatang? Entah-entah majlis nikah mereka pun Zaza tak dapat hadir. Dia ketawa hambar.
Parents you datang?”
Zaza gigit bibir. “Tak kot. Papa, mama dengan Nadia pun temankan I pergi sana, sambil holiday. So sorry Har…” Dia sauk lengan Harris, lentokkan kepala ke bahu lelaki itu.
Sekali lagi dia tarik nafas. Eloklah, elok sangat. Entah apa lagi alasan yang mahu dia berikan pada ummi, pada abah. Harris diam di kerusi.
“Har. I janji, balik nanti kita luangkan masa bersama, okay. Baby, janganlah marah…”
Harris sekali lagi senyum. Langsung tiada makna. Senyum paksa. Suka hatilah. Dia tidak angguk mahupun geleng kerana dia tahu, dengan Zaza, semua janji hanya separuh tertunai.



1 comment: