Saturday, 6 August 2016

SERIBU RINDU a.k.a TERUTERUBOZU BAB 8. Happy Reading darling!

“Wehhh...kau pergi mana tadi? Cakap sekejap, tiba-tiba menghilang macam biskut. Kau nangis ke, Zarra?” soal Dilla bertalu-talu. Risau juga dia. Lepas Mahgrib tadi Zarra keluar, sekarang baru sampai. Yalah, Zarra tu cantik orangnya, buatnya kena culik bagai, mahu kecoh satu Malaysia.
Dia hempaskan diri pada sofa. “Aku balik jap.”
“Balik? Balik mana? Aku ingat kau dah kena kidnap,” tutur Dilla risau.
Dia senyum tawar. “Siapa yang nak kidnap aku, La. Nak bayar tebusan dengan apa, daun jambu? Daun pandan?”
Dilla tergelak. “Kau ingat orang kidnap sekarang nak duit saja ke? Jangan weiii...kalau yang cantik macam kau ni, dorang jual kat Siam, kat Hong Kong sana, mau?”
Menggeleng dia. Duduk di sofa dia lunjurkan kaki. Penat gara-gara menangis di muka pintu sebentar tadi. Sengaja dia biarkan airmata kering baru dia melangkah masuk. Dia dengar televisyen masih terpasang. 
“Masuk tidur dalam bilik, karang ternganga macam buaya kat luar ni. Sakit mata aku.”
Zarra buka mata, cabut tudung pelan-pelan. “Aku ngantuk sangat ni, La. Aku tidur kejap aje. Nanti aku bangun.” Zarra kembali pejamkan mata, lalu hilang dari dunia nyata.
Dilla ketawa kecil. Kejaplah konon, pagi esok baru bangkit. Lantaklah kau, Zarra. Asal kau bahagia.

Cermin itu dipandangnya lama. Apa yang tidak kena? What is wrong with Hisham? Bukankah dia serba sempurna, serba lengkap untuk dijadikan pasangan hidup? Kartini denguskan nafas. Wajah mulusnya direnungnya lagi. Serius. Dia lagi cantik dari mana-mana artis dalam Malaysia ini. Butakah Hisham? Rabun? Gila? Dihentaknya tapak tangan ke meja solek itu. Pedih. Sepedih hatinya. Dia telah banyak berkorban. Dia perlukan Hisham. Okay, dua minggu. Dia beri Hisham bebas untuk dua minggu. Selepas itu, dia akan menuntut hak sebagai seorang kekasih. Kartini senyum, lemparkan diri pada katil lalu menangis dalam diam.

Selesai juga. Kata Wanie nanti bila sudah biasa, hilanglah rasa penat dan letih. Paling penting, kena kerja dengan seronok, barulah tak terasa segala keletihan. Dia letupkan jari-jemari. Lagi seronok kerja di housekeeping, tak perlu menyeringai di kaunter resepsi. Perlahan dia menolak troli. Wanie sudah ke bilik rehat. Mahu solat dulu katanya. Kenapa dia rasa troli itu sedikit ringan? Zarra jenguk ke hadapan.
“Abang tolong ya.”
Ala malaunnnn...
“Nak mati ke?”soalnya kuat. Dia pandang keliling. Nasib baik tak ada manusia lain. Bengong juga si gila depan dia. Mana dapat seragam staff tu? Tibai siapa punya? Pelik pula bila dia tengok Hisham pakai baju seragam. Macam tak kena. Yalah, selama ni main pakai tali leher dengan kemeja.
“Kalau Zarra kawin dengan abang sekarang, abang rela mati esok.”
Amboi mulut, aku jemput Malaikat Maut karang nangis tak berlagu. Sengaja dia menolak troli itu sedikit kuat.
“Aduhhhh...” Terduduk Hisham di lantai koridor.
Ah sudah...takkan tolak sikit macam tu terus jatuh? Biar betul mamat ni. Cepat-cepat dia ke hadapan, tengok Hisham yang berkerut menahan sakit.
“Lembik. Tolak sikit pun jatuh ke?” soalnya marah. Macam mana nak buat laki, cehhh...
Hisham angkat muka, senyum lebar pada Zarra yang mencuka. “Jatuh...jatuh cinta.”
Hahahaha...memang nak sangat dia bagi satu deathkick tapi dia tak nak masuk penjara, takpun hospital bahagia. 
“Encik Hisham, saya dah penat. Ada satu lagi bilik yang saya perlu kemaskan. Kalau nak main-main, please pergi jahanam.”
Gulp.
Pergi jahanam terus. Masalahnya, kenapa di telinganya dia dengar lembut dan syahdu sahaja. Hisham gelak kecil. Dia perlahan bangun. Bila dia ke bilik rehat staf lelaki tadi, ada sepasang seragam lelaki yang terlipat kemas. Kata Naim, baju spare yang sedia ada. Mulanya dia hanya mahu mencuba, tapi entah kenapa dia rasa pasti seronok seandainya dia bertukar karier sebentar. Rezekinya juga dapat bertembung dengan Zarra sebentar radi. Mulanya dia mahu berseronok, berjalan sana sini dengan bebas. 
“Abang tolong Zarra ya.”
Dia angkat penumbuk. “Mana boleh, nak makan tapak kaki ni?”
“Makan nasi lagi kenyang, buat apa makan kaki Zarra. Jom, ada satu bilik lagi, kan? Kalau ponteng abang report kat GM.”
Kahkahkahkah...perlukah dia tampar dahi lelaki itu?
“Baik. Kalau macam tu, saya report pada GM apa yang Encik Hisham buat,” tegasnya berani. Zarra cebikkan bibir, menjeling sinis. Apa, kau ingat kau je yang pandai report?
“Abang okay. Lagipun ini memang kerja abang. Bukan setakat duduk dalam ofis. Reportlah.”
Haishhhhh...malas dia. Kali ini ditolaknya troli itu dengan lebih kuat. Tak kuasa dia. Baik dia sambung kerja, nanti boleh dia rehat. Sudahlah lapar, penat pun sudah memanjat perasaan.
“Tepilah, nak buat kerja. Saya bukan macam Encik Hisham. Kentut pun dapat gaji.” Troli itu terus bergerak laju. Hampir dia terjatuh.
“Jom, bilik mana?” soal Hisham berkelakar.
“Bilik dobi!”
Huiiii...marahlah tu.

Cantiknya. Ini kali pertama dia buang pandangan ke luar tingkap. Angin yang bertiup menampar pipi dengan lembut. Hisham menyelak tirai, membiarkan angin merempuh Zarra yang sibuk mengemaskan katil. Dia hanya bersandar, tanpa bersuara. Gerak tubuh Zarra yang pantas bekerja buat dia hanyut seketika. Dia seronok melihat Zarra fokus tanpa mempedulikannya. Jari-jemari itu pantas menyisir cadar dan bantal. Sebentar tadi dia mendengar Zarra membersihkan bilik air tanpa menghiraukan dia yang memandang tajam. Hisham tersenyum. 
“Nak abang tolong?”
“Tolong tengok? Boleh blah.” 
Hahahahaha...manisnya jawapan itu buat dia mahu tergelak. Perlahan dia menghampiri, berdiri di belakang Zarra. Hanya sehasta jaraknya.
Kaku kakinya. Dia boleh merasakan getaran aneh yang mula berlagu dalam hati. Zarra gigit bibir. Ini sudah lebih. Dia tarik nafas perlahan-lahan. Comforter itu dilayangnya ke udara lalu terletak cantik di atas katil. Entah kenapa, jantungnya kian laju berkompang di dalam tubuh. Dadanya berombak menahan debar yang kian menggila. Pergilah jauh-jauh. Tolonglah abang, pergilah jauh-jauh.
“Kalau abang mampu, sudah lama abang pergi.”
Hatinya tergendala disitu. Perlahan dia menoleh, bertentang mata dengan lelaki yang disumpahnya, dimakinya, dibencinya bertahun lamanya. Tapi kenapa? Kenapa sepasang mata itu buat dia tenggelam, buat dia hilang benci tatkala ini? Zarra menelan liur. Perlahan dan menjerihkan.
“Kalau abang kasihankan Zarra, tolonglah pergi. Bukan tempat Zarra di sisi abang. Tolonglahhh...” Dia mahu menangis. Ya Allah...dia sudah puas menangis kerana lelaki ini. Kerana Hisham.
Hisham melangkah, kian hampir. Jantungnya? Bagai mahu meletup. Ingin saja dia menyapu airmata yang mengalir pada pipi, namun dia tahu Zarra pasti kian membencinya. Tangannya dikepalkan dengan kuat. 
Tersentak dia lalu jatuh di katil. Serasa darah menghilang di wajah, Zarra menggeletar. Dia pejamkan mata. Ya Allah, lindungi dia.
“Zarra...Zarra...abang takkan apa-apakan Zarra. Maaf, abang mengganggu. Maaf.” Cepat-cepat dia berlalu. Dia tahu wajah itu. Wajah yang penuh ketakutan sepuluh tahun yang lalu. Hisham raup wajah, sekilas menjeling saat dia menghilang di balik daun pintu. Maafkan abang, Zarra.
Dia memeluk lutut, masih pejamkan mata. Kini dia menangis dan terus menangis.
Di balik pintu, Hisham menyandar lalu terduduk di lantai, mendengar tangisan itu yang kian mencarikkan hatinya.

Matahari. Sinarnya lembut dan malu-malu awal tadi kini bertukar garang. Dia sebarkan jari-jemari ke langit. Hangatnya cahaya mencucuk kulit buat dia tersenyum. Dia berjalan sambil melemparkan senyum pada tetamu yang lalu lalang. Zarra lajukan langkah. Hujan lebat awal pagi tadi buat matahari nampak berharga saat ini. Kanak-kanak mula bersorak riang dia kolam mandi. Seronoknya jadi kanak-kanak, bukan? Segalanya indah di zaman kanak-kanak. Dia mahu kembali ke masa itu. Masa di mana ayah masih ada, membawa dia mengelilingi kampung dan membeli aiskrim. Mandi sungai mahupun memancing bersama. Dia rindukan arwah ayah. Namun dia pasti, mak pasti lebih rindukan ayah. 
“Fikir apa?”
Ajaibnya lelaki yang seorang ini. Dia lemparkan senyuman, peluk tubuh pandang Zachary yang tersenyum kacak padanya. “Dari mana? Suka ambush tiba-tiba.”
Zachary ketawa kecil. Dia betulkan lipatan kemeja. Wajah Zarra yang serius menjentik hatinya untuk seketika. Crazy maybe? Dia ketawa lagi.
“Kenapa gelak sorang-sorang? Tak betul eh?” soal Zarra dengan langkah yang sedikit laju. Dia menjeling jam tangan, masih awal lagi, namun dia lebih selesa awal dari masa yang ditetapkan.
“Crazy. I’m crazy about you.”
Amboiii...manisnya mulut. Sapu madu ke tambah gula kat bibir tu? Jentik karang baru tau. Dia senyum cuma. Dia tahu Zachary bergurau.
“Zarra!”
Dia hentikan langkah.
“Apa?”
“Nanti petang sokong Zach lawan ping-pong ya. Ada beef pie. Boleh?” soalnya dengan kenyitan.
Hahahaha...rasuah aku la tu. Zarra angkat penumbuk, geleng kepala. “Tidur lagi syok tau.”
Zachary senyum, layangkan flying kiss lalu berlalu.

Mahu meletup dadanya melihat gelagat Zarra. Ikut hatinya, ditonyoh perempuan tak sedar diri itu. Kurang ajar. Berani Zarra menggoda Zachary. Semua orang tahu dia sukakan Zachary. Mana ada orang lain yang berani bergurau lebih-lebih dengan Zachary kerana mereka tahu, Zachary milik Liyana. Dia. Nafasnya turun naik. Memang cari nahas si Zarra ni.

Apa ni? Zarra kerutkan kening. Pandang pantry bilik rehat itu beberapa kali. Dua kotak cupcakes yang pelbagai rupa. Pizza dan tart telur portugis juga ada di situ. Sejambak bunga ros merah jambu terletak cantik di dalam pasu dengan sekeping kad. Untuk dia. Hairan. 
Zarra.
Miss u so much. Be mine.
Abang.
Ohhh...abang kepala lutut dia. Karang dia pergi hempuk bunga sekali dengan pasu kat muka si Hisham ni kecoh satu hotel. Gila. Gila! Gila!! Gila!!! Siapa yang gila? Hisham atau dia yang separuh gila?
“Mak aihhhh...banyaknya makanan. Apa harijadi kau ke, Zarra?” soal Wanie ternganga. Sedapnya cupcakes yang warna coklat dengan badam tu. Mesti kaw rasanya.
“Harijadi apanya, hari malang. Akak nak makan? Hah, makan semua. Ajak semua yang lain makan, kalau tak Zarra buang semua ni dalam tu, tong sampah tu,” ujarnya geram. Apa? Ingat aku boleh pujuk-pujuk macam tu je ke? Tengok lubang hidunglah. Silap oranglah, beb.
Aih, dah orang pelawa, jangan tolak. Pantas tangannya menyambar cupcakes yang tersusun. “Mak Jan, panggil yang lain. Makanan banyak ni ha. Si Zarra ni belanja kita.” Wanie duduk di kerusi. Matanya terbeliak memandang jambangan ros yang disusun cantik. 
“Sape kasi tu? Kasi kau ke? Wahhhh...bertuahnya badan.” Disuapkan cupcake itu ke mulut. Aduhaiiii...sedapnya. Lembut, tak manis sangat, cair dimulut. Huihhhhh...sedap kau. Dia menggigit lagi, pejamkan mata. Aduhai...heaven.
“Akak nak jugak?Ambik je, kak. Letak dalam pasu kat rumah. Lagi cantik.” Menyampah dia. Ingat dia heran ke dengan bunga ke? Kat rumah dia lagi banyak bungalah. 
“Laa...dah orang kasi kau, ambik sajalah. Mahal tu, Zarra.”
Dia cebikkan bibir. “Dahlah kak, ada call. Ada tiga bilik tingkat kita nak kita kena bersihkan. Jom, kedarah je dari tadi.”
Wanie ambil lagi sebiji cupcake. Dia tahu, kalau tunggu nanti, tinggal kotak sahaja jawabnya.

Mereka nganga. Mulut Wanie nganga lagi luas dari mulut dia. Di atas katil bilik pertama mereka tiba, ada sejambak ros merah jambu dan juga sekeping kad.
Zarra.
Kerja baik-baik. Miss u so much.
Abang.
Wanie katup mulut, cuba tahan ketawa. Siapa yang angau dengan si Zarra ni? Boleh tahan gayanya. Mesti bukan calang-calang orang. Dia jeling Zarra yang masih terpaku di situ. Macam patung. Mengekek dia ketawa.
“Hoi...dahlah nganga. Ambik bunga tu, simpan kat bawah troli tu dulu,” arahnya dengan senyuman. Seronoknya dilayan begitu. Wanie senyum simpul.
Cepat-cepat dia ambil kad dan jambangan bunga itu. Kad itu dimasuknya ke poket seluar namun jambangan bunga itu terus dicampaknya ke tong sampah. Padan muka. Duduk situ diam-diam!
“Woit! Apasal ni? Janganlah buang...sayang tu. Gila betul budak ni,” bebel Wanie. Apa kena dengan si Zarra ni? Bunga mahal dan cantik macam tu dicampaknya. Sewel ke apa.
Dia buat tuli lalu sambung kerja. Lantaklah. Tak ingin aku.

Kad magnetic itu diletaknya kemas. Bunyi suara Wanie yang mengekek ketawa dihadapannya buat Zarra jenguk ke hadapan. Apa yang kelakar sangat? Dia cepat-cepat menghampiri Wanie yang masih lagi ketawa kecil.
“Apa ni kak, gelak apa?” soalnya hairan. Masuk je terus gelak. Seram juga dia. Takkan kerasukan kot.
“Tu, atas katil tu,” balas Wanie sambil muncungkan mulut.
Zarra pandang katil. Allah. Bunga lagi.
Zarra.
Tadi buangkan. Ni untuk Zarra juga.
Miss u so much.
Abang.
Haishhhh...mendidih juga hati dia. Cepat-cepat dia ambil kad itu lalu masukkan ke poket seluar. Nanti malam dia mahu bakar jadi abu. Bunga tu? Dia campakkan sekali lagi ke tong sampah.
Wanie geleng kepala. Pandang bunga yang cantik itu jadi arwah dalam tong sampah. Nasib kaulah bunga.

Lega. Bilik ketiga yang mereka perlu bersihkan tiada bunga seperti dua bilik tadi. Zarra menarik nafas. Panjang dan lama. Baru tenang jiwanya.
Kalau ada bunga lagi tadi, memang dia masukkan dalam lubang tandas. Wanie yang membuka pintu kali ini tersenyum-senyum. Atas katil itu kosong. Zarra tarik troli ke muka pintu. Wanie sudah membuka tingkap, membiarkan udara dan cahaya matahari menerjah masuk. 
Pintu bilik air itu ditolaknya.
“Makkkk!!!”
Tercampak bantal ditangan Wanie. Bergegas dia ke bilik air, tempat Zarra menjerit tadi. Kali ini mahu saja dia tergelak besar, namun jelingan tajam Zarra buat dia menahannya. Kali ini memang ada bunga. Juga tuan yang berikan bunga itu sekali. Wanie garu pipi, senyum-senyum tak tahu nak buat apa.
“Hai Wanie.”
Dia tergelak juga.
“Hai, Encik Hisham. Jadi delivery boy ke hari ni?’ soalnya bergurau. Aduhhh...sakitnya. Main cubit-cubitlah pula si Zarra ni. Dia senyum lagi. Jadi, Encik Hishamlah orangnya. Hebat. Tiba-tiba dia telan liur. Miss Bitchy tu macam mana? Kalau dia tahu, mati Zarra.
“Saya rindukan Zarra, so that’s why I’m here,” ujarnya tulus. Matanya tak lepas memandang Zarra yang memandangnya garang. Aku cium karang. Dia senyum sendiri.
“Keluar!”
Wanie tahan ketawa. Berani ya si Zarra ni tengking AGM baru depan dia ni. Yang buat dia mahu gelak lagi bila Hisham hanya senyum lebar. Aduhaiii...kacaknya.
“Keluarlah. Orang nak buat kerja ni...” Geramnya dia.
“Keluar dari bilik ni? Boleh. Keluar dari hidup awak, of course not.” Dia senyum lagi. Bunga itu diserahkan pada Wanie yang dari tadi menahan ketawa.
“Ni untuk kak Wanie. Simpan ya, kak. Bye Zarra.”
Akhirnya Wanie menggelegak ketawa. Aduhaiii...boleh lembik kepala lutut dia dibuatnya. Yang si Zarra pula sudah berapi kepala agaknya. Hahahaha...dilamun cinta, memang berani buat apa saja.
Hisham berlalu pergi sambil bersiul riang. Sambil berlalu, sempit dia memandang Zarra yang merah padam tercegat di sebelah pintu.
Marahlah sepuas hatimu, sayang. Aku akan berpegang pada janji.

“Perhatikan Encik Hisham?”
Kartini angguk, matanya menyorot pasangan kekasih di meja hadapan. Meluat dia. No class at all. Tolonglah, kalau nak bermesraan sekalipun, buatlah jauh dari mata awam. Berbulu dia melihatnya. Dia denguskan nafas.
“Maksud Miss Tini, I jadi spy? Intip Encik Hisham?” soal Liyana sekali lagi. Wow! Kali ini dia dapat arahan terus. Liyana bersorak dalam hati. Dia tahu, bukan saja-saja intip, pasti ada habuannya.
“Yelah, I told you already, kan? Pekak ke?”
Liyana senyum lebar. Dia tak kisah kena hamun, dia tahu Kartini ‘pemurah’ orangnya kalau kena gaya melayan.
“Sorry, I nak pastikan je, Miss Tini. Tapi kenapa?” soalnya ingin tahu.
Kartini cerlangkan biji mata. “I told you what to do, so just do it. Faham?”
Cepat-cepat dia angguk.
Bunyi ketawa si gadis yang ralit ketawa di meja hadapan buat Kartini mendidih. Please, get a life. Dia bangun, menyambar tas tangan lalu berlalu pergi. 

“Nak pergi mana, Lili?”
“Turun bawah jom. Naim lawan ping-pong dengan abang Zach hensem. Jomlah kak Zarra,” pujuk Lili. Dilla yang lena di sofa hujung dibiarkan saja. Jangan kejutkan Dilla kalau dia lelap di sofa. Itu tandanya dia benar-benar penat.
“Malaslah akak. Baik akak berduet tidur dengan Dilla ni ha.”
“Tak produktiflah, kak. Jomlah...temankan Lili. Ni, ada jemput-jemput bilis, kita makan kat bawah sambil tengok dorang main.”
Ketawa saja dia mampu. Kesian juga dengan si Lili yang buat muka comel. Zarra bangun.”Tunggu jap, akak salin baju.”
Bila sampai di bawah, Zachary dan Naim dari tadi sudah mulakan perlawanan. Bersorak riang rakan-rakan yang lain. Dia dan Lili duduk di kerusi belakang. Lebih baik dia baca novel. Lili disebelahnya beria-ria menjerit nama Naim. Mentang-mentanglah pakwe dia. Entah bila, dia tenggelam dia dalam cerita yang dibacanya.
“Sampai hati.  Datang tak sokong Zach.”
Hisshhh...terkejut dia. Suka benar lelaki ini buka baju. Badan tu cantik, mulalah dia telan liur. Bukan dia berkenan pun, dia segan.
“Tu, bersusun awek datang, buat apa Zarra nak penat-penat jerit, buang karan.”
Zachary gelak kecil. Dia meneguk air perlahan-lahan. Dahaganya.
Ya Allah...dah macam model iklan dalam televisyen. Zarra buang pandangan ke arah lain. Segan dia dengan Zachary. Beberapa gadis di hujung sana bermasam muka. Alahai...habislah dia jadi bahan umpatan.
“Zach.”
“Yep.”
“Jauh sikitlah, peminat Zach dah naik angin tu...”bisiknya sambil tersenyum-senyum. Sarunglah baju tu, buta mata aku karang oiii...
Zachary ketawa. Dia lapkan peluh, menoleh pada Zarra yang langsung tidak memandangnya. “Why don’t you look at me?”
“Zach, you are half naked here, excuse me. Do you want me to die here of heart attack?” balasnya perlahan.
Patut pun. Pemalu juga si Zarra ni ya. Ingatkan ganas-ganas ala tomboy, otak mesti selamba. Rupanya santun gadis melayu masih ada terselit. Zachary sarungkan baju, tunjal bahu Zarra dengan botol minuman.
“Siap.”
Dia menoleh. Nasib baik dah berbaju. “Zach tak nak cari kerja lain ke?”
Huihh, tiba-tiba saja soalan itu dilontarkan, Zachary jungkit kening. “Kerja apa? Boss besar? Pilot?”
Elehhh...buat tak tahu. “Zach ni kan, rupa ada, pakej lengkap, baik kau jadi pelakon ke, model ke, lagi banyak duit. Nanti, jangan cakap retis, mak retis pun rebah kat kaki tau.”
“Retis tu apa?”
Kihkihkih...tak tahu rupanya.
“Retis tu artislah, selebriti.”
Zachary luruskan kaki, regangkan tangan. “No. I don’t want a life like that. I suka siapa I sekarang. Kenapa, Zarra suka banyak duit, jadi famous?”
Dia geleng. “Famous, no. Duit, of course. Duit penting untuk orang macam Zarra, Zach. Bukan mahu bertimbun, hanya mencukupi. Sekarang ni pun sudah cukup, kalau dapat lebih, alhamdulillah. At least mak dan keluarga Zarra terjaga.”
Eh...kenapa dia boleh meluah perasaan dengan si Zachary ni pula. Dia senyum sendiri.
“Betul. Cukup sudah cukup. Lebih kadang-kadang baik untuk sekali-sekala.”
Zarra angguk tanda setuju.
“Zarra naik dulu. Mengantuklah. Nanti bila-bila Zarra datang jadi pom-pom girl lagi.”
“Laa...already? Kejap, I’ve got something for you.” Zachary bingkas bangun, mengambil tupperware merah bulat di kerusi sana. Dihulurnya pada Zarra yang sedikit hairan.
“Beef pie, Zach dah janji hari tu, kan.”
Ohhh...okay. 
“Thank you. Malulah...asyik Zach saja yang buat sesuatu untuk Zarra,”
“No sweat. Nanti belanja Zach pula, boleh?”
Dia senyum lalu angguk. Belanja pulut cendol, boleh? Dia pegang tupperware itu erat-erat lalu melangkah pergi. Sekilas dia menoleh, Zachary masih tersenyum memandangnya.

Seronoknya bila off day. Semalam bila tamat sahaja shiftnya, dia bergegas pulang. Rindu dia pada mak dan nenek. Paling dia rindukan, si Abam yang gebu gebas tidur dalam pelukannya sekarang. Dia tersenyum riang. Digomolnya kucing itu yang sedang lena, tiada respons. Melampaunya tidur. Diciumnya juga kucing itu, mengiau kecil si Abam lalu kembali menyambung lelap. Zarra ketawa lagi. Perlahan-lahan dia baringkan Abam di atas tilam lalu diselimutnya. Sleep well, Abam. 
“Zarra, beli ayam kejap.”
Dia menggeliat. “Nak masak apa, mak? Ayam masak merah?”
“Adalah, rahsia. Beli timun batang juga.”
“Yalah-yalah. Apa lagi?”
Aini berkira-kira sendiri. “Itu saja kot.”
Zarra bangun, sarungkan tudung. Aik, resepi pun ada rahsia-rahsia ke?

Sedapnya bau. Dia buka mata. Balik dari kedai, dia menyambung tidur. Sudah namanya hari cuti, membuta sajalah. Rehatkan badan, rehatkan otak. Masalahnya sekarang, lubang hidungnya sudah kembang kempis. Lain benar bau masakan hari ini. Jam pada dinding kayu itu dijelingnya seketika. Hampir pukul dua belas setengah. Menggeliat dia macam kucing. Perlahan dia menuju ke dapur.
“Dah bangun? Tolong gorengkan ikan kering kejap. Mak nak siang kangkung.”
Dia angguk. Beberapa keping ikan gelama kering direndamnya dalam mangkuk. Selepas panaskan minyak, dia menggoreng.
“Mak masak apa?” soalnya ingin tahu.
“Masak kerutuk ayam, kangkung belacan.”
Amboi...macam hari raya. Selalunya lauk ayam buat masak merah dengan masak kicap je. Hari ni apasal special sangat.
“Seronok sangat ke Zarra balik sampai masak sedap-sedap ni?” 
Aini cebikkan bibir.
Zarra ketawa besar. Sayang mak padanya, bukan?
“Memang seronok kalau kamu balik. Lauk tu, bukan sebab kamu balik saja,” balas Aini sambil tangannya laju menyiang kangkung.
“Habis tu , sebab apa?” 
“Sebab saya kot.”
Oh mak kau! Bila pula jantan ni timbul? Adoiiii...
“Ya Allah, Sham dah sampai. Duduklah dulu ya. Makcik nak goreng kangkung kejap, nanti kita makan.” Kelam-kabut Aini sebentar. Dia menyigung Zarra yang berkerut dahi memegang sudip. Jangan diketuk budak Hisham tu sudahlah.
“Buat apa datang sini?” 
Hisham tarik kerusi, letakkan beberapa plastik buah tangan yang dibelinya.
“Mak, ni ada buah tangan sikit. Terima kasih ajak Sham makan tengahari kat sini.”
“Mak apa mak? Bila masa mak aku beranakkan kau? Balik, aku cakap balik. Bantai dengan sudip ni, mau!?”
Geramnya dia. Mak pun satu, apasal memandai jemput si Hisham ni datang, siap pelawa makan tengahari pula. Yang jantan ni pun tak malu. Suka hati panggil mak dia mak. Campak dalam semak baru tau!
“Zarra, hidangkan lauk. Jangan nak buat perangai kat depan rezeki, mak tak suka. Sham, duduk ya. Zarra, dah hidang lauk, panggil nenek kat atas.”
Hishhhh...mak ni memang nak kena boikot!
“Tepilah, orang nak lalu.”
Hisham ketawa perlahan. Alahai, marahnya. Sampai merah padam muka gadis itu. Biarlah gadis itu marah, dia tak kisah.
Plastik yang dibawa Hisham diletaknya dihujung dinding. Lauk-pauk dihidangnya sementara menunggu kangkung belacan air tangan mak. Terkedu dia. Ulam timun dan sambal belacan pun dah siap. Amboi mak, melampau sudah ni. 
“Dah, pergi panggil nenek, semua dah siap. Sham, kejap ya. Nanti kita makan sama-sama.”
Hisham angguk, lemparkan senyuman pada Zarra.
Wekkkk...ambik kau. Senyum apa senyum.
Hisham ketawa dalam hati.

Kenyang jangan cakaplah, menyandar dia. Sambal belacan mak memang memang kaw. Dia makan tak toleh kiri kanan. Hisham? Biarlah dengan Hisham, yang penting dia makan sampai kenyang, baru puas hatinya.
“Zarra, buatkan kopi.”
Kopi pulak. Aku taruk garam dengan ajinomoto dalam kopi sedap juga, kan? Dia hanya menurut. Bangun cepat-cepat. Malas nak mengadap si Hisham ni. Siap saja kopi, dia bangun. Nenek dah naik solat, dia pun mahu solat sama.
“Zarra, duduk kejap. Abang ada benda nak cakap dengan Zarra, dengan mak,” pinta Hisham tulus.
Denguskan nafas lalu kembali duduk.
“Makcik, Sham nak mintak izin makcik. Sham nak peristerikan Zarra. Perkara ni, Inshaa Allah Sham akan bincangkan dengan keluarga Sham. Cuma paling penting sekarang, restu makcik.”
Aini pandang Zarra yang sedikit terkejut, juga marah. Diramasnya tangan itu perlahan-lahan. Mata mereka bertentang.
“Zarra tak suka Sham, tak mahu tengok dia lagi? Kalau tak mahu, cakap sekarang. Biar dia dengar, biar dia tahu. Mak nak tahu apa yang kamu fikirkan.”
Hisham telan liur. Terkesan juga dia dengan soalan itu. Wajah Zarra yang serba salah itu buat dia sedikit gusar. 
“Mak...”
Aini ramas tangan Zarra kuat. Dia mahukan yang terbaik untuk Zarra. Dia mahu Zarra gembira. Kalau benar Zarra tak suka dengan Hisham, dia tak akan memaksa. Dia tahu Zarra sudah banyak menanggung beban. Zarra buat segalanya untuk mereka sekeluarga.
“Tak ada apa dalam dunia yang mak paling mahukan selain daripada kebahagiaan anak mak, kebahagiaan Zarra. Zarra kena faham, mak sayangkan Zarra. Jadi, mak mahu Zarra cakap terus-terang, betul Zarra tak suka langsung dengan Sham?” soalnya sedikit hiba. Entah kenapa hatinya melara. 
“Mak...bukan macam tu...” Dia pandang Hisham yang serba salah.
“Makcik, Zarra...Sham balik dulu. Sham rasa, Sham dah dapat jawapannya.” Dia bingkas bangun, menyalami Aini yang sedikit terkejut.
Zarra telan liur. Kenapa hatinya runtuh saat Hisham tuturkan kata-kata itu? Kenapa dia mahu menjerit, mahu menangis? Zarra ketapkan bibir, pejamkan mata, semutar mencari kata-kata.
“Zarra bukan bencikan abang, cuma...berikan Zarra masa. Zarra bingung.”
Langkahnya terhenti. Langit dirasanya kian cerah.
“Maksud Zarra, abang masih ada peluang?”
Airmatanya menitis. Matanya dan mata Hisham berpaut.
Angguk.
Perlahan dan lambat, namun masih lagi satu anggukan. Hisham melepaskan nafas. Dia sendiri rasa hiba. Hati lelakinya juga sedikit goyah. Wajah Zarra buat dia senyum dalam keharuan.
“Kalau begitu, abang akan datang lagi. Abang akan gunakan peluang yang Zarra berikan. Terima kasih.” Dia melangkah keluar, dengan senyuman.
Terduduk dia di kerusi, memeluk mak yang juga sedikit terkejut.
Mak, apa sudah jadi dengan hati Zarra?


No comments:

Post a Comment