Wednesday 4 October 2017

BAB 1 : LANGIT YANG KU TINGGALKAN





“Kita putus.”
Dia tergelak sambil matanya jatuh pada wajah gadis itu. Marlini nampak sugul. Angin yang tiba-tiba bertiup buat hatinya sebu. Cintanya semudah itukah? Lempar dan terbang jika tak diperlukan lagi? Ayad senyum sinis.
“I baru beli barang-barang untuk bertunang.” Matanya pandang tepat pada wajah mulus itu. Wajah yang diselit kemas dalam hati, dalam ingatan. Kekasih pujaan.
“Babah cakap putus, kita kena putus.” Tegas bunyi suara gadis itu.
Sekali lagi dia ketawa kecil. Kalau babah Marlini cakap terjun bangunan pun kena ikut samalah, kan. Ayad sandarkan tubuh, dongak tengok lagi.
“Yad, you need to do something!”
Pulak.
Tadi bukan cakap nak putus. Kalau mahu putus, putus sajalah.
“Bua tapa lagi? I dah cakap nak meminang you minggu depan, dah sekarang ni you pulak mintak putus. You nak I buat apa sebenarnya, Mar?” Dijongketnya sebelah kening.
“Apa saja!”
Aduh, ketawa dia seketika.
“Nak I jual Jag tu?”
Bulat mata Marlini pandang dia.
“Nak family I jual semua harta benda, macam tu?”
Marlini gigit bibir, gosok pipi berkali-kali.
“Habis tu, you dan papa you nak biarkan CBX Properties Group lingkup macam tu saja?”
Ahhh, itu yang sebenarnya, bukan?
“Kami sedang mencuba, Mar. You ingat senang ke kami nak trace balik duit yang bestfriend babah you gelapkan. You ingat dia main sorok-sorok bawah katil, macam tu?” Sengaja dia tekankan perkataan babah untuk pendengaran Marlini
Ikut hatinya yang panas, babah Marlini dia sembur. Pandai-pandai minta papa si Marlini kenalkan papa dengan Tuan Azam. Jutawan terhormat konon, ambik kau. Ayad urut dahi, lepaskan nafas perlahan-lahan.
“Habis tu, you nak salahkan babah I?”
Ahhh, yang ini dia malas. Perang mulut yang tak berpenghujung. Ayad ambil raybans, sangkut pada wajah.
“You nak pergi mana?” Terkejut Marlini melihat Ayad yang tiba-tiba bangun.
“Balik. Lagipun bukan you cakap kita nak putus ke? Okay, fine. Kita putus. The end, habis cerita.”
Dia buka langkah. Sungguh dia penat. Penat dengan segala dugaan yang datang bertimpa-timpa. Hatinya memujuk menyuruh dia menoleh, dia tetap teguh.
“Ayad!”
Dia tetap tak menoleh. Retak hati seorang lelaki teramat payah untuk bercantum kembali.

Sepi.
Ruang itu sunyi tanpa suara. Meja kayu kesayangan papa diusapnya lembut. Sudah hamper satu jam dia menunggu, bayang papa belum tiba.
“Dah lama along sampai?”
Dia sengih. Jarang papa memanggilnya begitu.
“Lamalah juga. Uzair mana?”
Haji Nasir senyum lembut. Dihenyaknya tubuh ke sofa, bersebelahan dengan Ayad.
“Ada di pejabat SPRM lagi. Papa tak larat nak menunggu lama-lama.” Dis sudah semakin tua, tenaganya mului surut. Pada Ayad dan Uzair saja dia mampu berharap.
“Ayad kena ke Terengganu. Ayad kena pergi dan pantau dari sana, papa tak percayakan orang lain.”
Terpempan dia seketika.
“Kenapa dengan Terengganu?” Berkerut dahinya dengan permintaan papa yang tiba-tiba.
“Tuan Azam gelapkan duit syarikat guna akaun cawangan kita di Terengganu. Ayad kena pergi sana. Bawa Lay sekali untuk pantau dan trace balik akaun.”
Dia tepuk dahi. Begitu rupanya. Wajah keruh papa buat hatinya terusik. Berat benarkah kali ini dugaannya?
“Mar minta putus, jadi rancangan Yad nak meminang dia dia minggu depan dah tak jadilah kot.”
Allah.
Haji Nasir urut dada. Terasa sebak namun dia gagahkan untuk larikkan senyum.
“Along tak apa-apa?”
Ayad ketawa besar. Dia? Baik-baik saja. Retak hatinya jangan dilaung pada dunia, malu. Dia lelaki, lelaki harus kuat.
“Baik dia putus sekarang, pa. Kalau jadi lepas kahwin, lagi sakit kepala. Biarlah, mungkin Yad dah tak mampu untuk jadi calon suami yang serba lengkap untuk dia.”
Haji Nasir tepuk lutut Ayad perlahan-lahan. “People generally see what they look for, hear what they listen for.”
“Maksud papa?”
“Learn, my boy. Learn how to be a man.”
Dia senyum, peluk papa erat-erat. Hati lelakinya sarat dengan serbu perasaan. Berpisah dengan Marlini langsung tidak seperti ini.
“She doesn’t deserve you, my boy.”
Dia angguk. Kalau Marlini mahu pergi, pergilah. Dia mahu berbakti untu papa dan keluarga.
“Bila Ayad kena pergi, pa?”
Secepat mungkin. Lay pun dah tahu, dia dah stand by. Rumah singgah ada papa sediakan. Alamatnya ada dengan Lay. Tak apa, jangan rushing. Tunggulah seminggu lagi.”
Dia geleng.
“Lusa Ayad pergi. Kita kena selesaikan hal ni secepat mungkin.”
Haji Nasir angguk, tepuk bahu Ayad dalam sebak.
“Maafkan papa, Yad. Papa betul-betul menyusahkan Ayad sekarang. Papa dah susahkan semua.”
Sekali lagi dia geleng. Dia genggam tangan papanya seerat mungkin.
“Allah sedang menguji kita, pa.We gonna make it, believe me.”

“Sini kau.”
Terkulat-kulat si pelajar untuk datang, heret kaki mengadap dia. Ewahhh, senang hati nampak.
“Apasal baju kat luar? Rambut pun panjang? Mu nak cikgu potong ke dengan sabit ke?” Mendidih pula dia melihat budak-budak sekolah zaman sekarang. Tonyoh kepala kat jalan tar ni karang masuk suratkhabar pula. Sabar, Lia, sabar.
“Rileks ah, cikgu. Panas ni.”
Menjawab pulak si malaun ni. Mahu makan karate dengan dia.
“Panas?”
Sengih dan angguk.
“Kalau panas, mari cikgu kasi lagi panas. Apa kata kau pergi berdiri kat tengah-tengah tapak perhimpunan tu, kau berjemur kat situ. Pergilah, pergi sekarang.”
Cepat-cepat pekajar lelaki itu masukkan baju uniform ke dalam. Tegak berdiri macam tiang bendera.
“Sorry, cikgu.”
Sorry naik lorilah wei! Sorrylah sangat. Esok buat lagi, dia bagi je.
“Jumpa dengan cikgu lagi macam ni, kau jalan itik tengah panas, faham?!”
Angguk, mencirit larinya.
Terdengar dia ketawa menyapa telinga. Bergegar sekejap.
“Kau jangan bukan-bukan Lia oiii…nanti ada parents saman kau baru melongo.”
Dah agak dah, mesti Shidah punya ketawa kalau sampai bergegar sekolah. Dia toleh, angkat penumbuk.
“Mak bapak macam tu elok aku saman balik. Buatlah.”
Sekali lagi ketawa Shidah bergegar. Tuannya kecik saja, apasal ketawa macam gergasi. Pelik dia.
“Kau apasal yang salty bebenor pagi ni? Putus kasih dengan lelaki pujaan?”
Binawe punya kawan. Dahlia cubit lengan Shidah kuat-kuat. Menggeliat rakannya itu.
“Sakit la wei!”
“Sakit lagi hati aku tak!”
“Hai ladies.”
Tiba-tiba saja diam.
Shidah sigung dia, mujur tak tersembam di lantai aspal. Memang binawe kepala banana betul.
“Good morning, Arman.”
“Good morning, teacher Shidah. Hai, Lia.”
Panjangnya umur lelaki ini. Baru dua saat melintas dalam hati terus terpacak depan mata. Hebat. Sila tepuk tangan ramai-ramai.
“Waalaikumussalam. Jalanlah dulu, kami nak mengumpat,” balasnya selamba. Shidah dia lihat sudah ternganga. Hah, ngangalah biar masuk lalat.
Ketawa besar si Arman. Pelajar-pelajar perempuan yang berjalan di hadapan mereka mula tertoleh-toleh. Nak buat macam mana, muka hensem si Arman memang pujaan satu sekolah. Bukan dia, huihhh…langsung tak kena dengan taste dia. Hensem tapi ramai sangat peminat. Buat sakit kepala adalah.
“Mengumpat saya ke?”
Kali ini tiga kepala itu menoleh serentak. Dah bila pula puan pengetua ada berjalan kat belakang mereka ni. Nasib baik tak sempat kutuk maki sana sini.
“Assalamualaikum, puan.”
Hajah Sazlinda senyum lebar, jawab salam dan berlalu pergi.
“Loceng dah lama bunyi ya, masa tu amanah ya cikgu-cikgu.”
Ambik kau, kena sebiji depan muka. Dahlia tahan gelak. Apa lagi, macam lipas kudung mereka buka langkah.

Ruang duplex itu dia tenung lama-lama. Sudah bukan rezekinya, tiada apa yang perlu dia kesalkan. Papa memang melarang dia jual kondo duplex ini, tapi biarlah. Lagipun rumah papa sudah cukup besar untuk mereka semua.
“Mithra, ini kad kunci. I dah ambil semua barang tapi kalau ada yang tertinggal, bolah tak yang tinggalkan di management office.”
Gadis itu senyum, angguk. “Dah you tak tinggal sini lagilah?”
Dia angguk, kenyit sebelah mata.
“Yang datang nanti lagi hensem tau, Mit.”
Mengekek gadis itu ketawa. “Hensem tu bonus, kalau baik hati macam you lagi I suka.”
Ayad lemparkan sengih. “Okaylah, take care. See you around.”
Bila dia buka langkah.sekali lagi dia toleh. Tak mengapalah, selama ini dia sudah merasa bagaimana hidup dalam serba ada,apa salahnya dia mulakan kembali. EXXO Global akan dia bangunkan kembali dengan papa dan Uzair.

Dahi mama dikucupnya lembut.
“Uncle!”
Lebar sahaja bukaan tangannya menyambut Izraa yang tiba-tiba datang. Diciumnya si kecil itu sehingga tergelak riang.
“Mana abi?”
Izraa sangkut tangannya pada leher Ayad, cium pipi Ayad penuh kasih sayang.
“Abi keluar, marah Rara.”
Dia ketawa lagi.
“Ummi?”
“Sleep.”
“Kenapa abi marah?” soalnya lembut. Diusapnya kepala Izraa berhati-hati.
“Rara tarik ekor Leo.”
Ahhh, patut pun. Leo kucing kesayangan Uzair. Pantang orang lain usik, marahlah dia. Hai, dengan anak sendiri pun marah ke?
“Nanti Leo gigit Rara, sebab itu abi marah.”
Geleng berkali-kali.
“Abi jahat.”
Habislah kau Uzair, merajuk takpasal-pasal si kecil ni.
“Uncle?”
“Uncle hensem, sayang uncle. Nak doll.”
Hah ambik kau, itu yang sebenarnya.Tergelak besar dia.
“Uncle tu taka da bini, Rara. Mintak je apa Rara nak, biar uncle belikan.”
Perghhh, panas telinga dia sekejap. Dia jeling mama yang mula terpisat-pisat bangun.
“Ingatkan tidur.”
Hajah Maya menggeliat. Dia cebikkan bibir. Diraihnya cucu nan seorang ke ribaan. Menggelekek Izraa ketawa.
“Macam mana nak tidur, susah hati pasal kamulah.”
Ayad sengih, bersandar dalam keluhan. Wajah suram mama buat dia serba salah. Dia tahu mama runsing, susah hati.
“Mama susah hati pasal syarikat?”
Hajah Maya geleng, capai tangan Ayad.
“Syarikat? Tak, mama runsing pasal Along. Mama dah lama hidup dalam susah dan senang, kalau Allah nak tarik balik pun, mama redha. Kita masih ada rumah dan mama masih ada papa, kamu semua.”
Dia cium tangan mamanya lembut. Mama hatinya kental namun lembut. Kadang-kadang nampak tegas namun kalau kena caranya mama cair dengan pujukan.
“Tak payah risaukan Ayad, ma. Dah besar panjang pun, hensem lagi tu.”
Geram pula “Habis tu kenapa Marlini nak putuskan pertunangan?”
Dia pejamkan mata. Sudah dia agak, inilah isu sebenar yang mama mahu bincangkan. “Mana mama tahu?”
“Ulfah.”
Tu dia, adik dia yang menetap di UK sekarang pun lebih pantas sampai beritanya. “Mana Ulfah tahu?”
Hajah Maya cubit lengan anak itu. Menyengih Ayad pandang dia.
“Babahnya yang mahu kamu putus?”
Angguk tidak, geleng pun tidak. “Mar dah dewasa,ma. Kalau babahnya suruh putus sekalipun, dia sendiri boleh buat keputusan. Orang tak hendak, takkan Ayad nak terkejar-kejar. It’s not my style.”
Wajah Ayad yang ceria dia pandang lama.
“Kamu tak sayang dia?”
Eh, apa punya soalan mama bagi ni? Tegaru-garu dia sambil tersenyum lebar.
“Kalau sayang pun orang tak mahu buat apa, ma.” Ditepuknya punggung Izraa yang tadi lena disebelahnya. Jadi budak-budak lagi senang hati kot, tidur, makan dengan main saja. Bahagia hidup.
“Lusa Ayad naik Terengganu, pantau cawangan sana.”
Pandai saja anak ini mengalih tajuk. Dia cubit sekali lagi lengan Ayad. Biasa tu. “kita bincang hal lain, kan?”
Mengaduh dia. Macam mak ketam naik angin.
“Kenapa mama tak tanya je Datin Siti Fatimah tu? Bukan mama Marlini tu kawan baik mama ke? Tanyalah dia kenapa, bagaimana dan mengapa? Tanya Ayad buat apa, bukan Ayad yang putuskan.” Sengaja dia tekankan nama mama Marlini, merangkapkawan baik mamanya.
“Itu dulu, waktu senang.Waktu susah siapalah yang nak mengaku kawan, Ayad.”
Hah! Dapat pun jawapannya kan. Ayad bangun perlahan-lahan, bimbang Izraa tersedar dari lena. “Macam itu juga dengan Marlini, ma.”
Hajah Maya gigit bibir, sayu pandangannya melihat batang tubuh Ayad. Bersabarlah hai anak, sesungguhnya Allah menguji orang yang Dia kasihi.

“Lia dah sarapan?”
Huuih, nasib baik dia tak melatah kea pa tadi. Janganlah main-main serang hendap macam gitu, lemah jantung dia kejap.
“Alhamdulillah, dah. Singgah café akak tadi sebelum datang sini.” Arman dia lihat senyum manis. Inilah yang dikatakan tall, dark and handsome tu. Mahu dia tergelak dalam hati. Entah berapa ramai sudah hati yang dipatah-patahkan si tall, dark and handsome sebelah dia ini.
“Cikgu,masa PJ ni, cepatlah.”
Sekali lagi mahu dia tergelak.Dua pelajar perempuan dengan muka kelat ada di hadapan mereka, berpeluk tubuh pandang dia dan Arman. Apa? Budak-budak ni ingat dia heran sangat ke dengan si Arman ni, tolonglah.
“Ya, pergilah beratur, buat warming up. Cikgu nak pergi padang juga ni pun.nak mengorat Cikgu Dahlia pun tak senang awak semua ni.”
Eh sedapnya mulut. Nak kereta dia kena calar ke? Budak-budak sekarang bukan boleh main oiii, muka macam bidadari belum tentu perangai macam malaikat. Nampak lagi kelat dua pelajar perempuan dihadapannya. Huh, underwear mak bapak belikan pun dah pandai jeling cikgu. Dahlia senyum lebar.
“Jangan nak mengada-ngada ya, saya dah ada pakwe pun. Ni, ambik cikgu awak heret pergi padang. Jeling apa jeling, nak rasa junjung buku tengah panas?”
Cepat-cepat dua pelajar itu geleng kepala. Hairan dia, kalau zaman dia sekolah dulu, nak angkat muka bertentang mata dengan cikgu pun segan. Sekarang? Silap haribulan dia kena maki dalam social media. Dahsyat.
“Betul cikgu dah ada pakwe?”
Ke situ pulak. Dah dia cakap tu iakan saja sudahlah. Banyak soal. Cepat-cepat Dahlia buka langkah. Lagi dilayan, lagi panjang ceritanya.
“Lia, nanti rehat sekali ya.”
Ishhh, dia seligi juga si Arman ni karang.

Berpeluh juga dia dan Lay memilih fail mana yang mahu dibawa. Boleh tahan berpinar matanya mengadap iMac. Mujurlah Lay memang kaki computer, semua benda dia tahu. Tak sia-sia jadi orang kanan dia.
“Lay, kau okay ke ikut aku pergi Terengganu ni?”
Pemuda cina itu tersengih namun matanya masih terpaku pada screen iMac.
“No hal. Lagipun kau memang boss aku, mana kau pergi, aku follow.”
“Tu bodyguard, kau IT konsultan merangkap pegawai akaun paling hensem kat sini. Menangislag semua awek kau kat ofis ni. Mahu meraung-raung kau taka da,” usiknya dalam gelak. Lay memang ada rupa. Kulitnya taklah putih sangat tapi memang kemas dan kacak. Kalau sekali pandang, memang boleh jadi artis kot.
“Kau pun sama la, Yad. Cakap aku buat apa, aku kuli je pun. Kau boss lainlah, awek beratur ,bro.”
Ayad ketawa kuat-kuat. “Dulu, sekarang ni bila company dah berantakan, awek pun lari, Lay.”
“Tu bukan awek, tu Pontianak. Tau hisap darah dengan duit je.”
Sekali lagi dia ketawa. Jangan main-main dengan si Lay ni, mulut macam mesin gun. Sekali senyum manis, sekali dia marah, tersungkur.
“Janice macam mana, dia marah tak kau ikut aku?”
Pantas saja tangannya mengetik itu dan ini.
“Janice? Mana ada Janice lagi, Yad. Dia dah ada baobei baru, lagi tebal poket tau.”
La, patut pun keruh saja air muka si Lay sehari dua ni, sama nasib rupanya.
“Perempuan memang macam tu ya, Yad? Masa susah semua lari.”
Ayad tarik nafas dalam-dalam. “Entah, aku pun takt ahu nak cakap apa. Memang lumrah kot. Dia sandarkan kepala pada dinding, terbayang wajah Marlini yang manis tersenyum. Bunyi ketukan pada pintu buat mereka berpandangan.
“Boss, Cik Marlini ada kat luar.”
Lay pandang dia, tersengih sambil angkat ibu jari.

“Habis tu you pergilah?”
Masih lagi dia diam. Kopi panas itu masih berasap nipis di hadapan mata. Renungan Marlini dia abaikan seketika.
“Yad, Mar tanya ni.” Rusuh bunyinya suara gadis itu.
Ayad angkat wajah, tenung Marlini penuh tanda tanya. Bukan ke mereka dah putus, apa lagi yang gadis ini mahu sibukkan.
“Kalau ya, kenapa? Bukan antara kita dah kosong, zero?” Pelik dia.
Diketapnya bibir berkali-kali. Riak serius Ayad buat dia serba salah.
“I masih sayangkan you, Yad.”
Okay, kalau dia lontarkan ketawa kuat-kuat pun tak apa, kan. Funny. Boleh buat sketsa drama kot. Matanya berpaut, cuba mencari jawapan di sebalik kata-kata itu. Percayalah, dia lelaki. Dengan mama dia boleh tersenyum, mengakui hatinya biasa-biasa saja. Aduh, mana mungkin. Renyuk, relai dan rebah hati lelakinya yang satu ini. Dia masih lagi manusia. Titik.
“Damn, you are joking, right?” Rendah nada suaranya melempar kata.
“I am, Yad. Tapi…”
There, there…ada tapi.
“Tapi babah berkeras mintak you putuskan juga demi masa depan you dan cari lelaki yang lebih baik untuk jamin kebahagiaan you sampai ke anak cucu, tak gitu?”
Terdiam dia tanpa kata. Wajah ayad yang serius memandangnya buat dia sedikit gentar. Sungguh, selama hamper tiga tahun dia bersama Ayad, lelaki ini sentiasa letak di tempat paling tinggi, teratas dalam carta hatinya.
“Jangan buat I serba salah, Yad. You tahu bagaimana I sayangkan you. But, sebagai anak, I kena ikut apa yang babah dan mama I mahu.”
Jarinya menolak rambut, merenung langit beberapa ketika sambil melepasakan nafas. Sungguh dia pelik. Ayad tolak senyum.
“Habis tu, apa yang you nak sebenarnya, Mar?”
“I need you to make things right! Baiki semua ni, kembali pada asal, suasah sangat ke,” tuturnya geram.
Mudah untuk bercakap bila yang terjadi bukan pada diri sendiri. “Habis tu you ingat I buat apa, goyang kaki?”
Ayad berang. Dia pasti kerna nada suara lelaki itu bertukar keras. Marlini tarik nafas dalam-dalam, tenangkan diri.
“Bukan macam tu, you paham tak apa yang I nak cakap ni. I still love you, Yad. Just you know, you kena pulihkan keadaan dan all gonna end well for all.”
Penat, dia penat dengan semua ini.
“Kalau macam tu, I gerak dulu. Banyak benda yang I nak kena baiki, kena pulihkan untuk dapat kembali tempat I macam dulu. Sementara kosong, apa kata you cari calon yang sepadan, boleh?”
Pantas dia bangun, cuba meraih lengan Ayad namun lelaki itu terus berlalu. Damn you, Ayad. Come back here!

Hari cuti memang seronok. Paling best lepas solat subuh dia kembali sambung membuta. Tak perlu berkejar-kejar ke bilik air, hidupkan enjin kereta atau masauk kerja. Ahhh, heaven.
“Aunty mama cakap bangun jangan tidur sampai tengahari nanti tak kahwin!”
Adoi, macam mana dia boleh lupa kuncikan pintu ni.dahlia tepuk dahi beberapa kali. Habislah dia kali ni.
“Aunty!!!”
Ya Allah, boleh cair tahi telinga dengan si Anggerik kalau macam ni.Hairan dia, muka cute  amat, suara macam bapak Godzila, bergegar satu rumah.
“Get out, main jauh-jauh, baby. Aunty nak tidur ni…” Dikuisnya Anggerik di hujung katil. Jangan tergolek jatuh ke bawah sudah, patah riuk anak kakaknya, mahu dengan dia sekali kena patah-patahkan sekali.
“Eee…busuk. Tak gosok gigi.”
Dahlia buat tuli, sengajalah tu nak suruh dia marah. Taktik lapuk la weiii…
“Baby, mama panggil.”
Anggerik diam sebentar, terkebil-kebil dia. “Taka da pun.”
“Baby!”
Dahlia gulingkan mata. “Habis tu, siapa panggil baby tu, hantu?”
Anggerik jelirkan lidah, cepat-cepat berlari.
Dia? Lagi laju dari anggerik lompat dari katil dan kuncikan pintu. Yahuuu, dia mahu sambung tidur!
Bunyi pintu biliknya ditepuk kuat buat Dahlia mahu menjerit. Apa lagi ni…
“Apa?!”
“Mama cakap kalau tak bangun mandi, baik masuk kubur!”
Binawe betul. Yalah, yalah dia bangunlah ni.

Dia seronok di sini. Angin dari pantai tak jauh dari café ini buat matanya diulit kantuk. Hari ini penuh café milik abang ipar dan kakaknya jadi tumpuan, biasalah hari cuti. Pagi-pagi lagi dia, Jijoe, Ema dan Tina berpeluh sakan. Danny yang bancuh air pun boleh mengeluh penat. Nasiblah, rezeki jangan ditolak.
“Kau tunggu putera idaman jatuh dari atap ke apa?’
Siutlah kawan macam ni. Mengekek-ngekek mereka ketawa. “Bila kau sampai?”
Shidah suap kuih kasturiyang masih lagi berbaki di tangan. Sedap, macam air tangan mak dia. Kacangnya tak manis sangat, ngam-ngam.
“Aku dah siap melahap laksam semangkuk, kau punyalah berangan sampai tak sedar aku sampai ya, Lia.”
Ditunjalnya kepala Shidah, tunjal-tunjal manja. Minah senget ni mana tahu malu.
“Cakap nak jogging, membedal bukan main banyak.”
“Nak bersenam kenalah ada tenaga, kawan. Nanti belum separuh jalan dah pengsan, langsung aku panggil ambulan.”
Menceceh banyak. Dahlia bangun, buat sedikit regangan. Sempat dia menjenguk ke dalam café, pelanggan sudah surut. Bolehlah dia dan Shidah teruskan rancangan mereka untuk berjogging.
“Cepatlah, nanti panas kau jugak merungut.” Lengan Shidah ditariknya lembut. Ternganga-nganga si Shidah mahu menyuap baki kuih.
“Kalau ya pun tunggulah kejap, kau nak aku mati tercekik ke wei?!”
Dahlia ketawa. Hai hidup, kalaulah hari-hari dapat ketawa begini, dia pasti bahagia.

Menyelusuri jalan yang sedikit lengang umpama satu perkara yang luar biasa bagi manusia seperti dia. Kesesakan lalu lintas umpama satu dongeng tatkala keretanya mula membelah jalanraya di Terengganu. Sibuk tapi jauh bezanya dengan Kuala Lumpur. Padat memanglah tapi bukan sesak macam sardine kena sumbat. Lay sudah lama lelap. Superbike pemuda cina ini ada bersama lori yang mengangkut barang-barang mereka yang jauh di hadapan. Selepas subuh tadi mereka bertolak, sekarang hampir jam sebelas pagi.
“Lay, dah sampai ni.”
Membebel Lay dengan mata yang masih tertutup. Mangantuk lagilah tu. Kata papa, rumah singgah di Terengganu ini serba lengkap. Cuma perlu bawa baju pakai dan barangan peribadi yang dirasakan perlu sahaja. Dia bukan kisah sangat, asal ada sudah cukup.
“Lei Jun, we are here.” Sengaja dia panggil nama sebenar sahabatnya itu.
Ternganga, mujur tak masuk lalat. Jaguar XE merahnya sudah dia jual. Biarpun dia sayang kereta itu, cukuplah dengan Honda CR-V baru ini untuk kegunaanya. Silap haribulan dia pakai motor terus.
“Dah sampai ke? Aku laparlah, bro.”
Ayad senyum. Memang pun, dia pun lapar. Berhentinya Cuma sekali sepanjang perjalanan, inipun dia dan Lay makan roti bakar sahaja tadi.
“Tak apa, sampai nanti kita tunggu dorang siap kemaskan barang, aku call pizza. Malam kita cari nasi.”
Ke langit ibu jari si Lay. Makan banyak, badan tak gemuk-gemuk. Baguslah, malas dia nak masuk gim. Jogging lagi seronok. Keretanya membelok ke kiri, perlahan-lahan menyusur laluan kea rah deretan rumah ters dua tingkat. Cantik, damai. Hujung jalan sana pantai memutih terhampar indah. Nice view.
“Wow, dekat dengan pantai. I like it. Petang-petang boleh aku memancing.”
Mahu tergelak dia. “Kau, memancing?”
Lay angguk, jongket kening. “Kenapa, tak percaya? Kau ingat aku larat nak mengadap lappy sepanjang hari, boleh biol, bro. Mata ni, kena rehat. Tengok benda yang cantik-cantik. Pantai cantik, langit cantik, perempuan cantik…”

Huh, memang. Semua nak cantik. Pandailah kau. Perlahan-lahan dia tekan brek. Alhamdulillah, sampai akhirnya. Semoga semuanya baik-baik saja.

Langit Yang Ku Tinggalkan...satu permulaan.

Ya Allah,
Bersawang terus blog daku. Alhamdulillah, baru ada masa nak up apa-apa kat sini. Okaylah, manuskrip terbaru cik kak yang masih dalam proses ni bertajuk Langit Yang Ku Tinggalkan. Lepas tu ada dua lagi manuskrip nak cik kak kena hadap dan siapakan (hahahaha...padan muka...)So, sebelum tengahari nanti ku up bab 1 Langit Yang ku tinggalkan tau. Tungguuuuuuuuu....tqqq

Wednesday 19 April 2017

BAB 10 : TMAO CIK REEN DAN EN. NGOK NGEK *0*

Okay readers tersayang, Cik Reen dan En. Ngok Ngek sampai bab 10 dah ya...nak baca lagi, kenalah beli novelnya...(hihihihi...nakaiii penulis nihhh...) Happy reading, lurve!

Bab 10

Laman balai polis itu tempat mereka berkumpul kembali. Lega dia. Sekurang-kurangnya laporan polis tentang apa yang berlaku telah dibuat.
“Encik Harris, jangan lupa nanti. Salinan report tu minta simpan baik-baik. Nanti kalau kena tahan, tunjuk saja salinan report tu. Dah maklum pada mak ayah?”
Harris tepuk dahi. Aduh! Memang langsung dia lupa terus. Dia pandang Azreen. “Ada call ibu?”
Geleng. Nak call macam mana, telefon semua kena rembat. Nasib baik ada beg pakaian, kalau tak mahu pakai kain batik Tuk Chik naik motor. Haru biru jadinya.
Saiful hulurkan telefon. “Nah, telefon mak bapak korang. Maklumkan dorang korang kat mana, macam mana.”
“Reen, awak call ibu. Minta ibu cakap dengan ummi.”
Huh, itupun nak suruh dia ke? Azreen ambil telefon, pantas mendail.
Harris jeling Azreen yang tenang berbicara. Sekali angguk, sekali diam, sekali geleng. Entah apa yang disoal ibu mertuanya.
“Ibu kirim salam. Dia dah separuh nyawa bimbang. Nanti dia call ummi. Kalau nak pakai duit, ibu cakap call saja. Tapi Reen cakap tak payah. Nak transfer macam mana, kad dengan wallet semua kena kebas. Padanlah dengan duit yang Tuk Chik kasi tadi.”
Riak terkejut menampar wajah Harris. “Tuk Chik kasi duit?”
“Iya. Lima ratus.”
Allahu…sungguh dia tidak tahu menahu. “Mana Tuk Chik dapat duit banyak-banyak macam tu?”
Ketawa Saiful menyapa telinga. “Korang perasan tak rumah Tuk Chik kat mana?”
“Dalam kebun getah, kan. Kenapa?”
Saiful senyum. “Kebun getah tu dia punya la. Enam ekar luasnya. Pakcik aku dan ada beberapa orang kampung yang lain yang menoreh kat situ. Tuk Chik tu banyak harta, banyak tanah. Duit dia ayah aku yang tolong simpankan di bank. Ayah aku tu bukan orang lain. Anak saudara dia.’
Patut pun. Harris geleng kepala. Orang kampung, kalau tengok kaya tak sangka berharta. Orang bandar, kalau pakai BMW belum tentu sendiri punya. Entah-entah sewa takpun bos punya.
“Patut pun dia cakap duit dia banyak lagi bawah tilam,” sampuk Azreen kagum. Memang simpan bawah tilam kot, hahahaha…dahsyat Tuk Chik.
“Memang pun. Tu pun puas ayah aku membebel. Bukan apa, takut orang pecah masuk. Biasanya aku atau adik aku si Syahir temankan dia. Dah korang ada hari tu, kami tak pergilah. Lagipun aku tahu korang memang orang baik.”
Harris senyum lagi. “Kau pun. Dahlah pinjamkan motor, tolong kami buat report lagi. Bertuah kami jumpa kau, jumpa Tuk Chik. Nak buat adik ipar pun adik aku jantan juga.”
Berdekah-dekah Saiful ketawa. “Kita permudahkan urusan orang, Inshaa Allah di lain masa Allah permudahkan urusan kita. Itu prinsip aku. Ni, bawak motor baik-baik. Dah settle semua nanti, jangan lupa datang sini.”
Mereka saling berpelukan, bertukar salam.
“Saiful, terima kasih. Tengokkan-tengokkan Tuk Chik ya.”
Dia angguk, angkat ibu jari.
“Harris, kau jangan pergi join budak-budak motor tu pulak!”
Harris ketawa. “Langkah KLCC dulu.”
 Azreen gulingkan biji mata lalu bonceng motor. Beg galas satu dibelakangnya, digalas kemas. Satu lagi di dalam raga motor.
Let’s ride.”
Huh, macamlah bawa Harley Davidson.

Geli geleman sesekali bila angin mencium pipi. Seronok juga bermotorsikal. Matahari yang kian meninggi tak dihiraukan. Angin yang sentiasa menampar pipi buat dia menyanyi riang. Pesan Saiful, dalam raga motorsikal tu ada baju hujan. Kalau perlu gunalah. Aishh…matahari garang semacam, hujan pun takut. Azreen gelak sendiri. Bonceng motor dengan Harris buat dia sedar sesuatu. Belakang Harris nampak lebar, kekar. Depan memang dah selalu nampak, mamat tu selalu buat tayangan percuma. Memang buat dia telan liurlah. Tak sangka, belakang Harris pun boleh jadi magnet matanya. Sudah kerasukan gamaknya dia. Tongong.
Oh mak kau!
Terkejut dia. Mana tidaknya, motor itu tiba-tiba sahaja dihentikan dengan mengejut. Terpeluk dia akan Encik Harris. Sila faham. T.E.R.P.E.L.U.K.
“Kenapa?”
Harris toleh. Mahu dia tergelak tengok muka Harris yang merah padam. Cermin visor yang ada pada helmet tu dia tak gunakan ke?
“Tu, tengok apa yang melintas.”
Okay, dia terbelalak. Bukan harimau ya, harap maklum. Seekor musang yang juga nampak cemas memandang mereka. Saling bertukar pandangan.
“Saya rasa kan, musang ni baru balik kenduri durian.”
Meletup ketawa Harris. Dengan Azreen memang kadang-kadang tak masuk akal. Dia toleh ke belakang, tengok Azreen buat muka selamba.
“Kalau saya langgar dia tadi macam mana?”
“Awak sampai hati ke nak yatim piatukan anak-anak dia? Nak isteri dia jadi ibu tunggal?”
Kali ini Harris ketawa lagi. Mencirit musang itu melarikan diri mendengar ketawa itu.
“Mana awak tahu dia ada anak bini? Dia cakap dengan awak ke?”
 Harris cabut topi keledar. Panasnya. Bukan tiada cermin visor, ada. Cuma dia tidak biasa dengan cermin itu. Kalau ada rayban atau kaca mata hitam kan senang.
“Takkan dia bujang kot. Haiwan pun nak hidup berpasang-pasangan. Sudah fitrah yang dijadikan Allah untuk mereka. Awak ingat manusia je ke yang tahu nak nikah kahwin?”
Nah, tidak pasal-pasal dia kena ceramah. Harris tergelak-gelak. Comel Azreen dengan topi separuh penuh itu. Wajah itu bersih, mulus tanpa sebarang calit alat solek. Pandangannya jatuh ke bibir merah jambu Azreen yang merekah mekar. Bibir yang bual bicara dengan bibirnya semalam. Yang bawa dia ke langit ke tujuh, terbang dalam khayalan.
Jantungnya berkocak-kocak dalam dada. Dia pandang langit, silau. Bila dia alihkan pandangan, mata mereka bertentangan.
“Awak lapar tak?”
Cepat-cepat angguk. Lapar atau tidak, bukan masalahnya. Lebih baik cakap ya sahaja. Azreen telan liur beberapa kali. Buat-buat pandang jalan. Habis tu, takkan dia nak pandang Harris.
“Kalau ikut signboard tadi, kawasan R&R dah tak jauh. Tadi dah jam sebelas pagi kan masa kita gerak dari balai polis?”
Azreen angguk. Payah juga tiada jam atau telefon bimbit.
“Kita gerak dulu. Nanti berhenti, kita makan, solat jamak siap-siap.”
Harris pula yang angguk.
“Awak penat ke? Nak saya bawa motor?”
“Awak pandai?”
Azreen senyum senget. “See the legs lah…”
Dia selak seluar jeans Azreen.
“Woii! Awak apa hal?!”
“Dah tadi cakap see the legs.”
Eeee…tongongnya manusia ini. Perlukah dia tolak si Harris ke tengah jalan, bagi lori langgar jadi lempeng. Sia-sia muka hensem otak senget. Azreen acukan penumbuk.
“Dahlah…awak bawak sajalah motor tu.”
Harris pulas minyak, masuk gear dan pulas minyak sekali lagi. Tersembam Azreen di belakangnya. Dia ketawa besar.
Hishhhh! Ada yang makan jalan tar nanti ni.

Dia terlelap ke? Mana tidaknya, belakang Harris dia jadikan tempat sandaran. Yang tangannya pula gatal melingkar dan memeluk Harris dari belakang juga dah kenapa? Motor itu dah lama berhentikah?
“Awak dah bangun?”
Okay, memang dia tidur tadi. Aduhai…malunya. Azreen pandang sekeliling. Motor itu sudah dimatikan enjin. Di bawah rimbun pokok yang rendang, jauh sedikit dari mata dan kesibukan di R&R itu. Dia cepat-cepat turun, tanggalkan topi keledar.
Harris betulkan belakang. Lenguh. Sampai saja di kawasan R&R itu dia terus matikan enjin. Hajatnya dia mahu terus turun, ke tandas untuk basahkan wajah. Namun, sampai di situ, dia sedar yang Azreen masih erat mendakapnya dari belakang, lena. Rasanya dalam setengah jam juga gadis itu tidur dan memeluknya erat dari belakang. Mahu juga dia tergelak. Mahu dikejutkan bimbang Azreen malu. Jadi dia biarkan saja Azreen menyambung lelap.
“Dah masuk waktu Zuhur kot. Surau kat depan sana. Awak nak solat, solatlah dulu. Nanti nak makan, panggil saya.”
“Awak nak buat apa?” soalnya kembali.
Dia menyeringai. Dia tunjukkan pondok rehat yang teduh di depan sana.
“Saya nak tidur kejap.”
Azreen tunduk. Malu. Tadi dia yang enak tidur. Biarlah Harris pula yang melepaskan lelah.
“Beg kita biar saya jaga. Awak pergilah dulu. Nanti cukup sejam kejutkan saya.”
Mereka sama-sama bergerak. Dua beg galas itu Harris letakkan di bangku simen. Satu dijadikan bantal, satu lagi dipeluknya. Kedua topi keledar itu pula disusunnya dihujung kepala.
“Saya solat dulu. Awak tidurlah.” Habis sahaja dia menutur kata, Harris sudahpun pejamkan mata. Dia senyum. Tidur pun hensem, payah tu. Sekali lagi dia toleh, pandang wajah itu dengan senyum yang terukir. Sudah kenapa dengan dia? Azreen tepuk pipi beberapa kali. Azreen Che Azhan! Jangan berangan, faham!

Alhamdulillah. Selesai solat tadi, dia menyandar pada dinding. Tenang rasanya di sini. Surau yang disediakan memang cantik dan selesa. Bayu yang sesekali bergesel buat dia dilamun asyik. Jam pada surau menunjukkan hampir tiga petang. Patut pun perutnya mencerut. Dia pandang kiri-kanan. Segan kalau keroncong laparnya didengari orang lain. Baik dia bersegera belikan makanan, kemudian kejutkan Harris.
“Hensem…aku suka.”
“Kau memang, kalau yang mana ada rupa, semua kau suka. Eee…bukan taste akulah. Setakat bawak motor cabuk, baik tak payah. Biarlah hensem macam mana pun. Mintak simpang malaikat empat puluh empat.”
Dia bukakan telinga. Azreen tunduk, lipat sejadah dan tanggalkan telekung solat berhati-hati.
“Motor cabuk pun kenderaan, Iza. Kau taste tinggi. Kau nak kalau yang tua bangka kubur kat mari, dunia kata boleh pergi?”
Gadis yang bernama Iza itu tersengih. “Dah kalau berduit, apa salahnya. Kau suka sangat dengan mamat yang tidur kat pondok tadi, kan? Hah, pergilah nanti. Tinggalkan nombor phone. Muka hensem kocek kosong tak gunalah, Diha.”
Terdetik di hatinya seketika. Mereka cakap tentang Harris kah? Azreen jeling gadis yang dipanggil Diha itu. Ayu, lemah lembut. Dia ketap bibir. Eh, dia cemburukah? Pantas dia bangun, mahu segera keluar.

Sayup di pendengarannya namanya dipanggil-panggil. Harris lunjurkan kaki, betulkan urat-urat yang bersimpang siur. Perlahan-lahan dia membuka mata.
“Har, dah dekat tiga setengah ni. Awak pergilah solat. Saya dah bungkuskan nasi untuk kita.”
Dia bangun, menggeliat beberapa kali. Seronoknya dapat lelap sebentar tadi. Harris buka beg galas, menggagau sesuatu.
“Lauk apa?”
“Saya belikan awak ayam goreng dengan kangkung belacan. Saya punya patin masak tempoyak dengan terung berlada. Air kopi ais.”
Dia senyum. Bolehlah. Mana nak cari Subway ke Coffee Bean kat sini. Dia sangkutkan tuala pada bahu. “Saya nak mandi, solat. Awak nak makan dulu pun makanlah.”
Azreen geleng. “Saya tunggu.”
Tanpa kata, dia bergerak. Selesai mandi dan solat nanti, barulah segar agaknya dia. Harris bersiual riang.
Tersenyum dia melihat Harris yang galak menyanyi. Tertanya-tanya dia jauh di sudut hati, kenapa dan mengapa dia dan Harris ditakdirkan untuk melalui ini semua. Mungkin kerana dia banyak dosa dengan ibu dan ayah, juga dengan Allah. Azreen sentuh bibir. Semalam. Semalam ujian yang paling kuat pernah dia lalui. Bibir ini yang tidak taat padanya. Hati ini yang tidak mengendahkan larangannya. Terasa getar sentuhan Harris semalam pada bibirnya. Dia gelengkan kepala, istighfar dalam hati. Masih terasa aliran umpama elektrik yang terasa di hujung jari, di hujung deria rasa sewaktu jemari Harris menggosok belakangnya perlahan-lahan. Azreen geleng lagi. Aduh…kenapa dengan dia. Dia tampar pipi beberapa kali. Keluhan berat terkeluar dari bibir. Lebih dia termenung dan melayan perasaan, ada baiknya dari teringat tentang semalam yang menggetarkan.
“Err...sis, nampak tak lelaki yang pakai t-shirt hitam yang tidur kat sini tadi?”
Dia angkat wajah. Serius, dua gadis tadi memang serius mahu mengenali Harris kah? Iza dan Diha kalau tidak silap. Dia senyum simpul.
“Dia solat.”
“Sis ni siapa?” tanya yang bernama Iza tadi dengan lirikan mata yang tajam sambil menyigung Diha yang nampak malu-malu.
Sebenarnya…sayalah isteri dia. Boleh tak dia jawab macam tu, sambil buat muka comel. Azreen mahu ketawa. Tongongnya dia.
“Saya isteri dia.” Ringkas sahaja jawapannya. Sekadar untuk makluman, bukan pengumuman.
Dia dapat lihat riak kecewa di wajah gadis yang bergelar Diha itu dan riak terkejut di wajah Iza. Azreen tarik nafas dalam-dalam.
“Serius? Sis pun cantik, memang padan dengan dia. Tapi…serius ke sis ni isteri dia?” Gadis yang bernama Iza itu menyoalnya berani. Disigungnya Diha yang terpana, terkult-kulat di sebelahnya.
“Ya, saya.” Aduhai, kenapa, tak percaya? Dia sendiri pun masih belum menerima kenyataan yang dia sekarang memegang gelaran isteri. Diha dilihatnya mula menarik tangan Iza yang masih tegak berdiri.
“Ohhh…students, kawin awal? Ke dah kerja?”
Mahu saja dia tergelak di situ. Mana tidaknya, macam kena interview televisyen. Mahu dia tak nganga?
“Saya bawak lori. Lori kontena. Yang isteri saya ni, kerja dia jadi isteri saja. Goyang kaki, cantikkan diri, sediakan keperluan saya. Dari suratkhabar ke majalah ni?”
Nasib baik tidak melompat gadis itu. Azreen menahan senyum. Matanya menangkap wajah Harris yang penuh persoalan. Namun, paling menggegarkan hati, tubuh tegap Harris yang bertelenjang tanpa baju. Hanya berseluar jeans sahaja. T-shirt masih tersadai dihujung bahu. Sehelai tuala dipegang Harris sambil tersenyum. Aduhhh…perlu ke tayang badan yang kekar itu. Gadis berdua itu pula masih ternganga. Sumbat dengan daun ni bagus juga.
“Err…sorry. Salah orang. Jom, Iza.” Pantas saja Diha menarik tangan si Iza yang masih terbeliak.
“Hensemnya. Kalau hensem macam gitu, drebar lori pun aku sanggup. Aku nak buat laki…”
Tergelak juga Azreen mendengarnya. Selamba saja si Iza itu menutur pendapat. Harris simpuhkan duduk, senyum-senyum.
“Apa senyum-senyum?”
“Aik, saya senyum pun awak marah ke? Kenapa, jealous?”
Hek eleh, simpang jalan cabang empat dia tak jealous. Eeee…tolonglah. Azreen keluarkan nasi bungkus yang dibelinya tadi.
“Boleh tak kalau awak pakai baju dulu sebelum makan?”
“Kenapa? Tak boleh ke? Takut bulu ketiak masuk nasi?” Dia ambil air kopi sejuk yang dibeli Azreen, sedut lama-lama. Ahhh…sejuk tekak.
“Tak senonohlah.”
Harris menyeringai, buka bungkusan nasi.
“Badan saya lembab lagi ni. Takkan terus nak sarung baju. Lekat panau nanti, jatuh saham.” Dengan lafaz bismillah, dia suapkan makanan.
Malas dia mahu bertekak. Biar sajalah Harris begitu. Makin dilarang, makin galak si Harris. Dia juga memulakan suap. Laparnya dari tadi menjerit-jerit minta di isi.
“Nanti sampai Kuantan ke, Kemaman ke, kita pergi JPN, bawa laporan polis, buat IC sementara. Lepas tu kita buat kad bank. Awak dah minta semua bank hold dan batalkan semua kad awak kan?”
Angguk. Sewaktu di balai polis hari tu, dia buat semua panggilan ke bank. Itupun atas nasihat polis. Kalau tak mahu tinggal satu sen sahaja dalam akaunnya.
“Kalau kita tak jumpa mereka, macam mana?”
Kunyahannya ditelan beberapa kali. Dia termenung seketika. “Kita ambil masa paling lama dua hari. Kalau tak jumpa, kita balik KL dulu. Har tak boleh tinggalkan kerja lama sangat.”
Sekali saya, sekali Har. Azreen angguk. Tak boleh tinggalkan Zaza, kan? Cakap terus-terang sahaja. Dia tidak kisah.
“Okay.” Dia sambung suap, pandang ke arah satu pasangan yang juga sedang makan di bawah pondok di hadapan mereka. Galak bersuap-suap dan ketawa. Pantas Azreen palingkan muka. Kalaulah dia dan Harris macam tu.
“Har harap kita jumpa Yan dan Q. Kalau tak jumpa, tak berbaloi lalui macam-macam.”
Kan? Betul juga kata Harris. Kerana Izyan dan Iqram, tunggang terbalik dunia mereka. Nasiblah dalam Malaysia lagi, kalau kena macam ini di luar negara, silap-silap masuk lokap. Pendatang asing tanpa izin.
“Awak dah call Zaza?” Eee…kenapa rajin sangat mulut ini mahu bertanya? Terkebil-kebil dia memandang nasi. Bodohnya kau Azreen…
“Dah. Saya call mama dia. Dia kat luar negara. Ada job kat sana. Kenapa, awak nak jadi model macam dia?”
Terbelahak dia. Batuk-batuk kecil buat dia sedikit kurang selesa. Dicapainya air lalu diteguknya laju.
“Awak nak saya jadi model? Jalan atas pentas pakai bikini?” Celupar mulut ni, celupar!
“Awak sanggup pakai?” soal lelaki itu kembali.
Sekali lagi dia teguk air.
“Kalau saya sanggup, kenapa?”
Harris geleng.
“Saya tak nak isteri saya tayang badan sana sini. Cukup untuk saya sudahlah. Zaza pun, bila kami nikah nanti, saya nak dia berhenti jadi model. Buka bisnes sendiri. Takpun duduk rumah.”
“Itu Zaza, bukan saya.” Ya Allah…apa kena dengan mulut dia hari ini? Aduhai…
Harris angkat wajah, menentang wajah Azreen yang selamba.
“Ya, itu bila Zaza jadi isteri saya nanti. Nanti. Sekarang ni, awak isteri saya. Takkan saya nak suruh awak naik pentas catwalk pakai bikin macam model Victoria Secret tu…”
Ahhh…tahu je pasal Victoria Secret. Dia jungkit kening. “Pernah tengok ke?”
Lebar senyum itu menghias wajah boyish Harris. “Pernah sekali, masa temankan Zaza buat show. Terbelalak biji mata.”
Elehhh…cakap je meleleh air liur. Drooling sampai pengsan, kan.
“Tapi awak tahu tak, Reen?”
“Apa?”
“Bila awak berkemban lagi seksa dari semua model tu.”
Harris sebut seksa, kan? Bukan seksi, kan? Melampaunya gurauan. Dia angkat penumbuk. Yalah, body dia bukan cutting Zaza.
“Awak marah ke pasal semalam?”
Terbelalak lagi. Kenapa suka sangat panah dia dengan soalan-soalan yang penuh kejutan ni? Boleh tak biarkan dia makan dengan aman dan damai? Boleh tak?
“Kenapa semalam?” Buat bodoh sudah. Muka? Merah macam udang kena campak atas grill. Nasib tak keluar asap.
Lelaki itu batuk-batuk kecil. “Kalau Har ada buat sesuatu yang di luar batasan dan sesuatu yang Reen tak suka, Har minta maaf. Har janji takkan berlaku lagi.”
Dia bangun, renyuk kertas nasi bungkus yang masih lagi bersisa. Kenyang terus dibuatnya. Langsung dia tidak memandang Harris.
“Jangan bimbang, tak ada apa-apa berlaku. Mimpi awak saja kot.” Air diteguknya laju. Panas di pipi masih terasa. Janganlah cakap tentang hal ini lagi, dia bukan kura-kura. Kalau tidak, boleh saja dia masukkan kepala dalam badan.
“Kalau macam tu, baguslah.” Harris juga bangun, jalan beriringan untuk membasuh tangan. Sempat dia menjeling Azreen yang merah padam. Simbah dengan air mineral berasap mungkin. Dia menahan tawa.

Selesai mengisi minyak motor, mereka kembali di lebuhraya. Cuaca sudah agak redup. Azreen dongak ke atas. Matahari mula menghilang di balik awan tebal yang memutih. Ada di antara awan itu mula kelabu dan sedikit mendung. Dia telan liur. Janganlah hujan lagi. Susah mereka berdua nanti. Mahu patah balik ke R&R tadi pun sudah jauh, tak boleh. Angin mula menggeser pipi, buat dia rasa sejuk. Dia dekatkan tubuh. Dekat sedikit saja. Tangannya tiba-tiba ditarik.
“Peluk saya kuat-kuat!”
Eh, kenapa pula?
Harris pulas minyak sehabis laju. Dia ketawa bila terasa Azreen mula memeluknya dari belakang. Tahu takut. Seronok pula bermotorsikal begini. Lebih mencabar, paling seronok, dia teruja. Laju saja dia merempuh angin.
Sudah kenapa dengan Harris? Sudahlah laju semacam, siap ketawa besar. Tanya nanti panjang pula jawapannya. Biar sajalah. Paling penting, mereka perlu teruskan perjalanan dan selamat sampai.

Nah, hujan mulai turun melantun ke bumi. Mulanya hanya titis-titis lembut, kini kian kasar butirnya. Langit juga kian kelam tanpa cahaya mentari. Nun di sana ada tempat berlindung. Harris pulas miyak namun masih berhati-hati. Sampai sahaja di bawah jejambat, dia tolak motorsikal itu jauh dari hujan. Hanya mereka berdua. Kereta yang lalu berdesup di jalanraya selamba saja membelah laluan. Ada bumbung, bolehlah.
“Awak basah?”
Terbatuk-batuk Azreen. Cepat-cepat dia geleng. Tempias hujan mula menimpa pipi, dia berkalih.
Langit kian gelap, Harris gosok tapak tangan. Baju hujan yang ada dikeluarkan. Satu warna hitam, satu lagi warna kuning. Yang kuning dia buka dan tutup beg juga motor. Bimbang basah lencun.
“Reen, tinggal lagi satu, kita kongsi. Kalau nak guna-dua-dua, nanti basah motor, basah beg-beg kita.” Baju hujan hitam itu dikebasnya beberapa kali.
Serba salah dia. Kalau menolak, nanti dia juga yang lencun. Tempias pun boleh tahan menampar wajah. Dia bergerak ke arah Harris.
Baju itu lebar, masih mampu melindungi mereka berdua. Azreen peluk tubuh, pandang hujan yang kian lebat butirnya. Panahan kilat dan dentuman guruh juga mulai berselang-seli. Dia telan liur. Tanpa sedar, badannya mencari Harris.
Dia senyum. Sejuk terasa kulit Azreen menyentuh kulitnya. Terdetik rasa kasihan. Harris menarik Azreen dalam rangkulan.
Oh mak jantung jatuh!
Sungguh dia terkejut namun dia tidak menolak. Menggeletar dia dengan hujan dan angin yang bertiup.
“Reen…”
Dia diam, panggil dia ke?
“Reen, Reen…”
Eh dia ni…
Azreen tolehkan wajah, pandang Harris yang tersenyum-senyum.
Rain, rain …go away. Come again another day…”
Isshhh! Makan buku lima lelaki ni nanti. Dia jegilkan mata, berikan satu jelingan maut.
Hahahaha…macam kena saja lagu itu dengan Azreen. Dia tahan diri dari ketawa. Jangan cari pasal masa hujan macam ni. Harris berdehem kecil.
“Awak takut ke?”
“Takut apa?”
“Hujan. Guruh. Kilat.”
Azreen toleh. Oh mak, dekatnya muka. Dia pandang semula ke hadapan.
“Takut. Tapi saya lagi takut duduk berdua dengan awak.”
Hahahaha…memang dia sudah agak jawapan itu yang bakal terpacul dari bibir munggil itu. Eh, apahal dia fikir pasal bibir mula. Harris, jangan cari pasal.
“Saya tak buat apa-apa.”
Dia tahu. Bukannya dia batang kayu.
“Harris…”
“Ya, Cik Reen.”
Dia gelak. Formal bunyinya.
“Saya minta maaf.”
“Tentang?”
Dia telan liur, cuba mencari kekuatan untuk mengucapkan. Perkataan-perkataan yang telah dia susun pada lidah dari semalam lagi. Dari hari pertama dia dan Harris diikat janji.
“Tentang kita. Tentang semua ini.”
Terasa rangkulan Harris kian kemas, jantungnya berkompang rancak. Nafas dihela berkali-kali menahan debaran yang bertiup kencang.
“Benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Lagipun kita sedang mencari jalan penyelesaian. Selesai nanti, kita bebas.”
Perlahan dia mengiakan dalam hati. Bila dia lepaskan nafas, wap kecil bergumpal di udara. Comel, macam dalam kartun. Pelukan Harris buat dia kembali ke dunia nyata.
“Harris. Saya nak awak tahu, saya tak halang awak untuk bebas walaupun kita masih ada ikatan. Saya tahu, saya faham. Terserahlah pada awak.”
Dia jenguk ke hadapan, mencari wajah Azreen.
“Maksudnya?”
Ala…faham-faham sendiri tak boleh ke?
“Macam yang awak katakan, selesai atau tidak, awak masih bebas. Awak bebas nak bercinta atau bertemu Zaza. Saya tak akan ambil peduli. Saya tak mahu jadi gangguan, halangan.”
Ohhh…itukah maksudnya.
“Masalahnya Cik Reen, awak tu isteri saya.”
Kali ini dia yang menoleh dalam terkedu. Matanya melapah wajah lelaki itu, mencari makna di sebalik kata.
“Tak apa, saya faham.”
“Apa yang awak faham?” Kali ini Harris benar-benar ingin tahu.
Aduhhh…payah.
“Saya faham kalau awak nak keluar, nak dating, nak bercinta dengan Zaza. Awak nak nikah dengan dia pun saya faham, saya tak kisah.”
Serius? Serius Azreen tak kisah? Dia pandang Azreen. Pandang wajah Azreen yang sedikit muram.
“Awak tak kisah kalau saya pegang dia, cium dia? Making passionate love with her? To her only?” Sengaja dia simbahkan minyak. Mahu lihat setakat mana api cemburu yang ada pada Azreen. Dia mahu tahu, perlu tahu.
Terjojol matanya dengan kata-kata itu.
“Awak nak masuk neraka? Kalau ya pun nak buat semua tu dengan dia, kahwinlah dulu. Jadikan dia isteri yang sah. Lepas tu awak nak buat apa, buatlah.” Eeee…meremang bulu tengkuknya. Sudahlah Harris pandang dia dengan sorotan tajam. Cungkil biji mata baru tahu. Jadi Kassim Selamat. Tukar, Harris Selamat. Selamat dunia akhirat.
“Dia tak nak lagi. Dia ada kerjaya yang perlu dia daki. Saya pun tak kisah.”
“Kenapa awak tak kisah?”
Kali ini Harris lebarkan senyum dengan mata yang bercahaya.
“Sebab saya dah ada isteri yang sah untuk buat semua tu. Awaklah.”
Ehhh…tolong sikit. Perlukah dia luku lelaki ini empat puluh empat kali? Azreen nganga pandang Harris yang tergelak besar. Tolonglah jangan buat lawak seram di waktu hujan begini. Mencacang bulu roma.
“Bergurau tak kena tempat,” bebelnya geram.
“Ala, janganlah marah. Kan saya dah janji, saya tak apa-apakan awak.”
Dia cebikkan bibir, buang pandangan pada langit. Matanya pejam celik. Mengantuk sehabisnya. Dia sandarkan badan, pejamkan mata.
Azreen dilihatnya sudah diam. Mengantuk agaknya. Bersandar pada dinding jejambat, mereka diam dalam nyanyian hujan.

Dunia mulai aman. Hujan sudah diam. Terkebil-kebil Harris memandang langit. Azreen yang masih lena dipeluknya erat. Kasihan dia melihat Azreen. Sebuah motorsikal berhenti berdekatan mereka.
“Assalamualaikum, ada masalah ke, bro?”
Dia senyum, geleng sambil membalas salam.
“Hujan, berhenti dulu. Isteri saya ni, tertidur.”
Lelaki bermotorsikal itu membalas senyuman. “Depan sana, exit 821, menghala ke Seri Jaya Maran. Nanti ambik exit 827. Ada hotel budget kalau saudara nak berehat. Nak ke mana?”
“Terengganu.”
“Jauh lagi ni. Hari pun dah nak malam. Baik awak rehat dulu. Hotel Sri Jaya namanya. Lagipun bahaya perjalanan dengan motorsikal. Nak ikut saya pun boleh. Saya menghala ke situ juga.”
Alhamdulillah, ada Allah utuskan pertolongan.
“Reen, bangun.” Dia tepuk pipi Azreen berkali-kali dengan lembut.
“Ermmm…”
“Jom, kita follow saudara ni. Kita kena cari tempat tidur. Kalau hujan lagi, susah.”
Azreen angguk. Ikut sajalah. Dia pun sudah penat.
“Lupa, saya Harris. Ini isteri saya, Azreen.”
“Faizul. Ijoy. Tak kahwin lagi, bang.” Kata pemuda itu dengan senyuman.
Harris tergelak kecil.
“Jom, kita gerak.”