PROLOG
You and me, always, and forever
You and me, always, and forever
It was always
You and me always
You tell me I'm a real man
And try to look impressed
Not very convincing
But you know I love it
Then we watch TV
Until we fall asleep
Not every exciting
But it's you and me
And we'll always be together
You and me, always, and forever
You and me, always, and forever
It was always
You and me, always, and forever
You and me, always, and forever
Azreen
senyum senget. Ada ke gaya bercinta macam dalam lagu tu? Forever sangatlah
konon. Jumpa yang lagi cantik, gebu gebas, mulalah mata terlolong pandang lain.
Caittt! Dia kuatkan volume radio,
tergedik-gedik kaki dia.
Ponnn!!!
Oh
mak kau kentut busuk! Siutnya, terkejut dia. Azreen toleh.
Amboi…mentang-mentanglah drive Volkswagen, main hon-hon semacam saja kat dia.
Tak padan tuan hensem. Hensem pun kalau adab ke laut buat apa. Baik layan
kucing, lagi bagus. Perlahan-lahan kereta itu merangkak di sebelah keretanya.
Azreen jeling separuh terbalik.
Harris
jeling, toleh sekilas. Perempuan, inilah gayanya kalau drive kereta, tak fokus. Main phone,
menyanyi sakan macam yang kat sebelah ni pun ada. Nasiblah bukan bakal bini
dia. Dia tengok jam, dah lambat sepuluh minit. Berasaplah Zaza di airport nanti. Pedal minyak ditekannya,
meluncur kereta itu laju.
Segera
dia juihkan bibir. Eleh, sakit perutlah tu. Pergilah, macam dia heran. Jangan
sampai jumpa dia lagi tau! Geram dia. Bukan keretanya saja yang tersekat dalam traffic jam di Kuala Lumpur ni,
nun…berderet-deret. Eleh, kalau kaya sangat buat jalan sendirilah, tak pun
pakai helicopter. Dia acu penumbuk, geram.
Dia
silap tengok kah? Amboi, main angkat-angkat penumbuk lagi. Pakai tudung, muka cantik,
ayu macam wanita Melayu terakhir, sekali ini rupanya perangai. Sorry naik lorilah,
jalan dah. Dia ambil kaca mata hitam. Sangkut pada wajah. Simpang malaikat
empat puluh empat dapat perempuan macam gini untuk dibuat bini. Tak ingin dia.
Dia tiba-tiba ketawa. Hah, malanglah nasib lelaki yang jadi suami perempuan
gila kat sebelah kereta ini. Silap haribulan, terjun lombong.
Bila
kenderaan mula bergerak, sekali lagi Azreen menjeling. Muka riak gila, ingat
hensem sangat ke wooiii, cehhh…hensem lagi kucing dia di rumah. Cepat-cepat dia
tekan minyak, menyampah!
BAB 1
Memang
nak kena lastik. Nak pilih baju nikah pun susah ke? Ambil sajalah yang mana
berkenan. Tu, bukan banyak ke pilihan, sampai juling biji matanya melihat. Yang
si Izyan ni pula terkemut-kemut macam siput, tampor dahi tu karang.
“Ni
Yan, ko boleh tak pilih cepat-cepat, kak Reen lapar tau. Pagi tadi makan
karipap je sebiji. Kau lainlah, diet hantu jerangkung. Nak nikah sampai rela
tak makan. Uweekkk…”
Kahkahkah…bengong
dengan kakak nan seorang ni. Izyan angkat buku lima. Dia kembali termenung,
pandang deretan baju pengantin di hadapannya. Baru dua jam, rileks ahhh…
“Hai
kak Reen…”
Alhamdulillah…sampai
pun bakal adik iparnya ini. Kau pergi mana, jahanam…akak lapar tau!
“Ni
sandwich telur dengan beef bacon.
Yang ini kek cawan Hokaido. Ini limau ais tanpa gula. Betul tak?”
Uitttt…nasib
baik dia tak peluk Iqram depan semua orang dalam butik ni. Dia tepuk tangan
macam anjing laut dapat ikan fresh
dari ladang, eh…dari laut.
“Mekasih,
adik. Ni yang kak Reen sayang siut dengan Iqram nihhh…” Disambutnya semua
pengeras itu dengan tangan terbuka. Pengeras ke? Hehehe…
“Q.
Akak panggil Iqram Q saja…”
Apasal
Q? Kenapa tak P ke, R ke? Kesian mak bapak kasi nama cantik-cantik, panggilnya
gitu-gitu saja. Buang dakwat printer pejabat
pendaftaran, cehhh…
“Q!
Nak abang ambil kau jam berapa? Nanti nak balik call.”
Semua
kepala yang ada di situ menoleh, meratah susuk tampan seorang lelaki di muka
pintu. Apahal ni? Hensem sangat ke? Azreen toleh.
Gulp.
Bolehlah.
Muka memang melayu tapi yang hidungnya tak kembang. Hidungnya mancung tapi
bukan tajam macam cangkul. Tulang pipi pun tinggi. Bedah kosmetik kot, tu pasal
hensem kemain. Dia tutup mulut. Gila. Tak pernah tengok jantan hensem ke? Macam
tu pun dah kalut. Tapi rasa macam pernah tengok, kat mana ya?
“Kak
Reen, kenalkan ni, abang Q. Harris Zakuan Haji Manaf.”
Kena
bangun salam ke? Mana boleh. Dia bangun, lemparkan senyuman. “Assalamualaikum.
Azreen Che Azhan, kakak Izyan Che Azhan, budak gila berhingus gatal nak kahwin
tu,” tuturnya lembut.
Terkedu
Harris di situ. Mahu gelak pun ada, keliru pun ada. Kakak si Izyan ni puji ke
kutuk? Dia tengok Izyan gelak-gelak sampai duduk-duduk. Pujilah kot.
“Masa
tunang hari tu abang Harris tak ada, dia teman mata air dia buat show. Hong Kong, kan?”
Harris
angguk. Aku debik juga si Q ni. Cakap dia tak ada sudahlah, tak payah cerita
sampai mukasurat terakhir.
“Oh,
show apa?” soal Azreen sekadar
berbahasa.
“Fashion show. Alexander Wang, kan?”
Dia
angguk. Cerita lagi. Nanti malam dia bagi Iqram satu pen, satu buku tulis. Buat
karangan, boleh dia jual jadi cerita hot
satu Malaysia. Harris gosok tengkuk. Dia nampak kakak si Izyan tu
terangguk-angguk. Lain pula rupa Izyan dan kakaknya. Izyan kecil molek, mata
bulat, cute. Kakaknya nampak tinggi
langsing, ada lesung pipit pada pipi. Cantik bertudung, tak macam Izyan. Togel.
Sekali pandang kakak si Izyan ni pun rupa macam model tudung.
“Ala
Kak Reen mesti kenal. Zaza Azra, supermodel hot Malaysia. Makwe abang la tu…”
Dia
geleng. Dia jarang-jarang baca majalah. Kalau baca pun cerita-cerita hantu,
takpun majalah kekeluargaan Kak Huda punya. Televisyen memang dia selalu
tengok, tapi yang kena dengan seleranya sajalah.
“Mesti
cantik, hot macam namanya, kan?”
Iqram
angguk laju-laju. Harris tersengih, buat muka bongkak.
Elehhh…suka
la tu. Azreen senyum simpul. Meluat aku. Mana tong sampah, mana tong sampah? Rasa
macam nak muntah.
“Of course. Bukan semua orang boleh jadi
supermodel.” Sengaja dia tekankan perkataan supermodel itu, biar nampak
penting.
Dia
angguk tanda setuju. “Betul. Bukan semua orang sanggup tayang diri, selak sana
sini sebab cantik, kan? Kalau tak cantik takkan orang pilih. Alhamdulillah,
ciptaan Allah. Sayang ditayang-tayang percuma macam gitu. Membazir.”
Amboi…boleh
tahan mulut kakak si Izyan ni. Baru kenal mulut tu berapi-api, macam naga
betina.
Iqram
cepat-cepat bangun, tarik tangan Harris keluar dari butik itu. Abangnya ada temper juga. Kakak cinta sayang dia juga
ada temper yang lagi hot dari lada paling pedas dalam dunia.
Kalau dibuatnya dua-dua bertembung, mahu tunggang terbalik dunia ni.
“Harap
muka saja cantik, mulut macam puaka!” Geram dia. Sengaja si apa namanya, Yeyen?
Aiskrim? Cari pasal. Dengki dengan buah hatinya agaknya.
“Mana
ada bang…kalau mulut puaka takkan cantik macam tu…”
Ha!
Ni lagi sorang. Pandai belajar, bodohnya berlapis-lapis. Orang cakap bahasa
kiasan pun tak faham-faham. Umur baru dua puluh lapan tahun gatal nak menikah.
Dia yang tiga puluh dua tahun ni pun cool saja. Buat apa kahwin, nanti kena ‘ikat’
sampai mati. Takut dia weiiii…
“Aku
pelik betul. Izyan tu comel je, lemah lembut. Kakak dia, macam andartu gatal
nak berlaki.”
Iqram
garu kepala. “Bukan tua sangat pun, baru Kak Reen tu baru dua puluh sembilan
tahun, tua setahun je dari aku,” balasnya tersengih-sengih. Memang sewaktu dia
mula-mula kenal Azreen, dia kecut perut. Mana taknya, kali pertama jumpa dah
kena soal siasat macam pesalah. Nasib baik dia tak kena dehidrasi. Yalah, dua
jam soal jawab, setitik air pun tak minum, nahas abadi. Cuma, bila sudah biasa
jumpa, dia makin kenal Kak Reen. Perangai macam ganas, tengok cerita Korea pun
melalak. Kucing basah kena hujan pun nangis. Hati lembut macam kek Hokaiddo.
Yang cinta hatinya pula, tengok sifat lemah gemalai macam sutera, hati keras
macam peti besi lapis tujuh, hahahaha…
“Dia
kerja apa? Polis, askar?”
“Cikgu
tadika. Ada kindergarten sendiri
tau.”
Kahkahkah…dia
bantai gelak. Padan pun. Kerja dengan budak-budak, perangai pun macam
budak-budak. Cehh…berlagak punya cikgu tadika.
“Ada
aku kisah dia ada tadika ke tandas awam? Mulut macam bullet train, main cakap saja. Harap muka saja cantik.”
Aik,
asyik ulang muka cantik je, berkenan ke abang aku ni? Iqram senyum-senyum. “Ni,
Q balik dengan Yan, dengan Kak Reen. Abang nak pergi mana? Jumpa Zaza?”
Dia
geleng. Zaza ada di Singapura, ada job
di sana selama seminggu. Baru semalam berlepas pergi. “Abang nak masuk ofis.
Stok baru sampai.”
Bulat
mata Iqram. Stok apa kali ini ya, mesti yang gagah perkasa. Dia memang sukakan superbike, tapi tak berani nak tunggang.
Baik pandu kereta, keselamatan lebih terjamin kot. Keluarga mereka ada sembilan
cawangan serta bilik pameran untuk superbike
dan kereta mewah di seluruh Malaysia. Abangnya, Harris Zakuan bin Haji Manaf
bertindak sebagai pengarah. Dulu abah, sekarang ni abah cakap dia mahu goyang
kaki, mahu pergi masjid, ronda-ronda pasar malam dengan ummi. Biar dia dan
abang yang bersusah payah pula.
“Ni,
jangan lama-lama. Nanti kau kena makan dengan naga betina kat dalam tu,
hangus…”
“Siapa
naga?”
Opocot
hantu bungkus! Nasib baik dia tak melatah. Bila masa pula si naga betina ni ada
kat belakang dia. Dia jungkit bibir.
“Q,
Yan panggil. Suruh test baju.”
Alahai,
buruknya rupa makan sambil bercakap. Harris senyum sinis.
“Abang
jalan dulu, nanti kat rumah kita jumpa. Ingat, ada naga. Naga lahap makan
orang.” Dia jeling Azreen yang sibuk menyuap cupcake Hokaido. Tak pelawa aku
pun, tak ada manners punya orang.
Ketawa
kecil si Iqram. Harap Azreen tak dengar apa yang dikata. Kalau dengar pun, dia
tak faham.
Dia
dengarlah, mangkuk. Suka hati cakap dia naga. Nanti gigit betul-betul karang,
baru viral satu dunia.
“Kak
Reen, okay tak?”
Dia
angkat muka, angguk. Kalau tak silap ini kali ke dua belas dia angguk. Lantak
koranglah, baik dia pergi solat dulu. Azan Zuhur sudah berkumandang dari masjid
berdekatan.
“Yan,
akak solat dulu. Kau tu pun cepat sikit. Pilih baju macam nak pilih kain kafan.
Cepat, sembahyang. Q, kamu pun sama. Adik, mana ruang solat?”
Pekerja
di situ senyum malu. “Ada bilik kecil untuk staf saja, kak. Kalau akak jalan
hujung sana, jumpa surau kecil. Telekung solat wakaf pun ada kat situ, kak.”
Aik,
butik punya besar dan cantik macam ni tak ada tempat solat. Rugi, rugi. Kalau
tak, dapat kongsi pahala.
“Oh
ya ke? Tak apalah, terima kasih. Ni Yan, akak pergi dulu. Nanti siap pilih,
pergi solat. Pakai cantik-cantik pun masuk kubur juga nanti.”
Izyan
angkat buku lima. Haishhh…nasib Azreen satu-satunya kakaknya, kalau tak dia
baling saja dengan kasut. Iqram disebelahnya siap duduk gelak-gelak.
“Nak
kawin dengan saya ke tidak?” tanyanya perlahan tapi garang. Matanya mejeling
tajam dengan senyum paling manis.
Mencacang
Iqram bangun, macam spring katil rosak. Cepat-cepat dia angguk.
“Kalau
nak, pilih cepat. Kalau tak, cancel!”
Gulp.
Boleh
ke macam tu? Dia buat muka comel, ala-ala manja macam kucing. “Yan pilih. Q
ikut saja. Daun selasih beli di pekan, kerana kasih abang turutkan.”
Izyan
senyum manis. “Kalau macam tu, kita pakai persalinan merah, boleh?”
Alaaa…nanti
kena kejar dengan lembu…
Seronoknya
baring atas katil sendiri yang empuk lagi harum. Keluar sembilan pagi, sembilan
malam baru sampai rumah. Ini semua Izyan punya pasal. Baru mata mahu pejam,
tilamnya bergoncang. Apa ni, gempa bumi ke?
“Kak
Reen…janganlah tidur lagi…jom teman Yan tengok tv. “
Mak
kau! Nasib baik dia tak bagi tendangan kasih sayang. Dah lah masuk bilik dia
pakai redah je, salam ke mana, ketuk ke mana. Muka pula bertempek apa ke masker yang pelik sangat. Warna kelabu.
Bau harum pula.
“Kau
apasal, orang minyak ke? Nak tengok tv pergilah, akak nak membuta. Letih
temankan kau sana sini.”
Izyan
bergolek cantik, peluk Azreen kuat-kuat. “Dah ibu cakap tak boleh keluar berdua
dengan Q, akak lah yang kena teman. Cayanggggg kakak…”
Dia
tunjal-tunjal dahi si Izyan. Sila jangan mengada-ngada. Jimi kucing dia yang
hitam legam tu saja boleh peluk dia tau. Orang jangan, dia geli…eeeeuuuwww…
“Cerita
apa yang kau nak tengok sangat? Rekod sajalah.” Dia pejamkan mata. Letih mula
mengusai badan, mahu tidur, mahu berlayar ke alam mimpi. Mimpi makan sup gearbox ke, cupcake Hokaido ke…
“Citer
hantu Korea…takut…”
Hah,
elok. Muka bertempek masker tu pun
dah rupa macam hantu. Dia buat-buat tuli, pejamkan mata.
“Yan
dah goreng cucur udang. Udang dia besar-besar, fresh gitu…”
Matanya
terbuka luas. Cucur udang. “Kau…”
“Dah
letak daun bawang dengan lada besar…”
Azreen
ketawa.
“Yalah,
yalahhh…tapi kalau akak tidur, kau jangan tak kejut. Aku lesing kau, Yan.”
Kihkihkihkih…konon.
Nanti dua-dua tidur depan tv, subuh esok dua-dua kena kena lesing dengan ibu.
“Ni
apa jadah pesen kamu berdua ni? Datang meja makan tak berbaju. Pergi ambik
baju, kalau tak jangan berangan nak sentuh nasi!”
Lalalalala…Hajah
Jawaher naik hantu. Harris senyum-senyum, tarik kerusi buka tudung saji. Iqram
juga sama, siap hirup kuah. Pari bakar dengan air asam, daging goreng dengan
kangkung belacan. Baik punya.
Melampau.
Dua-dua pakai pelikat, langsung tak berbaju. Ya Allah…
“Rileks
ah, mi…bukan gugur bulu ketiak pun. Kita-kita saja kan…” Dia mahu ambil pinggan
tapi senduk umminya lagi laju.
Kelekuk!
Sakit
wooo…macam kena karate.
“Amenda
yang kecoh-kecoh ni…”
Tiga
pasang mata semua terpaku pada Haji Manaf. Harris dan Iqram bantai gelak
kuat-kuat.
Hajah
Jawaher angkat tangan, surrender.
“Dah,
jom kita makan nasi.”
Elok
sangat tiga dungu tak berbaju datang dapur makan nasi. Elok sangat!
“Awak
makanlah dengan anak-anak awak ni. Hilang selera saya…” Dia letakkan senduk
nasi, berlenggang keluar dari ruang makan. Layan kitab lagi bagus.
“Apasal
kau goreng keropok pulak malam-malam buta ni?” Dia buka tingkap luas-luas.
Nasib baik dah pakai baju, kalau tak mesti sejuk dipeluk angin malam. Mulanya
tadi nak terus makan, tapi kasihan pula dengan ummi. Abah pun sengaja nak
mengusik. Rupanya baju abah ada, dia sembunyikan dalam kain pelikat. Tua-tua
belia pun pandai lagi abah berlawak.
Sebelum mula makan tadi masing-masing kena sedas atas dahi, kecuali
abah. Dia sendawa. Kenyang amat.
“Jom,
tengok tv.”
Ni
mesti cerita seram. Nak tengok sangat penakut macam tikus. “Ajak bakal bini kau
lah…ajak aku buat apa…”
Iqram
sengih-sengih. “Nanti orang kawin memang ini aktiviti utama la…best gitu.”
Dia
tonyoh kepala adik nan seorang. Ada ke kahwin nanti itu jadi aktiviti utama.
Tongongnya. Dia ketawa. “Ni Q, kau ni umur je dewasa, otak macam budak-budak.
Samalah dengan si Yan dan kakak dia yang cun tapi senget tu. Ada ke itu
aktiviti utama. Dah halal, buatlah aktiviti lain…”
Berkerut
dahi Iqram. “Buat apa? Jalan-jalan pegang tangan ke?”
Hahahahaha…memang
bangang abadi.
Berdecit
kereta itu berhenti di parkir. Nasib baik tak langgar tiang letrik depan
bangunan tadikanya.
CUTEY BEES KINDERGARTEN
Ini
salah satu tadikanya. Dia ada dua taska dan satu lagi tadika di sekitar
bandaraya ini. Ijazah sarjana Muda Kanak-Kanak dan Master Pengurusan Kaunseling
yang dipelajarinya tidak disia-siakan. Dengan sokongan walid dan ummi, dia
mulakan semua ini tiga tahun lalu. Alhamdulillah, dari satu menjadi empat
cawangan. Dua tadika dan dua taska. Bukan dia tidak mahu menolong walid dengan perniagaan
keluarga mereka, tapi jiwanya lebih tenteram dengan anak-anak kecil.
“Cik
Murai datang!!!”
Huh!
Tak ada budak lain yang mulut terlebih pandai, Anumlah tu. Si kecil berumur
lima tahun itu tercegat di muka pntu, bercekak pingang dengan tangan yang comot
dengan cat air. Suka hati panggil cik pengetua cantik macam dia ni Cik Murai.
Nanti dia solatepkan mulut terlebih pandai tu.
“Anum
buat apa?” Anum panggilan manja si Anum kenit ni. Nama betul dia panjang
sangat, berbelit lidah.
“Tak
nampak tangan warna-warni ni? Mahu tanya lagi kan, Nadrah?”
Elok
sangat. Cukup team duet. Anum ni kaki
merapu, si Nadrah pula kaki melalak. Menyanyi karaoke. Agaknya hari minggu mak
ayah dia bawa pergi karaoke ke apa?
“Ala,
Cik Reen tanya pun marah ke? Kan cancel
buat cupcake hari ni. Kita cekodok pisang, mau?” gertaknya sambil cekak
pinggang juga.
“Tak
kisah…asal boleh makan, main dengan flour,
kita okay je, Anum, kan…” Kali ini si Nadrah pula yang menjawab.
Hohoho…nasib
baik bukan anak dia. Kalau anak dia, dia kurung dalam bilik air, kasi basuh
sampai berkilat. Dua pasang mata itu menjelingnya sinis.
“Good. Kalau macam tu, hari ni kita tak
payah buat apa-apa. Kak Huda, cupcakes
hari ni cancel. Kita buka tv, pasang citer Frozen.”
“Cik
Murai jahat. Pergi terbang jauh-jauh!”
Kihkihkih…tau
mengamuk ya, ingatkan nak tercegat jadi patung lilin kat situ.
“Hello
miss…ini tadika, ana yang punya tau!”
Nadrah
dan Anum kerut-kerut dahi. “Ana mana pulak?” Mereka saling berpandangan.
“Bukan
tadika ni Cik Murai punya ke? Siapa Ana?” soal Nadrah keliru.
Hahahaha…ambik
kau!
Pendingin
hawa sengaja dia turunkan suhu. Kak Huda dan Siti Mariam juga sibuk
menyelimutkan kanak-kanak yang lelap. Langsir-langsir juga ditarik rapat,
menjadikan bilik itu gelap dan nyaman. Dia menepuk-nepuk punggung Nadrah yang
sudah lama lena. Memang begitu rutin di tadika mahupun taskanya. Jam sebelas
pagi hingga dua belas tengahari adalah waktu tidur tengahari. Bangun nanti,
semua mereka akan makan tengahari dan bersiap untuk solat dan sambung mengaji.
Jam tiga petang pula untuk aktiviti Bahasa dan minum petang sebelum pulang atau
aktiviti di laman luar.
“Kak
Huda, tengahari nanti makan apa?” Dia menguap.
Dia pun mengantuk sama. Ada satu bantal lebih di perbaringan. Dengan
lemah lembut, dia baring dan tergolek di situ. Aduhai…seronoknya.
Huda
gelak. “Reen tidurlah. Siti dengan Anis cakap nak buatkan spaghetti dan sup
cendawan. Nanti nak makan kami kejutkan.”
Huda
toleh. Huh, dah lelap rupanya. Dia toleh sekali lagi, tarik daun pintu bilik
itu perlahan-lahan. Janganlah Cik Murai tu berdengkur kuat sangat. Dia tutup
itu pintu sambil gelak kecil.
“Lama
mana lagi kau punya majlis ni?” Harris buka mulut luas-luas, suap roti bakar
kapit dua itu sekali gus. Laparnya. Kalau ada nasi lemak sambal kerang kan
sedap. Masa Zaza tak ada ni bolehlah dia makan sedap-sedap. Kalau tak, makan
salad dengan jus sajalah. Kalau makan lebih-lebih Zaza merajuk.
Iqram
suap juga roti yang masih tinggal sekeping. Cakap tadi nak beli roti canai,
apahal roti ni yang muncul?
“Lagi
tiga minggu. Kenapa?”
Harris
bersandar. Ala…lambat lagi ke? Cepatlah majlis itu langsung, tak larat dia.
Pergi kursus kawin pun dia kena teman, test
darah pun dia kena buat sama. Takut konon, jadi contoh. Contoh kepala lutut
dia. Bila tanya kenapa tak pergi dengan Izyan, kata Iqram Izyan kakaknya yang
temankan. Tak boleh pergi berdua, mengundang fitnah. Huh! Ni mesti idea otak
kolot naga betina tu…
“Tak
adalah…Zaza tak dapat hadir kot. Nanti dia tengok jadual. Kalau ada masa
lapang, dia try masuk line.”
Iqram
angguk-angguk. Dia bukan suka sangat dengan Zaza, tapi nak buat macam mana,
buah hati pengarang jantung abangnya, dia terpaksa angguk sajalah. Masih dia
ingat kali pertama makan malam di rumah mereka, pakai dress nampak ketiak, nasib baik abah tak kena heart attack. Lepas tu ummi dah penat masak serba serbi lauk,
sekali makannya nasi setengah senduk (macam dua sudu besar je kot…) dengan
sekeping daging bakar. Alahai…
“Ni,
baju untuk pengapit dah siap. Nanti abang pergi try kat butik hari tu…”
Terjojol
juga matanya. “Apahal pulak abang jadi pengapit, kan kau nak suruh Judin, bestfriend kencing atas katil sama-sama
dari kecik?”
Kena
sebut ke semua tu? Nasib baik tak ada manusia lain. Cilanat punya abang.
“Tak
boleh, Judin kena jadi photographer
tak rasmi hari tu. Lagipun pengapit perempuan tu kakak Yan, Kak Reen. Judin tu
pendek, naik pelamin kena gelaklah dia…”
Harris
senyum, tergelak kemudiannya. Betul juga. Kalau kena si Judin berdiri sebelah
menyebelah dengan naga betina tu, memang jadi bahan gelak la jawabnya. Judin
dekat telinga si naga je kot, memang tak padan.
“Kau
tempah apa? Suit, tuxedo?”
“Apanya…baju
melayu lah, bang. Warna krim, samping songket Terengganu warna biru muda.”
Dah
pulak.
“Kau
punya sepersalinan warna apa?”
Iqram
bangun, cekak pinggang dengan penuh berlagak gila. “Warna merah.”
Kahkahkahkah…bengong.
Dia pandang wajah adiknya yang keruh.
“Dah
kenapa korang ni? Dalam banyak-banyak warna, merah korang pilih. Merah apa?
Merah jambu? Merah darah ikan?”
Geleng.
“Merah
gincu Mak Usu…”
Allah.
Dia tepuk dahi. Mak Usunya punya gincu, lagi merah daripada lampu traffic light. Matilah kau, Q.
“Pilihlah
warna yang lembut mata memandang sikit, Q. Putih ke, merah jambu pun boleh
lagi. Yan tu dah gila ke?”
“Tak,
aku je gila kat dia.”
Huh!
Sekali lagi tuan-tuan dan puan-puan, Encik Bangang Abadi. Sila tepuk tangan
ramai-ramai.
“Kebaya!!!
Kau nak suruh akak jalan macam siput ke apa? Buatlah baju kurung biasa
mangkukkkk…”
Tergelak-gelak
Izyan. Kakaknya kalau marah, mencacang bulu roma. Suara bergegar satu tadika.
Terdiam semua kanak-kanak di situ.
“Cik
Murai kan murai, kenapa tiba-tiba nak jadi siput pulak?”
Ni
sorang lagi nak makan penampor free di
pagi yang mulia ini. Dia jegilkan mata pada Anum yang pandang dia dengan muka
tak bersalah.
“Buat
kerjalah, sibuk menyampuk orang bercakap.”
Nadrah
pula pusing kepala. “Dah siap kan, Anum…”
“Ah
ah, kita dah siaplah.”
Eeeeee…dia
kurung budak berdua dalam tandas karang, penderaan pula. Azreen tarik nafas
dalam-dalam. Azreen, be calm, in control.
Dia lepaskan nafas.
“Kalau
aku ngengkang dalam kebaya tu, aku pakai seluar jeans on the spot, kau faham?!”
Izyan
ketawa lagi, cium pipi Azreen lama. “Okay kakak, adik comel jalan dulu. Bye bye.”
Blah,
blah, blah!
Pagi-pagi
dah menyakitkan hati. Nanti petanglah dia pergi. Ishhhh…tak kira, hari sanding
dua tolol tu nanti dia bawa baju spare.
Memandai buatkan dia kebaya. Nasiblah kebaya tu, nanti jadi balut nangka rumah
nenek, muahaha…
“Anum,
Anum…Cik Murai dah gila kot. Dia ketawa sorang-sorang…”
Azreen
tutup mulut, angkat penumbuk.
“Buat
kerjalah!”
Dua
si cilik itu angkat kening, peluk tubuh. “Dah siap lah!!!”
Hisshhhhh…benci
dia.
Harris
sandarkan kepala pada sofa. Sudah beberapa kali dia mendail, Zaza masih belum dapat
dihubunginya. Buat photoshoot dalam hutan ke apa? Semalam Zaza cakap akan ke
kembali ke tanahair, namun bila ditanya bila, Zaza sepi. Mungkin masih
menjalankan tugasan.
Nanti
try baju kat butik hari tu. Dah siap. Pergi fitting segera.
Aduh…malasnya
dia. Pakai seluar jeans dengan t-shirt kolar tak boleh ke? Leceh betul nak
pakai rasmi sangat. Dia letakkan kembali telefon ke meja. Mata pejam, mahu
beradu seketika.
Sorry,
baby. Tgah photoshoot lagi. Esok baru balik. Miss u too. Muuuahhhhh!
Hmmm…patutlah.
Tidur la dulu, nanti petang dia pergi ke butik pengantin itu.
Berdecit
tayar kereta itu dihentikan geraknya. Harapnya dia tidak lewat. Azreen cabut
kaca mata hitam, sangkut dengan berhati-hati. Amboi, kereta Volkswagen siapa
tu? Dia bergerak keluar dari perut kereta, jalan melenggang ke butik pengantin
itu. Bila pintu ditolak, dia hampir rebah. Apahal malaun ni siap tunggu dia
depan pintu?
“Selamat
datang, tuan puteri.”
Hah!
Baik punya sambutan. Dia ukirkan senyuman, letakkan tangan pada dada.
“Terima
kasih. Kerja part-time kat sini ke?”
soalnya selamba.
Perlukah
dia luku dahi perempuan ini? Atau mungkin dia sumbat dalam bonet kereta, campak
tepi laut? Hahaha…seronok kalau dapat buat, kan.
“Saya
dah tunggu awak setengah jam.”
Ahhh…baru
setengah jam. Nanti. Ada ke dia berjanji, ada ke dia buat temujanji dengan
mamat ini?
“Apahal
tunggu saya? Dah siap try, balik
sajalah.” Dia cerlangkan biji mata. Entahnya. Kalau sudah selesai, blah saja.
Tak kuasa dia memandang. Kau ingat kau hensem aku hairan? No way, Jusoh! (Tak mainlah Jose,
inikan Malaysia…hehehe…)
“Maaf,
Cik. Untuk pakaian pengapit bagi majlis Encik Iqram dan Cik Izyan ni special sikit. Jadi kami kena selaraskan
agar biar cantik, biar kena dan sempurna.”
Amboi.
Macam tu sekali ke? “
“Kenapa?
Tak boleh ke kami test asing-asing?”
Gadis
pembantu itu senyum. “Bukan tak boleh, Cik. Kami mahu buat yang terbaik. Kalau
ada apa-apa yang tak kena, kami akan selesaikan segera.”
Ohhh…yalah,
yalah. Dia toleh, pandang Harris yang masih mencuka. Siap terjungkit kening
sebelah kanan. Marah? Marah terjun longkang.
“Maaf
ya, Encik Harris. Saya tak tahu pun hal ni. Kalau saya tahu, awal lagi saya
datang.” Dia ikhlas mohon maaf. Dia faham tentang konsep masa. Masa adalah
emas. Dia juga sangat menghargai masa. Sangat-sangat menghargainya. Mata mereka
bertentang.
Aik?
Kenapa jantung lelakinya berdebar-debar bila mana sepasang mata yang cantik itu
memandangnya lembut. Harris tarik nafas panjang-panjang.
“It’s okay.” Dia duduk di sofa. Buat
pertama kali, dia tenung minah naga di hadapannya. Mulus. Sepasang mata yang
redup dan beralis lentik. Pandangannya jatuh ke bibir yang mekar cantik. Paling
terkesan, bila gadis itu tersenyum, sepasang lesung pipit terletak sempurna.
“Boleh
kita mulakan? Pakaian Cik dah kami sediakan. Encik Harris, pakaian Encik Harris
sebelah sana.”
Lamunannya
terhenti. Zaza lebih cantik, lebih sensual dari gadis dihadapannya. Baju
kurung, macam kampung girl yang tiada
fashion sense. Dia bangun, jeling
Azreen yang hilang di balik dinding. Hati, cuba jaga-jaga.
Terkedu
dia memandang cermin. Ini baju pengapit? Cantik amat. Dia lurutkan tangan pada
kain yang melitupi tubuh. Lembut, sejuk dan selesa. Dia tarik nafas, lepaskan
perlahan.
“Macam
mana, kak? Boleh?”
Terkejut
dia. Hahaha…terkebil-kebil dia pandang cermin. “Kain ni labuh sangat. Meleret.
Akak bimbang kalau akak jalan, terpijak kain. Mahu akak terguling depan pelamin
nanti.” Betul. Baju kebaya ini potongan cukup sempurna, terletak cantik di
tubuhnya.
Gadis
itu bersila di lantai, mengeluarkan pita ukur dan buku catatan. “Akak selesa
pakai macam mana, paras buku lali, boleh?”
Dia
angguk. Asal dia boleh melangkah, itu sudah cukup bagus. Dia teliti wajahnya
sekali lagi pada cermin. Lain. Nampak pelik bila dicalit sedikit solekan.
“Akak
tanggalkan dulu, kami minta tailor
kami alter sekarang. Paras ni,
boleh?”
Dia
jenguk ke bawah. Bolehlah kot. “Okay.”
Sempurna.
Dia sebenarnya kurang sikit dengan baju melayu. Lebih baik pakai tuxedo atau suit. Lebih selesa. Kali ini, dia rasa selesa. Selesa juga kain
ini. Kain samping songket tenun Terengganu ini juga sempurna dengan baju melayu
yang disarungnya.
“Encik
Harris, boleh datang sini?”
Dia
toleh, bergerak pada suara yang memanggil. Terpana dia. Minah naga ke tu?
“Encik
Harris, semua okay? Ini songkoknya. Kalau besar, kita tukar yang lain.”
Matanya
masih terpaku pada Azreen yang lengkap sepersalinan kebaya warna sama dengan
tudung turquoise yang terletak cantik. Dia tepuk pipi, berjalan dengan langkah
selamba.
“Encik
Harris.”
“Ya?”
“Songkok.”
“Ohhh…terima
kasih.”
Gadis
itu sembunyikan senyum.
Dia
letakkan songkok, berdiri di sebelah Azreen yang masih ralit meneliti kebaya
itu.
“So,
okay tak?”
Mak!
Bila datang lelaki ini. Hampir dia tersungkur di situ namun sepasang tangan milik
Harris lebih pantas. Terdiam satu butik memandang mereka. Jantungnya bergetar.
Tak pernah mana-mana lelaki pegang dia. Ni nak pegang sampai bila? Dia
berdehem. Beberapa kali.
Cepat-cepat
Harris bangun, stabilkan Azreen yang masih diam dalam rangkulannya.
“Macam
tu pun terkejut ke?” soalnya serius. Nasib baik dia sempat sambar pinggang
ramping itu. Kalau dia buat bodoh tadi, mesti jatuh tergolek macam nangka
busuk.
Diam
cuma dia mampu. Entah, tiada kata-kata yang sesuai yang mahu dia tuturkan.
Harris
berdehem kecil, lepaskan rangkulan. Kasihan pula dia tengok Azreen yang merah
padam wajahnya. Cute.
“Maaf.”
Itu. Itu sahaja patah perkataan yang mampu keluar dari mulutnya. Aduhhh…malunya.
Dia jarakkan kedudukan, pandang lantai. Apa kena dengan dia? Peluk sikit dah
jadi bodoh ke? Allah…tampar muka sendiri baru okay kot.
“Cik
Azreen.”
“Ya.”
“Cik
Azreen okay? Ke nak duduk rehat dulu?” soal gadis pembantu butik itu lagi.
Cepat-cepat
dia geleng. lagi cepat selesai, lagi cepat dia boleh cabut.
“Tak,
tak apa. Kita teruskan.”
Harris
sembunyikan senyum. Kau takut ke, cik naga?
Kenapa
matanya tak mahu pejam. Berkelip-kelip pandang siling dari jam sebelas tadi.
Ini sudah hampir satu pagi. Pejamlah mata oiii…dia sudah mengantuk. Dia pejam,
namun sepantas kilat matanya terbuka kembali. Peristiwa di butik tadi tiba-tiba
melintas di layar ingatan, terang dan jelas. Rangkulan kemas Harris petang tadi
masih buat dia gementar. Terbayang-bayang. Haiippp…tolonglah Azreen Che Azhan.
Jangan nak berfantasi lebih sangat, cuba jatuh ke dunia nyata dulu, baru tahu
sakitnya kenyataan. Dia ketawa sendiri, tekup muka dengan bantal lalu cuba
kembali berlayar ke alam mimpi.
Bunyi
ketawa buat dia angkat kepala. Dia terlelap ke? Harris menguap, sandarkan
kepala pada kerusi.
“You ni kenapa? Letih sangat ke?”
Dia
angkat kepala, menentang mata Zaza yang mencuka. Janganlah merajuk, dia dah
kehabisan tenaga untuk memujuk. Balik dari butik pengantin, terus dia ke Melaka.
Sampai di Kuala Lumpur, Zaza pula mahu berjumpa. Langsung dia tidak lelapkan
mata.
“Asal
jumpa Zaza, mengantuk. Asal temankan Zaza, penat. You ni saja je kan?”
Aduhhh…bunga-bunga
telingkah sudah mengharum. Dia urut dahi, hulurkan tangan pada Zaza. Gadis itu
larikan tangan, tarik muka. Harris gelak kecil. Merajuklah, aku balik rumah
tidur lagi best.
“Babe…Har penat sangat hari ni. Pagi
masuk ofis, petang Har pergi test
baju lepas terus ke Melaka. Har tak rehat lagi, ni baru Har betul-betul duduk,
ambil nafas.”
Zaza
gigit bibir. Jelingan paling tajam diberinya pada Harris. Alasan. Dia pun satu
hari buat photoshoot, okay saja.
Memanglah dia lelap sekejap di studio petang tadi, tapi dia masih ceria. Letih
sikit pun tak tahan ke?
“Penat
you saja yang you kira? I lagi penat,
Har.”
Inilah
yang dia malas. Baik jangan jumpa kalau mahu bercakaran. Dia hulurkan tangan
sekali lagi, raih tangan Zaza ke dalam genggaman. Gadis itu masih sama,
mencuka.
“Babe…Har rasa baik kita balik rehat,
tidur. Nanti kita berdua dah tenang, dah okay, kita jumpa.”
“Bila?”
soalnya pula.
“Bila
you ada masa lapang, bila you ada masa terluang. Har bila-bila
masa sahaja boleh jumpa. Jadual you yang
asyik penuh. Tak bolehkah kalau you
cuti, take a break for a while?”
“Are you crazy? Nama I tengah naik, job
berderet. You nak I take a break? No way.” Dia geleng,
hentak tangan ke meja. Inilah persoalan yang selalu Harris utarakan. Selalu
saja Harris mahu dia berehat, lupakan sekejap dunia model. Mana mungkin. Bukan
mudah untuk dia mendaki tangga hingga ke pucak sekarang. Pelbagai pengorbanan
yang dia lakukan. Dirinya, dia yang punya. Tiada sesiapa yang boleh
melarangnya, not even Harris.
Dia
senyum hambar. “Har bukan minta you quit, babe. Har nak you rehat, luangkan masa untuk kita. Ni, wedding Q, you tak boleh cuti langsung ke?”
“No. I
tak ada kat Malaysia minggu tu. Kan I
dah cakap, I dapat job untuk rumah fesyen Alexander Wang
sekali lagi. You ingat senang ke
untuk model Asia, model melayu macam I
nak dapat peluang tu?”
Dia
malas. Dia malas mahu bertekak. “Okay,
fine. I think we should go home. You
penat, I pun penat. Kan?”
Zaza
ketap bibir, genggam tangan Harris dengan wajah paling manja. “Balik kondo I?”
Hah!
Nak cari pasal? Harris geleng. “I’m
sorry, babe. You tahu I tak
boleh, kan?”
Gadis
itu menjeling marah. “Kolot.” Dia bangun, sambar beg dan kunci kereta. Tanpa
menoleh, dia berlalu pergi.
Harris
senyum, sandarkan kembali kepala pada kerusi. Agak-agaknya nasi di rumah ada
lagi ke tak? Makan spaghetti buat taik gigi bolehlah. Ummi, Har lapar nasi!
No comments:
Post a Comment