“Kita
putus.”
Dia
tergelak sambil matanya jatuh pada wajah gadis itu. Marlini nampak sugul. Angin
yang tiba-tiba bertiup buat hatinya sebu. Cintanya semudah itukah? Lempar dan
terbang jika tak diperlukan lagi? Ayad senyum sinis.
“I
baru beli barang-barang untuk bertunang.” Matanya pandang tepat pada wajah
mulus itu. Wajah yang diselit kemas dalam hati, dalam ingatan. Kekasih pujaan.
“Babah
cakap putus, kita kena putus.” Tegas bunyi suara gadis itu.
Sekali
lagi dia ketawa kecil. Kalau babah Marlini cakap terjun bangunan pun kena ikut
samalah, kan. Ayad sandarkan tubuh, dongak tengok lagi.
“Yad,
you need to do something!”
Pulak.
Tadi
bukan cakap nak putus. Kalau mahu putus, putus sajalah.
“Bua
tapa lagi? I dah cakap nak meminang you minggu depan, dah sekarang ni you pulak
mintak putus. You nak I buat apa sebenarnya, Mar?” Dijongketnya sebelah kening.
“Apa
saja!”
Aduh,
ketawa dia seketika.
“Nak
I jual Jag tu?”
Bulat
mata Marlini pandang dia.
“Nak
family I jual semua harta benda, macam tu?”
Marlini
gigit bibir, gosok pipi berkali-kali.
“Habis
tu, you dan papa you nak biarkan CBX Properties Group lingkup macam tu saja?”
Ahhh,
itu yang sebenarnya, bukan?
“Kami
sedang mencuba, Mar. You ingat senang ke kami nak trace balik duit yang
bestfriend babah you gelapkan. You ingat dia main sorok-sorok bawah katil,
macam tu?” Sengaja dia tekankan perkataan babah untuk pendengaran Marlini
Ikut
hatinya yang panas, babah Marlini dia sembur. Pandai-pandai minta papa si Marlini
kenalkan papa dengan Tuan Azam. Jutawan terhormat konon, ambik kau. Ayad urut
dahi, lepaskan nafas perlahan-lahan.
“Habis
tu, you nak salahkan babah I?”
Ahhh,
yang ini dia malas. Perang mulut yang tak berpenghujung. Ayad ambil raybans,
sangkut pada wajah.
“You
nak pergi mana?” Terkejut Marlini melihat Ayad yang tiba-tiba bangun.
“Balik.
Lagipun bukan you cakap kita nak putus ke? Okay, fine. Kita putus. The end,
habis cerita.”
Dia
buka langkah. Sungguh dia penat. Penat dengan segala dugaan yang datang
bertimpa-timpa. Hatinya memujuk menyuruh dia menoleh, dia tetap teguh.
“Ayad!”
Dia
tetap tak menoleh. Retak hati seorang lelaki teramat payah untuk bercantum
kembali.
Sepi.
Ruang
itu sunyi tanpa suara. Meja kayu kesayangan papa diusapnya lembut. Sudah hamper
satu jam dia menunggu, bayang papa belum tiba.
“Dah
lama along sampai?”
Dia
sengih. Jarang papa memanggilnya begitu.
“Lamalah
juga. Uzair mana?”
Haji
Nasir senyum lembut. Dihenyaknya tubuh ke sofa, bersebelahan dengan Ayad.
“Ada
di pejabat SPRM lagi. Papa tak larat nak menunggu lama-lama.” Dis sudah semakin
tua, tenaganya mului surut. Pada Ayad dan Uzair saja dia mampu berharap.
“Ayad
kena ke Terengganu. Ayad kena pergi dan pantau dari sana, papa tak percayakan
orang lain.”
Terpempan
dia seketika.
“Kenapa
dengan Terengganu?” Berkerut dahinya dengan permintaan papa yang tiba-tiba.
“Tuan
Azam gelapkan duit syarikat guna akaun cawangan kita di Terengganu. Ayad kena
pergi sana. Bawa Lay sekali untuk pantau dan trace balik akaun.”
Dia
tepuk dahi. Begitu rupanya. Wajah keruh papa buat hatinya terusik. Berat
benarkah kali ini dugaannya?
“Mar
minta putus, jadi rancangan Yad nak meminang dia dia minggu depan dah tak
jadilah kot.”
Allah.
Haji
Nasir urut dada. Terasa sebak namun dia gagahkan untuk larikkan senyum.
“Along
tak apa-apa?”
Ayad
ketawa besar. Dia? Baik-baik saja. Retak hatinya jangan dilaung pada dunia,
malu. Dia lelaki, lelaki harus kuat.
“Baik
dia putus sekarang, pa. Kalau jadi lepas kahwin, lagi sakit kepala. Biarlah,
mungkin Yad dah tak mampu untuk jadi calon suami yang serba lengkap untuk dia.”
Haji
Nasir tepuk lutut Ayad perlahan-lahan. “People generally see what they look
for, hear what they listen for.”
“Maksud
papa?”
“Learn,
my boy. Learn how to be a man.”
Dia
senyum, peluk papa erat-erat. Hati lelakinya sarat dengan serbu perasaan.
Berpisah dengan Marlini langsung tidak seperti ini.
“She
doesn’t deserve you, my boy.”
Dia
angguk. Kalau Marlini mahu pergi, pergilah. Dia mahu berbakti untu papa dan
keluarga.
“Bila
Ayad kena pergi, pa?”
Secepat
mungkin. Lay pun dah tahu, dia dah stand by. Rumah singgah ada papa sediakan.
Alamatnya ada dengan Lay. Tak apa, jangan rushing. Tunggulah seminggu lagi.”
Dia
geleng.
“Lusa
Ayad pergi. Kita kena selesaikan hal ni secepat mungkin.”
Haji
Nasir angguk, tepuk bahu Ayad dalam sebak.
“Maafkan
papa, Yad. Papa betul-betul menyusahkan Ayad sekarang. Papa dah susahkan
semua.”
Sekali
lagi dia geleng. Dia genggam tangan papanya seerat mungkin.
“Allah
sedang menguji kita, pa.We gonna make it, believe me.”
“Sini
kau.”
Terkulat-kulat
si pelajar untuk datang, heret kaki mengadap dia. Ewahhh, senang hati nampak.
“Apasal
baju kat luar? Rambut pun panjang? Mu nak cikgu potong ke dengan sabit ke?” Mendidih
pula dia melihat budak-budak sekolah zaman sekarang. Tonyoh kepala kat jalan
tar ni karang masuk suratkhabar pula. Sabar, Lia, sabar.
“Rileks
ah, cikgu. Panas ni.”
Menjawab
pulak si malaun ni. Mahu makan karate dengan dia.
“Panas?”
Sengih
dan angguk.
“Kalau
panas, mari cikgu kasi lagi panas. Apa kata kau pergi berdiri kat tengah-tengah
tapak perhimpunan tu, kau berjemur kat situ. Pergilah, pergi sekarang.”
Cepat-cepat
pekajar lelaki itu masukkan baju uniform ke dalam. Tegak berdiri macam tiang
bendera.
“Sorry,
cikgu.”
Sorry
naik lorilah wei! Sorrylah sangat. Esok buat lagi, dia bagi je.
“Jumpa
dengan cikgu lagi macam ni, kau jalan itik tengah panas, faham?!”
Angguk,
mencirit larinya.
Terdengar
dia ketawa menyapa telinga. Bergegar sekejap.
“Kau
jangan bukan-bukan Lia oiii…nanti ada parents saman kau baru melongo.”
Dah
agak dah, mesti Shidah punya ketawa kalau sampai bergegar sekolah. Dia toleh,
angkat penumbuk.
“Mak
bapak macam tu elok aku saman balik. Buatlah.”
Sekali
lagi ketawa Shidah bergegar. Tuannya kecik saja, apasal ketawa macam gergasi.
Pelik dia.
“Kau
apasal yang salty bebenor pagi ni? Putus kasih dengan lelaki pujaan?”
Binawe
punya kawan. Dahlia cubit lengan Shidah kuat-kuat. Menggeliat rakannya itu.
“Sakit
la wei!”
“Sakit
lagi hati aku tak!”
“Hai
ladies.”
Tiba-tiba
saja diam.
Shidah
sigung dia, mujur tak tersembam di lantai aspal. Memang binawe kepala banana
betul.
“Good
morning, Arman.”
“Good
morning, teacher Shidah. Hai, Lia.”
Panjangnya
umur lelaki ini. Baru dua saat melintas dalam hati terus terpacak depan mata.
Hebat. Sila tepuk tangan ramai-ramai.
“Waalaikumussalam.
Jalanlah dulu, kami nak mengumpat,” balasnya selamba. Shidah dia lihat sudah
ternganga. Hah, ngangalah biar masuk lalat.
Ketawa
besar si Arman. Pelajar-pelajar perempuan yang berjalan di hadapan mereka mula
tertoleh-toleh. Nak buat macam mana, muka hensem si Arman memang pujaan satu
sekolah. Bukan dia, huihhh…langsung tak kena dengan taste dia. Hensem tapi
ramai sangat peminat. Buat sakit kepala adalah.
“Mengumpat
saya ke?”
Kali
ini tiga kepala itu menoleh serentak. Dah bila pula puan pengetua ada berjalan
kat belakang mereka ni. Nasib baik tak sempat kutuk maki sana sini.
“Assalamualaikum,
puan.”
Hajah
Sazlinda senyum lebar, jawab salam dan berlalu pergi.
“Loceng
dah lama bunyi ya, masa tu amanah ya cikgu-cikgu.”
Ambik
kau, kena sebiji depan muka. Dahlia tahan gelak. Apa lagi, macam lipas kudung
mereka buka langkah.
Ruang
duplex itu dia tenung lama-lama. Sudah bukan rezekinya, tiada apa yang perlu
dia kesalkan. Papa memang melarang dia jual kondo duplex ini, tapi biarlah.
Lagipun rumah papa sudah cukup besar untuk mereka semua.
“Mithra,
ini kad kunci. I dah ambil semua barang tapi kalau ada yang tertinggal, bolah
tak yang tinggalkan di management office.”
Gadis
itu senyum, angguk. “Dah you tak tinggal sini lagilah?”
Dia
angguk, kenyit sebelah mata.
“Yang
datang nanti lagi hensem tau, Mit.”
Mengekek
gadis itu ketawa. “Hensem tu bonus, kalau baik hati macam you lagi I suka.”
Ayad
lemparkan sengih. “Okaylah, take care. See you around.”
Bila
dia buka langkah.sekali lagi dia toleh. Tak mengapalah, selama ini dia sudah
merasa bagaimana hidup dalam serba ada,apa salahnya dia mulakan kembali. EXXO
Global akan dia bangunkan kembali dengan papa dan Uzair.
Dahi
mama dikucupnya lembut.
“Uncle!”
Lebar
sahaja bukaan tangannya menyambut Izraa yang tiba-tiba datang. Diciumnya si
kecil itu sehingga tergelak riang.
“Mana
abi?”
Izraa
sangkut tangannya pada leher Ayad, cium pipi Ayad penuh kasih sayang.
“Abi
keluar, marah Rara.”
Dia
ketawa lagi.
“Ummi?”
“Sleep.”
“Kenapa
abi marah?” soalnya lembut. Diusapnya kepala Izraa berhati-hati.
“Rara
tarik ekor Leo.”
Ahhh,
patut pun. Leo kucing kesayangan Uzair. Pantang orang lain usik, marahlah dia.
Hai, dengan anak sendiri pun marah ke?
“Nanti
Leo gigit Rara, sebab itu abi marah.”
Geleng
berkali-kali.
“Abi
jahat.”
Habislah
kau Uzair, merajuk takpasal-pasal si kecil ni.
“Uncle?”
“Uncle
hensem, sayang uncle. Nak doll.”
Hah
ambik kau, itu yang sebenarnya.Tergelak besar dia.
“Uncle
tu taka da bini, Rara. Mintak je apa Rara nak, biar uncle belikan.”
Perghhh,
panas telinga dia sekejap. Dia jeling mama yang mula terpisat-pisat bangun.
“Ingatkan
tidur.”
Hajah
Maya menggeliat. Dia cebikkan bibir. Diraihnya cucu nan seorang ke ribaan.
Menggelekek Izraa ketawa.
“Macam
mana nak tidur, susah hati pasal kamulah.”
Ayad
sengih, bersandar dalam keluhan. Wajah suram mama buat dia serba salah. Dia
tahu mama runsing, susah hati.
“Mama
susah hati pasal syarikat?”
Hajah
Maya geleng, capai tangan Ayad.
“Syarikat?
Tak, mama runsing pasal Along. Mama dah lama hidup dalam susah dan senang, kalau
Allah nak tarik balik pun, mama redha. Kita masih ada rumah dan mama masih ada
papa, kamu semua.”
Dia
cium tangan mamanya lembut. Mama hatinya kental namun lembut. Kadang-kadang
nampak tegas namun kalau kena caranya mama cair dengan pujukan.
“Tak
payah risaukan Ayad, ma. Dah besar panjang pun, hensem lagi tu.”
Geram
pula “Habis tu kenapa Marlini nak putuskan pertunangan?”
Dia
pejamkan mata. Sudah dia agak, inilah isu sebenar yang mama mahu bincangkan.
“Mana mama tahu?”
“Ulfah.”
Tu
dia, adik dia yang menetap di UK sekarang pun lebih pantas sampai beritanya.
“Mana Ulfah tahu?”
Hajah
Maya cubit lengan anak itu. Menyengih Ayad pandang dia.
“Babahnya
yang mahu kamu putus?”
Angguk
tidak, geleng pun tidak. “Mar dah dewasa,ma. Kalau babahnya suruh putus
sekalipun, dia sendiri boleh buat keputusan. Orang tak hendak, takkan Ayad nak
terkejar-kejar. It’s not my style.”
Wajah
Ayad yang ceria dia pandang lama.
“Kamu
tak sayang dia?”
Eh,
apa punya soalan mama bagi ni? Tegaru-garu dia sambil tersenyum lebar.
“Kalau
sayang pun orang tak mahu buat apa, ma.” Ditepuknya punggung Izraa yang tadi
lena disebelahnya. Jadi budak-budak lagi senang hati kot, tidur, makan dengan
main saja. Bahagia hidup.
“Lusa
Ayad naik Terengganu, pantau cawangan sana.”
Pandai
saja anak ini mengalih tajuk. Dia cubit sekali lagi lengan Ayad. Biasa tu.
“kita bincang hal lain, kan?”
Mengaduh
dia. Macam mak ketam naik angin.
“Kenapa
mama tak tanya je Datin Siti Fatimah tu? Bukan mama Marlini tu kawan baik mama
ke? Tanyalah dia kenapa, bagaimana dan mengapa? Tanya Ayad buat apa, bukan Ayad
yang putuskan.” Sengaja dia tekankan nama mama Marlini, merangkapkawan baik
mamanya.
“Itu
dulu, waktu senang.Waktu susah siapalah yang nak mengaku kawan, Ayad.”
Hah!
Dapat pun jawapannya kan. Ayad bangun perlahan-lahan, bimbang Izraa tersedar
dari lena. “Macam itu juga dengan Marlini, ma.”
Hajah
Maya gigit bibir, sayu pandangannya melihat batang tubuh Ayad. Bersabarlah hai
anak, sesungguhnya Allah menguji orang yang Dia kasihi.
“Lia
dah sarapan?”
Huuih,
nasib baik dia tak melatah kea pa tadi. Janganlah main-main serang hendap macam
gitu, lemah jantung dia kejap.
“Alhamdulillah,
dah. Singgah café akak tadi sebelum datang sini.” Arman dia lihat senyum manis.
Inilah yang dikatakan tall, dark and handsome tu. Mahu dia tergelak dalam hati.
Entah berapa ramai sudah hati yang dipatah-patahkan si tall, dark and handsome
sebelah dia ini.
“Cikgu,masa
PJ ni, cepatlah.”
Sekali
lagi mahu dia tergelak.Dua pelajar perempuan dengan muka kelat ada di hadapan
mereka, berpeluk tubuh pandang dia dan Arman. Apa? Budak-budak ni ingat dia
heran sangat ke dengan si Arman ni, tolonglah.
“Ya,
pergilah beratur, buat warming up. Cikgu nak pergi padang juga ni pun.nak
mengorat Cikgu Dahlia pun tak senang awak semua ni.”
Eh
sedapnya mulut. Nak kereta dia kena calar ke? Budak-budak sekarang bukan boleh
main oiii, muka macam bidadari belum tentu perangai macam malaikat. Nampak lagi
kelat dua pelajar perempuan dihadapannya. Huh, underwear mak bapak belikan pun
dah pandai jeling cikgu. Dahlia senyum lebar.
“Jangan
nak mengada-ngada ya, saya dah ada pakwe pun. Ni, ambik cikgu awak heret pergi
padang. Jeling apa jeling, nak rasa junjung buku tengah panas?”
Cepat-cepat
dua pelajar itu geleng kepala. Hairan dia, kalau zaman dia sekolah dulu, nak
angkat muka bertentang mata dengan cikgu pun segan. Sekarang? Silap haribulan
dia kena maki dalam social media. Dahsyat.
“Betul
cikgu dah ada pakwe?”
Ke
situ pulak. Dah dia cakap tu iakan saja sudahlah. Banyak soal. Cepat-cepat
Dahlia buka langkah. Lagi dilayan, lagi panjang ceritanya.
“Lia,
nanti rehat sekali ya.”
Ishhh,
dia seligi juga si Arman ni karang.
Berpeluh
juga dia dan Lay memilih fail mana yang mahu dibawa. Boleh tahan berpinar
matanya mengadap iMac. Mujurlah Lay memang kaki computer, semua benda dia tahu.
Tak sia-sia jadi orang kanan dia.
“Lay,
kau okay ke ikut aku pergi Terengganu ni?”
Pemuda
cina itu tersengih namun matanya masih terpaku pada screen iMac.
“No
hal. Lagipun kau memang boss aku, mana kau pergi, aku follow.”
“Tu
bodyguard, kau IT konsultan merangkap pegawai akaun paling hensem kat sini.
Menangislag semua awek kau kat ofis ni. Mahu meraung-raung kau taka da,”
usiknya dalam gelak. Lay memang ada rupa. Kulitnya taklah putih sangat tapi
memang kemas dan kacak. Kalau sekali pandang, memang boleh jadi artis kot.
“Kau
pun sama la, Yad. Cakap aku buat apa, aku kuli je pun. Kau boss lainlah, awek
beratur ,bro.”
Ayad
ketawa kuat-kuat. “Dulu, sekarang ni bila company dah berantakan, awek pun
lari, Lay.”
“Tu
bukan awek, tu Pontianak. Tau hisap darah dengan duit je.”
Sekali
lagi dia ketawa. Jangan main-main dengan si Lay ni, mulut macam mesin gun.
Sekali senyum manis, sekali dia marah, tersungkur.
“Janice
macam mana, dia marah tak kau ikut aku?”
Pantas
saja tangannya mengetik itu dan ini.
“Janice?
Mana ada Janice lagi, Yad. Dia dah ada baobei baru, lagi tebal poket tau.”
La,
patut pun keruh saja air muka si Lay sehari dua ni, sama nasib rupanya.
“Perempuan
memang macam tu ya, Yad? Masa susah semua lari.”
Ayad
tarik nafas dalam-dalam. “Entah, aku pun takt ahu nak cakap apa. Memang lumrah
kot. Dia sandarkan kepala pada dinding, terbayang wajah Marlini yang manis
tersenyum. Bunyi ketukan pada pintu buat mereka berpandangan.
“Boss,
Cik Marlini ada kat luar.”
Lay
pandang dia, tersengih sambil angkat ibu jari.
“Habis
tu you pergilah?”
Masih
lagi dia diam. Kopi panas itu masih berasap nipis di hadapan mata. Renungan Marlini
dia abaikan seketika.
“Yad,
Mar tanya ni.” Rusuh bunyinya suara gadis itu.
Ayad
angkat wajah, tenung Marlini penuh tanda tanya. Bukan ke mereka dah putus, apa
lagi yang gadis ini mahu sibukkan.
“Kalau
ya, kenapa? Bukan antara kita dah kosong, zero?” Pelik dia.
Diketapnya
bibir berkali-kali. Riak serius Ayad buat dia serba salah.
“I
masih sayangkan you, Yad.”
Okay,
kalau dia lontarkan ketawa kuat-kuat pun tak apa, kan. Funny. Boleh buat sketsa
drama kot. Matanya berpaut, cuba mencari jawapan di sebalik kata-kata itu.
Percayalah, dia lelaki. Dengan mama dia boleh tersenyum, mengakui hatinya
biasa-biasa saja. Aduh, mana mungkin. Renyuk, relai dan rebah hati lelakinya
yang satu ini. Dia masih lagi manusia. Titik.
“Damn,
you are joking, right?” Rendah nada suaranya melempar kata.
“I
am, Yad. Tapi…”
There,
there…ada tapi.
“Tapi
babah berkeras mintak you putuskan juga demi masa depan you dan cari lelaki
yang lebih baik untuk jamin kebahagiaan you sampai ke anak cucu, tak gitu?”
Terdiam
dia tanpa kata. Wajah ayad yang serius memandangnya buat dia sedikit gentar.
Sungguh, selama hamper tiga tahun dia bersama Ayad, lelaki ini sentiasa letak
di tempat paling tinggi, teratas dalam carta hatinya.
“Jangan
buat I serba salah, Yad. You tahu bagaimana I sayangkan you. But, sebagai anak,
I kena ikut apa yang babah dan mama I mahu.”
Jarinya
menolak rambut, merenung langit beberapa ketika sambil melepasakan nafas.
Sungguh dia pelik. Ayad tolak senyum.
“Habis
tu, apa yang you nak sebenarnya, Mar?”
“I
need you to make things right! Baiki semua ni, kembali pada asal, suasah sangat
ke,” tuturnya geram.
Mudah
untuk bercakap bila yang terjadi bukan pada diri sendiri. “Habis tu you ingat I
buat apa, goyang kaki?”
Ayad
berang. Dia pasti kerna nada suara lelaki itu bertukar keras. Marlini tarik
nafas dalam-dalam, tenangkan diri.
“Bukan
macam tu, you paham tak apa yang I nak cakap ni. I still love you, Yad. Just
you know, you kena pulihkan keadaan dan all gonna end well for all.”
Penat,
dia penat dengan semua ini.
“Kalau
macam tu, I gerak dulu. Banyak benda yang I nak kena baiki, kena pulihkan untuk
dapat kembali tempat I macam dulu. Sementara kosong, apa kata you cari calon
yang sepadan, boleh?”
Pantas
dia bangun, cuba meraih lengan Ayad namun lelaki itu terus berlalu. Damn you,
Ayad. Come back here!
Hari
cuti memang seronok. Paling best lepas solat subuh dia kembali sambung membuta.
Tak perlu berkejar-kejar ke bilik air, hidupkan enjin kereta atau masauk kerja.
Ahhh, heaven.
“Aunty
mama cakap bangun jangan tidur sampai tengahari nanti tak kahwin!”
Adoi,
macam mana dia boleh lupa kuncikan pintu ni.dahlia tepuk dahi beberapa kali.
Habislah dia kali ni.
“Aunty!!!”
Ya
Allah, boleh cair tahi telinga dengan si Anggerik kalau macam ni.Hairan dia,
muka cute amat, suara macam bapak
Godzila, bergegar satu rumah.
“Get
out, main jauh-jauh, baby. Aunty nak tidur ni…” Dikuisnya Anggerik di hujung
katil. Jangan tergolek jatuh ke bawah sudah, patah riuk anak kakaknya, mahu
dengan dia sekali kena patah-patahkan sekali.
“Eee…busuk.
Tak gosok gigi.”
Dahlia
buat tuli, sengajalah tu nak suruh dia marah. Taktik lapuk la weiii…
“Baby,
mama panggil.”
Anggerik
diam sebentar, terkebil-kebil dia. “Taka da pun.”
“Baby!”
Dahlia
gulingkan mata. “Habis tu, siapa panggil baby tu, hantu?”
Anggerik
jelirkan lidah, cepat-cepat berlari.
Dia?
Lagi laju dari anggerik lompat dari katil dan kuncikan pintu. Yahuuu, dia mahu
sambung tidur!
Bunyi
pintu biliknya ditepuk kuat buat Dahlia mahu menjerit. Apa lagi ni…
“Apa?!”
“Mama
cakap kalau tak bangun mandi, baik masuk kubur!”
Binawe
betul. Yalah, yalah dia bangunlah ni.
Dia
seronok di sini. Angin dari pantai tak jauh dari café ini buat matanya diulit
kantuk. Hari ini penuh café milik abang ipar dan kakaknya jadi tumpuan,
biasalah hari cuti. Pagi-pagi lagi dia, Jijoe, Ema dan Tina berpeluh sakan.
Danny yang bancuh air pun boleh mengeluh penat. Nasiblah, rezeki jangan
ditolak.
“Kau
tunggu putera idaman jatuh dari atap ke apa?’
Siutlah
kawan macam ni. Mengekek-ngekek mereka ketawa. “Bila kau sampai?”
Shidah
suap kuih kasturiyang masih lagi berbaki di tangan. Sedap, macam air tangan mak
dia. Kacangnya tak manis sangat, ngam-ngam.
“Aku
dah siap melahap laksam semangkuk, kau punyalah berangan sampai tak sedar aku
sampai ya, Lia.”
Ditunjalnya
kepala Shidah, tunjal-tunjal manja. Minah senget ni mana tahu malu.
“Cakap
nak jogging, membedal bukan main banyak.”
“Nak
bersenam kenalah ada tenaga, kawan. Nanti belum separuh jalan dah pengsan, langsung
aku panggil ambulan.”
Menceceh
banyak. Dahlia bangun, buat sedikit regangan. Sempat dia menjenguk ke dalam
café, pelanggan sudah surut. Bolehlah dia dan Shidah teruskan rancangan mereka
untuk berjogging.
“Cepatlah,
nanti panas kau jugak merungut.” Lengan Shidah ditariknya lembut. Ternganga-nganga
si Shidah mahu menyuap baki kuih.
“Kalau
ya pun tunggulah kejap, kau nak aku mati tercekik ke wei?!”
Dahlia
ketawa. Hai hidup, kalaulah hari-hari dapat ketawa begini, dia pasti bahagia.
Menyelusuri
jalan yang sedikit lengang umpama satu perkara yang luar biasa bagi manusia
seperti dia. Kesesakan lalu lintas umpama satu dongeng tatkala keretanya mula
membelah jalanraya di Terengganu. Sibuk tapi jauh bezanya dengan Kuala Lumpur.
Padat memanglah tapi bukan sesak macam sardine kena sumbat. Lay sudah lama
lelap. Superbike pemuda cina ini ada bersama lori yang mengangkut barang-barang
mereka yang jauh di hadapan. Selepas subuh tadi mereka bertolak, sekarang
hampir jam sebelas pagi.
“Lay,
dah sampai ni.”
Membebel
Lay dengan mata yang masih tertutup. Mangantuk lagilah tu. Kata papa, rumah
singgah di Terengganu ini serba lengkap. Cuma perlu bawa baju pakai dan
barangan peribadi yang dirasakan perlu sahaja. Dia bukan kisah sangat, asal ada
sudah cukup.
“Lei
Jun, we are here.” Sengaja dia panggil nama sebenar sahabatnya itu.
Ternganga,
mujur tak masuk lalat. Jaguar XE merahnya sudah dia jual. Biarpun dia sayang
kereta itu, cukuplah dengan Honda CR-V baru ini untuk kegunaanya. Silap
haribulan dia pakai motor terus.
“Dah
sampai ke? Aku laparlah, bro.”
Ayad
senyum. Memang pun, dia pun lapar. Berhentinya Cuma sekali sepanjang
perjalanan, inipun dia dan Lay makan roti bakar sahaja tadi.
“Tak
apa, sampai nanti kita tunggu dorang siap kemaskan barang, aku call pizza.
Malam kita cari nasi.”
Ke
langit ibu jari si Lay. Makan banyak, badan tak gemuk-gemuk. Baguslah, malas
dia nak masuk gim. Jogging lagi seronok. Keretanya membelok ke kiri,
perlahan-lahan menyusur laluan kea rah deretan rumah ters dua tingkat. Cantik,
damai. Hujung jalan sana pantai memutih terhampar indah. Nice view.
“Wow,
dekat dengan pantai. I like it. Petang-petang boleh aku memancing.”
Mahu
tergelak dia. “Kau, memancing?”
Lay
angguk, jongket kening. “Kenapa, tak percaya? Kau ingat aku larat nak mengadap
lappy sepanjang hari, boleh biol, bro. Mata ni, kena rehat. Tengok benda yang cantik-cantik.
Pantai cantik, langit cantik, perempuan cantik…”
Huh,
memang. Semua nak cantik. Pandailah kau. Perlahan-lahan dia tekan brek.
Alhamdulillah, sampai akhirnya. Semoga semuanya baik-baik saja.