BAB 3
“Zarra?”
Akhirnya dia bersuara. Bergetar dan perlahan. Gadis itu dilihatnya masih kaku memandangnya. Merenungnya bagai dia seekor raksasa, hantu mungkin.
“Zarra?”
Kali ini suaranya sedikit kuat menyapa telinga.
Zarra telan liur. Nafasnya tersekat, pandangannya kabur dengan airmata yang entah datang dari mana.
Kakinya.
Kenapa kakinya tidak mahu melangkah? Jalanlah, bergeraklah hai sang kaki!
“Zarra?! Tadi cakap nak balik, apasal kau kat sini lagi ni? Cepatlah wei, nanti hujan. Oh, hai Encik Hisham.”
Dilla.
Nasib baik Dilla datang. Dia kumpulkan segala tenaga, segala kekuatan. Kakinya akhirnya melangkah. Mulanya perlahan, namun kian laju. Laju dan laju sebagaimana aitmatanya turun berlari ke pipi.
Tak mungkin ini terjadi pada dia.
Tuhan, kenapa kau seksa aku begini?
Dia melabuh duduk di sofa yang berdekatan. Jantungnya masih berdegup laju. Hisham raup wajah beberapa kali. Benar.
Benar itu Zarra.
Zarra yang dilukainya.
Luka? Hahahaha…kelakar bukan.
Mana dilukai, disentuhnya. Dinodainya. Dikotori dia.
Tangannnya kembali menekup wajah. Hari itu datang lagi. Hari yang paling celaka dalam hidupnya. Hari di mana segala kewarasannya hilang, imannya terbang.
Hari paling malang dalam hidup Zarra.
Dia tekup wajah, pejam mata. Mana tahu, segala kenangan itu akan terusir sendiri.
Tangannya masih menggeletar. Pintu bilik dikatupnya rapat. Umpama dia kembali ke hari itu. Hari yang penuh dengan hujan, di mana dia hilang segalanya. Maruah diri, hilang kehormatan. Dia tutup pintu rapat-rapat, lalu mengambil bantal. Kali ini dia menangis, dan menangis lagi
“Apa kena dengan kamu?”
Hisham angkat wajah. Dia lemparkan senyum tawar.
“Penat, mi.”
Hajah Kalsom kerutkan dahi. Perlahan dia tanggalkan telekung solat. Suaminya sudah terlena di hadapan televisyen. Mudah sungguh lelap.
“Kerja dalam aircond pun penat ke?”
Dia sengih-sengih.
“Penat mental.”
Hajah Kalsom cebikkan bibir. “Kamu ni ada benda lain yang kamu fikir, kan?”
Mai dah penyiasat persendirian tak bertauliah ni. Pantas dia bangun. Baik dia cabut, sebelum sesi soal jawab diteruskan, ada bagusnya dia angkat kaki,kan?
“Ummi, Sham masuk dulu. Bye sayang.”
Hajah Kalsom diam saja, pandang Hisham yang bergerak masuk.
“Sham…”
Dia berhenti seketika.
“Kamu ada jumpa Zarra ke?”
Allah.
Macam kena hempap dengan batu. Dia pasti, ummi pakai tembak saja. Tapi tembak ummi itu betul, tepat ke dahinya.
Kali ini dia nampak sepasang mata umminya sedikit membulat. Ahhh sudahhh…
“Sham, kamu cakap baik-baik. Kamu nampak Zarra kan, jumpa dia? Kat mana? Macam mana dia?”
Dia tarik nafas dalam-dalam.
“Tak, Sham tak jumpa dia, tak nampak dia, mi. Pandai-pandai aje ummi ni.” Maafkan, Sham. Belum masanya lagi, mi. Sham sendiri masih terkejut.
“Kamu cakap baik-baik, Sham. Yang kamu diam berkerut dari tadi tu kenapa?”
Dia pandang ummi, beri satu sengihan lebar.
“Sham fikir, nak bayar hutang PTPTN sekaligus ke nak potong gaji bulan-bulan.”
Hajah Kalsom kecilkan mata. Ye ke?
Hisham masuk, tutup daun pintu. Sekejap dia bersandar, pejamkan mata. Wajah Zarra yang manis sedang menangis buat dia buka mata.
Ya Allah…kenapa sekarang?
Pagi-pagi lagi dia sudah menipu. Dia call Dilla, cakap dia demam. Memang dia rasa macam nak demam. Sesudah Subuh, dia kembali ke katil. Tidur? Langsung tidak. Malam tadi memang dia tidur, namun entah bila waktunya. Jumpa dengan lelaki itu, buat dia lari balik ke rumah. Balik ke tempat perlindungannya, biliknya. Dia hanya mampu berkalih, buka mata pandang alang rumah. Si Abam lagi lena tidurnya dari dia.
“Zarra, kamu tidur lagi ke?”
Mak.
Kalaulah mak tahu apa yang pernah jadi pada anak nan seorang ini, dia pasti mak juga mahu mati. Zarra kesat pipi.
“Tak, baring je. Tak sihatlah, mak.”
Daun pintunya ditolak perlahan.
“Kenapa, kamu demam?”
“Tak, letih je,mak. Nanti okaylah.”
Aini usap kepala Zarra pelan-pelan. Tak panas, jadi betul cakap Zarra yang dia tak demam.
“Kamu cuti hari ni?”
Zarra peluk lengan Aini dengan erat.
“Ya. Hari ni Zarra cuti, Zarra nak rehat kejap aje.”
“Zarra rehat lama-lama pun tak apa. Zarra dah penat kerja. Mak mintak maaf. Kalau Zarra pergi Kuala Lumpur, mungkin Zarra dapat kerja yang lebih baik, tak perlu Zarra banting tulang macam ni.”
Dia senyum lebar. Tangan mak diciumnya lama-lama.
“Tak payah, mak. Rezeki ada di mana-mana. Kita je kena pandai cari. Lagipun kerja Zarra sekarang okay je. Bukan Zarra kerka angkat batu bata ke apa.”
Memang, dia suka di The Bliss, masalahnya sekarang, masalah sudah datang. Patutkah dia berhenti?
“Alhamdulillah. Mak seronok Zarra dapat kerja. Nenek tu, lagilah. Hari-hari sebut Zarra kerja manager.”
Hahahaha…nenek. Mana ada manager pakai Honda EX5 macam dia. Dia diam sebentar.
“Kalau Zarra tak nak tidur, rehatlah. Lapar nanti, keluar makan. Mak tak buat banyak, nasi goreng dengan ikan kukus aje.”
Ala mak, itu sudah cukup tersangatlah bagi dia.
Fail itu dipegangnya lama. Sekeping gambar Zarra ditenungnya tanpa kerdipan. Nah, dia pasti, Zarra adalah Zarra. Alamat rumah gadis itu masih sama, sebelah kampungnya, rumah lamanya. Sepasang mata coklat milik Zarra tetap sama. Gambar itu seakan merenungnya, bertanya dia, apakah dosa dia lakukan perkara sekeji itu.
Hisham tarik nafas lama-lama.
Master.
Gadis itu ada Master in Bussiness Administration. Sekarang, Zarra kerja di sini. Receptionist. Huh. Kejamnya takdir.
“You buat apa?”
Dia tutup fail itu perlahan-lahan.
“Saja nak check fail-fail pekerja baru. Tapisan keselamatan.”
Kartini mengalun ketawa, lunak dan riang.
“Well, Sham dah janji, kan? Hari ni kita lunch sama-sama. Boleh, Tini curi Sham sekejap?’
Dia bangun, seluk tangan dalam poket sambil jeling jam pada dinding. Patutlah perutnya berkeroncong, sudah hampir pukul dua.
“Okay, jom. Kejap, Sham kemaskan meja.”
“Alaaa…biar je. Bukan ada benda penting pun, kan?”
Dia senyum sambil geleng.
Fail Zarra yang tertutup masih di mejanya. Tak. Tak penting langsung.
“Walaupun dah khatam tiga kali,tak bermaksud kamu tak payah baca Quran.”
Tu dia, nenek sudah berbunyi. Dia sengih-sengih dalam telekung solat.
“Tak payah baca banyak, satu muka surat sehari pun dah cukup. Lama-lama habis juga,kan?”
“Iya, nek.”
Tuk Teh usap Al-Quran arwah suaminya. Walaupun sudah usang namun masih kukuh dan jelas.
“Kamu monteng kerja ke?”
“Ehhh…mana ada. Zarra sengaja mintak cuti sebab nak baca Quran dengan neneklah.”
Adeh deh deh deh…sakitnya kena cubit wooo…
“Jangan nak sabitkan nenek. Kalau nak memonteng, tanggung sendiri. Baca Quran konon, baca tiga helai pun mata dah kelip-kelip nak tidur.”
Hahahaha…nenek oh nenek.
“Kalau kita nak majikan sayang kita, buat kerja mesti ikhlas. Dapat sikit atau banyak, itu namanya rezeki. Yang penting, halal.”
“Ya, nek.”
“Kamu jadi kuli ke, jadi boss ke, hormat semua orang. Paling utama, jaga pergaulan.”
“Ya, nek.”
Tuk Teh dengus nafas. Mengantuklah tu. Dia tarik telinga Zarra kuat-kuat.
“Dah, pergilah kamu lelap kejap. Nanti dah masuk Asar, tak baik kalau tidur. Bangun nanti otak jadi tolol. Kalau nak lelap. Lelap sekarang.”
Uh, dah lelap pun. Atas sejadah, Zarra lena tanpa mimpi.
Jayasri pandang Zarra.
“Kenapa nak tukar position? Housekeeping banyak kerja tau, Zarra.”
Dia sengih-sengih.
“Zarra nak cari pengalaman, Puan. Mahu tahu corak kerja semua position.” Pandai je dia beralasan.
“Kalau ada orang sanggup tukar, Zarra boleh masuk team housekeeping. Tapi, untuk minggu ni, I rasa you kena stay di reception dulu. Boleh?”
Dia tarik nafas pelan-pelan. “Okay, cool. Tapi kalau ada kosong, jangan lupa tukarkan Zarra ya.”
Jayasri angguk. Pelik. Berebut-rebut yang lain mahu ambil position tu. Tak berat seperti housekeeping dan cleaning. Pelik betul budak Zarra ni.
“Okay. But, standby seluar panjang hitam. Mana tahu Zarra boleh trade places nanti.”
Oh, itu kecil punya masalah. Dia sudah ada lima pasang seluar hitam. Easy.
:Terima kasih, Puan Jayasri. Thanks.”
Jayasri ketawa, sambut huluran salam itu. “Kerja baik-baik tau, potong gaji nanti.”
Zarra ketawa. “Tolong ya, Puan.”
“It’s a small matter, Zarra. Anything, I will tell you.”
Zarra bangun, tinggalkan pejabat itu cepat-cepat.
Hatinya beku.
Jantungnya terhenti.
Mana dia mahu pandang? Okay, pandang kaunter. Jangan pandang depan. Buat biasa-biasa sudah. Jangan gabra, be cool. Takkan Hisham nak datang tegur dia macam kawan lama,kan? Tak mungkin. Zarra tarik nafas, berikan senyum manis pada guests yang lalu lalang.
“Oh mai, oh mai, oh mai…he’s coming…”
Dia jeling Dilla yang sedikit ternganga. Kenapa? Hensem sangat ke si Hisham tu? Huh, kalaulah Dilla tahu apa disebalik wajah itu.
“Selamat petang, Encik Hisham.”
“Selamat petang, Encik Hisham,”tuturnya sesopan mungkin. Dia tundukkan wajah.
“So, macam mana hari ni, ramai guests yang check in?”
Dilla gelak manja. Zarra mahu tergelak dibuatnya. Adoi Dilla…kau pun makan dengan jampi serapah mamat ni ke?
“Alhamdulillah, so far so good, Encik Hisham. Ramai hari ni. Kan, Zarra?”
Adoiii…tak payahlah heret aku sama. Kau cakap ajelah dengan mamat tu. Dia senyum. Senyum yang dibuat-buat. Kali ini dia angguk tanpa mengangkat muka. Blah. Tolonglah blah.
“Zarra sihat? Semalam cuti kenapa? Sakit ke?” Lembut sekali suara itu menyoalnya.
Aduhhh…jangan sibuk boleh tak? Dahlah si Dilla ni nganga pandang dia. Haishhhh…
“Saya sihat, encik.”
“Eh, semalam dia demam, Encik. Dia datang kerja dengan motor, tu yang demam tu. Saya dah cakap dengan dia, tinggal kat kuarters terus. Degil dia ni…”
Amboi, amboi, amboi…pemberita pulak si Dilla. Aku lepuk dengan kasut ni karang.
“Semalam demam, hari ni okay.”
“Dah pergi klinik, makan ubat?” soal Hisham lagi. Pandanglah abang, Zarra. Apa tinggi benar benci itu?
Dia pandang skrin computer. Kosong, hilang sebentar kata-kata.
“Ya, encik. Siap kena inject lagi.”
Dilla kembali nganga.
“Weh, kau kena inject? Kat mana, kat bontot ke?”
Ya Allah…haruskah dia cabut kasut dan lepuk-lepuk di tongong sebelah dia ini?
Hisham tahan ketawa. Aduhai…karang tergelak, mahu setahun tak bertegur sapa terus.
“Laa…you kat sini ke? Kenapa I call tak angkat-angkat?”
Hisham lepaskan nafas.
Kartini.
“Sorry , babe. My phone ada dalam ofis. Tini dari mana?”
Kartini senyum manja, jeling Zarra dan Dilla yang tercegat macam patung.
“Dari butik, spa. Check stok. Jom, teman I. Lapar ni. Sengaja tak makan tau sebab nak makan dengan Sham.”
Ya, pergi cepat. Berambus. Blah.
“Ni, tak ada kerja ke? Tercegat macam tolol.”
Hisham tarik nafas. “Dorang kerja la tu. Dah memang kerja dorang tercegat depan kaunter, takkan nak buat kerja lain kot.”
Kartini cebikkan bibir. Pantas disauknya lengan Hisham.
“You jangan nak manjakan sangat staff ni. Nanti naik kepala. Manja.”
“Macam you?”
Kartini tarik muka. “Usik I lagi, jangan jumpa seminggu!”
Dilla jeling Zarra. Mahu termuntah dia. Eleh, jangan jumpa seminggu. Bukan kau ke yang terkejar-kejar datang mengadap. Pigidahhh…
“Bagus tu, boleh Sham buat kerja dengan tekun.”
Kali ini Kartini gigit bibir. “Fine, kalau macam tu, I balik.”
Aduhhh…apa drama pulak yang dibuatnya hari ini. Dia jeling. Zarra masih pandang skrin komputer, langsung tidak pandang pada mereka. Pada dia.
“Babe, tadi cakap nak makan, kan? Dah, jom makan. Kalau sakit, Sham juga yang susah, kan?”
Kartini jeling, senyum-senyum.
“Ingat dah tak sayang I.”
Hisham gosok tengkuk. “Dah, jom makan, okay.”
Kartini kembali senyum, paut lengan Hisham kemas-kemas. Sewaktu mereka melangkah, Hisham sempat menoleh, sedikit.
Dia masih kaku, pandang skrin. Cepatlah pergi, aku mahu bernafas.
Hisham mengeluh dalam hati. I will see you again, Zarra. I will. Cepat kali ini dia berlalu.
Ahhh…leganya. Baru dia berani bernafas. Mahu terduduk dia sebentar.
“Okay Zarra, talk.”
Kan? Memang dia dah agak, mesti kena soal siasat punya.
“Talk apanya.”
Dilla tongkat dagu. Matanya pandang terus wajah Zarra.
“Kau kenal Encik Hisham, kan?”
Malasnya dia nak jawab.
“Ya.”
Dilla tepuk tangan, loncat-loncat macam kera dapat bunga. Kena penampar sekali baru betul.
“Lagi, tak kan itu je kot? Mana kau kenal dia?”
Ni lah natijahnya. Gatal sangat nak mengaku kenal.
“Dulu dia duduk sebelah kampung aku. Dah, jangan tanya. Kalau kau nak tahu sangat, buat soalan karangan, biar aku tolong hantarkan, biar dia jawab.”
“Ala…tanya pun marah ke? Yelah, yelah…tapi…untunglah kau. Senanglah nanti.”
Hahahaha…boleh dia gelak sambil nangis kat sini? Senang? Gila. Makin susah adalah.
“Dilla, jangan cakap dengan sape-sape, aku lepuk kau nanti.”
Dilla jelirkan lidah, acu penumbuk.
Siaplah kau. Berani kau buka mulut, aku sumbat dengan tayar motor!
“Cantik kan staff tadi.”
Hisham toleh, pandang wajah Kartini yang mencuka. Ya, inilah caranya tuan-tuan, encik-encik. Cara wanita psikokan lelaki. Soalan yang berbentuk pernyataan. Kalau berani, jawablah. Cakap je, jangan takut-takut. Jawab betul pun kena, jawab salah pun kena. Kesimpulannya, lantak korang.
“Ya, cantik.”
Memang Zarra kian cantik. Dia masih ingat. Waktu dia bermain bolasepak dan futsal di kampung sebelah, Zarra melintas di hujung padang. Waktu itu, dengan pakaian sekolah menengah dan basikal merah. Kelakar bila dia ternganga, ditampar cinta pandang pertama.
Cinta ke tu?
“Sham.”
Dia angkat muka.
“You ni kenapa, dah angau?” soal Kartini keras. Wajah Hisham yang berbeza dapat dilihatnya seketika. Wajah yang tersenyum sendiri.
Dia ketawa kecil. Angau? Hahahaha…angau langau dia.
“I kenal dia.”
Kartini bingkas luruskan duduk, pandang Hisham penuh tanda tanya. “Who, that girl at the reception tu?’
Dia angguk, pandang wajah Kartini yang sedikit berubah.
“Mana you kenal dia? Satu U dengan kita ke?” Tak mungkin budak kampung macam tu dapat belajar ke luar negara. Kalau ada pun, yang dapat tajaan biasiswa.
“Nope. Sebelah kampung, kira sekampung dengan I dulu. Kampung lama dulu.”
Kartini ketawa kecil. Ohhh…orang kampung. Patut pun.
“Hmmm…ingatkan skandal you ke apa. Baguslah, dapat jumpa orang kampung sendiri. Hah, buat kenduri, makan-makan, borak-borak.”
Sinisnya. Hisham kembali sandarkan tubuh pada kerusi.
“I fikir macam tu juga. Mungkin boleh ajak dia makan-makan, borak-borak, tanya khabar orang kampung.” Tanya khabar Zarra, melutut mohon ampun.
Kali ini lebih kuat Kartini ketawa.
“Really? Lawak la you ni, Sham.”
“Kalau I betul-betul buat?”
Ketawa itu tiba-tiba terhenti. Kartini pandang dia dalam serius.
“I kill her.”
Hisham pula yang meletup tawanya. Yelah, kill her. Tengok kucing pun melalak macam nampak hantu, ini nak kill-kill orang.
“Sham.”
“Ya,babe.”
“Jangan cabar I.”
Ohhhh…spooky.
Fuhhh…akhirnya hari ini berakhir juga. Dia duduk seketika selepas menyalin pakaian. Hajatnya mahu menumpang di kuarters Dilla, tapi dia mahu balik. Zarra sarungkan jaket, ketatkan tali topi keledar.
“Hai sweetie, dah nak balik ke?”
Kus semangat.
Sudahlah ekzos dan enjin motor itu menggegarkan jantung. Superbike memang macam gitu. Sepuluh kilometer pun boleh dengar. Terkejut dia, kau.
Zachary senyum-senyum. Topi keledar Arai itu dibukanya, membuat anak rambut lelaki itu jatuh terjuntai selepas membuka bandana.
“Iya Mr. Zachary. Going for a date tonight?”
Zachary ketawa, sengaja memulas minyak.
“Nope, malam ni I ada gathering kelab motor, jom ikut.”
Kihkihkihkih…buat lawak ke mat salih celup tepung ni. Mat salih ke? Macam mat salih, tapi cakap melayu tu laju macam bullettrain. Macam pan Asian gred A+. Muahahaha…dah gila agaknya dia.
“Jom, Zarra.”
Dia acu penumbuk.
“Serius? I naik motor EX5 la, Mr. Zachary, you nak suruh I saing dengan you yang naik superbike tu? Nak kawan-kawan you ketawakan Zarra ke?”
Kali ini Zachary senyum lebar.
“I bukan suruh Zarra bawak motor, I suruh Zarra ride with me.”
Huh, ayat player a.k.a top notch love hunter. Zarra acu penumbuk sekali lagi.
“Dah, main jauh-jauh.”
Zachary pulas minyak, bergegar sampai ke jantung.
“Okay sweetie, see ya!”
Zarra angkat tangan, mula hidupkan enjin. Langit kian gelap, ada baiknya dia cepat.
Sehabis rapat dia memulas minyak, namun dia tahu, dia perlu berhenti akhirnya. Rintik-rintik hujan mula menampar pipi. Aduhhh…baju hujan tertinggal. Dia kecilkan mata, nampak sebuah perhentian bas di hadapan sana. Sudah ada dua buah motor, muat lagi untuk dia mencelah. Dia pulas minyak, mahu tiba sebelum hujan kian lebat.
“Well, kan dah cakap see ya, mesti jumpa jugak, kan.”
Cehhh…hahahaha…motor kecik ke, motor besar ke, kalau dah hujan, bumbung juga yang dicari.
“Aik, bukan tadi yang you dah berdesup laju gila ke?”
Zachary pandang langit yang makin kelam. “Hujan lagi laju.”
Dua remaja yang menumpang di perhentian bas itu tersengih-sengih memandang dia dan Zachary. Boleh tahan tempias, nasib baik dinding perhentian bas itu menghadangnya.
“Zarra nak balik mana?”
“Bukit Payong.”
Zachary tekan telefon. “Huih, so far away.”
“Mana you tau jauh ke dekat?” Biar betul mamat ni, kenal ke dia kat mana Bukit Payong?
Dia tunjukkan skrin telefon. “Google maps.”
Huh, patut pun. Gila gadget punya manusia ni.
Bunyi kereta yang berjenti tiba-tiba kejutkan mereka.
“Zarra, nak balik ke? Jom, Sham hantarkan.”
Dia kaku seketika.
“Tak apa, terima kasih.”
Hisham mengeluh. “Jom balik, dah lewat ni,” pintanya lagi.
Zarra geleng kepala. Hah! Nak mati? Hisham sudah lupa, waktu hujan beginilah peristiwa itu berlaku. No, takkan dia.
“Hai Hisham, you kenal Zarra ke?”
Hisham angguk. “Satu kampung dulu.” Malas dia mahu menerangkan itu dan ini. Bagi jawapan yang ringkas sudah.
Zachary angguk-angguk, jeling Zarra yang diam membisu.
“Zarra, Sham hantar.”
Kali ini dia tegas. “No, but thank you.”
Hisham mengalah, mengangkat cermin kereta lalu berlalu pergi.
Fuhhh…lega dia.
“Zarra.”
Dia toleh.
“Nah, baju hujan. You pakai, balik. Ambik helmet spare Zach, tak kena hujan kat muka tu.” Dia angkat seat motor, bawa keluar satu lagi topi keledar.
Dia nganga. La...kenapa si Zachary tak gunakan untuk dia saja.
“I tak jadi pun nak pergi gathering tu, baik balik tidur.” Lelaki itu tersengih.
Zarra telan liur. Dah hampir jam sepuluh malam ni.
“Ambik, esok lusa hantar pun tak apa. Please, take it.”
“Kalau akak tak nak, bagi saya kak.”
Ehhh, hempuk juga budak dua orang tu. Tiba-tiba saja menyampuk. Zachary dilihatnya ketawa dalam hujan. Yelah, orang nak tolong, ambik jelah. Siap dia pakai baju hujan itu, dia sarungkan helmet pemberian Zachary.
Kahkahkahkah…bawak EX5, pakai topi keledar harga ribu-riban. Bongoknya dia.
Zachary angkat dua ibu jari. “Be safe. See ya.”
Mahu saja dia tergelak. Yelah, see ya.
Sakit telinganya. Panjang betul mak membebel hari ni. Nenek? Jangan cakaplah. Kalau nenek tu lelaki, dah layak baca khutbah Jumaat tau.
“Dah, cukup. Jangan buat kerja macam tu lagi. Zarra duduk saja kat kuarters tu. Tak payah nak balik malam-malam buta. Kalau jadi apa-apa kat tengah jalan tu, macam mana?”
“Zarra ke tepi je lah, apa susahnya.”
Hah, menjawab saja kerja anak ini. Dipiatnya telinga Zarra kuat-kuat.
“Loyar buruk tak habis-habis. Kalau mati kena langgar, kena culik ke? Tak takut ke kamu?”
“Mati tu pasti, mak. Culik, siapa yang bodoh sangat nak culik Zarra ni, mak? Nak suruh kita bayar dengan apa, daun jambu, daun rambutan?”
Dia angkat tangan. Malas dia. Surrender.
Zarra ketawa, peluk Aini kuat-kuat.
“Ni mak, ni ada dua ratus. Simpan, jangan main kutu banyak-banyak. Barang dapur, bil api dengan air semua dah settle. Rajin Zarra balik. Malas, Zarra tidur.”
Aini peluk anak itu erat-erat. Dia tahu, Zarra sudah banyak berkorban.
“Tak payah, gaji mak ada lagi. Zarra simpan.”
“Ambik. Gaji mak, duit mak. Ini gaji Zarra, hasil air ketiak Zarra. Mak nak simpan ke, main kutu ke, suka hati mak. Jangan lupa belikan kapur sirih nenek, meroyan nenak karang.”
Kali ini dia cium dahi Zarra lama-lama. “Baik-baik bawak motor. Mak sayangkan Zarra.”
Dia hidupkan enjin motor.
“Abam, jaga mak, nenek, ayam, itik, rumah dan kawasan yang sewaktu dengannya. Fail, aku buang kau kat pasar malam, paham?”
Kucing itu mengiau kuat.
Huh, faham pun. Apa, ingat kucing tak faham ke bahasa manusia. See the legs lah weiiii…
Dia baring, lega. Beg pakaian yang dibawanya bersama tadi diletakkan di tepi dinding.
“Woit, mandi. Nanti nak masuk kerja.”
Zarra angkat ibu jari. Alhamdullillah, nasib baik dia dapat kawan macam Dilla dan Ida. Dia dapat bilik ketiga, luas. Cukup luas untuk dua buah katil single dan sebuah almari pakaian. Okaylah tu, semua ada. Tingkap menghala ke laman, kipas siling. Bilik air pun ada dua.
“Mana Lili?”
“Lili shift pagi, Ida pun.”
Ohhh…okay.
“Bagi aku dua puluh minit, nanti kita gerak.”
“Orait. Aku membuta kejap, nanti kau kejutkan aku.”
Lah, sempat lagi.
Ringan kepala bila lelap sebentar tadi. Siap isi perut, dia dan Dilla jalan melenggang ke hotel. Bila sinar mentari sentuh wajah, dia bahagia. Zarra tongkat daku, berangan ke langit paling jauh.
“Zarra…”
Hmmm…apa lagi.
“Dia datang.”
Siapa? Guests? Biarlah, memang dah kerja mereka. Zarra angkat muka, lemparkan senyuman sebelum senyuman itu kaku.
“Boleh balik semalam?”
Allah…lelaki itu rupanya. Dia tarik nafas dalam-dalam.
“Boleh, Encik Hisham.”
Hisham hentikan langkah. Terbuai dia seketika melihat wajah mulus itu. Mahu saja dia tarik tangan Zarra, bawa gadis itu jauh-jauh.
“Hai Encik Hisham, selalu melawat ke sini, jumpa orang kampung ke?”
Ni minah mana pulak yang sibuk jaga kaki seluar orang ni? Hisham tarik senyum, toleh ke belakang. Ahhhh…si Liyana, sidekick Kartini, kan?
“Iya, Cik Liyana. Sebagai orang Islam, elok kita dekatkan sillaturahim sesama insan. Tak gitu, Cik Dilla?’
Dilla senyum. Padan muka kau, menyibuk tak kira tempat. Dia cabut je bulu mata palsu tu karang, baru ada orang gila meraung kat ruang lobi ni. Havoc, masuk suratkhabar, dapat promosi free.
“Betul juga. Dekatkan sillaturahim tu bagus, jangan sampai duduk dekat-dekat sudahlah, nanti naik angin Miss Tini.”
Perghhh…pedihnya ulasan. Hisham jeling Zarra yang buat bodoh.
“Ala…kalau dekat pun apa salahnya, bukan Encik Hisham ni laki dia ke apa, apa yang kau nak susah sangat,bahlul…”
Liyana ketapkan bibir. Hishhhh…kalau bukan di lobi, dah lama dia ganyang si Dilla. Tak sedar diri punya perempuan. Kerja receptionist pun dah besar kepala.
Zarra berdehem kuat. “Dilla, tu Naim dah datang. Aku keluar kejap ya.”
Semua mata pandang dia.
“Kau nak gi mana, Zarra?”
Dia dengus nafas kuat-kuat, kemudian dia senyum sambil pandang semua manusia kat situ,
“Aku nak pergi tandas, nak berak. Boleh?”
Dilla bantai gelak kuat-kuat. Gila betul si Zarra ni.
Hisham sembunyikan senyum, tinggalkan Liyana yang ternganga keseorangan.
“Yes…cari I ke?” Lunak suara itu menegurnya. Beg plastik yang terisi baju hujan dan topi keledar itu diletaknya ke atas meja.
“Mr. Zachary, thank you. Terima kasih. Maaf lambat hantar.”
Zachary ketawa, sinsing lengan baju. “Don’t worry, ada lagi yang lain. Kalau Zarra nak, ambiklah. Free of charge.”
Dia geleng kepala. Free? Mana barang free sekarang. Nasib baik udara je yang tak kena bayar. Kalau percuma sekali pun, mesti ada lala disebalik spaghetti.
“Tak boleh. Zarra pulangkan kembali ya. Terima kasih.”
Zachary tilik wajah gadis itu seketika. Selama ini bukan tiada wanita cantik yang pernah dia jumpa, tapi Zarra, entah. Berbeza. Jauh berbeza. Ada something special yang buat dia mahu tengok, pandang Zarra. Gila ke dia?
“Okay, thanks. Nanti lain hari, Zarra belanja you makan mee rebus.”
Zachary ketawa besar. Ini kali pertama dalam hidupnya ada perempuan nak belanja dia makan mee rebus. Kalau yang lain minta dibelanja, siap candle light dinner, takpun high class restaurant.
“Zarra dah janji, pinky swears.” Dia hulurkan jari kelingking.
“Haippp…mana boleh pegang pompuan suka-suka hati.”
Kali ini Zachary gelak lagi. Dia angkat tabik, tunduk hormat.
“I’m sorry, Miss Zarra, my mistake.”
Zarra kerutkan hidung, ketawa kecil. “Huh, lain kali jangan buat lagi, potong jari you tau.” Dia bangun. Dah lama dia di sini, karang dituduhnya curi tulang, susah dia nanti.
“Zarra.”
Apa lagi ya? Dia pandang Zachary yang tersenyum lebar.
“See ya.”
Dah agak dah. Dia ketawa kecil. Okay, see ya.
“Ada apa Zarra dengan Zach?”
Allah, terkejut dia. Dari mana lelaki itu datang. Mujur dia mata yang memandang di laluan itu.
“Itu bukan urusan, Encik Hisham.”
Hisham masih tercegat di ditu.
“Tepi, saya nak lalu.”
Hisham pandang keliling.
“Zarra, kita perlu jumpa.”
Serius, nak jumpa? Zarra geleng.
“Sekarang kita dah jumpa, kan? So, settle, done.”
Hisham ke kiri, halang dari gadis itu melangkah.
“Zarra, abang kena bincang dengan Zarra. Please…”
Abang? Dia mahu menangis. Cukuplah. Sudahlah.
“Encik Hisham, sebelum saya dan Encik Hisham kena cekup dengan geng-geng Miss Tini, izinkan saya lalu. Tepi!”
Hisham mengeluh dalam kesal. Kerasnya hati. Dia hanya mampu mengekori langkah Zarra yang tinggalkan dia bak tunggul di situ.
“I dengar you pergi melawat rakan sekampung you lagi? Ada apa-apa ke?”
Huh, pandai si Liyana buat kerja. Patutnya dia hantar Liyana ke badan perisik, training jadi spy untuk Malaysia, ada talent tu.
“Tanya khabar, borak-borak, ajak makan-makan.”
Kartini jeling, tajam dan berapi.
“Are you serious?”
“Kalau I serius pun kenapa? Lagipun family I kenal family dia.”
Kartini dengus kecil, lontarkan rambutnya yang ikal mayang ke belakang. “Kalau macam tu baguslah, cakap dengan ummi you, terus ambik buat menantu.”
Memang, memang umminya mahu dia peristerikan Zarra. Dulu lagi ummi minta dia cari di mana Zarra, kotakan janjinya sepuluh tahun yang dulu.
“Hai, diam aje. Kalau diam tu bukannya tanda setuju?”
Hisham sedut air. “Kalau ummi setuju, I okay je. Lagipun I bukan milik sesiapa, kan?”
Bingkas bangun, hentak handbag Miu Miu itu ke meja.
“You…lelaki memang…”
Memang apa? Memerang, beruang, keluang? Hah! Tadi bukan main.
“You nak pergi mana ni, babe?”
Kartini ketap bibir. “I nak balik.”
Okay, balik. Baliklah. Dia dah penat, tak mampu nak memujuk rayu. Nak balik sangatkan, pergi balik. Dia pun nak balik, tidur.
“Sham!”
Apa lagi.
“What?”
“You nak pergi mana?”
“Dah tadi you cakap nak balik, I pun nak balik, nak tidur. Bye.” Dia sambar kunci kereta, biarkan Kartini yang terbeliak memandangya.
Tidur lagi baik!
Tangannya pada dahi. Dia renung siling. Wajah muram Hisham petang tadi kini memburu lelap malamnya. Zarra bangun, panggung kepala. Biar benor, takkan dia rindukan Hisham? Rindukan lelaki yang jahanamkan dia duku. Duku apa pulak. Dulu, dulu!
Dia petik suis lampu. Alang-alang dah bangun tengah malam, baik dia ambil wudhu’. Solat tahajud dan witir. Moga Allah lindungi dia sekeluarga. Abam, kalaulah kucingnya ada bersama…