“Kau
jangan main-main, Izrin...aku sepak muka kau tu nanti.”
Izrin
garu pipi, pandang kiri-kanan. “Nak cakap betul, aku pun cuma dengar atas
angin. Tapi memang ada yang cakap-cakap, si EX5 tu makwe baru Encik Hisham.”
Terbeliak
mata Liyana. Mana mungkin. Mana mungkin Zarra buah hati Hisham. Takkan Hisham
mahu tinggalkan Kartini yang serba ada, serba cantik, serba lengkap? Orang
bodoh saja yang buat macam tu.
“Kau
kan, memang tak boleh diharap. Aku suruh pasang telinga, bukan reka cerita,
mangkuk.”
Izrin
helakan nafas. Memang dia buka telinga, buka mata. Hasilnya, itulah yang dia
dapat. “Wei, kalau tak ada angin, manakan bergoyang pokoknya Yana oiii...”
Wajah
Izrin dipandangnya. “Maksud kau?”
Bebal
juga minah ni. Ingatkan belajar masuk universiti otak genius tujuh lapis,
rupanya karat kebodohan tu ada ada lagi.
“Maksudnya,
kalau benda tak ada, tak kan ada cerita. Mesti ada puncanya, sebab tu ada angin
yang bawa cerita tu datang. Faham?”
Liyana
pangku dagu. Biar betul, takkanlah. Tak mungkin.
“Ni,
kau siasat benda ni betul-betul. Aku tak nak sampaikan cerita yang tak
berpaksi, nanti ada Miss Tini tu bambu aku. Tak pasal-pasal makan maki.”
Izrin
bangun, jungkit ibu jari. “Aku tahulah. Tu, jejaka pujaan dunia ada kat situ.
Pergilah,” usiknya sambil muncungkan mulut.
Cepat-cepat
dia bangun, betulkan baju dan senyuman.
“Dia
aku punya, faham?”
Izrin
gelak, geleng kepala. “Beranganlah kau. Dia punya makwe, keliling bangunan
tau.”
Dia
denguskan nafas. Peduli apa dia. Makwe lain, dia bakal suri, bakal isteri. Kena
faham tu. Cepat-cepat dia melangkah, bimbang Zachary hilang dari pandangan.
“Hai
you, busy ke?”
Zachary
hadiahkan senyuman. “Busy tidak,
lapang pun tidak. Yana dari mana? Lunch?”
Dia
angguk. “Yalah, sian kita lunch
sorang-sorang. Tak temankan Yana pun...” Dia layukan mata, juihkan bibir.
Ketawa
Zachary melihatnya. Dilipatnya lengan baju, tanda sedia mulakan kerja.
“Sorang
apanya, penuh je coffee house I
tengok.”
Ishhh...tak
faham ke apa yang dia cakap. Liyana muncungkan bibir. “Memanglah ramai, tapi
yang semeja dengan Yana mana ada. Nak tunggu Zach sampai kiamat tak dapat kot. Hot guy katakan...”
Sengaja
dia rendahkan nada, berlagu sayu.
Ketawa
besar lelaki itu. Aduhhh...kacaknya. Kalau bukan kerana dia wanita
sofistikated, dia peluk saja Zachary.
“Kalau
dah tahu, tak payahlah Yana tunggu. My
seat is only for my girl.”
“Me?” soalnya teruja.
Zachary
pamerkan gigi. “Maybe. Maybe yes, or
maybe no. Heart is a matter of personal soul searching. Understand?”
Liyana
senyum lebar. “Of course. I harap it’s gonna be me.” Dia pandang Zachary dengan renungan paling
lembut.
Dia
angkat ibu jari. “Okay Miss Yana, I
nak sambung kerja dulu. Good day ahead
ya.” Dia lambaikan tangan, tinggalkan Liyana yang masih tersenyum memandangnya.
Hahahaha...ya ampun, mohon jauhkan dia dari gadis itu.
Berdenting
bunyi tumit kasut itu menghentak lantai marmar. Langkahnya stabil dan penuh
gaya. Dress biru polos itu dia gayakan dengan sepasang tumit tinggi putih. Kaca
mata hitam jenama Coach juga masih terletak cantik. Dia leretkan senyuman.
“Good morning, Miss Tini.”
Dia
hanya senyum, teruskan langkah. Well,
dia terlalu sibuk untuk berhenti. Masa baginya terlalu bernilai untuk dia
luangkan pada manusia yang tidak penting.
Hisham.
Hanya
Hisham yang ada dalam diari hidupnya. Sudah dia katakan, dia berikan Hisham
masa dua bulan, bukan...dua minggu. Sudah lima hari berlalu, dia perlukan ruamg
untuk dirinya. Jadi, dia datang ke sini. Apa salahnya, sesiapa pun boleh datang
ke sini, bukan? Lebih-lebih lagi, dia anak Tengku Adnan. Punat lif ditekannya.
Bila pintu itu dibuka, dia terkaku seketika.
“Tini?”
Dia
lemparkan senyuman. Memang sudah jodohnya dengan Hisham.
“Hai. Breakfast jom,” pelawanya riang.
Hisham
terkedu
“Please...for old time sake...”
Hisham
lepaskan nafas. “Okay, Tini jalan dulu. Sham ke restroom kejap.”
Hatinya
melonjak riang namun dia menahan senyum. “Okay, Tini tunggu ya.” Dia berlalu
pergi, melangkah penuh elegan. Huh, dia kan Kartini. Siapa mampu menolak, kan?
Tini datang. Abang cuma temankan dia sarapan. Zarra jangan
salah faham ya. Antara kami sudah tiada apa-apa hubungan. Miss u so much.
Zarra
jelirkan lidah pada telefon. Weekkk...macam aku kisah. Dia sambung kerjanya
yang terbantut sebentar tadi. Telefonnya berbunyi lagi.
Miss u so much. Nanti jumpa, ya.
Eeehhh...sibuklah.
Dia letakkan kembali telefon itu ke poket, lalu dia tersenyum sendiri. Gila.
Aku dah sewel ke?
Hanya
diam yang mampu berkata-kata. Hisham teguk kopi perlahan-lahan. Lambat sahaja
rasanya waktu berjalan.
“You tak nak breakfast sekali ke?” tanya Kartini lembut. Matanya menyorot Hisham
yang diam dari tadi.
Geleng.
“Sham dah sarapan kat rumah. Ummi tanakkan pulut dengan daging masin.”
Kartini
senyum, sambung suap sedikit roti bakar ke mulut. Jus guava itu diteguknya beberapa kali. “Mesti sedap, kan? Bila you nak ajak I dinner kat rumah you,
jumpa family you?”
Hisham
terkedu seketika. “Tini...”
Kartini
senyum senget. “As a friend,
salahkah?”
Dia
garu kepala, geleng. Telefonnya bergetar.
Tak kisah. Datinglah sampai kiamat.
Tersenyum
dia. Kata tak kisah tapi kenapa balas mesejnya. Dia sembunyikan senyum.
“Who is that?” soal Kartini ingin tahu.
Dia nampak kilas senyuman Hisham sebentar tadi.
“Somebody. Kerja. Kenapa?”
“Nothing. Manalah tahu, new girlfriend you ke...” Sengaja dia
mengumpan. Mahu dia mendengar jawapan Hisham.
Huh,
boleh ke dia jawab dengan jujur? Hisham ketuk jari pada meja. “Yep. My new girlfriend.”
Kartini
lap mulut, teguk jus sehingga habis. “Fine.
I let you play with her in these two weeks. Lepas tu, you know what lah kan...”
Perlahan
dia bangun, seluk tangan dalam poket. Tini, bilalah kau nak faham ye...
“Sham
jalan dulu. Enjoy your day.”
Kartini
gigit bibir, senyum sendiri.
Pergilah,
terbang sebebas mungkin. Satu hari nanti, kau akan kembali pada aku. I can promise that.
Tengah
penat bila makan memang best. Nasi
sejuk dengan kicap pun sedap, inikan nasi goreng daging masin. Lagi kick. Dua tiga suap dia makan sekaligus.
Lapar, nak buat macam mana. Kalau mak ada mesti mak cakap dia tak layak jadi
menantu sesiapa. Hahahaha...tengok betislah, mak. Tak perlu berlakon bagai,
jadi diri sendiri. Kalau betul orang sukakan kita, dia terima kita seadanya,
kan? Gila, dia tanya siapa ni? Tanya nasi goreng? Zarra sambung suap senyum
sendiri.
“Sedap?
Kalau sedap abang nak sikit.”
Angkat
muka sambil nganga. Bila pula Hisham ada tercatuk kat depan dia,
“Tadi
dah breakfast dengan mata air kan?”
Matanya mengecil melihat Hisham yang tersandar pada kerusi. Buat apa datang
sini. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gossip, idea mengumpat. Dia tutup
tupperware. Nantilah sambung makan.
“Eh,
Zarra nak pergi mana?”
“Berak.
Nak ikut?” sibuk saja. Nak duduk situ kan, duduklah diam-diam.
Hisham
tutup mulut tahan ketawa. Lepas bebas sungguh jawapan itu. Dia geleng kepala
perlahan-lahan. Kalau ummi dengar jawapan bakal menantunya tadi, nescaya sakit
jantung juga gamaknya.
“Pergilah.
Abang habiskan nasi goreng ni ya.” Dia buka tupperware lalu ambil sudu yang
digunakan Zarra tadi.
Ya
rabbi...memang malaun betul jantan ni. “Oii! Tu mak kita buat bekal pagi tadi
tau. Nak makan buat sendiri ahhh...”
“Tadi
cakap nak ‘melabur’, pergilah.”
Aku
seligi juga dia ni.
“Jangan
makan habis, saman karang. Faham?!”
Wanie
yang baru selesai solat tergelak melihatnya. Jadi memang betul Encik Hisham
dengan Zarra ni ada something. Mahu
dia ketawa kuat-kuat tengok gelagat si Zarra yang naik angin. Yang Encik Hisham
pula cool saja. Tahan pula telinga
dia kena bambu dengan Zarra.
“Assalamualaikum,
selamat tengahari , Encik Hisham.”
Hisham
menyeringai. “Waalaikumussalam, Wanie. Janganlah macam tu, panggil saya Sham
saja.”
Hahahaha...nak
mati? Tahu dengan Miss Tini mampus dia kena pecat on the spot. Tapi, sekarang ni Miss Tini tak ada kan, so apa
salahnya. Berani ke dia?
“Zarra,
cakap tadi lapar kemain, tu nak gi mana tu?”tanyanya hairan. Nasi goreng dalam
tupperware itu masih banyak lagi.
“Dia
nak pergi ber...”
“Buat
airlah. Sibuk je.” Cepat saja dia potong cakap. Mug ditangan ni ada yang makan
orang. Dia tuangkan paket Nescafe Caramel Latte ke dalam mug.
“Nah,
minum cepat. Lepas tu blah!” Geram dia. Dahlah tibai nasi aku, menyibuk kat
sini. Kalau spy Kartini nampak mereka
macam mana, tak ke susah dia.
Sayang
juga dia ya. Kalau tak, takkan siap bancuh air. Hisham berdehem kecil, hirup
air itu perlahan-lahan. Dia senyum lebar. “Panas. Mana boleh minum laju-laju.
Abang tunggu sejuk abang pergilah.”
Banyaknya
alasan...adoooiii...
Zarra
bangun, senyum lagi lebar dari tadi. Diambilnya mug itu lalu dibawa ke pantry,
panas ya, tunggu kejap. Dia buka peti sejuk, kaut air batu lalu letakkan dalam
mug. Berlenggang dia berjalan sambil tersenyum-senyum. Wanie dilihatnya mahu
ketawa dijelingnya sampai diam. Ketawalah, aku curah air ni karang.
“Ni
Encik Hisham, dah sejuk. Minum cepat-cepat, nanti jangan lupa berambus. Pergi.
Blah.”
Hisham
tutup mulut. Kalau dia menjawab karang ada yang makan lantai. Dialah, siapa
lagi. Mug itu diangkatnya lalu dibawa ke mulut. Sedikit demi sedikit dia
menghirup. Perlahan lalu dihabiskan sekaligus.
“Okay,
terima kasih. Nanti abang datang lagi. Sedap air Zarra buatkan untuk abang.
Esok buat lagi ya.”
“Esok
cuti. Jangan datang sini.”
“Cuti?
Bagus tu. Kita pergi jalan nak?” soal Hisham dengan senyuman.
Laaa...dia
ni memang memerang betul.
“Tak
kuasa. Baik tidur lagi banyak faedah.”
Hisham
bangun, dekatkan diri dengan Zarra yang masih berdiri. Bersebelahan namun cukup
hampir.
Wanie
tutup mulutnya yang ternganga luas. Mak Jan dan Nani juga nganga.
Hisham
tunduk, dekatkan bibir pada telinga di sebalik tudung. “Abang rindu Zarra.
Bye.” Dia berlalu, berjalan sambil senyum lebar pada semua yang ada di situ.
Hai hati, aku mahu menari.
Dia?
Masih kaku berdiri dengan jantung yang masih berdegup laju. Bibir yang diketap
kuat buat dia buka mata. Mak!!! Zarra naik gila sudah!
Dilla
ketawa sambil tepuk-tepuk lutut. Melampaulah tu. Lili pula berkerut-kerut
kening memandang dia. Zarra urut dahi. Sakit hatinya masih belum hilang, tambah
pula dengan gelak kejam si Dilla.
“Habis
tu, kau buat apa, kau tampar dahi dia tak?”
“Kau
gila, nak aku kena pecat?”
Dilla
masih lagi ketawa. Aduhai...makan hati goreng kicaplah Miss Bitchy. Paling
best, si Zarra ni yang lagi power.
“Takkan
dia pecatnya. Kalau kau kena pecat pun, kau dapat job baru. Lumayan gitu,”balas Dilla serius.
Berkerut
dahinya. “Kerja apa?”
Dilla
senyum . “Jadi mem. Jadi bini dia.”
Dilemparnya
bantal ke arah Dilla. Bengong.
“Hah!
Diam. Kalau diam tandanya setuju weiii...”
“Aku
diam sebab aku kentutlah bodoh...”
Dilla
bantai gelak lagi. Zarra bangun, geleng kepala. Sakit hatinya kian bertambah.
Tak guna punya kawan. Masuk ke bilik, dia terus baring di katil.
“Kak
Zarra...”
Lili.
Dia tongkat bahu, tepuk tilam minta Lili baring di sebelahnya.
“Kak
Zarra serius ke dengan Encik Hisham tu?” soalnya dengan pandangan yang penuh
tanda tanya.
Zarra
kelipkan mata. “Kenapa, Lili suka dia eehhh?”
Lili
gelak sambil geleng. “Kalau serius, adalah yang patah hati nanti. Kesian dia.”
Buntang
seketika biji mata. Siapa lagi yang cukup gila berkenan pada dia? “Siapa yang
bodoh sangat tu?”
Lili
ketawa, peluk Zarra erat-erat. “Rahsia.” Dia bangun, cubit pipi Zarra
kuat-kuat. “S.E.C.R.E.T”
Pirahhhh...kalau
rahsia pun bukan dia heran. Zarra pejamkan mata, berlayar tanpa sedar ke alam
mimpi paling indah.
Cepat-cepat
dia menyorok di balik tiang yang besar itu. Liyana tahan nafas, mengintai
perlahan dari tepi dalam diam. Perlahan dia menarik telefon tangan miliknya
keluar. Be careful, Yana. Ini mungkin
peluang yang kau nanti-nantikan.
“Zarra
habis shitf lagi sejam kan? Ikut abang kejap.”
Dipandangnya
kiri-kanan. “Pergi mana?”
“Adalah.
Ikut abang kejap...boleh?”
Dia
tarik nafas. Kalau cakap tak pun bukannya Hisham faham. Kadang-kadang dia fikir
lelaki dihadapannya ini tuli agaknya. “Sekejap tu lama mana?”
Hisham
buat-buat tengok jam, tersenyum nakal. “Selamanya?”
Ni
yang dia malas ni. Zarra buka langkah. Aku tanya betul-betul, jawab main-main.
Berdirilah kat situ sampai malam.
Disambarnya
tangan Zarra lalu ditariknya lembut.
Wehhh!
Apa pegang-pegang orang ni? Nak neraka free-free
ke woi?! Disentapnya tangan namun genggaman Hisham kian erat. “Abang, nanti
orang nampaklah. Lepaslah...” Dia telan liur. Nasib baik laluan itu jauh dari
pandangan, kalau tidak matilah dia.
“Kalau
Zarra setuju, abang lepas. Kalau tak, abang pegang Zarra, heret Zarra sana
sini, mau?”
Apa?
Ingat dia orang tawanan ke? Sepak kaki tu melutut atas lantai juga. “Yelah,
Zarra ikut. Lepaslah. Nak makan penumbuk? Mau?”
Hisham
ketawa, lepaskan genggaman. “Kalau Zarra tumbuk, abang pegang tangan Zarra
sampai balik. Mau?”
Ishhh...malas
dia. “Zarra banyak kerja. Kita bukan bos macam awak. Dah, tepi.”
Langkahnya
dibuka ke tepi, memberi laluan pada Zarra yang menyinga. “Miss you so much. Tunggu abang nanti.”
Jalannya
terus sahaja. Dia dengar tapi dia malas mahu menoleh. Bukan apa, hatinya
terlalu berbunga. Aduhai...memang sah dia sudah gila. Sewel. Hilang akal!
Liyana
tahan nafas. Diam diamkan diri. Perlahan dia menjenguk. Tiada. Zarra mahupun
Hisham sudah berlalu. Dia senyum sinis. Jadi benarlah. Benarlah kata angin,
rupanya pokok yang dikatakan itu memang bergoyang. Good job, Yana. Well, sorry,
Miss Tini. Nampaknya dia sendiri kena sampaikan berita ini. Mahu dia melihat
rupa Kartini nanti. Dia senyum lagi, ketawa kecil lalu berjalan pergi.
“Apa
yang penting sangat sampai tiba-tiba call
I ni? Better be good news, kalau
tak...”
Hahaha...good news. Good news kepala lutut kau.
Tak sabar dia mahu lihat rupa Kartini nanti, namun dia keruhkan wajah. Nak
hidup, kena pandai berlakon. Kalau tak, jadilah katak bawah tempurung sampai
bila-bila. Dia mahu jadi rama-rama. Cantik, jadi pujaan.
“Kau
ni kenapa, senyum sorang-sorang? Cakap ada hal penting, cepatlah,” desak
Kartini kurang sabar. Tergesa-gesa dia ke kafe itu. Baru saja berkira-kira mahu
ke spa untuk manjakan diri. Kalau benda kecil, dia tonyoh kepala Liyana. Jangan
ingat dia tak buat.
“Miss
Tini, calm down. I takkan panggil you kalau hal tak penting, cuma I rasa you kena get ready.”
Kartini
silangkan kaki, kecilkan mata. “Ready for
what?”
Liyana
hulurkan telefon, mainkan video itu dihadapan Kartini.
“Ready for this.”
Damn. Damn, damn! Damn
that bitch! Perempuan kampung tak sedar diri. Pedal
minyak ditekannya kuat. Berdesup kereta itu membelah jalan, meninggalkan debu
yang berterbangan. Jalan ini dianggapnya umpama Zarra, dilenyeknya sampai
lumat. Sial kau! Rupanya kau yang menggoda Hisham dalam diam. Muka macam
perempuan suci. Ptuii...sial! Ini Kartini. Kau mahu kenal siapa Kartini? Well, wait and see.
Dari
tadi senyum saja. Sepak muka tu karang. Zarra tongkat kepala, pandang ke luar
tingkap. Tadi dia dah tanya, mana destinasi mereka, Hisham hanya diam,
senyum-senyum. Dia dongak, pandang langit yang membiru bak hamparan lautan di
udara. Cantik dan tenang. Sesekali angin meraba pipi dan tudung, buat dia
tersenyum kegelian. Kereta itu dirasakan kian perlahan, memasuki kawasan
berpagar yang cantik dengan laman yang luas. Zarra betulkan tudung, pandang
Hisham yang memandangnya.
“Kita
dah sampai.”
Yelah,
kalau tak masakan kau matikan enjin kereta, berhenti di sini. Rumah siapa ni?
Ini bukan rumah ya. Banglo. Takpun villa. Besarnya, buat dia rasa kerdil. Zarra
perlahan keluar dari perut kereta.
“Ummi
nak jumpa Zarra.”
Allah...terhenti
jantungnya seketika. Serasa darah menyerbu ke muka. Kaku dia memacangkan kaki
di situ, tak mampu dia mahu melangkah. Betulkah keputusan yang dibuatnya hari
ini? Zarra pejamkan mata, cuba mencari kekuatan.
“Zarra!”
Terbuka
kelopak matanya. Tubuhnya dipeluk erat tanpa sempat dia berkata-kata. Kaku dia.
Hangat pelukan itu buat dia sedikit hiba. Bibirnya digigit kuat, menahan sebak
yang tiba-tiba datang membuak.
Hajah
Kalsom sapu airmata. “Jom masuk. Makcik dah masak siap-siap. Makan dulu, nanti
kita sembang. Mak dan nenek sihat? Lain kali ajak mak dan nenek sekali. Kamulah
Sham, lain kali bawa mereka semua sekali. Banyak makcik masak tu, entah kan habis atau tidak...”
“Ummi...ummi...tarik
nafas, berhenti bercakap. Jom masuk dalam. Zarra, jom makan, abang lapar.”
“Amboi,
abang apanya...bila kamu kawin dengan dia? Jom Zarra, kita masuk. Abi pun ada
kat dalam. Kak Ina dengan Hafdi tak balik. Hisham ajelah yang ada. Malang nasib
kamu.”
Aduh...sedapnya
mengata dia. Hisham tolak daun pintu. Abi ada muka pintu, jungkit-jungkit
kening sambil senyum nakal. “Sukalah tu ummi kamu. Malam ni bolehlah abi tidur
lena.”
Hisham
ketawa lalu toleh belakang. Entah apa yang ummi bebelkan, namun dia pasti, ummi
gembira. Dia? Dia mahu terbang.
“Tak
payah susah-susah, Zarra. Tinggalkan saja dalam sinki, biar si Hisham saja yang
basuh.”
Aik,
aku pulak yang kena. Ini sudah lebih, ummi. Kalau ya pun seronok, biarlah Zarra
buat. Latihan untuk jadi isteri dan menantu yang baik tu. Apasal pulak dia.
Mana macho jantan basuh pinggan. Basuh kereta lainlah.
“Tak
apa, makcik dah penat masak, biar Zarra tolong yang mana patut.” Dia teruskan
membasuh. Hatinya kian gementar, kalau boleh, dia mahu terus pulang.
“Jangan,
mari duduk. Makcik ada perkara nak cakap dengan Zarra. Tolong...sekejap saja.”
Hajah Kalsom kuit Zarra, tarik kerusi di sebelahnya. Sudah lama dia menunggu
saat ini, setiap masa dia mimpikan pertemuan ini.
Berhati-hati
dia duduk. Hisham juga. Abi dilihatnya perlahan berlalu ke ruang tamu dengan
senyuman penuh makna.
“Ampunkan
Hisham ya, Zarra. Apa yang Hisham buat pada Zarra dulu, memang buat jantung
makcik dan pakcik kamu bagai disiat-siat. Kalau ikutkan hati pakcik kamu, dia
pancung Hisham masa tu, campak dalam sungai. Kamu...kamu yang menanggung
derita. Kamu langsung tak bersuara pada orang lain, lapor pada polis. Kamu
tanggung semuanya sendiri, ya Allah...ampunkan Hisham...ampunkan kami semua,
Zarra...”
Airmatanya
tumpah jua. Sudah dia rasakan hal ini akan timbul namun dia masih teguh pada
mulanya. Wajah mendung Hisham, riak kesal Hajah Kalsom buat matanya
berbalam-balam.
“Abang
tak layak untuk keampunan, untuk kemaafan Zarra...tapi tolong, tolong maafkan
abang. Maafkan kami sekeluarga. Abang janji, abang buat yang terbaik untuk
Zarra.”
Dia
masih lagi menangis, tak mampu berkata-kata. Runtuh rasanya topeng keberanian
yang sentiasa dia pakai selama ini. Dia sudah berjanji dengan dirinya, dia
tidak mahu menangis kerana peristiwa itu namun hari ini, dia gagal. Kerana
Hisham, kerana bencinya kian luntur, mengalir pergi entah ke mana.
“Zarra...izinkan
Hisham peristerikan Zarra, muliakan Zarra sepanjang hidup, hingga ke akhir
hayat...” tersekat-sekat kata-kata orang tua itu. Butir percakapannya bergilir
sebak. Mahukah Zarra?
Dia
sapu pipi, sapu hidung. “Zarra tak layak, makcik...”
Hisham
geleng, renungannya tajam dan berkaca. “Abang yang tidak layak untuk Zarra. Abang
yang hina, yang jijik, abang tak layak untuk Zarra. Berikan abang peluang,
Zarra. Berikan abang peluang untuk tebus segala kesilapan.”
Dia
menutup mulut, membiarkan airmata mengalir dan mengalir lagi. Merenung sepasang
tangan yang menggeletar dikocak emosi. Perlahan dia mengangkat wajah, menentang
mata Hisham yang turut berkaca. Wajah itu, tulus dan penuh kesal. Bibirnya
diketap beberapa kali. Tangannya masih diramas Hajah Kalsom yang juga masih
dalam sendu yang perlahan.
Hisham
pandang, renung jauh ke dalam mata itu. Dia bertanya, dalam diam sekali lagi.
Bibirnya
bergetar dalam sebak, dalam seribu rasa yang bercampur baur. Perlahan, perlahan
namun nyata. Dia angguk, Sekali, dua kali.
Dadanya
mahu meletup, namun dia sempat menarik nafas. “Zarra benar sudi?” soalnya dalam
suara yang sedikit garau.
Angguk
sekali lagi.
Allahuakbar.
Dia
pegang dada, senyum dalam airmata lelaki yang setitis jatuh ke lantai.
Allah,
kau satukanlah kami selamanya.
Tiada
kata yang mampu mereka berdua tuturkan. Bintang sudah mula menjenguk, bersinar
malu dari kejauhan. Kereta itu meluncur tanpa halangan.
“Terima
kasih.”
Dia
perlahan panggungkan kepala, lirikkan mata pada Hisham yang tersengih.
Elehhh...tadi macam nak nangis, ni sengih-sengih macam zirafah lapar.
“Hmmm...”
Alahai...hmmm
sajakah? Hisham ketawa, capai tangan Zarra lalu bawa ke dada.
“Oiit!
Mana boleh pegang-pegang. Masuk neraka, mau?” marahnya separuh hati namun
tangannya dibawa ke dada yang bergoncang jantungnya.
Aduhhh...soalan
itu lagi. Dia sengih. “Lepas kawin nanti, abang pegang Zarra sampai lebam,”
ugutnya separa serius.
Dia
jelirkan lidah. Elehhh...ingat dia takut ke.
Masuk
ke perkarangan kuarters, kereta itu berhenti perlahan-lahan.
“Miss you so much.”
Dia
angkat penumbuk namun senyum lebar dalam hati.
Hisham
gelak lalu tolak gear. Selamat malam, sayang. Esok ketemu lagi. Kereta itu
meluncur lalu menghilang dalam pekat malam.
“Dating
ke?”
Opocot
mak kau! Nasib baik dia tak tumbang di kaki lima ini. Dia angkat penumbuk, kali
ini pada Zachary yang tercatuk di bangku bawah pokok. Buat apa malam-malam
bawah pokok? Bertapa ke? Malam hari tu dah sekali jumpa Zachary macam ni.
“Iya...ingat
you sorang ke pandai dating, Mr. Zachary...”
Dia
lemparkan senyuman, menampakan barisan gigi yang putih dan teratur.
Aduhai...hensemnya
mamat ni. Bertuahlah siapa jadi isterinya nanti. Dia duduk dibangku, lunjurkan
kaki yang mulai lenguh.
“Seriously, are you two a couple?”
soalnya dalam balam cahaya lampu jalan. Wajah Zarra yang tersenyum malu menyentak
jantungnya. Kau gembirakah, sweetpie?
“Kenapa,
jealous ahhh...”
Zachary
ketawa, sembunyikan pedih yang tiba-tiba datang menjalar dalam dada. Bodohnya
dia. Dia boleh pilih siapa saja yang dia mahu. Ramai gadis yang terkejar-kejar
namun dia sudah jadi buta. Dia hanya nampak gadis ini. Zarra. Dia hanya nampak
Zarra. Zachary pejamkan mata, tarik nafas dalam-dalam.
“Dia
serius atau main-main?” Hah! Entah kenapa dia bertanyakan soalan yang begitu.
Zarra
ketawa. “You ni macam abang yang
Zarra tak pernah ada. Bagus tu...”
Abang?
Hahahaha...kalaulah kau tahu apa perasaan aku, apa yang aku inginkan, pasti kau
cabut lari. Jauh dari sini. Dia tunduk, sembunyikan senyuman. Senyuman insan
yang patah hati.
“We got some history back then.”
Oppss!
Apasal pula dia tiba-tiba terlepas cakap. Zachary dilihatnya jungkit kening,
menyoal dalam diam.
“What kind of history?”
Dia
telan liur, cuba bangun namun Zachary lebih pantas menghadang laluan. Terbeliak
juga matanya memandang Zachary yang mulai serius. Aduhhh...kenapalah mulut dia
celupar sangat.
“Nothing. Zarra cakap main-main sajalah.”
“Good or bad?” soal Zachary tak mahu
mengalah. Tangannya didepakan.
“Zarra
nak lalu lah, rempuh kan...”
“Kalau
Zarra rempuh, Zach peluk. Do you dare?”
Aik,
lain macam bunyinya. Seriuskah si mamat ni?
“Why do you care?” Kali ini dia pula yang
bertukar nada.
“I abang you yang you never had,
kan?”
Tergelak
dia. Ohhh...itu ke. Zarra angkat penumbuk, cuba untuk lalu. Zachary masih utuh
di situ, tanpa seinci pun bergerak.
“Just answer me, good or bad?”soalnya
sekali lagi. Dia nampak kilas jawapan dimata Zarra sebentar tadi. Dia mahu
tahu. Perlu tahu.
“Fine. Bad, tapi it’s all okay now. We gonna get married anyway.”
Allah...apa
yang dia jawab ni. Zarra tahan nafas, lemparkan senyuman. “Zarra naik dulu. See ya.” Kakinya pantas melangkah, mahu
cepat pergi.
“He touched you, kan?”
Kakinya
berhenti melangkah. Dingin rasanya tapak tangan dengan soalan itu, toleh
perlahan memandang Zachary yang berdiri di hujung sana. Menggeletar tangannya,
namun dia cepat-cepat menahan, genggam erat dalam kepal penumbuk.
Membara
dadanya. Jadi betul tekaannya. Dia hanya meneka, membaling sebab tanpa tujuan,
tapi mengena. Wajah Zarra yang kepucatan mengesahkan jawapannya.
“He touched you... damn, he touched you without
your permission! Am I wrong, Zarra?”
Zarra
kaku. Apa sudah jadi? Kenapa segala kata-kata Zachary itu benar. Perit
ditelinganya. Dia lajukan langkah, pergi mengadap Zachary yang keberangan.
Nafasnya turun naik. Dalam cahaya yang suram, dia nampak kemarahan yang membara
di mata Zachary. Ya Allah, apa sudah dia lakukan. Sepatutnya dia diam sahaja.
“Zach,
please don’t tell anyone. Zarra mati
kalau Zach buat macam tu. Tolong...”rayunya perlahan. Dia pandang kiri dan
kanan, bimbang ada telinga yang menadah cerita selain mereka.
Zachary
duduk, ketawa tanpa sebab. Zarra juga dilihatnya duduk. “So, sekarang macam mana?”
Macam
mana apa?
“Maksud
Zach?”
“Apa
yang Zarra nak buat, dia nak buat?” gesanya dalam serius. Patutlah. Dia selalu
tengok Zarra cuba mengelak dari Hisham dari awal lagi. Zarra yang kepucatan
bila Hisham muncul. Zarra yang cuba larikan diri bila Hisham ada. Gerak hatinya
meneka sesuatu pernah berlaku antara Zarra dan hisham, bukan sedar orang satu
kampung.
Zarra
telan liur. “We gonna get married.
Inshaa Allah next month.”
Zachary
ketawa. Entah kenapa dia ketawa, dia sendiri keliru. Pastinya Hisham buat
sesuatu pada Zarra. Dia mahu tahu, hatinya meronta mahu mencari kebenaran.
Tunggu, dia akan berikan Zarra sedikit masa.
“Congratulation. Make sure dia bahagiakan
Zarra...” Kalau tidak, I kill him!
Zarra
bingkas bangun, tinggalkan Zachary yang merenung bulan. Sekali lagi dia
menoleh, Zachary memandangnya dengan senyuman. Senyuman paling hambar. Hatinya
tiba-tiba bergetar hiba. Tuhan, apa yang sudah dia lakukan...
No comments:
Post a Comment