Bunyi
ombak buat dia tersenyum. Hari ini dia shift pagi. Sengaja dia ke sini, mahu
berehat sebelum pulang ke kuarters. Dilla dah lama balik, membuta la tu. Dia
bersandar pada pohon kelapa yang jauh dari pandangan mata. Kalau lelapkan mata
pun boleh saja kan? Dia tersenyum sendiri.
“Boleh
abang join Zarra?”
Allahuakbar.
Berhenti
degup jantungnya. Dia pandang keliling.
“Zarra
cari siapa? Abang datang sorang-soranglah…”
Dia
bungkam. Kau datang sorang-sorang ke, dengan rombongan Cik Kiah ke, ada dia kisah?
Cepat-cepat dia bangun, kebas kain laju-laju.
Hisham
garu kepala. Ni kalau dia peluk si Zarra, mesti dia kena campak dalam laut.
Pantas dia ke depan, menghalang laluan.
Terbeliak
matanya. Karang aku sepak kelangkang jantan ni kang susah pula dia di kemudian
hari.
“Step aside, Mr. Hisham.”
Ouihh…speaking.
“Saya
tak paham,”balasnya senyum-senyum.
Hah!
Lupa. Si tongong depan ni kan belajar kat Korea, mana dia faham bahasa lain
kan?
“Tolong
ke tepi.”
“Tepi
sebelah mana? Kanan ke kiri?” Hahahaha…bijaknya soalan. Bangga dia kejap.
Ohhh…kau
memang nak cari penyakit, kan? Zarra pusing belakang, jalan laju-laju.
Okay,
pandai. Tricky juga minah ni. Hisham
berlari, pantas dan laju.
“Stop! Please Zarra…”
“Huh…saya
tak paham.”
Hisham
renung wajah amarah itu. Aduhai, cantiknya. Dulu, sewaktu mereka sama-sama remaja,
Zarra gadis tercantik di matanya. Kini, bila gadis itu bertukar menjadi wanita,
Zarra sememangnya tercantik di matanya sampai bila-bila. Mata itu. Sepasang
mata coklat cair itu buat dia mahu melutut.
Melutut.
Ya,
melutut.
Kali
ini dia betul-betul melutut. Melutut di hadapan Zarra.
Ya
Allah, apa ni? Dia pandang kiri-kanan. Janganlah ada orang nampak. Kenapa
jantan ni siap melutut bagai ni? Aku bagi deathkick
karang…adoiiiiii!
“Abang
mohon ampun. Abang mohon maaf. Abang tahu abang salah. Abang berdosa. Apa yang
abang buat pada Zarra, tak ada alas an untuknya. Abang ikut nafsu. Abang gila
hari tu. Abang gilakan Zarra.”
Zarra
kaku. Segala ingatannya pada hari itu datang kembali. Terketar-ketar tangannya,
mahu saja dia rebah di situ. Berani Hisham. Berani lelaki itu menyebut
peristiwa itu. Dia ketapkan bibir, menahan sebak yang kian menunjal.
Hisham
bangun perlahan-lahan, berhadapan dengan dosa silam sesungguhnya sangat
memeritkan. Lebih-lebih lagi bila dosa yang dibuatnya melibatkan insae lain.
Melibatkan maruah dan kehormatan.
“Tolong
abang, Zarra…ampunkan abang, maafkan abang.” Bergetar suara lelakinya. Dia
ikhlas memohon maaf. Sungguh, dia mahu Zarra memaafkan dia. Beban dan dosa itu
terlalu berat untuk dia tanggung.
Kenapa?
Kenapa hatinya yang dia pagar, teguhkan selama ini akhirnya runtuh dalam
airmata. Kalau diikutkan hatinya, dia tampar, dia sepak terajang lelaki di
hadapannya ini. Apa? Apa yang maaf yang dia berikan mampu buat? Legakan hati
lelaki itu? Bagaimana dengan dia? Ya. Selama ini dia kuat. Dia kuat kerana dia
pasti, sebaik saja keluarga Hisham berpindah, dia aman. Dia pasti yang dia dan
Hisham takkan bertemu hingga mati. Dia sangat pasti. Zarra kesat pipi,
berkali-kali.
Dia
tak mampu memandang. Wajah pilu dan marah sang gadis dihadapannya ini buat
hatinya kian dihurungi rasa bersalah. Ya. Dia yang bersalah, berdosa. Kejam,
jijik. Semuanya dia.
“Zarra…”
Dia
tarik nafas panjang, lepaskan perlahan-lahan. Airmata masih ada, belum
berhenti. Dia tarik nafas lagi. Panjang dan lama.
“Zarra
bencikan abang Sham. Apa yang abang Sham buat, Zarra tak mampu lupakan. Apa
yang abang Sham buat, Zarra tak boleh buang. Setiap malam bila Zarra tidur
sepuluh tahun yang lalu, Zarra menangis. Zarra basuh diri Zarra. Zarra cuci
badan Zarra, berkali-kali setiap hari.Tapi Zarra tahu, Zarra takkan suci lagi.
Abang…abanglah manusia yang rampas semua harga diri Zarra…”
Nafasnya
tersekat-sekat. Airmatanya kembali berlari.
“Ya.
Zarra maafkan abang, Zarra ampunkan abang. Zarra dah ambik semua yang hitam,
yang busuk, yang membunuh Zarra sepuluh tahun dulu, Zarra bungkus, Zarra buang.
Zarra buang semua tu. Zarra juga sudah buang abang. Kosong. Antara kita,
kosong-kosong. Please, leave me alone
now.”
Umpama
ditumbuk berkali-kali, dia kalah. Hisham angguk perlahan-lahan.
Sekurang-kurangnya Zarra ucapkan juga perkataan maaf yang dia tunggu
selama-lama ini. Dia menoleh, memandang Zarra yang terduduk dirumput, menangis
dalam diam. Abang janji Zarra, abang akan betulkan semuanya. Abang janji.
“Kau
kenapa ni?”
Dia
geleng kepala. Cepat-cepat masuk ke bilik sambil diekori Ida.
“Zarra,
kau kenapa? Kau sakit? Zarra…”
Dia
geleng. Geleng dan geleng. Kenapa dengan dia? Kenapa dia masih belum berhenti
menangis.
Ida
tarik nafas, tarik lengan Zarra.
“Cuba
kau cakap dengan aku…apa kena dengan kau ni?”
Dia
bangun, peluk Ida sambil senyum tawar.
“Aku
jumpa seseorang yang lukakan hati. Lama dulu. Aku ingat aku takkan jumpa dia
lagi.”
Ida
bersandar pada dinding, dia renung siling. Lelaki. Samalah. Dia juga menangis
kerana lelaki. Dia senyum hambar, tepuk lengan Zarra pelan-pelan.
“Aku
paham.”
Zarra
diam, tuala diambilnya, dilekapkan pada wajah.
“Mana
kau jumpa dia?” soal Ida perlahan.
“Hotel.
Kebetulan dia datang menginap.” Biarlah. Biarlah dia tipu.
Ida
ketawa kecil. “Dia datang dengan family dia, kan?”
“Ya.”
“Hmmm…kelakarkan.
Kita ingat, kitalah insan yang paling dia sayang, dia cinta.”
Zarra
senyum dalam hiba. Sayang? Cinta? Mana mungkin. Hanya nafsu sahaja yang ada.
Dia lap wajah berkali-kali.
“Dah,
pergi mandi. Hingus banyak weiiii…”
Mereka
sama-sama ketawa.
Ketawalah.
Biarpun hati menangis, ketawalah.
“Sham…you ni kenapa? Dari tadi diam je. You tak suka keluar dengan I malam ni?” Memberontak saja suara
Kartini. Dia geram. Hisham hanya membisu. Makan tidak. Minum pun hanya separuh.
Bercakap, memang taklah.
“Sham?!”
Dia
tersentak, pandang wajah merajuk Kartini yang kian mencuka.
“Sorry, Tini. Sham penat sangat.”
Kartini
tarik nafas. Okay, dia nampak. Dia tahu.
“Kalau
macam tu, jom baliklah. Ingatkan boleh jalan-jalan ambik angin.”
“Lain
kali ya, Tini. Sham janji.” Hahaha…janji. Mudahnya dia berjanji.
Kartini
kembali tersenyum. “Okay. Janji tetap janji.”
Hisham
angguk.
Janji
tetap janji. Jadi? Bagaimana dengan janjinya pada Zarra? Dia mengeluh perlahan.
Kartini
senyum, peluk erat lengan Hisham. Fine.
Malam ni dia lepaskan Hisham. Dia tahu, Hisham akan kotakan janjinya.
Sempat
dia melirik pada Kartini yang tersenyum manja.
“Tini,
dah lupa? I’m not your husband.”
Kartini
cebikkan bibir. Huh, pegang sikit pun bising.
Dia
mahu tergelak. Membebel si Ida. Nak buat macam mana, dia, Dilla dan Lili
bukannya tahu masak. Masak maggi, goreng telur, masak ala-ala bodoh alang
tahulah.
“Woi!
Jahanamlah kangkung tu Cik Lili oiii…aku pelangkung korang semua ni karang…”
Lili
garu-garu kepala, sengih-sengih sambil pandang Dilla yang terguling gelak.
Amboi melampaunya reaksi.
“Zarra,
kau pandai tanak nasi tak?”
Dia
angguk. Ha, kalau yang itu memang dia terrer amat.
“Kalau
gitu, kau letak nasi. Dilla, dari kau terguling macam dugong, basuhkan ikan
bilis ni. Nak makan ke tak ni?!”
Dilla
tutup mulut. Bila time memasak,
ginilah jadinya. Mana taknya, si Ida ni yang tahu masak. Ingatkan Zarra pandai,
sekali buat cekodok pisang pun masin. Baling ayam, ayam pun mati.
Hahahahaha…jahanam, jahanam.
Zarra
cepat-cepat bangun. “Da, nanti aku buat telur dadar ya.”
Ida
angguk. Adoiii…siapalah nak bermenantukan semua ni? Dia tergelak sendiri.
Penatnya
hari ini. Lenguh berdiri, dia duduk.puas duduk, dia kembali berdiri. Awan masih
cantik di luar sana. Berarak lembut. Dia pandang jam. Lagi setengah jam
shiftnya akan tamat. Cepatlah, dia tak mahu ada di sini lama-lama.
“Kau
kenapa?”
Zarra
paksa senyum. “Aku penatlah. Ramai sangat orang hari ni.”
Dilla
angguk. Betul. Punyalah ramai, tak sempat nak duduk lama-lama. Naim pun sampai
serak suara melayan tetamu yang datang.
“Naim,
petang ni ada match, jom join.”
Mereka
semua angkat muka.
Abid,
dengan Zachary.
“Wokeh,
set.”
“Match apa? Bola sepak?”
Naim
senyum. “Ping pong. Jom ah, kami main dekat garaj kereta kuarters kami.”
Zachary
melangut, memangku dagu di kaunter. Dia tenang sebaik saja memandang Zarra.
Ni
apahal?Aku cucuk biji mata tu karang. Mata tu dahlah cantik, huhuhu…
“Zarra,
datanglah. Nanti Zach masak sedap-sedap.”
Dilla
tepuk tangan. Tang ada makan free tu best. Zachary dengan Abid kan kitchen
punya manusia, mesti makanan kaw-kaw punya. “Korang nak masak apa?”
Abid
jungkit kening. “Maggi goreng. Mau?”
Hak
elehhh…setakat Maggi goreng dia pun boleh buat. “Buat taik gigi.”
Zarra
ketawa kecil. Banyak pulak songeh minah sorang ni.
“Zarra
nak makan apa? Zach buatkan.”
Eh
eh…tanya aku ke? “Buatlah, asal sedap.”
“So, you gonna come?”
Hehehe…soalan
cepumas sungguh. “Inshaa Allah, kalau ada kelapangan.”
“I’ll wait,” tegas Zachary.
Ah
sudah…mamat ni, aku lepuk juga. “ Zach, Zarra tak janji.”
Zachary
luruskan tubuh, ukir senyman paling manis. “I’ll
wait.”
Haisshhh…aku
bersilat karang…
“Excuse me…korang ni nak bekerja ke nak
berborak?”
Ahhh…sudah
datang.
Liyana
membuka langkah. Di belakangnya Izrin yang mencuka. Elok sangatlah tu. Sekoq macam
itik , sekoq macam ayam belanda. Dua-dua perasan bagus. Jalan pun penuh gaya
drastik, ingat depa model ke apa. Mahu terjeluak Dilla dibuatnya.
“Kami
tengah kerjalah, bahlul. Kau tu, merayap sana sini, tak buat kerja kat ofis
ke?”
Izrin
ketap bibir, jeling Liyana yang merah padam wajahnya. “Kami nak pergi makanlah,
bodoh.”
Zarra
diamkan diri. Elok sangat. Sorang bahlul, sorang bodoh. Kalau kat sekolah, mau
makan penampor cikgu disiplin.
“Hai
beautiful, nak lunch ke? Nak Zach
temankan?”
Fuhhhh…gila
ahhhh…
Mana
taknya, meleret senyum si Liyana. Macam merak kembang ekor. Dia pandang Zachary
yang tersenyum lebar. Hawau.
“Zach…temankan
Yana, jom.”
“Zach
temankan sampai pintu je ya. Nanti makan sendiri.”
Mahu
saja dia tergelak. Tongongnya mat salih celup tepung ni. Boleh je dia mainkan
si Liyana macam tu sekali. Yang si Izrin pulak macam babu. Ikut saja kata si
Liyana. Hamba sahaya ke?
“You ni main-mainlah…” Liyana muncungkan
bibir, redupkan mata.
“Sorry babe, I dah habis shift. You makan je dengan Izrin, okay. Lain kali I temankan sampai you jilat pinggan.”
Adehhhh…nak
ketawa, tapi dia tahan. Sempat dia jeling Dilla yang terkemut-kemut menahan
senyum. Kau jangan gelak, Dilla. Mati kita nanti.
“Check out, please.”
Fuhhh…nasib
baik ada tetamu ni. Pantas dia membalas sapaan, melarikan diri dari situasi
itu. Nasib baik sungguh.
“Zarra,
Dilla. Don’t forget ya.”
Dia
angkat muka. Si Liyana pandang dia dengan mata terbeliak. Heh, seram dia.
“Inshaa
Allah.”
“You all janji apa ni?” soal Liyana ingin
tahu. Tak boleh jadi ni. Dengan si Hisham pun si Zarra ni kenal, dengan Zachary
jejaka pujaan hotel ini pun si Zarra budak kampung tu nak rampas juga. Melampau.
“Kami
ada solat berjemaah, pas tu malam ni ada ceramah sikit dekat masjid besar.
Korang nak ikut?” soal Abid dengan serius.
Telan
air liur si Liyana. Terkulat-kulat kejap.
“Ohhh…ingatkan
apa. Sorry, I’m busy. Lain kali je.”
Haaa…memang.
Kalau pergi masjid, baca Al Quran ke, dengar ceramah ke, semua busy kau. Cuba
buat parti harijadi sambil karaoke, maunya penuh satu laman, kan?
“Ehhh…datanglah.
Seronok.”
Liyana
senyum-senyum, tarik tangan Izrin. “Okaylah, kami jalan dulu. Laparlah.”
“Silakan,
Cik Liyana. Hati-hati jalan tau,” usik Zachary.
“Thanks. See you again, Zach.”
“See ya.”
Bila
saja dua manusia itu pergi, si Dilla sudah terduduk di lantai marmar. Gelak
sakan.
“Amboi…lembut
gigi korang berdua ya. Mau pengsan aku nengok korang berlakon. Zach, you are the best. Best actor.”
Lelaki
itu menyeringai. Boyish, kasi gegar jantung saja.
“Well, I’m the man, right. Okay girls, see
ya.”
See ya, see ya.
Suka benor ayat tu.
“Zarra
my sweet, keep your promise ya.”
Bila
pulak dia janji, mangkuk! Zarra angkat penumbuk.
Alhamdulillah,
selesai juga solatnya. Zarra lunjurkan kaki, melepaskan lelah seketika. Kalau
ikutkan hati, mahu saja dia balik rumah, jumpa mak dan nenek, tapi dia penat.
Lagipun mak mesti marah kalau pagi-pagi buta esok dia pergi kerja dari rumah.
Minggu depanlah, bila dia shift petang. Perutnya kembali berbunyi. Kena makan
ni. Nanti malam belum tentu dia nak mengisi perut. Lepas Isyak biasanya dia dah
lelap.
“La,
bangunlah. Takkan kau nak membuta dalam surau ni.”
Dilla
mengeluh panjang.
“La,
jomlah makan. Lapar gila aku.”
Dilla
buka mata. Tu pun separuh je. Lawak sungguh.
“Kau
pergi makan dulu, aku ngantuk sangat ni.”
Zarra
geleng kepala. “Yalah, nanti aku kejutkan kau. Tu, beg tu, jaga baik-baik.”
Dilla
angguk, kembali pejam mata.
Bila
dia sampai, tak ramai guests yang ada
di coffee house.
“Zarra
baru nak makan ke?”
Dia
toleh, berikan senyuman.
“Ya,
Mak Jan. Jomlah.”
Mak
Jan geleng. “Puasa sunat hari ni. Zarra makanlah.”
Dia
angguk. Nasi goreng dengan beef bacon
pun sedap juga, kan.
“Ni,
kalau tak makan kat sini boleh tak? Menyemak aku tengok. Nun, sana ada meja.
Jauh dari guests.”
Aduhhh…dari
mana pula si minah ni datang. Ingat tadi dah hilang, ghaib.
Dia
pekakkan telinga. Perut dah lapar, datang hujan ribut pun bukan dia kisah.
“Cik
Liyana, saya rasa cara cakap Cik Liyana tu kurang sopan. Tak kiralah kita
dengan guests ke, dengan staff ke,
ataupun dengan sesiapa saja dalam kawasan hotel ni, semuanya kita kena hormat.”
Allah.
Hisham.
Kenapalah
si Hisham ni pulak yang datang. Perlukah dia teruskan hajatnya. Zarra tarik
nafas dalam-dalam. Tak apalah, nanti balik kuarters dia makan apa yang ada.
“Zarra
nak pergi mana?” soal Hisham. Tiba-tiba saja Zarra bangun, terkejut dia.
“Saya
nak balik , Encik Hisham. Shift saya dah tamat.”
Liyana
senyum sumbing. Tak boleh jadi, dia kena beritahu Kartini. Baik benar Hisham.
Siap mahu temankan makan. Kalau ya pun sekampung, takkan macam tu sekali.
“Ni
Cik Liyana, jangan lupa laporkan pada Miss Tini. Awak kan pemberita terbaik kat
sini.”
Liyana
telan liur, pandang wajah Hisham yang sinis memandangnya.
Zarra
tarik nafas, laju saja dia membuka langkah. Aduhhh…laparnya!
Puding
roti dengan spagethi Oglio Olio ada dua Tupperware. Mahu saja dia lahap tapi
dia malu.
“Zarra,
makanlah. Sambil-sambil tengok kami main, korang makan je. Banyak tu si Zach
masak. Puding roti air tangan si Abid.”
Dilla
sigung dia, dia sigung Dilla. Si Lili pula hanya sengih-sengih.
Ida
tiba-tiba bangun. Wajahnya keruh. “Weh, aku keluar kejap. Ada hal.”
“Kau
nak jumpa Halim ke?” soal Dilla keras.
Ida
hentikan langkah, pandang wajah Dilla yang sedikit marah.
“Kejap
saja. Nanti aku balik.” Cepat-cepat dia pergi.
“La,
kenapa kau marah sangat ni?”
Dilla
denguskan nafas. “Kami tak suka dia dengan Halim. Kalau kak Wanie, dia memang marah
sangat Ida dengan Halim tu.”
“Apa
masalahnya dengan Halim? Aku tengok dia okay je.”
Dilla
gelak sinis.
“Depan
kita, memanglah pijak semut tak mati. Masalahnya, tunang si Ida tu taik judi,
taik dadah. Kami dah cakap, putuskan, tapi si Ida ni degil. Lembut hati.”
Allah…macam
tu ke.
“Kau
ingat tak hari tu, masa dia datang dia cakap dia jatuh bilik air? Mana ada!
Halim yang pukul dia. Jantan tu mintak duit, Ida tak kasi. Apa lagi, kenalah.”
Zachary
angkat kening, pandang Naim dan Abid yang ternganga.
“Kenapa
korang tak report polis?”
“Masalahnya,
Ida yang tak kasi. Kata dia, kesian. Kesian, kesian...diri sendiri tak kesian.
Geram aku!”
Naim
dan Abid angguk-angguk.
“Tak
apa, nanti kita tengok macam mana. Kalau jantan tu buat lagi, korang pergi
balun dia ramai-ramai.”
Abid
dan Naim gelak.
“Pastu,
kami yang masuk lokap? Hah, eloklah tu.”
“Zarra,
makan. Don’t be shy. Makan je.”
Dilla
senyum simpul. Mahu tergelak dia dengan Zarra. Yalah, perut dah menyanyi dari
tadi pun buat muka toye. Dia bangun, ambil pinggan kertas.
“Kalau
korang tak nak, biar aku makan.”
Zarra
gelak kecil. Malu lapar,kan? Dia pandang Zachary, Naim dan Abid yang ralit di
meja ping pong. Makan je. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari.
“Assalamualaikum,
buat apa? Meriah nampak.”
Allah.
Bala
sudah datang.
Semua
yang ada kelu seketika.
Zachary
letakkan bat ping-pong. “La...kau ke,Sham? Dari mana, jomlah join,
makan-makan.”
Zarra
jeling Hisham dan Zachary. Baik ke manusia berdua ni?
“Amboi,
main pakai Sham je? Tak ada encik-encik dah?” soal Lili hairan.
Bagus
Lili, macam tau saja apa yang dia fikirkan. Zarra sambung suapan. Lantaklah
dengan Hisham, dia lapar.
“Luar
waktu kerja, tak payahlah berencik dengan saya.”
Dilla
dan Lili senyum-senyum. “Tak boleh, Encik Hisham. Kalau si Zach and the geng ni
tak apalah, kalau kami, tak boleh. Nanti makan pelempang dengan Miss Bitchy.”
Hisham
tergelak besar, matanya menyorot Zarra yang ralit menyambung suap. Miss Bitchy? Aduh Tini, apa yang Tini
buat ya?
Dia
duduk di sebelah Zarra, sejengkal jauhnya. Hatinya bergetar sedikit.
Apa
ni…aduhhh…nak makan pun tak senang. Zarra kengsotkan punggung.
“Kenapa
panggil dia Miss Bitchy?”
Dilla
gigit bibir, pandang Lili yang merah padam mukanya.
“Maaf,
Encik Hisham. Maaf.”
Hisham
lipat lengan baju. “It’s okay. Saya hanya
nak tahu.”
“Encik
Hisham tak marah kami panggil tunang Encik Hisham macam tu?” soal Lili
takut-takut.
Dia
terpempan. Mahu terlekat air liurnya.
“Tunang?
Bila masa Miss Tini jadi tunang saya?”soalnya kembali.
Mereka
semua saling berpandangan. “Liyana yang cakap.”
Ohhh…Liyana
yang cakap. Kalau Liyana yang cakap, mesti dari mulut Kartini juga, kan? Tini,
Tini.
“She’s not my fiancée.”
Nganga
semua mulut kat situ, kecuali si Zarra dan Zachary.
“Dia,
dia just…”
“Girlfriend?” tanya Dilla ingin tahu.
Sayangnya. Hisham ni nampak baik juga. Kalau Miss Bitchy tu betul girlfriend dia, memang malangnya nasib.
Dia
tarik nafas panjang-panjang. Zarra masih makan, buat bodoh tanpa memandangnya.
“Macam tu lah kot.”
Dilla
mengeluh kecil. Tak adilnya. Kenapalah mamat si hensem Hisham ni dapat kat si Kartini
yang hidung tinggi tu. “Bertuah, Encik Hisham. Baguslah, Miss Tini tu anak
orang kaya, kena dengan Encik Hisham. Macam betik dibelah dua.”
Nasib
baik tak tersembur spagethinya. Apahal budak Dilla ni, betiklah, apalah.
“Okaylah,
jumpa korang lagi. Zarra, abang balik dulu. Sampaikan salam abang pada mak dan
nenek.”
Eeee….aku
tenyeh-tenyeh pinggan kertas ni karang!!! Abang kepala lutut dia!
Berpeluh
juga dia. Ingat main ping-pong tak keluar peluh ke? Zachary buka baju. Panas
sangat.
Ni
lagi sekoq. Nasib baik air dia sempat telan. Ni apahal pulak buka baju sana
sinun. Badan tu, entah apa nak cakap ya, cantik? Haishhhh…
“Macam
mana kenal dengan si Sham?” soal Zachary yang melabuh duduk disebelahnya.
Pakai
baju tu boleh tak? Mau juling biji mata dia. Si Dilla dan Lili dah buntang biji
mata. Ya ampun…
“Dulu
duduk sebelah kampung…”
“Dulu
lah? Sekarang?”
Zarra
jungkit bahu. “Tak tau. Dia dah pindah lama dah rasanya.”
Zachary
lunjurkan kaki. “Got some kind of history
with him?”
Zarra
geleng cepat-cepat. Itu, biar aku saja yang tahu.
“La,
aku naik dulu. Zach, Abis, terima kasih. Semua sedap. Marvellous!” Dia angkat dua ibu jari. Sepasang matanya menangkap
mata Zachary yang seakan tersenyum. Pang karang.
“You are most welcome, sweetheart.”
Malas
dia. Mulut tu, manis sangat. Lap dengan tudung aku baru tau.
Dia
berteleku di sejadah. Dipandangnya sepasang tangan dihadapannya. Tangan yang
pernah melukakan hati seorang gadis kecil yang dikenalinya dulu. Tangan yang
melemparkan Zarra ke lubang paling hitam, paling dalam. Bagaimana mahu dia
betulkan semua kesilapan? Pulihkan semua kesakitan yang dia telah berikan pada
Zarra?
“Sham,
Tini call. Telefon Sham habis bateri
ke?” soal ummi dari muka pintu.
Dia
tepuk dahi. Aduh…terlupa lagi janjinya dengan Kartini. “Nanti ummi cakap dengan
Tini, Sham call dia balik. Phone Sham dalam kereta rasanya.”
Hajah
Kalsom geleng kepala.
“Sham
ni kenapa? Ummi tengok lain macam je dua tiga hari ni?”
Hahahaha…dahsyat
betul penangan seorang ibu, kan? Boleh je hidu kalau ada apa-apa tak kena.
“Sham
penat, mi. Duduk dalam aircond pun letih, mi. Letih mental.”
“Dah
kalau macam tu, tak payahlah kamu keluar malam ni. Tidur awal, rehat.”
Dia
bangun, sangkut sejadah pada tempatnya. “Tak boleh, mi. Sham dah janji dengan
Tini. Sham keluar kejap.”
Hajah
Zaitun mengeluh kecil. “Ikutlah, Sham. Asal Sham bahagia.” Daun pintu
ditariknya kembali.
Bahagia?
Aduh
ummi…
Zarra
buka mata.
“Apahal
korang ni?”
“Ida
dah balik.”
Dia
bingkas bangun, pandang jam pada dinding. Hampir satu pagi. Satu pagi? Dia
pandang Dilla dengan Lili yang juga separa mengantuk.
“Mana
dia?”
“Dalam
bilik, tak nak bukak pintu. Kami panggil dia banyak kali, tak bukak-bukak
jugak.”
“Dia
tidur kot,” tukas Zarra positif. Dia bangun juga, betulkan urat.
“Zarra,
jomlah. Jom jenguk si Ida tu,” ajak Dilla sungguh-sungguh. Hatinya tak sedap,
runsing dari petang tadi.
Dia
angguk, pelan-pelan jalan ke bilik Ida, bilik tengah. Bilik utama si Dilla dan
Lili yang gunakan. Tombol pintu dipulasnya perlahan. Memang tersekat, terkunci.
Dia toleh, lihat Dilla yang runsing, Lili yang menguap panjang. Kali ini daun
pintu diketuknya, kuat namun sopan.
“Ida?
Kau ada kat dalam ke?” soalnya sedikit kuat. Daun pintu itu diketuknya beberapa
kali lagi.
“Memanglah
dia, takkan hantu kot,” sampuk Lili. Tak pasal makan cubit dengan Dilla.
“Kau
jangan cabul boleh tak? Ni tengah malam lagi tau. Aku cili budak ni karang…”
Lili
sengih-sengih.
Zarra
ketuk lagi, kuat dan berkali-kali. “Assalamualaikum…Ida, kau ada kat dalam kan?
Kau okay?”
“Aku
okay, ngantuklah. Esoklah.”
Mereka
bertiga diam, saling pandang-memandang.
“Esok
ya, Ida. Kita buat projek baru ya, aku ambil resepi puding roti caramel dengan
Abid tadi. Esok balik kerja kita buat ya.”
“Okay.”
Hanya itu saja jawapannya dari dalam.
Dilla
angkat tangan, mahu menyambung ketuk namun Zarra sempat menghalang.
“Dah,
esok saja. Jom, kita tidur. Esok kita tunggu dia awal-awal pagi.”
“Puding?”
soal Lili tiba-tiba.
Adehhh…kayunya
budak ni.
“Li,
ni pukul 1 pagi. Kau nak buat masa ni ke?”
Dilla
bantai gelak. Memang kayu si Lili ni. Muka cute, otak lurus sangat.
“Dah,
tidur,” arah Zarra tegas.
“Aku
nak solat Isyak dulu. Tadi mengantuk sangat, terlupa.”
Zarra
geleng kepala. Samalah macam dia. Kalau dah mengantuk, tengah mandi pun dia
bantai tidur.
“Cepat.
Alang-alang solat Isyak, baik kau sambung tahajud. Senaman pagi juga tu.”
Dilla
angkat ibu jari, terus bergerak masuk dalam bilik.
Lajunya
kereta. Nasib baik dia dan Dilla tak tersungkur di aspal.
“Celaka
punya betina. Kereta Axia pun nak menunjuk ke? Lainlah kalau kau bawak Honda
ke, Ferrari ke. Aku baling batu ni karang!”
“Siapa
tu, La?”
“Siapa
lagi, Yana Barbie bengong tulah. Boleh beli kereta pun kecoh. Bawak pun macam
samseng. Kalau aku ada kereta nanti, aku lenyek-lenyek dia jadi lempeng!”
Tak
menahan dia ketawa. “Macam manalah Allah nak bagi kau beli kereta, niat tu dah
serong, bengkang-bengkok.”
“Aku
geram.”
Pon,
pon…
“Good
morning, ladies,” sapa Yusri sambil menurunkan cermin kereta.
“Good
morning, Mr. Yus ensem!”
Tergelak
Yusri. Dia tekan miyak perlahan-lahan sambil lambaikan tangan.
“Tengok.
Tu, GM. General Manager. Bawak kereta pun kereta Honda tapi langsung tak macam
si Yana tu. Adab sopan tu ada. Melayu macam tulah. Kaya sikit dari mat pit pun
dah berlagak.”
Amboiii…marah
benor ya si Dilla pagi ni. Zarra ambil tangan Dilla, tepuk perlahan-lahan. “Kau
kenapa marah-marah ni, cuba cakap ngan aku.”
Dilla
kuis batu-batu kecil dihadapannya.
“Ida.
Aku risau pasal Ida. Pagi ni pun dia tak bukak pintu. Mesti ada yang tak kena.”
Zarra
perlahankan langkah. Angin yang bertiup dari arah pantai menggeser wajah.
Dinginnya.
“Aku
pun sama. Tak apalah, kita kan dah pesan dengan Lili. Malam nanti kita jumpa,
buat mesyuarat rumah.”
“Hah, good idea.”
“Hai,
baru sampai ke?”
Mereka
sama-sama menoleh.
“Dilla,
adab sopan. Ingat.”
Adab
sopan ya. Dia berikan satu senyuman paling lebar kepada si Liyana yang senyum
sinis pada mereka.
“Baru
sampai, bahlul…kenapa, nak makan penampar?”
Aduhhh…baru
je dia pesan, adab sopan. Cepat-cepat dia tarik tangan Dilla. Sebelum kena
sembur dengan si Liyana, baik angkat kaki.
“Perempuan
gila,” desis Liyana.
“Gila
glamour tak sedar diri!” Balas si Dilla pula.
Marvelous.
Elok sangatlah tu.
“La!
Jom masuk kerja. Aku karate dua-dua karang.”
Dilla
sengih, lambaikan tangan pada Liyana yang mencuka.
Kartini
hanya diam. Liyana dari tadi tak berhenti-henti bercerita. Pening juga kepala
dia. Banyak sangat informasi.
“Ni,
kau cakap pelan-pelan boleh tak? Rimas aku.”
“Sorry, sorry…darling.”
Kartini
hirup latte itu perlahan-lahan. Apa sebenarnya yang mahu dibuat Hisham dengan
budak reception tu? Ya, dia akui,
Zarra tu cantik, tapi dia lagi cantik. Jauh lebih cantik. Nak dibandingkan
dengan budak kampung hulu mana, dia lebih segala-galanya.
“I
rasa kan, dorang ada skandal.”
Hah!
Nak makan pelempang si Liyana ni. Berani tuduh-tuduh Hisham dia buat macam tu.
Dia ambil tangan Liyana, genggam kuat-kuat.
“Kau
berani tuduh tunang aku bukan-bukan, aku pecat kau, faham!?”
Terkulat-kulat
juga si Liyana.
“Sorry,
Miss Tini. Salah mata I kot.”
Salah
mata, salah telinga, diri sendiri tak salah. Tonyoh bulu mata palsu tu baru
tau.
“Kau
buat kerja baik-baik, Yana. Jangan sampaikan benda yang tak pasti. I don’t like it.”
“Hai,
dah lama sampai? Ohh…Miss Liyana. Sampaikan berita ke?” soal Hisham lalu duduk
di sebelah Kartini yang mula tersenyum manja. Cekap betul kerja si Liyana ni.
Pantas.
“Selamat
pagi, Encik Hisham. Miss Tini, kita jumpa lagi nanti.”
Kartini
anggukkan kepala.
“Banyak
berita you dapat hari ni? Berapa
bakul?”
Kartini
muncungkan bibir. Dia ambil tangan Hisham, pegang dan usap perlahan-lahan.
“Tini,
behave. Malulah kalau orang tengok.
Kita bukan husband and wife…”
Perlahan Hisham tarik tangan tangannya.
Kali
ini Kartini mendengus kecil.
“Jadi
betullah you ada affair dengan budak kampung you
tu, Sham?!”
Aduhai…terus
kena bambu. Dia pandang Kartini yang kian masam wajahnya.
“Kalau
ada, you nak buat apa? Pecat I?” soalnya mahu menduga.
“I pecat dia. Biar merempat.”
Hahaha…mahu
dia tergelak. Kalaulah Kartini tahu, apa kelulusan Zarra, mahu malu sendiri.
Betul, mereka belajar di luar Negara, tapi setakat degree sajalah.
Zarra?
Zarra
siap ada Master lagi. Memang Zarra anak kampung macam dia, tapi Zarra sebenarnya
lebih hebat dari dia dan Kartini.
“Takkanlah
macam tu sekali…tak baik, Tini.”
“Sekarang
ni, I nak tahu, betul ke you ada affair dengan budak tu?” soal
Kartini kian tegas.
Huh,
betul cakap abang iparnya. Perempuan, kalau dah datang angin, lingkup segala
dunia.
“Tak.
Dia sekampung, family dia pun kenal family I, Tini. Dah kenal, takkan I
nak buat-buat tak kenal, nak menyombong. Nanti kalau ummi I tahu, mesti dia marah.”
Memang
pun. Kalau ummi tahu, hari ni juga dia kena terajang. Ummi memang lemah lembut,
tapi kalau dah naik angin, jubah dia pun boleh bertukar jadi seluar. Jangan
dibuat main-main.
Dijelingnya
Hisham yang tenang tersenyum.
“Fine, Tini percayakan Sham.”
Hisham
sandarkan badan. Mata mereka bertentang beberapa ketika. “Kalau macam tu,
baguslah. Sham nak makan. Kalau Tini nak bersoal jawab lagi, hah, tanya
sekarang. Nanti hilang selera nak melahap.”
Kartini
pegang lengan Hisham, wajahnya dilembutkanlalu tersenyum manis.
“Alaa…I’m sorry, sayang. You makan ya, I temankan. I love you so much, Sham.”
Hisham
senyum. Tawar dan hambar.
Zarra,
bila lagi kita dapat bicara?
Sengaja
dia jalan perlahan-lahan. Selesai taklimat ringkas tadi, sengaja juga dia turun
ke lobi hotel. Sesekali dia menegur dan berbual-bual dengan guests yang datang dan lalu-lalang. Ekor
matanya melirik pada Zarra yang ralit menjalankan tugas di kaunter resepsi.
“Hai
Mr. Hisham, turun padang hari ni?” Garau suara itu menegurnya.
Dia
tersenyum lebar.
“Sekali
sekala bagus juga. Taklah terperuk macam patung hiasan kat dalam ofis sana.
Ramai guests minggu ni ya, Zach.”
“Memang
ramai. Rombongan dari Singapore. Dua dewan kita pun full untuk seminar. Jomlah ke coffee
house, minggu ni minggu English
bakery dan Sarawak In The House.”
Okay
juga.
“Jangan
jeling-jeling sangat, Zarra I punya
tau,” usik Zachary dengan senyuman.
Hatinya
terhenti seketika. Pantas dia menoleh pada Zarra yang langsung tidak sedar akan
kehadirannya di situ.
“Really?” soalnya separa serius.
“Wow! Do you really care, Mr. Hisham? You suka dia ke?” jolok Zachary lagi.
Hisham
ketawa. Kena main aku rupanya. “Kalau suka, apalah salahnya kan. She’s not belongs to anyone, right?”
Kali
ini Zachary ketawa, tepuk belakang Hisham berkali-kali.
“Not yet. She will be, someday.”
Hisham
angguk. Ya, miliknya. Akan jadi miliknya satu hari nanti.
Pergi
pun.
Penat
dia berlakon macam tak nampak. Kenapa? Kenapa jantungnya bergegar-gegar bila
Hisham memandang ke arahnya. Hei hati, kau dah lupa, yang kau benci dia? Tolong
ingatkan aku, faham!
No comments:
Post a Comment