Atas permintaan anak saudaraku Norhafiza Hanafi di SK Bukit Jejulong, marang nunnn...(hambik kau ku tulis namamu..hahaha) dan Juga Noraisyah Radhiah di PKD Hulu Terengganu...(Chah!!! This is for you...kikiki....) Bab 10 ku persembahahkan.
Juga tidak lupa untuk sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti belog dan karya daku. Happy reading semua.
SERIBU RINDU
BAB 10
Matanya
tak mahu pejam. Sudah beberapa kali, namun masih terbuka luas memandang siling.
Apa kena dengan dia? Rindukan Hisham? Mungkin. Zarra lirikkan senyum, tampar
dahi beberapa kali.
Dia
pusing perlahan-lahan, bimbang menganggu lena Dilla. Sekali lagi dia cuba
pejamkan mata.
“He touched you, kan?”
Matanya
pantas terbuka. Kenapa soalan Zachary itu datang menerobos kembali? Zarra
bangun, peluk lutut. Apa sudah jadi antara dia dengan Zachary? Betulkah apa
yang berlaku tadi? Dahinya terasa berat, sakit.
I’m sorry. Be happy. Good nite, sweetpie.
Bukan
Hisham, tapi Zachary. Dia pandang skrin telefon itu dengan senyuman.
Thanks big bro. Sweet dreams.
Zachary
senyum. Big bro. Okay, bro pun bro. Hati dia? Bleed and dry. Be happy, sweetpie. Please be happy. Dia letakkan
tangan ke dahi. Hisham, baik kau jangan sia-siakan dia, kalau tidak kau akan
menyesal!
Puas
hatinya. Cantik, kemas, bersih. Paling penting, segar dan wangi. Inilah bilik
paling besar di hotel ini. Fuhhh...gaji dia sebulan pun belum tentu dia boleh
menginap kat sini. Siap ada private
jacuzzi. Tumpang mandi karang kecoh pulak.
“Kak,
settle belum kat bilik air.”
Wanie
jenguk keluar. “Dah...penat dengan bilik air besar sama besar dengan bilik
tidur nihh...” Menggeliat Wanie di muka pintu. Dia toleh, perhatikan
betul-betul. Berkilat dan bersinar-sinar. Marbeles. Peluh didahinya dilapkan
perlahan-lahan. Puas hati kalau dapat buat kerja dengan baik, lagi puas hati
kalau buat dengan amanah dan ikhlas.
“Amboiii...cantik
sangat ke bilik airnya, kak?” Dia bergerak ke muka pintu.
Wanie
jungkit sebelah bibirnya. “Cuba kau tengok sendiri. Bathroom dia sama besar, tak...lebih besar dari bilik akak.”
Zarra
jenguk ke dalam. Mak aiii...dahsyatnya. Siap boleh tidur buat karaoke lagi
dalam ni kot. Dia perlahan-lahan masuk ke dalam.
“Kau
kotorkan, kau lap balik.”
Dia
ketawa. Memang sesuai Wanie kerja kat sini. Clean
freak si Wanie ni. Habuk secuit pun dia tak tinggal. Lantai marmar heavy duty warna putih kelabu terhampar
cantik, bathtub warna putih bersih
berkilat dikerjakan Wanie. Aduhai...ni kalau tidur pun boleh kalau bathtub macam tu punya rupa.
“Dah,
tinggal lagi dua bilik. Nanti guests nak
check-in.” Wanie kemaskan semua barang lalu susunkan kembali ke atas troli.
“Good work, kak. Kita memang couple paling best.”
“Couple kepala lutut kau. So, macam mana dengan abang AGM? Okay?
Miss Tini ada cari kau?”
Banyaknya
nak kena jawab. Zarra senyum-senyum. “Dia ada apa, hidup lagi kat ofis besar
bapak gila kat atas tu.” Jari telunjuknya dijungkit ke atas.
Wanie
tarik telinga di sebalik tudung itu. Biasa ni. Kalau dengan mak mertua menjawab
macam tu, makan maki kot. “Yelah. Kalau mati, kita kebumikan terus. Barulah kau
melalak macam orang gila. Akak tanya status kau dengan dia? Kawan je ke?”
Elehhh...pandai
tanya macam-macam ye. Lepuk karang. “Kami kawan-kawan gitulah. Lebih-lebih
karang Miss Tini campak Zarra dalam laut.”
“Kau
kawan baik-baik, Zarra. Lelaki dengan perempuan ni masa kecik-kecik bolehlah
guna istilah kawan, zaman sekarang jangan wooo...payah. Kawan apa kalau sampai
pukul dua tiga pagi angkut sana sini. Kawan jahanam tu.” Macam adik iparnya.
Budak U, tapi otak tak berapa nak berakal kot. Keluar dengan kawan, yang kawan
tu lelaki. Berdua. Sampai rumah jam dua tiga pagi. Semalam makan penampar
dengan suaminya, nasiblah. Dia dan mak mertuanya sudah jenuh nasihatkan, kan
tak pasal-pasal dapat upah free.
Bukan sekali. Tiga kali pula tu. Silap tak bagi yang jantan tu sekali. Kalau ya
pun keluar makan, jalan-jalan, sampai ke dinihari apa jadahnya.
“Kalau
kawan tak boleh ke? Macam Zarra dengan Zach, Naim, Abid?”
“Itu
memang kawan. Dengan Encik Hisham dah mengorat bagai. Bungalah, makan minum
lagi. Nanti tak pasal-pasal ada cincin kat jari.”
Terhenti
sebentar langkahnya.
Wanie
beliakkan mata, mulutnya perlahan ternganga.
“Ahhhh...betul
akak tembak, kan? Kau nak tunang dengan dia ke apa? Kau cakap betul-betul...”
Cepat-cepat
dia tekup mulut Wanie. Aduhai, suara tu macam loud speaker, satu hotel boleh dengar.
“Apa?
Cakap betul-betul? Karang aku up
status dalam facebook, baru biru muka kau tu.”
Ditariknya
lengan Wanie ke tepi koridor. “Akak, janganlah...nangis kang...”
Wanie
gelak namun kembali serius. “Kau cakap, settle.
Diam, tipu...sekarang jugak aku up
status. So, how?”
Siap
speaking lagi, tak tahan dia.
“Kalau
akak cakap dengan orang lain, Zarra tak jemput akak datang tau...”
Bersinar
sepasang mata Wanie. Mahu tergelak dia melihatnya.
“Cerita,
sekarang.”
“Kami
memang ada plan, kak. Inshaa Allah,
kalau ada apa-apa perkembangan, Zarra bagitau akak. Nak cakap ya pun, Zarra
sendiri tak pasti. Kalau tak jadi, Zarra sendiri yang malu. Lagipun Zarra tak
sangka kami dipertemukan kembali.” Hahahaha...kalaulah Wanie tahu cerita
sebenar. Dia senyum cuma.
“Jadi.
Kenapa tak jadi pulak?”
Terkejut
mereka berdua. Masa mana pula si Hisham boleh tiba-tiba ada kat sini?
“Dari
mana, Encik Hisham?” Saja tanya, taklah nampak mengumpat sangat, kan.
“CCTV
room. Nampak korang kat sini, saja datang nak jenguk buah hati saya.”
Aiiiihhhh...buah
hati pulak. Mahu dia ketawa tapi bimbang kena seligi dengan Zarra yang terkedu
disebelahnya. Terkejut macam tu sekali jadinya.
“Zarra
habis kerja nanti, ikut abang kejap.”
Abang.
Aduhai...geli lubang telinganya. Wanie tutup mulut, cuba tahan ketawa yang mula
melonjak mahu keluar. Matanya pandang kiri-kanan. Manalah tahu, kalau tiba-tiba
Miss Kartini tu pula yang menjelma, mahu melompat dia terjun bangunan.
“Pergi
mana?” Kan hari tu dah jumpa dengan ummi dan abi. Nak pergi mana pula kali ni.
“Ukur
cincin.”
Wanie
melompat macam dugong tak cukup air, siap tutup-tutup mulut. Zarra tahan gelak.
Aku pelangkung juga dia ni nanti.
“Abang
tunggu. Bye, Wanie.”
“Bye,
Encik Hensem..ehh, sorry...Encik Hisham.”
Aduhai
mangkuk, seronok bebenor ya.
“Kak
Wanie.”
“Ya
sayang...”
“Rahsia.”
“Bayar.”
“Cili
boh mau?”
“Boleh.
Masak ayam tumis.”
Mereka
sama-sama gelak.
Apron
itu dilipatnya kemas. Moodnya sudah lama terbang pergi, sejak pagi lagi. Malam
tadi tidurnya juga tidak lena. Berkalih kiri dan kanan. Mungkin dia patut ambil
cuti, buang segala keresahan yang mula bersarang dalam hati.
Abid
datang hampir, peluk tubuh. “Nak pergi mana, laju saja.”
“Pergi
gym.”
Ahhh...ada
yang tak kena tu.
“Kau
kenapa, Zach? Mood macam awan mendung hari ni. Jangan kata ketawa, bercakap pun
tidak.”
Butang
seragam itu dibuangnya satu persatu. “Mood hilang, kena makan dengan naga.”
Naga
pulak...aduhhh
“You can talk to me, bro...”
Bro.
Teringat
dia akan Zarra. Big bro. Aduh...lagi
hatinya pedih di situ. “Jom, ikut aku pergi gym.”
Abid
geleng. Mana dia ada hati nak masuk gym bagai. Jogging petang-petang pun dia
paksa diri. Dia tak nafikan, body
Zachary memang kaw. Taklah sado, kembang macam belon tapi memang ‘cantik’ macam
ahli sukan. Perut tu, siap ada petak sawah lagi. Kalau dia buka baju, semua
mata memandang. Makcik dobi pun tengok sampai dua kali. Anak dara?
Huhhh...walaupun malu, pandang juga.
“Kau
pergilah. Nanti borang keluar, aku tolong isikan. Duit menang kita bahagi sama
rata.”
Borang?
Duit? Apa benda pula karut si Abid hari ni. “Kau cakap pasal apa ni,bro?”
“Model Manhunt of The Year.”
Caitttt...nonsense. Dia geleng, tonyoh kepala
Abid dua tiga kali.
“Seratus
ribu tu, Zach. Kalau kau tak mau, kau masuk, menang. Duit kasi aku.”
Hahahaha...itu
lagi mengarut.
“Dah,
baik kau ikut aku pergi gym, kau yang masuk. Habis cerita.”
Abid
bantai gelak. Dia?
“Kalau
badan cantik, muka macam botol budu nak buat apa. Aku baru tahap pelakon
tambahan, kau dah tahap model antarabangsa, baru betul.”
Huhhh...pandai
je. “Dah,kalau tak nak, kau balik tidur. Aku tak tumpang kuarters malam ni, aku
balik rumah. Kesian pokok-pokok herba, nanti mati tanpa belaian.”
Hahahaha...kalau
tengok tuan, macam bela harimau. Bila balik rumah, baru kenal belang. Zach oh
Zach.
Kat
sini ke? Tak ada kedai lain ke? Zarra telan liur.
“Zarra
suka patern yang macam mana?”
Ahh...tanya
dia ke? Zarra senyum, gosok peha perlahan-lahan. Beberapa pasang mata memandang
dengan senyuman manis.
“Zarra
ikut saja. Tak payahlah yang mahal-mahal, yang simple-simple sudahlah.” Habib
Jewels ni ada semua kan. Dia memerhati. Cari yang paling simple. Simple murah
kot.
“Dua-dua
nak patern sama ke?”
Dua?
“Dua?”
Hisham
sengih. “Satu untuk tanda, satu untuk akad nikah.”
“Membazirlah.”
Hisham
sengih lagi. “Tak boleh, nanti ummi marah. Zarra jangan risau.”
Matanya
menangkap sebentuk cincin. Cantik, simple. Permatanya hanya satu, taklah
melampau atau menarik perhatian.
“Cantik?”
Dia
angguk tanpa sedar.
“Boleh
kami tengok yang tu?”
Segera
gadis berseragam itu datang membantu.
“Yang
ini, Tuan?”
Hisham
angguk. Betul. Cantik dan ringkas. Dia jeling Zarra yang diam kembali. Mata
Zarra masih menatap cincin itu. Hisham lebarkan senyuman. Cincin itu diambilnya
berhati-hati lalu disarungkan pada jari. Jari manis milik Zarra.
Bergetar
jantungnya saat cincin itu tersarung indah. Permatanya yang bersinar di bawah
cahaya lampu buat ia kian gemilang. Berkilau dan menyentuh matanya dengan
perlahan. Memikat hati. Zarra lepaskan nafas perlahan-lahan. Allah...cantiknya.
Dia ambil tag harga.
Astarghfirullahalazim...matanya
salah tengok ke? Dia pegang dan sekali lagi dia lihat tag harga itu.
Allahuakbar. Cepat-cepat namun dengan berhati-hati dia menanggalkan cincin itu.
“Tak
payahlah...Zarra rasa kita pilih yang lain, takpun kita cari kedai lain.” Dia
serahkan kembali cincin itu kepada gadis itu.
“Ada
diskaun, Cik.”
Diskaun?
Hahahaha...dia pasti, harganya takkan jadi sampai murah sangat.
“Okay,
saiz tadi padan dengan Zarra tak? Kalau okay, abang ambik yang ini. Zarra
tengok yang lain, pilih lagi satu.”
Ehhh,
bukankah dia cakap tak payah. Dia cubit Hisham, geleng-geleng. “Kita tengok
kedai lain, boleh?” soalnya perlahan.
Kali
ini dia genggam tangan Zarra. Terbeliak mata gadis itu buat dia mahu tergelak.
“Kalau pergi kedai lain, abang jalan sambil pegang tangan Zarra sampai rumah,
boleh?”
Dia
tarik tangannya perlahan-lahan.
“Mahal.
Membazir...tak payahlah...”
“Habis
tu bak tangan.”
Geleng,
muka sudah merah padam.
“Okay,
kalau macam tu, kita ambil yang ni dulu. Boleh?”
Alahai...kalau
cakap tak boleh, sama juga. Mesti kena bolehkan juga. “Mahal..”
Hisham
keluarkan kad debit. “Tak apa, untuk Zarra juga.”
Tak
terkata dia. Dia hanya mampu pandang cincin itu diletakkan dalam sebuah kotak kecil
warna putih.
“Jom,
abang lapar. Kita makan nak. Zarra nak makan apa?”
“Makan
angin. Boleh?”
Marahlah
tu kot. Kalau dia pegang tangan Zarra, mesti gadis itu bersilat di sini.
“Kenyang ke? Nanti kentut banyak.”
Main-main.
Dia mahu tergelak namun hatinya kata jangan.
“Kita
makan kat satu tempat ni.”
Suka
hatilah. Asalkan perutnya terisi cukuplah.
Kartini
percepatkan langkah. Dia pasti, Hisham yang berjalan di hadapan sana. Hisham
dan Zarra. Hatinya mula membahang. Langkahnya dihentikan seketika. Tarik nafas,
lepas. Tarik nafas dalam-dalam, lepas. Senyum, jalan. Kena ada class, kena ada ketenangan. Sudah dia
katakan, Hisham dia biar lepas bebas, nanti Hisham akan pulang ke pangkuannya. Cool, Tini.
“Makan
apa kat sini?” soalnya resah. Dia lapar nasi. Nasi dengan ulam pun sudah cukup.
Bukan dia tak suka makanan di situ, tak kena dengan lidah. Lebih-lebih lagi
waktu tengah lapar begini.
“Makan
sushilah. Pilih saja. Nasi dengan black
pepper beef pun ada. Kalau Zarra nak makan mana-mana sushi pun, ambil saja
kat atas tu.”
Pening
dia melihat sushi yang berputar di sekeliling ruang. Mahu tergelak pun ada.
Memang dia nampak jakun, dan rasanya memang dia terlebih jakun. Zaman
universitinya hanya dipenuhi dengan masa ke perpustakaan atau kerja di kedai
makanan segera. Mana ada masa mahu berjimba sana sini. Pernah dia dengar
rakan-rakannya ke sana sini, berlibur, tapi bukan dia. Duit terlalu mahal untuk
dia membuangnya begitu saja.
“Zarra
nak makan nasi dengan daging black pepper
tadi saja lah. Ice lemonade juga.”
Tak reti dia makan sushi. Nampak sedap. Nantilah, kalau dia berani, dia cuba.
Kalau nenek ada, mesti geleng kepala, keluar dari sini, balik rumah tanak nasi
dengan singgang ikan aya. Sedapnya ikan singgang dengan budu. Ada pula celur
pucuk ubi dan telur mata kicap. Dia jilat bibir.
“Lapar
sangat ke? Ambil je mana Zarra berkenan. Try
ni, sushi salmon. Atau nak try makan
sashimi?”
Dia
geleng. Entah apa benda yang disebut Hisham. Matanya memerhati pinggan yang
bergerak. Macam marathon piring kecil. Siap ada warna yang berbeza. Cubalah, sementara
nantikan hidangan yang dipesan tadi. Dia ambil satu. Ada penutup. Cantik juga
sushi ni. Dia suapkan dalam mulut.
Hisham
pandang wajah Zarra yang berubah. Dia mahu tergelak namun dia tahu Zarra pasti
kecil hati. Berdehem dia beberapa kali.
“Telur
ikan salmon. Sedap?”
Zarra
angguk sambil senyum. Aduhhh...langsung tak kena dengan seleranya. Cepat-cepat
dia teguk air yang baru saja sampai. Tobat, dia tak makan dah.
“Nak
lagi?”
Geleng
cepat-cepat. Rela dia tahan lapar. Sedap bagi Hisham, lain selera untuk dia.
Nasib baik nasi yang dipesannya sudah sampai. Aik...ini sajakah? Nasi dalam
mangkuk campur dengan daging lada hitam. Adoi...mana cukup. Memang dia tak
gemuk, tapi selera makan dia besar. Zarra mengeluh kecil, suap satu sudu ke
mulut. Ermmm...sedap. Nasinya berbeza dengan nasi kat rumah. Zarra teruskan
suap.
“Okay?”soal
Hisham ingin tahu. Dia suapkan beberapa keping sashimi. Sedap.
Zarra
angkat ibu jari. Balik nanti tahulah dia belasah nasi dengan telur mata kicap
taruk cili padi.
“Hey you...dari mana?”
Allah.
Miss
Tini.
Dia
telan liur, senyum dalam debar. Kartini senyum sinis padanya.
“Can I sit here? Boleh kan? So, sedap ke? You pandai makan sushi?”
Hisham
sandarkan badan, sembunyikan beg Habib Jewels
di bawah meja dengan pantas. “Dari mana, Tini?”
“Laa...kan
butik I ada satu kat tingkat atas.
Saja nak tengok stok baru sampai. Buat apa kat sini? Belanja orang kampung
makan?” Matanya menyorot Zarra yang senyum serba salah. Well, kau bukan saingan aku.
“Dating.”
Kartini
ketawa kecil, selak rambut pendeknya ke belakang telinga. Fine. Dia tak kisah. Lagipun Hisham sekadar mahu bermain, bukan
betul-betul. Huh!
“Good for you. Nanti dah puas dating, dah puas main, remember our promise ya. Okay, I jalan dulu. Zarra kan, enjoy your meal ya. Makan
kenyang-kenyang.” Disambarnya tas tangan lalu berlalu pergi.
Hisham
pangku dahi. Adoiii...nasib baik mood Kartini baik hari ini. Dia jeling beg
kertas di bawah meja. Bukan dia mahu merahsiakan, dia tak mahu Kartini terluka.
Bila Kartini terluka, dia bimbang Zarra yang jadi mangsa.
“Abang
okay?”
Hisham
senyum. “Okay. Dah siap? Jom abang hantar Zarra balik.”
Dia
angguk saja. Ada baiknya dia balik, rehat. Tenangkan fikiran. Sebenarnya, betul
ke dia mahu kahwin dengan Hisham?
“Zarra.”
Dia
toleh, pandang Hisham. Kereta itu dimatikan enjin.
“Hulurkan
jari jap.”
Berhenti
jantungnya seketika. “Buat apa?”
Hisham
kenyit mata. Keluarkan satu kotak warna biru gelap. Sebentuk cincin emas tanpa
permata berada di tangannya. Perlahan dia sarungkan cincin itu ke jari Zarra.
“Abang tahu Zarra marah abang beli cincin tadi. So, ini cincin tanda Zarra milik abang.”
Hatinya
sebu, dia gigit bibir. Cantik. Dia suka. “Baguslah. Cincin tadi abang dah
pulangkan, atau tukar dengan cincin ni?” Dipandangnya cincin yang tersarung
pada jari manisnya itu. Cantik, ringkas tapi menarik.
Hisham
senyum. “Mana boleh, itu cincin pilihan Zarra. Abang sarungkan hari akad nikah
nanti. Boleh?”
Laa...ada
lagi? Aduhai...sakit kepala.
“Bila
abang beli ni?”
“Masa
Zarra pergi solat tadi, sebelum kita makan.”
Dia
tak mampu kata apa-apa.
“Zarra...”
Dia
angkat muka, bertentang mata.
“Nikahi
abang, jadi suri hidup abang dunia dan akhirat.”
Hatinya
berbunga, kembang dan mengharum. Entah dari mana datangnya pelangi dan belon
warna-warni dalam fikirannya, dia sendiri mahu tergelak. Mata bertaut.
“Abang
akan tebus kembali segala kesilapan abang. Abang janji.”
Zarra
angguk, cuba tahan sebak yang menguasai diri. “Inshaa Allah. Zarra naik atas
dulu.”
“Kiss me.”
“Nak
mati?”
Hisham
ketawa. “Selamat malam, sayang.”
Zarra
angkat penumbuk, senyum dengan gembira di puncak dunia. Selamat malam, abang.
Terima kasih.
Zachary
senyum, seluk tangan dalam poket. Dia nampak Zarra yang tersenyum lebar, yang
bahagia. Dia tunduk, ketawa kecil. Be
happy, sweetpie. Dia pandang sekali lagi dari balik tiang. Mungkin dia
patut perlahan-lahan lepaskan perasaan yang mekar. Dia punya banyak pilihan.
Perlahan dia menapak tangga, menoleh seketika. Kalau sudah suratan, dia terima
dalam rasa kehilangan.
Zarra
toleh. Ada sesiapakah di bangunan kuarters sebelah sana? Dia menjenguk.
Balam-balam cahaya lampu jalan hanya menyuluh kawasan sekeliling. Perasaannya
mungkin. Dia sudah letih. Naik atas, dia mahu mandi dan lelap senyenyak
mungkin. Cincin pada jari itu ditiliknya lagi. Pandang belakang, kosong.
“Yahu!!!”
Dia
ketawa sendiri. Bengongkan dia, hehehe...
Bunyi
ombak langsung tidak mampu membuang rasa hatinya yang sedang sakit. Pedih,
ngilu. Jus guava itu dipaksa telan. Steaknya masih banyak, hilang selera dia
untuk menjamahnya.
“Sorry
Miss Tini. I tunggu Jayasri keluar
rehat dulu. Ini copy fail si Honda
EX5 tu.”
Datang
pun. Dia tarik dokumen dari sampul surat itu. Huh, this is intresting. “Kau dah baca?”
Liyana
geleng. “Tak sempat, kenapa?”
“Honda
EX5 tu bukan calang-calang ya, Yana. She
got a Master.”
What?
Liyana buka mulut, nganga macam tadah lalat. Disambutnya helaian kertas itu.
Satu persatu dibacanya.
“Dia
lagi pandai, lagi genius dari kau. Funny...”
Liyana
ketap bibir. Manalah dia tahu. Tengok pada pakaian macam lepas SPM pun tak
mungkin. Tak ada taste langsung.
“Biarlah.
Dia ada Master pun Cik Tini, dia
masih kuli batak.”
Kartini
ketawa. Kan, betul juga cakap si Liyana ni. Ada apapun kalau tak ada duit, tak
payah nak berlagak. Lainlah dia, dia ada ilmu, dia ada duit. Bukan dia mahu
berbangga, sudah ditakdirkan dia lahir dalam kemewahan, apa salahnya. Takdir
dan suratan. Bukan, terpilih. Dia yang terpilih.
“Kenapa
Miss Tini nak tahu sangat pasal dia?”
Dia
senyum, pegang sampul surat itu erat-erat. “Not
your bloody problems.”
Okay,
dia tanya saja. Liyana tutup mulut. Kalau tanya banyak-banyak nanti kena
lempang tak pasal-pasal
“Anyway, thank you. Tu, dalam beg kertas
tu, ada sepatu khas untuk kau.” Kartini bangun lalu tinggalkan Liyana yang
tersenyum lebar.
Bila
bayang Kartini menghilang, cepat-cepat dia menyelak beg kertas itu. Mahu saja
dia menjerit keriangan.
Jimmy
Choo!
Sepasang
kasut impiannya. Liyana tepuk tangan. Berbaloi dia hambakan diri. Dipeluknya
beg kertas itu sambil bersorak riang.
Aini
duduk dalam gementar. Dihadapannya ini, majikannya juga insan yang
dihormatinya. Kopi panas dan sedikit kuih bingka ubi dihidangkan Zarra tadi
masih belum disentuh sesiapa.
“Tuan
haji, Puan hajah...jemput minum.”
Hajah
Kalsom cubit Aini main-main. “Apa pulak bertuan, puan ni Aini. Kita ni nak
berbesan. Tak apa, jangan kalut dengan air tu. Mana Mak Teh?”
“Belum
siap solat lagi. Nanti dia keluar.”
Hajah
Kalsom anggukan kepala. Rumah ini masih sama macam dulu. Sudah lama dia tak
berkunjung ke sini semenjak dia berpindah. Walaupun bukan jauh sangat, namun
kesibukan dia melayan keluarga dan anak cucu buat dia terlupa. Kata Halina,
Aini antara pekerja paling setia di kilang batik mereka. Dulu Ripin, abang
suaminya yang usahakan, bila Ripin meninggal, suaminya yang diberi kepercayaan
itu untuk meneruskan legasi keluarga. Walaupun sudah ada perniagaan sendiri,
kilang batik itu terus dimajukan. Alhamdulillah, kilang utama mereka di Gong
Badak juga sudah ada kompleks sendiri. Paling seronok bila anak-anak dan anak
saudara berganding bahu untuk jayakan semuanya. Keluarga Ripin juga sudah
berpindah ke bandar, beli rumah yang lebih selesa. Rumah lama mereka
bersebelahan rumah lamanya kini dijadikan bengkel batik yang diuruskan Halina,
anak sulong mereka.
“Kami
datang ni ada hajat,” tutur Haji Yusof.
Tuk
Teh yang baru siap solat duduk di sebelah Hajah Kalsom. Dipeluknya insan itu
beberapa ketika.
“Mak
Teh sihat?”
Tuk
Teh angguk. “Alhamdulillah. Kamu pun, sihat juga. Berseri sekarang ni. Hati
senang katakan, bagus.”
Hajah
Kalsom genggam tangan orang tua itu. “Mak Teh, macam Yusof cakap tadi, kami
datang ni ada hajat. Nak dekatkan sillaturahim antara kita. Itupun kalau Aini
dan Mak Teh sudi terima kami.”
Tuk
Teh senyum, pandang Aini yang turut melebar senyumnya. “Som...rumah kami ni
kosong, tak penuh di isi. Tak padan dengan isi rumah kamu, Som.”
Dia
geleng kepala. “Isi rumah tak boleh bandingkan dengan isi hati, isi iman, isi
budi, kan abang?” katanya lembut.
Haji
Yusof angguk. “Isi rumah kami, andainya penuh sekali pun, masih kurang
sempurna. Jadi, izinkan kami serikan rumah kami dengan isi yang paling
berharga, paling bernilai, dengan izin Aini, izin Mak Teh.”
Tuk
Teh senyum, berair juga matanya. Kalau hajat baik, apa salahnya. Dia genggam
tangan Aini yang sedikit sejuk. Tersenyum dia. Macamlah orang datang meminang
kamu, Aini oiii...
“Aini,
kamu maknya...yang lahirkan dia. Apa kata kamu?”
Nafasnya
dilepaskan perlahan-lahan. “Kalau pintu sudah dibuka dengan pelawaan, tak mampu
kami menolaknya. Harap Kak Som dan Abang Yusof fikirkan, apa betul milik kami
yang mahu dijunjung? Kami tak layak...”
Haji
Yusof senyum. “Biar tak layak di mata insan, redha di sisi Allah lebih afdal,
kan?”
Dia
senyum, mengalah. “Kalau begitu, semoga Allah permudahkan.”
Hajah
Kalsom titiskan airmata. Ditariknya Aini ke dalam pelukan. “Alhamdulillah,
terima kasih.” Terima kasih ya Allah.
Pelukan
itu dibalasnya erat.
“Tarikh
kita biarkan mereka berdua bincangkan ya, Aini. Nanti kalau dah ada kata
sepakat, kami datang lagi. Kita tunangkan dulu, ikat secara rasmi. Minggu depan
boleh?” Lagi cepat, lagi baik. Kalau boleh dia mahu akad nikah terus, tapi dia
mahu menjaga adat. Biar dia gembirakan bakal besannya ini. Mahu gembirakan
Zarra dengan cara terhormat.
“Cepatnya,
kak. Takut tak sempat beli apa-apa.”
Hajah
Kalsom pegang bahu Aini. “ Itu jangan bimbang, serahkan pada Hisham. Hari
Jumaat depan, boleh?”
Tuk
Teh angguk, Aini pun angguk.
Leganya,
alhamdulillah, syukur ya Allah.
Jumaat
depan? Allah, lagi seminggu. Mana dia nak cari barang, buat persiapan. Ya
Allah...
Pintu
biliknya dibuka, tergolek dia di lantai.
“Apa
ni mak, ketuklah dulu kalau ya pun...” Zarra gosok kepala, sakit juga. Main
kasar betul.
Aini
hulurkan tangan, tarik anak nan seorang itu ke katil. “Yang kamu mengendap
dalam gelap tu kenapa? Apasal tak keluar tadi?”
“Malulah,
mak.”
Hah!
Pandai malu rupanya ya. Aini senyum, ditariknya telinga anak itu kuat-kuat.
“Jumaat depan, macam mana?”
Telinga
itu dia gosok laju-laju. Sakitnya...pedih tau. “Macam mana apa, macam
gitulah...”
“Esok
temankan mak. Kamu shift petang, kan?”
Dia
angguk. “Pergi mana?”
Aini
bangun. “Adalah. Tunggu esok. Dah, tidur.”
Dia
cebikkan bibir. Elehhh...rahsia konon. Suruh bawa motor tak tahu, dia juga yang
jadi drebar kehormat, cehhhh...
“Yalah,
mem. Selamat malam, mem.”
Aini
ketawa.
“Zarra.”
Apa
lagi...takkan nak pulas telinga satu lagi kot.
Aini
pantas peluk anak nan seorang itu.
“Apa
ni peluk-peluk, gelilah mak...”
Nah,
kena luku sebiji.
“Dengan
mak kamu gelilah...nanti dengan suami kamu, huh...tahulah...”
Mak!!!
“Mak!
Eeee...tolonglah. Seram Zarra.” Menggeliat dia dihujung katil. Tak sangka, mak
pun gatal juga ya.
Aini
ketawa. Dia menarik daun pintu lalu menutupnya dengan rapat. Ya Allah...semoga
kau permudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment