Tuesday 17 February 2015

Bab 4 Dreamcatcher ...yeeehaaaa!!!!

BAB 4

Honda CRV miliknya menyusur masuk ke laluan yang diteduhi pepohon kelapa. Sesekali terik mentari menjenguk keluar. Mata terpacak pada papan tanda kayu yang berukir cantik.

‘ Inap Desa Ulik Mayang’
Ehh...ni bukan ke inap desa milik si Irfad tu? Apa kena mengena majlis aunty Amina dengan majlis Irfad? Langsung satu tempatkah? Beberapa buah kereta juga sudah beratur di laman parkir yang luas dan terjaga.
“Betul ke kat sini aunty Amina jemput kita,ma?”
“Iyalah, kat sinilah. Ni kadnya. Betul kan?”
Kad keemasan. Sama dengan Irfad. Sekali lagi hatinya tertanya-tanya. Apa kena mengena Irfad dengan aunty Amina, ada pertalian darah kah?. Berputar sekejap kepalanya mencari jawapan. Nantilah, dia tanya sendiri pada Irfad.
Khalida disebelahnya membetulkan selendang. Mahu tergelak dia melihatnya. Kekok semacam. Dah macam ayam pakai kasut, terkial-kial. Kalau ditegur, tak pasal kena lesing. Baik dia kunci mulut.
“Ma, kain tersangkut ni...tolonglah.”
Khalid mahu pengsan. Nak tergelak pun ada. Mahu saja dia melalak melihat adiknya memakai baju kurung biru muda itu tadi. Jalan bengkang-bengkok bagai. Nasib baik jelingan manja papa buat dia diam.
“Tu lah, masa sekolah dulu tahu pakai baju kurung,sekarang ni mulalah terkial-kial.” Kalau diikiutkan hati, dihempuknya Khalida dengan hadiah yang dibawa. Silap Maarof juga, selalu dibawa budak Khalida itu ke sana sini bersama Khalida. Perangai dah macam jantan. Nasib baik sempat dia rotan-rotankan, kalau tidak, dapat dua anak jantanlah dia.
“Kay,baik-baik la jalan. Kau ...nanti koyak baju kurung tu...” Khalid keluar dari kereta. Apalah nasib dapat adik macam Khalida. Kalau betul Imran betul mahukan adiknya, hari ni juga dia suruh menikah.
Cantik tempat ni. Pepohon merendang disekeliling kawasan buat dia terpukau. Tiupan angin dari laut benar-benar buat asyik seketika.
“Lid,cepatlah. Mama nak jumpa aunty Safiah. Nanti terlepas majlis berendoi.”
Khalid melangkah perlahan. Biarlah yang lain mendahulukan jejak, dia mahu meneroka inap desa ini dahulu. Damai. Itu saja perasaannya sekarang. Riuh rendah suara dihadapan sana tidak jadi gangguan. Dia melangkah, mengikut kaki yang berjalan.
“Lid,sinilah. Kau nak pergi mana?”
Irfad. Imran pun ada sama. Berkepul asap rokok menari-nari di udara. Ni apa ni, buat filem The Three Stooges ke apa?
“Bak sebatang.”
Mereka bertiga sama-sama duduk, berjemaah menyedut rokok bersama-sama.
“Im, kau dengan Irfad ni apa hubungannya?” Serius, dia perlu tahu. Muka dah ada iras-iras. Tak kan adik beradik kot.
Imran membuat muka terkejut, memeluk Irfad bagai sang kekasih yang sudah lama dirindui menjelma di depan mata. Yang si Irfad pula galak melalak bagai dirasuk syaitan. Khalid menepuk dahi.
“Lid, kau jangan bagitau sape-sape. Cinta kami terhalang, kami terseksa,Lid. Inilah pertemuan kami setelah setengah hari berpisah,Lid. Tolong Lid, tolonglah Lid,”rayu Imran sambil meletakkan dagunya di ribaan Khalid.
Berdekah-dekah ketawa itu keluar. Aduhai...macam mana dia boleh kenal dengan dua manusia ni serentak. Dia menekan perut, menahan tawa yang masih melantun. “Okay guys, tolonglah jangan buat lawak. Aku totally in daze. Really...sape korang ni?”
Irfad tergelak, ditepuknya bahu Khalid berkali-kali. “Okay, okay. Imran ni sepupu aku, merangkap my partner in crime. Kecil betul dunia ni. Well, welcome to IDUM. Jom, kita masuk. Nanti kalau ummi aku, ummi dia dengan mama engkau membebel, jahanam kita.”
Betul, kecil dunia ni. Serius, sudah lama dia tidak ketawa begitu. Lepas segala rasa dalam dada. Puntung rokok yang lama terpadam dibuangnya ke aspal.
“Lid,jom. Petang ni kita meranggah sampai pengsan.”

Ramai juga kaum kerabat aunty Amina ni. Penuh dengan tetamu yang datang. Dia melihat sekeliling. Sekumpulan wanita yang baru selesai berzanji dan berselawat kelihatan mengelilingi bayi kecil yang nyenyak tidur dalam buaian yang berhias cantik. Kelabu dan gold. Pilihan warna yang hebat. Dia menoleh, menilik ruang yang berhias sederhana tapi memikat mata memandang. Kali ini matanya terhenti. Kurung polos warna pink belacan, tudung warna kelabu digayakan ringkas.
Amni.
“Lid,jom makan. Kau tak mau rasa kambing panggang ke? Ni resepi makcik aku. Perap dengan jintan manis, bawang putih, halia, ketumbar sikit. Tambah lagi serai, rempah kari,kunyit ngan garam secukup rasa. Taruk gula sesedap lidah. Perap semalaman,ha...inilah hasilnya. Kat tangan aku ni.”
Khalid tergelak. Dah macam Masterchef si Imran ni. Dia bangun, menuju ke arah kambing panggang yang masih berputar di dapur arang. Dia menyuap secebis daging ke mulut.
Sedap.
Dia mengambilnya sekeping lagi.
Memang sedap.
“Nah,pinggan.”
Dia menoleh.
Amni.
Pinggan itu disambutnya dengan tawa kecil. “Amni intai abang ke?”
Gadis itu tergelak, lunak dan dalam. “Mana ada...kebetulan lalu tengok abang Khalid asyik suap aje, letak dalam pinggan, baru senonoh makan. Jangan ikut ajaran sesat abang Im dengan abang Ir, dua-dua tak boleh pakai.”
“Terima kasih. Mesti tak senonoh kan abang  tadi.”
“Ehh...mana ada,seksi apa.” Oppss! Bodohnya dia...perlukah dia cakap macam tu. Mana nak taruk muka ni. Kalaulah aku boleh bertukar jadi kura-kura, aku petik jari macam Miss Komet tu sekarang juga. Ni nak cabut lari ke nak berdiri macam tunggul kat sini?
Merah muka sang perawan dihadapannya. “Thank you,Am. Tak pernah ada orang puji abang seksi. Ingatkan kena berkemban baru dapat title seksi tu. Nanti abang belanja Am makan, tebus yang hari tu.”
Perghh...memang calon suami terbaik. “Okay, abang makan. Am masuk dalam, macam ummi panggil je tadi.” Cepat-cepat dia cabut lari. Jalan pun macam kaki dah terbelit. Mak aii...malunya.

“Hai, makan sorang-sorang ke? Cantik hari ni, macam puteri kayangan turun ke bumi.”
Dia tersedak. Khalida menepuk-nepuk dada, cuba menelan tart telur sampai habis.
“Ya Allah, terlekat ke? Nah, ni air. “
Dicapainya gelas yang masih ada separuh air sirap pandan itu diteguknya perlahan.
“Awak minum air saya.”
Kali ini hampir tersembur Khalida dibuatnya. Biar betul mamat ni? Psiko ke stalker? Namun diteguknya sisa air yang ada sampai habis. Lantaklah, siapa suruh kau bagi aku?
Imran tersenyum puas. Manisnya Khalida. Lemah lembut, sopan dan ayu. Lengkap pakej isteri impian nombor satu. Sabar Imran, ambil masa, jangan gopoh macam kucing kebulur. Rileks, tenangkan diri. “Awak nak kahwin dengan saya tak?”
Tersembur kali kedua air sirap tadi. Bulat mata Khalida memandang Imran yang tersenyum-senyum memandangnya. “ Awak ni memang dah gila,kan?!” Kalau ada lagi air, memang dicurah atas kepala lelaki dihadapannya ini. Muka hensem kemain, otak senget rupanya.
“Yes, I’m crazy. Totally crazy about you, Miss Kay.”
Terbeliak Khalida kali ini. Namun kenapa hatinya bagaikan fireworks meletup di udara, menyanyi riang. Dia pun sama sudah gilakah? Dia bangun. Pantas meninggalkan Imran yang masih terlopong memandangnya.
“Kay!”
Dia menoleh.
Imran tersengih, memberi tanda bagus.
Hishhhhh...gila dia dibuatnya.
Khalid yang ada berhampiran hanya mampu menahan gelak. Imran dan Khalida. Mana tahu, betul ada percaturan Maha Berkuasa, mungkin ikatan itu boleh terjalin. Sekurang-kurangnya sampai hajat mama mahu menantu. Dia bangun, mahu menambah kuah nasi himpit. Sedap, pedas dan pekat. Ini kalau makan di kedai, cair mengalahkan air. Bunyi bayi mengekek buat hajatnya mahu menyuap nasi himpit itu hilang. Dia menoleh. Irfan dari tadi mengekek kegembiraan. Amni dilihatnya galak mencium perut sang bayi.
“Cantik kan pemandangan. Mama pun suka tengok. Kalau cucu sendiri lagi seronok.”
Tu dia, macam Dark Phantom, tiba-tiba saja muncul di sebelah. Magic, mama memang magic.
“Nak balik dah ke? Lid nak makan sikit lagi, nak jumpa Irfad sekejap.”
“Tak nak balik pun tak apa. Mama tak kisah.”
Huihhhh...makin kuat galaknya.
“Kay mana?”
“Ada, berborak dengan Aflah, isteri Irfad kat luar sana. Mama nak jumpa Amni kejap. Nak ukur jari manis. Nanti senang nak beli cincin.”
Amboi, tingginya cita-cita, macam Gunung Kinabalu.
Safiah menghentikan langkah, menjeling Khalid yang buat-buat bodoh. Eleh...tahulah kamu kuasa ibu-ibu.

“Aisha tak dapat balik ke,kak Af?” Lincah tangannya menukar pampers milik Irfan. Banyaknya kencing, mesti banyak handsome boy ni menyusu hari ni.
“Tak, flight delay. Ribut kencang kat sana.”
“Buat apa dia pergi US,kak?”
“Eh, kau tak tahu ke,Am? Dia kan baru tahu dia dah ditunangkan dari kecil dengan anak uncle Malik, konon nak pergi tengoklah macam mana rupa. Sekali Uncle Malik sekeluarga pergi umrah, padan muka.”
Haahhhh...apalah si Aisha tu. Semangat gila. Uncle Malik sepupu abi dan pakcik Muzir. Setelah tamat belajar di Amerika Syarikat, terus saja dia kerja di sana. Kahwin dengan aunty Sarah, minah saleh berambut kuning yang cantik. Seingatnya, masa dia berumur sepuluh tahun, ada uncle Malik sekeluarga pulang beraya. Waktu itu, anak tunggal mereka, Brendan Izuan memang nakal. Muka dah penuh dengan freckles, selalu tarik rambut Aisha. Ekor lembu tuk aki pun selalu jadi mangsa.  Amni ketawa sendiri.
“Am...yang tadi tu hensem kan,”tutur Aflah perlahan.
“Yang mana?” liur ditelannya perlahan.
“Elehhh, yang dia dok mengurat tadi, yang pakai baju melayu turqoise tu. Macam akak tak nampak dia dok jeling-jeling. Berkenan cakap je, nanti akak suruh abang Ir pergi pinangkan.”
Melompat dia. “Akak jangan nak buat malu Am, ala...tak ada apa-apalah. Dah memang abang Khalid tu hensem, orang pandanglah. Bukan luak pun.”
“Memang tak luak. Tapi kalau jadi kau punya, lagilah bagus kan,”usik Aflah lagi.
“Malaslah nak layan akak. Nah, ambil Irfan. Am nak tapau lauk pauk. Nanti bising ummi.”
“Nak kasi bakal mertua ke?”
Amni menghelakan nafas. Cari gaduh betul si Aflah ni. Dia buat bodoh, berlalu pergi meninggalkan Aflah yang terkekek-kekek ketawa. Gelaklah, gelaklah lagi.

“Terima kasih datang ya,Yah. Maaflah kalau ada kekurangan,maklumlah...ingatkan tak ramai tetamu kak Wook, sekali selaut manusia datang.”
Safiah dan Khalida tersenyum. “Tak ada kurangnya,Yah. Kak Wook, terima kasih banyak-banyak jemput kami sekeluarga. Seronok dapat sampai ke sini.”
Hajah Wook memeluk Safiah erat-erat. “Ehh, saya suka. Lagi ramai kawan, lagi meriah. Datanglah lagi,Yah. Ingatkan nak kenalkan dengan besan, tapi mereka pergi umrah. Nanti ada kelapangan, datanglah lagi.”
“Aunty Safiah, ni ada bekal kuih muih dengan sedikit lauk. Nanti letak dalam fridge, esok boleh makan lagi.” Mangkuk tingkat itu dihulurkan pada Khalida.
“Crabstick kari ada ke,Am?”soalnya tanpa segan.
“Ada Kay, mangkuk yang bawah sekali. Baru goreng pagi tadi. Kalau nak lagi, cakap. Nanti Am buatkan.”
Khalida bertepuk tangan. “Tak apa, nanti Kay suruh abang Lid pergi rumah ambilkan. Boleh kan?”
Merah padam serasa mukanya. Janganlah diusik hati yang baru mahu berbunga. Khalid bukan lelaki yang sesuai untuknya. Dunia mereka jauh berbeza. Dia jauh berbeza. Dia tidak setanding Khalid.
“Abang kamu mana?”soal Safiah. Mana pula anak jantannya?
“Ada. Tengah mengumpat dengan Irfad, dengan Imran sekali.”
Mereka sama-sama ketawa.
Amni mengeluh lega.

Bagai kunang-kunang, bintang yang bertaburan itu berkelip-kelip. Salahkah dia berharap, menginginkan mimpi yang sempurna? Dia mengeluh. Lembut. Lembut sekali bayu yang menyapa. Bagai mahu memberi ciuman, kiriman sang perwira pujaan. Amni tersenyum sendiri. Dia menghulurkan tangan, menyentuh angin yang tiada rupa, tiada rasa. Sejuk dan dingin. Matanya dipejamkan, lama dan perlahan. Kenapa? Kenapa wajah itu yang muncul? Kenapa senyuman itu yang menjenguk layar fikirnya? Dia melemparkan diri ke katil, merenung ruang kosong. Cukuplah dia bermimpi, bimbang jatuh ke dalam kotak kenyataan, dia yang sakit. Dia bangun kembali, menutup daun jendela. Kipas yang berpusing seumpama nyanyian malam. Gemersik, halus. Tidur, dia kena tidur. Penat dia seharian di IDUM, berkejaran dengan Afiya, melayan tetamu yang datang, memandang wajah tenang Khalid.
Khalid.
Kenapa pula nama itu muncul lagi. Angaukah dia? Amni ketawa sendiri. Kali ini dia bangun, kembali membuka jendela. Macam mana ni? Macam mana dia nak tidur? Jam pada dinding yang sedikit kelam mula menunjukkan hampir satu pagi. Tidurlah mata, lelaplah hati. Jangan diseksa dia begini. Sudah diingatkan pada dirinya sendiri, jangan dibuai perasaan, jangan dibuai mimpi yang tak pasti boleh bertukar jadi kenyataan. Bulan. Ya, bulan di sana, hembuskan aku kuasa sakti, agar dapat aku lelapkan mata sepenuh hati.
Amni ketawa lagi. Bulan umpama tersenyum mengejek padanya.
“Am, bangun, rebus maggi satu.”
Ya Allah...biar betul!
“Am, bangunlah. Abang tahu kau mana lelap lagi, bangunlah, abang lapar ni.”
Mashaa Allah, geramnya dia!!!
“Bang Im...pergilah buat sendiri. Orang mengantuk la,”rengeknya geram. Ni aku tibai dengan buku baru tahu.
“Aik, kalau mengantuk dah lama tidur. Cepat bangun, buat pahala. Citer Frozen dah nak start ni.”
Hishhh!!! Buka langkah silat baru tahu.
“Bangun...nanti abang beritahu Khalid kau suka kencing malam.”
Ummi!!! Jerit boleh tak? “Heiiii...susah ada tiga suku macam abang ni!”
Imran ketawa perlahan. “Kalau abang tiga suku, kau setengah suku.”
UMMI!!!


Dreamcatcher bab 3 sudah datanggggg!!!!

BAB 3

Pening dia melayan karenah pelajar masa kini. Berani si Adam dari tingkatan Empat Ibnu Sina itu memberinya surat cinta. Pelangkung dengan pemadam baru tahu, baru centre sikit otak budak berhingus tu. Ishhhh...sudahlah Najwa dan Husna galak mentertawakannya, Aqil pula menggelengkan kepala. Umpama menyalahkan dia. Apa, bukan dia yang mengurat budak-budak tu. Amni mengeluh panjang.
“Hai Am, dengar dapat surat cinta? Mana, boleh akak baca?”
Adoi...tak kan Kak Zaleha pun nak usik dia. Amni menekup muka. Adoi...stressnya hidup. “Akak...pleaselah. Ni, Am nak pergi kantin pun malu tau. Tu, budak-budak perempuan peminat Adam, nasib baik dorang tak belasah Am. Heee...ngeri betul.”
Zaleha ketawa. Dulu Najwa, guru bahasa Melayu, selepas itu Husna, ustazah comel. Kini giliran Amni, si teacher yang putih melepak. Budak-budak. Hormon baru nak bertukar, itulah jadinya. Agaknya kalau dia dua puluh tahun lebih muda, mungkin dia juga menjadi mangsa sasaran.
“Akak tahu. Adam tu macam Rudylah. Nasib baik bukan Rudy, kalau tak akak rasa tentu ada budak perempuan pergi calarkan kereta Am.”
Amni menggeletar seketika. Hisshhh, budak zaman sekarang. Kalau pukul, nanti ada ibubapa datang nak saman. Silap tegur, nanti jadi rakaman dilaman media sosial. Pening, pening. Dulu mendidik, sekarang setakat mengajar. Mendidik dengan kemanusiaan, untuk jadikan manusia. Kini mengajar sahaja. Silap-silap kurang ajar.
“Akak tahu macam mana nak tolong engkau.”
Berkerut dahinya mendengar kata-kata itu. “Akak biar betul. Jangan buat yang bukan-bukan.”
Guru muzik dan pendidikan seni visual itu ketawa. “Don’t worry, leave it to me to settle all this chaos.”
Hahhhh...takutnya dia. Apalah rancangan Kak Ha. Amni menepuk dahi. Lantaklah, jangan ada yang berbunuhan sudahlah.

Ditegakkan kepala sewaktu berjalan. Beberapa pelajar perempuan yang melintasinya dilihat tersenyum sambil mengangkat tanda bagus. Alamak, apa pula kali ini?
“Teacher, teacher!”
Langkahnya terhenti. Dia menoleh. Beberapa pelajar perempuan yang tidak dikenalinya datang menyerbu. “Teacher, betul ke teacher ni makwe Cikgu Aqil? Betulkan?”
Hahhhhh...ternganga dia disitu. Ribut mana pula nak datang ni. “Apa yang awak semua mengarut ni? Siapa yang cakap?”
“Cikgu Zaleha.”
Kak Ha!!!
Pelajar-pelajar itu kemudiannya terjerit tiba-tiba. Amni menelan liur. Apa pula kali ini? Matilah dia. Semua mata memandang ke hadapan. Aqil.
“Apa yang awak semua buat ni? Lemaslah makwe saya awak semua berkerumun macam tu,”tutur Aqil lembut. Dia mahu ketawa, namun ditahannya. Kasihan di melihat Amni yang terkial-kial.
Apalagi, menjerit girang kumpulan pelajar itu.
Amni menepuk dahi. Matilah kalau ummi tahu, mesti ummi mati-matian mahu kenal.
“Am, jom makan.”
Apa perlu dia buat? Carry on sajalah. Alang-alang nak berlakon, berlakon sampai habis tayangan. “Okay girls, teacher pergi makan dulu. Ini rahsia tau, jangan beritahu orang lain.”
Laju saja anggukkan mereka. Cehhhh, macamlah boleh pakai janji budak-budak ni. Amni tersenyum,mengeluh kecil. Dia merenung Aqil yang tersengih-sengih. Yes, just carry on. Bukan betul pun, kan?

Rambutnya disisir. Dia memandang keliling. Laut China Selatan sedikit sopan hari ini. Hanya tiupan bayu perlahan menjelmakan diri. Khalid tersenyum. Puas hatinya melihat lanskap dihadapan matanya sudah siap. Tinggal tiga lagi gazebo dalam pembinaan. Selepas itu, kolam akan diisikan dengan air secukupnya buat kali pertama. Dia mengeluh lega. Lega kerana setiap gerak kerja siap lebih awal daripada yang dijadualkan. Memang hebat arkitek yang menguruskan semua ini.
“Well,macam mana? Are you satisfied?”
Khalid menoleh. Arkitek itu tersenyum disebelahnya. Arkitek merangkap pereka lanskap. Hebat, memang hebat.
“Amazing job,Mr. Irfad. Sangat hebat.”
Irfad ketawa. “Thank you. Jangan puji sangat, nanti tak mampu aku nak drive balik IDUM.”
IDUM? “Apa tu?’
“Inap Desa Ulik Maya. Homestay ala resort. Kat pantai Merang sana. Datanglah, Encik Khalid. Boleh kita berkongsi pendapat.”
Wow, okay double wow. “Really? You ada resort sendiri?”
Irfad ketawa. “Bukan resort, inap desa kecil. Mana boleh lawan hotel hebat macam ni.”
Khalid senyum, memandang sekeliling. “Kecil atau besar bukan masalah, tapi keselesaan, jiwa tempat tu. Aku rasa mesti inap desa kau hebat sekali. Kena pergi jenguk ni.”
Mereka sama-sama ketawa.
“Boleh saja. Lagipun aku bangga ada hotel upper class di sini, at least more hotels, we gonna get more tourists. More tourists, of course more money,bro.”
Okay, dia sukakan lelaki ini. Persaingan yang sihat. What a great man. Mungkin dia boleh belajar banyak perkara.
“Okay, go ahead and drool. Aku kena balik. My honey dah sediakan lunch. Rindu kat isteri aku,bro.”
“Already married?”soalnya ingin tahu.
“Yep, with two kids. Kau dah ke belum?’
Khalid tersenyum, geleng pun tidak, angguk pun tidak. Patutlah berseri-seri.
“See you again,Khalid.”
Inshaa Allah, pasti jumpa lagi.

Amni tersenyum cuma. Seronok dia menjamu selera di IDUM. Penat balik berkursus belum hilang, namun dia rindukan gelak tawa Afiya. Seronok melihat Afiya mandi-manda bersama Abqari, anak kak Imah. Hensem betul Abqari. Kecil-kecil dah pandai kenyit mata. Ni mesti si Jazli yang sibuk mengajar itu dan ini. Inap desa ini makin cantik. Dia seronok di sini, bagai rumah keduanya. Semua pekerja dia kenal. Apapun yang mereka buat, mereka buat bersama-sama.
“Ni apahal datang sini, nak kidnap Afiya ke?”
Cabul, cabul mulut tu. Dia menggelengkan kepala. Abang Irfad memang macam tu. Sekali kena kidnap betul, barulah menangis tak berlagu.
“Ishhhh...setiap perkataan tu doalah,bang. Cuba jangan mengarut boleh tak? Ni dari mana sengih-sengih semacam. Mesti baru dapat payment la ni.”
Cek berkepala harimau itu dilayangkannya didepan mata Amni. Terbeliak sepupunya itu. Berdekah-dekah dia ketawa.
“Tu dia...bayar sebijik kereta lebih dari lepas. Projek mana ni? Pau sikit,boleh Am tukar tayar sport rim baru.”
“Sport rim ka, elephant rim ka, boleh...yang penting, hujung minggu kau mai jadi babysitter kat rumah. Sejam lima puluh ringgit.”
Cehhhh...taik hidung masin.
“Ni projek hotel baru kat pantai Penarek tu lah. See the leg lah.”
Amni ketawa. Betis berbulu nak suruh tengok, lawak la abang Irfad.
“Kak Af kau mana?”
“Balik rumah tidurkan Irfan. Ni yang kena tunggu si puteri dengan putera berdua mandi-manda. Abanglah tunggu, orang nak balik tidur.”
Irfad tersenyum sambil matanya tak lepas memerhatikan Afiya dan Abqari. “Kau ni, buruk laku. Anak dara pemalas. Pergilah balik,tidur. Ni jangan lupa beritahu ummi, minggu depan ada majlis cukur jambul Irfan. Bawa hadiah besar-besar, kalau tak jangan datang.”
Menggelegak tawa Amni.
“Am!”
Dia menoleh. Apa lagi?
“Bagitau Im, abang ajak mancing petang ni. Tempat biasa.”
Haa...dasar pemalas. “Telefonlah sendiri.”

Terlopong dia mendengar cadangan ummi. Apa ni? Aduhhh...suka benar buat perancangan kamikaze. Malunya. Nanti apa pula difikirkan sang lelaki itu. Sudahlah tak pernah jumpa, tiba-tiba diatur pertemuan. Blinddate lagi. Balik dari sekolah petang ini, terus ummi lampirkan permintaan. Lain kali buat surat rasmi dulu boleh tak? Tersekat sekejap perjalanan darah ke otak, nasib baik dia tak pengsan.
“Pergi sekejap aje,Am. Lepas tu kamu baliklah. Aunty Safiah tu beria-ria nak kenalkan kamu dengan anak jantan dia. Setengah jam pun cukup, pergi tunjuk muka, borak-borak.”
“Masalahnya mi, esok orang nak puasa.”
“Puasalah, apa salahnya. Ada waktu bulan puasa kamu tak ke mana-mana.Dah jumpa, borak, balik. Ummi janji ummi masakkan apa saja lauk Am nak makan.”
Ha,ha... nak rasuah aku la tu. “Yelah, yelah. Kat mana nak kena jumpa ni, pukul berapa?” Ikut sajalah. Bukan mati pun. Pergi tunjuk muka, senyum seposen dua, baliklah. Yang lelaki tu pun mungkin kena paksa dengan mak dia. Nak buat macama mana, anak soleh katakan.
“Nanti sebelum balik sekolah esok ummi call Am.  Nak confirmkan dengan aunty Safiah kamu dulu.”
Confirm pulak. Lantaklah ummi, asal ummi bahagia. Tolak kan merajuk. Bila merajuk nak memujuk bukan senang. Dia menjeling abi yang ralit membaca suratkhabar. Hai, tak nak komen apa-apa ke? “Abi, abi tak nak larang ke orang nak pergi dating ni?”
Haji Muaz mengangkat cermin mata. Mahu tergelak dia melihat muncung Amni yang panjang sejengkal. “Pergilah. Bukannya ummi suruh kamu pegang tangan anak teruna orang. Pergi kenalkan diri. Jaga adab, jangan terjelir sana, terjelir sini...”pesan Haji Muaz sambil dijelingnya anak dara nan seorang. Huh, baru pesan dah terjelir lagi. Tak makan saman. Itu payah saja jodoh nak datang.
Amni angkat tangan. Fine. Nak suruh aku pergi sangat kan, aku pergi. Kalau jadi apa-apa, jangan pulak nak sibuk report masuk suratkhabar.

Dia masih terdengar kekekan Khalida. Gelakkan akulah tu. Khalid baring, memejamkan mata barang sebentar. Kalau mama punya cerita rekaan, janganlah ditolak mentah-mentah. Penat nak cari jalan mahu memujuk rayu. Sudahlah kena komplot, paksarela pula tu. Jahanam, jahanam.
“Abang pergi jual diri baik-baik punya. Kasi lelong sampai atas langit. Biar melopong dia tengok abang. Lepas tu blah la, buat apa tunggu lama-lama. Barang baik mana boleh tengok lama-lama.”
Khalid ternganga. Ni ke gaya pegawai perhubungan awam syarikat telekomunikasi terkenal. Nasib baik tak bankrap syarikat tu dek fiil si Kay. “Kay, kau kat ofis macam ni ke? Kalau abang jadi client kau, dah lama angkat kaki tau.”
Kakinya dilunjurkan ke meja. Crabstick kari itu disuapnya ke mulut. Matanya terpacak pada cerita Frozen yang baru ditayangkan. “Of course not la...abang biar betul. Kalau dengan client, Kay jadi wanita melayu terakhir. Kay cakap lemah lembut gitu, macam gula-gula kapas.”
Patut pun. Boleh suruh pergi casting berlakon drama swasta budak Khalida ni. Buat pelakon tambahan pun elok. Dia mencelup tangan ke balang, menuang crabstick ke dalam mulut. Sedap, pedas dan rangup. “Mana dapat ni?”
“Ini?”
“Yelah, takkan jari kau pulak.”
“Ini, air tangan budak pompuan yang abang kena jumpa esok tu lah. Jumpa tu, sila jaga adab sopan. Pastikan dia boleh jadi kakak ipar. Masak pun pandai, Kay pun berkenan kalau macam ni punya gaya.”
“Habis tu, kalau muka dia senget sebelah, mata ada satu, gigi tak cukup pun abang kena accept ke?”
Khalida ketawa terbahak-bahak. Habis tersembur crabstick di dalam mulutnya. Mengarut betul abang nan seorang. “Ni, dulu abang pernah cakap kan, skin is only a deception, the heart is the true person. Hah, jangan adili rupa, hati tu penting.”
Pandailah kau,dik. Dia meluku Khalida yang masih tergelak. Biarlah, esok dia cuma pergi makan-makan. Tidak lebih dari itu.

“Meh la,Na...temankan aku.”
Husna mencebikkan bibir. “Tak ada kuasanya aku nak pergi. Kau pergilah, apa nak takut. Tadi ummi kau cakap kat mana kena jumpa, Secret Recipe kan? Ha...kat situ kan ramai manusia. Apa yang kau nak takutkan. Kalau dia pegang-pegang kau, kau seligi je.”
Ala...macam mana ni. Pagi tadi dia okay lagi. Bila ummi telefon je dia tadi, terus ketar perut. Macam mana kalau yang datang tu rupa macam Shrek, mestikah dia pengsan di situ?
“Kenapa dengan Am? Pucat saja Aqil tengok. Tak sihat ke?”
Belum sempat dia menjawab, Husna terlebih dahulu memberi jawapan. “Dia kena pergi blind date. Tu muka macam ayam berak kapur.”
Aqil tergelak. “Takut ke? Nak Aqil temankan?”
“Ehhh, apa maknanya blind date kalau berteman. Beranilah sikit,Am.”
Bahunya luruh ke bawah. Huh, be a fighter, not a quitter.
“Pergilah Am, lagipun blind date je,kan? Tak kan sampai nak kahwin terus,”balas Aqil sambil tersenyum.
Kan, blind date saja. Tak kan sampai naik pelamin kot.

“Are you serious? Your mom asked you to do that?” Bulat mata Syafiqa menentang mata Khalid. Ehhh, zaman bell bottom dah lama berlalu. Ada lagi ke aturan jodoh macam zaman dulu-dulu? Dia tersenyum sinis. “Habis tu, you nak pergi ke?”
“I pergi je. Sekadar ambil hati orang tua. Lagipun I think both of us kena paksarela. Nanti jadi anak derhaka.”
Wow! What a statement. Bukan mudah mahu mencari lelaki yang masih berpegang kata ibubapa. Dia sendiri banyak melawan dengan mamanya. Rimas dengan fikiran yang kolot-kolot. Ini tahun milinieum. Bukan zaman pak kaduk. “I tak boleh cakap apa kalau dah itu keputusan you. I tak mahu kawan I ni kena kahwin paksa tiba-tiba.” You gonna be mine. I want yo so bad,Khalid. Dia merenung Khalid yang tersenyum memndang langit.
“Kahwin? Tak ada dalam diari hidup I,Iqa.”
Well, you still haven’t see me as your suitor. I will show you somehow.
“Okaylah, I nak gerak dulu. Tolong beritahu Yus ya.”
Syafiqa mengangkat ibu jari tandas bagus.

Ya Allah, betul ke ni? Inikah orangnya? Kenapa hensem sangat. Kalau muka ala-ala Airel Zafril pun dia ok saja, ini dah tahap hensem macam Kesatria Baja Hitam, macam Bumblebee, dah macam Eric Shinwa. Tadi sewaktu lelaki itu duduk, satu senyuman dilempar padanya. Perghh...terus masuk dalam keranjang hati. Macam model, aisey...kemaruk ke dia? Amni menelan liur. Biar betik. Sorry, apa kena mengena betik dengan manusia dihadapannya?  Aduh, apasal merapu pula. Amni menelan liur. Sekali. Dua kali. Ummi...nak balik!
Khalid menyandar pada sofa nan lembut. Tali lehernya dilonggarkkan sedikit. Penat. Sungguh dia penat. Namun mengenangkan mamanya yang bijaksana itu pandai-pandai membuat temujanji, dia turutkan saja. Suara gemersik gadis dihadapannya membuat dia kembali membuka mata.
“Err...Encik Khalid nak order apa-apa? Nanti Amni orderkan.” Tu dia, boleh juga dia bersuara. Ni kalau kak Aisha dan kak Aflah tahu, mesti cemburu tahap jurus ke sembilan puluh sembilan. Aduhai, kacak sungguh. Rasa macam nak lempang diri sendiri.
“Orderkan abang satu slice Choc Moist dengan Orange Yogurt.”
Abang? Well...boleh tak dia nak pengsan sekejap, sekejap je. Sudahlah kek pun sama taste. Okay Amni, calm yourself. Sila jangan terover excited. Ni karang ada yang tergolek kat sini.
“Wokeh, coming. Err...abang Khalid tunggu jap, Amni pergi order ya.” Cepat-cepat dia bangun. Bukan tak boleh dia panggil cik waitress yang ada, cuma dia perlu menenangkan diri. Yalah, mana pernah dia buat kerja macam ni. Blind date konon. Sekarang ni buntang mata melihat dewa Roman yang datang. Calm down, sila bertenang. Compose yourself. Haishhhhh...
Khalid kembali memejamkan mata. Kalaulah dia boleh lena disini.
Amni merenung ke dalam cermin. Shawl polka dotnya dibetulkan sedikit. Serius dia gementar. Kalau dia ajak Husna tadi kan senang. Bukan ajak, paksa terus. Tidaklah kekok dia macam orang kena buasir. Pantas dia keluar, bimbang Khalid tertunggu-tunggu. Sewaktu melabuh duduk, pesanan Khalid sudahpun sampai. Sedapnya. Kalaulah dia tak puasa hari ni. Nak berbuka, dah lepas waktu Asar. Sayang, tinggal berapa jam lagi nak berbuka.
“Abang Khalid, kek dah sampai.”
Diam.
“Abang Khalid...”
Diam lagi. Mata lelaki itu masih tertutup rapat. Dadanya yang bidang sedikit berombak. Alahai...bidangnya dada, mesti perut pun sixpack nih...okay, merapu, dia memang merapu. Mana boleh fikir macam tu Amni...behave yourself!
“Err...abang Khalid, jemput makan.” Nak panggil kuat-kuat, takut jatuh terjelepuk mamat dihadapannya ini. Nanti rupa macam nangka busuk. Amni menggaru tudung. Macam mana ni? Ummi...tolong Amni!

Kakinya dilujur sejauh mungkin. Dia membuka mata. Gadis manis bertudung polka dot putih dan kelabu itu masih tercatuk dihadapannya. Allah...dia terlenakah? Jam G-Shock hitam miliknya ditenung. Mahu ternganga Khalid disitu. Hampir pukul 7. Masha Allah. Dia belum solat Asar lagi. Pantas dia bangun, lututnya pula melanggar bucu meja.
“Ya Allah, abang Khalid ok?”
Khalid mengerut dahi. Mak aih...sakitnya. Nak menangis, buat malu. Dia kembali duduk. “Sorry Amni, abang letih sangat tadi. Abang tak solat Asar lagi. Macam ni, Amni balik dulu, nanti abang setkan tarikh lain.”
Gadis itu tersenyum manis, menggeleng kecil. “It’s okay. Abang Khalid pergilah solat dulu. Amni nak buka puasa terus kat sini.”
Nah kau...apa yang kau dah buat ni Khalid? Aduhai...
“Ni, tadi pun Amni tumpang solat Asar kat surau hujung jalan, sebelah kedai dobi. Better abang pergi cepat-cepat. Dah nak abis waktu ni.”
Khalid mengangguk. “Amni order je nak makan apa, lepas solat maghrib, abang datang balik. Jangan pergi mana-mana,”pesannya dalam kesal. Aduhai mama, ni mama punya pasal lah. Dia pantas berlalu.

Lega rasanya dia. Sesudah berbuka, bila Khalid datang, dia pula yang pergi menunaikan solat. Abang Im tadi sudah beri amaran, jangan berlama-lama. Amni tersenyum sendiri.
Khalid mencuri pandang. Cantik. Ada sepasang lesung pipit menghiasi wajah dara dihadapannya.
“Maaf susahkan abang. Am pun datang sebab ummi yang suruh. Abang pun sama kan.”
Khalid tersenyum sambil meneguk air. Leganya. Barulah terasa seperti manusia. “Tak apa, kita sama-sama anak soleh. Kenalah taat. Amni cukup ke makan itu saja untuk buka puasa?”
“Cukup.” Mana ada, dia simpan untuk masak perut cili api. Huuuu, nak balik.
“Abang, thanks for the treat. Amni balik dulu ya.”
“Sorry. Abang harap kita boleh jumpa lagi abang belanja makan seafood. Too tired today.”
Gadis itu ketawa, perlahan menusuk ke hati sanubari. Perasaan apakah ini? Khalid menggelengkan kepala. Ilusi. Hanya ilusi. Namun matanya masih mencuri pandang sang gadis yang duduk tersenyum dihadapannya. Entah kenapa hatinya ada getaran. Ilusi, Khalid. Hanya sekadar ilusi. Jangan, dia terlalu baik untuk engkau.
Amni bangun, mengambil tas tangan.
Khalid juga bangun, mencapai jaket di kerusi. Dia mengangkat muka, memberi satu senyuman. “Baik-baik drive,bang. See you again, Inshaa Allah.”
Khalid mengangkat muka. Dia mengangguk perlahan. Betul cantik, namun hatinya masih membeku. Mungkin ini kali terakhir dia mengikut kata mama. Biarlah. Biarlah dia hidup sendiri.

Amni tergolek dikatil. Matanya merenung siling yang gelap. Hanya limpah cahaya lampu tidur memberikan sedikit cahaya. Bila mana mata dipejamkan, dia hanya mampu melihat wajah sang penakluk hati.
Khalid.
Apa ini? Jatuh cintakah dia? Dia memeluk bantal erat-erat. Berpusing ke kanan, sebentar ke kiri. Aduh, ini semua salah ummi. Kalau tidak dipaksa ummi, pasti sudah lena tidur malamnya. Dia bangun, membuka jendela. Angin yang menyerbu masuk buat dia dibuai rasa. Seronoknya andai dapat terbang di angkasa waktu ini. Melihat bintang ataupun kerlipan cahaya lampu. Mesti cantik, indah dipandang. Bunyi Jebat mengiau mematikan anganan.
“Kau kenapa? Sejuk ke? Bukan ada bulu tebal macam tuala pun sejuk lagi ke?” Diangkatnya kucing itu, dibawa ke muka. Kucing itu kian galak mengusap wajah, mencium wajah Amni. Tergelak dia. Pintunya tiba-tiba terbuka.
“Kau apasal? Gelak sorang-sorang...kerasukan ehh?”
Alahai, abang Im pula.
“Suka hatilah nak gelak ke mengilai. Ni apa main serbu-serbu bilik orang ni,”marahnya separuh hati. Tergelak dia Imran yang hanya berseluar pendek.
“Rebus maggi untuk abang. Laparlah. Ingatkan nasi ada lagi. Tadi kau makan ke kedarah?”
Dia mengeluarkan lidah. Cehhh, makan berpinggan-pinggan, lapar lagi. Tapi hairannya, badan tetap maintain. Apa bela hantu raya ke abang Im ni.
“Cepatlah. Citer Man of Steel dah nak start ni.”
Man of Steel? Henry Cavill. Ohhh...my favourite hero. Kena tengok ni. Cepat-cepat dia bangun, terjun dari katil.
“Terkejut abang. Apa ni, macam kena sampuk. Lari pun mencirit macam mak inang.” Dia menggelengkan kepala. Apa kena dengan adiknya. Tadi buat muka, sekarang mencicit ke dapur. Dah memang kerasukan ke?

“Macam mana?”
Mak aihhh...kuih belum sempat masuk mulut, dah kena soal siasat. “Ala ma...kasi lah Lid makan dulu.”
Safiah tersenyum-senyum. Kasihan dengan Khalid. Silapnya juga. Dituangnya kopi panas ke mug si anak. “Yelah, makan, makan.”
Sebiji chek mek molek itu ditelannya terus. Mama masih ada dihadapannya. Tersenyum-senyum macam kera dapat bunga. Khalid mahu tergelak. Alahai...kempunan menantu ke apa? “Ma, apa kata kita jodohkan Kay dengan Imran, abang si Amni tu? Imran tu dah fall in love dengan anak dara puak gasar mama tu. Entah apa yang dinampaknya pada Kay tu.”
Safiah bertepuk. “Iya, huuuuhhh...lastik seekor dapat dua, berita baik ni.”
Dah, dah keluar simpulan bahasa karut marut mamanya. Punah, punah. “Apa pula, Lid mana masuk senarai.”
“Tak berkenan langsung kamu dengan dia?”
Dia terdiam. Masih terbayang senyuman bak api nan hangat, mata yang galak berbicara, lunak suara yang menangkap telinga. Memang, memang lengkap. Sempurna, tapi bukan untuk dia.
“Dia bukan Nurul Ain.” Keras suara mama menjentik telinga.
“Lid tahu.”
Safiah bangun. Dia mengalah. “Tak apalah,Lid. Lid dah pergi, jumpa Amni pun dah kira baik. Mama nak masuk solat Dhuha dulu. Kalau mati nanti tak nak menyusahkan orang.”
Tangannya kaku di udara. Dah keluar bab mati pula ya Allah...
“Ni, nanti keluar jangan lupa tutup pintu. Masuk ular ke, dinasour ke, mati mama kena makan. Papa kamu dah keluar awal pagi, pergi cari tembakau.”
Aduhhh...aduh duh duh duh. Kalau dia berdangdut, sakit jantung tak mama? Khalid meneguk kopi perlahan-lahan. Dah hampir sembilan lima belas. Baik dia gerak dulu. Balik nanti tahulah dia memujuk mama.
“Ma, Lid jalan dulu ya.”
Sunyi tanpa kata. Merajuk la tu. Alahai mama.

Kenapa mentari hari ini bersinar-sinar? Dedaun pada pokok-pokok yang berbaris juga hijaunya berbeza, berkilat dan bercahaya. Udara juga kian segar, nyaman dan lembut. Semua pelajar dihadiahkan senyuman. Langkahnya bagai terapung di awan, seronok dan mengujakan.
“Am, kau ni kenapa? Dari pagi tadi tersenyum-senyum, kau menang cabutan bertuah ke apa?”
Dia berhenti melangkah. Potong line letrik betul. Dia menoleh, menarik tangan Husna yang terpacul tiba-tiba dihadapannya.
“Apa ni, main raba-raba tengah jalan. Tampor baru tahu,”bebel Husna sambil tersengih-sengih pada beberapa pelajar yang memandang.
Amni mengeluh panjang. Entah perangai keturunan manalah si Husna. “Kecoh la kau,Na. Nak tengok gambar dia ke tidak ni?”
Husna terlopong. “Kau selfie dengan dia ke?”
“Selfie kucing bertanduk kau. Aku curi-curi ambil lah. Tongonglah kau.” Dia mengeluarkan telefon tangannya. Membuka fail album. Ada lima keping gambar Khalid yang diambilnya senyap-senyap.
“Mashaa Allah, mahsyuknya...dia ni sape, pelakon ke? Pelakon pun tak ada yang hensem macam bakal suami ku ni,Am.”
“Bakal suami pulut panggang kau. Sedap saja mulut kau ya. Manalah dia padan dengan aku,Na. Jauh kambing dari panggang la...”
Husna mencelangkan mata. Dah serupa orang sewel naik angin pun ada. “Listen hear, Miss Amni. Aku percaya, he gonna be your husband, by hook or by crook. Musti, wajibulghunnah!”
Mulut Husna ditekupnya sepantas kilat. Heee...susah dengan radio live macam Husna ni. “Dah, jom ikut aku pergi kantin. Lapar tau.”
“Makan, makan aje yang kau tahu. Nanti bulat macam belon kena pam baru kau tau.”
Amni terkekeh-kekeh. Ditariknya Husna ke arah kantin. Baik dia diamkan si Husna dengan makanan, nanti boleh sambung cerita.

“Ni, lusa lepas solat jumaat, jemput datang. Ajak sekali family kau.” Kad keemasan itu dihulurkan pada Khalid.
Disambutnya kad itu dengan tangan kanan. “Majlis akikah dan cukur jambul siapa? Anak kau?” kad itu dibeleknya beberapa ketika. Irfan bin Irfad. Khalid tersenyum.
“Iya hensem. My boy punya majlis. Kalau ada mata air, bawalah sekali. Lauk special, nasi arab dengan kambing panggang. Lauk pauk kampung pun ada.”
Dimasukkan kad itu ke dalam diari yang sentiasa dibawanya ke sana sini. “Inshaa Allah, aku tak janji. Tak ada aral, Inshaa Allah sampai.” Nanti dia tanya mama. Kalau mama dan yang lain mahu pergi, apa salahnya.
“Nilah budak bertuah tu.”
Khalid menjenguk gambar-gambar di dalam iPad milik Irfad. Tersenyum dia sendiri. Comel, boleh jadi model iklan pampers.
“Berapa bulan?”
“Nak masuk lima kot.”
Mereka sama-sama berlunjur di gazebo. Laut China selatan sedikit garang walaupun matahari sedikit malu-malu. Mahu hujan mungkin, Khalid berkira-kira sendiri. Dia meletakkan kepala, tidur pun sedap. Perut sudah kenyang.
“Lid, ada masa kau datang ya.”
Matanya dibuka luas. “Okay, aku tak janji, tapi aku cuba.”
“Dah, jom tengok kau punya pool. Aku nak setting pokok-pokok ni sampai siap. Kalau hujan, ada bagusnya, cepat tanah lembut, mudah kita nak bersihkan pool nanti.”
Khalid tersenyum. Sebab itu dia suka bekerjasama dengan Irfad. Kerja serius, bergurau pun boleh. Kata Irfad, kalau orang Melayu tak nak bekerjasama sesama sendiri, siapa lagi? Khalid tersenyum lagi
“Kalau tak nak datang tak apa, beli hadiah besar-besar. Kalau tak, kita cancel kontrak,”ugut Irfad dengan muka yang serius.
Berdekah-dekah Khalid ketawa. “Yelah,yelah.”

Dicalitnya sedikit lipgloss ke bibir. Blouse ungu muda dibetulkan. Rambutnya yang panjang diikat kemas, bagai ekor kuda. Langkahnya yakin, menuju ke meja restoran. Azfar dan Yusri sudah ada di meja.
“Mana Mila?”
“Dia tak boleh datang. Demam selsema. Dia takut nanti berjangkit.”
“Bos tak sampai lagi?”
“Tak, pergi rumah makwe kot.”
Syafiqa terdiam. Khalid dah ada kekasih? Perempuan hari tu ke? Dia merenung menu yang sudah lama terlentang di depan mata.
“Mak we apanya. Silap-silap dah jadi bini.” Dua-dua ketawa. Syafiqa menggigit bibir.
“Tak semudah itu untuk dia kahwin lagi.”
Kali ini bagai renjatan elektrik,Syafiqa tersentak. Kahwin lagi. Dia dan Azfar memandang Yusri serentak.
“Aiseyyyy...terlepas cakap pulak. Ni, tolonglah jangan korang tersebut depan dia, mati aku.”
“Okay, kalau kau tak mahu Iqa atau si Azfar ni pecah lubang, baik kau cerita betul-betul. Sekarang, cerita sekarang.”
Yusri menggaru kepala yang tidak gatal, kelemumur jauh sekali, dah dia memang botak, nak buat macam mana. “Fine. Tapi setakat yang aku tahu saja.  As you all know, dia kan my senior masa di UK dulu. Dia nikah dengan makwe dia masa final year. Tup tup masa aku balik Malaysia setahun lepas tu, dengarnya isteri dia meninggal dunia. Accident di Johor Bharu. Lepas tu, abis cerita. Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.”
Syafiqa menelan liur. Patutlah. That’s why his eyes always seem sad and lingering. Masih berpaut pada cinta lamakah? Syafiqa mendengus kecil. “Cantik ke wife dia tu?”
“Memanglah. The hottest look in town. Nama dah lupa, tapi memang cun gila. Mat saleh pun ramai nak kan wife Khalid waktu itu.”
Dia mencebikkan bibir.
“He’s coming. Ni korang, tolonglah...tolong jangan cakap apa-apa,”pesan Yusri sekali lagi. Huh, silap haribulan kena pecat, mati katak dia.
Syafiqa tergelak. Let’s time heal all the wounds. She gonna be the doctor, and mends the broken heart.